CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mohdmus

(MERGED) PASUKAN SIMPANAN ATM (AW/PSSTLDM/PSSTUDM)

[Copy link]
Post time 18-2-2009 07:00 PM | Show all posts
Askar Wataniah benteng pertahanan kedua

Sumbangan Markas Tentera Darat ATM


PENYERTAAN dua detasmen wanita dalam perbarisan AW tahun lalu membuktikan kaum hawa turut mempunyai peranan besar dalam mempertahankan keselamatan dan kedaulatan tanah air.

Jika ditanya mengenai Askar Wataniah (AW), ramai daripada kita yang melihatnya daripada perspektif yang berbeza.

Ada yang benar-benar mengenali AW, ada yang hanya sekadar tahu dan tidak kurang juga ada yang memberikan tanggapan negatif.

Pada 1 Jun 2008, genaplah 50 tahun AW diwujudkan di negara kita. Segala persepsi masyarakat terhadap pasukan ini hendaklah diperbetulkan.

Penyertaan rakyat dalam Angkatan Sukarela di Semenanjung Malaysia bermula semenjak 1902 lagi apabila Kerajaan Inggeris menubuhkan Pasukan Sukarela di Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang dipanggil Federated Malay States Volunteer Force (FMSVF).

Pasukan Sukarela di Negeri Melayu Tidak Bersekutu pula dipanggil Unfederated Malay States Volunteer Force (UNFMSVF) dan di Negeri-negeri Selat pula ialah The Straits Settlement Volunteer Force (SSVF).

Askar Wataniah Malaysia adalah angkatan sukarela yang berlainan daripada badan-badan sukarela lain.

Ia merupakan Angkatan Simpanan Tentera Darat Malaysia dan bersama-sama dengannya dalam mempertahankan negara kita yang tercinta.

Penyertaan rakyat dalam AW merupakan satu sumbangan murni bagi menyahut seruan pertiwi sesuai dengan konsep Hanruh (Pertahanan Menyeluruh) yang ditetapkan dalam Dasar Pertahanan Negara.

Sebagai sebuah negara yang pesat membangun dan berwawasan, penglibatan rakyat dan semua pihak adalah amat perlu bagi memainkan peranan dalam pembangunan serta pertahanan negara.

Hanruh antara lain menetapkan bantuan nasional termasuk penggemblengan semua sumber negara di samping penglibatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Pasukan ini mencatat sejarah baru dalam perkembangan ATM apabila cadangan untuk menukarkan status Siri 300 AW kepada Angkatan Tetap dipersetujui oleh Jawatankuasa Pembangunan Tentera Darat (JKPTD) pada 25 November 2007.

Justeru, pada tanggal 12 Januari 2008, tertubuhlah rejimen yang ke-17 dalam perkhidmatan Tentera Darat di negara ini iaitu Rejimen Sempadan (RS).

Penubuhan Rejimen Sempadan ini dilancarkan pada 9 Februari 2008 oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Najib Tun Razak di Kem Tanah Merah, Kelantan.

Perbarisan Jubli Emas Askar Wataniah yang diadakan di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda), Port Dickson Jun lalu berlangsung dengan suasana penuh meriah.

Perbarisan pada tanggal 1 Jun tersebut menandakan AW genap berusia 50 tahun.

Perbarisan yang disertai 793 anggota itu dipecahkan kepada lima detasmen lelaki dan dua detasmen Wanita.

Ia melibatkan pegawai dan anggota sukarela Askar Wataniah dengan perbarisan diketuai Leftenan Kolonel Fadzilah Omar Baki, manakala Sarjan Mejar Rejimen Perbarisan ialah Pegawai Waran 1 Azhar Sulaiman.

Perasaan bangga terpancar di wajah para peserta perbarisan apabila mereka dipertanggungjawabkan menjayakan perbarisan Jubli Emas itu.

Dengan komitmen, semangat serta disiplin yang tinggi pada diri masing-masing, para peserta berjaya mempamerkan persembahan kawad yang penuh bertenaga setanding dengan anggota tetap.

Timbalan Panglima Tentera Darat, Datuk Zulkefli Md. Zin yang hadir menyempurnakan perbarisan itu berkata, penubuhan dan pembabitan AW dalam menentang pemberontakan komunis pada era darurat amat signifikan.

憫Sekira atau apabila terjejasnya benteng Tentera Darat, Askar Wataniah akan berperanan membantu melalui sistem membantu-ganti dan bersedia diaturgerakkan bila diperlukan.

憫Keperluan ini selari dengan Pelan Pembangunan Strategik Tentera Darat,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2009 02:26 PM | Show all posts
berminat.... taleh daftar online jeke
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2009 06:33 PM | Show all posts
Originally posted by <i>emiliahani</i> at 15-4-2009 14:26 <a href="http://mforum4.cari.com.my/redirect.php?goto=findpost&pid=30559730&ptid=74822" target="_blank"><img src="http://mforum4.cari.com.my/images/common/back.gif" border="0" onload="if(this.width>screen.width*0.7) {this.resized=true; this.width=screen.width*0.7; this.alt='Click here to open new window\nCTRL+Mouse wheel to zoom in/out';}" onmouseover="if(this.width>screen.width*0.7) {this.resized=true; this.width=screen.width*0.7; this.style.cursor='hand'; this.alt='Click here to open new window\nCTRL+Mouse wheel to zoom in/out';}" onclick="if(!this.resized) {return true;} else {window.open(this.src);}" onmousewheel="return imgzoom(this);" alt="" /></a><br />
berminat....<img src="images/smilies/shy.gif" smilieid="30" border="0" alt="" /> <img src="images/smilies/shy.gif" smilieid="30" border="0" alt="" /> <img src="images/smilies/shy.gif" smilieid="30" border="0" alt="" /> taleh daftar online jeke
<br />

alahai..ko daftar online wat pe..??
ko kne g latihan gak kt kem..so bek ko g kem je dlu daftar..ley knal jalan..keh2
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2009 02:04 PM | Show all posts

Tulis panjang2, sayang kalau tak post pulak kat rumah asal di sini....



Cadangan dan rancangan Datuk Seri Zahid Hamidi untuk memperbesarkan AW dengan menwujudkan 1 batalion setiap kawasan parlmen; kalau dia tak silap cakap atau media tak silap lapor, memang akan sangat bermanfaat kepada ramai "individu" kalaulah dapat dilaksanakan.

Cuba bayangkan; setiap parlimen tu ada 1 kem dan 1 batalion, kita akan ada 222 kem tentera, maka dengan serta merta berapa banyak jawatan yang akan dapat diwujudkan. Maksudnya dengan semula jadi akan ada kekosongan jawatan untuk anggota dan pegawai dari kedua-dua pasukan sukarela dan tetap. Jawatan yang lebih banyak untuk sukarela seperti CO, OC akan membolehkan lebih ramai yang layak terutama orang politik, koporat, masyarakat dan sektor awam untuk berkecimpung dalam AW dan memimpin dan "menyumbang" dari segi wang dan kemudahan terutamanya. Tetapi yang paling penting implikasinya ialah jawatan yang lebih banyak untuk anggota dan pegawai tetap seperti 2IC, OO, Adjutan dan lain-lain jawatan yang akan diisi anggota dan pegawai tetap. Maka lebih ramai lagi pegawai yang akan dapat dinaikkan pangkat dengan lebih cepat untuk mengisi kekosongan tersebut. Lagipun selama ini ramai pegawai tentera yang merungut dan mengadu peluang kenaikan pangkat untuk pegawai dalam tentera amatlah terhad terutama semakin tinggi jawatan yang dipegang mereka. Berbanding dengan pasukan polis yang berjaya telah menwujudkan banyak kekosongan jawatan untuk kenaikan pangkat dengan menwujudkan banyak pejabat dan balai polis mengikut geografi kawasan seperti peringkat negeri, daerah, mukim/pekan/kampung tanpa bergantung sangat sepenuhnya kepada kekuatan anggota polis; tetapi TDM gagal dan tidak mampu mengikuti langkah dan tindakan PDRM kerana jawatan dalam unit pasukan tentera adalah berdasarkan formasi-formasi dan ketumbukan kekuatan angkatan tentera darat berturut-turut seperti army, divisyen, briged, batalion, kompeni, platun dan seksyen. Maka seperti polis dapat menwujudkan jawatan ketua polis negeri, OCPD dan malahan OCS dan lain-lain untuk setiap balai, dengan menggunakan AW sebagai batu loncatan, Tentera Darat akan dapat menwujud berapa banyak kem diikuti jawatan-jawatan yang akan diperlukan untuk setiap batalion AW di setiap kem di kesemua 222 kawasan parlimen yang ada bagi setiap kem kawasan parlimen. Bagi kebimbangan kita tentang kekuatan anggota yang diperlukan, nak tak nak kita cuba abaikan dulu kemampuan untuk merikrut seramai 600 000 anggota untuk setiap 222 kawasan parlimen, lagipun kekuatan anggota AW adalah sukarela dan sekarang pun ramai yang atas nama jer tapi tidak aktif sepenuhnya. Dan untuk menyelesaikan jumlah anggota, mungkin kerahan tenaga paksa atau wajib untuk khidmat negara boleh dipertimbangkan dengan menwujudkan akta baru untuk meningkatkan program PLKN sedia ada; dengan mengikuti corak khidmat negara atau national service tentera banyak negara lain di dunia. Masa itu jangan kata 600 000, 5 juta darpada 27 juta rakyat malaysia yang sihat dan layak berkhidmat terutama yang lelaki dan muda akan tidak menjadi masalah untuk siap sedia dikerah sepanjang masa. Bukan sahaja kita dapat menwujudkan kekosongan jawatan untuk diisi oleh pegawai-pegawai tentera yang akan juga menaikkan gred jawatan mereka serta gaji bulanan mereka. Bagi kekosongan jawatan pasukan sukarela, tentera tetap apabila berhenti dari perkhidmatan masih diletakan di bawah simpanan angkatan tetap selama 5 tahun dan boleh dikerah bila-bila masa ini. Maka golongan ini yang berpengalaman dan berpengetahuan mungkin juga boleh dikerah berkhidmat di bawah AW bagi mengisi kekosongan yang banyak sekira rancangan 1 batalion setiap parlimen dilaksanakan.

Juga boleh terbayang Jakpaw lepas pembesaran AW nanti, masa tu 1 negeri 1 briged, 1 parlimen 1 batalion, 1 DUN 1 kompeni, 1 mukim/pekan/kampung/jabatan/cawangan Umno 1 platun dan seterusnya. Semua Menteri Besar/Ketua Menteri setiap negeri jadi Brigadier Jeneral kehormat bagi setiap briged AW di setiap negeri, ahli parlimen semua jadi Kol/Lt Kol Kehormat bagi setiap parlimen dan setiap Adun menjadi Mejar Kehormat bagi setiap kawasan dewan undangan negeri/DUN dan seterusnya Pegawai Daerah/Ketua Jabatan/Penghulu/Ketua Kampung(dan mungkin semua Ketua Cawangan Umno... ) semua jadi pegawai ada pangkat tentera kehormat dalam AW.... perggghhhh.... pasti meriah nanti mereka ini berbondong-bondong pakai celoreng nak pergi perang...

Serta bayangkanlah berapa banyak kem-kem yang perlu dibina yang akan menwujudkan berapa banyak kontrak serta peluang pekerjaan untuk merangsangkan ekonomi negara kita. Begitu juga logistik, unifom, senjata dan lain-lain. Bayangkanlah berapa banyak wang peruntukan dan bilion ringgit yang akan diperlukan.

Dan jangan terkejut dan hairan kita kalau langkah-langkah ini diambil kelak, kerana sekiranya kita dapat memerhati dan menilai cara-cara tindakan dan pemikiran PM kita yang baru Datuk Seri Najib Tun Razak selama ini untuk melakar sejarah negara kita. Sesungguhnya ramai yang melihat PLKN sedia ada sekarang yang dimulakan semasa Najib menjadi Menteri Pertahanan sememangnya nampak menjurus ke arah kerahan tenaga wajib. Bila Najib mengambil-alih tampuk kerajaan, agak nyata beliau bercita-cita tinggi untuk membuat perubahan drastik untuk memastikan kerajaan sekarang terus berkuasa. Malahan dalam ucapannya terutama dalam Perhimpunan Agung UMNO dan masa sebagai PM baru, beliau dengan nyata mahu melakukan transformasi politik dan sosial serta dasar baru seperti 1Malaysia, maka langkah penting yang paling berkesan adalah dengan mengubah atau brain wash pemikiran rakyat yang muda lagi, yang kini lebih cenderung menyokong parti pembangkang. Ianya hanya mampu dilakukan dengan program brain child Najib seperti program kursus kurikulum kader, latihan dan bimbingan bercorak Felda serta BTN serta malahan PLKN serta AW termasuk melalui khidmat negara kerahan wajib. Dan sesungguhnya pemilihan Datuk Seri Zahid Hamidi menggantikan tempatnya sebagai menteri pertahanan menampakkan rancangannya untuk memastikannya diteruskan dan dijayakan.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2009 09:19 AM | Show all posts
Lu kalau takleh nak include politik takleh ke? Cukup2 le kat CI tu.....
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2009 09:20 AM | Show all posts
alang2 dah bincang fasal RAW Pakar kat thread keretapi, moh tengok RAW Pakar yang lain pulak. Kita mula dengan Pakar Semboyan.

POLIS & TENTERA

ARKIB : 02/08/2006

Simulasi kecemasan RSD Pakar Telekom diujiOleh NURUL ANUAR KARI


SEBAHAGIAN pegawai tekun menjalani latihan.


SISTEM komunikasi adalah sangat penting bagi ekonomi, sosial dan keselamatan sesebuah negara. Di Malaysia, pembekal kemudahan telekomunikasi utama negara adalah Telekom Malaysia (TM) yang menyediakan kemudahan talian telefon dan Internet.
Di dalam organisasi TM juga terdapat sekumpulan sukarelawan tentera yang dikenali sebagai Rejimen Semboyan Diraja (RSD) Pakar Telekom (Askar Wataniah).
Baru-baru ini, rejimen tersebut mengadakan sesi latihan simulasi kecemasan di seluruh Semenanjung Malaysia selama seminggu untuk menguji kemampuan ahli rejimen bertindak balas terhadap situasi kecemasan.
Penilaian terhadap kemampuan, halangan dan kecekapan tindak balas dalam latihan ini akan membantu perancangan rejimen untuk menghadapi situasi sebenar kelak.
RSD Pakar Telekom akan mengambil-alih penyelengaraan sistem komunikasi daripada kakitangan awam TM ketika berlakunya darurat atau bencana alam, demi menjaga keselamatan negara.
Struktur pemerintahan rejimen adalah di antara Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya; Kementerian Pertahanan (Mindef), Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur dan Pusat Operasi Telekom Nasional (TNOC), Cyberjaya.
Seterusnya arahan akan dikeluarkan kepada skuadron mengikut Pusat Operasi Telekom Wilayah (TROC), Pusat Operasi Telekom Negeri (TSOC) dan Pusat Operasi Telekom Daerah (TDOC).
Antara peralatan yang disenggara RSD Pakar Telekom termasuk semua ibu sawat telefon, perkhidmatan telefon pelanggan kategori 1, pemasangan perkhidmatan perlu yang diarahkan Bahagian Keselamatan Negara (BKN), perkhidmatan selular dan teleks terpilih.
Khidmat ini akan ditumpukan pada Pejabat Perdana Menteri, Kementerian Pertahanan, hospital, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pegawai-pegawai daerah.
Simulasi seminggu ini diawasi selama 24 jam oleh 28 pegawai rejimen di TNOC secara bergilir.
Pegawai Memerintah RSD Pakar Telekom, Leftenan Kolonel Datuk Hamzah Yacob menyatakan, satu sesi latihan ketenteraan turut dijalan di Pulau Pinang dari 15 hingga 24 Julai lalu.
RSD Pakar Telekom ditubuhkan pada 1 April 1977 dengan tujuan utama untuk penyenggaraan sistem komunikasi utama (kategori 1) ketika berlakunya darurat atau bencana alam.
Bermula dengan 10 pegawai dan 100 anggota lain-lain pangkat (LLP), RSD Pakar Telekom kini dianggotai 29 pegawai dan 614 LLP.
Sukarelawan rejimen ini menyerupai sukarelawan pakar dari bidang elektrikal (Tenaga Nasional Berhad), Jurutera (Jabatan Kerja Raya), keretapi dan pelabuhan yang berbeza dengan sukarelawan awam lain dari segi pengkhususan kepakaran.
Cadangan pembentukan rejimen juga telah dikemukakan untuk bidang multimedia, pos dan Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Keahlian RSD Pakar Telekom terbuka kepada kakitangan TM yang berusia 45 tahun ke bawah, terutamanya yang memiliki kepakaran tertentu.
Anggota sukarelawan akan menjalani latihan setahun sekali, selama 18 hari melibatkan ketahanan ketenteraan, kawat, menembak menggunakan senapang M16 dan penggunaan bom tangan.
Gaji dan elaun untuk anggota sukarelawan semasa latihan juga akan dibayar oleh kerajaan dengan jaminan lindungan daripada sebarang tindakan majikan berikutan penyertaan secara sukarela.
Bermula tahun lalu, RSD Pakar Telekom telah mendapat penyertaan lapan sukarelawan wanita (Pranita).
Keanggotaan rejimen juga akan dipertingkatkan kepada 8,000 orang menjelang tahun 2020 untuk memenuhi sasaran nisbah lima anggota wataniah kepada satu anggota tentera tetap.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0802&pub=utusan_malaysia&sec=Polis_%26_Tentera&pg=te_01.htm&arc=hive

[ Last edited by  mmc at 1-5-2009 09:21 ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-5-2009 09:22 AM | Show all posts
ini pulak pakar air

POLIS & TENTERA

ARKIB : 30/08/2006
Pakar pengendali air salur bekalan semasa krisis

Oleh ZABRY MOHAMAD MADZLAN

Selain menjadi sumber kepada keperluan manusia, air juga merupakan sasaran musuh untuk tujuan sabotaj ketika berlaku peperangan. Sekiranya bekalan air bersih dapat dimusnahkan musuh, ia mampu mengkucar-kacirkan sistem pentadbiran negara.

Justeru, tidak hairan jika loji-loji air menjadi salah satu aset strategik yang perlu dipertahankan pasukan keselamatan ketika berlaku sesuatu krisis.

Menyedari hakikat ini, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak terkecuali dalam menyediakan pasukan sukarelawan terdiri daripada pakar-pakar untuk menyelaras bekalan air dan mengambil alih tugas anggota tetap ketika berlaku darurat.

Dikenali sebagai 60 Rejimen Pakar Pengendalian Air Askar Wataniah (AW), peranan serta tugas utama pasukan ini yang ditubuhkan pada tahun 1964 adalah mempraktikkan tindakan memulih, mengendali dan menyelenggara bekalan air semasa kecemasan.

Baru-baru ini, seramai 86 orang pegawai dan anggota lain-lain pangkat menyertai latihan kem tahunan siri 5/2006 Zon Tengah di beberapa kawasan di Selangor dan Negeri Sembilan.

Para peserta terdiri daripada kakitangan daripada beberapa syarikat pengendali air termasuk Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) dan Jabatan Kerja Raya (JKR).

Latihan tahunan selama dua minggu itu melibatkan dua peringkat iaitu rejimental dan teknikal.

Peringkat rejimental merupakan aktiviti-aktiviti ketenteraan membabitkan kawat, menembak, sukan, ceramah dan latihan medan.

Peringkat teknikal merangkumi latihan memulih dan mengendali bekalan air berdasarkan senario peperangan sebenar.

Dalam senario latihan itu, pihak musuh telah memusnahkan saluran utama air di antara dua kawasan penting.

Kemusnahan berkenaan menyebabkan bekalan air kepada pengguna kritikal seperti hospital dan balai polis tidak dapat dilakukan.

Misi pasukan tersebut adalah membaik pulih dan menyalurkan semula bekalan air dalam masa seminggu.

Tugasan-tugasan yang diberikan bagi peringkat teknikal adalah memasang paip retikulasi HDPE 3 inci diameter di Desa Mahkota, Kajang sepanjang 700 meter dan memasang 27 sambungan ke meter kediaman; penyenggaraan jalan masuk dan longkang di lima buah kolam takungan air di Bangi Lama, Kajang; dan memasang paip UPVC 6 inci diameter di Kampung Pening, Rantau, Negeri Sembilan sepanjang 500 meter.

Batu tanda

Selain itu, mereka juga dikehendaki memasang paip UPVC 6 inci diameter di Kampung Baru Si Rusa, Port Dickson, Negeri Sembilan sepanjang 600 meter; dan memasang batu tanda untuk injap udara dari Kolam Air Bukit Tunggal ke Kolam Air Rasah Jaya, Seremban, Negeri Sembilan sejauh 8 kilometer.

Majlis pembukaan latihan itu disempurnakan Pegawai Pemerintah Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) Senggara Perhubungan, Leftenan Kolonel Andenan Abd. Rahman di Kem 21 Skuadron RAJD (AW), Kajang, Selangor.

Turut hadir ialah Pengarah Eksekutif Komunikasi Korporat dan Perkhidmatan Pelanggan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), Naemuddin Abdullah.

Menurut Andenan, ketika darurat, perintah berkurung akan dikenakan pada tempoh-tempoh tertentu.

Jelasnya, semua orang awam tidak dibenarkan bergerak bebas dalam tempoh berkenaan dan pada masa itulah 60 Rejimen Pakar Pengendalian Air memainkan peranannya.

揝emasa pelaksanaan perintah berkurung hanya anggota pasukan keselamatan beruniform bebas bergerak.

揇i sinilah pasukan ini akan melaksanakan tugas mengikut prosedur ketenteraan tidak kira siang atau malam, 24 jam,拻 katanya kepada pemberita selepas majlis berkenaan.

Beliau menambah, walaupun bertugas semasa darurat, kualiti air yang dibekalkan tetap sama seperti hari-hari biasa.

Andenan memberitahu, semua anggota 60 Rejimen Pakar Pengendalian Air diperuntukkan selama 30 hari setahun untuk mengikuti latihan.

Bagaimanapun, katanya, latihan tahunan biasanya berlangsung selama dua minggu.

Namun, bagi anggota-anggota baru, mereka dikehendaki menjalani latihan asas ketenteraan terlebih dahulu selama 15 hari di Kem Taming Sari, Taiping, Perak.

Selain itu, semua anggota layak menerima elaun daripada RM520 dan elaun-elaun lain.

Pada tahun ini seramai 974 anggota 60 Rejimen Pakar Pengendalian Air berjaya menamatkan latihan tahunan di seluruh negara.

http://www.utusan.com.my/utusan/ ... =te_02.htm&arc=hive

ARKIB : 20/07/2005
Rejimen 60 AW - Pakar pengendali airOleh SAIFUL HAIZAN HASAM


AIR, elektrik, pelabuhan dan lapangan terbang merupakan sumber dan harta negara yang amat kritikal bagi memastikan pentadbiran serta kehidupan rakyat tidak terjejas sewaktu darurat atau peperangan.
Menyedari kepentingan itu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) membentuk pasukan pakar Askar Wataniah (AW) yang terdiri daripada kakitangan syarikat-syarikat pembekal perkhidmatan utama dalam sektor itu.
Justeru wujudlah Rejimen Ke-60 Pakar Pengendali Air, Rejimen Ke-40 Pakar Pengendali Pelabuhan, Rejimen Ke-50 Pakar Pengendali Keretapi dan Rejimen Ke 70 Pakar Pengendali Elektrik yang dinaungi oleh Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD).
Bagi memastikan kesiapsiagaan anggota berada pada tahap yang tinggi, siri latihan teknikal dan rejimental telah di atur secara berkala oleh oleh RAJD.
Baru-baru ini, satu latihan selama 14 hari tajaan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) yang melibatkan Rejimen Ke-60 Pakar Pengendali Air dari Selangor dan Negeri Sembilan telah diadakan di Dusun Tua, Hulu Langat.
Ia melibatkan 60 anggota daripada beberapa organisasi yang terlibat dalam industri air seperti Syabas, Puncak Niaga (M) Sdn. Bhd. (Puncak Niaga) dan Jabatan Bekalan Air Negeri Sembilan (JBANS) dan Jabatan Kerja Raya (JKR).
Latihan

Menurut Pegawai Pemerintah RAJD (Senggara Perhubungan), Leftenan Kolonel Khairuddin Mohd. Ali, sepanjang tempoh latihan, anggota akan menjalani latihan pengurusan air, kawat, membaca peta dan kompas serta menembak.
Menyentuh mengenai latihan teknikal pemasangan paip PVC, beliau memberitahu ia dilakukan tanpa mengguna jentera yang canggih untuk mewujudkan senario perang atau darurat.
Penukaran dan penambahan paip sepanjang 1.3 kilometer yang bernilai RM100,000 di Kampung Puding, Batu 17, Hulu Langat itu akan memberi manfaat kepada 153 buah rumah di kawasan sekitar.
Kata Khairuddin, pasukan pakar itu amat diperlukan untuk melaksanakan pelan kontijensi yang dirangka ATM untuk memulih, mengendali dan menyelenggara sistem saluran air sewaktu orang awam sudah tidak lagi berani keluar rumah.
``Bagaimanapun, di Selangor dan Wilayah Persekutuan, ia hanya mempunyai 63 anggota sahaja sedangkan keperluan air pada setiap hari ialah 1,220 juta gelen.
``Mampukah anggota seramai itu menguruskan 33 loji yang membekalkan jumlah air dalam jumlah tersebut,'' katanya ketika memberi taklimat latihan.
Beliau menarik perhatian, bilangan keanggotaan rejimen itu perlu ditingkatkan dan majikan pula disaran melepaskan kakitangan yang berminat untuk menyertainya.
Tambahan pula tegasnya, kerajaan telah memperuntukkan akta yang mensyaratkan majikan memberi pelepasan terhadap kakitangan yang ingin menyertai latihan tahunan AW.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Syabas, Roslan Hassan menyifatkan kewujudan rejimen itu memberi kelegaan kepada Syabas dan rakyat Malaysia untuk menghadapi kemungkinan darurat atau peperangan.
Jelasnya, program itu juga membuka mata syarikat mengenai kepentingan mempunyai tenaga terlatih untuk menguruskan air pada waktu-waktu genting dan berjanji membentangkannya pada mesyuarat pengurusan Syabas.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=0720&pub=utusan_malaysia&sec=Polis_%26_Tentera&pg=te_02.htm&arc=hive

[ Last edited by  mmc at 1-5-2009 09:28 ]
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2009 02:23 AM | Show all posts
NS CAN HELP ACHIEVE 1MALAYSIA OBJECTIVES, SAYS SALANG
Bernama
Bernama - Sunday, May 3

SARIKEI, May 2 (Bernama) -- The National Service (NS) Training Programme can help achieve the objectives of the 1Malaysia vision, said Deputy Information, Communications and Culture Minister Datuk Joseph Salang.

He said this was because the programme focused on national unity, harmony and integration.

"It helps cement ties of unity and harmony among the various races in the country especially among the younger generation.

"When the youths of the country, irrespective of their race, beliefs or background are brought to stay together for a period of time in a compact well thought of bonding programme, they will learn to understand and appreciate each other's differences as well as similarities," he said.

Salang said this when launching the programme's community service module for 433 NS trainees at longhouse Rh.Janting anak Dundang at Sungai Lemujan in Pakan near here today.

The trainees, including 68 from various Peninsular states, were from Bumimas Camp NS camp in Sibu.

Salang also said a recent survey conducted by the National Service Training Department had shown that 98 percent of its former trainees had indicated the programme was very beneficial and should be extended.

To-date, Salang said, some 300,000 youth had attended the NS programme since its inception six years ago.

He added that the government had yet to decide whether to make the three-month training compulsory for all youth.

"At the moment we are still short of training facilities and funds to further expand the programme," he said.

--BERNAMA

Tertarik dengan berita ini. Adakah ini menunjukkan seperti yang dijangka Najib dan Zahid akan mula menjadikan PLKN program pengkaderan dalam usaha mencuci otak anak-anak muda supaya lebih "patriotik"?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2009 02:25 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2009 02:28 AM | Show all posts
Banyaknya thread raw, kenapa tak gabungkan jadi satu?



http://www.youtube.com/watch?v=hpWemxWCQKc
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2009 09:28 AM | Show all posts
Adakah ini menunjukkan seperti yang dijangka Najib dan Zahid akan mula menjadikan PLKN program pengkaderan dalam usaha mencuci otak anak-anak muda supaya lebih "patriotik"


National Service di Singapura, Thailand, Vietnam, Taiwan, Korea Selatan malah Israel, Rusia & bbrp negara lain mmg adalah proses pengkaderan.

Taat setia pada negara & ideologi memasing.

Tp yg best pasal Wataniah, takder unsur politik. Soal pertahanan tak kenal erti politik mitik nih. Politik mitik hanya sekadar gebang kosong waktu lepak kat kantin / mes shj.

Patriotik itu satu kemestian.
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2009 01:39 PM | Show all posts

Reply #338 robotech's post

Bagusla sedara robotech paham dan mengerti apa tu kihdmat negara apa itu kader.

Dan generasi muda jenis macam sedara dalam AWlah yg kerajaan mahukan... yg sygkan negara tapi politik sekadar omong kosong kat tempat makan.   

Patriotik itu satu kemestian.   Untuk mengekalkan staus quo.  
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2009 02:24 PM | Show all posts

Reply #337 braderjoni's post

Ahli politik kalau bercakap...mesti nak political mileage

Anggota AW kekal civilian dan pakai IC biasa...apa ke hal pulak nak kena ada undi pos? AW bukan unit Reserve sepenuh masa atau kena deploy ke luar negara macam National Guard US.

Dan pasal menakutkan negara jiran.....yang nak ditambah AW bukan lifer....hardware pulak haram tak tambah.....

SG mungkin takde wataniah..tapi semua grad NS tu boleh dimobilise.
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2009 07:46 PM | Show all posts

Reply #340 alphawolf's post

wataniah macam ns sg tak..cos we serve as a regular soldier for 2 years before going to the reserves?
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2009 08:19 AM | Show all posts

Reply #341 DarkBaron's post

Ni jeneral kuceng kena bagi jawapan ni.....kalau aku yang bagi salah ke apa, naik angin dia nanti!
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2009 09:22 AM | Show all posts

Reply #341 DarkBaron's post

kena faham...dulu wataniah ada 2 kalau x silap..
kerahan n sukarela..

wataniah kerahan dulu di siri 300 dan 500. dia org nie askar sepenuh masa.
tapi sekarang wataniah kerahan dah xdek...yg dok siri 300 dah ditukar jadi rejimen sempadan..
yang dok siri 500 dah di serap masuk ke rejimen..kor...
yang kerahan nie...dia dah jadi regular la..pakai bat c10.biasanya rod 5 thn..

tp kalau wataniah sukarela..dok siri 500. pakai bat c 20. tp dikira civil sbb tetap pgg mykad.
yang nie..mmg rod 5 thn jugak..(dulu2 3 thn jek)..tp bukan wat keje sepenuh masa..
biasanya latihan pada hari minggu sahaja. datang ble..x dtg pun bleh..

kalau ada statement yg salah arap ampun maaf yek...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2009 10:43 AM | Show all posts

Reply #341 DarkBaron's post

Tak sama. Wataniah memang secara asasnya pasukan simpanan (reserve) yg x mengerah sepenuh masa kecuali di waktu perang atau anggotanya sendiri mohon dikerah sepenuh masa/diserap sebagai regulars. Sebab itu kalau x salah aku NS di Sg bagi title Operationally Ready NSmen kat anggotanya yg dah abis 2 tahun tempoh regular menggantikan istilah reservist sekitar 1990an. Kata sepupu aku utk mengelak kekeliruan dgn konsep reservist di negara yg xde conscription.
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2009 10:11 PM | Show all posts

Reply #344 jazim's post

yeap sini during those 2 years..there are guys who serve as clerks all the way to dentists and in between lah..tri service and berlambak lambak vocations..
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2009 11:44 PM | Show all posts

Balas #345 DarkBaron\ catat

Off topic jap,

Nak tanya, dlm RSN kalau enlisted men dgn officer dia semua kena sign sebagai regular kan? Boleh ke diorang keluar awal dan sambung sebagai NSmen? Kalau diorang keje ikut kontrak sampai cukup masa sebagai regular, diorang ada lagi x tempoh NS commitment tu? Lagi satu Basic Seaman ship bagi enlisted men mula lepas abis BMTC ke, atau ada mono-intake direct bagi yg nak masuk RSN terus?
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2009 07:38 PM | Show all posts

Reply #346 jazim's post

rsn pon ada yang full time national service dua tahun both for enlisted and officers..kalau dah sign on and cukup penuh masa contract no more ns liabilities.tapi dorang will be in reserves lah..depends on how long their contract is..basic seaman ship mula lepas bmtc..mono intake national service full time rsn untuk naval diving unit..tapi ada unit baru called sea soldiers (ura ura future marines)...pon amik budak budak dari bmtc..

article on sea soldiers

http://www.mindef.gov.sg/imindef/publications/cyberpioneer/features/2006/apr06_cs.html

[ Last edited by  DarkBaron at 6-5-2009 19:48 ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 01:51 AM GMT+8 , Processed in 0.241642 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list