Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
Search
25375
View
76
Reply

Cerita dongeng tentang sang kelembai atau sang gedembai

[Copy link]

Author: secawankopi    From the mobile phone    Show all posts   Read mode

Post time 14-10-2010 01:17 PM | Show all posts
Sekarang nie ade pulak cite Siti Kelembai kat TV3 hahah....

Pasal Sang Kelembai ni, bukan cerita satu negeri je.. Kedah,Perlis, Perak, Melaka, Johor, Selangor pon ade kisah sang Kelembai ni.... huhu kirenyer Sang Kelembai nie suka mengembara kot...

Sang Kelembai ini mungkin sama spisis dgn Medusa kot.. cume medusa tu kalau tgk mata.. nie kene tegor huhu Wallahua'lam
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2010 01:55 PM | Show all posts
Aku pun dah lama x balik kpg situ. Berpuluh taun dah. aku pun x pernah tau ada gajah anak branak ...
Bedah279 Post at 6-10-2009 16:22



    Ada x gmbr mak gajah ngan anak gajah tu, klu ada tlg post, nk tgk gak cmner...
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2010 03:20 PM | Show all posts
Bagaimana dengan asal nama Sabak Bernam kat Selangor tu??? Asal nama tempat tu pun ada kaitan dengan sumpahan Sang Kelembai jugak kan??

Ada pernah baca kisah budak 6 beradik yang sedang mandi kat sungai Sabak Bernam tu kena tegur dengan Sang Kelembai bezanya diorang tak jadi batu tapi diorang mati lemas sebab dihanyutkan arus deras tiba2. Lepas tu orang kampung nama tempat tu Sabak Bernam sempena kisah 6 beradik yang lemas tu.

Begitulah lebih kurang ceritanya dari siri sumpahan Sang Kelembai juga. Tapi ingat2 lupa je jalan cerita dia sebab baca buku zaman kanak2 dulu......
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2010 08:14 AM | Show all posts
ms aku kecik2 dulu pun atok aku slalu citer pasai sang kelembai ni sebelum tido...aku pun dah ingat2 lupa..yang aku tau..kalu si kelembai ni tegur..sumer jadi batu.....

Layan citer siti kelembai pun syok gak....huduh bebenor muka jamin hamid tu....
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2010 09:38 AM | Show all posts
ak pernah dgr pasal sang kelembai nie pernah tegur jadi batu kt gua di ipoh tapi ak tak sure gua apa........
pernah masuk dalam misteri nusantara tv3........
yang ak pernah dengar citer hutan kt gua tue mmg tebal sampai lipan pun berkali ganda besar dari biasa
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2010 11:57 AM | Show all posts
Reply 55# eldacute


    gua kota gelanggi ker? me cr kt google jer.. tp gamba dlmnye x dpt plak.. dpt pintu gerbang ajew....
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2010 09:56 PM | Show all posts
yg aku tau siti ratna tuh keturnan sang kelembai.mak die mayang sari.. ayah die dewa kelembai... ( nih dongeng ke rekaan smata2 tv9??? ntah aku)
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2010 03:05 PM | Show all posts
antara gelaran yg cukup glamer untuk org2 yg suka menegur yg bukan2....

"eeuuwww...baju you blablabla..."

"oouuww....rumah hang blablabla...."

Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2011 02:22 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2011 04:47 PM | Show all posts
miss_bear Post at 10-8-2011 02:22



    eh..cam gajah..yg belah kiri gambo ni pon gajah ker? nampak cam de telinga gajah...
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2011 04:20 PM | Show all posts
miss_bear Post at 10-8-2011 02:22



    maafkan hamba yg agak rabun ini....tp ni gambar ape?
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2012 09:10 AM | Show all posts
Pada zaman dahulu terdapat sebuah kerajaan negara kota di Kota Gelanggi. Jajahan kerajaan ini meliputi Pulau Tawar, Padang Embun, Pasir Nilam dan Sungai Batu. Negara kota ini dikelilingi laut dan Pulau Tawar merupakan antara pulau-pulau jajahannya. Kota Gelanggi diperintah oleh Datuk Indera Raja Laut.

Datuk Indera Raja Laut bersaudara dengan Raja Rembau. Baginda berjanji dengan saudaranya akan berbesan. Suatu ketika Datuk Indera Raja Laut memperolehi dua orang puteri. Sebagaimana janji, seorang daripada puterinya yang cantik itu ditunangkan dengan Rusul, anak Raja Rembau. Kewujudan puteri ini diketahui oleh Raja Muda di
negeri kayangan. Anak raja dari kayangan ini terbang berdekatan dengan istana kota Gelanggi, lalu terpandang kepada puteri Datuk Indera Raja Laut. Dia jatuh cinta kerana kecantikannya, lalu terbang pulang memberitahu Tok Mambang, ayahandanya raja di kayangan.

Tok Mambang menggalakkan anaknya mengahwini puteri yang cantik itu. Anak raja mambang segera membawa angkatannya untuk bernikah dengan puteri itu. Mereka singgah di sebuah kota, yang sekarang dikenali sebagai Kota Jin.

Apabila turun ke balai penghadapan istana Kota Gelanggi, Datuk Indera Raja Laut terpaksa bersetuju dengan permintaan anak raja mambang untuk berkahwin dengan puterinya. Baginda dan rakyatnya takut untuk membantah kerana mengetahui kehebatan golongan mambang ini berbanding negara Kota Gelanggi . Majlis perkahwinan dijalankan dengan penuh adat mengikut istiadat raja-raja.

Sebelum itu Rusul, putera Raja Rembau mengutus ke Kota Gelanggi dua buah lancang yang sarat dengan pelbagai barang sebagai hantaran belanja perkahwinannya dengan puteri Datuk Indera Raja Laut. Malangnya, dalam pelayaran dari Rembau ke Kota Gelanggi kedua-dua lancangnya telah bertemu dengan Sang Kelembai. Sang Kelembai pada masa itu sedang marah kerana anaknya mati keracunan sejenis buah yang dipanggil buah perah. Makhluk ini menegur lancang-lancang berkenaan dan kedua-duanya dengan segala muatan dan anak kapal bertukar menjadi batu.

Hal ini sampai kepada pengetahuan Rusul di Rembau. Rusul begitu sedih dengan kejadian itu. Lebih menyayat hati bila seekor burung nuri peliharaannya melaporkan bahawa tunangnya di Kota Gelanggi akan bernikah dengan Raja Muda Mambang. Rusul bertambah sedih dan marah, lalu meminta izin ayahandanya untuk ke Kota Gelanggi.

Apabila Rusul sampai di Kota Gelanggi, majlis persandingan sedang diadakan. Sebaik sahaja Rusul dan angkatannya muncul, berlakulah peperangan antaranya dengan angkatan mambang. Masing-masing sama hebat kesaktiannya. Setelah tiga hari tiga malam pertempuran berlaku tidak ada pihak yang kalah. Kemusnahan harta benda dan nyawa begitu teruk di kedua belah pihak. Raja Muda Mambang mencabar Rusul untuk bertarung dengannya seorang sama seorang. Rusul menyahut cabaran itu dan menyuruh Raja Muda Mambang menikamnya, tetapi tidak berjaya mengenai Rusul . Bila tiba
giliran Rusul, dia melepaskan keris terbangnya, lalu keris berkenaan menikam dada Raja Muda Mambang. Raja Muda Mambang terkorban, dan darahnya sentiasa mengalir sehingga ke hari ini.

Kebetulan pula pada masa itu, Sang Kelembai sampai di Kota Gelanggi lalu menegur suasana peperangan itu. Teguran ini menyebabkan semua benda dan makhluk di situ menjadi batu. Hasil daripada teguran Sang Kelembai itulah maka terjadinya gua-gua batu dengan pelbagai bentuk struktur yang menyerupai kota, bilik, manusia, binatang, peralatan perang, peralatan kenduri, peralatan dan perhiasan perkahwinan dan sebagainya di gugusan Kota Gelanggi.

- cerita ini dipetik dari Mitos Gua Kota Gelanggi di Jerantut, Pahang seperti yang diceritakan oleh Encik Mohamad Bin Angkut kepada penulis.
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2012 04:40 PM | Show all posts
yg aku tau peristiwa ni berlaku kt sg perak..sape2 buat sang kelembai marah, x pasal2 kena sumpah jd batu
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2012 05:21 AM | Show all posts
eh..cam gajah..yg belah kiri gambo ni pon gajah ker? nampak cam de telinga gajah...
golden_rose Post at 22-8-2011 16:47


posting taun lepas baru nampak hari ni  
ha'ah tu lah gambar gajah dalam sungai
kalau tak silap, tu mak nya.
anak dia kat dalam sungai, air surut baru boleh nampak
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2012 05:34 AM | Show all posts
maafkan hamba yg agak rabun ini....tp ni gambar ape?
annehuda Post at 23-8-2011 16:20


tu gambar gajah tu. belalai dia hala ke atas, lubang tu mata dia. kalau x silap la =)
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2012 10:36 AM | Show all posts
hissh korang ni, batu gajah tu dlam sungai perak le bukan sungai mcm tu, kalau air sungai besar mmg cuma nampak badan ibu gajah tu. Korang x perlu nak bayang-bayangkan yg mana telinga yg mana belalai. kalau korang tengok je korang dah tau itu gajah. Macam mana korang tengok gajah yang hidup, macam tu le rupanya.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2012 10:40 AM | Show all posts
kat area tu ada kem rekreasi intan suraya, pi le duk situ lepas tu bole tanya kat org kpg ttg batu tu, haaa tangkap le gambar bbanyak
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2012 04:05 PM | Show all posts
hissh korang ni, batu gajah tu dlam sungai perak le bukan sungai mcm tu, kalau air sungai besar ...
Bedah279 Post at 6-7-2012 10:36



    sebab terlalu berimiginasi la tu hehhe aku pun pening nk tentukan mana belalai mn mata
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2012 12:04 AM | Show all posts
pernah jd faci motivasi utk bebudak junior kt kem intan suraya kt empangan chenderoh tu...
kene berenang dr batu bentuk gajah tu ke kem...
tgh berenang tu...ada gak yg p panjat batu gajah tuh...
mmg sebiji ler rupe gajah dgn ank dia skali...
ksian gajah tu..baru nk turun ke air dh kene tegur jd batu...
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2013 02:11 PM | Show all posts

SUMPAHAN SANG KELEMBAI

SUMPAHAN SANG KELEMBAI

Sang Kelembai adalah makhluk sakti yang cukup digeruni oleh makhluk-makhluk lain. Manusia dan haiwan adalah musuhnya. Sehingga hari ini tiada siapa yang dapat menjawab pertanyaan apakah jenis makhluk Sang Kelembai itu. Apakah Sang Kelembai makhluk asing? Atau raksaksa keturunan jin? Atau makhluk hasil kacukan manusia dan jin atau makhluk dari planet lain? Atau makhluk besar yang menyerupai predator yang pernah kita saksikan di dalam filem? Tiada siapa yang dapat memberi jawapan!


Yang diketahui umum, Sang Kelembai adalah bersifat raksaksa, berkesan sumpah dan tegurannya, mempunyai kekuatan luar biasa, bengis, garang dan mudah hilang akal serta cepat mengganas. Namun wajahnya tidak pernah dilihat sesiapa. Tapi kesan sumpahan dan mitos tentangnya mempunyai bukti sahih sekitar kawasan Sungai Perak.


Mengikut masyarakat persisiran sungai itu, Sang Kelembai adalah makhluk yang berada di sepanjang Sungai Perak. Sungai itu adalah kediamannya dan telah menjadi tempat kediaman suku-sakat Kelembai sejak zaman-berzaman.


Kononnya Sang Kelembai ditugaskan menjaga kesucian Sungai Perak daripada diceroboh manusia dan haiwan. Tugas itu membuatkan Sang Kelembai taksub dengan kerjanya. Siapa sahaja yang disaksikan berada di Sungai Perak akan dihalau dan disumpahnya.


Sekalipun Sang Kelembai adalah ganas dan menakutkan namun cerita tentang makhluk itu menyeronokkan. Sebabnya keganasan daripada sang Kelembai tidak banyak melibatkan manusia. Mangsa sumpahan Sang Kelembai membabitkan haiwan.


Satu perkara yang menjadi buah mulut kalangan penduduk sekitar Sungai Perak ialah kemujaraban Sumpah Sang Kelembai pada gajah-gajah yang menceroboh sungai Perak.


Mengikut seorang penduduk Kampung Pulai, Manong, Perak, Sah Ahmad, Sang Kelembai cukup marah dengan gajah-gajah yang mengharung Sungai Perak, menurutnya gajah sememangnya banyak terdapat di hutan Pulai dan Senggang kerana makanan binatang iaitu tebu gajah banyak terdapat di situ. Ratusan ekor gajah akan menggeledah hutan belantara di dua kampung itu. Apabila kenyang maka gajah-gajah itu akan turun ke sungai untuk mencari air bagi tujuan minum dan mandi.


Pada suatu hari Sang Kelembai sedang membuat belat ikan merentangi Sungai Perak. Sedang ia asyik meletakkan ketul-ketul batu tiba-tiba turun lima ekor gajah.


Bunyi terjunan gajah ke dalam sungai menyedarkan Sang Kelembai yang sedang asyik membuat belat. Ia memerhatikan gelagat-gelagat gajah itu. Setelah gajah-gajah itu selesai minum, maka mereka membuat bising dan meronta-ronta di dalam air hingga mengganggu ikan yang ingin ditangkap oleh Sang Kelembai.


Menyaksikan gelagat gajah tersebut, Sang Kelembai hilang sabar, lalu bertempik. Lima ekor gajah yang mengganas di dalam air sekali gus menjadi batu. Batu itu masih ada di Kampung Ara Panjang.


Encik Md. Nain pula menceritakan tentang sepasang pengantin yang cuba untuk berakit melalui Sungai Perak selepas selesai adat persandingan. Khabarnya pasangan pengantin itu adalah daripada puak Orang Asli yang kaya. Mereka memakai pakaian pengantin dan dihias penuh dengan barang emas seperti gelang, subang dan cincin. Bila sahaja mahu menghulur kaki ke atas rakit, Sang Kelembai menyumpah dan dengan tiba-tiba pengantin itu bertukar menjadi batu.


Bagaimanapun batu kembar pengantin itu kehilangan barang kemas hiasannya kerana telah dicungkil oleh manusia. Dan kesan batu sumpah itu sudah menipis akibat hakisan air.


Walaupun Sang Kelembai adalah makhluk besar dan ganas, namun ia takut kepada manusia. Dia tidak akan mengapa-apakan manusia yang tidak mengganggu kawasan kediamannya dan Sungai Perak.


Kononnya pada zaman itu terdapat beberapa peneroka daripada Minangkabau, Sumatera yang datamg untuk menakluki Negari Perak menggunakan rakit. Bila rakit orang-orang Minangkabau cuba memasuki perairan sungai itu, Sang Kelembai akan mengocakkan air sekuat-kuatnya. Gelombang air yang kencang itu menyebabkan rakit tidak dapat masuk ke pedalaman Sungai Perak. Selain mengocakkan air, kata seorang penduduk Ketior, Razali awang, Sang Kelembai akan menghembus angin dengan mulutnya yang memutarkan air dan memusingkan perahu dan rakit yang cuba menjalar masuk ke Sungai Perak.


Mengikut Razali, bencana alam yang ditimbulkan oleh Sang Kelembai menakutkan manusia yang cuba memasuki Sungai Perak secara haram. Bagaimanapun, jelas beliau, Sang Kelembai tidak banyak melakukan musibah kepada penduduk tempatan. Lagipun jelas Razali, waktu itu bilangan penduduk yang mendiami pinggir sungai Perak tidaklah ramai seperti sekarang.


Mengikut En. Sah pula, Sang Kelembai adalah makhluk yang sensitif kepada makhluk lain. Kelembai mahu hidup dengan suku-sakatnya dan mudah naik angin kalau ada gangguan terhadap diri dan puak-puaknya.

Beliau ingat tentang sebuah cerita daripada orang tuanya betapa pada suatu hari ketika Sang Kelembai sedang menahan bubu tiba-tiba datang seekor gajah memberitahunya bahawa anaknya ditimpa pokok bayan besar.


Sang Kelembai menerima berita itu dengan penuh kemarahan kerana selama ini dia menyangka alam duniawi simpati dengan suku-sakatnya. Kelembai tiba-tiba menjadi garang dengan maklumat itu lalu sebuah bubu yang cuba ditahan dihumban dengan sekuat-kuatnya ke dalam belantara dan tercampak nun jauh daripada sungai hingga menjadi gunung. Gunung itu kemudiannya digelar Gunung bubu.


Mengikut En. Sah lagi ikan-ikan besar adalah makanan Sang Kelembai dan suku-sakatnya di sungai Perak. Hutan belantara adalah kediamannya. Kelembai akan berada jauh daripada perkampungan manusia. Ketika menangkap ikan, Kelembai akan mencampak ikan-ikan ke darat. Ikan yang bersisik tajam dan bersengat tajam yang boleh melukakan tangan dan jarinya akan dibuang pada pulau kecil dan bila ditegurnya ikan-ikan itu akan menjadi batu.


Beliau menunjukkan sebuah batu yang hanyir seperti ikan kerana kononnya batu itu adalah berasal dari ikan yang dibuang oleh Sang Kelembai. Beberapa ketika apabila penduduk kampung datang untuk menangkap ikan tetapi tidak berhasil, maka serpihan batu itu akan dibawa pulang. Batu itu akan dimasak dan masakan tetap rasa seperti masakan ikan.


Riwayat sang Kelembai di persisiran sungai Perak tidak kekal kerana pencerobohan manusia. Bila berlaku penghijrahan manusia ke kampung dan belantara sekitar sungai, banyak kawasan hutan diterokainya.


Sang Kelembai tidak dapat berbuat apa-apa dengan kemasukan manusia yang dianggap lebih berkuasa daripada dirinya dan suku-sakatnya.


Kelembai merasa bimbang kerana pada suatu hari ketika bersiar-siar di hutan ia melihat sebuah kawasan telah diteroka oleh manusia. Bila memerhati perut bumi sang Kelembai melihat ribuan lubang-lubang kecil di perut bumi.


Lubang-lubang ini adalah daripada tindakan peladang yang cuba untuk menanam padi dan jagung. Menggunakan buluh tajam manusia membuat lubang kecil untuk memasukkan benih bijirin itu. Sang Kelembai memikirkan begitu banyak senjata tajam yang ada pada manusia. Tentulah semakin ramai manusia yang sudah berada di daerahnya, fikir Kelembai.


Maka makhluk itu menjadi semakin takut dengan senjata tajam yang mencucuk bumi dan merasakan ramai umat manusia yang sudah mula menakluki daerahnya.


Dalam pada itu ketika Kelembai sedang berjalan ia terpandang sebatang buluh tinggi dicantas manusia. Sebenarnya buluh itu tersepit anatara dahan buluh yang lain. Bila dicantas batangnya melantun ke atas.

Kelembai memikirkan ada makhluk lain yang lebih tinggi dan ragam daripadanya.

Ketakutannya daripada dua perkara itu membuatkan ia semakin gerun untuk tinggal di persisiran Sungai Perak. Mengikut En. sah, pada satu malam Sang Kelembai mengerahkan suku-sakatnya berkampung dan menceritakan tentang kedudukan mereka yang sudah dicabar oleh manusia. Seluruh keluarga Kelembai bertindak untuk lari ke kaki langit. Maka berakhirlah riwayat Sang Kelembai di sungai Perak.





Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2013 02:14 PM | Show all posts
Fokus mitos: Sumpahan Sang Kelembai
  • Gua Kota Tongkat merupakan pintu masuk utama Gua Kota Gelanggi yang penuh dengan misteri dan sejarah.
[url=]<[/url] 1 / 2 [url=]>[/url]


Sang Kelembai merupakan makhluk ghaib yang menghuni hutan tertentu di beberapa tempat di negara ini. Sesetengah tempat dipanggil Sang Gedembai.

Sang Kelembai dipercayai mempunyai kuasa sakti yang boleh menyumpah sesiapa sahaja menjadi batu. Sang Kelembai biasanya berada di dalam hutan dan pantang kepada bunyi bising ketika berada di dalam hutan. Jika Sang Kelembai tertarik dengan bunyi tersebut, Sang Kelembai akan menegur. Manusia atau binatang yang ditegur akan menjadi batu.

Ada yang mengatakan sang kelembai ini memiliki badan yang besar dan tinggi sehingga dipercayai mampu sampai ke Terengganu dari Kuala Tahan dengan hanya beberapa langkah. Tidak kurang juga yang mengatakan Sang Kelembai ini mampu terbang dan hanya memakan pucuk-pucuk buluh sahaja.

Di Jerantut misalnya, terdapat pelbagai cerita dari daerah yang berkaitan dengan Sang kelembai ini seperti kawasan tempat persinggahannya dan juga kesan-kesan sumpahannya yang dianggap sekadar mitos untuk mengaitkannya dengan sejarah sesuatu setempat.

Menurut seorang penduduk dan peminat sejarah lama Azmi Baharuddin, Sang Kelembai ini dikatakan berasal dari sebuah gunung dan tinggal dalam hutan yang terletak di Kuala Tahan serta turut mempunyai keluarga di sana,

Namun tidak pernah diketahui siapa isterinya dan berasal dari mana kerana hanya kisah Sang Kelembai dan anaknya sahaja yang sering diceritakan," katanya.

Ceritanya, Sang Kelembai mempunyai seorang anak lelaki, namun anaknya telah meninggal dunia akibat mabuk selepas memakan buah perah.

Kerana terlalu sedih dan marah dengan kematian anak lelaki kesayangannya, maka Sang Kelembai dikatakan mengamuk sebelum mencabut semua pokok buah perah di hutan Tembeling dan  kononnya sebab itulah pokok perah tidak banyak terdapat di hutan berkenaan," ujarnya.

Azmi berkata, Kota Gelanggi merupakan salah satu tempat yang banyak mengisahkan tentang Sang Kelembai ini suatu ketika dulu dan turut berkait serta menjadi pengukuh cerita sejarah gua tersebut.

Kota Gelanggi ini dahulunya merupakan sebuah istana milik seorang raja yang bernama Raja Gelanggi dan baginda dikatakan mempunyai seorang anak perempuan yang cantik serta baik dan telah ditunangkan dengan seorang raja di Rembau yang bernama Raja Usul.

Kecantikan Puteri Raja Gelanggi telah diketahui oleh seorang raja dari kayangan yang bernama Raja Mambang dan ingin memperisterikan puteri raja tersebut. Oleh kerana takut, Raja Gelanggi terpaksa menerima pinangan itu dan mengahwinkan puterinya dengan Raja Mambang.

Tiba hari perkahwinan, Raja Usul telah sampai di Kota Gelanggi dengan tujuannya untuk menghantar hadiah kepada tunangnya namun alangkah terkejutnya bila majlis pernikahan sedang dijalankan dan peperangan telah berlaku antara angkatan Raja Usul dan Raja Mambang," ceritanya penuh bersemangat.

Menurutnya lagi, oleh kerana sama gagah dan sama sakti, tiada yang kalah atau menang maka pada ketika inilah Sang Kelembai muncul serta menegur tentang perangai dua jenis makhluk ini berperang kerana seorang perempuan.

"Akibat sumpahan itu semua yang ada di situ menjadi batu, lancangnya menjadi tanah, laut menjadi padang, sungai menjadi lembah dan segalanya musnah begitu sahaja.

Maka dengan ini, ujudnya Gua Kota gelanggi yang mempunyai batu-batu yang mempunyai bentuk manusia, binatang dan berbagai-bagai akibat dari teguran Sang Kelembai," cerita Azmi kepada Sinar Harian.


Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2013 08:20 PM | Show all posts
Kalu ada gambar2 benda yg disumpah kt kota gelanggi tu boleh share tak... teringin nak pegi tp hajat tak sampai lagi
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2013 11:20 PM | Show all posts
boleh post gambar gajah jadi batu tu tak
hasil carian ankel google x berapa tepat la
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2013 08:06 AM | Show all posts
TT ni boleh kena sumpah jadi batu jugak pasal bukak thread baru padahal thread lama dah ada.....

http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=439953

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2013 08:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Pergh.. kalo dapat tgk ni memang best la. Xde gambar ke? Atau sape2 ade direction lgkap. Nak je aku g tgk weekend ni..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.054649s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list