View: 24712|Reply: 104
|
Peristiwa memutus tali ke Johor
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by rurouni_khairul at 20-10-2009 16:07
DATO' MOYANG SALLEH MEMUTUS TALI KE JOHOR
Pada suatu ketika dahulu, daerah Jelebu di Negeri Sembilan berada di bawah pemerintahan Sultan Johor. Kononnya baginda seorang yang zalim dan tingkah laku baginda tidak disenangi oleh Datok Penghulu Jelebu.
Datok Uban iaitu Penghulu Rembau mempunyai seorang anak gadis yang cantik bernama Seri Banun. Bila Sultan Johor mendapat tahu kecantikan gadis itu maka baginda menghantar utusan tapi pinangan baginda ditolak sebab Seri Banun sudah bertunang dengan seorang pemuda bernama Si Amat.
Sultan Johor murka lalu memerintahkan Datok Penghulu Rembau datang mengadap tetapi beliau enggan sebaliknya menyuruh Si Amat iaitu tunang Seri Banun ke Johor sebagai pengganti. Baginda Sultan merasa terhina lalubertanya kepada Si Amat kenapa hasrat baginda hendak mengahwini Seri Banun di tolak.
" Ampun, Tuanku. Seri Banun itu tunang patik," sembah Si Ahmad.
" Putuskan pertunangan kamu!" titah sultan.
"Ampun Tuanku," sembah Si Amat. " Patik tidak sanggup mungkir janji sebab sekali kita mungkir janji seumur hidup orang tidak akan percaya."
Baginda bertambah murka lalu memerintahkan Si Amat di bunuh.Pengawal istana segera menghayunkan pedangnya ke leher Si Amat tetapi senjata itu tidak melukainya kerana Si Amat memiliki ilmu kebal.
"Tuanku," kata Si Amat." Patik ini anak pembesar. Mengikut adat anak pembesar tidak boleh dibunuh. Tetapi kalau tuanku nak bunuh juga maka gunakan keris patik dan tikamkan ke rusuk sebelah kiri patik."
Mendengar itu lalu Sultan mencabut keris Si Amat lalu menikam rusuknya dan dengan sekali tikaman saja maka Si Amat pun mati. Datok Penghulu Rembau merasa amat sedih dengan kematian Si Amat akibat di bunuh oleh Sultan Johor.Maka beliau pun mengadukan hal tersebut kepada Moyang Salleh Datok Penghulu Jelebu.
Moyang Salleh turut merasa simpati dengan kematian Si Amat dan beliau bersetuju mengadap sultan Johor untuk bertanya kenapa pembunuhan itu dilakukan oleh baginda.
Maka MoyangSalleh pun bertolak ke Johor dengan membawa empat orang pengiringnya iaitu Tok Gagah Lela Perkasa, Tok Laut Api, Tok Beruang Hitam, dan TokBauk. Dan mereka mempunyai kegagahan dan kesaktian masing-masing.
Apabila sampai di Johor baginda Sultan tidak menerima mereka mengadap malah disuruh berdiri di halaman istana sahaja. Ini menimbulkan rasa tidakpuas hati Moyang Salleh dan pengiringnya tambahan pula beliau pembesar tanah jajahan sultan.
Tiba-tiba langit gelap menandakan hujan lebat akan turun. Sultan yang duduk di anjung istana bersama pengiring hanya memerhatikan sahaja tanpa mempelawa naik ke istana. Baginda seolah sengaja hendak membiarkan utusan dari tanah jajahan itu basah kuyup di halaman istana.
Apabila hujan turun maka Moyang Salleh membuka destarnya lalu melambungkan ke atas dan tiba-tiba destar itu bertukar menjadi payung. Dengan ini mereka berlima tidak basah.
Kemudian pengiring-pengiring Datok Moyang Salleh pula menunjukkan kehebatan masing-masing. Datok Gagah Lela Perkasa menggarukan belakangnya padabatang kelapa yang tumbuh di halaman istana menyebabkan buah- buah kelapa yang masak berguguran jatuh ke tanah.
Tok Beruang Hitam pula menunjukkan kekuatan tangannya dengan mencakar dinding istana hingga tercabut. Manakala Tok Laut Api pula bila menghembuskan nafasnya keluar api hampir membakar langsir istana.
Sultan Johor merasa hairan melihat kejadian itu sekaligus merasa tercabar seolah Moyang Salleh dan para pengiringnya sengaja hendak menunjuk kehandalan didepan baginda.
" Beta mahu kamu tunjukkan pula kehandalan kamu kepada mereka," titah Sultan kepada pembesar istana.
"Ampun Tuanku," sembah Datok Bendahara. " Setahu patik tidak ada sesiapa di negeri Johor ini mempunyai ilmu setanding dengan mereka."
Sultan terdiam sambil berfikir. " Kalau bagitu benarkan meraka mengadap." titah baginda.
Datok Bendahara menjemput Moyang Salleh dan para pengiringnya naik ke istana mengadap Sultan tetapi mereka mengenakan syarat mesti disediakan jamuan kerana mereka merasa amat lapar.
" Sediakan nasi lima puluh gantang dan lauknya seekor kerbau," kata Moyang Salleh.
" Makanan sebanyak itu biasanya untuk seratus orang," kata Datok Bendahara hairan.
" Jika baginda setuju kami akan naik ke istana tapi jika tidak setuju biarkan kami di sini sahaja," kata Moyang Salleh pula.
Mahu tidak mahu Sultan terpaksa menerima syarat itu kerana bimbang utusandari Jelebu itu bertindak liar. Dan apabila jamuan sudah disediakanmakan Moyang Salleh dan para pengiringnya naik ke istana.
Sekali lagi Sultan Johor dan pembesar-pembesar istana hairan bila mendapati makanan yang mereka hidangkan habis di makan oleh Moyang Salleh dan para pengiringnya.
" Benarkan mereka mengadap beta kemudian suruh balik segera ke Jelebu," tutah Sultan Johor.
" Beginikah cara tuanku melayan pembesar tanah jajahan?" tanya Moyang Salleh sebaik sahaja mengadap Sultan.
" Apa maksud kalian datang ke Johor tanpa diundang?" tanya Sultan pula.
Oleh kerana terlalu marah dan merasa terhina dengan sikap Sultan maka Moyang Salleh lupa tujuan asalnya datang ke Johor. Apa yang terlintas dalam fikirannya ialah tidak mahu bertuankan Sultan yang tidak betimbangrasa.
" Patik datang untuk memutuskan tali dengan Johor. Mulai hari ini Jelebu merdeka dari pemerintahan tuanku," kata Moyang Salleh.
" Beta tak setuju!" titah Sultan.
" Alamat negeri Johor akan huru hara kami kerjakan. Akan berlaku pertumpahan darah di bumi Johor ini," kata Moyang Salleh pula.
Kerana bimbang dengan tindak balas Moyang Salleh dan para pengiringnya akhirnya Sultan Johor bersetuju walaupun berat hati baginda melepaskan Jelebu keluar dari tanah jajahan baginda.
Baginda menganugerahkan Moyang Salleh cap mohor sebagai pemerintah " Bergajah Tunggal" dengan membawa gelaran Datuk Mendalika Akhir Zaman Sultan Jelebu.
Kemudian baginda Sultan menyuruh Datok Moyang Salleh dan para pengiringnya meninggalkan Johor dengan segera. Semasa turun dari istana Datok Moyang Salleh mencabut pedangnya lalu dicantasnya tempayan yang terletak ditepi tangga balairong. Kerana tajamnya mata pedang Datok MOyang Sallehdan tetakannya yang kuat maka tempayan itu putus dua, tetapi masih tegak seperti biasa seolah tidak nampak bekas cantasan mata pedang pada tempayan itu.
" Selagi tempayan ini putus maka selagi itulahhubungan antara Jelebu dengan Johor akan putus," kata Datok Moyang Salleh lalu meninggalkan istana Sultan Johor. |
|
|
|
|
|
|
|
pernah tengok kat mana ekk, dah lupe yang separuh negeri sembilan masuk dalam kawasan jajahan JOHOR... heheh... bangga... pahang pon sama... peta lama rasanya.. |
|
|
|
|
|
|
|
2# edy137
Dulu daerah Endau juga sebahagian dr Empayar johor-riau-lingga tetapi sebab hubungan sultan Johor dgn Sultan Pahang agak baik maka sultan benarkan wilayah tuh dijadikan sebahagian drpd Pahang. |
|
|
|
|
|
|
|
HULAMAKKK..AIYOYO..MACAM CERITA SIVAJI THE BOSS, ATAU LEBH TEPAT LAGI CERITA KOMIK PEDANG SETIAWAN DENGAN PENJEJAK AWAN DAN BADAI SEBAGAI WATAK UTAMA, KEMUDIAN TANPA NAMA, HEHEHEHE DASAT ORG2 DULU YE, TAPI KALAU DEPA TAK SEMPAT BUANG ILMU DUNIA TU ALAMAT TAK TAU LA DEPA NAK MENJAWAB PA DEPAN TUHAN SOK SOK... |
|
|
|
|
|
|
|
4# mast3rshad0w
Mungkin juga peristiwa nie telah ditokok tambah dengan unsur2 mistik, sakti dan magik utk timbulkan minat utk mendengar atau sebagai penambah perisa
Mungkin peristiwa nie berlaku secara biase iaitu Moyang Salleh ke Johor dan memutuskan hubungan dgn Johor atas sebab2 pertikaian kematian Si Amat dan bile kembali ke Jelebu penceritaan kepada penduduk setempat ditambah dgn unsur2 mistik utk memupuk taat setia atau menimbulkan kegerunan penduduk Jelebu kepada beliau selepas wilayah itu merdeka dari empayar Johor....biase la die dah jadi penguasa dgn 100% kuasa jadi kena la buat citer gempak sket supaya penduduk Jelebu yang sebelum nie taat setia kepada Johor taat kepada beliau pulak. Nie cuma teori RK jer la. |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi mesti Moyang Salleh ni ada juga tunjukkan kelebihan dia kat rakyat dia.Kalau setakat balik dari Johor dan gebang tentang kesaktian beliau begitu begini ,siapa yg nak percaya,atawa rakyat dah sedia maklum akan kehebatan beliau Mungkin juga ditambah perisa dari satu generasi ke satu generasi. |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi mesti Moyang Salleh ni ada juga tunjukkan kelebihan dia kat rakyat dia.Kalau setakat balik dari Johor dan gebang tentang kesaktian beliau begitu begini ,siapa yg nak percaya,atawa rakyat dah sed ...
sayapghaib Post at 20-10-2009 17:23
Maybe gak...RK tak kata Moyang Salleh tak hebat cuma teori RK unsur2 kesaktian, mistik dan magik ada ditokok tambah....cuma tak pasti samada Moyang Salleh yg tambah, pengikutnye atau generasi selepas itu ke yg tambah? Tak mustahil peristiwa politik yang ade hari nie akan ditokok tambah dgn unsur2 mistik, kesaktian atau magik 500 tahun akan dtg...sape tau kan? |
|
|
|
|
|
|
|
aku percaya ilmu org dulu2 memang power rengers......
tu sebab...org2 dulu...kalau nak gi mana2 merantau ker apa ker.....
diorang penuhkan ilmu didada......
bukan cam org skarang.....ilmu dunia tarak pon nak tunjuk samseng...... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by rurouni_khairul at 20-10-2009 17:44
8# ctaz
Maybe gak, cuma satu je yg RK musykil, kalau betul mereka semua hebat kenape tak guna utk halau penjajah? Peristiwa memutus tali ke johor nie dikatakan berlaku pada tahun 1757 kalau x silap... |
|
|
|
|
|
|
|
aku percaya ilmu org dulu2 memang power rengers......
tu sebab...org2 dulu...kalau nak gi mana2 merantau ker apa ker.....
diorang penuhkan ilmu didada......
bukan cam org skarang.....ilmu dunia t ...
ctaz Post at 20-10-2009 17:35
Nak kenal samseng yg tak ada ilmu mudah jer.Bawa geng ramai-ramai nak gertak sorang ,atau berani masa ramai jer.Tak payah gelarlah diorang ni Gedebe ke apeke.Jelas yg ni samseng tahik kucing.Aku ada kenal sorang Imegresen kat Bukit Kayu Hitam.Dia pernah pukul sorang samseng Thai dekat Post Bukit Kayu Hitam pasal kurang ajar.Siam tu bagi amaran yg dia akan balas dendam kalau pegawai tu masuk ke Thailand.Akibat panas dengan amaran Siam tu,suatu hari pegawai tu masuk ke Thailand dan terus cari samseng tu.Bila berjumpa dengan samseng tu,samseng tu jadi pucat terkejut.Menurut kawannya yg menemaninya pegawai tu cakap"sekarang aku dah mai rumah hang,dulu hang cakap nak balas dendam kan?balas la dah nak balas.Siam tu senyap terus tak berani buat apa-apa.Orang macam ni kalau kat sebelah utara gelar Hati kering atau Kahaq.Hampir sama dengan gelaran Gedebe.Tapi kalau jenis bawa geng mcm 3L ke apake,memang orang tetua kat sini tak respek langsung. |
|
|
|
|
|
|
|
rakacipta cerita dongengan dahulukala serupa bikin cita ultaraman lawan raksaksa, gaban, doremon, dragon ball, generasi sekarang kena tipu je |
|
|
|
|
|
|
|
rakacipta cerita dongengan dahulukala serupa bikin cita ultaraman lawan raksaksa, gaban, doremon, dragon ball, generasi sekarang kena tipu je
ninja boy Post at 20-10-2009 23:14
betol tu.. semua nie direka untuk menunjukkan darjat seseorang itu kepada masyarakat.. kalu raja @ sultan tu x der kuasa, maka ramai la rakyat yang akan memperlekehkan kuasa seorang raja ...  |
|
|
|
|
|
|
|
Nak kenal samseng yg tak ada ilmu mudah jer.Bawa geng ramai-ramai nak gertak sorang ,atau berani masa ramai jer.Tak payah gelarlah diorang ni Gedebe ke apeke.Jelas yg ni samseng tahik kucing.Aku a ...
sayapghaib Post at 20-10-2009 20:31
Hmm...byk kali penah jumpe samseng camni...taik minyak jer lebey...bile suh 1 by 1 byk sgt alasan... |
|
|
|
|
|
|
|
12# selimutpurple
Yup, citer nie mungkin kiasan Moyang Salleh kepada penduduk Jelebu bahawa Sultan Johor da takde daulat ke atas mereka lagi dan Jelebu dah merdeka dari empayar Johor Lama....lagi senang agaknye penduduk zaman tuh nak paham. Kalau citer pasal rundingan dengan sultan yang agak kompleks dan susah utk difahami takut org jelebu yg terdiri dari rakyat marhean tak paham lak. |
|
|
|
|
|
|
|
Penglipurlara citer baik punya goreng.... |
|
|
|
|
|
|
|
' orang cakap mate aku memancarkan petir/kilat'
'orang cakap aku mempunyai badan setinggi 12 kakii'
'orang cakap bile aku kentut.. aku akan mengeluarkan api'
cam ni ler lebih kurang dialog william wallace dalam cite braveheart
apebile bercakap tentang kehebatan... ramai yg suke tambah tokok.. bagi sedap citer...
contoh cam kiyai salleh...
ade cakap dia kebal...
ade cakap parang dia leh terbang...
tapi yg diceritekan dr pengikut dia.. kiyai salleh ade cedera kat semerah... dan takde parang yg terbang.... |
|
|
|
|
|
|
|
15# HangPC2
biasalah kerja penglipur lara tu.Sumber hiburan masa dulu.Kesayangan orang ramai dimasa lalu.Buat mengubat hati yg sayu. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by rurouni_khairul at 20-10-2009 17:44
8# ctaz
Maybe gak, cuma satu je yg RK musykil, kalau betul mereka semua hebat kenape tak guna utk halau penjajah?
rurouni_khairul Post at 20-10-2009 17:42
Ilmu camtu boleh pakai sesama sendiri ajer.... |
|
|
|
|
|
|
|
citer yg tambah perisa2 ni la yg bes dengar...
bes ar citer ni! |
|
|
|
|
|
|
|
Teruk betul la penglipur2 lara ni.
Yg bussuk, yg buruk yg bacin dgn segala yg hruf "b" msti ade kaitan dgn sultan jhr..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|