CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Hanni

UMRAH VII, HAJI DAN PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH DAN MAKKAH (HARAMAIN)

 Close [Copy link]
Post time 14-10-2009 10:47 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2009 11:23 AM | Show all posts
SALAM..

Tahniah dah beralih ke rumah baru rupanya..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-10-2009 01:13 PM | Show all posts
28# wulan_cinta

moga Allah limpahkan rezeki wulan utk bergelar tetamu Allah.. aminnn
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-10-2009 01:15 PM | Show all posts
41# Rosputih

perkuburan syuhada ni mmg x bernisankan? Ermm nk tanyalah, kubur yg panjang tu, milik siapa ye?
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2009 01:16 PM | Show all posts
37# HUSSAINTAHIR

wah merata hang jalan no..jgn lupa tempek gambar...glasgow one of the place i teringin nak pi gak...tunggu anak no 2 ni je..kejap nak study kat uk kejap kat mesir..mana satu da...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-10-2009 01:17 PM | Show all posts
37# HUSSAINTAHIR

bestnya hussain.. lawatan sambil belajar ke or lawatan kerja? Bila hussain balik Malaysia?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 14-10-2009 01:18 PM | Show all posts
45# sunsuria3 hehehhee.... kak sun, susah2 sgt.. akan pilihkan utk anak akak, abis citer. hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2009 01:19 PM | Show all posts
masa saya ke bukit uhud tu panjatlah juga bukit tu..ust kata bukit tempat pasukan memanah....cuba membayangkan peristiwa silam masa perang uhud tu keliling just padang pasir...bukit ni aja yg tengah2 padang pasir..teringat lah kisah si hindun yang ganas tu...sib baik finally dia masuk islam...dlm majalah solusi terbaru ada kisah si hindun berlawan kata2 dgn nabi ala2 sindir menyindir gitu sampai si umar ketawa terbahak2 he he seronok pulak baca...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-10-2009 01:21 PM | Show all posts
kawan saya pegi haji buat kali ke 2 tahun ni guna andalusia..tak perlu qoata apa pun tak perlu beratur tunggu giliran walau pun baru 2 years ago dia buat haji dgn tabung haji..dia pergi tahun ni sbb k ...
sunsuria3 Post at 13-10-2009 15:16



hanni kalo nk tunggu giliran, mmg lambat sgt lagi.. Kalo x silap tahun 2021.. huhhuh.
Kalo possible tunaikan haji lebih cepat dgn travel agent.. bolehla hanni bincang dgn husband pasal nih. Tapi ada sesapa yg boleh confirmkan, betul ke kalo pegi dgn agent x perlu beratur atau ikut giliran yg ditetapkan oleh tabung haji?
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2009 02:03 PM | Show all posts
Salam benang2 umrah & haji.. cpt sungguh rumah ni datang dan pergi...baru jengah ari ni sok dah tertinggal flight plak...camni kena kayuh laju2 nie....
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2009 02:10 PM | Show all posts
alhamdulillah... dh g hj 2005 ngan hubby. insya allah tgh kumpul duit nak wat umrah lg. nak g 1 family....
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2009 02:12 PM | Show all posts
terpegun sejenak melihat keagungan Allah Mentadbir Alam ini..
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2009 02:56 PM | Show all posts
Haji si Tukang Sepatu


Diriwayatkan Sheikh Abdullah bin Mubarak (RA), seorang ulamak yang terkenal bermimpi sewaktu terlena di depan Kaabah. Abdullah bermimpi melihat dua malaikat yang turun ke bumi dan berbual-bual antara mereka.

Malaikat pertama memulakan kata, “Tahukah kamu berapa ramai yang mengerjakan haji pada tahun ini?”

”Enam ratus ribu,” jawab yang kedua.

Kebetulannya Abdullah bin Mubarak juga mengerjakan haji musim yang sama.

”Berapa ramai yang mabrur?” tanya malaikat pertama lagi.

”Saya tak yakin kalau-kalau ada sesiapa yang mabrur pada kali ini.” Jawab yang kedua.

Apakala mendengar jawapan ini Abdullah bin Mubarak menjadi sedih. Beliau mengenangkan tentang jumlah manusia yang telah merentangi padang pasir, mengharungi lautan luas dan meredah hutan belantara untuk sampai ke Makkah; dalam keadaan yang begitu mencabar. ”Tak akan sekali Allah SWT yang Maha Penyayang akan membiarkan segala usaha dan harta-benda di sia-siakan,” fikirnya.

Tapi beliau terkejut apabila mendengar kata-kata Malaikat pertama lagi. ”Ada seorang si tukang kasut dari Damsyik, bernama Ali al-Mufiq, yang tidak dapat mengerjakan haji, tapi Allah SWT menanugerahkannya pahala mabrur. Allah SWT menerima niatnya untuk menunaikan ibadat haji dan kerananyalah maka kesemua hujjaj pada tahun ini diterima haji mereka."

Apabila Abdullah bin Mubarak tersedar dari tidurnya beliau membuat keputusan untuk pergi ke Damsyik dan mencari Ali al-Mufiq, yang begitu disanjung oleh malaikat dan dirai olah Allah SWT.

Setibanya di Damsyik, setelah bersusah payah mencari Ali al-Mufiq, akhirnya bertemulah beliau dengannya.



“Siapa nama mu?” Tanya Abdullah.

”Ali al-Mufiq”

”Apa pekerjaanmu?”

”Biasa-biasa, sekadar si tukang sepatu,” jawab Ali al-Mufiq kehairanan. ”Siapa kamu,” tanyanya pula pada Abdullah bin Mubarak.

”Abdullah bin Mubarak.”

Apabila mendengar nama yang tersohor ini, Ali al-Mufiq bertambah hairan kerana telah diziarahi oleh ulamak yang begitu ternama dan amat dirai.

Setelah ditanya oleh Abdullah bin Mubarak tentang niatnya untuk mengerjakan haji, beliau menerangkan, ”Memang niatku sudah lebih 30 tahun untuk menunaikan haji, dan pada tahun ini perbelanjaanku akhirnya mencukupi. Tapi takdir Allah SWT mengatasi segala-galanya. Niatku tidak dapat dilaksanakan.” jawab beliau.

“Kenapa ditakdirkan?” Tanya Abdullah bin Mubarak.

”Ketentuan Allah SWT mengatasi segala-galanya,” jawabnya rengkas.

Setekah didesak-desak Abdullah bin Mubarak, beliau pun menerangkan. ”Pada suatu hari aku pergi menziarahi jiranku. Kebetulannya mereka sedang makan. Tapi hairannya tidak sebagaimana kebisaan sebelum dapat aku masuk kerumahnya, jiranku yang kelihatan sugul, menerpa keluar dan berbisik kepada ku."

”Maafkan kami ya Ali,” katanya, ”Maaf kerana kami tak dapat mengajakmu makan bersama. Kami sudah tiga hari tak mempunyai makanan maka pada hari ini, kerana kesiankan anak-anakku, aku keluar mecari kalau ada apa-apa makanan yang dibuang jiran yang dapat dikutip dan dibawa pulang untuk hidangan. Yang aku jumpa hanya bangkai se ekor keldai. Maka aku memotong bahagiannya dan inilah yang dihidangkan pada anak-anakku. Pada kami bangkai ini halal kerana dalam keadaan dharurah, yang ditegah dibenarkan. Maka sebab itulah aku tak dapat mengajakmu bersama-sama menjamah juadah tersebut.”

”Hatiku luka,” jawab bin al-Mufid, “apakala mendengar keterangan tersebut. Lantas aku pulang dan mengambil duit tabunganku untuk ke Makkah kerana pada pendapatku membantu jiran yang dalam kesusahan adalah lebih mulia dari hasrat untuk menunaikan haji. Dan sekiranya ada rezekiku pasti Allah SWT akan meluangkan peluang lagi padaku."

Begitulah tercuitnya hati Abdullah bin Mubarak apakala mendengar kisah Ali al-Mufid tadi.

Sesungguhnya sebagaimana firman Allah SWT dalam hadith Qudsi, ’Sekiranya kau ringankan bebanan umat-KU maka AKU akan lebih meringankan bebananmu.’ Kelaku Ali al-Mufid dan pengorbananya bukan setakat diganjarkan Allah SWT dengan haji yang mabrur tetapi juga tempiasannya telah memabrurkan kesemua hujjaj pada tahun itu. Segala-gala yang dikurniakan Allah tidak sama sekali meluakkan khazanah rahmat-NYA yang maha Shomad.


_______________________________


Haji sebenarnya adalah perjalanan yang menyalakan jiwa raga dan ruh seseorang untuk membawa seseorang ke dimensi waktu di alam dunia kepada waktu ianya akan bertemu dengan Yang Maha Khaliq.

Pengerjaan ibadah haji akan membawa seseorang kepada taraf yang tertinggi.
Haji yang mabrur akan dicapai apakala seseorang dapat mengaitkan keadaan dirinya
kepada kehendak Allah SWT dalam hal-hal yang berkait dengan makhkuk-NYA.


Dan sebaik-baik pengorbanan adalah yang mengatasi kehendak nafsu.
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2009 02:58 PM | Show all posts
alhamdulillah... dh g hj 2005 ngan hubby. insya allah tgh kumpul duit nak wat umrah lg. nak g 1 family....
merahsilver Post at 14-10-2009 14:10


Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2009 03:05 PM | Show all posts
44# Hanni

Hanni,
Kalau tak silap makam Saidina  Hamzah.
Gambar ini dirakam ketika menzirahi Bukit Uhud  ketika umrah baru-baru ni.
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2009 03:12 PM | Show all posts
hanni kalo nk tunggu giliran, mmg lambat sgt lagi.. Kalo x silap tahun 2021.. huhhuh.
Kalo possible tunaikan haji lebih cepat dgn travel agent.. bolehla hanni bincang dgn husband pasal nih. Ta ...
Hanni Post at 14-10-2009 13:21

Assalamualaikum Hanni,
Begini yer...saya pernah merujuk pada satu agensi pengurusan haji yg agak terkenal.  Menurut salah seorang petugas depa, kalu kita berhajat nak pegi haji dlm jangkamasa terdekat, kita bole pergi kpd agensi depa setahun awal dari musim yg kita nak pegi.  Contohnya, kalu kita nak pegi tahun 2010, selesai saja musim haji tahun nih, kita terus berhubung dgn depa tetapi dgn syarat kita dah mendaftar utk pergi haji dgn pihak Tabung Haji.  Mereka akan maklumkan pada TH akan hasrat kita dan mulakan proses.  Biasanya nama kita akan diletakkan dlm senarai utk mendapat quota tambahan yg biasanya diluluskan oleh kerajaan Arab Saudi.  So dlm kes kita tak potong que org lain sbb kita tunggu quota tambahan dan bukan quota asal yg dah diperuntukkan utk jemaah dlm list pendaftaran dgn TH.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2009 08:23 AM | Show all posts
Post Last Edit by aziefa at 15-10-2009 08:24

Mekah Madinah Mulai Mendingin           
Rabu, 14 Oktober 2009 11:50

Jakarta (MCH). Mekah dan Madinah sudah mulai mendingin dibanding beberapa hari lalu. Jika sebelumnya suhu maksimal masih 43 derajat di Mekah dan 42 derajat di Madinah, kini sudah berangsur mendingin.

Dilaporkan harian Al-Watan edisi Rabo, 14 Oktober hari ini, suhu minimal Mekah 27 derajat Celcius dan maksimal 40 derajat Celcius. Madinah, minimal 24 derajat Celcius dan maksimal 37 derajat Celcius. Jeddah, minimal 26 derajat Celcius dan maksimal 37 derajat Celcius.

Dilaporkan juga, Riyadh, minimal 20 derajat Celcius dan maksimal 35 derajat Celcius. Dammam, minimal 21 derajat Celcius dan maksimal 36 derajat celcius. Terdingin, Abha dengan suhu minimal 16 derajat Celcius dan maksimal 28 derajat Celcius.

Suhu di Arab Saudi akan terus mendingin dan diperkirakan puncaknya pada saat haji hingga Desember nanti. (MH)


ayahjoe dah siap ke Baju sejuk..
Juga selipar sejuk pesan Husain
...
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2009 08:27 AM | Show all posts


Amboii lapangnya...
Jazakallah...manzlie blogspot.com.
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2009 08:31 AM | Show all posts
Post Last Edit by aziefa at 15-10-2009 08:38

Menjadi tetamu Allah bersama Haji Mabrur

SESEORANG yang menunaikan ibadah haji ke Baitullah benar-benar merupakan suatu nikmat yang tidak dapat diukur dengan berapa jumlah ringgit yang dikeluarkan untuk maksud tersebut.

Walaupun kita mengetahui pembiayaan kos haji sekarang adalah tinggi tetapi mengeluarkan biaya untuk keperluan haji akan dinilai Allah s.w.t lebih daripada apa yang kita belanjakan. Ini benar-benar merupakan perdagangan yang maha besar.

Mengorbankan wang ringgit mengerjakan ibadat demi Allah!

Berurus niaga dengan Allah tidak pernah rugi. Bahkan setiap dugaan dan cubaan yang akan kita alami di Tanah Suci akan diganjari dengan pahala kerana tiada satu pun perbuatan kita luput daripada penilaian Allah.

Sebenarnya ibadat haji adalah jamuan Allah dan orang-orang yang berhaji adalah tetamu undangan Allah ar-Rahman.

Sesungguhnya kita beruntung dapat menjadi tetamu Allah kerana
hanya dengan izin-Nya kita menjadi tetamu-Nya.


Allah Yang Maha Bijaksana telah memilih kita di antara jutaan umat manusia yang ada di muka bumi ini untuk menjadi tetamu-Nya.

Terdapat ratusan juta orang di muka bumi ini yang lebih kaya daripada kita, lebih bertakwa daripada kita, lebih terhormat dan tinggi pangkatnya daripada diri kita, lebih baik akhlaknya, lebih baik ibadahnya tetapi Allah ternyata memilih kita menjadi salah seorang tetamu-Nya di antara 2 – 4 juta tetamu-Nya pada haji tahun ini.

Bayangkan diri kita sebagai orang rakyat biasa apabila diundang seorang Perdana Menteri atau ketua kerajaan saja kita akan terpesona ini apatah lagi diundang oleh-Nya yang mengatasi semua ketua kerajaan dan menguasai sejagat raya ini beserta isinya.

Alangkah indahnya menjadi tetamu Allah bagi yang mahu memahami makna haji.

Ini adalah kesempatan terindah kerana dapat berkunjung ke rumah-Nya yang paling mulia di muka bumi ini.

Kita dapat dapat bertemu dalam dialog (berdoa dan bermunajat) dengan Kekasih,
membentangkan dosa-dosa yang telah dikerjakan selama ini di hamparan Arafah-Mu,
menyesali diri kerana membiarkan banyak waktu yang telah berlalu tanpa ibadah kepada Allah.

Selain menjadi tetamu Allah, orang-orang yang mengerjakan haji dan umrah adalah seolah-olah menjadi duta-duta Allah.

Bayangkan bukan sahaja menjadi tetamu Allah tetapi menjadi orang pilihan Allah. Orang yang diangkat menjadi orang pilihan pasti yang “diseru” untuk pergi ke Rumah Suci.

Inilah suatu kesempatan dan tidak semua orang mendapat peluang ini tersebut maka kita harus bersyukur dengan jemputan Allah ini ke Tanah Suci.

Rasa kesyukuran ini hendaknya kita zahirkan dalam bentuk pemanfaatan detik demi detik untuk muraqabah kepada Allah, mengamati kemuliaan Allah dan menyempurnakan setiap proses berhaji itu sendiri.

Haji adalah ibadah yang memerlukan kefahaman dan kesedaran yang tinggi agar dapat merasakan betapa indah dan nikmatnya menjadi tetamu Allah.

Sebagai tetamu Allah tidakkah kita merasa malu apabila masih ada maksiat dan kezaliman yang kita lakukan.

Jika kita ingin ziarah kita ini diterima oleh-Nya maka maknailah haji kita dan luruskan niat kita dengan benar.

Tinggalkan segera perbuatan yang dilarang-Nya,
sempurnakanlah segala perintah dan
periksa lagi kesempurnaan ibadah kita pada empat Rukun Islam yang lain
iaitu mengucap dua kalimah syahadat, solat, berpuasa dan mengeluarkan zakat.

Setelah kita berniat haji, segera siapkan diri kita menuju rumah Allah yang paling mulia ini.

Selesaikan segala perkara kita,
lunasilah hutang-piutang kita,
hilangkan rasa cinta kita pada dunia ini,
putuskan kaitan hati kita dengan apa yang ada di belakang kita
hadapkan wajah kita kepada-Nya dengan wajah hati kita
sebagaimana kita menghadapkan wajah lahir kita ke rumah-Nya.

Sabda Rasulullah s.a.w:
Orang-orang yang sedang berhaji atau berumrah adalah tetamu-tetamu Allah dan para penziarah rumah-Nya,
jika mereka meminta sesuatu dari-Nya nescaya Ia akan memberinya.
Dan jika mereka memohon ampun daripada-Nya nescaya Ia akan mengampuninya.
Dan jika mereka berdoa kepada-Nya nescaya Ia akan mengabulkannya.
Dan jika mereka bersyafaat (memintakan sesuatu untuk orang lain) kepada-Nya nescaya
Ia akan menerima syafaatnya (Ibnu Majah dari Abu Hurairah).

Apabila kembali ke kampung halaman, jadilah kita sebagai seorang yang sentiasa mengingati pengalaman berhaji, berdoa, berzikir dan bertaubat seolah-olah kita menjalani kehidupan yang baru, yang ingin membawa perubahan ketika berhadapan dengan realiti kehidupan di kampung halaman kita.

Oleh itu jadilah tetamu Allah dengan mendapat ganjaran haji mabrur.


Ilmu yang perlu di munafaatkan bersama terutam Bakal Tetamu Allah..
ayahjoe...lina...
Alhamdulillah...
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2009 08:47 AM | Show all posts
49# Hanni
Tapi ada sesapa yg boleh confirmkan, betul ke kalo pegi dgn agent x perlu beratur atau ikut giliran yg ditetapkan oleh tabung haji?


Assalamualaikum hanni...
Kalau hanni nak tau lebih lanjut lagi..
Cuba tanya lina ( kawan mimi )..
Dia akan pi mengerjakan Haji  Tahun ni...sama dgn ayahjoe..
Dia pi Umrah pada Bulan Mac baru ni..
Balik Umrah ..hati tu macam terpanggil panggil nak kerjakan Haji..
Tak tau macamana dia buat..
So dia dapat pergi Haji melalui Travel Agent..
Alhamdulillah.
..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 04:41 PM GMT+8 , Processed in 0.072400 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list