CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 23674|Reply: 33

Cari Alamat Perubatan Tradisional Liza Hamzah Di Kemaman Terengganu

[Copy link]
Post time 2-11-2009 04:51 PM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum Teman Teman,

1) Siapa siapa tahu alamat dan telephone no "Perubatan Tradisional LIza Hamzah " Di Kemaman Terengganu Di Kampung Paya Berenjut.

2) Dan juga "Perubatan Tradisional Chick" di Kuala Lumpur.

3) Harap dapat bantu saya.

Terima Kasih...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2009 04:58 PM | Show all posts
lain macam je namanya chick tu...
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2009 04:58 PM | Show all posts
xtau...saya orang kl.....huhu
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2009 05:33 PM | Show all posts
hmy3: ko nak buat apa?nak buang susuk ke?

ISU SUSUK

Artis yang Memakai Susuk!!!

Derita Artis Pakai Susuk..

KUALA LUMPUR: Ramai artis negara ini yang ingin kelihatan jelita dan mengekalkan populariti masih taksub dengan pemakaian susuk, biarpun zaman serba maju kini menawarkan pelbagai bentuk rawatan moden dan solekan.

Akibatnya ada yang terpaksa menanggung derita, termasuk diserang penyakit misteri dan jiwa sentiasa tidak tenteram akibat diganggu ‘penunggu susuk’.

Seorang pengamal perubatan tradisional (bomoh) di Kemaman, Terengganu yang terkenal dengan kepakarannya membuang susuk, Liza Hamzah, 40, berkata dia sering dihubungi dan didatangi artis yang ingin mendapatkan khidmatnya.

“Saya pernah mengeluarkan susuk seorang artis veteran yang cukup terkenal tetapi menderita. Selang tiga bulan kemudian, saya dengar dia meninggal dunia,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Paya Berenjut.

Liza mendakwa, sehingga ini lebih 20 artis datang mendapatkan khidmatnya sama ada mengeluarkan susuk, memerdukan suara atau menaikkan seri muka.

Katanya, kebanyakan pemakai susuk, termasuk artis dan orang kenamaan, menemuinya dan menyuarakan hasrat membuang susuk, tapi pada masa sama mereka bimbang tindakan itu menyebabkan wajah mereka bertukar hodoh.

“Itulah masalah utama mereka. Baru-baru ini seorang artis lelaki berusia 40-an menghubungi saya dan menyuarakan kebimbangan sama. Dia telefon banyak kali. Namun, saya menasihatinya supaya usah bimbang dan lebih baik buang sebelum susuk makan diri,” katanya.

Liza berkata, susuk berlian, emas, jarum dan beras adalah empat susuk yang biasanya digunakan wanita atau lelaki untuk ‘ditanam’ pada wajah bagi menaikkan seri.

Bagaimanapun, berlian dan emas adalah susuk popular bagi artis dan golongan berada, manakala susuk jarum dan beras digunakan penari tarian tradisonal.

Namun di sebalik wajah berseri, lama kelamaan pengguna susuk menjadi lemah dan tidak bermaya kerana susuk dikatakan memakan diri secara tidak sedar.

“Ini kerana susuk itu mempunyai penunggu,” katanya yang mengakui sering didatangi pemakai susuk untuk mendapatkan khidmat merawat dan mengeluarkan semula susuk.

Liza berkata, kerja menanam susuk pada wajah biasanya dilakukan bomoh Indonesia atau bidan dengan bayaran antara RM1,000 hingga RM2,000.

“Saya tidak nafikan, sebaik susuk emas, berlian, beras atau jarum dikeluarkan, wajah pemakai nampak berkedut halus, tapi ia tidak ketara. Jadi, mereka tidak perlu bimbang hal itu,” katanya yang lebih tujuh tahun mendalami ilmu perubatan tradisional, termasuk membuang susuk.

Liza menyarankan pemakai susuk segera membuangnya kerana memakai susuk akan memakan diri secara perlahan-lahan apabila diserang pelbagai jenis penyakit misteri yang sukar disembuhkan.

“Saya nasihatkan mereka yang memakai susuk supaya membuang amalan syirik itu yang memudaratkan diri dan menggunakan cara yang digalakkan Islam.

“Pemakai susuk tidak perlu bimbang dengan gangguan ‘penunggu’ susuk kerana mereka dibekalkan air dan limau nipis yang dijampi dengan ayat al-Quran.

“Setakat ini saya bersyukur mereka yang membuang susuk menggunakan khidmat saya boleh hidup tenteram, sihat dan tidak lagi diganggu penunggu susuk itu,” katanya yang bersuamikan seorang nelayan berusia lingkungan 40-an.

Liza yang turut berkemampuan membantu menyembuhkan pelbagai penyakit berkata, khidmat diberikan tidak dikenakan bayaran atau pengeras kerana niatnya membantu adalah murni.

Sementara itu, pengamal perubatan terkenal di Pandan Indah, di sini, Awang Mohd Yahya, 55 atau lebih dikenali sebagai ‘bomoh artis’ turut mengakui ramai artis sanggup ‘berhabis’ wang, malah berhutang, untuk memasang susuk dengan kepercayaan akan kelihatan cantik dan rezeki mereka bertambah selepas berbuat demikian.

Katanya, selain artis, susuk menjadi pilihan ‘mak datin’ yang tidak mahu suami menduakan mereka, peniaga yang ingin barangan mereka laris dan golongan intelektual yang ingin dihormati.

Beliau berkata, sejak menjadi ‘bomoh susuk’ pada 1974, pelanggannya tidak pernah berkurangan.

“Ini menunjukkan kepercayaan penduduk negara ini terhadap susuk tidak pernah terjejas. Biarpun sekarang ini ada bermacam produk kecantikan, menaikkan aura dan sebagainya, susuk terus menjadi pilihan,” katanya.

Awang yang lebih mesra dengan panggilan Pak Awang mendakwa, artis adalah pelanggan utamanya dan mengaku jumlahnya besar. Bagaimanapun, dia enggan mendedahkan siapa artis dimaksudkan.

“Minta maaf, saya diamanahkan pelanggan supaya tidak menceritakan nama mereka kepada sesiapa, namun terus-terang saya katakan banyak artis kita, sama ada lama atau baru, memakai susuk.

“Artis biasanya memakai susuk kerana ingin mengekalkan populariti dan kelihatan cantik serta cergas sepanjang masa. Ada juga meminta saya memasang susuk sebagai pendinding dan pelindung kerana bimbang dikhianati orang,” katanya.

Bagaimanapun, beliau mendakwa susuk ditanamnya adalah susuk daripada ayat al-Quran dan bukan jarum emas, berlian dan besi yang diharamkan Islam.

Antara jenis susuk yang ditawar Pak Awang ialah susuk ayat untuk ilmu kasihan, penunduk, pemanis, pendinding diri, seri wajah, suara merdu, penyeri diri, kelamin suami isteri, pelaris diri, pelaris perniagaan, pengikat kasih, penarik batin, luruh badan, pemikat umum, mandi susuk, susuk payudara, pulih dara dan ibu segala susuk.

Pak Awang berkata, berbanding bomoh susuk lain, beliau meminta pelanggan menemuinya dari semasa ke semasa untuk memastikan sama ada susuk itu bersesuaian dengan mereka.

Beliau yang mengendalikan Pusat Rawatan Zawil Hayat di Pandan Indah, dekat sini, mendakwa masalah susuk disalahtafsirkan sebagai sesat apabila bomoh bertanggungjawab memasukkan unsur sihir dan ilmu hitam di dalamnya.

“Bagi susuk yang ditanam benda ke dalam tubuh manusia, pemakainya harus membuang sebelum mereka meninggal dunia. Bagaimanapun, susuk saya tidak perlu buang kerana tidak dimasukkan apa-apa ke dalam tubuh,” dakwanya.

Beliau berkata, semua jenis rawatan ditawarkannya adalah satu usaha sebagai manusia yang mahu berikhtiar untuk memperbaiki diri dan kesihatan, sama ada zahir dan batin.

“Semuanya dengan keizinan Allah SWT,” katanya.

Ditanya mengenai bayaran dikenakan, Pak Awang turut merahsiakan dengan berkata, beberapa perkara perlu diambil kira sebelum mengenakan bayaran seperti masalah dihadapi pelanggan, jenis dan kesukaran ketika memasang susuk.
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2009 08:21 AM | Show all posts
Pernah sekali ikut adik berubat dengan seorang dukun/bomoh/pengamal perubatan tradisional pompuan, tapi bukan diKemaman, tapi di Beserah Kuantan.... Tak tahulah yang itu Liza atau tidak...
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2009 04:26 PM | Show all posts
dah dapat belum alamat yg di kemaman tu??
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-11-2009 04:51 PM | Show all posts
mcm mana aku blh singgah kat sini tah lah cari thread lain tadi. cuma nak bg tau ada adik kpd kawan saya ni keja kat hospital bahagian x-ray, bila ada org accident aja dia lah kena buat xray,....katanya most cases yg dia x-ray dia orang pakai susuk...baru je dia xray muka seorang mak datin accident, dr yg nonmoslem pun tak heran dah penuh susuk kat muka dia..

bertaubat lah...semua yg indah itu sementara aja..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2009 12:26 PM | Show all posts
adik saya ada berkawan dgn dia ni dulu..tapi tak tau la laa ni dia kawan ke tak lagi...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-11-2009 10:23 PM | Show all posts
5# matdue77 Boleh maybe Dia ini Yg Liza saya cara kot
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-11-2009 10:26 PM | Show all posts
8# lyza2474 Awak tanya dengan adik awak kalau betul tolong lah kasih contact atau alamat pls pls....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-11-2009 10:27 PM | Show all posts
6# tr11

Boleh lagi
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2010 07:00 AM | Show all posts
Ni number Kak Liza - 0139054130.
Alamat : Kg Paya Berenjut, Lrg 6, Kemamaman, Terengganu.


(posted by mobile)
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2010 07:23 AM | Show all posts
Lawo name kg....paye berenjut
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2010 08:45 AM | Show all posts
kalau ada susuk tanpa disedari pun dia boleh keluarkan ke? sbb adik aku 2-3 bulan lepas buat x-ray pasal sakit tulang belakang..alih2 ada 3 btg jarum halus kat belikat dia..doktor yg x-ray tu sangka adik aku pakai susuk walhal tak pernah pun.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2010 02:40 PM | Show all posts
Reply 14# kodoklawa

rasanya tu bkn susuk.. mcm kene tuju jah..
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2010 03:15 PM | Show all posts
Reply 15# halimi78

mungkin santau kot....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2010 03:26 PM | Show all posts
Reply 16# ronin

barangkali.. slalu yg antar jarum target nak soh mati..

















*motip nampak pokcik ronin kat CI jah mlm td..
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2010 05:25 PM | Show all posts
tr11  

Boleh lagi
Honey2009 Post at 6-11-2009 22:27


ko pakai susuk ekss... susuk aper ko pakai.. pakai kat tuttt bagi ketat ker susuk ko... leh citer skit.. best tak pakai susuk...
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2010 11:50 AM | Show all posts
mana TT? Dah jumpa Liza Hamzah ke belum?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-12-2010 10:36 AM | Show all posts
mana TT? Dah jumpa Liza Hamzah ke belum?
ronin Post at 8-12-2010 11:50

Dah jumpa n Dah pergi bila X-ray masih Ada lagi position n tempatnya sama aje so far Dah pergi 15 orang untuk buang Dan 1 minor operation pun tak successful. Harap di luar dapat Bantu says.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 08:36 PM GMT+8 , Processed in 0.082025 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list