CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mohdmus

(MERGED) PASUKAN SIMPANAN ATM (AW/PSSTLDM/PSSTUDM)

[Copy link]
Post time 30-12-2013 07:32 PM | Show all posts
2,400 Askar Wataniah dihantar bantu mangsa banjir

KUANTAN 7 Dis. - Seramai 2,400 Askar Wataniah (AW) bersedia untuk memberikan bantuan kepada mangsa banjir di negeri ini khususnya apabila diperlukan pada saat-saat genting.

Panglima 3 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Sheikh Mohsin Sheikh Hassan berkata, pihaknya kini telah mengerahkan sebanyak 1,200 AW bagi membantu mangsa banjir di Pahang dan sebahagiannya akan dipanggil pada bila-bila masa bergantung kepada situasi semasa.

"Mana-mana pihak yang memerlukan bantuan boleh menghubungi pejabat atau pagawai kami di setiap daerah bagi memudahkan pergerakan anggota ke kawasan yang diperlukan.

"Di samping itu, kita turut menawarkan aset-aset seperti bot atau trak bagi memudahkan bantuan disalurkan kepada mangsa banjir terutama di kawasan yang terputus hubungan," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan bantuan air mineral di pusat pemindahan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Rangin di sini.

Sebanyak 20,000 botol air mineral berkapasiti lima liter diserahkan kepada mangsa-mangsa banjir di tiga pusat pemindahan di daerah ini iaitu SMK Bukit Rangin, SMK Gudang Rasau dan Sekolah Kebangsaan Pandan.

Yang turut hadir ialah Panglima 4Briged Mekanize, Brigadier Jeneral Ahmad Tajuddin Abd. Ghani dan Pengarah Eksekutif (Operasi) Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Yusof Saroji.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... bantu-mangsa-banjir
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2013 07:33 PM | Show all posts
AW bantu bekal air bersih ke kawasan banjir

KUALA LUMPUR - Askar Wataniah (AW) hari ini menggerakkan dua unit Sistem Penapis Air Bergerak (Jernih) ke Pahang dan Terengganu bagi menyediakan bekalan air bersih kepada mangsa banjir.
   
Brigadier Jeneral (Kehormat) Rejimen Pakar Pengendalian Air Ke-60, Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) AW Tan Sri Rozali Ismail berkata sistem itu pertama kali digunakan di Malaysia selepas keberkesanannya teruji ketika membantu mangsa Taufan Haiyan di Filipina.
   
"Bantuan yang bakal disalurkan ini bagi memastikan mangsa banjir mendapat bekalan air bersih untuk kegunaan harian, terutama untuk minum dan memasak semasa di pusat pemindahan.
   
"Jika perlu, kami akan gerakkan tiga lagi unit sistem itu Ahad ini dan kami akan letakkan di kawasan yang jalannya terputus serta tiada bekalan elektrik," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis pelepasan misi kemanusiaan itu.
   
Kumpulan itu terdiri daripada Pasukan Rejimen 60, Rejimen Pakar Pengendalian Bekalan Ke-70 RAJD AW, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan kakitangan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).

Dalam misi itu, ATM menggunakan 10 lori tiga tan, Syabas (12 lori tiga tan, enam lori tangki air dan sebuah van mini), Tenaga Nasional Bhd (tiga lori) serta dua unit kenderaan awam.
   
Rozali, yang juga Pengerusi Eksekutif Syabas dan Puncak Niaga Holdings Bhd, memberitahu bahawa selain dua unit Jernih itu, kenderaan terbabit digunakan untuk mengangkut 8,800 botol air mineral lima liter dan 9,600 botol air mineral 500ml untuk diagih-agihkan kepada mangsa banjir.
   
"Ini kali pertama kami buat misi bersama antara Rejimen 60 dan 70. Kami buat penilaian di negeri-negeri terlibat dan kami dapati banjir kali ni memang teruk. Ada yang terputus elektrik, kalau terputus...sistem telekomunikasi pun tak ada, loji tak boleh beroperasi.
   
"Sebab itu kami hantar lebih pegawai. Kalau perlu anggota lebih, kami akan hantar dari Pulau Pinang, Melaka dan Kedah kerana kami ada lebih 2,000 anggota yang sentiasa bersiap sedia," katanya.
   
Beliau berkata misi kemanusiaan ini merupakan sebahagian daripada komitmen dan tanggungjawab yang perlu pihak RAJD lakukan sebagai tanda keprihatinan dalam usaha membantu meringankan beban mangsa banjir.

- Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2014 01:55 PM | Show all posts
sape ade jadual kursus asas perajurit muda askar wataniah 2014?..nak buat peracangan awal
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2014 06:43 PM | Show all posts
Sejarah baharu MTD


BANGGA... Abdul Aziz Jaafar memakaikan pangkat Bintara Kanan kepada seorang anggota TLDM di KD Sri Gombak baru-baru ini.

SEKALI lagi sejarah dilakar Maktab Tentera Diraja (MTD) apabila institusi itu berpindah ke bangunan baharunya di Bukit Belimbing, Balakong awal tahun ini.

Sudah tentu bagi 243 Putera yang menamatkan pengajian tingkatan lima, upacara Perbarisan Tahunan dan Penyampaian Hadiah MTD 2013 baru-baru ini meninggalkan nostalgia yang amat bermakna bagi mereka kerana menjadi kumpulan terakhir sebelum maktab itu beroperasi di kampus baharu.

Komandan MTD, Kolonel Ghazali Wan Din berkata, perpindahan ke kampus baharu itu merupakan fasa terakhir daripada lima fasa penting perkembangan maktab ketenteraan itu.

"Fasa pertama merujuk gagasan idea Field Marshal Sir Gerald Templer yang merupakan Pesuruhjaya Tinggi British pada masa itu, menubuhkan Federation Military College (FMC) pada Ogos 1952 di Port Dickson, Negeri Sembilan. Kemudian, fasa kedua pula bermula apabila FMC berpindah ke kampus baharu di Kem Sungai Besi pada April 1961.

"Nama FMC diubah menjadi MTD pada tahun 1966 apabila maktab berkenaan diberi status a€˜Dirajaa€™ untuk fasa ketiga. Pengisytiharan bersejarah itu dibuat bersempena Majlis Perbarisan Tamat Latihan Pegawai Kadet Jangka Tetap yang kesembilan,a€™a€™ katanya ketika berucap dalam upacara tersebut. Menurutnya, fasa keempat perkembangan MTD berlaku pada 1995 apabila pemisahan cawangan kadet yang berpindah ke Ulu Tiram, Johor bagi membolehkan penubuhan Akademi Tentera Malaysia (ATMA) pada masa tersebut.

"Oleh yang demikan, cawanan Putera terus kekal di bawah penyeliaan MTD dan diletakkan di bawah pentadbiran markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM)," katanya ketika berucap dalam upacara Perbarisan Tahunan dan Penyampaian Hadiah MTD Tahun 2013 di MTD baru-baru ini.

Dalam upacara tersebut yang bermula pada pukul 8.30 pagi, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ismail Ahmad hadir selaku Pegawai Tabik Hormat.

Ismail berkata, semangat kental dan kesungguhan ditunjukkan oleh para Putera yang telah berjaya menamatkan pengajian di MTD ditunjukkan melalui perbarisan yang amat menarik dan penuh bergaya.

"Tradisi unik pada hari ini juga membawa pengertian yang penuh bermakna kepada 243 Putera tingkatan lima. Suka-duka selama dua tahun di institusi ternama ini merupakan wadah terbaik bagi meneruskan cabaran di peringkat pengajian tinggi pula.

"Pengalaman berharga ini membolehkan para Putera membentuk jati diri, memupukkan sikap positif serta membina daya kepimpinan unggul. Ketiga-tiga aspek ini penting untuk mencipta kejayaan ketika di menara gading.

Dalam pada itu, Ismail memberitahu, MTD merupakan sebuah institusi pendidikan peringkat menengah yang amat berbeza berbanding dengan sekolah biasa.

"Aspek kecemerlangan akademik masih menjadi teras utama MTD dan perkara ini sejajar dengan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang keempat iaitu mencapai tahap sekolah berprestasi tinggi setanding dengan sekolah-sekolah elit yang sedia ada.

"Antara piawaian terpenting sekolah berprestasi tinggi ialah keputusan peperiksaan awam yang sentiasa meningkat, berjaya melahirkan personaliti unggul serta mewujudkan permuafakatan yang jitu dengan sekolah dan institusi pengajian tinggi lain.

"Antara kejayaan besar MTD ialah melahirkan bakal graduan dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik dalam nisbah tertinggi, iaitu hampir 90 peratus," katanya.

Sementara itu, beliau juga bangga dengan MTD apabila dua Putera telah mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa dalam sukan silat olahraga dan ekuestrian.

"Saya amat berbangga kerana pihak MTD berjaya mempraktikkan Gagasan 1Malaysia dalam kalangan Putera sejak penubuhannya pada tahun 1952," katanya.

Dalam majlis penyampaian hadiah tersebut, sebanyak 13 anugerah daripada pelbagai kategori telah disampaikan kepada mereka yang layak menerimanya.

Penerima Hadiah Menteri Pertahanan 2013, Pegawai Rendah Kanan, Muhammad Yassirr Hakimi, 17, menyatakan rasa sedihnya apabila terpaksa menerima hakikat bahawa perbarisan kali ini merupakan aksi terakhirnya sebagai Putera di MTD.

"Memang susah nak ungkapkan perasaan ini kerana terlalu banyak pengalaman berguna yang berjaya diperoleh sepanjang berada dalam MTD.

"Walau bagaimanapun, saya tidak menganggap perkara ini sebagai suatu titik akhir, sebaliknya merupakan satu permulaan dalam hidup ini apabila hendak masuk ke alam universiti kemudian pekerjaan," katanya.

Dia yang merupakan anak bongsu daripada empat beradik menambah, MTD banyak mengajarnya erti kehidupan, berbeza dengan apa yang dialaminya sebelum ini.

"Sebelum masuk MTD, saya hanya budak biasa yang kurang berpegetahuan dalam perkara am, tetapi kini yakin saya lebih matang apabila kawan-kawan dan orang ramai selesa berbual dengan saya.

Dia yang berasal dari Ipoh, Perak, turut menyatakan rasa bangganya terhadap kompeni bawah kepimpinannya iaitu Charlie, yang berjaya menerima Anugerah Kompeni Pengarah Pengajian setelah 22 tahun tidak memenangi hadiah itu.

Sementara itu, Pegawai Rendah Kanan, Muhammad Firdaus Abd. Razak, 17, merupakan penerima Hadiah Komandan 2013 dalam majlis tahunan itu kali ini.

"Di MTD, saya dapat berjumpa dengan rakyat Malaysia dari seluruh negara kerana kawan-kawan di sini semuanya berasal dari negeri yang lain, kaum dan agama berlainan atau dengan kata lain, sini memang 1Malaysia.

"Antara kenangan yang tidak akan saya lupakan ialah apabila kami yang bakal meninggalkan MTD telah hadir dalam majlis memakai cincin yang juga merupakan simbolik sebagai bekas Putera," katanya.

Dalam pada itu, anak kelahiran Negeri Sembilan, Putera Kanan, Low Chern Wey, 17, merupakan penerima Hadiah Pengarah Pengajian 2013.

"Walaupun gembira berjaya tamatkan pengajian di sini, pada masa sama, berasa sedih kerana harus berpisah dengan rakan-rakan serta staf tentera dan awam yang banyak berjasa kepada saya.

"Pengalaman penglibatan dalam perbarisan tahunan Putera juga merupakan perkara yang hanya boleh dirasai di MTD sahaja dan merupakan pengalaman sekali seumur hidup," katanya.

Sumber:
http://www.utusan.com.my/utusan/ ... /Sejarah-baharu-MTD
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2014 05:20 PM | Show all posts
Raja Muda Perlis Mahu Warga Tentera Darat Tampil Kepimpinan Terbaik

KANGAR, 24 Jan (Bernama) -- Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail meminta setiap warga tentera darat, tanpa mengira pangkat, supaya sentiasa menunjukkan tahap kepimpinan terbaik.

Baginda yang juga Komander Regimen 504 Askar Wataniah bertitah kepimpinan sering dikaitkan dengan orang yang mempunyai kuasa atau pangkat tetapi ia sepatutnya diterap oleh setiap individu tanpa mengira kedudukan.

"Kepimpinan menjaminkan kejayaan di dalam apa jua penugasan yang dilaksanakan dan harus menjadi pedoman untuk setiap warga Tentera Darat.

"Sejarah membuktikan bahawa aspek atau ciri kepimpinan unggul telah menghasilkan kejayaan demi kejayaan di dalam semua pertempuran dan penugasan yang dilalui," titah baginda pada majlis taklimat latihan sukarela dan perancangan latihan 2014 Rejimen 504 Askar Wataniah di Kem Bukit Keteri dekat sini, Jumaat.

Menurut baginda slogan 'Kepimpinan Melalui Teladan' harus diamalkan oleh semua peringkat pegawai dan anggota tentera darat supaya kecemerlangan organisasi dalam memartabatkan visi dan misi dapat direalisasikan dengan jayanya.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah Tentera Darat perlu mempunyai kepimpinan efektif untuk menjadi sebuah organisasi unggul, cemerlang, profesional dan disegani ramai.

Turut berangkat pada majlis itu ialah Raja Puan Muda Perlis Mejar (Kehormat) Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Keberangkatan baginda berdua disambut oleh Timbalan Komander rejimen itu Leftenan Kolonel Zulfakar Wahid serta para pegawai kanan tetap dan sukarela rejimen.

Pada majlis itu, baginda berdua mendengar taklimat mengenai kegiatan dan kejayaan rejimen sepanjang 2013 serta perancangan promosi dan sasaran pencapaian bagi tahun 2014.

Dalam taklimat itu, Zulfakar berharap kegiatan rejimen itu akan mendapat sokongan Jawantankuasa Pendukung Askar Wataniah (JAKPAW).

Terdahulu, Tuanku Syed Faizuddin berkenan menyempurnakan pemakaian pangkat kepada tiga pegawai dan 14 anggota lain-lain pangkat rejimen itu.

- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2014 05:27 PM | Show all posts
LAWATAN KE BNS SOMUDRA JOY

]

Pulau Indah, 8 Dis 13 – Warga KD SRI KLANG (KDSK) hari ini telah melawat kapal Tentera Laut Bangladesh BNS SOMUDRA JOY yang sedang di dalam rangka lawatan tiga hari ke Malaysia bagi tujuan lawatan operasi, ulang bekal logistik dan juga istirehat.

Diketuai oleh Pegawai Laksana Kdr Tamreez Kaur a/p Mokam Singh PSSTLDM, kumpulan seramai 32 orang pegawai dan anggota KDSK telah disambut oleh warga BNS SOMUDRA JOY yang berlabuh di jeti Glenn Marine, Pulau Indah.  Lawatan ini turut disertai oleh Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) dari Universiti Putra Malaysia.

Warga KDSK pada mulanya diberi penerangan ringkas tentang kapal Frigat terbaru Tentera Laut Bangladesh itu, sebelum dibawa melawat kapal tersebut.

Kapal jenis Frigat ini dalam perjalanan pulang ke Bangladesh dari Amerika Syarikat.  Berukuran 115m panjang dan 13m lebar, kapal BNS SOMUDRA JOY, yang bermaksud Kemenangan di Samudera di dalam bahasa Sanskrit, mempunyai kekuatan anak kapal seramai 133 orang, termasuk 19 orang pegawai dan diperintah oleh Captain Mohammad Nazmul Karim Kislu BN.

Lawatan selama lebih satu jam berakhir pada kira-kira 1.30 petang.

Pada keesokan harinya, pemangku Pegawai Staf KDSK Lt Mohamad Juhaizal bin Mohamad Junid TLDM telah menyampaikan pelaka KDSK kepada Pegawai Memerintah BNS SOMUDRA JOY, dalam satu majlis ringkas yang diadakan, sejurus sebelum kapal berlepas.


Sumber:
http://kdsriklang.org/index.php/ ... -ke-bns-somudra-joy
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-2-2014 05:30 PM | Show all posts
Perbarisan Pegawai Memerintah Bersama Majikan dan Veteran PSSTLDM



Pulau Indah, 19 Jan 14 – Satu perbarisan Pegawai Memerintah KD SRI KLANG telah diadakan yang menyaksikan kehadiran majikan anggota dan pegawai Pasukan Simpanan Sukarela TLDM (PSSTLDM).  Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran bekas anggota dan pegawai KD SRI KLANG.

Perbarisan diketuai oleh Lt Kdr Puza bin Zainal Abidin PSSTLDM dan terdiri daripada lima platun yang dianggotai oleh pegawai dan anggota PSSTLDM, unit Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) di bawah naungan KD SRI KLANG dan juga anggota tetap KD SRI KLANG.

Turut hadir adalah Komandan PALAPES-Laut Akedemi Laut Malaysia (ALAM) Kdr (Kehormat) David Fredrick PSSTLDM dan Timbalan Komandan PALAPES Universiti Malaya Mejar Professor Madya Dr Abdul Halim bin Mokhtar.

Objektif utama perbarisan ini adalah untuk memupuk disiplin setiap warga KD SRI KLANG sebagai anggota dan pegawai PSSTLDM.  Perbarisan kali ini merupakan yang terakhir buat Pegawai Memerintah Kepten Jamal bin Nuruddin PSSTLDM sebelum beliau bersara pada hujung Januari ini.

Di dalam ucapan beliau, Kepten Jamal berkata beliau sangat berpuas hati dengan kesungguhan warga KD SRI KLANG untuk menjayakan perbarisan pagi ini, yang merupakan satu aktiviti yang dapat membentuk sahsiah diri masing-masing.  Beliau juga melihat aktiviti ini dapat menyumbang dalam melahirkan modal insan yang berkualiti.

Di samping itu, Pegawai Memerintah turut mengingatkan warga KD SRI KLANG agar terus memberi komitmen untuk menjayakan aktiviti di unit dan juga menyertai kursus yang ditawarkan di dalam perkhidmatan. Harapan beliau agar majikan warga KD SRI KLANG memberi pelepasan kepada pekerja mereka untuk berkursus.  Ini adalah kerana kegagalan untuk menghadiri kursus boleh menjejaskan peluang kenaikan pangkat anggota.

Kepten Jamal turut memberi penghargaan kepada veteran PSSTLDM KD SRI KLANG yang hadir untuk memeriahkan lagi majlis dan dilihat sebagai memberi sokongan untuk unit bergerak lebih maju untuk menjadi sebuah unit PSSTLDM yang unggul.

Sumber:
http://kdsriklang.org/index.php/ ... dan-veteran-psstldm Last edited by robotech on 11-2-2014 05:31 PM

Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2014 05:33 PM | Show all posts
Upacara Serah Terima Tugas Pegawai Memerintah KD SRI KLANG



PULAU INDAH, Jan 29 – Upacara Serah Terima Tugas Pegawai Memerintah KD SRI KLANG telah diadakan di aras 1 KD SRI KLANG, Pangkalan TLDM Pulau Indah.

Pada upacara tersebut, Kepten Jamal bin Nuruddin PSSTLDM secara rasmi menyerahkan tampuk pemerintahan kepada Kdr Prof Madya Dr. Jamalunlail bin Abdullah PSSTLDM sebagai Pegawai Memerintah yang ke-16.

Upacara bersejarah ini telah disaksikan oleh Yang Berbahagia Pengarah Kanan Hidrografi, Pusat Hidrografi Nasional, P/Laksamana Pertama Hanafiah bin Hassan dan warga KD SRI KLANG.

Majlis dimulakan dengan upacara menandatangani Sijil Serah Terima Tugas di antara kedua – dua Pegawai Memerintah dan diikuti dengan upacara pemakaian insignia Pegawai Memerintah.

Antara yang turut hadir pada majlis tersebut termasuk Pengarah Pusat Sumber Maritim dan Sejarah (PUSMAS) Kepten Mohd Yusri bin Hj Mohd Yunus TLDM, Pegawai Memerintah KD SULTAN ABDUL AZIZ SHAH Kdr Syed Azman bin Syed Tahir TLDM, Pegawai Memerintah GAGAH SAMUDERA Kdr Jamalul Shafri bin Mohd Shukor TLDM dan Pegawai Staf 1 MTL-Simpanan Kdr Ahmad Nazim bin Salimin TLDM.

Kepten Jamal telah memegang jawatan sebagai Pegawai Memerintah KD SRI KLANG sejak 2008 dan telah bergiat di dalam PSSTLDM sejak tahun 1990.

Kdr Prof Madya Dr. Jamalunlail bertugas di Universiti Teknologi Mara (UiTM) sebagai Pegarah Pusat Keusahawanan dan pernah menyandang jawatan sebagai  Pegawai Penasihat Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Laut di universiti yang sama.

Selepas selesai upacara dan sesi bergambar, warga KD SRI KLANG telah berbaris untuk bersalaman dengan Kepten Jamal dan mengiringi beliau ke pintu hadapan Pangkalan TLDM Pulau Indah untuk mengucapkan selamat tinggal sempena persaraan beliau.

Sumber:
http://kdsriklang.org/index.php/ ... rintah-kd-sri-klang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2014 05:42 PM | Show all posts
7 Jan 14 : Pemakaian Pangkat Pegawai Kehormat PSSTUDM






KUALA LUMPUR, 7 Jan 14 – Majlis Pemakaian Pangkat Tauliah (Kehormat) Pasukan Simpanan Sukarela TUDM (PSSTUDM) kepada tiga orang ahli Akademik telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Tan Sri Dato’ Sri Rodzali bin Daud TUDM di Eagle Nest, Markas Tentera Udara hari ini.

Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pembangunan Pelajar, Universiti Sains Malaysia, Profesor Dr. Adnan bin Hussein telah di anugerahkan pangkat Lt Kol Kehormat PSSTUDM.

Manakala dua lagi penerima bagi pangkat Mej Kehormat PSSTUDM adalah Dekan Fakulti Komputer Sains, Universiti Malaysia Pahang, Mej (Kehormat) Profesor Dr. Jasni binti Mohamad Zain PSSTUDM dan Penolong Pendaftar Kanan, Pusat Komunikasi Korporat, Mej (Kehormat) Ahmad Termizi bin Ab Aziz PSSTUM.

Turut hadir semasa majlis berlangsung adalah Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato’ Sri Hj Roslan bin Saad TUDM dan Panglima Operasi Udara, Lt Jen Dato’ Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM serta Pegawai-pegawai Kanan TUDM.

Sumber:
http://www.airforce.gov.my/my-be ... i-kehormat-psstudm/
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2014 05:44 PM | Show all posts
20 Jan14 : Latihan Kem Tahunan Pegawai Muda PSSTUDM Dan Pegawai Kadet PALAPES Udara IPTA 2014





GOMBAK, 20 Jan 14 – Majlis Pembukaan Kem Tahunan Pegawai Muda PSSTUDM dan Pegawai Kadet PALAPES Udara IPTA tahun 2014 telah diadakan di Padang Kawad Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Majlis perasmian pembukaan kem tahunan tersebut telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatanarah Pasukan Simpanan Tentera Udara (JPSTU), Lt Kol Parvez bin Mohamed Yusuf TUDM.

Antara jemputan yang turut sama menjayakan majlis tersebut adalah Mejar (K) Dato‘ Abdul Rahimi bin Ahmad PSSTUDM iaitu Pengarah Pusat Asasi UIAM, Dr Che Amnah binti Bahari iaitu Pengarah Credited Cocuricular Activity Centre IIUM dan para pensyarah serta staf daripada UIAM.

Latihan Kem Tahunan ini disertai oleh Pegawai Muda PSSTUDM dan Pegawai Kadet PALAPES Udara dari Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), Gombak, Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok, Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kejuruteraan Nibong Tebal, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Kampus Gong Badak, Kuala Terengganu dan Universiti Malaysia Pahang (UMP) Kampus Gambang, Pahang.



Sumber:
http://www.airforce.gov.my/my-be ... es-udara-ipta-2014/
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2014 04:16 PM | Show all posts
Join reserve army, youths told


Negri Sembilan Support Territorial Army Patron Datuk Seri Mohamad Hasan pinning a medal on Nik Rusli Nik Salleh at the launch of the Territorial Army Training 2014 at Rasah Camp, Seremban, yesterday. On the left is Territorial Army Regiment 508 Commander Khairy Jamaluddin.

EXPANSION: Plans afoot to expand civil service platoon nationwide, says Khairy

SEREMBAN: THE Public Service Territorial Army Platoon comprising volunteers from the civil service will be expanded nationwide.

Territorial Army Regiment 508 Commander Khairy Jamaluddin, said the platoon was mooted by Negri Sembilan Support Territorial Army Patron Datuk Seri Mohamad Hasan, who is also menteri besar.

"For a start, some 36 members from the state civil service will undergo training to contribute their effort and dedication in defending the country's sovereignty.

"I hope this platoon can be extended to the whole country to increase the total membership of its volunteer squad."

Khairy, who is also youth and sports minister, said this after launching the Territorial Army Training 2014 at the 508 Territorial Army Regiment, Rasah Camp, here yesterday.

He also urged youths to join the territorial army to raise awareness on the country's need to strengthen security, to discipline themselves and to enhance patriotism.

It will see 21 officers and 250 personnel who would undergo various training stints, including 36 personnel who would join the Civil Servants Platoon.

Khairy said he had held discussions on the type of yearly and weekly training to be held at certain camps to attract more recruits to the reserve army.

"The marching drill will continue but we will also diversify the training so that the members are more exposed to various aspects of the military."

Mohamad said the establishment of the Civil Service Platoon was a stepping stone to promote and increase the number of members of the Territorial Army in the state.

He said more such platoons would be established gradually in each district in the state in line with the motto to make one district, one platoon a success.

Source:
http://www.nst.com.my/nation/gen ... ouths-told-1.485899
Last edited by robotech on 15-4-2014 10:59 AM

Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2014 04:20 PM | Show all posts
Khairy appointed commander of 508 Regiment of Territorial Army

SEREMBAN: Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin has been appointed the new Commander of the 508 Regiment of the Territorial Army (AW), effective January.

Negeri Sembilan Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan, who is also patron of the AW Support Committee (JPAW), made the announcement on Khairy’s appointment.

He said Khairy replaced Datuk Shahrom Mohammad who was appointed JPAW advisor.

“Khairy received his credentials from the Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah who agreed to the appointment.
“His appointment as the new commander was also agreed upon by the Malaysian Armed Forces Council,” Mohamad told reporters after officiating at the AW 2014 training launch here yesterday.

Also present at the event were State Secretary Datuk Mat Ali Hassan and First Brigade Commander, Brigadier-General Datuk Adnan Abu Bakar.

Thanking Shahrom for his long-standing service with the AW 508 Reginment, Mohamad expressed confidence that under Khairy’s leadership, the regiment would be more progressive and able to attract more young people to join it.

He said the regiment welcomed Khairy’s appointment.

Meanwhile, the menteri besar also welcomed the formation of the civil service platoon which would see the involvement of more civil servants in the AW 508 Regiment.

Meanwhile, Khairy said various plans were being drawn up and hoped they would be implemented with the support and cooperation of all parties.

“At the same time, I would like to encourage more young people to join the AW 508 Regiment,” he added.

— Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2014 04:21 PM | Show all posts
Khairy launches Civil Service Territorial Army platoon for Negri Sembilan

Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2014 06:33 PM | Show all posts
robotech posted on 17-2-2014 04:20 PM
Khairy appointed commander of 508 Regiment of Territorial Army

SEREMBAN: Youth and Sports Ministe ...

my first reg.....
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2014 05:41 PM | Show all posts
BN1 REJ.508 (AW) KEM RASAH SEREMBAN, rejimen aku dulu...rindu zaman rekrut, latihan tahunan, kawad, menembak, TTS, everything about AW...
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2014 05:42 PM | Show all posts
razhar posted on 17-2-2014 06:33 PM
my first reg.....

tahun bila dekat 508 tu??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2014 04:06 PM | Show all posts
Timbalan Komandan Rej508 Lt Kol Razif mmg terbaik...

Komandan 508, YB KJ yg sangat2 best....

Panglima 1 Bgd, dato Adnan Abu Bakar yg sangat2 Sporting....

i like.....
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2014 12:21 PM | Show all posts
Palapes gegar Kuala Lipis


BERGAMBAR kenangan selepas berjaya menamatkan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) di Pahang, baru-baru ini.

TERIK mentari yang membahang tubuh anggota Pegawai Kadet Pasukan Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Malaya (UM) langsung tidak melemahkan semangat mereka untuk bertahan melawan musuh di sebuah Ladang Kelapa Sawit di Felda Kechau 8, Kuala Lipis, Pahang, baru-baru ini.

Sepanjang dua minggu, mereka mengatur gerakan latihan. Tentera musuh yang sebelum ini mendapat tentangan sengit semasa bertempur terpaksa menukar taktik dengan berundur apabila elemen penggempur mereka berjaya disekat oleh pihak lawan.

Kedua pihak yang bertempur terus memperkukuh kedudukan masing-masing dengan kubu-kubu pertahanan termasuk mesingan berat serta kubu yang menempatkan kesemua tentera Palapes.

Demikian coretan pergelutan Latihan Tahunan Pegawai Muda Palapes yang diadakan oleh Kem 8, Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Kuala Lipis, Pahang baru-baru ini.

Sepanjang latihan itu diadakan seramai 291 pegawai palapes didedahkan dengan ilmu ketenteraan dan disiplin.

Pasukan itu dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu pegawai kadet pangkat dua dan tiga. Pegawai kadet berpangkat dua adalah Junior manakala pangkat tiga adalah senior.

Antara objektif penganjuran latihan tahunan itu termasuklah meningkatkan kemahiran dalam peperangan konvensional, memupuk semangat setiakawan, membina ketahanan mental dan disiplin.

Selain menguji dan menilai tahap asas ketenteraan, pegawai Palapes turut didedahkan dengan tugas-tugas sebenar ketika peperangan.

Modul latihan ini dibahagikan kepada dua iaitu Fasa Medan (hutan) dan Fasa Kem. Fasa Kem melibatkan pegawai yang menjalani latihan kawad kaki dan kawad senjata, membaca peta, latihan senjata dan menduduki ujian bertulis.

Bagi Fasa Medan pula, mereka ditempatkan di Ladang Kelapa Sawit Felda Kechau 8, Kuala Lipis dalam menjalani latihan hutan.

Bagi pegawai kadet berpangkat senior, latihan tahunan ini adalah persiapan akhir sebelum mereka layak ditauliahkan sebagai pegawai muda di dalam Rejimen Askar Wataniah berpangkat leftenan muda.

Untuk pegawai kadet peringkat intermediate pula, ia sebagai pendedahan awal bagi mereka termasuk mempelajari kaedah pengurusan medan tempur sebelum dinaikkan pangkat ke peringkat senior selepas ini.

Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar UIAM, Mejar (K) Prof. Datuk Dr. Mizan Hitam dan Timbalan Komandan UM, Mejar Dr. Abdul Halim Mokhtar turut hadir dalam sesi latihan itu.

Sepanjang latihan berlangsung. Mejar Azali Jaya bertindak sebagai Ketua Jurulatih.

Dalam pada itu, Dr. Mizan berkata, latihan ini membantu mahasiswa membentuk sahsiah diri dalam bidang ketenteraan.

“Latihan ini dapat memupuk rasa cinta mahasiswa kepada negara selain tanggungjawab yang harus dipikul anggota Palapes sekiranya negara diancam darurat atau insurgensi," katanya.

Dr. Mizan berkata, Palapes merupakan program kokurikulum yang disertai warga kampus melalui kerjasama antara Kementerian Pertahanan dan Kementerian Pendidikan yang bertitik-tolak terhadap keperluan memperkasakan pertahanan negara melalui penglibatan mahasiswa.

Oleh itu, peluang mempraktikkan latihan peperangan konvensional pada sesi latihan kali ini menguji kesiap-siagaan anggota Palapes.

Sumber:
http://www.utusan.com.my/utusan/ ... s-gegar-Kuala-Lipis
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2014 12:23 PM | Show all posts
Palapes UIAM, UM pertahan Kuala Lipis



SERAMAI 291 anggota Pegawai Kadet Pasukan Lapisan Pegawai Simpanan (Palapes) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Malaya (UM) telah menjalani Latihan Tahunan Pegawai Muda Palapes yang dianjurkan oleh Batalion Kelapan, Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Kuala Lipis, Pahang baru-baru ini.

Sepanjang dua minggu berlatih, mereka telah didedahkan dengan kemahiran dalam peperangan konvensional, pemupukan semangat setiakawan, membina ketahanan mental dan fizikal. Selain itu, mereka juga didedahkan dengan tugas-tugas sebenar ketika peperangan.

Sebelum latihan bermula, pasukan ini terlebih dahulu telah dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu pegawai kadet berpangkat dua dan tiga. Pegawai kadet berpangkat dua adalah junior manakala pangkat tiga merupakan senior.

Untuk memastikan latihan jangkamasa pendek selama dua minggu itu benar-benar dimanfaatkan kumpulan kadet ini, Ketua Jurulatih, Mejar Azali Jaya telah membahagikan modul latihan kepada dua fasa iaitu fasa medan (hutan) dan fasa kem.

Fasa kem melibatkan pegawai menjalani latihan kawat kaki dan kawat senjata, membaca peta, latihan senjata dan menduduki ujian bertulis. Manakala, fasa medan pula, mereka ditempatkan di Ladang Kelapa Sawit Felda Kechau 8, Kuala Lipis untuk menjalani latihan hutan.

Bagi pegawai kadet berpangkat senior, latihan tahunan ini adalah persiapan akhir sebelum mereka layak ditauliahkan sebagai pegawai muda di dalam Rejimen Askar Wataniah berpangkat leftenan muda manakala pegawai kadet yang lain pula, ia sebagai pendedahan awal sebelum dinaikkan pangkat ke peringkat senior selepas ini.

Turut hadir dalam majlis pembukaan latihan itu ialah Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar UIAM, Mejar (K) Prof. Datuk Dr. Mizan Hitam dan Timbalan Komandan UM, Mejar Dr. Abdul Halim Mokhtar.

Sementara itu, Dr. Mizan berkata, latihan ini membantu mahasiswa membentuk sahsiah diri dalam bidang ketenteraan.

"Latihan ini dapat memupuk rasa cinta kepada negara, selain tanggungjawab yang harus dipikul anggota Palapes sekiranya negara diancam darurat atau insurgensi, " katanya.

Tambahnya, Palapes merupakan program kokurikulum yang disertai warga kampus melalui kerjasama Kementerian Pertahanan dan Kementerian Pendidikan yang bertitik-tolak terhadap keperluan memperkasakan pertahanan negara melalui penglibatan mahasiswa.

Sumber:
http://www.utusan.com.my/utusan/ ... ertahan-Kuala-Lipis
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2014 12:25 PM | Show all posts
Jumlah jurulatih JLKN sertai Askar Wataniah terus meningkat - Abdul Hadi


Mohammed Khusrin Munawi (depan) bersama pegawai dan anggota Askar Wataniah selepas perhimpunan Jawatankuasa Pendokong Askar Wataniah Negeri Selangor dan acara penutupan tamat kursus asas perajurit muda askar wataniah bertempat di Shah Alam

SHAH ALAM 21 Feb. - Sebanyak 346 jurulatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) kini dalam proses untuk mendaftar sebagai anggota Askar Wataniah.

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata, pihaknya berharap lebih ramai jurulatih PLKN menyertai pasukan keselamatan sukarela tersebut.

Menurutnya, sejak tahun lalu sehingga kini, sebanyak 893 warga JKLN menyertai Askar Wataniah dan beliau percaya angka berkenaan akan meningkat.

"Ini kerana terdapat kira-kira 3,500 jurulatih PLKN di seluruh negara. Jadi kita berharap supaya jurulatih yang layak mendaftarkan diri sebagai Askar Wataniah.

"Kita juga menggalakkan mereka terus berkhidmat sebagai Askar Wataniah dan memasuki sesi yang akan dijalankan nanti." katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia selepas menghadiri Pentauliahan Askar Wataniah di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK) di sini hari ini.

Yang turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohamad Khusrin Munawi; Panglima 11 Briged, Brigedier Jeneral Datuk Mohamad Khir Abdullah; Komander Rejimen 502 Askar Wataniah, Brigedier Jeneral Profesor Madya Datuk Thanthawi Jauhari Ahmad dan Pengerusi Eksekutif AirAsia Berhad (AirAsia), Datuk Kamarudin Meranun.

Sebanyak 49 anggota Askar Wataniah ditauliahkan setelah menghadiri kursus Asas Perajurit Muda Sukarela (Khas) siri 1/2014 selama 30 hari bermula 25 Januari lalu.

Kesemua anggota sukarela itu mewakili SUK Selangor (29 orang), AirAsia (20), JLKN (14) dan lain-lain jabatan (15).

Sementara itu, Ashrul Mazlan, 29, yang dinobatkan sebagai Penuntut Akademik dan Keseluruhan Terbaik gembira kerana diberi peluang untuk menganggotai pasukan berkenaan.

"Saya berminat menyertai pasukan beruniform, namun terpaksa menghentikan hasrat kerana ketika itu sedang menunggu cahayamata kedua.

"Bagaimanapun, itu tidak mematahkan hasrat saya dan mengambil keputusan untuk menyertai pasukan ini," katanya yang bekerja di AirAsia.

Dalam pada itu, anugerah Penuntut Penembak Terbaik diberikan kepada Mohd. Khairul Nizam, 19, manakala Penuntut Kawad Terbaik, Mohd. Fauzee Hamzah, 28.

Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/utusan/ ... ingkat---Abdul-Hadi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 10:52 PM GMT+8 , Processed in 0.184357 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list