CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: hayrin86

Perkara2 tipikal sebelum Piala Dunia....?

[Copy link]
 Author| Post time 16-5-2010 04:53 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-5-2010 12:08 PM | Show all posts

Astro perkenal format HD sempena Piala Dunia

Oleh Rozdan Mazalan
rozdan@bharian.com.my
2010/05/17


ROHANA (tiga dari kanan) ketika gimik pelancaran Astro sebagai penyiar rasmi TV berbayar Piala Dunia.

BAHANG sukan paling popular, Piala Dunia FIFA 2010 kian terasa. Pastinya lebih 26 bilion penonton seluruh dunia tidak sabar menantikan saat itu. Tidak lupa juga peminat di negara ini yang begitu taksub untuk menyaksikan 64 perlawanan tahun ini.

Pastinya kepuasan itu lebih dirasai apabila tahun ini juga, stesen televisyen berbayar Astro turut menyediakan pakej sukan Astro yang akan menyiarkan kesemua perlawanan secara langsung dalam bentuk format berdefinisi tinggi (HD) di 12 salurannya.
Ketua Pegawai Eksekutif Astro, Datuk Rohana Rozhan berkata, selaku penyiar rasmi TV berbayar, pihaknya menyediakan pelbagai rancangan yang bakal mengatasi jangkaan dengan pengalaman berbeza tahun ini menerusi televisyen, internet dan telefon mudah alih.


“Berbekalkan komitmen untuk membawa kandungan sukan terbaik antarabangsa, kami menyediakan siaran terbaik untuk tiga juta isu rumah yang menjangkau 12 juta penonton.

“Sejak 1998 lagi, rakyat Malaysia sudah menyaksikan liputan menyeluruh Piala Dunia yang datang setiap empat tahun. Bagi Piala Dunia yang memasuki edisi ke-19 ini, kami memperkenalkan format HD yang bakal menyediakan pengalaman berbeza seolah penonton berada di dalam stadium sendiri ketika perlawanan berlangsung.

“Selain liputan radio serta TV di Astro, penonton juga dapat mengikuti perkembangan semasa Piala Dunia seperti maklumat terkini, keputusan dan statistik pasukan, live chat, maklumat pemain dan perlawanan secara langsung seperti Fantasy Football serta pelbagai program menarik dan interaktif,” katanya yang ditemui pada majlis pelancaran Astro sebagai penyiar rasmi tv berbayar Piala Dunia FIFA 2010.

Kandungan yang ditawarkan oleh pakej Astro bukan saja tertumpu di televisyen malah kini dilebarkan kepada perkhidmatan online dengan menawarkan ‘video streaming’ secara langsung bagi semua perlawanan menerusi www.astro.com.my/stadiumastro.
Menurut Rohana, Astro dengan kerjasama Maxis Berhad akan menyajikan kandungan Piala Dunia FIFA 2010 menerusi Astro B.Player untuk pelanggan Maxis.

“Astro B.Player adalah perkhidmatan inovatif terbaru ‘apps’ daripada Astro Beyond di mana pelanggan boleh menyaksikan siaran langsung kesemua perlawanan, muat turun nada dering, berita terkini dan video melalui telefon mudah alih di mana saja.

“Selain 10 saluran khas Piala Dunia, Astro turut memastikan perlawanan kali ini dapat disaksikan di saluran sukan tempatan 24 jam seperti di Astro Arena (801) dan Astro Wah Lai Toi (311) ulasan dalam bahasa Melayu dan Kantonis,” katanya.
Untuk melanggan pakej sukan Astro boleh menghubungi 1300 82 3838 atau layari www.astro.com.my.

Sumber: Berita Harian
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2010 03:30 PM | Show all posts

Rai bola dengan piza

2010/05/21




PIZA dan bola sepak nyata kombinasi yang memang menarik.
Menerusi tema Hantaran Piza Unggul untuk Kaki Bola, Domino’s Pizza (Domino’s) berhasrat menjalin ikatan dengan peminat bola sepak di Malaysia sempena ‘demam bola’ kali ini. “Bola sepak dan piza ternyata amat serasi dan kami mengukuhkan lagi komitmen dengan mengeratkan hubungan peminat bola sepak di seluruh negara,” kata Ketua Pegawai Operasi Domino’s Pizza Malaysia, Ba U Shan-Ting. Seiring dengan cogan kata Ultimate Pizza Delivery for Football Fans, Domino’s baru-baru ini melancarkan laman web mikro Football Carnival. Laman mikro khusus ini, www.dominosfootball.com.my dibuka mulai 17 Mei hingga 18 Julai 2010 yang menawarkan gerbang pesta bola yang serba lengkap kepada kaki bola. Salah satu ciri utama laman mikro ini ialah pelbagai permainan berkaitan bola sepak yang membolehkan peserta menjaringkan gol dan memenangi kupon dalam talian untuk merebut hadiah berupa piza dan sajian sampingan daripada Domino’s. Mata juga boleh dikumpulkan untuk memenangi hadiah mingguan dan hadiah utama berupa kunjungan ke Afrika Selatan untuk dua orang bernilai RM15,000.

Setiap minggu, dua peserta utama dengan mata terkumpul tertinggi akan memenangi Pesta Piza Sambil Menonton Di Rumah.

Bukan saja pemenang dan 19 rakannya dapat menyaksikan perlawanan bola sepak pilihan mereka, tetapi mereka dapat menikmati piza dan sajian sampingan Domino’s, skrin projektor 60 inci dan sistem bunyi, semuanya dalam keselesaan rumah sendiri. Pengunjung ke laman mikro ini akan dapat memuatkan gambar mereka menggunakan aplikasi “Fun”tasitic Faces (Wajah Gila-Gila) dan menukarkan wajah mereka menjadi peminat yang gila bola.

“Laman terbabit menyediakan landasan bagi peminat bola sepak serta penggemar piza untuk menikmati dan meraikan acara yang paling dinantikan dalam kalendar sukan global.

“Sempena ‘demam bola’ ini, kami juga menawarkan sajian piza menarik untuk menyuntik semangat kepada peminat bola sepak di seluruh negara,” kata Shan-Ting. Sepanjang kempen selama sembilan minggu ini, pelanggan boleh mengumpulkan gelas kecil yang diberikan percuma dengan setiap pembelian tawaran Play-Off Domino’s selagi stok masih ada. Tawaran ini membolehkan pelanggan menikmati dua piza biasa pada harga hanya RM33 atau dua piza besar pada harga hanya RM50.

“Setiap minggu gelas kecil ini akan dihiasi salah satu bendera daripada sembilan negara bola sepak paling popular di dunia. “Gelas kecil ini boleh dijadikan cenderahati menarik bagi peminat bola sepak tetapi jumlahnya terhad,” katanya.

Seiring dengan tema Hantaran Piza Unggul untuk Kaki Bola berkenaan, semua tawaran disediakan dengan jaminan penghantaran 30 minit Domino’s, jaminan perkhidmatan produk dan penghantaran percuma.

Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-5-2010 10:27 AM | Show all posts

Kumpulan gangster rekrut pelajar peras ugut rakan

Oleh Syuhada Choo Abdullah
choo@bharian.com.my
2010/05/28
Kutip duit untuk biayai pertaruhan Piala Dunia ketua mereka

KUALA LUMPUR: Seorang bekas Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran meminta pihak berkuasa mengawasi kegiatan kumpulan gangster yang memperalatkan pelajar untuk memeras ugut rakan sekolah bagi menampung kos pertaruhan ketua mereka dalam kejohanan Piala Dunia.

Datuk Abdul Raof Hussin, berkata berdasar pengalamannya, pelajar diarah mengutip minimum RM50 hingga RM100 untuk pertaruhan setiap perlawanan sepanjang tempoh kejohanan, sebagai syarat menjadi rekrut baru kumpulan gangster berkenaan.


Beliau mengaku pernah menangani sendiri kes peras ugut itu ketika bertugas sebagai pengetua di Sekolah Menengah Tinggi Klang pada Piala Dunia di Mexico 1986 dan yakin kegiatan itu masih berleluasa, terutama di sekolah dalam kawasan hitam menjelang Piala Dunia 2010, bulan depan.

Abdul Raof berkata, ketika itu, rakannya di sekolah lain pernah memaklumkan mereka juga menghadapi masalah yang sama.

“Kegiatan itu terbongkar apabila seorang mangsa yang diperas ugut memberanikan diri mengadu kepada saya. Saya dengan kerjasama beberapa guru dan pengawas sekolah bertindak memerangkap pelajar itu. Saya membuat salinan dua keping wang RM50 sebelum memberikannya kepada mangsa untuk diserahkan kepada pelajar itu. Dia kemudian ditahan selepas waktu persekolahan.

“Hasil soal siasat, dia mengaku diarahkan kumpulan berkenaan untuk memeras ugut pelajar lain di sekolah bagi menampung kos pertaruhan ketua mereka dalam kejohanan Piala Dunia jika mahu diambil sebagai rekrut baru kumpulan itu.

“Kejohanan tahun itu ada 52 perlawanan membabitkan 24 pasukan. Peras ugut itu menyebabkan pelajar takut ke sekolah sepanjang tempoh Piala Dunia dari 31 Mei hingga 29 Jun tahun itu,” katanya kepada Berita Harian semalam.

Abdul Raof bagaimanapun tidak membuat laporan polis kerana ia membabitkan gangster di luar sekolah, sebaliknya lebih kepada usaha mendidik serta memberi kesedaran melalui kaunseling untuk menyelamatkan pelajar terbabit dengan kerjasama ibu bapa.

Beliau mengambil keputusan membuat pendedahan kali ini kerana yakin masalah ini akan timbul semula khasnya menjelang kejohanan Piala Dunia yang bakal menjelang.

Sumber: Berita Harian
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-5-2010 10:40 AM | Show all posts

Kaki judi pinjam along dijangka meningkat

2010/05/28
KUALA LUMPUR: Jumlah kaki judi yang akan berhutang dengan along dijangka meningkat sehingga 50 peratus sepanjang musim Piala Dunia 2010 bulan depan berikutan ceti haram itu dikatakan mempermudahkan syarat pinjaman untuk tujuan pertaruhan.

Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Michael Chong, berkata sasaran itu berpandukan statistik tahun 2008 ketika Kejohanan Piala Euro di Perancis yang mana 630 orang yang berhutang dengan along membuat aduan di pejabatnya kerana gagal membayar balik pinjaman.

Katanya, pihaknya menjangka orang ramai terutama kaki judi akan membuat pinjaman daripada ceti haram itu minimum RM100,000 dalam usaha mengaut keuntungan semaksimum mungkin daripada 64 perlawanan sepanjang kejohanan berlangsung.

Katanya, orang ramai membuat pinjaman daripada along kerana saluran itu sangat mudah dan cepat, bagaimanapun peminjam tidak diterangkan secara terperinci kadar faedah daripada jumlah pembayaran balik pinjaman yang dibuat kerana kebiasaannya ia akan meningkat dua kali ganda berbanding pada hari biasa.

“Pemohon mudah terpengaruh kerana mereka sangat teruja untuk bertaruh selain terdesak menjadi kaya dalam tempoh singkat tanpa memikirkan kesannya.

“Kebanyakan mangsa yang mengadu ke pejabat MCA memberitahu mereka tidak sedar bunga dikenakan sangat tinggi. Sekiranya lewat sehari, bagi pinjaman sebanyak RM1,000 bunganya mencecah RM400 berbanding hari biasa,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Michael berkata, sepanjang tahun ini orang ramai yang membuat pinjaman dengan along dan gagal membayarnya balik secara purata 30 kes sebulan dan dijangka meningkat dua kali ganda, apabila kejohanan Piala Dunia yang memasuki edisi ke-19 itu bermula 11 Jun ini.

“Saya menyeru orang ramai supaya berfikir banyak kali sebelum membuat pinjaman dengan along kerana golongan ini akan melakukan apa saja termasuk mencederakan sehingga membawa maut dalam usaha mendapatkan kembali wang mereka.


Sumber: Berita Harian
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-5-2010 11:00 AM | Show all posts

Piala Dunia di 94 Restoran McD

Oleh Hasnira Hassan
niera@nstp.com.my
2010/05/28
TUJUH tarikan ditawarkan penyedia makanan segera, McDonald bagi meraikan Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan kali ini, termasuk menyiarkan perlawanan langsung di 94 restoran terpilih di seluruh negara.

Sebagai penaja dan restoran rasmi kejohanan bola sepak berprestij itu buat kali kelima, siaran langsung dalam format Definisi Tinggi (HD) dengan kerjasama Astro diadakan buat pertama kali.

“Setiap pelanggan yang menyaksikan Piala Dunia di restoran McDonald menerima kupon ‘Sausage McMuffin dengan telur’ untuk gol pertama dijaringkan dalam setiap perlawanan,” kata Pengarah Urusan McDonald Malaysia, Sarah Casanova pada pelancaran kempen di Kota Damansara, semalam.

“Semasa rehat separuh masa perlawanan pula, kentang goreng akan dijual pada separuh harga selama setengah jam dan pelanggan pula diberikan ‘belon sorak’. Untuk menceriakan suasana restoran dihiasi bendera dan sepanduk selain kakitangan menggayakan aksesori sukan dan lukisan muka.”

Sementara itu, jalinan kerjasama dengan Coca-Cola Far East Limited (Coca-Cola) akan membolehkan pelanggan mengumpul Gelas Kontur Coca-Cola bertema Piala Dunia yang diberi percuma dengan pembelian sajian Gelas Kontur Coke (dengan mana-mana McValue dan Sundae McDonald’s) bermula 27 Mei hingga 14 Julai ini.

Manakala, khidmat penghantaran 24 jam kepada pelanggan membolehkan peminat Piala Dunia menikmati keseronokan `beraksi di tempat sendiri’ dengan hanya menelefon talian McDelivery 1300-13-1300.

Sumber: Berita Harian
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 31-5-2010 08:39 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2010 02:48 AM | Show all posts
sume laa pakat nk wat special edition world cup dari berus gigi sampai laa komputer..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-6-2010 08:43 AM | Show all posts
sume laa pakat nk wat special edition world cup dari berus gigi sampai laa komputer..
plasterhati Post at 10-6-2010 02:48

Siang semalam haku dah kasi bersih komputer dan meja komputer untuk menyambut kedatangan Piala Dunia esok hari. Macam Hari Raya pula.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-6-2010 08:46 AM | Show all posts


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-6-2010 10:47 AM | Show all posts

Wang judi RM1 bilion

Oleh Shanty Nur Shaffizan Shafee

2010/06/10




KUALA LUMPUR: Polis mengenal pasti empat sindiket perjudian Internet bola sepak tanpa lesen didalangi individu bergelar ‘Datuk’ membabitkan wang pertaruhan lebih RM1 bilion bagi perlawanan Piala Dunia yang berlangsung esok.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata, pihaknya kini menubuhkan satu pasukan khas dalam operasi dikenali ‘Ops Sogar’ bagi menggempur sindiket terbabit yang turut didalangi beberapa pakar teknologi maklumat (IT).

“Kami percaya sindiket ini beroperasi di seluruh negara membabitkan wang pertaruhan mencecah RM1 bilion dan bergiat di kalangan orang tempatan. Namun kami sedang menyiasat sama ada mereka mempunyai kaitan dengan sindiket antarabangsa atau tidak.

“Bagi menjaga kepentingan awam, kami mengarahkan semua pegawai di semua kontinjen menggempur mana-mana sindiket yang menganjurkan pertaruhan.

“Buat masa ini kami sudah mengesan empat sindiket terbesar yang turut didalangi mereka bergelar Datuk,“ katanya pada sidang media di Bukit Aman, semalam.

Mohd Bakri berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan sindiket berkenaan turut didalangi ‘along’ yang menawarkan pinjaman haram sepanjang pertaruhan itu dilakukan.

“Kami percaya, selain melakukan pertaruhan di kafe perjudian siber, mereka turut mempunyai lokasi tertentu sebagai markas operasi dan unit pemantauan kami akan bekerjasama dengan Interpol bagi mengesan kegiatan itu di peringkat antarabangsa.

“Saya memberi amaran kepada sindiket ini, polis akan terus mengesan kegiatan haram mereka habis-habisan. Selain mengambil tindakan di bawah undang-undang pencegahan, tindakan mengikut Akta Penggubahan Wang Haram juga turut dikenakan bagi menyita semua harta mereka jika sabit kesalahan,” katanya.
Sementara itu, di lobi Parlimen, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Lee Chee Leong, berkata kementerian tidak teragak-agak mengambil tindakan serius terhadap sindiket perjudian dan orang perseorangan yang didapati bersalah mengikut Akta Rumah Judi Terbuka 1953 (Akta 289), Akta Pertaruhan 1953, Akta Jenayah Komputer 1977 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Hukuman yang boleh diambil mengikut akta yang dinyatakan termasuk hukuman maksimum lima tahun dan denda maksimum RM200,000 terhadap penjudi dan penganjur mesin perjudian,” katanya.

Lee berkata, terdapat dua bentuk perjudian menerusi talian iaitu ‘online casino’ dan ‘online sports betting’ yang berpusat di luar negara tetapi mempunyai ejen dalam negara yang beroperasi tanpa lesen.

Selain tindakan berkenaan, pihak yang ditangkap atas kesalahan sama boleh dikenakan tindakan sekatan atau tahanan mengikut undang-undang pencegahan iaitu Akta Kediaman Terhad 1933, Ordinan Darurat 1959 dan Akta Pengubah Wang Haram (pembiayaan keganasan) 2007.

Lee berkata, bagi pencegahan di peringkat antarabangsa, PDRM turut menjalinkan kerjasama dengan Interpol dalam membanteras aktiviti itu yang membabitkan negara Asean.

“Kementerian berusaha memelihara hak asasi masyarakat dan pada masa sama membantu mengekalkan keselamatan dalam negeri dan ketenteraman awam. Orang awam juga dialu-alukan untuk memberi maklumat sindiket perjudian dengan menghubungi Rakan Cop di talian 03-21159999 dan Bilik Kawalan MCC Bukit Aman di talian 03-22663333/3444,” katanya.

Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2010 11:01 AM | Show all posts
ramai laa bookie br wujud word cup 2010 ni..
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2010 10:42 PM | Show all posts
Naik la paras gula sbb melepak kat mapley lyn big skrin
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2010 11:41 AM | Show all posts
perkara2 tipikal SEMASA piala dunia ialah spt banyak MC diterima pihak majikan lebih2 lagi perlawanan 2 pagi punya....
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2010 08:24 PM | Show all posts
Reply 91# hayrin86



yang halal kan ada...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2010 09:01 AM | Show all posts
aku rasa yg ni pun akan ubah siaran gak nnti. kan b4 game ada ckp2bola, yg tu je mungkin 30minit gak. so start pukul 7. so mungkintergugat gak kan.
chikli Post at 18-11-2009 13:56

Itu semua bergantung pada hak siaran Piala Dunia. Jika TV3 dan tiga saluran MPB lain tak dapat hak siaran Piala Dunia tiada masalah lepas tgk drama menerusi slot Akasia TV3 jam 6.30 petang Isnin hingga Khamis pastu boleh tgk bola macam tempoh hari antara 12 Jun hingga 21 Jun lepas.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-7-2010 09:02 AM | Show all posts
Piala Dunia 2010 kali ini hanya Petronas Saluran 1 dan 2 RTM saja yang siar Piala Dunia.
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2010 04:47 PM | Show all posts
lee chong wei menang terbuka indonesia pun tak tahu....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-11-2010 09:19 AM | Show all posts
aku rasa yg ni pun akan ubah siaran gak nnti. kan b4 game ada ckp2 bola, yg tu je mungkin 30minit gak. so start pukul 7. so mungkin tergugat gak kan.
chikli Post at 18-11-2009 13:56

Itu semua bergantung pada hak siaran. Tapi, apa boleh buat, TV3 tak dapat hak siaran WC2010. Ngam la tu, lepas slot Akasia TV3 terus tgk bola jam 7.30 malam, pusingan pertama saja.

Piala Dunia 2014 akan datang kalau ikut waktu Malaysia sampai pagi dia berlangsung sebab di benua Amerika, di Brazil.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-3-2011 10:33 AM | Show all posts

Blatter gesa Brazil segerakan persiapan Piala Dunia 2014

2011/03/29

GENEVA: Presiden FIFA, Sepp Blatter semalam menggesa Brazil supaya menyegerakan persiapan Piala Dunia 2014 sambil memberi amaran bahawa Rio dan Sao Paulo mungkin tidak bersedia untuk menjadi tuan rumah Piala Konfederasi setahun sebelum ini.

"Jika anda buat perbandingan di antara tahap permainan di Afrika Selatan dan Brazil tiga tahun sebelum Piala Dunia, Brazil kini di belakang Afrika. Ia tidak sepatutnya diperkatakan tapi ia adalah fakta," katanya kepada media.

"Jika mereka terus bekerja begini apabila kita menganjurkan Piala Konfederasi... sebagai latihan sebelum Piala Dunia, tiada perlawanan akan diadakan di Rio dan Sao Paulo," katanya. - AFP


P/S: Dah lama WC tak diadakan di benua Amerika (Americas).
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 06:04 PM GMT+8 , Processed in 0.124811 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list