CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1511|Reply: 1

Hari Jantung Sedunia

[Copy link]
Post time 18-10-2009 09:33 AM | Show all posts |Read mode
Thread pasal kesihatan plk

Biasanya Hari Jantung Sedunia disambut pada hari Ahad terakhir bulan September ...
Maybe sbb taun ni bulan puasa (27-9-09)

Baru perasan ...
announcement kat Yayasan Jantung Malaysia
» Majlis Sambutan Hari Jantung Sedunia 2009

18 October 2009

Yayasan Jantung Malaysia bersama Nestle Omega Plus akan menganjurkan sambutan Hari Jantung Malaysia Sedunia pada:

Tarikh: Ahad, 18 Oktober 2009
Lokasi: Taman Tasik Permaisuri, Bandar Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur.

Majlis ini akan dirasmikan oleh YABhg Tun Dr. Mahathir Mohammad. Orang ramai dijemput hadir.


Joging pg tadi... nampak lak Tun Mahathir ngan Tan Sri Ismail Merican Rasmikan menda ni ...

Masa ucapan perasmian, Antara ucapan Dr Mahathir ...
Kita kalau sakit dapatkan nasihat dari DR yg bertauliah ... bukan dari DR tak bertauliah macam saya
saya punya berat dalam 60 kg aje .. tiap bulan kalau naik 1 kilo pon saya dah risau
terus wat exercise turunkan berat

Tapi kebanyakan kita ... masih lg pergi carik DR tak bertauliah kat luar sana.. bomoh, dukun
makan plk bukan tau jaga, kalah lori bandaraya, semua sapu; lagi2 masa byk open house sekarang.
Exercise malas, pastu amalkan sedentary lifestyle, pagi petang siang malam layan porum/internet  , tgk saiz pinggang dah makin boroi. Rokok pon berkotak2.
Bila jumpa DR bukan nak dengar nasihat ...

Pastu bila dah sakit, abislah nyusahkan anak isteri ..
Byk tul pesakit2 cam ni ....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2009 09:54 AM | Show all posts
Tips Menjaga Kesihatan Jantung:



~ Hindari Rokok

Penelitian mengatakan bahwa orang yang merokok memiliki peluang 2 kali lipat sakit jantung dibanding dengan orang yang tidak merokok atau perokok pasif. Saat anda berhenti merokok, resiko itu akan beransur menurun.

~ Kurangi Garam

Garam dapat menyebabkan hipertensi yang nantinya dapat meningkatkan resiko terjadinya serangan jantung. Untuk menjaga kesehatan, ambillah lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan.

~ Kurangi Alkohol

Pengambilan alkohol juga dapat merosak otot cardiac yang dapat meningkatkan terjadinya serangan jantung.

~ Bersenam

Jantung terdiri dari otot otot dan otot-otot tersebut membutu*kan latihan. Salah satu cara adalah dengan melakukan senaman. Senaman teratur sekitar 30 minit setiap hari untuk menjaga kesihatan tubuh anda.

~ Jaga Body Mass Index (BMI)

Dengan menjaga BMI atau berat badan ideal anda mengurangi kerja jantung sehingga jantung anda menjadi lebih sihat.

~ Selalu Periksa Kolesterol

Orang yang memiliki kolesterol yang tinggi memiliki risiko yang tinggi terhadap serangan jantung, stroke, dan penyakit yang mempengaruhi peredaran darah dalam tubuh. Oleh karena itu check up kolesterol secara rutin sangat baik untuk kesehatan jantung kita.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 09:19 PM GMT+8 , Processed in 0.819699 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list