CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3738|Reply: 0

gelung phoebe (bulan) di saturn!!!

[Copy link]
Post time 8-10-2009 07:34 AM | Show all posts |Read mode
Gelung bulan di planet Zuhal

LAKARAN artis yang dikeluarkan oleh NASA, kelmarin menunjukkan gelung terbesar tetapi tidak pernah dilihat sebelum ini di planet Zuhal. - AP

PARIS 7 Okt. - Ahli astronomi terpegun apabila menemui sebuah bulan kecil yang jauh di planet Zuhal mempunyai gelung terbesar dalam sistem suria.


Bulan yang dinamakan Phoebe dan mengelilingi Zuhal itu, berukuran hanya 214 kilometer lebar, mempunyai bulatan gelung serpihan berdiameter kira-kira 13 juta kilometer, lapor mereka di dalam jurnal sains mingguan Britain, Nature hari ini.

Jika gelung itu dapat dilihat dari Bumi, ia akan kelihatan dua kali ganda daripada saiz bulan mengambang.

Tiga ahli astronomi Amerika Syarikat (AS) yang diketuai oleh Anne Verbiscer dari Universiti Virginia menggunakan teleskop Spitzer pada Februari lalu, untuk melihat ruang di sekitar Phoebe dengan lebih dekat.

Sehingga kini, gelung planet terbesar dalam sistem solar ialah gelung yang dikenali sebagai gossamer atau gelung kain yang nipis dan halus, mengelilingi Musytari iaitu planet terbesar dalam sistem solar dan gelung E milik Zuhal.

Gelung Phoebe adalah lebih pudar berbanding kedua-duanya dan kelihatan mengandungi debu daripada batu-batu yang pecah di luar bulan kecil itu akibat serpihan di ruang angkasa lepas dan lain-lain partikel.

Gelung itu juga mungkin dapat menjelaskan misteri Iapetus iaitu bulan Zuhal yang mempunyai dua warna, hitam dan putih.

Debu daripada gelung tersebut mungkin melingkari Iapetus dan sepanjang hayat sistem solar telah menyelubungi satu bahagian daripadanya dengan bahan berwarna gelap yang mungkin setebal beberapa meter.

Bahagian Iapetus yang bertentangan perlahan-lahan bertukar menjadi lebih putih tatkala bahagian yang bertentangan menjadi semakin gelap.

Terdapat satu teori yang dikenali sebagai teori pengagihan termal bagi menjelaskan keadaan ini.
Ia mencadangkan bahawa bahagian Iapetus yang gelap menyerap lebih banyak cahaya matahari dan boleh dipanaskan secukupnya untuk menyebabkan air ais setempat menyejat.

Wap air itu kemudiannya tersebar dan tersejat di lokasi sejuk terdekat iaitu pada bahagian bulan yang lebih cerah.
Akibatnya, bahagian yang lebih gelap kehilangan permukaan ais beku dan menjadi lebih gelap manakala bahagian cerah mengumpul lebih banyak ais dan menjadi semakin cerah. - AFP



pada aku planet yg cantek sekali  MOSTI ler  saturn.... kalu lukis planet2 kat milky ways ni...... MOSTI lukis saturn punyer... sbb ring around it.....  nak citer pasal saturn mmg banyak gak... nanti ler bila senang2 boley share2 sket  citer dia ekkkkk.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:24 PM GMT+8 , Processed in 0.062676 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list