CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6872|Reply: 21

pinatubo deja vu; gunung berapi mayon dah muntahkan lahar!!

[Copy link]
Post time 12-11-2009 04:26 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by amazed at 20-12-2009 21:10

Gunung berapi paling aktif keluar letusan abu

Gambar fail yang diambil pada 5 Disember, 2006 merakamkan dua orang remaja sedang membersihkan peti sejuk yang tertimbus di bawah debu gunung berapi Mayon yang melitupi sebuah kampung di kaki gunung itu, selepas gunung itu meletus pada 2006. - AFP



MANILA 11 Nov. - Salah satu daripada gunung berapi paling aktif di Filipina mengeluarkan kepulan abu ke udara hari ini, sekali gus memberi amaran kepada penduduk setempat supaya mengosongkan kediaman mereka sebagai persediaan menghadapi letusan.

Letusan abu berwarna kelabu yang berlaku pada awal subuh di gunung berapi Mayon itu telah menyelubungi sembilan buah kampung berhampiran yang mempunyai penduduk seramai 22,000 orang, kata jurucakap Institut Kajian Gunung Berapi dan Seismologi.

Buletin terkini institut tersebut menyatakan terdapat tanda-tanda letusan pasti berlaku, dengan kawasan sekitar gunung bergegar selama kira-kira tiga minit dan serpihan-serpihan batu di bahagian atas gunung mula bersinar dengan warna merah.

Gunung berapi yang terletak di tenggara Manila itu, masih berada di paras amaran tahap kedua, iaitu 'dalam keadaan tidak tenteram yang mungkin menyebabkan lebih banyak letusan abu atau letusan magma yang membinasakan'.

Penduduk telah didesak supaya mengosongkan kawasan berkenaan dan sekiranya tahap amaran meningkat, kerajaan akan mengarahkan kawasan kampung sekitar dikosongkan.

"Sekiranya terdapat limpahan abu, penduduk terbabit dinasihatkan supaya berlindung di dalam rumah atau menutup muka dengan kain lembab yang kering atau mengenakan topeng muka," kata penasihat kerajaan.

Mayon yang merupakan tempat tumpuan utama pelancong telah meletus sebanyak 48 kali termasuk letusan terbaru pada 2006.
Berdasarkan data seismologi, ia telah menunjukkan aktiviti abnormal sejak Julai lalu. - AFP



tingat lak masa pinatubo meletus 1992 dulu... gelap abis kat mesia  nih...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-11-2009 04:35 PM | Show all posts
takutnya....takut plak peristiwa satu malaysia gelap sekajap dan berdebu di beberapa kawasan....
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2009 04:38 PM | Show all posts
Hamba2Nya terlalu lalai..............
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2009 04:55 PM | Show all posts
Lama tak nampak bang amazed...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-12-2009 06:48 AM | Show all posts

THE PHILIPPINES: gunung berapi MAYON muntah lahar

20,000 penduduk kampung terpaksa berpindah


GAMBAR menunjukkan lahar muntah dari Gunung Mayon
di Filipina semalam.


LEGASPI - Kira-kira 20,000 penduduk kampung meninggalkan rumah mereka semalam apabila Gunung Mayon di Filipina memuntahkan lahar dan asap ke udara, kata pihak berkuasa.

Pasukan tentera dan polis menggunakan trak untuk memindahkan orang ramai dari beberapa zon berbahaya di sekitar kaki gunung berapi itu berikutan kebimbangan bahawa satu letusan besar diramal berlaku pada bila-bila masa.

"Selepas Gunung Mayon memuntahkan lahar dan abu setinggi 1,000 meter dari kawahnya, kami tidak dapat menolak kemungkinan gunung berapi itu akan meletus," kata ketua operasi menyelamat di lokasi tersebut, Cedric Daep.

Menurutnya, pihak berkuasa berharap dapat memindahkan hampir 50,000 orang dari kampung-kampung yang berada dalam lingkungan lapan kilometer dari Mayon menjelang esok.

"Kematian dan kecederaan sifar adalah matlamat kami," katanya.

Pasukan keselamatan menggunakan berpuluh-puluh buah trak untuk memindahkan orang ramai ke kawasan-kawasan yang lebih selamat.

Gunung Mayon, yang terletak dalam wilayah Albay di Pulau Luzon iaitu kira-kira 330 kilometres (200 miles) ke tenggara Manila pernah meletus sebanyak 48 kali. - Agensi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-12-2009 03:15 PM | Show all posts
16 Disember, 2009

Philippine Mayon Volcano Spews Ash, Minor Eruption



MANILA, Dec 16 (Bernama) -- Philippine Mayon Volcano had a minor eruption on Wednesday morning, spewing ash reaching up to 500 meters, the local media said, reported China's state-media Xinhua news agency.

In an interview with Inquirer.net, the online edition of the Philippine Daily Inquirer, Philippine Institute of Volcanology and Seismology (Phivolcs) Science Research Specialist Paul Alanis said that the minor eruption was recorded at around 10:16 a.m. (0216 GMT).

Phivolcs has recorded 78 volcanic earthquakes in the last 24 hours.

The 2,472-meter volcano is located in Albay province, about 360 kilometers south of Manila. The volcano has erupted about 50 times since 1616. It last erupted in July 2006, forcing more than 30,000 people to flee their homes.

Phivolcs put the Albay province under Alert level 3 on increased volcanic activity. It has recommended the evacuation of residents of municipalities and towns near the volcano, Xinhua said citing the local media.

The Provincial Disaster Coordinating Council said that as of Wednesday morning, it has evacuated over 6,000 families from 16 villages. Evacuation efforts are still ongoing.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 17-12-2009 08:22 AM | Show all posts
Letusan gunung berapi Mayon dijangka berterusan

LEGAZPI, Filipina 16 Dis. - Aliran lahar terus menyusuri kaki gunung berapi Mayon hari ini ketika pakar kerajaan memberi amaran ia mungkin terus meletus selama berbulan-bulan, sekali gus memaksa ribuan penduduk di perkampungan sekitarnya terpaksa menyambut Krismas di pusat pemindahan.

Lima letusan kecil dikesan di puncak Mayon pagi tadi, kali terakhir dengan pancutan debu setinggi 500 meter ke udara, kata pakar gunung berapi, July Sabit.

"Aliran lahar dan ketulan panas masih berlaku. Ia adalah sebahagian daripada aktiviti letusan gunung berapi. Kemungkinan besar ia akan meletus selama beberapa bulan," ujarnya lagi.

Katanya, letusan kali terakhir Mayon pada 2006 mengeluarkan lahar dan debu selama dua bulan namun tidak menyebabkan kemalangan jiwa.

Bagaimanapun debu gunung berapi yang terkumpul menyebabkan tanah runtuh yang membunuh lebih 1,000 orang pada 2006 akibat hujan yang dibawa oleh Taufan Durian di kawasan sama.

Kerajaan telah memindahkan kira-kira 6,000 keluarga di perkampungan petani di kaki Mayon dan berharap dapat membawa keluar seramai 4,000 keluarga lagi dalam masa dua hari.

Institut Gunung Berapi dan Seismologi Filipina meningkatkan paras amaran Mayon ke Tahap Tiga kelmarin, selepas lahar dilihat melimpahi kawahnya dan pemindahan dimulakan serta-merta.

Tahap Tiga daripada lima bermakna letusan berbahaya akan berlaku dalam masa terdekat.

Mayon yang berada di kawasan pertanian 330 kilometer dari tenggara Manila, telah meletus sebanyak 48 kali sejak rekod mula dicatatkan dan telah meragut beribu-ribu nyawa.

Pada 1814, lebih 1,200 orang terbunuh apabila lahar menenggelamkan bandar Cagsawa. - AFP
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2009 07:47 PM | Show all posts
bahayanyer...elok la pindah..tp chantik lahar tuh..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2009 07:47 PM | Show all posts
Letusan gunung berapi Mayon dijangka berterusan


Pada 1814, lebih 1,200 orang terbunuh apabila lahar menenggelamkan bandar Cagsawa. - AFP
amazed Post at 17-12-2009 08:22


bnyk gler laharnyer..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-12-2009 06:55 AM | Show all posts
Mangsa Gunung Mayan mungkin tinggal lebih lama

LEGASPI, Filipina 19 Dis. - Berpuluh-puluh ribu penduduk yang dipindahkan dari kawasan sekitar gunung berapi Mayon di Filipina mungkin terpaksa menetap di pusat pemindahan selama berbulan-bulan, kata pegawai hari ini.

Lebih 39,000 daripada 50,000 penduduk dalam komuniti perladangan di kaki gunung berapi yang subur itu telah dipindahkan sejak Mayon memuntahkan lahar, wap panas dan debu pada Isnin lalu.

Namun berdasarkan tanda-tanda yang menunjukkan gunung berapi setinggi 2,460 meter itu akan mengalami letupan besar, mereka yang telah dipindahkan dimaklumkan untuk bersedia 'menetap di pusat pemindahan selama lebih tiga atau empat bulan', kata ketua jabatan keselamatan dan kecemasan wilayah Albay, Cedric Daep.

Katanya, perintah berkurung 24 jam telah dikenakan pada kawasan lingkungan lapan kilometer zon bahaya selepas laporan mendedahkan terdapat penduduk yang kembali ke kampung masing-masing untuk memeriksa kediaman dan ladang pada waktu siang.

"Kami perlu tegas mengenai perkara ini. Kami perlu menguruskan penduduk. Kami tidak dapat mengawal aktiviti gunung berapi Mayon dan adalah lebih baik mementingkan nyawa berbanding komoditi pertanian," kata Daep lagi.

Setiausaha Kebajikan Sosial, Esperanza Cabral berkata, bertan-tan bantuan makanan, air minuman, beras dan mi segera dihantar ke pusat pemindahan hari ini.

"Kami juga membawa 4,000 topeng mulut untuk kanak-kanak di kawasan debu dan partikel di udara turun," ujar Cabral. - AFP

Ketika Mayon meletus pada tahun 2006, ia memuntahkan lahar dan wap panas selama berbulan-bulan.

Walaupun tiada yang terbunuh ketika itu, debu yang terkumpul di lereng gunung runtuh akibat hujan yang dibawa taufan kuat tiga bulan kemudian, menyebabkan beberapa perkampungan tertimbus bersama lebih 1,000 penduduk.

Institut Gunung Berapi dan Seismologi Filipina semalam, merekodkan 248 gegaran dari Mayon termasuk 50 daripadanya yang dicetuskan dari letusan kecil. - AFP
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-12-2009 06:43 AM | Show all posts
Aktiviti gunung berapi Mayon meningkat

SEGELINTIR penduduk masih berdegil dan enggan dipindahkan walaupun gunung berapi Mayon semakin aktif dan dijangka memuntahkan lahar besar-besar pada bila-bila masa. – AFP

LEGAZPI 20 Dis. – Aktiviti gunung berapi semakin meningkat di dalam Gunung Mayon di Filipina dan letusan besar dijangka berlaku dalam masa dua minggu.

Seorang pakar gunung berapi kerajaan memberi amaran tersebut hari ini, sementara pegawai pertahanan awam cuba memujuk sekumpulan penduduk yang masih berdegil supaya meninggalkan rumah-rumah mereka yang terletak di sekitar gunung itu.

“Sehingga kini aktiviti terus meningkat dan sekiranya gunung berapi itu menjadi semakin aktif, kemungkinan letusan besar akan berlaku dalam masa dua minggu,” kata July Sabit, anggota pasukan kerajaan yang memantau gunung tersebut.

Beliau berkata, sekurang-kurangnya 222 gegaran gunung berapi dikesan dari pagi semalam sehingga ke pagi ini, berbanding 197 gegaran dalam tempoh 24 jam sebelum ini.

Beliau menjangka letusan berlaku sekitar 1 Januari ini, dengan menghamburkan kepulan abu setinggi kira-kira 10 kilometer ke udara.

Walaupun abu itu dipercayai tidak akan membahayakan penduduk secara langsung, namun ada risiko ia akan bertukar menjadi aliran lumpur yang berbahaya, seperti apa yang berlaku semasa letusan pada 2006 apabila ratusan penduduk dihanyutkan.

Tidak ada penduduk yang terbunuh dalam letusan itu tetapi bertan-tan debu yang terkumpul di lereng Gunung Mayon dihanyutkan dalam taufan tiga bulan kemudian, menyebabkan lebih 1,000 penduduk terbunuh apabila kampung-kampung musnah dalam banjir lumpur bercampur batu.

Ketua pasukan pertahanan awam tempatan, Raffy Alejandro berkata, tentera dan polis sudah pun memindahkan lebih 8,000 daripada 9,000 keluarga yang tinggal dalam lingkungan zon berbahaya lapan kilometer di sekitar Gunung Mayon.

“Mereka yang masih tinggal berada di pinggir zon lapan kilometer itu dan kami masih cuba memujuk mereka supaya berpindah,” katanya.

“Kami cuba menggunakan pendekatan memujuk tetapi jika keadaan bertambah buruk, Gabenor telah memberi arahan supaya mereka dipaksa berpindah,” ujar beliau.

Gunung Mayon yang terkenal kerana konnya yang hampir simetri telah meletus 48 kali dalam sejarah. Pada 1814, lebih 1,200 penduduk maut apabila pekan Cagsawa ditenggelami lahar. – AFP
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-12-2009 11:49 AM | Show all posts
Gunung berapi utama dijangka meletus di Manila

LEGAZPI (Filipina): Gunung berapi paling aktif di Filipina dijangka meletus dalam beberapa hari lagi, menurut amaran yang dikeluarkan pegawai negara itu.

Amaran itu dikeluarkan susulan gempa bumi yang meningkat secara drastik dikesan dan bunyi yang menyeramkan di sekitar kawasan bukit kaki kawasan berkenaan.

Ia menyebabkan kira-kira 10,000 penduduk kampung di sekitarnya dikeluarkan daripada kawasan itu sebagai langkah berjaga-jaga.

Ketua Institut gunung berapi dan seismologi Filipina, Renato Solidum, berkata pakar sains yang mengesan 453 gempa bumi gunung berapi sepanjang tempoh lima jam semalam berbanding lebih 200 Sabtu lalu meningkatkan peringkat amaran kepada tahap berwaspada.

Sistem amaran lima peringkat kini dinaikkan kepada peringkat keempat, memberi gambaran ia akan meletus dalam beberapa hari.

Peringkat kelima adalah apabila letusan gunung berapi bermula.

Anggota keselamatan yang terdiri daripada askar dan polis meningkatkan rondaan setiap masa bagi menghalang penduduk bergerak dalam lingkungan 8 km daripada zon merbahaya, iaitu kira-kira 340km tenggara Manila. - AP
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2009 10:06 PM | Show all posts

Gunung berapi utama dijangka meletus di Manila



LEGAZPI (Filipina): Gunung berapi paling aktif di Filipina dijangka meletus dalam beberapa hari lagi, menurut amaran yang dikeluarkan pegawai negara itu.

Amaran itu dikeluarkan susulan gempa bumi yang meningkat secara drastik dikesan dan bunyi yang menyeramkan di sekitar kawasan bukit kaki kawasan berkenaan.

Ia menyebabkan kira-kira 10,000 penduduk kampung di sekitarnya dikeluarkan daripada kawasan itu sebagai langkah berjaga-jaga.


Ketua Institut gunung berapi dan seismologi Filipina, Renato Solidum, berkata pakar sains yang mengesan 453 gempa bumi gunung berapi sepanjang tempoh lima jam semalam berbanding lebih 200 Sabtu lalu meningkatkan peringkat amaran kepada tahap berwaspada.

Sistem amaran lima peringkat kini dinaikkan kepada peringkat keempat, memberi gambaran ia akan meletus dalam beberapa hari.

Peringkat kelima adalah apabila letusan gunung berapi bermula.
Anggota keselamatan yang terdiri daripada askar dan polis meningkatkan rondaan setiap masa bagi menghalang penduduk bergerak dalam lingkungan 8 km daripada zon merbahaya, iaitu kira-kira 340km tenggara Manila. - AP
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2009 09:24 AM | Show all posts
Berpuluh-puluh ribu dipindah


GUNUNG berapi mayon memuntahkan lahar dan debu sejak seminggu lalu.

Gunung berapi Mayon keluar 2,000 gegaran

LEGAZPI: Gunung berapi Mayon di Filipina mula mengeluarkan bunyi kuat umpama gu-ruh semalam, dan pihak berkuasa berkata ia hampir
meletus secara besar-besaran pada bila-bila masa saja.


Berpuluh-puluh ribu penduduk kampung dipindahkan dari tepi gunung sebagai langkah berjaga-jaga, namun pihak berkuasa menghadapi masalah menghalang mereka daripada kembali semula ke rumah dan ladang, kata Gabenor Joey Salceda dari wilayah Albay, kira-kira 340 kilometer di tenggara Manila.

"Ada penduduk yang dipindahkan tiga kali."

Selepas seminggu mengeluarkan habuk dan memuntahkan lahar di cerunnya, gunung setinggi 2,460 meter itu yang menghadap Teluk Albay dan bandar Legazpi di tengah Filipina bertukar lebih agresif dengan mencetus hampir 2,000 gegaran sejak kelmarin, kata pakar gunung berapi tempatan.

Pengeluaran sulfur dioksida, petanda peningkatan magma di dalam gunung berapi, meningkat kepada 6,000 tan sehari berbanding 500 paras biasa, kata Institut Gunung Berapi dan Seismologi Filipina. Ia juga melaporkan "bunyi letupan" di bahagian timur gunung berapi, diikuti ledakan cahaya semakin hebat pada waktu malam.

Percikan lahar yang disembur keluar dari gunung berapi berbentuk kon itu semalaman meningkat 200 meter tinggi ke udara, kata institut berkenaan.

Saintis menaikkan paras berjaga-jaga kelmarin kepada satu langkah sebelum letusan berbahaya, menyatakan ia mungkin beberapa hari lagi. Paras tertinggi dile-takkan apabila letusan besar-besaran berlaku.

Anggota tentera dan polis menambah kawalan bagi menguatkuasakan zon eksklusif lapan kilometer di sekeliling kawasan pergunungan, kata Salceda.

Lebih 40,000 penduduk diberi alas tidur dan makanan di dalam bangunan sekolah, gimnasium dan pusat perlindungan kecemasan, namun sesetengahnya dikesan kembali semula ke kawasan larangan untuk memeriksa kediaman dan ladang mereka. -AP


****************************************************************************


..bila tengok asap keluar tu... memang seram la pulak rasanya.....
bila dia meletus ni.... gegaran sampai berkilo-kilo meter juga akan dapat
dirasakan --- bila dah lebih dari 2000 gegaran ni.. memang tahap bahaya dah...
harap ramai la yang pindah dari situ ... -
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2009 11:28 AM | Show all posts
Aktiviti gunung berapi Mayon meningkat

SEGELINTIR penduduk masih berdegil dan enggan dipindahkan walaupun gunung berapi ...
amazed Post at 21-12-2009 06:43


pyroclastic flow dah turun..walaupun cinoni aje buat masa ni....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-12-2009 04:20 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-12-2009 09:33 AM | Show all posts
Mayon tersumbat

SEMAKIN banyak lahar panas dari gunung berapi Mayon muntah menuruni cerun gunung berkenaan, kelmarin. Satu letusan besar dijangka berlaku berikutan gunung tersebut kini tersumbat dengan lahar. – AP

LEGASPI 26 Dis. - Gunung berapi Mayon menunjukkan tanda-tanda semakin tersumbat dengan lahar dan keadaan itu boleh membawa kepada satu letusan besar, lapor pakar gunung berapi kerajaan, hari ini.

Ketua pasukan pengawasan gunung berapi Mayon, Ed Laguerta berkata, gunung berapi tersebut yang terus memuntahkan lahar semalam sejak berminggu-minggu lalu, turut dikesan memuntahkan gas dan debu yang juga merupakan tanda satu letusan kuat akan berlaku pada bila-bila masa.

"Gunung berapi Mayon berada dalam keadaan mendidih pada tahap paling tinggi dan dalam tempoh beberapa hari ini mungkin akan berlaku satu letusan.

"Jumlah gempa bumi yang dikesan dari gunung itu telah berkurang. Apa yang pasti, gunung berapi itu semakin tersumbat kerana lahar yang ada di dalamnya tidak boleh keluar,'' katanya dalam satu temu ramah radio.

Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina berkata, pihaknya masih mengekalkan tahap amaran di gunung Mayon pada tahap keempat yang membawa maksud satu letusan berbahaya akan berlaku dalam masa beberapa hari.

Kerajaan telah memindahkan lebih 47,000 penduduk yang tinggal di sekitar gunung tersebut yang terletak kira-kira 330 kilometer dari tenggara Manila, sejak ia mula mengeluarkan asap dan lahar awal bulan ini.

Pengarah pejabat persediaan bencana, Jukes Nunez berkata, penduduk kini ditempatkan di 28 pusat penempatan sementara kebanyakannya di sekolah-sekolah kerajaan dan mungkin akan berada di sana selama lebih sebulan sehingga keadaan gunung berapi itu kembali reda.


Gunung berapi Mayon yang mempunyai ketinggian 2,460 meter telah meletus sebanyak 48 kali dengan letusan terburuk pada 1814, mengakibatkan 1,200 maut apabila laharnya menimbus pekan Cagsawa. - AFP




tak lama dah nihhhhhh!!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-12-2009 09:41 AM | Show all posts


AP – Lava continues to flow from the crater
of the restive Mayon volcano in continuing
mild eruption as viewed …
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-12-2009 09:47 AM | Show all posts



Mayon volcano's glowing lava cascades down its slopes during
a continuing mild eruption of Mayon volcano in Legazpi City, Albay
province, south of Manila December 25, 2009.
The Philippines' most active volcano shot higher ash columns and
rumbled louder on Wednesday as authorities warned of a potential
hazardous eruption in Mount Mayon anytime


The Mayon volcano shoots a column of ash into the sky in
Balangay Nidong, Sto. Domingo town in Albay province, south
of Manila, on Christmas Day December 25, 2009








Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-12-2009 09:47 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:24 PM GMT+8 , Processed in 0.089020 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list