CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: faraway1

Budapest, Hungary, Slovak Republic dan Frankfurt, German.

  [Copy link]
 Author| Post time 12-10-2009 12:04 PM | Show all posts
faraway...insya'allah we all nak visit austria next year and we also plan to visit either prague or budapest from vienna, which would you recommend ? psl ada spare 3 hari aje so takleh pegi dua-dua te ...
hijaulover1 Post at 11-10-2009 20:21


kalau kena pilih antara budapest atau prague, then pegi prague...

u kat vienna kan, kalau pegi bratislava melawat hari,
pun ok, sbb old town dia cantik jugak, me rasa sejam aje naik
train dr vienna tu....
nanti me letak gambar dan cita...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-10-2009 07:25 AM | Show all posts

Selama 4 hari, kami menginap kat king's hotel,
nice hotel dalam bangunan lama, nice room
jugak siap dgn tv, safe deposit clean toilet.
kami booking melalui easyjet, jadi dapat 50 euro
semalam dengan buffet breakfast.
The last day kami sambung sehari lagi,
kami kena bayar 70 euro.. tapi ok lagi
sebab semalam, harga normal ialah 100 euro bagi double room..
nice peoples jugak yg keja dekat situ..
dan walking distance ke semua tempat menarik di budapest....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2009 07:28 AM | Show all posts

Hari pertama kami keliling budapest dgn bus hop on off ni,
5000 HUF (18.60 Euro) sorang,
price ni including 2 kali river cruise.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2009 07:29 AM | Show all posts

Antara pengangkutan utama kat sana.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2009 12:07 PM | Show all posts
canteknye fara..
bila agaknye dapat pg sane
comp. cha ade branch kt sane tp xde pulak
boss suh pg...
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2009 03:12 PM | Show all posts
24# faraway1

cantikknyeee awek kat tepi tram tu he..he..he..

aku heran la masa aku kat german dulu susah betul nak jumpa org gemuk..rasanya yg paling gemuk aku kot
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 13-10-2009 09:07 PM | Show all posts
24# faraway1  

cantikknyeee awek kat tepi tram tu he..he..he..

aku heran la masa aku kat german dulu susah betul nak jumpa org gemuk..rasanya yg paling gemuk aku kot
no~yean Post at 13-10-2009 02:12

betul betul pasal org jerman tu, dan me rasa dorang paling tinggi,
yg ppuan, umang aii tinggi cam kelapa,
bila selisih memang terasa me rendah...

masa kami bagitau member yg kami ke europe cam prague,
semua kata ppuan prague paling cantik,
tetapi menurut laki me..
ppuan jerman paling cantik dan tinggi dan ramping.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2009 09:36 PM | Show all posts
sedikit catatan.. yg me tulis dlm blog me..

Dari paris kami ke budapest, oh ya, masa nak check in, ppuan kat kaunter tu tanya B jika aku perlukan visa ke hungary, B jawab cam u boleh tanya dia sendiri, dia speak french'' jadi aku jawablah sebagai malaysian aku boleh melepak di europe 3 bulan tanpa visa.. sama macam masa kami nak berlepas ke paris dari quebec, orang kat kaunter tu minta pass apa kejadahnya, aku jawab, aku malaysian, tak perlu visa, tapi dorang nak check jugak, checklah, 3 orang serentak menatap komputer nak check kalau aku kena visa, lepas tu kata ''oui, tak perlu visa...
-----------
Plane easyjet tu lewat berlepasnya, pilot kata tak dapat kebenaran berlepas gitu, traffic ke bendanya, 30 minit jugaklah lewatnya... sampai budapest, kami naik minivan ke hotel, hantar sampai hotelkan, jadi memang mahallah jugak, 20 euro dua orang, tetapi memandangkan baik aku dan B tak buat apa apa persediaan camana nak ke hotel dr airport, jadi gitulah, memudahkan perjalanan. Dalam van tu ada 5 orang termasuk kami, ada minah cam hispanic berbual ngan B, cam ''check dreba ni, memandu sambil guna handphone... u know dekat india lagi teruk tau.. B cakap ''iya kami tau, kami dah ke sana, nepal jugak teruk cara dorang memandu, sama macam di vietnam jugak.. cambodia jugak tak kurang''..... lepas tu ppuan tu tak berbual dengan B lagi...
-------
Dalam perjalanan ke hotel dr airport ni, budapest nampak cam gersang kering gitu, mungkin sebab lama dah tak hujan, pokok kering, rumput coklat... kalau datang dari paris, memang nampak berbezalah antara dua negara ni.... Hotel kami, king's (3 bintang dan the only hotel ada bintang kami menginap selama di europe) yang kami booking masa beli plane ticket, masa masuk hotel tu, ada tulis harga double room semalam ialah 100 euro, tapi kerana kami booking dengan easy jet, dapat separuh harga gitu, ianya termasuk buffet breakfast. Cantiklah hotel dia, dalam bangunan lama, bilik dia pun selesa, siap aircond, tv... tak jauh pulak dari tourist area gitu hanya jalan kaki aje ke mana mana, dan kerana kami belajar dr hari pertama kat paris, takdanya aku nak bagi B melepak dalam bilik lepas kami sampai, mau tertidur lagi sampai malam....
-------
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-10-2009 09:37 PM | Show all posts
King's hotel ni tak jauh dari jews area, jadi adalah kuil dorang kat situ, kira situlah persekitaran dorang, hari pertama kami makan kat turkish resto ni, makan kebab dengan nasi, lepas tu jalan sampai sungai.... hari pertamakan, jadi kami cuma jalan jalan, hirup udara gitu, ngumpat orang punk sihat sihat tubuh badan baik lelaki dan ppuan yang melepak minta duit ngan orang, lupa aku masa tu bulan posa hehehe..
---------------
Budapest ni cantik tapi sayangnya aku rasa vandalisme melampau sangat, merosakkan pandangan mata dan perasaan gitu, banyak betul pelukis tak da bakat cam tak da tempat lain nak luahkan perasaan dan idea, sampai jambatan chain Bridge yang hubungkan antara buda dan pest, lepas tu dinding bangunan apa sekalipun dicontengnya... Pihak pelancongan budapest kena buat sesuatu pasal perkara ini... kerana ianya merosakkan khazanah lama kerana banyak antaranya yang diconteng ialah bangunan lama dan bersejarah... Ada hari aku tak posa kat situ, jadi aku pun pegilah makan breakfast, buffetkan, jadi memang banyak pilihan, roti moti bagai, telur pelbagai dengan cereals semua.. Jadi bak kata B, kalau kami kembali ke Budepast, memang sinilah hotel pilihan hati, dr reception guy punya peramah nama stephan jugak, lepas tu pelayan nama cam nama italian tetapi muka cam orang pakistan walau orang hungarian tulin.... verylah peramah sampai hari terakhir, B siap kata terima kasih sebab buat kami selesa menginap di hotel ini...
------------------------
Kami ambil bas pelancongan hop in off tu, orang yang menjual kat kami tu ppuan, muda, selamba aje berbual ngan kami cam dia tanya aku B kaya ke tidak, oh ya, sepanjang masa di europe ni, orang asyik tanya aku jika B kaya, then aku cam '''dorang ni nak jadi madu aku ke apa''... ppuan muda tu kata dia keja ni sebab dia nak kumpul duit nak ke san francisco, habis berbual tu B cakap, ppuan tu keja jual ticket bus hop in off tu tujuan utama sebenarnya ialah cari tourist yang sesuai untuk dibuat husband. Memula kami naik bas tu tak turun turun sehingga bas keliling semua tempat yang sepatutnya lalu.. Lepas tu baru kami turun, bergambar, itu ini sebelum sambung perjalanan.... Kami kat Budapest 4 hari, tetapi kami cuma booking room cuma untuk 3 hari, jadi hari ke 4 bila kami cadang sambung sehari lagi , stephane kat reception tu kasi harga 70 euro dari 100 euro tu, walau jimat 30 euro, tapi cam nyesal pulak aku tak booking 4 hari terus.... kingshotel
-------------
Hari berikutnya selepas tahu jalan, kami pun sambung melawat budapest, jalan kaki, ke hero square, Buda Castle Distric, semualah... budapest ni memang satu destination yang menarik gitu,, banyak tempat menarik untuk dilihat lihat, bangunan parlimen dia, wow... memukau mata gitu tenguk design bangunan tu, cantik sangat. Duduk tepi sungai danube tenguk matahari terbenam, menawan hati mempersona betul, kami naik bot dua kali sehari masa tengahari dan sekali masa sunset, cantik sangat, romantiknya jangan dikata... Oh ya, satu aje aku kureng dengan budapest mahupun di europe amnya, pasal toilet, tau ajelah semua berbayar, sebab budapest negara ke dua aku lawat selepas paris, tetapi paris toilet free lagi, budapest, harga masuk toilet berbeza tenguk lokasi gitu, paling tinggi 50 cent euro tu, jadi apa aku boleh kata, memang selalu terhidu bau hancing gitu, ialah bukan semua orang nak habiskan duit bayar toilet kalau boleh buat secara free, nak nak kalau cam aku yang nak masuk toilet hampir setiap masa, bangkrap dibuatnya.... iklan sekejap, toilet di qc adalah percuma.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2009 09:40 PM | Show all posts
27# faraway1

kalau ikut member aku yg selalu ke europe yg paling cun russian yg best lak dressing hebat
macam model tup2 kejenya cuci tingkap bangunan patut le yg tersesat kat sini laku jd pela***
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2009 09:41 PM | Show all posts
Masa kami melepak kat kaki tangga dekat bangunan opera, mamat yang sibuk membaca paper omputih pandang kami dan kata ''so u dari boston''..... agaknya dia merujuk pada cap yang B pakai masa tu, red sox boston... B kata takdalah... kami dari quebec city, B sambung citalah topi tu hadiah dari aku masa kami ke boston june lepas... berbual berbuallah kami, mamat tu dari US, bercuti dengan anak dara dan bini dia, tetapi mereka tak berminat nak melawat opera, jadi mamat ni melawat sesorang sementara mereka buat aktiviti lain, kami pun tak da niat nak melawat opera tu, aku duduk melepas lelah kat tangga tu masa B sibuk mengintai dari luar beg beg kat butik LV seberang jalan dari bangunan opera tu...
-------
Jadi kami sambung cita, kira mamat ni selalu macam kami, suka berjalan jalan, lepas tu dia tanya kami jika kami dah ke market dua tingkat nama I. Szamu Vasarcsarnok, kami cam ''Apa market''.. dekat mana, macam mana kami tak tau.... rupanya dalam kami ingat dah merayap banyak tempat, ada jugak tetinggalnya... jadi mamat ni bagitau camana nak pegi, tetapi katanya cuma buka sampai jam 3 petang, jadi kena tunggu besoklah..
-------
Jadi besoknya itulah agenda kami, kami berjalan kaki ke market tu, rupanya tak jauh pun dari hotel, cuma hujung hujung sana, tu kami tak sampai, oh ya, ada budepst youth hostel tak jauh dari market tu, ni jumpa lepas merayap rayap cari market, jadi aku rasa kalau ada sesiapa nak ke sana dan nak tinggal kat dorm, silalah ke sini... Jadi kami jumpa market tukan, umang aii, best, memacam di jual, tau tak hungary ni verylah famous dengan paprika, segodang besar gila saiznya, lepas tu bahagian atas ada jual makanan tempatan, bau menyusuk kalbu betul, bau best betul, kembang kempis hidung aku menghidu... well, bernafaskan, jadi terhidulah...
------------
Jadi dah ke marketkan, jadi otomatik aku jalankan kerja aku menyopping, banyak betul menarik hati sampai kalau boleh semua aku nak beli, aku jatuh cinta dengan cadar katil hasil kraftangan orang hungarian ni, tapi mahal gila, 100 euro gitu, tak mampulah aku nak membelinya sebab lari budget gitu... jadi untuk puaskan hati, aku belilah alas meja, itulah tak mampu aku nak memilih mana satu sebab semua lawa lawa, last aku suruh encik B pilihkan mana satu dia berkenan... selain tu aku beli serbuk paprika, aku beli tshirt tu aku dan anak anak saudara dan aku beli magnet.. Itu aje aku beli dan itu aje cenderamata aku beli di budapest.. Peta perjalanan kami selama 5 minggu di europe.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2009 09:44 PM | Show all posts
27# faraway1

kalau ikut member aku yg selalu ke europe yg paling cun russian yg best lak dressing hebat
macam model tup2 kejenya cuci tingkap bangunan patut le yg tersesat kat sini laku jd pela* ...
farmasi Post at 13-10-2009 08:40


laki me kata ppuan slovakia jugak cantik cantik....
ni yg lelaki cakap, kalau tanya me, lelaki paling pendek ataslah
org peranchis, lelaki paling tinggi jerman...
lelaki hansem yg me rasa paling ramai,
emm susah nak cakap......
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2009 09:44 PM | Show all posts
31# faraway1

jap2 ni masih kat europe ke dah balik quebec?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2009 09:48 PM | Show all posts
31# faraway1

jap2 ni masih kat europe ke dah balik quebec?
farmasi Post at 13-10-2009 08:44


me dah balik quebec dah.....
kami kat europe dr 20/8 - 24/9
5 weeks paling menarik di europe,
mentari bersinar selalu, panas....
dan bila balik sini, cam tetinggal mentari kat sanalah pulak..
sbb balik balik sini dah start sejuk, hujan, salji
pun dah start munculkan diri...
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2009 09:53 PM | Show all posts
ok off topic jap kalau gitu nak jemput tengok www.monaviemediacenter.com
kalau terlintas dihati nak beli atau lebih maklumat jangan carik org lain carik
je prosper pharmacy id 877285. untung2 bole gi maui skali tahun depan free!!
tapi sebelum tu dia bagi 1st free trip ke zermatt resort utah & 2nd free trip
ke disney. all paid expenses for two.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2009 10:21 PM | Show all posts
ok off topic jap kalau gitu nak jemput tengok www.monaviemediacenter.com
kalau terlintas dihati nak beli atau lebih maklumat jangan carik org lain carik
je prosper pharmacy id 877285. untung2 bole g ...
farmasi Post at 13-10-2009 08:53


please tak perlulah nak buat iklan kat sini...
tak da kaitan iklan ni dgn tajuk.....
walau u nak tulis off topic sekalipun....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2009 12:07 AM | Show all posts
Tumpang letak gambar Budapest lagi ya FAr... Gambar lama jek...



Hero's square.
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2009 12:10 AM | Show all posts

RE: Budapest, Hungary dan slovak republic






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2009 12:14 AM | Show all posts


Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2009 12:25 AM | Show all posts
Dan kalau datang time musim bunga, jangan lupa ke Margit Sziget atau Margaret Island.




Boleh lepak2, picnic2. Dan bagi lelaki boleh cuci mata tgk awek2 hungary yg cun2 sunbathing topless ditebing sungai Danube.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:15 AM GMT+8 , Processed in 0.100196 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list