CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6664|Reply: 2

seni kaligrafi bunga

[Copy link]
Post time 27-10-2009 07:19 AM | Show all posts |Read mode
Keunikan seni kaligrafi bunga

Oleh RANIA PARAN



SITI Hajijah Abdullah merakamkan gambar kenangan bersama ibu bapanya berlatar belakangkan lukisan kaligrafi bunga di Pustaka Miri, Sarawak, baru-baru ini.

MIRI 26 Okt. - Jika berkunjung ke Pustaka Miri, pandangan pasti terpaut pada deretan lukisan kaligrafi yang begitu indah menghiasi dinding.

Lukisan bunga raya, orkid dan bunga kertas begitu 'hidup' dan mempersonakan sehingga terlintas di hati pengunjung untuk memilikinya.

Suatu ketika dulu, lukisan kaligrafi dan berus Cina hanya dikaitkan dengan masyarakat Tionghua. Ini kerana masyarakat tersebut sahaja yang pakar dan mendominasikan seni tersebut.

Namun zaman berubah, perpaduan dan semangat satu negara telah menyebabkan kepakaran sesuatu kaum telah boleh dipelajari dan dimiliki oleh kaum lain.

Buktinya, Siti Hajijah Abdullah Sani, 52, telah menguasai lukisan kaligrafi hasil daripada minat dan kesungguhan.

Menceritakan detik permulaan dalam lukisan kaligrafi, Siti Hajijah berkata, dia mula berjinak-jinak dalam bidang ini selepas melihat satu demonstrasi pada 1997 di Kuching.

''Saya tertarik dan kagum melihat mereka menyapu warna menggunakan berus Cina sehingga menjadi sebuah lukisan yang begitu menakjubkan.

''Saya fikir lukisan berus Cina itu mudah, semudah memetik jari. Namun apabila memegang berus dan memilih warna barulah saya tahu betapa sukarnya proses untuk menghasilkan sebuah lukisan," katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.

Menurut Siti Hajijah, bermula dari detik itu apabila pulang ke Miri, dia telah mengikuti kelas lukisan yang dikendalikan oleh Tahan Tang Art Studio selama tiga jam sekali seminggu.
Anak jati Miri ini mengakui, bukan mudah untuk melukis menggunakan berus Cina kerana setiap pelukis harus faham dan mematuhi falsafah tertentu.

''Misalnya bunga tidak boleh dilukiskan bersama dengan monyet. Menurut falsafah, monyet hanya boleh dilukis bersama ayam. Selain itu kita harus pandai memegang berus dan membuat garisan.

''Ia mesti dilakukan secara teliti bukan sebarangan. Pendek kata, setiap pelukis harus sanggup mempelajari budaya Cina, tahu serba-serbi latar belakang supaya tidak lari daripada konsep lukisan Cina," katanya.

Selain itu, dia menambah setiap lukisan harus teliti dan mengutamakan sensitiviti masyarakat.

Setiap pelukis harus peka dengan lima jenis shades atau warna yang terbahagi kepada empat jenis dakwat asas atau empat gentlemen iaitu buluh, spring blossom, chrisyanthemum dan orkid Cina.

''Semua empat gentlemen ini harus dikuasai sebelum memilih satu jenis untuk pengkhususan. Untuk menilai sesebuah lukisan, kita lihat pada garisan, struktur dan kombinasi warna.

''Warna dan struktur lukisan mesti ada kesinambungan. Gambar atau lukisan mesti menenangkan jiwa dan jika sebaliknya, pasti lukisan tersebut ada sesuatu yang tak kena," kata Siti Hajijah.

Bagi meningkatkan kemahiran dalam menghasilkan lukisan, Siti Hajijah banyak membuat rujukan di perpustakaan dan Internet untuk mendapatkan panduan.

''Saya banyak membaca buku dan membuka Internet untuk mendapatkan ilmu tambahan memandangkan apa yang dipelajari dalam kelas tidak cukup. Saya tidak boleh melukis ikut apa yang realiti dan dilihat, kerana kaligrafi bukan fotografi," jelasnya.

Siti Hajijah bersyukur kerana teknologi Internet membolehkan dia melihat demonstrasi dalam laman Youtube.com yang banyak membantu untuk mengembangkan bakat dalam lukisan kaligrafi.

Lukisan kaligrafi biasanya banyak memaparkan gambar binatang seperti ayam, kuda dan monyet yang mempunyai simbol tertentu untuk masyarakat Cina.

Namun bagi Siti Hajijah, dia lebih gemar melukis tumbuh-tumbuhan seperti bunga orkid, bunga kertas dan bunga raya.
''Saya masih ingat, guru menasihatkan agar melukis apa yang pernah dilihat secara realiti. Sebagai contoh, saya pilih bunga kertas kerana ia banyak ditanam di rumah.

''Ini memudahkan saya membuat kajian struktur bunga kertas tersebut sebelum menzahirkannya di atas sekeping kertas putih. Bagi yang suka melukis kuda atau monyet, mereka perlu memelihara binatang tersebut untuk mendapatkan feeling," katanya sambil menambah lukisan bunga raya merupakan lukisan pertama yang dihasilkannya.

Menurut Siti Hajijah, dia kerap melukis pada hujung minggu, mulai jam 8 malam sehingga jam 1 pagi bergantung kepada saiz dan objek lukisan.

''Selalunya saya melukis sehingga tiga jam namun ia bergantung kepada lukisan. Jika lukisan bunga, ia mengambil masa kerana perlu dilukis kelopak demi kelopak,'' katanya.

Menurutnya, setiap lukisan yang dihasilkan boleh dijual pada harga antara RM400 hingga RM500 setiap satu bergantung kepada saiz.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2009 07:30 AM | Show all posts
Nak belajar gak..
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2009 03:53 PM | Show all posts
Nak belajar gak..
cruz_phymalion Post at 27-10-2009 07:30


ko kena masuk klas seni kaligrafi.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:47 PM GMT+8 , Processed in 0.082917 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list