CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4041|Reply: 9

Why we recommend network marketing

[Copy link]
Post time 14-10-2009 02:31 AM | Show all posts |Read mode
Salam semua.

Kalau dah ada delete atau merge dengan thread lain. Ini adalah terjemahan dan rumusan daripada artikel 'why we recommend network marketing by Donald Trump and Robert T Kiyosaki'

Dalam satu temubual rancangan Oprah Winfrey, Oprah ada menanyakan kepada Donald Trump;

Oprah; "Jika anda jatuh sekali lagi, apakah bentuk perniagaan yang akan anda bina semula?"

Donald Trump; "MLM/Network Marketing"

(Oprah dan Penonton semua ketawakan beliau!)

Oprah; "MLM?!? semua orang ketawakan anda, apa komen anda?"

Donald Trump; "Sebab itu anda duduk di sana, dan saya berada di sini"
....
Ringkasan daripada artikel itu adalah

1. MLM adalah untuk orang yang bermotivasi tinggi, berani dan sentiasa berfikiran positif, yang ingin merubah diri mereka.

2. MLM memang sistem piramid. Sebenarnya dalam dunia korporat/perniagaan, semuanya berbentuk piramid. Contohnya dalam sebuah organisasi, terdapat President, Vice President dan seterusnya sehingga kerani am. Ianya berbentuk piramid bukan? Peluang kenaikan pangkat biasanya terhad pada bahagian dalam syarikat, bergantung kepada kepakaran masing-masing.

Tetapi, MLM yang tulen, ianya memberi peluang kepada orang bawah untuk naik sama seperti orang atasan.

3. Tips untuk memilih MLM sebagai bisnes adalah;-
    a. MLM itu mestilah boleh mendidik orang supaya bekerja dengan upline.
    b. Sistem MLM itu memberikan kita flexibiliti untuk kita bergerak. Cepat atau lambat, untuk bertindak, tiada had masa ditentukan.
    c. Kreativiti; MLM tersebut mestilah membenarkan kita bertindak sendiri dengan menggunakan daya kreativiti masing-masing.
    d. Berkembang; MLM itu mestilah mempunyai potensi untuk berkembang, kalau boleh berkembang seluruh dunia.
    e. $$$; Kita boleh menganggar dengan usaha dan modal yang ditaruhkan, seberapa banyak keuntungan yang bakal diperolehi.
    f. Produk yang dipatenkan. (Penting!!!)

5. Sentiasa belajar benda baru.

6. Berani bercakap dan berhadapan dengan orang ramai.

7. Kelebihan MLM;
    a. Berkenalan dengan orang yang minda terbuka. Boleh bertukar idea tentang strategi pemasaran dan pemahaman mengenai sesebuah produk.
    b. Masa; Anda adalah bos. MLM yang sebenar memberi masa yang tidak terhad untuk kita membangunkan 'organisasi sendiri'
    c. Sistem yang telah terbukti.

8. Keburukan MLM (ini saya tambah sendiri)
    a. Selalunya produk MLM ini mahal. Permintaan memang ada, tetapi disebabkan harga yang mahal, orang beralih pada alternatif yang lagi murah.
    b. Ada sesetengah sistem MLM yang agak menekan pengedarnya. Maksud disini menekan dari segi masa, duit untuk 'maintain' pangkat/rolayti.
    c. MLM yang baru agak susah untuk menembusi pasaran, kerana belum terbukti keberkesanannya. Manakala MLM yang sudah terlalu lama dipasaran selalunya mempunyai sistem yang agak rumit untuk difahami dan diceburi.
    d. Stigma masyarakat yang mengatakan MLM adalah LOW CLASS dan JUAL BARANG dari rumah ke rumah.

Kesimpulannya bukan semua orang boleh menceburi bidang MLM. Hanya yang betul2 bijak, berani, self motivated, persisten, sabar, dan ikhlas yang boleh berjaya.

-End-
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2009 11:05 PM | Show all posts
tokeh MLM yang kaya raya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-10-2009 11:10 PM | Show all posts
kalau makan gaji pun kita tgk bos yg naik BMW. Lagi sakit hati dia kata tahun ni bisnes kurenggg. Jadi bonus takde. Tiba2 dapat berita hujung tahun dia bawak satu famili gi holiday kat europe. Masa tu rasa nak santau je bos
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2009 04:27 PM | Show all posts
Yup betul..sistem kejer biasa pun sama mcm tu..tapi at least dlm MLM tetap ade peluang utk potong org atas kalo kita lebih rajin. Ini utk yg betul2 MLM tulen lah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2009 11:43 PM | Show all posts
Eh ada org reply. heheh nnti saya cerita lagi pasal network marketing ni
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2009 12:51 AM | Show all posts
sambungan ringkasan dari article tu:
1) dlm mlm anda akan diajar bagaimana utk menipu., memanipulasi orang.. ayat2 utk menarik orang mendengar... ayat2 utk  mematahkan hujah atau soalan2 orang.. dan ayat power utk close
2) anda jg akan diajar utk menggunakan term 'ikhlas' , dan term eratkan silaturrahim utk menghubungi rakan2..sedaramara yg dah lama tak jumpa utk dengar 'business anda
3)minda anda akan disogok dgn cerita2 kejayaan org lain yg dah berjaya ..kereta besaq, rumah banglow ats gunung, gaji 12 angka sebulan dll... tanpa mengambil kira cara depa mendapatkannya....tanpa kira hukum hakam .. janji buru dunia...
4)anda akan dimotivasikan oleh pakar2 motivasi yg cedok ilmu dari buku2 yahudi ..anda boleh..u can do it.. malaysia boleh .. set your mind and u can do anything. tapi.... yer ke..?
tak takburkah kita pd Allah? antara tak sedar berlaku syirik... sedangkan anda tau yg kita lahaulawala...........
5) org2 yg dah 'berjaya pula dlm MLM siap bagi motivasi cerita yg mereka dulu susah.. makan ulat utk hidup..naik basikal pi kerja sambil nyanyi lagu basikal tua nyanyian sudirman.. tapi berkat kesungguhan dan kerja keras mereka..depa dah boleh beli keretapi.
sungguh takbur....

sori ada banyak lagi ringkasan aku nak cerita..tapi aku ngantuk
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-11-2009 11:32 PM | Show all posts
tapi aku setuju... bagi mereka yang telah mengalami keperitan..kepayahan idop... golongan ini yang selalunya berjaya...kerana.. they got nothing to loose.....if do this business...because they are already a looser.....so komitment diorang tinggi....mcm..Genting, Tan Sri Syed Mokhtar, Tony Fernandez, Boon Siew, Jackie Chan.... majoriti semuanya tidak berada di dalam comfort zone....

berbanding ngan kita yang bekerja makan gaji....tak pernah hidup susah.... tak pernah mengalami keperitan idop.... jangankan soh buat MLM diorang tolak...(kalau buat pon..mmg x kan menjadi), soh jual kerepek tepi jalan pon failed!!!! tak percaya...? cuba try....

aku dulu mcm tuh.... bile dalam confort zone...berlagak ! takkaburr....! buat bisnes lepas tu lingkup...bisnes jual nasik lemak, char kue teow, perfume, kedai runcit, kedai baju... selepas merasai semua keperitan itu... bile aku tengok MLM.. bagi aku... memang senang sebenarnya nak buat pernigaan ini.... cume 3 tahun dulu..bagi aku...masya Allah... susah macam nak mati!!!... tetapi sekarang, kalau orang tanya bisnes ape aku buat.. aku akan cakap aku buat bisnes networking... walupun orang gelak..bagi aku tak da makna.... sebab diorang pon tak tau nak buat bisnes ni gak kalau di suruh pon..... unless orang yang gelak itu..pernah melalui kegagalan pernigaan konvensional sebelum ini... tetapi sangat2 jarang kita jumpe mereka yang gagal perniagaan konvensional...akan gelak kepada pernigaan networking ini.. sebab kami telah belajar untuk mengambil dan menilai peluang!!!! appriciate the opportunities.....

lagi kisah ttg aku..dlm blog aku...

sekadar berkongsi pendapat,
reza
http://cashpower2u.webs.com
email : cashpower2u@gmail.com
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2009 03:07 PM | Show all posts
I agree with you Reza.. slalu orang yang berjaya tu orang yg memang got nothing to loose.  Selalu kalau dah dalam comfort zone ni memang susah sikit nak bukak minda. Apa pun aku memang respect gile kat sesapa yg berjaya turn their world around.

Tapi yang penting dalam apa jua perniagaan, ketelusan tu kena ada... kalau tak memang dicop kaki kelentong..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2010 03:46 PM | Show all posts
“UNTUK pengetahuan ustaz, penghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) ini adalah kawan saya ketika di universiti dulu. Kini beliau dianggap berjaya dalam MLM kerana pendapatan beliau untuk setahun mencapai jutaan ringgit dan terpilih menganggotai Kelab Jutawan Eksekutif.
Pada mulanya saya tertarik dan berminat untuk menyertai MLM di bawah beliau, tetapi selepas saya membaca penerangan ustaz di dalam blog dan bertanya beberapa ustaz lain, rasanya perniagaan sebegini mungkin boleh menjadi haram.


Ini kerana terlalu banyak unsur ‘gharar’ yang ahli MLM tidak mahu mengaku dan menyalahkan ustaz pula kerana tidak memahami perniagaan MLM yang sebenar.


Saya tidak minta ustaz untuk ulas panjang isu ini (kerana ustaz jelaskan panjang lebar dalam blog), cuma saya nak tahu, betulkah ustaz menjadi penasihat kepada satu syarikat MLM yang saya rasa sebenarnya tidak menjadi kesalahan pun.


Saya rasa maklumat ini disalahgunakan apabila ahli MLM menggunakan maklumat ini untuk menghalalkan apa yang mereka lakukan sekarang.” — Fauzi (melalui e-mel)

JAWAPAN:
Ya benar, saya menyemak dan dilantik menjadi penasihat syariah kepada sebuah syarikat MLM bersama ustaz Dr Zahazan Mohammad. Pertamanya, saya memahami MLM sejak lama dulu kerana beberapa belas tahun lalu saya pernah menyertai MLM sebagai ahli.


Cuma, menurut kefahaman dan pandangan saya, perlu diingat, perniagaan yang dijalankan oleh syarikat MLM berkenaan ada perbezaannya dengan kebanyakan MLM lain.

Yang diperlukan adalah semua MLM ini WAJIB MELANTIK PENASIHAT SYARIAH yang berwibawa SECARA RASMI dan diwarwarkan secara RASMI juga.


Mereka juga tidak boleh melantik mana-mana ustaz biasa yang bukan pakar di dalam fiqh muamalat dan aplikasi kewangan moden.


Justeru, maksud saya ‘berwibawa’ dalam saranan saya di atas adalah merujuk kepada ahli penasihat syariah itu mestilah pakar yang dikenali di dalam bidang fiqh muamalat dan terbukti melalui pengalaman boleh memahami struktur kewangan moden.


Ia penting bagi memastikan tidak ada proses ‘tangkap muat’ sebagai jalan pintas. Ustaz berkenaan juga mestilah boleh dan jelas kefahaman di dalam Bahasa Arab dan Inggeris kerana biasanya kontrak dibuat di dalam Bahasa Inggeris (jika berkaitan).


Kemudian, penasihat syariah itu mesti menjalankan tugasnya secara bebas ketika membuat semakan, pembetulan dan audit sistem pemasaran juga pelan komisen serta bonus yang sedia ada selain membaca dan meneliti borang permohonan selain kontrak secara jelas.


Mesti menyemak syarat dan rukun setiap kontrak dipenuhi serta turutan semasa pelaksanaannya dibuat dengan betul. Jika bagi mana-mana MLM yang lama bertapak, proses itu mungkin memakan masa beberapa minggu atau bulan memandangkan ia sudah lama berniaga dan bergerak.


Berbeza dengan MLM yang mana saya terbabit dalam prosesnya sebelum ia dilancarkan lagi. Keadaan itu lebih banyak memudahkan proses semakan dan pembetulan.


Hanya selepas pembetulan dan pemulihan dibuat serta diberi pengesahan rasmi, baru sesuatu MLM itu boleh diwarwarkan sebagai harus, patuh Syariah atau HALAL.


Ringkasnya, ia bukan proses mudah dan sewenang-sewenangnya didakwa mempunyai penasihat syariah dan kemudian mendakwa sudah dicop halal.


Bagi syarikat MLM yang mana saya terbabit didalamnya, saya membabitkan diri sejak awal lagi; daripada proses rangka pelan hingga siap untuk dilancarkan, kontraknya saya teliti dan perbetul, begitu juga borang, syarat serta bahasa untuk bahan sebarannya. Proses ini megnambil masa dua tahun.

Pun begitu, tiadalah saya mahu mendabik dada ia yang terbaik, saya dan ustaz Zahazan sentiasa menerima apa-apa pandangan membina dan berkualiti. Jika benar ada yang kami ‘terlepas pandang’, ia pasti akan diubah. Insya-Allah.


BEZA ‘PENASIHAT SYARIAH’ DAN ‘AHLI’
Selaku penasihat syariah, mereka mesti mempunyai laluan kepada pemilik atau Pegawai Eksekutif Syarikat (CEO) sesuatu MLM itu dan diberi hak untuk menegur dan memperbetul secara bebas.


Bagi syarikat MLM membabitkan saya, itu juga yang saya punyai iaitu laluan terus kepada pemiliknya. Jika ada apa-apa yang tidak dipersetujui menurut pertimbangan hukum, saya boleh dengan segera melontarkan pindaan kepada mereka untuk tindakan segera.


Inilah situasi yang mana-mana MLM lain perlu ada. Itu juga fungsi dan laluan yang dimiliki Penasihat Syariah di Institusi Kewangan Islam seluruh dunia. Kita perlu jelas, Penasihat Syariah perlu mempunyai terma rujukan dan bidang kuasanya yang tersendiri serta KUASA KHAS untuk membuat pindaan sesuatu yang didapati kurang tepat daripada sudut hukum.


Sehingga kini kita masih menunggu banyak syarikat MLM yang tidak mengambil berat soal hukum dan kesahihan pelannya.


Perlantikan rasmi penasihat syariah perlu dibuat, SELAGI BELUM ADA PENGUMUMAN RASMI DARI MANA-MANA SYARIKAT MLM dan TIADA PENGESAHAN RASMI DARI MAJLIS SYARIAHNYA berkaitan status MLM mereka, selagi itu mana-mana dakwaan mengatakan mereka menepati hukum Syariah adalah tidak terpakai dan meragukan.


Syarikat MLM juga tidak boleh tangkap muat atau hanya bertenggek atas nama ustaz tertentu yang masuk sebagai ahli, pengedar serta aktif dalam skim mereka lalu dianggap KONONNYA ustaz berkenaan sudah memberi pengesahan daripada sudut hukum Islam. Itu tidak boleh sama sekali.


Mana-mana ilmuan syariah atau ustaz yang menyertai sesebuah MLM sebagai AHLI atau Pengedar yang ‘mencari pendapatan tambahan’ dalam sistem itu, peranan dan kemampuan mereka AMAT berbeza dengan SEORANG Penasihat Syariah.


Ini kerana, penasihat syariah dilantik dan mempunyai peruntukan kuasa untuk mengubah dan meminda selain hak laluan kepada dokumen dan sistem MLM berkenaan. Ahli dan pengedar biasa tidak punyai keistimewaan dan kuasa sedemikian.


BERLEPAS DIRI
Saya juga berlepas diri daripada sebarang usaha mengaitkan saya dengan MLM lain dan daripada dakwaan kononnya pengesahan saya kepada syarikat MLM yang membabitkan saya secara automatik menjadi pengesahan kepada sistem MLM lain.


Saya hanya menyemak MLM berkenaan dan apa-apa persamaan MLM lain yang secara zahirnya kelihatan seolah-olah sama dan wujud pada sistem MLM membabitkan saya itu TIDAK SAMA SEKALI membuktikan saya mengesahkan sistem MLM lain secara automatik.


Zahir pelan perniagaan mungkin kelihatan sama tetapi untuk mengesahkan, banyak penelitian lain perlu diambil kira, kontrak, rukun, syarat, pelaksanaan hatta iklan dan cara promosinya.


Kerana itu saudara dapat melihat promosi rasmi dari pihak MLM yang saya sertai TIDAK memancing ahli dan peserta melalui KEKAYAAN, HARTA, KERETA, DUIT sebagai fokus asas tetapi adalah mempromosi ilmu Islam dan mengajak untuk menyebarkannya sebagai ASAS.


Pendapatan tambahan adalah sampingan, sesuai dengan fungsi wang dan harta sebagai hiasan dan alat untuk mencapai reda Allah SWT saja. Itulah nilai yang kita cuba terapkan di dalam diri semua pesertanya.


Akhir sekali, sebagai menjawab e-mel, pengesahan saya hanya khusus kepada MLM yang saya dipertanggungjawabkan, ia tidak sama sekali terpakai untuk yang lain.
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2010 03:47 PM | Show all posts
atas ni petikan dari paper Harian Metro 21/2/2010
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:01 PM GMT+8 , Processed in 0.061816 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list