CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Istiadat Pertabalan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-11

[Copy link]
Post time 26-10-2009 10:49 AM | Show all posts
Tak ada telecast ke untuk Pertabalan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2009 11:01 AM | Show all posts
Tak ada telecast ke untuk Pertabalan?
Catalyst Post at 26-10-2009 10:49


kena tunggu discovery tunjuk

mcm pertabalan agong dulu
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2009 11:04 AM | Show all posts
Live @ TV1 now..
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2009 11:15 AM | Show all posts
DAULAT TUANKU!!!

DAULAT TUANKU!!!

DAULAT TUANKU!!!
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2009 11:30 AM | Show all posts
aiyak...kojo la
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2009 11:34 AM | Show all posts
sian..

Undang2 semua tengah mengadap..

macam2 style ado..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-10-2009 12:07 PM | Show all posts
tengok live kek tv1..tak abih2 laie ghupo eh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-10-2009 02:49 PM | Show all posts
Istiadat turun-temurun

Oleh RAIS YEOP JOHARI dan NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM
rencana@kosmo.com.my



Majlis pertabalan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-11, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir berlangsung pada hari ini.


SELEPAS 42 tahun, hari ini rakyat Negeri Sembilan menyaksikan sekali lagi adat istiadat pertabalan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan. Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir akan ditabalkan sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-11. Istiadat itu berlangsung di dalam Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti di Kuala Pilah.

Bagi memastikan kelangsungan institusi diraja Negeri Sembilan terjaga dari segi adat, perjalanan istiadat pertabalan itu dilakukan mengikut adat turun-temurun yang diwarisi sejak dahulu.


TUANKU Muhriz bersama permaisuri Tuanku Aishah Rohani bersama anakanda baginda Tunku Ali Redhauddin (dua dari kiri) dan Tunku Zain Al'Abidin (dua dari kanan). Turut sama Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan (kiri) dan Datin Seri Raja Salbiah Tengku Nujumudin selepas majlis Istiadat Pengurniaan Gelaran Pusaka Tuanku Besar Seri Menanti di Kuala Pilah pada Febuari lalu.

Upacara pertabalan itu hakikatnya sudah pun dimulakan dengan istiadat menurunkan dan memasang alat kebesaran diraja di halaman Istana Besar Seri Menanti 22 Oktober lalu.

Tugas membawa keluar alat kebesaran diraja itu dari Balairong Seri ke dalam Istana Besar Seri Menanti bermula pada pukul 9 pagi dan dilaksanakan oleh Pegawai 99 yang diketuai oleh Datuk Seri Amar Diraja Ahmad Minar, setelah mendapat perkenan Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin ibni Tuanku Muhriz.

Alat kebesaran

Alat-alat kebesaran itu yang terdiri daripada lapan kaki payung kuning, lapan bilah tombak berambu, lapan bilah keris panjang, lapan bilah pedang panjang dan lapan tonggol kuning, hitam dan merah kemudian diletakkan di atas meja khas sebelum ditepung tawar diikuti bacaan doa oleh Datuk Johan Abdullah Yusof. Alat-alat kebesaran itu kemudian dibawa keluar dari Istana Besar Seri Menanti dan dipasang di tempat khas di halaman Istana Besar Seri Menanti. Istiadat itu diakhiri dengan tembakan dua das meriam.


ISTANA lama Seri Menanti kini dijadikan Muzium Seri Menanti.

Alat-alat kebesaran diraja itu kekal terpasang di halaman Istana selama tujuh hari sehingga istiadat menyimpan dilakukan pada Rabu ini.

Sebelum istiadat pertabalan dimulakan, Datuk Bentara Kanan akan tampil ke hadapan Singgahsana dalam Balairong Seri untuk menghadap dan memohon perkenan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan.

Sejurus menerima perkenan, beliau kemudiannya menyeru Datuk Seri Amar Diraja mengadap untuk haluan sembah, sebelum Datuk Bentara Dalam menyeru Undang Luak Sungai Ujong, Datuk Klana Petra Datuk Mubarak Dohak bagi mengadap dan melafazkan pertabalan.

Ucapan

Datuk Klana Petra iaitu Imam Undang Yang Empat kemudian melafazkan ucapan pertabalan ke atas Tuanku Muhriz sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan. Lafaznya: "Adalah Undang Yang Empat dengan adat istiadatnya menabalkan Yang Dipertuan Besar, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir naik takhta kerajaan Negeri Sembilan."


PEGAWAI 99 yang diketuai Datuk Seri Amar Diraja Ahmad Minar (tidak kelihatan dalam gambar) mengarak keluar alat kebesaran diraja untuk dipasang di halaman Istana Seri Menanti.

Selepas istiadat itu berlangsung, Datuk Seri Amar Diraja dan Datuk Pegawai Yang Enam akan bangun untuk menurunkan Daulat yang kemudiannya Datuk Bentara Kanan menyeru 'Daulat Tuanku' sebanyak tiga kali.

Selepas itu, lagu kebesaran Negeri Sembilan diperdengarkan berserta tembakan meriam 32 das dari 41 Bateri Istiadat, Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD).


TUANKU Muhriz mencelupkan kedua-dua belah tangan ke dalam Cepu Bedak Limau yang dipersembahkan oleh Orang Empat Istana Datuk Raja Diwangsa pada Istiadat Bersiram di Panca Persada di Istana Besar Seri Menanti semalam.

Adat istiadat itu diteruskan lagi dengan Istiadat Menghadap Menjunjung Duli oleh Undang Yang Empat sebelum diikuti Datuk-Datuk Penghulu Luak Tanah Mengandung terdiri daripada Datuk Setia Maharaja Lela Pahlawan (Luak Ulu Muar), Datuk Lela Pahlawan (Jempol), Datuk Anjah Pahlawan (Terachi), Datuk Orang Kaya Mempasir Setiawan (Gunung Pasir), Datuk Johan Pahlawan Lela Perkasa Walat Kuala Dioh (Inas).

Kemudian diikuti istiadat menghadap oleh Datuk-Datuk Lembaga Luak dan Lembaga Waris Undang Sungai Ujong yang dimulai dengan Lembaga Sungai Ujong iaitu Datuk Mendika, Datuk Sri Maharaja Diraja, Datuk Akhirzaman, Datuk Amar Setia; Lembaga Jelebu - Datuk Menteri, Datuk Mengiang, Datuk Chincang, Datuk Senara; Lembaga Di Baroh - Datuk Merbangsa, Datuk Gempa Maharaja, Datuk Bangsa Balang, Datuk Samsura Pahlawan dan Lembaga Di Darat iaitu Datuk Seri Maharaja, Datuk Senda Maharaja, Datuk Andika dan Datuk Mendika.


Ia diikuti dengan Waris Sungai Ujong iaitu Datuk Laksamana, Datuk Panglima Besar, Datuk Johan, Datuk Lela, Datuk Muda Labu, Datuk Paduka Diraja, Datuk Senda Maharaja; Waris Jelebu iaitu Datuk Umbi, Datuk Raja Balang, Datuk Paduka, Datuk Majinda; Waris Johol iaitu Datuk Baginda Tan Emas; Waris Rembau iaitu Datuk Shahbandar, Datuk Mangku Bumi, Datuk Menteri Lela Perkasa, Datuk Raja Diraja dan Datuk Perba.

Sembah taat

Apabila semua proses istiadat menghadap itu berakhir Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan akan menyembah ucapan tahniah dan sembah taat setia daripada kerajaan dan seluruh rakyat Negeri Sembilan.

Selepas ucapan tahniah Menteri Besar, ia diikuti pula dengan titah ucapan Tuanku Muhriz dan seterusnya bacaan doa oleh Sahibus Samahah Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Mohd. Yusof Ahmad.

Datuk Bentara Kanan seterusnya mengumumkan Istiadat Pertabalan telah disempurnakan, begitu juga Datuk Seri Amar Diraja mengadap dan memaklumkan kepada Tuanku Muhriz bahawa pertabalan telah selamat disempurnakan.

Pelantikan Tuanku Muhriz sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan diperkenan selepas Almarhum Tuanku Ja'afar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman mangkat pada 27 Disember 2008.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-10-2009 02:49 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-10-2009 02:52 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2009 04:19 PM | Show all posts
deyen baghu jo balik daghi pertabalan, alhamdullilah cuaco baik, tak ujan, tapi paneh sket la, ghamai la yang berpoloh bawah kemah dopan istano..
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2009 05:34 PM | Show all posts
Adalah dengan ini patik ingin merafak sembah menjunjung duli bersempena dengan istiadat pertabalan Tuanku sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-11 yang berlangsung pada hari Isnin 26 Oktober 2009 bersamaan 7 Zulkaedah 1430 Hijrah.

Patik berdoa ke hadrat Allah SWT semoga Tuanku akan dikurniakanNya dengan keimanan,kesihatan dan kekuatan diri yang mantap dalam menjalankan tugas pemerintahan demi kepentingan negeri dan rakyat jelata.

Daulat Tuanku!

Daulat Tuanku!

Daulat Tuanku!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-10-2009 06:40 PM | Show all posts
Tuanku Muhriz Ditabal Yang Di-pertuan Besar Negeri Sembilan Ke-11

KUALA PILAH, 26 Okt (Bernama) -- Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, 61, Isnin ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-11 di Istana Besar Seri Menanti di sini dalam upacara pertabalan yang penuh adat istiadat dan bersejarah dalam tempoh 40 tahun di negeri ini.

Tuanku Muhriz dimasyhurkan pada 29 Dis 2008, dua hari selepas kemangkatan Yang di-Pertuan Besar sebelum ini yang merupakan ayahanda saudara baginda, Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahman, yang telah menaiki takhta pada April 1967.

Istiadat itu adalah unik di Negeri Sembilan kerana pemilihan Yang di-Pertuan Besar ditentukan oleh Undang Yang Empat iaitu Undang Luak Jelebu, Undang Luak Johol, Undang Luak Rembau dan Undang Luak Sungai Ujong.

Upacara bermula pada pukul 11 pagi dengan keberangkatan masuk Tuanku Muhriz dan Tuanku Aishah Rohani ke Balairong Seri didahului oleh Orang Empat Istana membawa Peti Benian.

Istiadat bermula dengan peraturan menghadap Tuanku oleh Undang Yang Empat iaitu Undang Luak Jelebu Datuk Musa Wahab, Undang Luak Johol Mohd Jan Abdul Ghani, Undang Luak Rembau Muhamad Sharip Othman dan Undang Luak Sungai Ujong Datuk Mubarak Dohak.

Datuk Bentara Kanan Ibrahim Ujang kemudian hadir ke hadapan singgahsana baginda dan memohon perkenan Tuanku untuk memulakan istiadat dan kemudian menyeru Undang Luak Sungai Ujong Datuk Mubarak Dohak bagi memulakan tradisi seru menyeru yang dibuat turun-temurun sebelum ini.

"Hai, Bentara Kanan, serukanlah sabda Kami Undang Yang Empat kepada sekalian rakyat tua muda, kaya miskin, hina dina, dalam Alam Negeri Sembilan ini - Adapun pada hari ini kami mentabalkan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir naik Takhta Kerajaan Negeri Sembilan untuk menggantikan Seri Paduka Ayahanda Saudaranya, Almarhum Tuanku Ja'afar yang telah mangkat.

"Dan Tuanku Muhriz ini telah dilantik menjadi Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan sebelum dimakamkan Seri Paduka Ayahanda Saudaranya pada hari Isnin, 29 Disember, tahun masihi 2008, serukanlah sabda kami kepada sekalian rakyat mengadap dan menjunjung Duli,"seru Mubarak.

Selepas seruan Mubarak itu, Datuk Bentara Kanan menyambut dengan seruan kesetiaan terhadap pertabalan Tuanku Muhriz.

"Hai, tuan-tuan sekalian, tuan muda, kaya miskin, hina dina, adalah Undang Yang Empat dengan Adat Istiadatnya mentabalkan Yang Dipertuan Besar Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir naik Takhta Kerajaan Negeri Sembilan," seru Datuk Bentara.

Sebaik sahaja selesai upacara itu, Datuk Seri Amar Diraja dan Datuk Pegawai Yang Enam bangun untuk menurunkan Daulat sebelum Datuk Bentara Kanan dan kemudian melaungkan "Daulat Tuanku" sebanyak tiga kali, diikuti semua hadirin.

Istiadat diteruskan dengan lagu kebesaran Negeri Sembilan dimainkan beserta tembakan meriam 32 das dari bateri istiadat, Rejiman Askar Melayu DiRaja yang duduk di kawasan luar istana.

Dengan selesainya adat istiadat itu, Tuanku Muhriz rasmilah menjadi Yang di- Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-11 selepas mangkatnya raja yang ke-10 iaitu, Tuanku Ja'afar pada 27 Dis, 2008.

Tuanku Muhriz yang berjiwa rakyat diputerakan pada 14 Jan 1948 dan satu-satunya putera dari enam adik beradik hasil daripada perkahwinan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan kesembilan iaitu Tuanku Munawir dan Tunku Ampuan Durah.

Sementara itu, Tuanku Muhriz dalam titah ucapannya menyeru supaya semua pihak dan pemimpin yang telah dipilih oleh masyarakat mereka memulakan kerjasama untuk kepentingan rakyat dan negeri ini.

Perpaduan merupakan elemen terpenting kepada kestabilan dan kemakmuran negara, titah baginda.

"Dengan kekuatan ini, Beta menyeru kepada semua agar bergerak seiring ke hadapan untuk meningkatkan lagi kemakmuran negeri dan negara," titah baginda.

Baginda turut mengajak tetamu mengimbas kenangan baginda semasa kecil ketika menyaksikan perkembangan Negeri Sembilan di bawah pemerintahan ayahanda baginda iaitu Almarhum Tuanku Munawir serta nenda baginda, Almarhum Tuanku Muhamad.

Baginda menegaskan, nenda-nenda baginda yang pernah menjadi Yang di-Pertuan Negeri Sembilan telah memainkan peranan yang penting untuk pembangunan negeri ini malahan nenda baginda, Tuanku Muhamad sentiasa mengalakkan rakyat untuk menghantar anak mereka ke sekolah Melayu dan Inggeris.

Tuanku Muhamad turut menubuhkan sebuah sekolah perempuan di Seri Menanti 100 tahun dahulu yang sebenarnya merupakan satu tindakan yang berani serta inovatif pada masa itu kerana ketika itu, sekolah seperti ini hanya terbuka untuk golongan elit.

Pada peringkat kebangsaan, Tuanku Muhamad bersama dengan Raja-raja Melayu telah menyokong penubuhan Maktab Melayu Kuala Kangsar dan Rejimen Askar Melayu Diraja, titah baginda.

Istiadat pertabalan hari ini ia mendapat liputan daripada 34 wakil media termasuk disiarkan secara langsung oleh telivisyen tempatan.



-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-10-2009 06:40 PM | Show all posts
MB Negeri Sembilan Lafaz Ucapan Tahniah Dan Taat Setia Pertabalan Tuanku Muhriz

KUALA PILAH, 26 Okt (Bernama) -- Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan Isnin menzahirkan ucapan tahniah dan sembah taat setia kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sempena pertabalan baginda di Istana Seri Menanti di sini.

Dalam ucapan tahniah dan sembah taat setia di atas pertabalan itu, Mohamad menyatakan rasa gembira rakyat jelata dan berdoa agar baginda terus bersemayam di atas takhta dan menerajui pemerintahan kerajaan serta memayungi rakyat negeri ini.

"Hubungan akrab yang telah terjalin selama ini, pastinya mengeratkan lagi jalinan silaturrahim, di antara rakyat dengan baginda Tuanku Muhriz. Kemesraan dan keprihatinan Tuanku Muhriz akan pastinya membantu pentadbiran kerajaan baginda untuk menempa lebih banyak lagi kejayaan dan kecemerlangan pada masa akan datang," katanya berucap selepas pertabalan Tuanku Muhriz di Balairong Seri, di Istana Seri Menanti di sini.

Mohamad dalam ucapannya turut berikrar bahawa barisan pimpinan negeri turut akan melipatgandakan usaha dalam memastikan agenda pembangunan dapat dilaksanakan dalam tempoh yang ditetapkan.

"Dengan tempoh yang berbaki 11 tahun sahaja lagi ke arah visi 2020, matlamat kerajaan ialah untuk menyegerakan setiap rancangan pembangunan bagi membolehkan rakyat menikmati segala prasarana pembangunan tanpa mengira kaum dan agama, serta memastikan keutamaan golongan daif dan miskin untuk lepas dan bebas dari kepompong kemiskinan.

"Sukacita patik menyembah maklum, bahawa tumpuan kerajaan ini, ialah mengutamakan keperluan rakyat pelbagai kaum di negeri ini. Pengagihan pembangunan yang saksama akan menyinarkan keyakinan rakyat untuk terus hidup dalam suasana penuh harmoni.

"Slogan 1Malaysia yang dipelopori oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan menjadi teras kepada matlamat kerajaan negeri untuk bersama-sama mendukung gagasan tersebut dengan memperluaskan skop gagasan di segenap pelusuk negeri," katanya.

Menerusi gagasan 1Malaysia, beliau yakin masyarakat majmuk di negara ini khususnya di Negeri Sembilan akan menghargai nikmat pembangunan yang dirancang sekaligus menyemarakkan penyatuan hati dan menyuburkan lagi perpaduan dikalangan rakyat.

Selain itu, Mohamad berkata semangat musyawarah dan persefahaman jitu di bawah naungan Tuanku Muhriz, adalah diharap akan menjadi pedoman kepada seluruh rakyat di negeri ini.

"Tentunya tanggungjawab ini tidak mampu dilaksanakan dengan sebaik mungkin, jika ia hanya digalas oleh kerajaan tanpa sokongan padu oleh semua pihak dan selaku rakyat yang setia kepada Raja, adalah menjadi tanggungjawab semua, tidak kira di atas kapasiti apa sekalipun bagi menunjukkan keikhlasan bersama-sama membawa sinar keceriaan yang lebih cemerlang dan gemilang demi masa depan negeri ini," tambahnya.

Di akhir ucapan tahniah dan sembah taat setia itu, beliau menegaskan bahawa beliau dan seluruh rakyat jelata sentiasa mendoakan kesejahteraan Tuanku Muhriz dan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud dan seluruh kerabat diraja Negeri Sembilan agar sentiasa di anugerah keberkatan dan kesejahteraan dunia serta akhirat.

"Semoga bertambah jualah daulat Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku untuk terus memayungi kerajaan dan rakyat negeri ini," katanya.

Istiadat pertabalan turut dihadiri Perdana Menteri, Pengiran Muda Mahkota Brunei, Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Mahkota Pahang, Putera-Putera Yang Empat, Menteri-Menteri Kabinet, Ketua-Ketua Menteri, Tunku Besar Tampin dan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Melaka dan Sabah



-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-10-2009 06:41 PM | Show all posts
Pertabalan Dapat Liputan Luas Media Asing

KUALA PILAH, 26 Okt (Bernama) -- Istiadat pertabalan Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-11 pada Isnin mendapat liputan 34 wakil media asing dari 10 negara serta liputan eksklusif Discovery Networks melibatkan penggambaran sebelum, semasa dan selepas istiadat pertabalan.

Upacara penuh adat istiadat di Balairong Seri Istana Besar Seri Menanti itu pagi Isnin turut disiarkan secara langsung oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Dalam pada itu, ribuan rakyat tempatan dan pelancong asing hadir menyaksikan istiadat pertabalan secara langsung dari dekat.

Kebanyakan penduduk tempatan datang dari kampung berhampiran seperti Kampung Talang, Tanjung Ipoh, Kampung Terachi dan beberapa kampung lain berdekatan.

Pesara polis Along Kassim, 70, berkata dahulu semasa pertabalan almarhum Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahman, beliau tidak berpeluang menyaksikan secara langsung sebaliknya hanya menonton filem tayangan Jabatan Penerangan Malaysia.

"Dulu, orang kampung juga belum mampu beli televisyen. Ingatkan hari ini dapat masuk dalam istana tapi pakcik hanya dapat melihat dari sini," katanya kepada Bernama ketika ditemui di perkarangan Muzium Seri Menanti.

Abdul Malik Husein, 32, peniaga pasar malam berkata, beliau sudah banyak mendengar tentang Tuanku Muhriz yang dikatakan sebagai seorang yang baik dan berjiwa rakyat.

Abdul Rahman Ahmad, 75, bekas anggota polis yang berkhidmat semasa baginda menjadi Raja Muda Serting, berkata cara pertabalan dahulu adalah berbeza daripada hari ini.

Semasa pertabalan almarhum Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahman pada 1967, rakyat yang hadir tidak disediakan dengan khemah menunggu dan makanan tetapi rakyat yang hadir hari ini dapat merasai semua itu, katanya.

Beliau berkata sambutan terhadap orang kenamaan masa dahulu tidak semeriah sekarang, malah kehadiran mereka juga terbatas berbanding sekarang.

"Dulu orang awam susah nak lihat benda ni tetapi sekarang suasananya berbeza. Semua rakyat boleh hadir menyaksikan upacara tanpa halangan kecuali mereka tidak dibenarkan memasuki Balairong Seri.

"Dulu juga tak semua orang kenamaan hadir, tetapi sekarang semua pembesar ada termasuk dari luar seperti Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Mahkota Brunei," katanya yang sanggup pulang dari Triang, Pahang, semata-mata untuk menyaksikan upacara itu.

Daljit Singh, 46, seorang pekerja di firma guaman di Seremban, berkata, beliau cukup bangga menyaksikan upacara pertabalan tersebut kerana menurutnya upacara itu berbeza daripada pertabalan raja di negeri-negeri lain.

"Saya merasa cukup bertuah untuk hadir ke sini, merasai dan melihat sendiri keunikan budaya yang diwarisi zaman berzaman," katanya.

Katanya, keterbukaan pihak istana menerima kedatangan pelawat dan pemerhati tanpa halangan menunjukkan yang Tuanku bersifat rendah diri dan Raja berjiwa rakyat.

Baginda lahir pada 14 Jan 1948 dan satu-satunya putera dari enam adik beradik hasil dari perkahwinan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke sembilan, Tuanku Munawir dan Tunku Ampuan Durah.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-10-2009 06:48 PM | Show all posts








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-10-2009 06:51 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-10-2009 07:08 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2009 10:53 PM | Show all posts
Missed the telecast.
Cuba search di Youtube tapi belum ada. Yang terjumpa ia lah pertabalan Tuanku Jaafar pada tahun 1968 dahulu.
Cuba lihat Tuanku Muhriz masa tu di 3.53minute dan 5.15 minute. Semasa ni dia ialah Tunku Besar Seri Menanti dan duduk di kanan Almarhum Tuanku Jaafar.
Tunku Ali masa pertabalan tadi pun pun duduk di sebelah kanan Tuanku Muhriz kerana gelaran itu sekarang berpindah kepada nya.

http://www.youtube.com/watch?v=liDJDhI5iK8
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2009 09:26 AM | Show all posts
Missed the telecast.
Cuba search di Youtube tapi belum ada. Yang terjumpa ia lah pertabalan Tuanku Jaafar pada tahun 1968 dahulu.
Cuba lihat Tuanku Muhriz masa tu di 3.53minute dan 5.15 minute. Sema ...
Catalyst Post at 26-10-2009 22:53


yup, TA duk sblh TM, TM duk sblh TJ sbb pemegang gelaran Tunku Besar Sri Menanti sama taraf ngan crown prince dan merupakan gelaran yg paling senior among putera yang empat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:34 PM GMT+8 , Processed in 0.079329 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list