CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5851|Reply: 7

Makanan halal bagi kucing

[Copy link]
Post time 16-10-2009 09:33 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by Syd at 16-10-2009 09:35

Makanan halal bagi kucing?


MAKANAN halal untuk kucing kesayangan anda? Perlukah makanan sedemikian sedangkan kucing akan makan apa sahaja?

Bagi Halim Baba, 42, dari Alor Star, Kedah, itu bukan persoalannya.

Sebagai satu-satunya usahawan tempatan yang menghasilkan makanan halal kucing di Malaysia, bagi Halim tawaran beliau bukan sekadar makanan kucing.

"Ya, kuching adalah haiwan tetapi haiwan juga mempunyai hak. Jika mereka kuching peliharaan di rumah, mereka bukan sahaja perlu dijaga dengan baik tetapi perlu juga diberi makanan berkhasiat."

INSPIRASI

Halim seorang jurutera mekanikal mula bertugas dengan Sony Mechantronics di Seberang Prai, Pulau Pinang pada 1998.
Setahun kemudian beliau dihantar ke Shizuoka, Jepun, untuk belajar kejuruteraan dandang selama dua tahun.

Selepas pulang, Halim ditugaskan oleh majikannya untuk membangunkan sebuah mesin pemproses bersama dengan sistem bersepadu bagi pengeluaran makanan ikan dalam bentuk biji di Semarang, Indonesia. Halim mengambil masa tiga tahun untuk menyiapkan tugasan itu.

Bagaimanapun, detik perubahan bagi Halim ialah apabila bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberi inspirasi kepada beliau pada 2004. Dr Mahathir mencadangkan beliau supaya 'melakukan sesuatu dengan cara berbeza" daripada 'melakukan perkara yang berbeza'.

Kata-kata Dr Mahathir memberi inspirasi kepada beliau dan satu idea tercetus di minda beliau. Seterusnya, Halim melawat Dubai di Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk menjalankan penyelidikan terhadap makanan haiwan dan belajar mengenai kucing.

Selepas menimba sedikit ilmu di situ, Halim membawa pulang resipi baru beliau bagi makanan kucing.

Dalam menjelaskan konsep makanan halal bagi kucing, Halim berkata ia bermula daripada sumber, proses, sistem kemudahan, penghantaran,penyimpanan dengan kesemua peringkat ini perlu mematuhi standard serta amalan antarabangsa dan Islam dalam konteks kebersihan khususnya.

MISI HALIM

Halim menubuhkan Vita Cat Sdn Bhd, sebuah perusahaan kecil dan sederhana (SME), pada April 2008. Beliau kemudian menyewa sebuah rumah kedai di Mergong, Kedah, dan memulakan pengeluaran pada Oktober 2008.

Beliau membelanjakan RM160,000 bagi membeli jentera dengan kapasiti menghasilkan satu tan metrik makanan kucing setiap hari.

"Menjelang awal tahun depan, InsyaAllah, pengeluaran Vita Cat akan diautomasi sepenuhnya. Sebanyak lapan tan metrik makanan kucing boleh dihasilkan di lot tetap di Simpang Empat, Alor Star," katanya.

Untuk meningkatkan isi padu pengeluaran, Halim telah mendapatkan pembekal ikan dari Padang di Indonesia. Buat masa ini bekalan ikans egar beliau peroleh dari Batu Maung, Pulau Pinang.

Proses pengeluaran di premis itu yang meliputi kawasan seluas 100kaki kali 120 kaki dijangka dipertingkat awal tahun depan. Buat masa ini beliau menggaji enam pekerja.

Dengan meningkatkan kapasiti untuk menampung permintaan pasaran tempatan, Halim percaya beliau dapat membantu mengurangkan aliran keluar tukaran asing.

Pada masa yang sama, beliau mahu menggalakkan produk berkualiti buatan Malaysia.

AKTIVITI LAIN

Halim juga mendedahkan rancangan beliau untuk mengeluarkan atas permintaan makanan anjing menggunakan ramuan seperti ayam dan daging halal. Ini kerana kemudahan pengeluaran beliau boleh ditukar dengan mudah untuk mengeluarkan makanan anjing apabila terdapat tempahan.

"Satu lagi keluaran beliau ialah makanan ikan dalam bentuk biji yang tidak mudah larut dalam air. Makanan biji ini yang dibangunkan oleh syarikat saya memastikan air kolam tidak menjadi kotor dengan cepat,"kata beliau dengan menambah kata pelbagai produk yang ditawarkan syarikatnya akan membantu dalam pertumbuhan perniagaan.

Ditanya mengenai falsafah perniagaan beliau, Halim menjelaskanbahawa beliau berpegang kepada satu pendekatan mudah - cuba menonjol dalam bidang pasaran khusus dan jangan mengikut orang lain secara membuta tuli.

Halim percaya bahawa penyelidikan, pembelajaran semula dan menimba lebih banyak ilmu membantu beliau untuk berada pada kedudukan hari ini.

Halim berkata beliau telah membangunkan sebuah 'strategi pemasaran mengikut kitaran terbalik' untuk menguasai segmen pasaran makanan kucing.

'Kitaran Terbalik' bermakna beliau bermula dengan mengenal pasti segmen pasaran makanan kucing sebelum terlibat dalam pengeluaran makanan. Beliau juga meneliti strategi pemasaran, termasuk cara peragaan di rak-rak makanan di pasar raya terpilih.

Berbekalkan data yang relevan, beliau akan dapat menentukan output pengeluaran dan menetapkan harga makanan kucing antara 20 dan 30 peratus lebih rendah berbanding harga yang ditetapkan oleh pesaingnya. BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2009 10:45 AM | Show all posts
kalo ngikut pemahaman cetek yong hate nih..mekanan bang alim ni belom le lagik ke pasaran ye tak? kita tunggu ler vitacat tahon dpn.....boleh le kucen2 teman mrase...
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2009 11:28 AM | Show all posts
2# hatemetoday

kak hate rasanya dah ada dah.. tp mey jumpa packaging kecik jer.. plastik dia warna putih merah.. gamba kucing kaler oren x silap..
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2009 12:17 PM | Show all posts
nak gak teman cuba kalo halal n berpatutan gituh harganya...
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2009 12:24 PM | Show all posts
2# hatemetoday  

kak hate rasanya dah ada dah.. tp mey jumpa packaging kecik jer.. plastik dia warna putih merah.. gamba kucing kaler oren x silap..
meypulse Post at 16-10-2009 11:28


benor? nanti le kot jenjalan tejumpa kat pasaraya nun..ndak juge cube...
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2010 12:50 AM | Show all posts
penah jumpa brand Vita Cat nie kat Carrefour Alamanda tp pack kecik jer dlm 4 hengget ++
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-10-2010 04:58 PM | Show all posts
rasenye dah pernah nampak kat klinik mesra bangi....harga x pasti lak baper
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2010 10:38 AM | Show all posts
rasenye dah pernah nampak kat klinik mesra bangi....harga x pasti lak baper
kenari7117 Post at 3-10-2010 16:58

ye?? nnt la nak survey...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 10:08 PM GMT+8 , Processed in 0.083030 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list