CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: hayrin86

Perkara2 tipikal sebelum Piala Dunia....?

[Copy link]
Post time 21-12-2009 12:22 PM | Show all posts
Best2... WC kali ni tgk dlm HD
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-12-2009 06:27 PM | Show all posts
Best2... WC kali ni tgk dlm HD
katana83 Post at 21-12-2009 12:22

Tapi masih tak ada siaran Piala Dunia (WC) dalam SD? Kalau masih ada, boleh la aku layan terus.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-12-2009 02:58 PM | Show all posts
buku review pasal tim2 bola yg lawan pasti laris di pasaran..
beli yg tebal2 sket...
akukamudandia Post at 28-10-2009 23:23

Nanti la aku beli itu. Bulan EMPAT atau LIMA baru aku beli buku review itu. Yang tebal sikit terus daripada FIFA kan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-12-2009 03:00 PM | Show all posts
Best2... WC kali ni tgk dlm HD
katana83 Post at 21-12-2009 12:22

Aku tetap akan tgk WC dalam SD saja sebab aku tak ada TV skrin lebar dan saiz besar. Byond haku tak pasang la.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-12-2009 10:13 AM | Show all posts
Nak forum menjelang Piala Dunia jom la forum kat sini.

P/S: Saksikan majlis pelancaran Piala Dunia FIFA 2010 pada 02-01-2010 jam 9.00 malam di RTM1. SALAM PIALA DUNIA!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-1-2010 09:02 AM | Show all posts
Tinggal LIMA bulan saja lagi ke Piala Dunia 2010.

P/S: SALAM PIALA DUNIA 2010!
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 28-1-2010 02:17 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2010 02:20 AM | Show all posts
Terbaru, dah ada pun Jelajah Trofi Piala Dunia FIFA oleh Coca-Cola.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-1-2010 12:43 PM | Show all posts

Piala Dunia di Kuala Lumpur

Oleh Meor Hisham Zulkifli
sham@bharian.com.my

TROFI Piala Dunia FIFA dikawal rapi pasukan keselamatan sebaik tiba di KLIA, petang semalam.

KEMERIAHAN dan kehangatan kejuaraan bola sepak Piala Dunia di Afrika Selatan semakin dirasai dan peminat di Malaysia menjadi antara penduduk 86 negara yang bertuah dapat menyaksikan dari dekat trofi yang menjadi rebutan 32 negara pada kemuncak saingan itu, pertengahan tahun ini.

Piala Dunia berukuran 36.8 sentimeter dan seberat 6.175 kilogram diperbuat daripada emas padu 18 karat itu, diterbangkan khas ke ibu kota menggunakan jet sewa khas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) dalam rangka siri Jelajah Piala Dunia-Fifa yang bermula 21 September lalu dan akan sampai ke Afrika Selatan pada 4 Mei ini.

Jet membawa trofi itu mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur tepat jam 12.48 petang semalam dan diiringi oleh wakil dan pegawai Fifa serta wakil media. Sebelum ini, piala berkenaan dipertontonkan di Jakarta, Bangkok, Ho Chi Minh dan Kolkata, India.


"Trofi Piala Dunia ini adalah suatu pengalaman seumur hidup buat peminat bola sepak dan kehadirannya di Malaysia dianggap menjadi satu penghormatan buat peminat tanah air," kata Pengurus Am Coca Cola bagi Rantau Malaysia, Singapura dan Brunei, Antonio Del Rosario.

Sementara itu, wakil media Fifa yang mengiringi trofi berkenaan, Liu Lingling, berkata kunjungan ke Malaysia adalah dalam fasa kedua siri jelajah itu dan negara ini dipilih dalam usaha membantu meningkatkan lagi populariti sukan bola sepak.

Antonio berkata, rakyat negara ini berpeluang melihat dengan lebih dekat trofi emas itu yang dipamerkan di pusat beli belah Mid Valley, esok dan orang ramai boleh mendapat pas khas menyaksikan piala ini diperoleh dengan pembelian set hidangan burger Prosperity bersaiz besar.



"Untuk peminat bola sepak, mereka berpeluang bergambar dengan trofi ini menggunakan pas khas ini bermula jam 10 pagi hingga 10 malam pada Jumaat ini," katanya yang menjelaskan Coca Cola berbangga dapat bekerjasama dengan Fifa dalam mempromosi sukan ini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2010 04:02 PM | Show all posts

Review Piala Dunia 2010

KUMPULAN A

AFRIKA SELATAN

Pencapaian Piala Dunia: Ini merupakan kali ketiga Afrika Selatan bersaing pada pusingan akhir Piala Dunia 2010. Mereka tersingkir pada pusingan pertama Piala Dunia 1998 dan 2002.

Piala Dunia terbaik: Pasukan Afrika Selatan mencatat kemenangan 1-0 ke atas Slovenia sesudah seri 2-2 dengan Paraguay dan kemudiannya ditewaskan oleh Sepanyol 3-2 dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan pada Piala Dunia 2002. Keputusan yang menyaksikan mereka gagal mara ke pusingan kedua pada kejohanan tersebut.

Piala Dunia terburuk: Piala Dunia 1998. Ketika penampilan pertama, tewas 3-0 kepada tuan rumah Perancis dalam perlawanan pertama peringkat kumpulan, yang mana mereka seri 1-1 kepada Denmark dan Arab Saudi 2-2.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2010 01:21 PM | Show all posts

RTM promosi Piala Dunia

Oleh METRA SYAHRIL MOHAMED
metra.mohamed@utusan.com.my
Gambar Ehsan RTM
DARI kiri: NASIR Ali, Adi Satria, Ngombane, Joseph Salang dan Norhayati pada sidang akhbar sempena RTM Media Screening: 2010 FIFA World Cup di Kuala Lumpur baru-baru ini.

PERLAWANAN bola sepak Piala Dunia 2010 bakal bermula 11 Jun ini. Berlangsung selama sebulan, bumi Afrika Selatan pastinya akan menjadi perhatian dunia sempena temasya empat tahun sekali itu.

Sebanyak 32 buah negara sudah pun menempah tiket untuk bertarung merebut gelaran gergasi bola sepak dunia.

Bagi peminat setia bola sepak, baik di Malaysia mahupun serata dunia, saat ini, tentu ada yang mula berkira-kira untuk memberikan sokongan terhadap pasukan-pasukan tertentu.

Biarpun tarikh 11 Jun dilihat seakan masih jauh, bahang dan 'demam' bola sepak sudah semakin dirasai.

Justeru, bagi menghangatkan lagi iklim Piala Dunia, Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang memperoleh hak menyiarkan perlawanan di negara ini telah merangka pelbagai program dalam usaha mempromosikan TV1 dan TV2 yang menjadi nadi kepada penyiaran perlawanan berkenaan.

Antara usaha yang dirangka adalah dengan mengadakan siri jelajah seluruh Malaysia yang antara lain bertujuan untuk memudahkan khalayak penonton TV1 dan TV2 mendapatkan maklumat mengenai jadual penyiaran setiap perlawanan.
RTM akan menyiarkan 24 perlawanan secara langsung dan 11 lagi siaran tertunda termasuk 35 ulang siar.

Penyiaran itu akan bermula 11 Jun ini iaitu perlawanan antara Afrika Selatan dan Mexico. Apa yang menarik, dalam perlawanan yang disiarkan secara langsung, RTM menjanjikan untuk menyiarkan hanya pasukan ternama dan hebat sahaja.

Timbalan Ketua Pengarah (Penyiaran Strategik) RTM, Datuk Norhayati Ismail berkata, selain perlawanan, RTM turut merangka serta menyusun beberapa lagi program menarik khusus untuk penonton.

Katanya, antara program tersebut adalah filem, drama dan program kanak-kanak yang mempunyai kaitan dengan bola sepak.

Filem yang bakal disiarkan, sebagai contoh, membabitkan Bend It Like Beckham, Out Of Africa dan Goal!

"Kita juga tidak akan lupa menerbitkan program bercorak gameshow, kuiz dan bual bicara mengenai bola sepak.

"Dalam mempromosikan penyiaran Piala Dunia 2010 di RTM, kesemua stesen radio milik RTM juga akan bertindak dalam membantu menguatkan lagi promosi berkenaan,'' katanya ketika ditemui pada majlis RTM Media Screening : 2010 FIFA World Cup, di ibu negara baru-baru ini.

Hadir sama, Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang; Pesuruhjaya Tinggi Afrika Selatan ke Malaysia, Sisa Ngombane; Pengarah Eksekutif Kumpulan Utusan, Mohd. Nasir Ali dan Pengarah Urusan Utusan Airtime, Adi Satria Ahmad.

Selain tetamu kenamaan, majlis berkenaan turut dihadiri para pengiklan dan wakil syarikat korporat yang diberikan penerangan berkenaan pengiklanan di RTM sempena Piala Dunia 2010.

Majlis diserikan dengan persembahan artis ternama tanah air iaitu Amy (Search) dan Adibah Nor serta kumpulan pelajar Afrika Selatan dari Universiti Limkokwing yang mempersembahkan tarian tradisional mereka.

Pengiklanan RTM


Sementara itu, bersempena dengan majlis berkenaan, RTM melalui Utusan Airtime, sebuah anak syarikat Kumpulan Utusan yang bertindak sebagai pengendali iklan untuk stesen televisyen dan radio milik RTM turut menarik perhatian syarikat korporat dalam menaja atau membeli iklan di mana-mana slot sepanjang perlawanan berlangsung.

Menurut Adi Satria, penyiaran Piala Dunia merupakan asas kukuh untuk pengiklan mengembang atau memperkuatkan jenama syarikat atau produk masing-masing.

"RTM sudah semestinya percuma dan penyiarannya mencakupi hampir 95 peratus isi rumah seluruh Malaysia.

"Berdasarkan Piala Dunia 2006 di Jerman, RTM telah berjaya mengumpul lebih sejuta penonton.

"Untuk perlawanan kali ini, sudah tentu jumlah penonton akan meningkat memandangkan RTM mendapat hak untuk menyiarkan perlawanan langsung pasukan-pasukan ternama dunia,'' jelasnya.

Kata Adi Satria, dalam siri jelajah mempromosikan penyiaran Piala Dunia 2010 di RTM, bukan sahaja memberi peluang kepada penonton mendapatkan maklumat mengenai jadual perlawanan, Utusan Airtime turut tidak terlepas untuk menggiatkan usaha memperoleh jumlah pengiklan yang tinggi.

"Berdasarkan penyelidikan AGB Nielson, program sukan yang berada di tangga teratas sekitar 2009 adalah TM Piala Malaysia Akhir 2009 dengan lebih 2.7 juta penonton. Ia disiarkan di TV1.

"Bukan sahaja bola sepak, RTM turut menyiarkan beberapa program sukan lain. Ini membuktikan bahawa RTM menjadi saluran sukan kegemaran ramai.

"Lain-lain program sukan yang dirancang untuk disiarkan di RTM sepanjang 2010 adalah Sukan Malaysia (Sukma 2010) pada Jun, Sukan Komanwel Delhi (Oktober), Sukan Asia (November) dan Monsoon Cup (Disember),'' tambahnya.
-----------------
Untuk yang tiada Astro, jom ramai-ramai langgan Astro.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2010 12:43 PM | Show all posts

'Afrika Selatan belum bersedia'

Johannesburg dilihat belum bersedia berfungsi selaku tuan rumah: Valcke

SUN CITY (Afrika Selatan): Setiausaha Agung Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa), Jerome Valcke menyuarakan pandangan betapa Afrika Selatan dilihat belum bersedia berfungsi selaku tuan rumah Piala Dunia, tahun ini dan juga belum menerima kata putus mengenai tempat semua pasukan bertanding bakal ditempatkan.

Dengan hanya tiga bulan kejohanan paling berprestij itu bakal bermula, penganjur masih berdepan masalah dengan ‘bandaraya bola’ - Johannesburg - ketika ini belum terurus ketika bakal menjadi gelanggang utama bagi perlawanan pembukaan dan final.

“Jika soalan yang dikemukakan adalah ‘boleh kita menjadi hos Piala Dunia esok pagi?” Jawapannya adalah ‘tidak’,” kata Valcke selepas mesyuarat bersama pasukan di Sun City, kelmarin.

“Pada tahap ini, kita tidak boleh memulakan Piala Dunia kerana bandaraya bola masih belum bersedia. Pada tahap ini juga, kita tidak boleh menjalankan perlawanan pembukaan di sana. Hakikatnya, kita masih mempunyai 700,000 tiket untuk dijual dan pada tahap ini juga saya tidak boleh menyenaraikan apa yang belum sedia untuk Piala Dunia.

“Kita hanya memiliki 108 (106) hari saja lagi. Ia nampak singkat dan suntuk namun jika kita berjaga setiap malam, setiap hari untuk bekerja, kita akan mampu bersedia ketika masanya sudah tiba nanti,” katanya.

Komen dari Vackle hadir selepas beberapa laporan mengenai penukaran gelanggang latihan pasukan dari wartawan di beberapa negeri di Afrika Selatan yang bakal menjadi pusat latihan negara bertanding.

Fifa mahukan senarai penuh pusat latihan bagi 32 pasukan yang layak ke final supaya dikemukakan, kelmarin namun ia tertangguh kerana beberapa pasukan masih mengubah lokasi mereka akan ditempatkan pada kejohanan 11 Jun sehingga 11 Julai ini.

England juga belum bersedia mempersetujui kontrak bersama ‘Royal Bafokeng Sports Campus‘ yang berada berdekatan Rustenburg, namun jurulatih, Fabio Capello yakin bahawa lokasi latihan itu akan sempat dinaik taraf sebelum kejohanan bermula. - AP

Sumber: Berita Harian
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-2-2010 08:07 PM | Show all posts

RTM sasar tarik 4 juta penonton tiap perlawanan

RADIO Televisyen Malaysia (RTM) mensasarkan empat juta penonton akan mengikuti setiap perlawanan bola sepak Piala Dunia 2010 yang bakal disiarkan menerusi TV1 dan TV2 sepanjang berlangsung kejohanan itu bermula 11 Jun ini.

Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Ibrahim Yahaya berkata RTM akan menyiarkan 24 perlawanan secara langsung dan 11 lagi siaran tertunda menerusi TV1 dan TV2 sepanjang kejohanan itu nanti.

“Daripada 24 perlawanan siaran langsung, 20 akan disiarkan di TV1 dan empat lagi di TV2, manakala 11 siaran tertunda akan disiarkan di TV1,” katanya pada sidang media selepas pelancaran Jerayawara (roadshow) Sorakan 1Malaysia 1Dunia: RTM Penyiar Berlesen Piala Dunia 2010 di Stadium Nasional, Kompleks Sukan Bukit Jalil, semalam.

Beliau berkata hampir semua perlawanan dijadualkan bermula selepas 11 malam (waktu tempatan) dan ia tidak akan menjejaskan siaran waktu prima di TV1 dan TV2 kecuali beberapa perlawanan peringkat awal yang bermula pada pukul 7.30 malam.

Sebagai rekod, RTM menjadi penyiar utama Kejohanan Piala Dunia pada 1974, 1978, 1986, 1990, 1994, 1998, 2002, dan 2006. - Bernama

Sumber: Berita Minggu, Ahad, 28 Februari 2010
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-3-2010 12:54 PM | Show all posts

Afrika Selatan sambut 100 hari menjelang Piala Dunia


PELAJAR sekolah menggantikan pakaian rasmi persekolahan kepada jersi bola sepak di Durban semasa menyambut 100 hari menjelang Piala Dunia 2010, semalam.

DURBAN (Afrika Selatan): Pelajar sekolah menggantikan pakaian rasmi persekolahan kepada jersi bola sepak manakala kumpulan penari mewarnai pertunjukan di jalanan ketika Afrika Selatan menyambut 100 hari lagi menjelang kancah Piala Dunia 2010, semalam.

Pegawai tertinggi Persekutuan Bola Sepak Dunia (Fifa) termasuk presidennya, Sepp Blatter dan setiausaha agung, Jerome Valcke, turut bersama-sama dalam sambutan itu ketika sidang media di Durban - senario yang menjurus mengenai kesediaan Afrika Selatan selaku tuan rumah kejohanan yang bakal diadakan dari 11 Jun sehingga 11 Julai ini.

Perarakan itu berjalan di sekitar 10 stadium yang akan menjadi gelanggang pertandingan bertujuan mengkritik sekalipun ada kerja pembinaan yang sudah diselesaikan dan semua pembinaan masih berjalan mengikut perancangan.


Afrika Selatan menyediakan belanjawan 33 bilion rand (RM17.55 bilion) dalam persiapan menjadi hos Piala Dunia dengan semua pembinaan utama sudah siap di semua gelanggang, termasuk 'Soccer City', stadium yang mampu memuatkan 95,000 tempat duduk bagi upacara pembukaan dan final yang dijangka diserahkan dalam masa kurang sebulan.

Perubahan besar juga dilakukan ke atas lapangan terbang di Johannesburg, Cape Town dan Bloemfontein sudah disiapkan manakala lapangan terbang baru di Durban dijangka dan akan mula dibuka pada 1 Mei depan . - AFP

Sumber: Berita Harian, Rabu, 3 Mac 2010
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2010 06:33 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2010 10:29 AM | Show all posts
surat khbabar ade  page khas utk world cup
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-3-2010 11:03 PM | Show all posts
iklan world cup semakin bnyk di tv-tv...
zangetsu Post at 29-10-2009 01:20



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-3-2010 11:13 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-3-2010 02:58 PM | Show all posts

TM tabur RM10 juta meriahkan Piala Dunia

Oleh Syed Riduan Ahmad
smriduan@nstp.com.my
2010/03/17
HABUAN lumayan – RM10 juta menunggu peminat sukan bola sepak tempatan menerusi Karnival Wira Bola Sepak Dunia Telekom Malaysia (TM) 2010 yang memulakan jelajahnya ke seluruh negara bermula, semalam sehingga tamat kempen Piala Dunia, Julai nanti.

Karnival berkenaan diadakan sempena Piala Dunia di Afrika Selatan, Jun ini di mana TM, selaku pemegang lesen telekomunikasi rasmi England di Malaysia, turut menawarkan barangannya yang menampilkan lambang dan imej pemain negara itu.

Kerjasama antara TM dan Persatuan Bola Sepak (FA) England itu mendapat reaksi positif Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek, yang hadir pada majlis menandatangani perjanjian antara kedua-dua pihak di Menara TM, Kuala Lumpur semalam. “Ini antara langkah utama disarankan kerajaan menjana industri sukan negara,” kata Ahmad Shabery. “Kerjasama sektor swasta amat diperlukan untuk pembangunan sukan negara, dan mereka perlu bijak memilih untuk mendapat manfaat dari pelaburan dilakukan.”

Sementara itu, Pengerusi TM, Datuk Dr Halim Shafie berkata, perjanjian dengan FA England ini adalah inisiatif terbaru TM bagi membawa sukan bola sepak lebih dekat kepada pelanggan.

“TM tidak mahu ketinggalan dalam keghairahan Piala Dunia, dan kerjasama dengan FA England ini menyediakan peluang unik untuk kami mencipta satu kempen pemasaran unik bagi pelanggan dan peminat bola sepak di Malaysia,” kata Halim.

Ketua Pegawai Eksekutif TM, Datuk Zamzamzairani Mohd Isa mewakili TM untuk menandatangani perjanjian itu manakala FA England diwakili Pengurus Pembangunan Perniagaannya, Marcus Bennet. Turut hadir, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-4-2010 06:00 PM | Show all posts
bapa2 pun tak ingat adanya hari bapa sebab suma bapa2 sebok tgk game, sebuk tgk jadual game, sebuk bincang psl game, sumanya psl bola...
chikli Post at 16-11-2009 11:14


Inilah dia wallpaper jadual perlawanan Piala Dunia 2010 tanpa sticker.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:39 AM GMT+8 , Processed in 0.067547 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list