CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: munyhamasaki

Lemah dalam Bahasa Inggeris??

[Copy link]
Post time 29-12-2011 12:40 PM | Show all posts
Post Last Edit by cikgutuition at 29-12-2011 13:03

Assalamualaikum dan SalamSejahtera


2012 semakin hampir dan tinggalbeberapa hari sahaja lagi kita akan memasuki tahun baru ini. Bagaimana dengan tahun 2011 kepada anda? Pada saya, lupakan 2011 kerana ianya akan menjadi sejarah dan cuba buatkan 2012 sebagai tahun yang lebih baik untuk kita semua.

Bagaimana pula dengan persediaan anda untuk meningkatkan kemahiran berkomunikasi bahasa Inggeris anda dalam tahun 2012? Dalam artikel saya kali ini saya akan memberikan tips dan petua berdasarkan pengalaman saya belajarbahasa Inggeris selama 40 tahun, pengalaman sebagai trainer selama 16 tahun dan pengalaman mengajar bahasa Inggeris kepada ribuan orang dan kepada organisasi-organisasi seperti KWSP, Kementerian Kesihatan, Jabatan Perdana Menteri, Jabatan Statisitik Malaysia, Drypers, Universiti Malaya dan sebagainya.



1. Daftar untuk kelas bahasa Inggeris yang anda rasa sesuai untuk anda – Carauntuk mahir berkomunikasi dalam bahasa Inggeris ialah dengan mendaftar dalamkelas-kelas bahasa Inggeris yang sesuai dengan anda. Pastikan kelas yang andaingin sertai itu sesuai dengan kemampuan anda sebab ada pelajar-pelajar cikguyang pergi kekelas yang diajar oleh orang asing dan menggunakan 100% bahasaInggeris tidak dapat mengikuti kelas itu dengan berkesan. Jangan pula malu dansegan menyertai kelas –kelas seperti kelas cikgu yang menggunakan BM dan BIdalam syarahan dan nota. Apa yang penting ialah anda boleh faham dan bolehpraktikkan apa yang telah anda pelajari.


2. Beli kamus dan buku-bukurujukan yang berkaitan – Untuk mahir dalam komunikasi bahasa Inggeris, andaperlu ada bahan-bahan rujukan yang efektif seperti kamus yang lengkap,thesaurus untuk daftar perkataan seerti dan berlawanan, kamus peribahasa atauidiom dictionary dan juga buku-buku latihan.


3. Ianya mesti setiap hari –Aktiviti untuk meningkatkan komunikasi bahasa Inggeris mesti di lakukan setiaphari.Tiada cuti.Ianya mesti menjadi sebahagian dari hidup anda dan anda mestitenggelam dalam bahasa Inggeris anda. Bahasa Inggeris adalah satu budaya danbukan sekadar satu mata pelajaran.


4. Cintai bahasa Inggeris anda –Ianya akan menjadi lebih mudah untuk anda mahir jika anda menyukai, menyanyangibahasa Inggeris anda. ‘To know English is to love English’ Inilah slogan atau moto yang perlu anda gunakan setiap hari.


To be continued.


Kursus Asas-AsasKomunikasi bahasa Inggeris untuk dewasa(pagi) dan untuk pelajar sekolah(petang) akan saya mulakan di Prct 16,Putrajaya pada 7hb Jan ini dan di Sunway pada 8hb Jan ini. Tempat terhad dan dah hampir penuh. Hubungi saya di0193090711 segera jika berminat.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2012 02:05 PM | Show all posts
NAK JUAL SET BAHASA LINGUAPHONE KPD STUDENT DGN HARGA LEBIH MURAH!

sy bukan agent Linguaphone pun. cuma terfikir utk let go set bahasa English yang sy pernah beli dr Linguaphone ni. dulu masa beli harga almost RM2.4k. bayar ansuran la masa study. heheh. now da masuk alam pekerjaan rasa dah x perlukan lagi buku2 ni semua. so sy mahu jual pada siapa2 yang berminat.

nasihat sy pd pelajar2 yg berminat nak memiliki set bahasa ni, x payah beli dgn agent linguaphone. or else korg akan menyesal mcm sy. byr mahal2, if lambat byr je nama naik kat CTOS. so byk risiko kan? sy pun terkial2 jugak nk settlekan bayarannya dulu. but now alhamdulillah dah selesai. jd nama pun xde la naik dlm notis utk elakkn kne blacklist.

so sy nak jual pula dgn mereka yg mahu beli set bahasa ni. LEBIH MURAH, LEBIH BERBALOI, LEBIH SELAMAT. YANG PENTING X KAN ADA ORG YANG CALL KAMU TIAP BULAN UTK MINTA PAYMENT. hihihi siapa yg prnah beli dgn agent Linguaphone mesti dah masak dgn cara diorang ni kan.

HARGA : RM 1700.00 (2 kali ansuran boleh)

- semua set buku2 masih lengkap. cuma headphone je dah xde.
- prefer COD coz lebih selamat. (JOHOR/JB)
- later will update pic

anythinng juz email me : rara_ily@yahoo.com

thanks!
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2012 05:28 PM | Show all posts

*Artikel ini saya tulis dalam 2006 dan saya ubahkan sedikit untuk manfaat kepada mereka yang idak pernah membacanya..



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Mulai dari hari ini, InsyaAllah saya akan cuba menyumbang artikel-artikel yang diharap dapat membantu kita meningkatkan kemahiran bahasa Inggeris kita. Sesetengah dari artikel-artikel itu adalah dipetik dari buku tulisan saya sendiri.

=========================================

Pengenalan

Kita sudah lama mendengar tentang kepentingan bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian kita. Jika kita masih menuntut di peringkat rendah dan menengah bahasa inggeris pada kita hanyalah sebagai salah satu subjek yang di ajar di sekolah. Matapelajaran sains dan matematik sudah mula diajar dalam bahasa Inggeris.

Bila kita mula memasuki dunia pembelajaran setelah tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia maka kita akan lebih memahami akan kepentingan bahasa inggeris. Ini amat dirasakan oleh mereka yang melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi yang banyak menggunakan bahasa inggeris dalam proses pembelajaran mereka.


Apabila memasuki alam pekerjaan kita akan mula terasa kekurangan yang timbul akibat kelemahan dalam bahasa Inggeris terutamanya apabila bekerja di syarikat swasta yang banyak menggunakan banyak bahasa inggeris dalam komunikasi dalaman, komunikasi dengan syarikat-syarikat lain dan juga dengan pelanggan. Kelemahan dalam bahasa inggeris  juga akan menyebabkan kita tidak dapat melaksanakan kerja kita dengan baik dan juga akan menjejaskan peluang kenaikan pangkat oleh kerana majikan akan menilai kita sebagai seorang yang lemah dalam komunikasi. Kebolehan berkomunikasi amat penting dalam kerjaya kita oleh kerana kekurangan dalam aspek  akan membuat kita gagal menyampaikan idea-idea kita dengan baik.

Bilakah situasi yang akan menyebabkan kita kurang efektif apabila lemah dalam bahasa inggeris ditempat kerja?Saya beri beberapa contoh seperti berikut:-

  • Temuduga     Ini amatlah penting untuk mereka yang baru tamat pengajian dan mula ingin memulakan kerjaya mereka. Tanpa ada pengalaman kerja maka pihak penemuduga akan membuat penilaian berdasarkan keputusan peperiksaan mereka dan juga kebolehan berkomunikasi semasa ditemuduga.Oleh kerana mereka yang dipanggil untuk temuduga akan mempunyai kelayakan yang hampir semua maka sudah tentu kebolehan berkomunikasi semasa ditemuduga akan menjadi faktor utama untuk majikan menerima mereka sebagai pekerja baru di syarikat mereka.Oleh itu bila ditemuduga mereka yang gagal bertutur dengan baik akan gagal mendapat pekerjaan tersebut walaupun keputusan peperiksaan mereka jauh lebih baik daripada calon-calon lain.

Selain dari untuk mendapatkan pekerjaan baru anda juga mungkin ditemuduga untuk kenaikan pangkat.Anda perlu ingat bahawa lebih tinggi pangkat anda maka lebih tinggilah kemahiran bahasa inggeris yang diperlukan dari anda. Ini kerana anda perlu menulis lebih banyak laporan dan membuat analisa dan juga perlu menghadiri lebih banyak mesyuarat dengan pihak pengurusan dan pelanggan.

  • Di tempat kerja   Kejayaan anda diterima bekerja di sesuatu organisasi adalah kombinasa keputusan peperiksaan anda, pengalaman bekerja dan juga hasil temuduga. Walaupun mungkin semasa temuduga yang anda hadiri adalah dalam bahasa Inggeris tapi kemahiran anda berbahasa Inggeris mungkin belum di uji sepenuhnya. Bila anda mula bekerja anda akan menyedari betapa pentingnya kemahiran bahasa Inggeris anda. Lebih tinggi pangkat anda maka lebih tinggilah kemahiran bahasa Inggeris anda yang

Dari pengalaman saya dalam mempelajari bahasa inggeris  ada 4 bahagian yang penting iaitu:-

i)                    Kosa kata      –  Vocabulary
ii)                   Tatabahasa    –  Grammar
iii)                 Penulisan       – Written English
iv)                 Pertuturan      – Spoken english

i)        Kosa Kata – Berdasarkan pengalaman saya kosa kata adalah aspek yang paling penting dalam menguasai bahasa inggeris. Kita tidak akan dapat berkomunikasi dan menulis dengan baik dalam jika kosa kata kita lemah dan tidak mencukupi. Ianya seumpama seorang budak kecil yang baru belajar bercakap dan sukar untuk kita fahami apa yang cuba disampaikannya. Ini kerana budak kecil mempunyai kosa kata yang terhad dan ini menyukarkan mereka menyampaikan mesej dengan tepat dan ringkas. Begitulah juga dengan kita apabila bertutur dan menulis dalam bahasa Inggeris dengan kosa kata yang terhad. Ianya menyukarkan kita untuk menyampai mesej kita dengan tepat dan seringkas yang mungkin. Penulisan dan percakapan kita akan meleret-leret dan juga mungkin membosankan. Tanpa kosa kata yang mencukupi anda akan menghadapi masalah untuk menyampaikan idea dan pendapat kita dengan lancar. Atau lebih buruk anda menggunakan perkataan yang silap atau tidak sesuai dan seterusnya menimbulkan salah faham di pihak pendengar/pembaca. Dalam bahasa inggeris amat banyak perkataan yang hampir-hampir serupa maknannya tapi lebih sesuai digunakan dalam situasi-situasi yang tertentu sahaja

Malangnya kebanyakan dari kita amat malas untuk meningkatkan kosa kata kita dalam BI. Berapa banyakkah dari kita yang membuatkan ianya satu tabiat untuk membaca suratkahabar BI setiap hari?

Berapa banyak kah daripada kita yang ada membeli kamus BI yang komprehensif sebagai rujukan kita?Terdapat beberapa jenis kamus yang terdapat di pasaran dan antara jenis kamus yang boleh didapati ialah :-

i)   Kamus Bahasa Inggeris – Bahasa Malaysia .   Kamus jenis ini memberi definisi perkataan-perkataan bahasa ingeris dalam bahasa Malaysia . Jenis kamus ini sesuai jika anda masih dalam peringkat permulaan untuk menguasai BI dan masih lemah dalam kosa kata bahas inggeris. Bagaimanapun anda tidak digalakkan berterusan menggunakan kamus jenis ini. Ini dalah kerana dengan menggunakan kamus jenis ini akan ada kecenderungan untuk anda berfikir dalam bahasa Malaysia terlebih dahulu sebelum menulis dan bertutur dalam bahasa Inggeris. Ini akan melambatkan proses penulisan dan pertuturan anda. Bila anda sudah semakin mahir anda patut mula gunakan kamus bahasa inggeris – bahasa inggeris

ii)  Kamus BM-BI      Kamus jenis ini memberi definisi perkataan-perkataan BM dalam Bahasa Inggeris. Ini sesuai untuk mereka yang tahu maksud perkataan dalam BM tapi tiada lansung tidak tahau apakah maksudnya dalam BI.


iii)   Kamus BI-BM BM-BI.  Ini bolehlah dikatakan kombinasi kedua2 jenis kamus diatas. Kamus ini memudahkan pengguna yang juga dalam peringkat beginner untuk mencari perkataan yang mereka cari samaada dalam BI mahupun dalam BM.

iv) Kamus BI-BI. Kamus jenis ini memberi definisi perkataan-perkataan BI dalam bahasa Inggeris Ini adalah kamus yang terbaik untuk mereka yang dalam peringkat intermediate dan advance. Untuk mereka yang sudah agak selesa dengan kosa kata BI mereka disarankan untuk menggunakan kamus jenis ini. Sesetengah dari kita takut untuk menggunakan kamus ini kerana risau tidak faham apa yang di definisikan dalam kamus ini. Mereka tidak perlu rasa kurang yakin kerana dengan menggunakan kamus jenis ini anda akan mepercepatkan kemahiran kosa kata anda.

Apakah yang terdapat dalam sebuah Kamus?

1. Introduction


Dalam ruangan pengenalan ini biasanya akan diterangkan bagaimana cara menggunakan kamus itu dengan efektif.Pengguna disarankan untuk mengambil masa membaca ruangan ini untuk memastikan mereka dapat menggunakan sebuah kamus itu dengan efektif.

2. Spelling


Kamus akan memberi anda cara ejaan yang sebenar untuk sesuatu perkataan yang anda cari.Ada juga jenis2 ejaan yang berbeza iaitu :-

i)                    Ejaan penuh      Dimana perkataan dieja sepenuh nya
ii)                   Akronim           Dimana akronim/singkatan di beri seperti NASA yang merupakan singkatan kepada National Aeronatics and Space Administration.
iii)                 Singkatan          Dimana singkatan yang telah diterima umum sebagai singkatan kepada ejaan penuh seperti mkt yang merupakan singkatan kepada market (pasar/pasaran)

3. Meaning


Kebanyakan orang menggunakan kamus untk mendapatkan meaning ataupun maksud sesuatu perkataan. Sesetengah kamus yang lebih komprehensif akan turut memberi 2-3 contoh ayat untuk memudahkan pengguna memahami maksud perkataan tersebut. Ada juga kamus yang turut meletakkan gambar untuk memudahkan pengguna memahami maksud perkataan tersebut. Penggunaan grafik amat sesuai untuk memudahkan pengguna memahami seuatu perkataan terutamanya yang bersifat teknikal.
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2012 05:29 PM | Show all posts
Post Last Edit by cikgutuition at 3-1-2012 17:34

4. Grammar

Kamus juga akan menunjukkan bagaimana sesebuah perkataan itu akan digunakan secara grammatically. Secara amnya sesebuah kamus juga akan mendefinisikan samaada perkataan itu adalah :-

i)  Verb   -   Kata kerja. Verb bermaksud perkataan itu digunakan untuk menerangkan sesuatu perkataan. Antara contoh verb ialah run,laugh,walk,talk,sleep,swim,sing. Perhatikan semua perkataan tersebut menggambarkan perbuatan.

ii) Noun   -   Kata Nama.Contoh Noun ialah car,house,man,woman,dog,cat dan lain-lain.

iii) Adverb – Adverb banyak digunakan untuk menerangkan verb. Jika verb nya ialah run maka adverb digunakan untuk menerangkan perkataan ‘run’ tersebut.

Cth:-

1. Ali ran slowly to the car just now.

Dalam contoh diatas ‘slowly’ digunakan untuk menerangkan bagaimana perbuatan Ali (i.e. ran) itu berlaku.
Bagaimanapun perlu diingatkan yang adverb banyak penggunaannya dan boleh juga digunakan untuk menerangkan adjectives dan juga adverbs yang lain.

2. Ali is a very slow walker.

Dalam contoh di atas, 'slow' ialah adjective atau kata sifat yang digunakan untuk menerangkan noun 'walker'.Adverb 'very' ditambah di dalam ayat untuk menguatkan lagi makna 'slow' itu.

3. Ali ran very slowly to the car just now.

Dalam contoh di atas, 'slowly' ialah adverb pertama yang digunakan untuk menerangkan verb 'ran'.Adverb 'very' ditambah di dalam ayat untuk menguatkan lagi makna 'slowly' itu iaitu dari 'dengan perlahan' kepada 'dengan amat perlahan'

iv)   Adjective     Adjective pula digunakan untuk menerangkan sesuatu noun. Jika dalam noun nya ialah house maka adjective akan  digunakan  untuk menerangkan bentuk atau keadaan fizikal rumah itu.

Cth:-

The house is big.

The house is colourful.

Jadi dalam contoh diatas adjective yang digunakan ialah big dan colourful dimana ianya digunakan untuk menerangkan tentang sifat/keadaan ‘house’ yang merupakan satu noun.


5. Pronunciation

Didalam kamus biasanya akan ditunjukkan juga bagaimana sesuatu perkataan itu akan disebut (pronounced). Perlu diingat bahawa BI banyak meminjam perkataan dari bahasa-bahasa lain dan walaupun bahasa asing itu telah diserap dalam BI kebiasaanya pronunciation nya masih dikekalkan dalam bentuk asal. Antara yang pronunciation nya yang jauh berbeza dari ejaan nya ialah perkataan yang diambil dari bahasa Perancis.


Antara contoh2 perkataan ini ialah:-

Grand Prix
Buffet
Par Avion
Rendezvous

Kursus Asas-Asas Penulisan dan Perbualan bahasa Inggeris akan bermula pada 7hJan di Putrajaya dan 8hb di Sunway. Sesi pagi untuk dewasa dan sesi petang untuk pelajar sekolah. Kursus yang sama akan diadakan pada 3 dan 4 hb March di Jb dan 7 dan 8hb April di Kota Bharu.

Cikgu Yusoff
0193090711

Like FB Page saya di Cikgu Yusoff's English
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2012 10:29 PM | Show all posts
Salam semua

Saya amat berharap kepada mereka yang merasakan mereka masih lemah dalam bahasa Inggeris untuk tingkatkan usaha anda di 2012 ini.Saya akan cuba membantu sedaya upaya saya tetapi anda semua perlu membantu diri anda terlebih dahulu.

Ini kerana usaha banyak perlu datang dari diri anda sendiri. Walaupun yang mula belajar dengan saya di Sunway dan Putrajaya pada 7 dan 8hb baru2 ini, saya cuma  boleh berikan mereka 50% sahaja dan selebihnya perlu datang dari diri mereka sendiri iaitu:-

1. Perlu rajin mengulangkaji nota2 Grammar.
2. Perlu rajin meningkatkan kosakata bahasa Inggeris mereka atau Vocabulary mereka.
3. Perlu rajin buat latihan.
4.Perlu rajin membaca

Kesimpulannya ada 3 aspek yang penting iaitu GRAMMAR, VOCABULARY dan EXERCISES.

Good luck semua!

Cikgu Yusoff
019 3090711
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2012 10:33 AM | Show all posts
For the Grammar Part you can buy my Manual Lengkap bahasa Inggeris or books by Betty Azar.Azar's books are very good ESL or English as second language books esp on verb tenses.For basic Grammar buy the Basic English Grammar (warna merah).Price is around RM59.
Mmg ramai yg x suka Grammar ni tp kena tahu if you want people to respect yr English.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-2-2012 02:27 PM | Show all posts
For the Grammar Part you can buy my Manual Lengkap bahasa Inggeris or books by Betty Azar.Azar's boo ...
cikgutuition Post at 11-1-2012 10:33


You are totally correct, Cikgu. Grammar is the main key to access the whole world of English. At least you are encouraging yourself to understand and get familiar with the basic grammatical rules, and then, you enable to write and speak in a limited way yet effective, which is Okay. As far as I concern, students are hardly focused and set their mind to learn, understand, THINK, and speak in English. Let's start to think in English - I know it is difficult at the first stage.

Regards,
Zulfadli Rosli
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2012 11:05 AM | Show all posts
sy x fasih english...nk sgt fasih mcm kawan lain...prob is environment...sume pakat cakap melayu...ssh kann nk improve...sudahnye hari2 sy akan dgr radio english aje...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2012 11:05 AM | Show all posts
lagi satu sy rase...x de keyakinan dlm diri..rase malu je nk sebut patah2 perkataan..padahal tulis ok jek..
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2012 06:21 PM | Show all posts
kena banyak berkomunikasi.. baru blh lancar. jgn malu..
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2012 06:22 PM | Show all posts
genot posted on 19-2-2010 03:44 PM
Hi, naikAntenna, nothing wrong in your wordings if they're in the sense of speech and as long as peo ...

betul cakap si genot ni..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 09:35 AM GMT+8 , Processed in 0.083363 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list