CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Hanni

UMRAH VII, HAJI DAN PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH DAN MAKKAH (HARAMAIN)

 Close [Copy link]
Post time 17-10-2009 10:09 AM | Show all posts
100# anishim464

Waalaikumsalam anishim,

Terima kasih anishim, sesekali berposting, siap dengan resepi nasi mandy...
Teringat-ingat keenakkan nasi mandy ni...
sapa-sapa yang nak mencuba tu, bolehlah jemput kami semua merasainya ....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2009 10:19 AM | Show all posts
Post Last Edit by Rosputih at 17-10-2009 10:24

Petikan dari Berita Harian 17 Oktober 2009

Semangat setiakawan Syawal di bumi Makkah

   Oleh Mohd Shahrir Ali, Makkah, Arab Saudi

SAYA dapat menghidu kedatangan Syawal selepas melihat ramai jemaah di Masjidil Haram mengucapkan Eid Mubarak walaupun selalunya mereka akan menunggu isyarat solat tarawih. Kalau ada Tarawih, maka Ramadan akan bersambung satu hari lagi tetapi kalau tiada solat itu bermakna berakhirlah Ramadan dan bermulalah Syawal.

Jemaah berpelukan sesama sendiri tanpa mengira tempat sama ada di lobi hotel mahupun di restoran. Saya juga tidak dikecualikan,tanpa mengenal tetamu hotel dan sesiapa saja, kami berpelukan sesama sendiri sambil mengucapkan Eid Mubarak kepada setiap tetamu yang ditemui. Jemaah lain semuanya senyum meleret. Meriah suasana. Di pekarangan Masjidil Haram kelihatan manusia berduyun-duyun masuk dan keluar masjid.

Selepas solat Isyak, takbir bermula. Senyap-sunyi suasana dan semua jemaah begitu khusyuk bertakbir mengiringi takbir imam Masjidil Haram. Hotel Al Safwah Royale Orchid meletakkan beberapa televisyen di lobi untuk jemaah mengikuti siaran langsung. Tiada kedengaran lagu raya tetapi hanyalah bacaan ayat suci al-Quran dan zikir yang memuji kebesaran Allah SWT dan Nabi besar junjungan kita.
        

    Selesai bertakbir, ruang lobi kembali menjadi sesak dengan tetamu yang duduk berkumpul sehingga melewati jam 12 tengah malam dan ada pula sebahagiannya bersembang sehingga ke pagi. Berbual sambil minum teh menjadi kemestian di sini. Kadangkala orang yang tidak dikenali pun dijemput sama.

Suasana pagi Syawal di tempat kerja tidak kurang sibuknya dan kami sesama pekerja mengucapkan Eid Mubarak. Ada yang datang memeluk, mencium pipi dan mencium dahi saya. Sifat kemesraan sesama Islam cukup terasa.

Kami berkongsi cerita, makanan, minuman, cara sambutan walaupun kami datang dari pelbagai latar belakang dan budaya berbeza.Tetamu dari Maghribi, Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Qatar, Oman,Indonesia dan Malaysia semuanya gembira dengan kedatangan Syawal.      Sarapan untuk tetamu dilebihkan dengan makanan Arab. Sup Harira kami letakkan juga sebab masih ramai jemaah dari Maghribi yang datang.

Kanak-kanak diberikan barang mainan manakala wanita pula dihadiahkan sekuntum mawar merah. Penuh dengan tetamu yang memenuhi lobi hotel.

Waktu sarapan, keadaan restoran sudah menjadi semacam pesta.  Ini juga makanan penting pada pagi Aidilfitri sebelum mereka keluar bersama keluarga ataupun kembali menemui keluarga untuk makan tengah hari bersama ibu bapa masing-masing. Hotel menjadi lengang kerana ramai yang sudah mendaftar keluar hotel selepas sarapan. Tetamu tempatan yang pertama keluar diikuti tetamu dari negara Arab lain. Tetamu dari Asia seperti Malaysia dan Indonesia masih lagi tinggal beberapa hari untuk mengecapi keindahan Eid di bumi Anbia ini.

Kakitangan saya tidak terkecuali daripada menyambut Eid dengan meriah walaupun kebanyakan masih terpaksa bekerja pada hari mulia itu. Hari raya kedua barulah mereka bercuti.    Bagi yang tidak berkesempatan untuk berhari raya bersama keluarga, mereka membawa sedikit makanan dari rumah untuk meraikannya bersama rakan setugas. Keadaannya seakan-akan sama dengan di Malaysia. Cuma yang berbeza hanyalah manisannya.

Pada dua Syawal, keadaan di Kota Makkah kembali tenang walaupun ramai jemaah masih berada di masjid pada waktu solat Maghrib dan Isyak. Di luar kawasan Masjidil Haram, kelihatan plastik hijau masih lagi dibentangkan untuk mereka berbuka puasa secara ringkas dengan tamar, kopi Arab dan air.

Pada hari kedua ini, orang ramai mula meninggalkan Kota Makkah. Sesekali terdengar bunyi mercun yang mungkin datangnya dari kawasan penempatan masyarakat Myanmar, Malaysia dan Indonesia yang menginap diatas bukit sekitar kota Makkah.

Ketupat dan rendang boleh didapati di sini tetapi lemang masih belum saya jumpa. Saya sempat bertemu warga Malaysia yang bertugas di Yanbu, Jeddah, Madinah, Riyadh dan bandar lain di Arab Saudi yang rata-ratanya berasa amat bersyukur kerana mampu meraikan raya di Makkah. Walaupun saya tidak mengenali mereka, semangat setiakawan dan 1Malaysia tetap menjadikan kami sangat mesra walaupun inilah kali pertama kami bertemu. Banyak cerita dan pengalaman yang kami bualkan. Bercerita mengenai kampung halaman menjadikan saya sedikit sayu teringatkan anak-anak dan isteri.



Penulis ialah Pengarah Bahagian Makanan dan Minuman di Hotel Al Safwah Royale Orchid, Makkah, Arab Saudi.
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2009 10:37 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2009 12:11 PM | Show all posts
76# ayahjoe
Ayahjoe..terima kasih sangat2 bagi link tu.. sebelum ni ada link e-book je..
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2009 12:20 PM | Show all posts
78# irbudan

Tq Irbudan, saya sdg usaha nak dapatkan buku tu secara online ni,
kawan kat sini ada, tapi lagi puas hati kalau kita ada sendiri kan.. Bila2 nak buat refer senang..
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2009 12:48 PM | Show all posts
67# aily

salam aily, kalau nak santai2 camtu musim umrah memang agak susah.. tp kadang2 klu weekdays after subuh tu lengang juga..

lagi satu, , selepas bulan ramadhan sehingga Feb (kecuali bln Haji) memang Mekah/masjidilharam dalam keadan lengang sikit & boleh santai2 camtu, sebab visa umrah ditutup..hanya utk local/ mereka2 yg tinggal di saudi saja dibenarkan.. malah kadang2 dengan mudahnya boleh mengucup Hajaratulaswad tanpa bersesak2 mcm biasa tu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-10-2009 01:04 PM | Show all posts
seronoknya masuk thread ni..mmg teringin sgt nk pegi mekah, dulu pegi masa tahun 1992,masa umur 12 tahun,sekarang ni tgh planning nk pegi bulan 6 tahun depan,harap2 dipermudahkan Allah..blhla kongi info dr thread ni...salam perkenalan utk semua..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-10-2009 01:29 PM | Show all posts
94# mimi_19 assalamualaikum..

mimi thanks for the info.. Hanni baru tgk website th travel tadi.
Terkejut gak tgk harga pakej zamrud tu.. hehehhe. Tapi kalo ada rezeki lebih, apa salahnya spend utk yg terbaik..heheheh
Ermm sempat gak tadi browse beberapa website yg lain, irna yakin, zahafiz, dakna (but xde pulak dinyatakan pakej haji), Rayhar Travels...Tapi so far rasanya, Andalusia yg hanni jumpa paling murah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-10-2009 01:33 PM | Show all posts
100# anishim464


wah, kak anish... thanks for the resepi nasi mandi.
Akak dh cuba masak ke?
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2009 06:58 PM | Show all posts
100# anishim464

Waalaikumsalam anishim,

Terima kasih anishim, sesekali berposting, siap dengan resepi nasi mandy...
Teringat-ingat keenakkan nasi mandy ni...
sapa-sapa yang nak mencuba tu, b ...
Rosputih Post at 17-10-2009 10:09



Assalamualaikum..
Baru aje balik makan Chicken Mendy kat Restoran Saba..
Balik dari Kampung Husband kat Morib..
Lalu Cyberjaya..terus singgah..
Alhamdulillah...
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2009 06:59 PM | Show all posts
seronoknya masuk thread ni..mmg teringin sgt nk pegi mekah, dulu pegi masa tahun 1992,masa umur 12 tahun,sekarang ni tgh planning nk pegi bulan 6 tahun depan,harap2 dipermudahkan Allah..blhla kongi in ...
ungu_violet191 Post at 17-10-2009 13:04


Salam Perkenalan dari kami juga..
Insyallah mudahan Allah memakbulkan olanning nak pi Umrah bulan 6 Tahun depan...
Aminnn...
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2009 07:02 PM | Show all posts
Post Last Edit by aziefa at 17-10-2009 19:11

Pakej Almas
16 October, 2009 · 1 Comment

Taklimat haji di Hotel Nikko khas untuk jemaah yang membayar RM 120 ribu seorang.
Hanya 26 orang sahaja yang mendaftar dengan pakej ini.
Semoga mendapat haji yang mabrur ..




Secara kebetulan dpt jumpa Ustaz Rahman di Majlis Jamuan Hari Raya
malam tadi...
Ramai juga orang orang besar yang akan pi Haji Tahun ni..
Mereka ni ada kuota VVIP..
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2009 09:33 PM | Show all posts
102# Rosputih

saya baca majalah solusi di pukul macam rebana nak bagi tu raya esok, then jemaah semua berpelukan...
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2009 10:13 PM | Show all posts
salam semua.. lama betul tak masuk forum nih.... dah mkn laju.. cerita tentang kesenorokkan jejak bumi haram mmg xakan abis.. sentiasa ada cerita yg menarik utk dikongsi...

teringat masa ramadhan lepas.. sempat jugak jmpa dgn ibu rosputih di mekah.. dpt gak ole2 dr msia.. terima kasih byk ibu... rasa terharu gak...

haji yg bakal tiba sy berniat nak pegi tp ikut pakej haji dr tanah arab jugak.. tp diorg masih belum open for registration lg... risau2 gak klu last minute xdpt pegi.. sayu je hati.. doakan sy dpt tunaikan haji tahun nih... insyaallah... ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-10-2009 10:21 PM | Show all posts
107# ungu_violet191

amin... moga Allah permudahkan niat dan hajat uv utk ke Tanah Suci...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-10-2009 10:27 PM | Show all posts
110# aziefa

bestnya kak zie.. dapat pekena nasi mandy....
hanni ni teringin nk pegi.. tapi x tau kat mana Saba tu.. asyik dgn kwn2 dok sebut2.. nantilah, satu hari nnti nk ajak cik abang jln2 cari makan kat cyberjaya tuh.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2009 10:38 PM | Show all posts
114# mamanett

Waalaikumsalam mamanet,

Patulah sehari dua ni  ibu teringat-ingatkan mamanet je, terfikir-fikir mamanet dah balik  semula ke Yanbu ke?

Tentu seronok mamanet dapat bertemu kaum keluarga semasa hariraya baru-baru ni.   Sayang sekali ibu tak sempat  nak ke JB tempoh hari.  Ada rezeki InsyaAllah kita akan jumpa lagi.

Ibu doakan mamanet dan suami dapat melaksanakan Rukun Islam Yang Kelima pada musim haji tahun ini, InsyaAllah
Alangkah seronoknya ye mamanet ......
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2009 01:53 PM | Show all posts


Makkah gets a rare break before Haj
Anwar Al-Sayed | Arab News
  
MAKKAH: Following the long Ramadan and Umrah season and the departure of all pilgrims, businesses in Makkah are taking a break in preparation for the Haj season that begins on Nov. 18 when the first batch of pilgrims will arrive.

With streets in Makkah calm, the only activity seems to be that of hotels, eateries and shops preparing for Haj, the busiest time of the year.

Waleed Abu Sabaah, head of the Hotel and Tourism Committee at the Makkah Chamber of Commerce and Industry, said preparations are under way to receive pilgrims. “The Umrah season that closed with Ramadan ended with success and without any incident. According to the Haj minister’s statement there was an increase in the number of pilgrims by 300,000 from last year. The current break is short and similar to a warrior regaining his composure. Things will get very busy when pilgrims arrive for Haj,” he added.

Abu Sabaah said his only fear is some Muslim countries banning their citizens from the Haj because of swine flu. “This has not discouraged citizens of Makkah from preparing for Haj,” he added.

The city’s bakery shops are also gearing up for the huge influx of pilgrims. Adel Kaaki, chairman of the Kaaki chain of bakeries, said that Makkah never sleeps. “Preparations begin early with bakeries acquiring huge quantities of flour for pilgrims. Preparing for Haj can be tiring. The situation is however fine, as the Kingdom has imported 300,000 tons of wheat. The government also increased before Haj the bakeries’ share of wheat,” he said.

Makkah’s 33,000 shops, which include groceries, bakeries, cafes, butcher shops and restaurants, are also making arrangements for the Haj season. Groceries, restaurants and local convenience stores are already stocking their shelves. “There isn’t much time between the end of the Umrah season and the beginning of the Haj season,” said Abdullah Bawazeer, owner of a grocery shop. “The time for relaxation is when the Haj season ends and before the Umrah season begins. Businessmen know how important this season is and therefore prepare early,” he added.

“The markets of Makkah resemble a bee’s nest day and night… everyone knows how important the next months are in terms of profit-making,” Bawazeer added.

Makkah municipality has also been placing rental adverts for stores and providing permits to peddlers. The municipality has also been working hard to complete road construction and cleaning projects, and ensuring streets are well lit, and trees and plants in public places are watered.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2009 01:59 PM | Show all posts
110# aziefa

bestnya kak zie.. dapat pekena nasi mandy....
hanni ni teringin nk pegi.. tapi x tau kat mana Saba tu.. asyik dgn kwn2 dok sebut2.. nantilah, satu hari nnti nk ajak cik abang jln2 ca ...
Hanni Post at 17-10-2009 22:27



Assalamualaikum hanni..
Baru lepas lagi makan Nasi Arab...Nasi Mendy..
Tadi Kawasan Perumahan Akak buat Jamuan Hari Raya..
Jamuan Raya Bangi Valley..
ADUN Bangi pun hadir sama..
Salah seorang penduduk di situ bermurah hati menaja Nasi Mandi Ayam n Kambing..
Oleh kerana dia kerja kat UNITEN...
Jadi dia bawa Nasi Mandi yg famous kat UNITEN..
Rasanya Nasi mandi yg adik zarif,,Husain,,,zeed pernah cadangkan dulu kot..
Memang sedap...
Alhamdulillah..
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2009 02:04 PM | Show all posts
Post Last Edit by aziefa at 18-10-2009 14:10

Cinta dan tawakal

Oleh DR. Mohd Asri ZainUl Abidin ialah bekas mufti perlis.

Saya menulis artikel ini dalam perjalanan dari Madinah menuju Mekah.
Saya datang menyertai rombongan Majlis Agama Islam Perlis bersama dengan Yang Dipertuanya, Raja Muda Perlis.
Setelah pulang dari United Kingdom, saya dilantik menjadi Ahli Majlis Agama Islam Perlis yang dahulu
saya berada dalamnya atas kapasiti Mufti. Sekarang saya berada dalamnya atas individu saya sahaja.
Majlis Agama Islam Perlis membuat lawatan kerja ke beberapa negara; Arab Saudi, Mesir dan Tunisia.

Rasanya hampir dua tahun saya tidak ke Madinah dan Mekah.
Seperti orang lain, setiap kali masuk semula ke Madinah jiwa menjadi sayu, syahdu dan rindu.
Tidaklah dapat digambarkan dengan bahasa dan bicara, perkataan dan tulisan.
Ia satu perasaan yang menerjah ke setiap penjuru jantung dan urat nadi.
Apa tidak, di sinilah tempat insan yang amat kita cintai yang namanya kita sebut saban, Muhammad SAW.
Bagindalah pemimpin, baginda teladan kita. Rela menderita, rela dihina, rela dianiaya,
rela dipersenda

demi memenuhi cinta kepadanya dan agama yang dibawanya.

Kita akui jalan bagindalah jalan yang terbaik dan kita membenci setiap bidah yang cuba ditokok tambah,
atau khurafat yang cuba dipalitkan kepada agama yang dibawa baginda,
kerana hidup kita hanya mengiktiraf baginda sebagai rasul yang akhir.

Demikianlah Allah mengingatkan kita: (maksudnya) Katakanlah (wahai Muhammad):
Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu
serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah),
Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani
(Surah Ali-'Imran, ayat 31).

Kata al-Hafizd Ibn Kathir (meninggal 774H):
"Ayat ini adalah pemutus kepada sesiapa yang mendakwa mencintai Allah tetapi tidak di atas jalan Muhammad.
Maka sesungguhnya dia adalah pendusta atas apa yang didakwanya, sehinggalah dia mengikuti syariat Muhammad dan agama nabawi dalam semua perkataan, perbuatan dan hak ehwalnya seperti yang pasti dalam Sahih al-Bukhari daripada Rasulullah SAW: Sesiapa yang beramal dengan suatu amalan yang tidak di atas petunjuk kita, maka dia ditolak" (Ibn Kathir, Tafsir al-Quran al-'Azim, 1/366, Beirut: Dar al-Ma'rifah).

Nak tau lebih lanjut sila baca Utusan Malaysia 18 Okober ni..
Dok Mufti pun merasakan seperti itu apabila pergi Mekah Madinah..
Kita ni yg ilmu dan amal yg terlalu sikit...tak usah ceritalah..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 02:57 PM GMT+8 , Processed in 0.069622 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list