CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3154|Reply: 10

Ini Cerita Rekaan - Sebuah Cinta Zaman Remaja

[Copy link]
Post time 13-11-2009 11:34 AM | Show all posts |Read mode
*ini cerita rekaan*


umur 18 tahun. pertama kali lepas bebas di negeri orang. semuanya baru. wajah baru. tempat baru. status baru. kami kini mahasiswa dan mahasiswi. bukan lagi berkain biru berbaju putih berseri.

di pulau kecil itu kami bertemu. 1500 insan dari pelbagai latarbelakang. dipertemukan di tengah2 satu dataran. sama2 berembun, berpanas dan berhujan.

aku mengorak langkah. cuba menyesuaikan diri di tempat baru. kebetulan aku sekelas dengan teman baikmu. dan dialah yang memperkenalkan kita. sejujurnya aku tidak pasti sejak bila kita rapat dan mesra. tapi petang2 hariku akan diisi dengan gurau senda kita berlima di kafe. mesra bagaikan adik beradik. sesungguhnya ketika itu kita menganggap kita adalah adik beradik sehidup dan semati.

kalian berempat lelaki, aku perempuan. dalam banyak benda aku ketinggalan. dan mungkin kerana kadang2 aku selalu merajuk, kau memberi tumpuan khas kepada aku. kita menjadi lebih rapat dari hubungan aku dengan 'adik beradik' yang lain. sehingga banyak mata yang memerhati dan jiwa yang cemburu.

aku sedar aku tak layak berganding denganmu. kau bijak, tampan dan pujaan ramai gadis, aku cuma orang biasa yang tiada kelebihannya. namun mungkin kerana keserasian kita, kita mudah mesra. kau sememangnya mesra dengan ramai gadis, aku tahu layananmu kepadaku tidak istimewa. tapi entah kenapa, hubungan kita berdua juga yang menjadi perhatian orang2 di sekeliling.

aku teringat satu petang kau menghantar pesanan ringkas padaku bertanya aku sudah makan atau belum? kau tahu ketika itu aku sememangnya tiada wang untuk makan. kurus kan aku semasa tu? bukan macam sekarang. hampir 2x ganda berat masa tu.

aku membohongimu dengan mengatakan aku sudah makan. kau mengajakku turun ke kafe untuk menemanimu makan. kau sanggup berjalan hampir 1km ke kafe kolejku semata2 untuk makan bersamaku. kau tahu aku sedang kelaparan. akhirnya kita berkongsi sepinggan nasi. sempat kau menyuapkan aku makan. satu memori yang takkan aku lupakan.

Kemesraan kita di petang berhujan renyai2 itu rupanya ada mata memerhati. Tersebar gosip liar mengenai kita, yang sampai di telinga teman lelakiku yang berada jauh di tanah semenanjung. hubungan kami mula retak sedikit demi sedikit.

ketika itu aku juga bergelut dengan masalah peribadiku. study yang kurasakan amat sukar. benda2 yang mencabar setiap inci keimanan dan kesabaran dalam diri. namun dengan adanya engkau di sisi, aku cuba untuk mengharunginya sebaik mungkin

hari lahir ku ke 18, aku ingin meraikannya bersama engkau dan teman-teman. tapi beberapa hari sebelum itu kita berselisihan faham..dan akhirnya kau tidak muncul di sambutan harijadiku. tapi engkau menitipkan hadiah melalui seorang temanmu..

tersentak aku seketika bila hadiah itu kubuka. temanmu juga terkejut. sebab di dalamnya ada teddy bear kesayanganmu yang kau berikan padaku. temanmu menyebut nama teddy bear itu sekilas. katanya teddy bear itu selalu menemani tidurmu di malam2 hari.

aku pulang dengan rasa terharu. sepanjang malam aku berjaga, terfikirkan sesuatu. ada satu rasa yang selama ini aku tidak pernah sedar. ada satu rasa yang terselit di sudut hatiku. tapi aku diamkan sahaja. kerana aku ingin terus menganggap engkau hanyalah abangku.

kesibukan memisahkan kita. namun peristiwa malam merdeka menyatukan kita buat sementara. malam itu aku rebah kerana keletihan. dan kaulah yang menyambutku ketika aku tidak lagi mampu berdiri. semuanya itu masih ada lagi dalam kotak kenanganku.

semester baru dibuka. keputusan peperiksaan yang teruk membawa aku jauh dari kalian. dengan teman2 yang baru, aku memilih untuk meminggirkan diriku dari ikatan persahabatan denganmu. rasa rendah diri dan segala rasa yang berkecamuk dalam diri membuatkan aku meninggalkan segala2 yang pernah aku sayang, yang pernah aku hargai demi untuk mencari 'diri'

dan kita benar2 terpisah jauh. segala perkembanganmu tidak lagi aku ikuti. telefon bimbitku tidak lagi terhias mesej dan panggilanmu setiap hari. walaupun kadang2 aku rindu namun aku cepat2 padamkan semua kenangan. aku memilih untuk mendampingi teman lelaki baruku dan juga klik yang lain pula.

malam graduasi menjelang. malam2 terakhir kita di sana. entah kenapa, tiba2 kau mengajak aku menonton filem A Walk to Remember bersama. selepas hampir 6 bulan, akhirnya kita berbual semula. tak banyak yang dibualkan. tapi malam itu kau menghantarku pulang ke kolej. seperti ada sesuatu yang ingin kita katakan tapi seperti ada juga tembok tinggi yang menghalang.

dan di malam graduasi ketika orang lain menerima sijil, kita berjalan berdua menyusuri seluruh kolej. aku rasakan seperti mendapat semangat baru. malam itu kau menyuapkan aku makan untuk kali terakhir. baru aku sedar betapa aku merindui saat bersamamu. ingat saat kau pegang tanganku semasa kita melintas jalan. tiba2 kenangan itu menyerbu minda. malam itu aku tak bisa lelapkan mata.Sememangnya itu adalah momen 'A Walk to Remember' untukku.

kita berjanji untuk berjumpa buat kali terakhir. jam 6 pagi ketika orang lain masih enak diulit mimpi. kita sama2 terlambat satu jam. kita berbual mesra, seperti ada benda yang ingin dikatakan tapi aku tahu begitu banyak rasa ragu dan tidak yakin yang bertapak ketika itu. mungkin kita masih terlalu mentah rasanya..

dan sebelum berpisah kau tinggalkan aku dengan sekeping nota. katamu kau mengidamkan seorang gadis yang dapat kau jadikan isteri, seorang gadis yang mampu buatmu tersenyum, seorang gadis yang mampu membahagiakanmu.. menitis air mataku membaca nota itu. aku sedar aku bukan gadis itu. dan aku sedar dalam diam aku menaruh perasaan padamu.

hampir 1 tahun, menyulam bebenang indah dalam hati. saat berpisah ku rasakan perit. namun ku kuburkan apa jua perasaan dalam hati. kerana aku tahu aku tidak pernah layak mendampingimu. kerana aku lebih menyayangimu sebagai seorang abang dan teman dari sebagai seorang kekasih. dan kerana aku yakin ada seseorang di luar sana, yang lebih sempurna untukmu.

malam ini aku kembali merinduimu. merindui kisah lalu kita sebenarnya. mengingati keindahannya..

ya aku mengaku, aku pernah jatuh cinta padamu.aku pernah merasa sekelumit cintamu, dan it was the best year in my life. usia 18 tahun ketika aku berdampingan denganmu..

tapi kini aku telah bertemu penggantinya. dia mungkin tidak sehebat kamu, namun dia sudah menjadi raja dalam hatiku. lelaki yang terus memberikan aku cinta.

izinkan aku menyimpan kisah kita di sini. aku abadikan di dada blog ini. untuk tatapanku suatu hari kelak. aku tahu, kadang2 kau juga singgah di sini. membaca coretanku yang kadang2 terhenti. mungkin kau tahu yang aku menulis tentangmu. izinkan semua kisah dan rasa ini bersemadi

aku bahagia kini bersama cinta sejatiku. dan aku doakan kau juga akan temui cinta sejatimu.

yang pernah mencintaimu, aku


*ini cerita rekaan*
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-11-2009 11:35 AM | Show all posts
dah puas aku meroyan nanti aku delete ah post ni..hehe..
*tengah meroyan teringatkan kisah lama..semalam aku takleh tido*
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2009 04:28 PM | Show all posts
sabar ya kak rayna
xapa menulis kdg2 blh membantu mengurangkan sakit
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2009 04:48 PM | Show all posts
x de kesempatan nak baca lagi..

jgn padam dolu..
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2009 07:37 PM | Show all posts
sungguh menyentuh hati...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2009 03:49 PM | Show all posts
arini aku bukak fb.. ade member uplodkan gambar lama zaman study..
ada gamba dia.. dekat gamba tu dia tag-kan nama aku.. tsk..

what are u trying to tell me??
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-11-2009 06:22 PM | Show all posts
mls nye nk bc memula sbb pnjg sgt...

tp lepas bc...
wahhh....
syhdu nya...

benarlah..
xsmua cinta mampu kta miliki....

semoga 'aku' bhgia bersma cinta sejatinya..
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2009 06:23 PM | Show all posts
arini aku bukak fb.. ade member uplodkan gambar lama zaman study..
ada gamba dia.. dekat gamba tu dia tag-kan nama aku.. tsk..

what are u trying to tell me??
rayna_raynes Post at 14-11-2009 15:49


erkkk...
kisah ni kisah ko ek??
hihihi

da xkontek ke ng sidia??
ke ko dah khwin??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2009 06:54 PM | Show all posts
aku terbaca dalam facebook die tulis " hope dis hapiness never end " dan doa aku dia semoga die terus bahgie bersama si dia..
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2009 07:47 PM | Show all posts
fb sape??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-11-2009 01:05 AM | Show all posts
'aku' dah tunang.. huhu
'dia'? masih single lagi wlupun dah successful sekarang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 10:06 PM GMT+8 , Processed in 0.064697 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list