CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9879|Reply: 16

Carcosa Seri Negara

[Copy link]
Post time 23-10-2009 07:02 PM | Show all posts |Read mode
Friday October 23, 2009
Carcosa Seri Negara's final countdown
By LIM CHIA YING

WHEN news that Carcosa Seri Negara might soon close its doors for the final time came out, many former guests took the opportunity to visit the stately mansion once more, if only to catch a final glimpse at a place close to their hearts.

For one 98-year-old great-great-grandmother, the visit was especially poignant as she had been married on the grounds of the hotel when she was a young lass of only 16.

Carcosa Seri Negara is actually an amalgamation of two stately bungalows, Carcosa and Seri Negara.


Classy touches: The interior of the French restaurant is a
sight to behold with lush furnishings and trimmings.


Construction of the Carcosa began in 1896 and it was to be the official residence of the first Resident-General to the Federated Malay States Sir Frank Swettenham, who moved in in 1904. When Malaysia gained its Independence in 1957, Carcosa remained the property of the British government until it was returned in 1987.

Carcosa Seri Negara was opened in 1913 as the official guest house for the Governor of the Straits Settlement and was later referred to as King’s House.

Since 1989, the two properties, collectively known as Carcosa Seri Negara, have been leased to Landmark Hotels and Realty Sdn Bhd on a 10-year renewable contract basis. Since 2004, it has been managed by General Hotel Management Ltd (GHM).

With the second 10-year lease expiring on Dec 31 this year, speculation is rife as to the future of the hotel, and calls for fresh bids and a redevelopment exercise have been made.

Details on the redevelopment project are vague but sources claim that tenders have already been called for and meetings have been held with interested parties.


Relaxed: The verandah of The Dining Room, where
guests can savour English afternoon tea or enjoy a meal
.

For the moment, the future of Carcosa Seri Negara hangs in the balance, with the outcome largely dependent on the type of redevelopment that will take place.

Hotel manager Caroline Flitzinger said she had initially received hundreds of emails from the public protesting the redevelopment plan but some had written in support of the idea as long as the existing colonial style and charm were retained.

“After 20 years, the hotel is admittedly a little old and tired. The Malaysian government, which is the owner, might also have some other plans for the land, especially the revenue it could generate and this redevelopment could also help offset the huge maintenance costs of a property this size,” she said.

The hotel has hosted dignitaries and VIPs from the world over and many of those who come for a visit now are regulars. However, most Malaysians visit Carcosa Seri Negara for special events and rarely spend the night.

This might be because of a perception that the hotel is expensive and exclusive.


Gleaming in white: The Langkasuka foyer at the meeting room
where many guests have walked over the years.


“While we do target a rather niche group of clients, our doors are still open to anyone. We would also like to see more traffic here,” Filtzinger, who has been with the hotel for the past two years, said.

According to her, bookings have increased tremendously since news of the possible closure was announced but the hotel has had to turn down any reservations for next year.

For the hotel’s long-serving employees, the next few months are difficult time for them as they wonder about the future.

All 78 employeers would have to be retrenched if the lease is not renewed but GHM is looking out for vacancies at other properties it manages to fit them in.

“I find it hard to accept that it may close soon. It was something we could not have predicted,” pastry chef Muhammad Raz Firdaus said.

“I remember being the last of the 25 people they interviewed for the pastry chef job. I felt like the luckiest person alive when I got the job.



“It’s been an honour serving our guests over the years. If the development is for the better, then that’s good but Carcosa must be remembered for what it was.

“Development can continue but the heritage must be maintained,” he said, adding that if the new owners offered him a job, he would consider staying on.

GHM has announced that it is offering visitors one last chance to stay at the hotel with various packages available for guests.

The package prices start from RM900++. For now, savouring an Englsih Afternoon Tea at The Dining Room is another option for those who prefer not to stay overnight.


**************************************************************************



... teringat pernah makan sekali kat carcosa seri negara...
mahal macam kambing.. .tapi memang best.... one of my good friends
jadi waitress kat sini dulu.... tips memang gila banyak gak....

nampaknya... kalau nak rasa last time kat sini.. kena sengkek duit rm900++...
tapi...english afternoon tea memang best kot... boleh makan scones with buluberry jam...
sedap sangat...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-10-2009 07:04 PM | Show all posts




building carcosa seri negara ni memang outstanding... fab.. just fab -
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2009 07:41 PM | Show all posts
sayang betul..never been there, but would like to be there someday..
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2009 08:47 PM | Show all posts
2# dexa

penah satu hari dulu..teman kawan pegi sana around 10 mlm jumpa manager dia..lebih pukul 12 masa nk balik tgk ade pawang tgh semah tempat tu...siap ngn kain kuning, lada bagai..motor plak dah la park kt parking belakang..jauh..takutnye...hee..tp besh..1st time tgk
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2009 09:04 PM | Show all posts
Post Last Edit by w_md_harris at 23-10-2009 21:19

banyak sejarah Carcosa nie ..sayang kalau ianya ditutup, apa lagi kalau di robohkan untuk pembangunan lain. Sepatutnya ia boleh dimasukkan sebagai National Heritage sebaris dgn Bangunan Sultan Abdul Samad diKL.

Mengikut sejarah, arkitek Carcosa ialah Arthur Charles Norman, arkitek Kanan PWD Malaya dan dibina pd thn 1896 untuk kediaman  British High Commissioners  di Malaya bagi Negeri2 Melayu Bersekutu pada masa itu.


Carcosa semasa menjadi kediaman Governor General British sebelum merdeka

P/S

Kalau mengikut sumber Unit Pengurusan Harta dan Tanah Jabatan Perdana Menteri yg mengendalikan urusan semua harta2 kepunyaan kerajaan, mengesahkan adanya panggilan Tender terbuka dibuat untuk kerja2 renovasi bahagian luar bangunan ini. Apabila kontrek dgn General Hotel Management (GHM) Limited tamat hujung tahun ini (31/12/09), kerajaan bercadang membaik pulih beberapa aspek hotel ini untuk memberi nafas baru kepada bangunan ini tanpa membuat ubah suai pada bangunan asal. Ini disah oleh Setiausaha Unit Pengurusan Harta dan Tanah Jabatan Perdana Menteri, En Hasnol Zam Zam bin Ahmad . Beliau menegaskan apabila kerja2 baik pulih selesai, lesen baru akan dikeluarkan untuk operator hotel untuk menguruskan hotel tersebut...

So, tak ada apa yg nak dibimbangkan kerana ..ianya akan ditutup sementara untuk kerja2 pembaikkan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2009 03:18 AM | Show all posts
pernah makan sini dlu..taun 07, bukak puasa MOSTI- projek Angkasawan tu

tak sedap mana pun, haha satay dia keras..tp mmg tmpat exclusive la
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-10-2009 04:16 PM | Show all posts
aku suke building carcosa
namapak gah dan classy gitu
hope kem leh masukkn sbg warisan dunia cmm bgnn sultan abd samad tu
sayanglah if nak dirobohkan
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2010 06:37 AM | Show all posts
Carcosa hanya kisah silam
Masa depan Carcosa Seri Negara yang sudah 111 tahun tersergam berhampiran Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur mungkin hanya akan tinggal kenangan.



PERKHIDMATAN hotel Carcosa Seri Negara dihentikan 31 Disember lalu
bagi memberi laluan kepada pembangunan semula tapak bersejarah itu.

PERNAH menjadi kediaman pemimpin British di Tanah Melayu, dua buah banglo itu mengalami transformasi dan menjadi penginapan mewah yang eksklusif sehingga 31 Disember lalu.

Selepas tarikh itu, nasibnya bergantung sepenuhnya kepada satu projek pembangunan semula yang sedang dirancang.
"Kami diberitahu bahawa kerajaan akan memberikan tender kepada sebuah syarikat yang berminat untuk membangunkan semula tapak itu, jadi kami tidak tahu apa akan terjadi kepada bangunan-bangunan lama itu," kata pengurus hotel Carcosa Seri Negara, Caroline Filtzinger.

Diuruskan oleh kumpulan hotel mewah GHM sejak tahun 2004, pihak pengurusan itu diberitahu oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU) tentang keputusan kerajaan itu pada Oktober lalu.

Filtzinger mengakui lokasi bersejarah itu memerlukan pembaharuan tetapi deretan tetamu terus datang ke Carcosa dan mengadakan pelbagai majlis termasuklah acara popular iaitu minum petang di berandanya.



BERTEMPAT di King's House, Raja-Raja Melayu bersama Pusuruhjaya
Tinggi British, Sir Donald MacGillivray, menandatangani persetujuan
penubuhan Malaysia pada 5 Ogos 1957.

"Ia juga menjadi lokasi perkahwinan berkelas tinggi di negara ini. Ramai yang ingin meraikannya di bangunan bersejarah itu, terutama di lamannya. Jadi penutupan Carcosa adalah satu berita buruk."

Tambah Filtzinger, perniagaan utama hotel itu ialah menganjurkan majlis berbanding menerima penginap di 13 biliknya yang agak usang pada caj di antara RM1,100 hingga RM3,500 semalaman.

Gaya High Victorian

Carcosa Seri Negara meliputi kawasan seluas 16 hektar dengan lamannya bersambung dengan hutan sebelum membuka pemandangannya terus ke Taman Tasik Perdana di kaki bukit.

Pembinaan Carcosa bermula pada tahun 1896 oleh Residen British pertama di Tanah Melayu, Sir Frank Swettenham.
Kos keseluruhan pembinaan, termasuk bangunan, jalannya yang bersimpang-siur dan bangunan luar mencecah 67,300 dolar Negeri Selat - iaitu AS$13.9 juta (RM47 juta) mengikut nilai mata wang hari ini.



CARCOSA Seri Negara banyak meninggalkan kenangan tentang era penjajahan British.

Pembinaannya disempurnakan pada tahun 1898. Rumah separa kayu itu dibina dengan gaya High Victorian, dengan berhiaskan rekaan yang menggabungkan tebar layar era Elizabeth dan tembok beranda era pertengahan di beberapa sisi rumah itu.

Di dalamnya, tersergam pintu masuk ke dewannya yang besar dan membenarkan pengudaraan maksimum. Silingnya yang mencecah bumbung pula bertonggakkan kayu panjang pada dinding-dinding, menimbulkan suasana seperti berada di dalam gereja.

Tingkapnya yang besar menyokong kekisi bersilang gaya Anglo-Saxon dengan bahagian atasnya dibumbungi bentuk kubah lanset dari era Regency.

Selepas Swettenham, Carcosa dihuni pula oleh pegawai tertinggi British dan pada 1913 kerajaan membina King's House, kini digelar Seri Negara di atas tanah itu, sebagai rumah penginapan sementara bagi Gabenor Negeri-Negeri Selat yang tinggal di Singapura.



BERANDA yang terkenal dengan acara minum petang.

Sepanjang Perang Dunia Kedua, tentera Jepun menggunakan kedua-dua bangunan itu sebagai pusat perkumpulan pegawai mereka.

Menjelang tahun 1946, Carcosa kembali membawa fungsi asalnya. Pada 21 Januari 1948, di sinilah Raja-raja Melayu dan kerajaan British membentuk Persekutuan Tanah Melayu pada 21 Januari 1948 dan menandatangani penubuhan Malaysia yang merdeka di lamannya pada 5 Ogos 1957.

Kenangan

Namun, pada 12 September 1956, Ketua Menteri Tanah Melayu yang kemudian menjadi Perdana Menteri Pertama Malaysia, Tunku Abdul Rahman, menyerahkan Carcosa kepada kerajaan British sebagai hadiah.

King's House kemudiannya dikembalikan kepada Malaysia dan dinamakan semula sebagai Seri Negara. Carcosa, bagaimanapun terus diduduki Pesuruhjaya Tinggi British.

Bekas guru, Rasammah Bhupalan, masih ingat malam yang penuh keanggunan di laman Carcosa pada awal 1960-an ketika bangsawan Anthony Head dan isterinya, Dorothea, tinggal di situ.

"Carcosa menganjurkan banyak majlis pada waktu itu. Sama ada secara formal ataupun tidak, anda akan merasa kagum dengan setiap acara yang dianjurkan," katanya.

"Lady Head sukakan burung dan saya masih ingat saat menikmati minum petang dengannya di Carcosa sambil diiringi bunyi burung," katanya.

TANGGA bergaya mewah.

Pada awal tahun 1987, Carcosa diserahkan semula kepada Malaysia. Kerajaan kemudian memutuskan untuk menukar bangunan itu menjadi sebuah hotel bagi orang-orang ternama yang datang berkunjung.

Tetamu rasmi pertama hotel itu ialah Ratu Elizabeth II yang menghadiri mesyuarat Ketua Negara-Negara Komanwel.

Biarpun perancangan untuk dua bangunan itu masih belum jelas, ramai yang mengharapkan ia akan dikekalkan. - AFP
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2010 09:16 PM | Show all posts
Post Last Edit by kindergarten101 at 2-4-2010 21:21

saya ngan kengkawan penah dtg sni kira2 sebulan lps.mase tu dah kol 12 mlm cmtu. saje ronda2 ngan kete sbb kitorg ni suke carik bangunan2 misteri (tp gi dlm 6 org. kalu 2 org je x brani le...) mlm tu sempat gak tgk2 umah besar2 kat bangsar (penah blaku pmbunuhan), bukit tunku pastu gi lak kat carcosa ni. spai je kat dpn pagar, trus ade pak guard kuar. muka mcm sombong sket. agaknyer dia ingat kitorg nak ceroboh kot. kitorg saje jek nak tgk2. tp kitorg blah cpt2 lps pak guard tu kuar sbb takut dia amek no plat kete plak. bile pikir2 balik brani pak guard tu jaga memalam kat situ. kitorg yg dtg jap je pon dah rase semacam sbb jln nak kuar msuk ke situ bkn ade kete lalu pon. tp dr luar carcosa ni dah mmg cntik pe lg kat dlm...kalu la nak tido kat situ utk 1 mlm je pon, abes duit gaji sebulan... sayang bangunan cmni kalu x de org nak pelihara...bangunan ni jd saksi pd mcm2 sejarah yg dah malaysia lalui...
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2010 12:20 PM | Show all posts
pesuruhjaya tinggi british dengan gabenor-general lain kan
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2010 02:23 PM | Show all posts
yup...ni tmpt psinggahan dorg dlu. skrg pon kalu org2 besar luar negeri dtg,dorg menginap kat sni kot (btolkan saya kalu salah)
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2010 11:03 AM | Show all posts
Kalau tak salah saya,Carcosa ni adalah salah satu lokasi penggambaran bagi filem 1957:Hati Malaya.

Wallahualam.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2010 03:09 PM | Show all posts
tak penah sampai sini
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2010 05:06 PM | Show all posts
aku cam ade info pasal pengambilalihan carcosa dari British nih.. ti aku try godek2 blk heheh menrik tajuk nih!
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2020 02:05 PM | Show all posts
Semalam mama meronda hingga ke Carcosa ni, aduhai dah usang dan nampak gerun. Ini nilai sejarah. Architecture yg cantik,  tak sangka pulak Crazy Rich Asians shoot kat sini. Gate pun berantai tapi tak kunci pun. lalang tumbuh tinggi.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2020 04:12 AM From the mobile phone | Show all posts
mamaezah replied at 20-1-2020 02:05 PM
Semalam mama meronda hingga ke Carcosa ni, aduhai dah usang dan nampak gerun. Ini nilai sejarah. Arc ...

Maknanya memang Hotel tu dah tutup lah yer.. Tu lah tgk dlm crazy rich Asians nampak still cantik n mcm masih beroperasi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2020 09:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada gambar tak?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 03:27 PM GMT+8 , Processed in 0.586707 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list