CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mohdmus

(MERGED) PASUKAN SIMPANAN ATM (AW/PSSTLDM/PSSTUDM)

[Copy link]
Post time 3-5-2015 07:13 PM | Show all posts
PASUKAN SIMPANAN SUKARELA TLDM (PSSTLDM) DAN PALAPES UiTM KD SRI KLANG DI TANGKAS, KD PELANDOK

Pasukan Simpanan Sukarela TLDM (PSSTLDM) dan PALAPES UiTM Shah Alam dari KD SRI KLANG telah menjalani Latihan Mengawal Kebanjiran dan Melawan Api (MKMA) di TANGKAS, KD PELANDOK di sini, semalam. Latihan yang dihadiri seramai 81 orang pegawai dan anggota ini merupakan sebahagian dari Rancangan Latihan (RALA) yang telah dirangka untuk pelatih dari KD SRI KLANG bagi tahun ini.





Secara keseluruhan, objektif latihan adalah untuk memahirkan pegawai dan anggota PSSTLDM berkenaan aspek latihan praktikal dan prosedur MKMA dijalankan. Latihan juga bertujuan untuk mendedahkan situasi sebenar kepada pelatih apabila berhadapan dengan situasi sedemikian kelak. Latihan dimulakan dengan kelas ulangkaji teori kepada peserta, diikuti dengan latihan praktikal mengawal kebanjiran di dalam simulator DCTU dan diakhiri dengan latihan praktikal melawan api di dalam FFTU. Latihan dijalankan di bawah seliaan dan tunjuk ajar Jurulatih TANGKAS yang berpengalaman diketuai oleh Lt Mohd Zaini bin Mohd Yusop TLDM dan PW II TMK Mohd Haidzir bin Abdul Shukor. Latihan berkala sebegini telah memberi impak positif kepada pegawai dan anggota PSSTLDM serta PALAPES bagi memantapkan lagi ilmu dan pengalaman di dalam perkhidmatan khususnya di dalam aspek MKMA.





Sumber:
http://www.navy.mil.my/index.php ... tangkas-kd-pelandok
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2015 07:16 PM | Show all posts
MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT PEGAWAI MEMERINTAH KD SRI MANJUNG

Majlis pemakaian pangkat Pegawai Memerintah KD SRI MANJUNG telah diadakan di Padang Kawad KD PELANDOK pada jam 1000 pagi. Majlis yang penuh bermakna ini telah dihadiri oleh YBhg Komander Pangkalan Lumut (KOMPAL) Laksamana Pertama Dato’ Pahlawan Khairuddin bin Mohd Arif, Pegawai Memerintah KD MALAYA Kepten Kamaruddin bin Omar, Pengarah MTL Simpanan P/Kepten Zainul Rashid bin Abdullah, Pegawai Memerintah Unit PSSTLDM, Pegawai kanan, dan anggota PSSTLDM bagi sama-sama meraikan majlis yang bersejarah ini.



Objektif pemakaian pangkat Pegawai Memerintah merupakan salah satu tradisi TLDM untuk mengiktirafkan seorang Pegawai Tertinggi dimana sumbangan yang diberikan oleh pegawai tersebut banyak menaikkan nama TLDM amnya serta Angkatan Tentera Malaysia khasnya. Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia (PSSTLDM) merupakan Angkatan Simpanan TLDM yang berfungsi sebagai benteng kedua pertahanan negara.  PSSTLDM ditubuhkan pada 1963 sejajar dengan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).





Upacara dimulakan dengan pemakaian pangkat Pegawai Memerintah KD SRI MANJUNG Kepten Veerakumar a/l Subbiah PSSTLDM yang telah disempurnakan oleh YBhg KOMPAL Laksamana Pertama Dato’ Pahlawan Khairuddin bin Mohd Arif. Kepten Veerakumar a/l Subbiah PSSTLDM telah berkhidmat dalam PSSTLDM selama 20 tahun dan telah menyertai KD SRI MANJUNG sebagai Pegawai Kadet Kanan pada 1 Febuari 1994. Dengan memiliki kelulusan Sarjana Muda Pendidikan dan Sarjana Sains Teknologi Maklumat dari Universiti Sains Malaysia, beliau kini bertugas di Jemaah Nazir Sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Beliau telah dilantik sebagai Pegawai Memerintah mulai 14 November 2013 dengan pangkat Komander dan kini telah dinaikkan ke pangkat Kepten mulai 1 November 2014. Majlis diteruskan dengan ucapan oleh YBhg KOMPAL. Majlis kemudiannya disusuli dengan bacaan doa oleh Pegawai Laksana KD SRI MANJUNG, Kdr Abdul Rahman bin Abdul Hamid PSSTLDM sebelum diakhiri dengan sedikit jamuan ringan.

Sumber:
http://www.navy.mil.my/index.php ... ntah-kd-sri-manjung
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2015 07:19 PM | Show all posts
PERBARISAN PEMBUKAAN KEM TAHUNAN PSSTLDM 2014

Perbarisan Pembukaan Kem Tahunan Pasukan Simpanan Sukarela TLDM (PSSTLDM) telah dilaksanakan di Padang Kawad KD PELANDOK.  Kem Tahunan PSSTLDM pada kali ini telah disertai seramai 250 warga PSSTLDM iaitu terdiri daripada 134 orang Pegawai dan 116 anggota Lain-Lain Langkat (LLP).



Perbarisan ini diketuai oleh Lt Kdr Thangaraj a/l Veluchamy PSSTLDM dan terdiri daripada 5 platun yang melibatkan Pegawai dan anggota LLP dari 11 buah unit Pasukan Simpanan TLDM seluruh Malaysia serta diiringi oleh Pancaragam KD PELANDOK.  Acara perbarisan bermula pada jam 0815 pagi setelah Komander Pangkalan Lumut (KOMPAL), Yang Berbahagia Laksamana Pertama Dato’ Pahlawan Khairuddin bin Mohd Arif tiba.  Ketibaan YBhg  KOMPAL telah disambut oleh Pengarah Sumber Manusia – Simpanan P/Kept Zainul Rashid bin Abdullah, Pegawai Memerintah KD SRI INDERA SAKTI Kept Noor Zukhi bin Harun, Pegawai Memerintah KD MALAYA P/Kept Kamaruddin bin Omar serta Pegawai-pegawai Memerintah PSSTLDM.  Seterusnya, YBhg KOMPAL menerima tabik hormat dan disusuli dengan pemeriksaan platun.  





Di dalam ucapan perasmian, beliau telah mengalu-alukan kedatangan kesemua peserta Kem Tahunan PSSTLDM dan menyarankan agar peserta member komitmen yang tinggi dalam setiap aktiviti yang akan dilaksanakan.  Selepas tamat perbarisan, YBhg KOMPAL meluangkan masa bergambar bersama Pegawai Kanan, Pegawai PSSTLDM serta Pegawai Staf.  Selesai sahaja sesi bergambar, YBhg KOMPAL telah meluangkan masa beramah mesra dengan warga PSSTLDM sambil menikmati jamuan ringan yang telah disediakan.  



Kesemua peserta menunjukkan sikap bersemangat dan teruja untuk mengikuti pelbagai program dan siri latihan yang telah dirancang sepanjang Kem Tahunan kali ini terutamanya pelayaran bersama KD SRI INDERA SAKTI dan KD JEBAT.  Diharapkan kesemua peserta dapat memberikan komitmen yang jitu dalam menjayakan Kem Tahunan PSSTLDM pada tahun ini sekaligus mendokong objektif Kem Tahunan serta membuktikan keberkesanan latihan yang telah dilaksanakan di unit-unit PSSTLDM.



Sumber:
http://www.navy.mil.my/index.php ... ahunan-psstldm-2014
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2015 07:23 PM | Show all posts
BENGKEL HALATUJU PSSTLDM PEMACU KEARAH KECEMERLANGAN

Bengkel halatuju PSSTLDM telah diadakan sempena Kem Tahunan PSSTLDM bertempat di Bilik Mesyuarat KD SRI MANJUNG selama 4 hari bermula 23 sehingga 26 Nov 14.  Bengkel ini telah dirasmikan oleh Pengarah Pengurusan Sumber Manusia – Simpanan P/Kept Zainul Rashid bin Abdullah TLDM pada jam 0900 pagi. Seramai 30 Pegawai PSSTLDM terlibat bagi membincangkan dan membentangkan kertas kerja untuk halatuju dalam memperkasakan peranan PSSTLDM selaku pasukan sokongan TLDM.



Bengkel pada siri kali ini menjurus kepada kajian terhadap peranan, tugas dan tanggungjawab PSSTLDM semasa aman, sumbangan individu PSSTLDM berdasarkan kepakaran dan kebolehan kepada TLDM serta aktiviti mahupun latihan yang boleh menarik minat warga PSSTLDM yang kurang aktif. Para peserta bengkel dibahagikan kepada 3 sindiket dan hasil kajian ini akan dibentangkan pada hari terakhir bengkel kepada Asisten Ketua Staf Sumber Manusia, Laksamana Muda Dato’ Anuwar bin Mad Said.





Sumber:
http://www.navy.mil.my/index.php ... earah-kecemerlangan
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2015 07:26 PM | Show all posts
KD SRI INDERA SAKTI BERSAMA KEM TAHUNAN PASUKAN SIMPANAN SUKARELA TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA (PSSTLDM)

Kem Tahunan PSSTLDM 2014 telah dilaksanakan mulai 13 hingga 27 Nov 14 di  Pangkalan Lumut dan kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Seramai 250 warga PSSTLDM dari 11 unit PSTLDM yang terlibat dengan Kem Tahunan kali ini.





KD SRI INDERA SAKTI dan KD JEBAT telah dijadikan sebagai platform untuk anggota PSSTLDM menjalani latihan di laut bermula dari 17 hingga 21 Nov 14. Seramai 136 anggota Pegawai dan LLP telah mengikuti pelayaran untuk menjalani latihan praktikal di kapal – kapal TLDM. Tujuan pelayaran ini adalah untuk menyemarakkan semangat dan minat anggota PSSTLDM melalui pelaksanaan latihan yang lebih menarik di kapal, meningkatkan tahap keaktifan anggota PSSTLDM melalui latihan yang bermutu dan berkesan serta menilai tahap keberkesanan latihan yang dilaksanakan di unit PSSTLDM terhadap peranan dan tugas mengaugmentasi Angkatan Tetap.

Latihan bersama kapal TLDM ini telah diketuai oleh Kepten Noor Zukhi bin Haji Harun TLDM, Pegawai Memerintah KD SRI INDERA SAKTI manakala dari PSSTLDM diketuai oleh Kepten Dato’ Prof IR DR Alias bin Mohd Noor PSSTLDM.Latihan yang telah berjaya dilaksanakan sepanjang pelayaran adalah seperti Latihan Penembakan, Penggeledahan, Pendaratan, Mencegah Kebanjiran Melawan Api (MKMA), Bersauh, Stesen Penerbangan, Pemindahan Tali Balingan dan Latihan Janggal. Kesemua latihan telah dilakukan dengan tunjuk ajar dan pemantauan oleh warga kapal.





Anggota PSSTLDM juga telah berpeluang melihat degan lebih dekat Pulau Jarak dan Pulau Perak yang merupakan kawasan tanggungjawab rondaan kapal TLDM

Pulau Langkawi telah dipilih sebagai salah satu tempat untuk kesemua pelatih PSSTLDM beristirehat. Kapal telah merapat di Jeto TLDM Langkawi (JTL) bagi member peluang kepada PSSTLDM beristirehat disamping melawat ke temat bersejarah.

Pengalaman dan ilmu yang sangat berharga ini amat dihargai oleh seluruh para peserta kem tahunan pada kali ini. Pengalaman ini diharap dapat membantu dalam pelaksanaan tugas anggota PSSTLDM semasa diperlukan kelak.

Sumber:
http://www.navy.mil.my/index.php ... ja-malaysia-psstldm
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2015 07:29 PM | Show all posts
PROJEK JIWA MURNI – PSSSTLDM KD SRI MANJUNG BANTU MANGSA BANJIR DI DAERAH PERAK TENGAH

Pegawai dan Anggota Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia (PSSTLDM) dari unit KD Sri Manjung, Pangkalan TLDM Lumut mengambil inisiatif membantu mangsa banjir di kawasan daerah Perak Tengah.



Satu tim PSSTLDM yang terdiri daripada 17 pegawai dan anggota lain-lain pangkat PSSTLDM telah digerakkan ke Pusat Pemindahan Utama Banjir daerah Perak Tengah di MRSM Pasir Salak, Kampung Gajah dan Pusat Pemindahan Banjir SMK Sungai Ranggam, Kota Setia, Teluk Intan pada Sabtu dan Ahad, 3 dan 4 Januari 2014. Pegawai Memerintah KD Sri Manjung, Kept Veerakumar a/l Subbiah PSSTLDM turut serta dalam program ini.



Dalam projek jiwa murni ini PSSTLDM Lumut telah membantu dan menyumbangkan bekalan keperluan makanan dan pakaian terpakai kepada mangsa banjir di MRSM Pasir Salak, Kampung Gajah. Di Pusat Pemindahan Banjir SMK Sungai Ranggam, Kota Setia, Teluk Intan, pegawai dan anggota PSSTLDM bergotong-royong bersama Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Wanita UMNO Parlimen Pasir Salak membantu menyediakan makanan bermasak iaitu sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam kepada mangsa banjir di pusat pemindahan tersebut. Bantuan yang dihulurkan oleh tim PSSTLDM ini merupakan tanggungjawab kepada masyarakat setempat dan negara.



Sumber:
http://www.navy.mil.my/index.php ... daerah-perak-tengah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-5-2015 07:32 PM | Show all posts
LATIHAN MKMA PASUKAN SIMPANAN SUKARELA TLDM (PSSTLDM) KD SRI KLANG DI TANGKAS, KD PELANDOK

Lumut 8 Feb 15 – Latihan Mengawal Kebanjiran dan Melawan Api di Sekolah CBRNDC, KD PELANDOK oleh Pasukan Simpanan Sukarela TLDM (PSSTLDM) dari KD SRI KLANG telah dilaksanakan dengan jayanya disini. Latihan yang dihadiri seramai 42 pegawai dan anggota ini adalah sebahagian dari RALA KD SRI KLANG 2015 yang telah dirangka. Secara keseluruhan, objektif latihan adalah untuk memahirkan pegawai dan anggota PSSTLDM berkenaan aspek latihan praktikal Mengawal Kerosakan dan Melawan Api (MKMA) dan memberi pendedahan situasi sebenar kebakaran.



Kesemua latihan yang dilaksanakan adalah di bawah seliaan dan tunjuk ajar oleh Jurulatih Sekolah CBRNDC yang diketuai oleh Ketua Sekolah CBRNDC Lt Mohd Zaini bin Mohd Yusop TLDM dan dibantu oleh Lt Mohd Yusairy b Mohd Yusri TLDM, PW II TMK Mohd Zamzuri bin Saleh, BK TMK Suzalmi b. Sulaiman dan BK TLS Mohd Nawawi b. Chik. Turut hadir adalah Pegawai Memerintah KD SRI KLANG, Kdr Prof Madya Dr. Jamalunlaili bin Abdullah PSSTLDM.





Latihan dimulakan dengan kelas pengenalan kepada Alat Pemadam Api Kecil (APAK), diikuti dengan latihan praktikal penggunaan APAK mengikut kelas api.



Latihan berkala sebegini telah memberi impak positif kepada pegawai dan anggota PSSTLDM bagi memantapkan lagi ilmu dan pengalaman di dalam perkhidmatan khususnya di dalam aspek MKMA.

Sumber:
http://www.navy.mil.my/index.php ... tangkas-kd-pelandok
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2015 07:36 PM | Show all posts
LATIHAN MENEMBAK SENJATA KECIL PSTL DAN PWTL BERSAMA DENGAN MAJIKAN ANGGOTA PSSTLDM DAN LAWATAN ULUNG PENGARAH PASUKAN SIMPANAN TLDM

Sesi latihan bermula pada jam 0800H setelah ketibaan Pengarah Pasukan Simpanan dan dimulakan dengan taklimat keselamatan dan tatacara penggunaan senjata dengan betul kepada majikan dan anggota.




Objektif latihan adalah untuk meningkatkan kemahiran dan kecekapan anggota dari segi penggunaan dan pengendalian senjata api kecil. Selain itu, latihan menembak ini juga dapat merapatkan lagi hubungan silaturrahim antara TLDM bersama dengan agensi luar.





Latihan menembak ini melibatkan penggunaan senjata jenis pistol Glock 17, pistol HS9, M4 Carbine dan M16 A1. Sebanyak 2 kategori latihan menembak dilaksanakan iaitu Centre Fire Target dan Jatuh Piring. elain latihan menembak ini, PSTL dan PWTL Kuching telah menerima lawatan ulung Pengarah Pasukan Simpanan TLDM ke Kuching. Lawatan ini juga bertujuan untuk mengenalpasti permasalahan yang berlaku di unit untuk dibincangkan di peringkat tertinggi TLDM.

Sumber:
http://www.navy.mil.my/index.php ... sukan-simpanan-tldm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2015 07:40 PM | Show all posts
MAJLIS PEMBUKAAN KURSUS LEFTENAN/LEFTENAN MADYA PEGAWAI PASUKAN SIMPANAN SUKARELA (PSSTLDM) 2015 DI KD SULTAN IDRIS I

Lumut, 6 April 15 (Isnin). Bertempat di Auditorium Venus, KD SULTAN IDRIS I (KDSI I) telah diadakan Majlis Pembukaan Kursus Leftenan/Leftenan Madya Pegawai Pasukan Simpanan Sukarela (PSSTLDM) 2015 pada jam 0900. Kursus ini yang disertai 23 peserta berpangkat Leftenan Madya dan Leftenan Muda PSSTLDM dijadualkan bermula dari 5 Apr dan berakhir pada 18 Apr 15.




Majlis Pembukaan yang dirasmikan oleh Ketua Jurulatih KDSI I, Kdr Mohd Amin bin Mat Tahir TLDM turut dihadiri oleh pegawai-pegawai staf dan jurulatih yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Kdr Mohd Amin dalam ucapannya berharap agar setiap jurulatih dan peserta akan memberikan yang terbaik bagi memastikan objektif kursus ini tercapai matlamatnya.




Selesai ucapan pembukaan, majlis diteruskan dengan bacaan doa. Setelah selesai bacaan doa, ke semua peserta kursus telah berpeluang untuk bergambar bersama dengan pegawai dan jurulatih.

Sumber:
http://www.navy.mil.my/index.php ... i-kd-sultan-idris-i
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2015 07:43 PM | Show all posts
BENGKEL HALA TUJU DAN TRANSFORMASI PSSTLDM 2015

Kuala Lumpur, 11 Apr – Bengkel Hala Tuju dan Transformasi PSSTLDM yang diadakan selama tiga hari mulai 9 hingga 11 April 2015 telah dilaksanakan dengan jayanya di Wisma Perwira ATM. Bengkel tersebut telah dirasmikan oleh Asisten Ketua Staf Sumber Manusia, YBhg Laksda Dato’ Anuwar bin Mad Said



Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memberikan idea serta pandangan bagi menghasilkan kertas kerja hala tuju PSSTLDM membuat penambahbaikan kepada sistem pengurusan dan pentadbiran PSSTLDM yang lebih baik agar dapat menjadikan PSSTLDM sebuah pasukan yang benar-benar efektif dan komited dalam mendukung pelan-pelan transformasi TLDM. Kehadiran peserta bengkel terdiri daripada Pegawai-Pegawai Memerintah dan Pegawai-Pegawai Unit Pasukan Simpanan TLDM (PSTLDM) yang merupakan mempunyai kelebihan dari segi akademik dan latar belakang kepakaran dalam pelbagai bidang.

Intipati bengkel adalah membincangkan 3 perkara iaitu peranan PSSTLDM ke arah transformasi, pelan transformasi untuk menjadikan PSSTLDM satu pasukan yang lebih efektif serta aktiviti dan latihan yang boleh menarik minat warga PSSTLDM yang kurang aktif.




Pelan-pelan transformasi yang dibentangkan termasuk dari segi penyelidikan dan pembangunan, peperangan siber, peranan semasa kecemasan dan bencana serta pengurusan kualiti yang merupakan antara perkara-perkara yang amat baik dan boleh dicadangkan untuk diimplementasikan di dalam pelan transformasi.




Sebelum majlis penutup dilaksanakan, Timbalan Panglima Tentera, Laksdya Dato’ Seri Panglima Ahmad Kamarulzaman bin Hj Ahmad Badaruddin telah mendengar para peserta bengkel membentangkan kertas kerja yang diperbincangkan setiap kumpulan.  Turut hadir adalah Asisten Ketua Staf Sumber Manusia, YBhg Laksda Dato’ Anuwar bin Mad Said.  

Sumber:
http://www.navy.mil.my/index.php ... ormasi-psstldm-2015
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2015 07:48 PM | Show all posts
Latihan Kem Tahunan Pegawai Muda PSSTUDM Dan Pegawai Kadet PALAPES Udara IPTA 2014

Majlis Pembukaan Kem Tahunan Pegawai Muda PSSTUDM dan Pegawai Kadet PALAPES Udara IPTA tahun 2014 telah diadakan di Padang Kawad Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Majlis perasmian pembukaan kem tahunan tersebut telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatanarah Pasukan Simpanan Tentera Udara (JPSTU), Lt Kol Parvez bin Mohamed Yusuf TUDM.

Antara jemputan yang turut sama menjayakan majlis tersebut adalah Mejar (K) Dato‘ Abdul Rahimi bin Ahmad PSSTUDM iaitu Pengarah Pusat Asasi UIAM, Dr Che Amnah binti Bahari iaitu Pengarah Credited Cocuricular Activity Centre IIUM dan para pensyarah serta staf daripada UIAM.

Latihan Kem Tahunan ini disertai oleh Pegawai Muda PSSTUDM dan Pegawai Kadet PALAPES Udara dari Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), Gombak, Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok, Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kejuruteraan Nibong Tebal, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Kampus Gong Badak, Kuala Terengganu dan Universiti Malaysia Pahang (UMP) Kampus Gambang, Pahang.







Sumber:
http://www.airforce.gov.my/my-be ... es-udara-ipta-2014/
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2015 07:53 PM | Show all posts
Majlis Penutup Latihan Berterusan Alumni Pegawai Muda PSSTUDM Siri1/2014

Majlis Penutup Latihan Berterusan Alumni Pegawai Muda PSSTUDM Siri 1/2014 telah disempurnakan oleh AKS Tadbir, YBhg Brig Jen Ahmad Tarmizi bin Elias TUDM. Turut hadir di majlis penutup adalah Pegawai Memerintah Rejimen TUDM, Kol Haji Mohamed Nazri bin Dashah TUDM dan Pengarah PSTU, Lt Kol Parvez bin Mohamed TUDM.

Semasa di majlis penutup, AKS Tadbir turut menyempurnakan pemakaian pangkat Leftenan PSSTUDM kepada 51 orang Leftenan Muda PSSTUDM.

Latihan Berterusan Alumni Pegawai Muda PSSTUDM telah dilaksanakan selama empat hari di Rejimen TUDM Jugra dan Lapang Sasar PDRM Kuala Langat. Seramai 100 orang Pegawai Muda PSSTUDM telah melibatkan diri dalam latihan pada kali ini. Antara pengisian Latihan Berterusan bagi Pegawai Muda PSSTUDM adalah lawatan di Rejimen TUDM, Latihan Menembak Pistol dan Latihan Tali tinggi.








[img]
[/img]

Sumber:
http://www.airforce.gov.my/my-be ... -psstudm-siri12014/
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2015 07:55 PM | Show all posts
Majlis Pemakaian Pangkat Kehormat PSSTUDM





KUALA LUMPUR, 28 Apr 15 – Majlis Pemakaian Pangkat Tauliah (Kehormat) Pasukan Simpanan Sukarela TUDM (PSSTUDM) kepada lima orang ahli Akademik dan Korporat telah disempurnakan oleh Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato’ Sri Che Akmar bin Mohd Nor TUDM di Eagle Nest, Markas Tentera Udara hari ini.

Dato’ Edron Hayata bin Tan Sri Dato’ Seri Ahmad Johan telah dianugerahkan Pangkat Lt Kol Kehormat PSSTUDM sebagai penaung Pasukan Simpanan Sukerala AIROD, kini beliau bertugas sebagai Eksekutif Director Comercial MRO.

Profeser Doktor Nik Wan bin Omar juga telah dianugerahkan Pangkat Lt Kol Kehormat PSSTUDM sebagai Penaung Pelapes Udara Universiti Sultan Zainal Abidin, kini beliau berkhidmat sebagai Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Sultan Zainal Abidin.

Manakala tiga lagi penerima bagi pangkat Mej (Kehormat) PSSTUDM adalah Mej (Kehormat) Doktor Salman bin Abu Mansor PSSTUDM, Mej (Kehormat) Profesor Madya Doktor Raman bin Nordin PSSTUDM dan Mej (Kehormat) Sayuti bin Yahaya PSSTUDM. Turut hadir semasa majlis berlangsung adalah pegawai Kanan TUDM.

Sumber:
http://www.airforce.gov.my/my-be ... t-kehormat-psstudm/
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2015 12:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Salam satu malaysia saya rajkumar a/l kasi betul betul minat nak masuk askar.2013 saya layak dan dah habis 4 bulan training rekrut di pusasda.malangnya bulan saya tercedera masa latihan..sekurang kurangnya 3 bulan saya nak rehat untuk meneruskan latihan...komandan suruh masuk latihan yang akan datang tetapi umur saya dah 25...no tentera saya 1177818.. saya ada peluang untuk masuk simpanan dan masuk rekrut balik..harap harap tuan bagi peluang utk saya.saya mempunyai kelayakan diploma automotif engineering di politeknik..
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2017 07:40 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2018 07:25 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:32 PM GMT+8 , Processed in 0.072727 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list