CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6860|Reply: 23

Anak Bush akui White House berhantu!!!

[Copy link]
Post time 6-11-2009 11:23 AM | Show all posts |Read mode

WHITE House di Washington merupakan pejabat dan kediaman Presiden Amerika Syarikat.

NEW YORK - Jenna Bush Hager yang merupakan anak perempuan bekas Presiden Amerika Syarikat, George W. Bush mendakwa terdapat suasana menyeramkan semasa dia tinggal di White House, Washington, lapor sebuah akhbar semalam.
Dia memberitahu program perbualan yang dikendalikan oleh Jay Leno bahawa suasana menakutkan itu berlaku dekat pendiangan di dalam bilik tidurnya di White House.
Bangunan White House menempatkan kediaman dan pejabat Presiden AS.
Jenna yang berumur 27 tahun dan merupakan seorang guru dan kini menjadi koresponden pendidikan untuk program televisyen Today Show berkata: "Saya mendengar suara hantu. Semasa saya sedang tidur, tiba-tiba saya mendengar muzik tahun 1920-an."
"Saya dapat mendengarnya. Saya berlari memasuki bilik kakak saya. Dia (kakaknya) seperti tidak percaya (apa yang didengarinya).
"Pada minggu berikutnya, kami tidur bersama di dalam bilik saya. Telefon kemudian berdering menyebabkan kami terjaga."
Menurutnya, mereka kemudian tidur semula tetapi bunyi muzik kedengaran dari tempat pendiangan.
"Kami melompat ke atas katil dan kemudian bertanya kepada kakitangan di tempat pendiangan.
"Kami cuba untuk menjadikannya rasional tetapi mereka (kakitangan White House) menyatakan bunyi itu kedengaran pada setiap masa," kata Jenna dalam program itu baru-baru ini.

JENNA (kiri) yang ditemu bual oleh Leno dalam satu program perbualan memberitahu dia mendengar suara hantu di White House.

Jenna dan keluarganya tinggal di White House dari 2001 hingga 2009.
Namun, dia mengaku tidak pernah melihat hantu bekas Presiden AS, Abraham Lincoln yang dikatakan kerap berkeliaran di White House.
Hantu Lincoln dilaporkan berjalan di tangga tingkat dua, mengetuk pintu dan berdiri dekat beberapa buah tingkap.
Bekas Perdana Menteri Britain, Winston Churchill turut enggan tidur di bilik Lincoln selepas dia melihat hantu bekas presiden AS itu di bilik tersebut.
Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton pernah menyatakan mengenai suasana menakutkan di White House semasa tinggal di kediaman tersebut semasa suaminya Bill Clinton menjadi presiden.
Hillary memberitahu program Rosie O'Donnell Show: "Anda tahu, mungkin terdapat hantu di sana (White House). Ia merupakan sebuah rumah besar yang lama dan apabila lampu tidak dipasang dan gelap, sebarang pergerakan akan mendapat perhatian anda."
Harry Truman yang pernah tinggal di White House semasa menjadi presiden pernah menulis mengenai hantu di kediaman tersebut.
"Pada pukul 4 pagi, saya terjaga kerana terdapat ketukan di pintu bilik tidur. Tidak ada sesiapa di situ (pintu).
"Celaka! Tempat ini berhantu," kata Truman. - Agensi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2009 11:25 AM | Show all posts
iya kew?
agak2nya dorang adew panggil pemburu hantu tak??

hehehe kena buat bacaan yasin ni
tapi laku ke dgn hantu mak saleh heheheh
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2009 11:38 AM | Show all posts
Yg hidup dlm White House tu sama je hantunya dgn hantu Presiden yg lain.
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2009 11:44 AM | Show all posts
WH tu kan tempat "hantu2 hidup" yg tinggal..so same jelah
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2009 11:56 AM | Show all posts
eee seramm...aku ingt sana x dee...
ada jugaa ek... hantu tu ckp mat saleh keee?
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2009 12:24 PM | Show all posts
eee seramm...aku ingt sana x dee...
ada jugaa ek... hantu tu ckp mat saleh keee?
rienafaiz Post at 6-11-2009 11:56 AM


abih...xkan cakap melayu kot...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-11-2009 01:22 PM | Show all posts
antu2 mmg dok sne pn
so..x heran la
yg idop pn pangai cm antu jgak
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2009 01:38 PM | Show all posts
sebab..bapak dia pun hantu....!!!hantu semak,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2009 04:34 PM | Show all posts
alah.. mana2 rumah yang lama2 macam tu mesti ler ada ramai yang tinggal, samada nampak ke tak nampak ke..
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2009 05:04 PM | Show all posts
biase la tu white house kan umah lame...
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2009 09:27 PM | Show all posts
ingat hantu kat Malaysia aje kerr... oops... ingat JIN ada kat Malaysia aje kerr.... Jin  ada kat seluruh dunia termasuk lautan dalam, pergunungan, hutan, pantai, atas awan, di planet2, bintang, angkasa, dalam diri manusia, di hujung jantung, dalam pembuluh darah, pada rambut wanita, dan bayak lagi kawasan.....
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2009 11:00 PM | Show all posts
obama x terserempak lg ke ngn antu tu????

P/S: antu saddam hussein x kaco lak bush lahanat ni dulu...
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2009 01:26 AM | Show all posts
panggil la kumpulan TAPS
ahaks~
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2009 12:44 PM | Show all posts
mungkin bole kot bace doa versi omputihhh.....
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2009 02:41 PM | Show all posts
tak hairan lah yer, sbb white house tu dah lama gila...
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2010 08:03 PM | Show all posts
haha....tu la wat jahat sangat.... antu suka la jadi member dia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-6-2010 09:16 PM | Show all posts
pasai jahat sgt,antu pn mencikkk..tu yg g kacau tuh..
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2013 03:26 PM | Show all posts
antu takut antu
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2013 05:04 PM | Show all posts
ce' cuba wat bacaan yasin, insyaallah hilang
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2013 05:04 PM | Show all posts
kat umah rasmi menteri besar kedah pun berhantu
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 10:45 AM GMT+8 , Processed in 0.069109 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list