CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: HangPC2

Sejarah Burma (Myammar)

[Copy link]
Post time 9-2-2010 08:08 PM | Show all posts
nah peta lokasi negara kota2 orang Pyu


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2010 08:18 PM | Show all posts
etnik Mon Myanmar

- abad ke-6 M, kerajaan orang Mon Dvaravadi di selatan lembah Chao Phraya dalam negara Thailand hari ini meluaskan sempadan ke pergunungan Tenasserim Yoma.
- disebabkan diserang n selalu disepak2 oleh kerajaan Angkor dari empayar Khmer, pada abad ke-11 M, orang2 Mon mengubah ibu kota mereka ke sebelah barat sedikit iaitu dalam wilayah Myanmar hari ini.
- tradisi lisan selalu menyebut tentang hubungan orang2 Mon dengan ajaran Buddha melalui kegiatan pelayaran seawal abad ke-3 M.
- pada abad ke-2 M, negara kota2 orang Mon menerima rombongan duta yang disertai sami2 Buddha dari empayar Maurya dihantar oleh maharaja Ashoka di pelabuhan2 mereka.
- orang2 Mon menerima budaya Hindu dari India purba bersama2 dengan ajaran Buddha aliran Langka (Theravada).
- mereka juga dikatakan mengasaskan kerajaan2 yang terletak di Myanmar selatan seperti di Thathon pada abad ke-6 M atau ke-7 M n Bago (Pegu) pada tahon 825 M sama2 dengan kerajaan Ramannadesa (Reman) yang dipercayai berhubungan dengan Thathon gak melalui rowayat2 pengembara2 Arab pada tahon 844-888 M.
- msalah kekurangan bukti arkeologi yang dijumpai mungkin sekali sebab kegiatan arkeologi banyak sekali ditumpukan di sekitar Myanmar di Utara.
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2010 10:36 PM | Show all posts
etnik Bamar, Burma

- lagi atas ke utara Myanmar, lagi satu puak manusia, iaitu puak Bamar (Mranma, Myanma) mula masuk bertempat dalam kawasan Myanmar hari ini.
- sekitar 849 M, mereka membina kerajaan yang kuat berpusat di kota Bagan yang telah kosong ditinggalkan oleh puak Pyu.

- tradisi rowayat bamar menceritakan bahawa orang Bamar adalah satu drpd tiga puak tibeto-burman lain iaitu puak2 Pyu, puak Thet, n puak Kanyan.
- memang bahasa Pyu n orang2 Pyu lepas tu pupus secara tetiba selepas pemasakan batu besurat Myachedi tahon 1113 M.

- perkataan Mranma, dalam batu besurat orang Mon n Myanmar disebut pada masa pahatan yg hampir2 sama menunjukkan bahawa orang Pyu yang berada di selatan sempadan kawasan penghijrahan orang2 Tibeto-Burma ke selatan telah diserap seluruhnya n mendapat identiti baru pula oleh kelompok penghijrahan kedua dari bangsa yang sama.
- negara kota Bagan pada awalnya muncul dalam keadaan yang terpencil sehinggalah kenaikan raja Anawratha (Anuradha) yg memerintah sekitar tahon 1044-1047 M.
- beginda raja Anuradha menyatukan seluruh wilayah orang Burma n mengalahkan negara kota orang Mon di selatan iaitu, Thathon sekitar tahon 1057 M.

- penyatuan diteruskan n diselenggarakan kemudiannya oleh pengganti Anuradha iaitu Kyanzittha (1084-1112) serta oleh Alaungsithu (112-1167).
- pada pertengahan abad ke-12 M, hampir separuh kawasan daratan benua Asia Tenggara berada dalam penguasaan kerajaan Bagan n sebahagian lagi dalam penguasaan empayar Khmer.
- kerajaan Bagan kemudian mula jatoh selepas banyak tanah2 mereka dikuasai oleh sangkhom atau masyarakat biara yang agak berpengaruh.

- sebab lain kejatuhan Bagan juga adalah disebabkan oleh ancaman Mongol di utara mereka.

- pemerintah sebenar Bagan yang terakhir, raja Narathihapate (1254–87) merasa yakin baginda mampu mengalahkan Mongol n merempuh masuk dalam Yunnan pada 1277 M untuk perang dengan Mongol.
- kesilapan percaturan baginda menyebabkan baginda kalah teruk dalam peperangan Ngasaunggyan, n negara kota Bagan x mampu lagi nak tahan drpd kejatuhan.
- raja Naradhihapatti dibunoh oleh anaknya sniri pada tahon 1287 M, sekaligus juga memasukkan, cuba halang Mongol dalam tahon 1287 dalam peperangan Bagan.

- gimanapon Mongol berjata gak menakluki hampir seluruh empayar Burma termasuk ibu kotanya.
- kerajaan Bagan berakhir pada 1289 M, n seorang raja boneka dilantik di Burma.
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2010 12:53 AM | Show all posts
bnyaknya etnik di burma
-tp di msia, etnik melayu takdela bnyak2 mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2010 03:32 AM | Show all posts
Etnik ni dari jaman kuno mmg banyak kat mana2 pon banyak walopon dalam negara China yang muka semua spesen sajah... bangsa sama2 Mongol (Asia), lain2 etnik pula. Orang puteh panggil Asia ke benua ni sebab Asia bawa maksud Mongoloid.

benda2 nasionalism ni sbenarnya wujud masa abad ke-19 M, sebab penjajahan omputeh tu n x sangka lak negara Indojakarta pon mengamalkan nasionalism ajaran org puteh ini, sebab mereka minat sunggoh benda2 remeh begini

tapi kita sini x salahkan omputeh 100% la, benda ni mmg akan terjadi jugak sudah ada dalam suratan ilahi, orang Buddha kata, "mi phromlikhit laew" makna "sudah tertulis dalam telapak tangan Brahma" la.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-4-2010 11:45 AM | Show all posts
Ok Terima Kasih genot bagi full info
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 19-5-2010 05:27 PM | Show all posts
Kedudukan Burma nih amat menarik sebab dekat dengan India dekat dengan Asia Tenggara dengan dengan area Tibet
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2010 11:19 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2010 12:52 AM | Show all posts
Etnik Melayu di Myanmar

Selalu orang dok ingat Melayu mesti kaitan dgn Sumatera aja. Benda ni adalah salah sama sekali n untuk maklumat tambahan kita bacakan maklumat yg ini. Etnik yg dipanggil Melayu ni ada di beberapa negara di Asia Tenggara ni sejak beribu2 ratus tahun lampau dorang memang ada di situ sb dorang adalah jenis orang Laut.

Negara Myanmar ialah salah satu negara di Asia Tenggara yang ada etnik Melayu dan orang Laut selain Kemboja, Thailand, Malaysia, Brunei, n Indonesia (bahagian Riau-Lingga).

Orang2 etnik Melayu ni ada di kepulauan Mergu atau dlm bahasa Burma dipanggil sebagai Miyeik Chunsu n kepulauan ni sebahagiannya terletak di sebelah selatan Myanmar dengan lebih drpd 800 buah pulau mula dr selatan Myanmar melingkung sampai ke Indo-China maksudnya meliputi kawasan Semenanjung Tanah Melayu, Sumatera, Riau-Lingga, S'pore, Borneo n pulau2 kat selatan Indo-China.

Dolu2 orang Burma pernah panggil Smenanjung Tanah Melayu sbg Pashu Chun Shwe maksudnya Semenanjung Tanah Melayu jugak, Pashu merujuk kepada etnik Melayu. Jadi etnik Melayu di Selatan Myanmar sebenarnya adalah keturunan orang2 Austronesia yang majoritinya zaman2 kuno dolu tinggal di hampir seluruh kawasan semenanjung Tanah Melayu termasuk di pantai barat sebelah utara (Kedah-Perlis-Satun) sampai ke dalam kawasan Myanmar selatan hari ini.

Kawasan tempat tinggal etnik melayu dari burma ni berada dalam kawasan pentadbiran thanintaryi sekarang termasuklah jugak negeri orang Mon di utaranya, dan bersempadan dgn negeri Kachin. kawasan puak2 Melayu ni dolu2 pernah menjadi bahagian dalam kerajaan2 orang Mon yg berpusat di Thathon sehinggalah tahon 1057 M. Kemudian lepas itu masuk pula jadi sebahagian wilayah dalam kerajaan empayar Bagan (etnik Burma) bawah perintah maharaja Anuradha.

empayar kemaharajaan etnik Burma iaitu empayar bagan mula jatuh pd tahon 1287 M. kawasan wilayah orang Melayu dari Myanmar jatuh dalam kekuasaan kerajaan Sukhothai yg tengah naik bintangnya. kemudian lepas Sukhothai jatuh n diserap masuk dalam Sri Ayutthaya, maka kawasan puak Melayu dalam Myanmar hari ini pon jd sebahagian empayar Siam juga.

wilayah orang etnik Melayu selatan Myanmar kemudian masuk semula dalam lingkungan pentadbiran Burma pada 1564 bila maharaja kerajaan Burma, raja Burengnong (Bayinnaung) dr dinasti Taungoo menakluki seluruh Siam. Tahon 1593, kerajaan Siam melawan Burma balik lalu menuntut balik wilayah selatan bahagian Thanintaryi serta kemudiannya seluruh wilayah tersebut pd tahon 1599.

Tahon 1614, maharaja Anaukphetlun telah takluk semula sebahagian kawasan utara pantai Thanintaryi sampai ke Dawi, tp gagal pula menakluki yg sebahagian lagi. maharaja Alaungpaya dr dinasti Konbaung menyatukan semula seluruh wilayah yg terlepas dalam satu kerajaan pimpinan orang Burma tahon 1758.

Etnik Burma menggunakan semenanjung Thanintaryi sbg tapak melancarkan semula serangan bg menakluki kerajaan Siam dalam tiga dekad berturut2. Siam berasa tergugat n cuba rampas balik semenanjung Thanintaryi (termasuk wilayah orang2 Melayu), tp serangan Siam berjaya dihalang Burma.

Lepas tamat perang, puak British n kerajaan Siam tandatangan satu perjanjian persempadanan pada 20 Jun 1826, kemudian satu lg tandatangan tahun 1868. Pd abad ke-18 M, Mergui menjadi pelabuhan bagi kerajaan Ayutthaya (Siam). Mergui juga jd pusat dagangan penting utamanya kpd pedagang Europa yang akan berlabuh di Mergui, naik ke sungai di Thanintaryi (Tenasserim) dan kemudian melintasi gunung2 untuk sampai ke Sri Ayutthaya (Siam).

Pegawai Perancis nama dia Chevalier de Beauregard telah dilantik jd gubenor bandar Mergui selepas pemberontakan terhadap puak British pd Julai 1687. De Beauregard dilantik sbg gubenor di situ oleh maharaja Siam, iaitu Narai menggantikan gubenor lama, iaitu orang British nama Samuel White.

Perancis pon pastu kena sepak dr Mergui tahun 1688 lepas revolusi Siam. orang British mengawal kawasan Mergui lepas perang Anglo-Burma dr tahon 1824-1826. wilayah pentadbiran Rakhine n Thanintharyi berpindah pentadbiran ke dalam kuasa British!

Puak Melayu yang tinggal di selatan Myanmar dan selatan Thailand bahagian berdepan dengan laut Andaman dikategorikan sbg jenis Kedah, dahulunya Kedah pernah menjadi antara kuasa yang garang dalam sejarah Asia Tenggara. empayar Kedah pernah meliputi kawasan selatan Myanmar iaitu wilayah Thanintary, sehingga ke kawasan negeri2 utara di Malaysia.

majoriti penduduk di Kok Song (Pulau Dua) terdiri dr orang Muslim Thai, Buddha Thai, etnik Burma, serta lain2 etnik minoriti macam etnik Mon, Shan (etnik Thai-Burma), n Karen (jenis Burma, tp Kristian). Orang Salone atau Moken, etnik2 Laut lain, serta etnik Melayu dipanggil sebagai Pashu ja oleh orang2 Myanmar lain. Cina n India rakyat Myanmar masuk ke Kok Song masa zaman pentadbiran British bg memenuhi keperluan industri serta carigali bijih timah.  

Skarang nih, jumlah kependudukan orang Pashu (Melayu) dianggarkan kurang dr 100, 000 orang, banyak jugak dah lari ke Malaysia, Thailand, dan stengah lagi dorang g ke bahagian lain dalam Myanmar macam ke Rangoon. Puak Pashu (Melayu) yg tinggal mendiami Kok Song yang merupakan kawasan paling selatan sekalik dalam Myanmar bawah pentadbiran wilayah Thanintaryi.

Pulau itu ms zaman pentadbiran British antara tahon 1824-1948 dipanggil sbg Victoria Point. Tahon 1959, Cina tempatan kat situ n puak2 Thai berpenempatan di Malaiwan. 1865, puak2 lain keturunan Arab n Melayu masuk ke situ diketuai oleh Nayuda Ahmad. dorang berjalan2 di situ sambil kutip barangan2 keluaran hasil laut sekitar kepulauan Mergui. Kemudian dorang mula bukak tapak situ menjadi sebuah kampung kat kawasan teluk di Victoria Point. Menurut artikel dihasilkan Maung-Ko Ghaffari dr Yangon tersiar dalam akhbar the Sun pada 28 Mei 2007, warganegara Myanmar etnik Melayu banyaknya bertumpu di kawasan bandar Bokpyin, ada kampong2 dorang di situ, stengah lagik kat pulau2 di Teluk Bengal.

Maung Ko Ghaffari ni adalah ketua editor majalah Islam Alin (Cahaya Islam) yg diterbitkan di ibu negara Myanmar, Yangon.
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2010 01:08 AM | Show all posts
Bahasa Melayu Myanmar

Etnik Melayu yang ada di Myanmar ni bersangkut paut dengan etnik Melayu dr kesultanan Kedah serta berkait juga dengan etnik Melayu dr lima wilayah paling selatan dalam negara Thailand yg zaman2 dolu membentuk kerajaan kesultanan Pattani.

bahasa yang biasa dorang bertutur di kawasan dorang adalah bahasa Burma, diikuti bahasa Thai. Puak Melayu di Myanmar adalah orang2 yang dwibahasa, bertutur dua bahasa. dorang boleh cakap bhs Burma dgn dialek yg dipanggil sbg Myeik mcm orang Burma tempatan di situ serta boleh pula cakap Melayu dialek Kedah-Perlis.

kebudayaan puak Melayu di Myanmar dipengaruhi agama Islam sejak kurun ke-15 M n bahasa Melayu Klasik (Persuratan Jawi) memang jd Lingua Franca termasuk di kawasan selatan Myanmar. Kawan aku yg wat phD di Iran pon beritau ekspedisi pengkajian sejarah lektrer dorang memang dapat maklumat itu drpd orang2 di situ katanya ada banyak teks2 bahasa Melayu bertulisan jawi tp banyak dh rosak atau mumkin dlm simpanan individu. Ada jugak bahasa pasar berdasarkan bahasa Melayu dituturkan di kawasan paling selatan sekali di dalam Myanmar.

orang2 Melayu tua di situ reti baca Jawi. Ada banyak mesjid termasuk masjed jamek di sekitar kawasan Kok Song sampai ke Ranong di Selatan Thai. Ada jugak etnik Melayu yg kawin dgn etnik2 lain beragama islam di Myanmar. stengah anak2 dorang belajar di sekolah kerajaan yg biasa sistem Myanmar stengah lagik belajar di pondok2. Melayu Myanmar bermazhab Sunnah dan mengikuti aliran Feqah Syafi'ie sama ja lah mcm majoriti orang2 Melayu di Malaysia.

aktiviti harian dorang adalah mcm jadi nelayan, penternak kerang amik mutiara, sarang burung, getah, kelapa, cari sarang burung, atau wat belacan. aktiviti lebih kurang orang2 kat Kuala Perlis n Kuala Sangalang ja pong di Perlis, aku balik cuti raya yg lepas ke Kuala Sanglang rumah maternal uncle, banyak dorang dok sibuk bela burung layang2, ada kilang2 tempat burung layang2 bersarang, rumah sniri pon dh jd mcm dalam gua celah2 sarang burung
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2010 05:22 PM | Show all posts
British di Burma

Mula masuk British ke Burma sekitar tahon 1824 n kekal di sana sampao tahon 1948. Terjadinya perang Anglo-Burma melalui pembentukan Burma sebagai salah satu wilayah bagi British India sampai lah menjadi wilayah koloni yang ditadbir cara berasingan dari India. Maksudnya mula2 Burma sepatutnya dimasukkan sekali dgn India, tp lepas tu British pecahkan pentadbirannya di Burma jadi berasingan sampai kemerdekaan, sama la macam Tanah Melayu jugak. Mungkin sb nak jimat kos atau macam mana kah itu hal mereka lah.

Bahagian2 dalam Burma hari ini termasuklah wilayah Arakan n Tenasserim ditakluki oleh British selepas mereka menang dalam perang Anglo-Burma. Burma Bawah pula ditakluki oleh British dalam perang Anglo-Burma ke-II tahun 1852. Semua wilayah2 yg kena takluk itu diberi taraf wilayah2 kecil dengan bahagian wilayah pusatnya British Burma dengan kebenaran dr British India tahun 1862.

Tahon 1885, perang Anglo-Burma ke-III, Burma Atas pula ditakluki dan tahun berikutnya, wilayah Burma dalam British India ditubuhkan serta menjadi wilayah Pusat pada tahon 1897.

Semua jalinan masuk wilayah2 dalam Burma selesai pada 1937 n Burma mula ditadbir British cara asing oleh Pejabat Burma dan Setiausaha Negeri bagi India dan Burma.

Burma bebas dr pentadbiran British pada 4 Januari 1948. Burma kadang2 dirujuk sbg koloni orang Skotland sb peranan besar yang dimainkan oleh orang Skotland dalam koloni serta pentadbiran. Salah sorang orang Skottish yang terkenal di Burma macam Sir James George Scott, n serikat perniagaan Irrawaddy Flotilla.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2010 10:07 PM | Show all posts
mana dia gambar... mana dia???? boring gak x ada gambar buleh tertidor membaca kalu hanya letak benda2 info aja. kena la ada gambar2 sikit ye x?



Hari Kemerdekaan Burma. Kiri, gubenor British, dan yang sbelah gubenor tu adalah Presiden Burma yang pertama, Sao Shwe Thaik, dorang berdiri untuk upacara menaikkan bendera negara baru Burma pada tanggal tarikh 4 Januari 1948.

kepada pak Indo-n2 jika memantau thread mengenai Burma, ini lah dia bendera British-Burma pada tahon 1937.... hangpa ingat M'sia sahaja "menjilat" kpd British? hahahahahaa, jangan jelesss ada lambang United Kingdom dalam bendera biru dia tu





kitab ini memperkatakan mengenai masyarakat Yahudi dari Baghdad di British Burma



Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2010 10:12 PM | Show all posts
Kawasan Burma Bawah termasuk sebahagian kawasan jajahan kesultanan Kedah di Thanintharyi sbenarnya masuk dalam wilayah pentadbiran British India pada tahon 1860 sblom dimasukkan sekali dengan Burma betul sampai jd Myanmar hari ini


Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2010 10:31 PM | Show all posts


Jalan Pagoda Sule di Rangoon, tempat ni adalah dalam pusat pentadbiran koloni British Burma sebelom perang dunia ke-II meletus. Pagoda tu boleh nampak kat latar belakang gambar, menara balai bomba kat sebelah kanan, dan bas Troli sedang melintas di jalan itu.




Maharaja Thibau n maharani Supalayat dalam gambar tahun 1880, maharaja Thibau menjadi raja terakhir bg negara Burma sebelom kena buang oleh pentadbir koloni British ke India.
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2010 03:09 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2010 03:14 AM | Show all posts




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2010 03:16 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2010 08:53 PM | Show all posts
apsal takda sempadan burma-bangladesh ??? ada sejarah di sebaliknya???
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2010 11:25 AM | Show all posts
waaaa..... best best thread pasai burma nieh. ;) ;) ;)
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2011 02:26 AM | Show all posts
burma kuat perang ....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:57 AM GMT+8 , Processed in 0.157199 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list