CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: yastross

ZULFAHMI -Dari Cup prix ke MotoGp

[Copy link]
 Author| Post time 4-2-2010 08:04 PM | Show all posts








# Kredit to MalaysianBikers Community.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2010 10:41 PM | Show all posts
dua perkara je yang aku takut kalau melayu islam masuk race GP ni

1.  Bila naik podium mesti angkat (julang) arak (kencing anjing)
2. Solat 5 waktu dengan semestinya tertinggal...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2010 08:29 AM | Show all posts
dua perkara je yang aku takut kalau melayu islam masuk race GP ni

1.  Bila naik podium mesti angkat (julang) arak (kencing anjing)
2. Solat 5 waktu dengan semestinya tertinggal...
Yo-Ya Post at 4-2-2010 22:41


Bab2 ni, aku x leh komen...klau ko tgk gamba (thread drift), Tengku Djan pn ade pegang mende tu...baru kat thai je tu..
tapi aku x pasti le mende tu arak atau sparkling jee...
solat pulak..terpulang pada individu tu sendiri...klau mmg dia kuat berpegang pada agama pasti dia x akan tinggal solat..begitulah sebaliknya..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2010 09:08 AM | Show all posts
AirAsia taja MotoGP Britain selama tiga tahun
11/02/2010 7:47pm

LONDON 11 Feb. – AirAsia, syarikat penerbangan tambang murah terunggul dan terbesar di Asia, disahkan sebagai penaja utama Kejohanan Grand Prix Motosikal Dunia (MotoGP) Britain selama tiga tahun mulai tahun ini.

Grand Prix Britain merupakan pusingan keenam Kejohanan MotoGP Dunia tahun ini dan akan berlangsung di litar Silverstone dari 18 hingga 20 Jun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia, Datuk Seri Tony Fernandes menyifatkan tajaan syarikat itu akan menarik lebih banyak perhatian dari seluruh dunia dan mengakui Malaysia lebih rapat dengan England berbanding negara Eropah lain.

"Saya mengambil keputusan untuk menaja MotoGP Britain kerana perlumbaan itu kembali semula ke litar Silverstone selepas 1986,” katanya kepada pemberita selepas memeterai perjanjian penajaan dengan Dorna Sports S.L. di Kelab Pelumba Britian di litar Silverstone, dekat sini, hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Dorna Sports, Carmelo Ezpeleta mewakili syarikat tersebut.

Dorna Sports merupakan syarikat pengurusan dan pemasaran sukan antarabangsa yang ditubuhkan pada 1988 dan pemegang hak eksklusif komersial dan siaran televisyen bagi perlumbaan MotoGP sejak 1992.

Bagaimanapun, Fernandes tidak mendedahkan nilai penajaan tersebut. – Bernama
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2010 04:19 PM | Show all posts
ARKIB : 12/02/2010


Immola nyala semangat Zulfahmi






LONDON, England - Jika perlumbaan motosikal berkuasa tinggi MotoGP diadakan di Malaysia hari ini, barangkali penampilan anak muda Mohd. Zulfahmi Khairuddin akan berbeza daripada kemunculan kali pertamanya.

Zulfahmi, 19, kini tampak lebih bersedia dari segi fizikal dan semangatnya, masih tetap kental seperti mula-mula diberikan peluang 'memutar trottle' di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), musim lalu.

''Tahap kecergasan saya semakin meningkat dan ada peningkatan. Setiap hari saya berlatih dan perlu mencapai tahap yang dikehendaki oleh jurulatih," katanya yang ditemui pada majlis penajaan syarikat penerbangan tambang murah AirAsia selaku penaja utama Grand Prix Britain di Silverstone, semalam.

Zulfahmi membuat kemunculan pertamanya pada Grand Prix Malaysia 2009, bersama seorang lagi pelumba, Elly Idzliannizar Ilias dalam kategori 125cc atas tiket wildcard.

Pada perlumbaan MotoGP yang akan membuka tirai pada April ini di Losail, Doha, Zulfahmi yang ditaja oleh AirAsia, akan mewakili pasukan Ongetta ISPA.

Dia yang akan menunggang motosikal jenis Aprillia, akan memulakan latihan fasa kedua di litar Valencia, Mac ini sebelum berkunjung ke Losail.

Menurut anak muda yang berasal dari Banting, Selangor ini, setiap hari dia akan diasak dengan pelbagai bentuk latihan seperti menunggang basikal bukit, motocross, bermain tenis dan latihan di gimnasium, yang bertujuan meningkatkan tahap kecergasan sebelum berpeluang mengendalikan motosikal lumba.

Katanya, latihan selama dua bulan di Immola, Itali, banyak membantunya mengenali dunia perlumbaan motosikal dan meningkatkan keyakinannya, sebelum diberikan peluang mengendalikan jentera lumba di Valencia pada Mac ini.

''Latihan yang padat setiap hari membuatkan saya tidak merasa bosan berada di sini (Itali) dan mengelak daripada selalu teringatkan Malaysia (kampung)," ujar Zulfahmi yang petah bercakap mengenai perkembangan terbaru tentang dirinya.

Ditanya tentang peluang menaiki podium pada musim ini, Zulfahmi berkata, dia akan lakukan yang terbaik untuk negara dan mahu mengutip mata pada setiap perlumbaan yang akan berlangsung dalam 18 pusingan tahun ini.

''Pada masa yang sama, saya akan berusaha juga mencari rentak, terutama apabila bersaing dengan pelumba yang jauh lebih berpengalaman ketika menguasai barisan depan," jelasnya yang mengakui tidak terlalu teruja, tetapi lebih bersifat matang dalam berdepan perlumbaan musim ini.

Pada masa yang sama, Zulfahmi tetap menaruh keyakinan penggunaan nombor '63' pada motosikalnya, diyakini membawa 'tuah', malah terbukti sejak menceburi perlumbaan Cubprix pada awal penampilannya dalam lumba motosikal.

''Harapan saya dapat melakukan yang terbaik terutama di Grand Prix Britain dan Grand Prix Malaysia," katanya. - UTUSAN
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-4-2010 05:06 AM | Show all posts
Permulaan yg baik bg Zul....dpt no 21 dari 26 pelumba ( 3 pelumba D.N.F)...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 26-5-2010 05:29 PM | Show all posts
Post Last Edit by yastross at 26-5-2010 17:30



[/img]http://www.motogp.com/#Luca-Marconi-in-action-in-Jerez-509564[/img]

Aksi ZUl semasa di Spain (JeREZ)....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-5-2010 05:31 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2010 08:03 PM | Show all posts
result kat perancis...

Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2010 08:04 PM | Show all posts
tak tahu nak komen camne... kang kata tak patriotik pulak... :re:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-5-2011 08:38 PM | Show all posts


KUALA LUMPUR, (D5) - Pelumba negara, Muhammad Zulfahmi Khairuddin terus cemerlang dalam perlumbaan 125cc MotoGP di Grand Prix Portugal apabila menamatkan perlumbaan di tangga ke 11, mengulangi pencapaian hebat di Jerez..
Sementara itu, Nicolas Terol dari Sepanyol terus unggul dengan tiga kemenangan berturut turut.
Dia mencatat 41 minit 21.986 saat di Litar Estoril meninggalkan Sandro Cortes ditempat kedua dan Yohan Zarco (ketiga). Manakala, Zulfahmi ketinggalan 54. 071 saat di belakang Terol.
Terol kini mengumpul 75 mata untuk berada di tempat pertama diikuti Sandro Cortese, 25 mata di tempat kedua sementara Yohan Folger lapan mata di belakang Cortese.
Zulfahmi pula berada di tangga ke-14 dengan 11 mata.

#Teruskan perjuangan kamu zulfahmi!!!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-9-2011 04:13 PM | Show all posts




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-9-2011 07:11 PM | Show all posts
Agak malang bagi Zulfahmi di Misano motogp kerana masih lagi menghadapi masaalah dengan motor beliau. Dan tak salah aku, ekor motor dia pun patah semasa race disana..

Zulfahmi kecundang di San Marino
Daripada Meor Hisham Zulkifli di San Marino

2010/09/06
PERJUANGAN Mohd Zulfahmi Khairuddin hanya pada dua pusingan perlumbaan 125cc Grand Prix San Marino, semalam apabila jenteranya mengalami masalah teknikal walaupun mempunyai silinder dan piston baru.

Selepas mempamer prestasi membanggakan apabila bangkit dari tempat ke-28 pada sesi latihan ke tempat ke-20 sesi kelayakan, kelmarin, Fahmi yang bertekad memburu sekurang-kurangnya satu lagi mata di Litar Dunia Misano, terpaksa akur dengan masalah dihadapinya.
Saya begitu kecewa kerana jentera mengalami masalah teknikal. Saya bermula dengan baik tetapi pada pusingan kedua tiba-tiba enjin mati dan tayar belakang terhenti menyebabkan saya terpaksa menarik diri, kata pelumba AirAsia-Litar Antarabangsa Sepang (SIC) itu di Litar Misano, semalam.
Fahmi,18, yang turut mengalami masalah teknilkal dan gagal menamatkan perlumbaan di Litar Indianapolis, Amerika Syarikat minggu lalu berkata, dia mensasarkan perlumbaan yang lebih baik selepas pasukan cuba meningkatkan prestasi enjin secara keseluruhan.

Jentera Aprilia saya pada mulanya kelihatan begitu sempurna selepas pasukan meningkatkan keupayaan jentera tetapi ia memang lumrah dalam perlumbaan, katanya yang kelihatan sugul dan kecewa.

Fahmi sebelum ini mendapat perhatian banyak pasukan kerana hanya baru diperkenalkan dalam perlumbaan dunia kira-kira tujuh bulan lalu tetapi sudah mempamer peningkatan dengan mengumpul tiga mata, iaitu di GP Jerez, GP Jerman dan kali terakhir di Litar Brno, Republik Czech.

Malang bertimpa buat pasukan AASIC apabila seorang lagi pelumbanya, Sturla Fagerhaug dari Norway, turut gagal menamatkan perlumbaan. Dia yang tidak mengambil bahagian di Indianapolis akibat diserang virus, kelihatan belum benar-benar pulih apabila mengambil keputusan menamatkan saingan selepas tujuh pusingan.
Sementara itu, pendahulu keseluruhan, Marc Marquez dari Sepanyol melebarkan lagi penguasaannya dalam kategori 125cc apabila muncul juara di Misano diikuti dua rakan senegaranya, Nicolas Terol dan Efren Vazques.






Pos  Rider                Team/Bike              Time/Gap 1.  Nicolas Terol        Aspar Aprilia        40m02.164s 2.  Johann Zarco         Ajo Derbi              + 0.022s 3.  Efren Vazquez        Ajo Derbi              + 4.932s 4.  Sandro Cortese       Germany Aprilia        + 9.322s 5.  Hector Faubel        Aspar Aprilia          + 9.964s 6.  Danny Kent           Ajo Aprilia           + 12.100s 7.  Maverick Vinales     Blusens Aprilia       + 12.324s 8.  Sergio Gadea         Blusens Aprilia       + 12.556s 9.  Jonas Folger         Ajo Aprilia           + 21.489s10.  Miguel Oliveira      Andalucia Aprilia     + 30.678s11.  Alberto Moncayo      Andalucia Aprilia     + 31.321s12.  Jakub Kornfeil       Ongetta Aprilia       + 31.552s13.  Miroslav Popov       Ellegi Aprilia        + 32.637s14.  Luigi Morciano       Italia FMI Aprilia    + 52.542s15.  Marcel Schrotter     Mahindra              + 53.850s16.  Kevin Calia          MGP Aprilia           + 53.917s17.  Alessandro Tonucci   Italia FMI Aprilia    + 58.742s18.  Manuel Tatasciore    Phonica Aprilia     + 1m03.723s19.  Alessandro Giorgi    VFT Aprilia         + 1m04.113s20.  Alexis Masbou        Caretta KTM         + 1m04.956s21.  Danny Webb           Mahindra            + 1m08.795s22.  Taylor Mackenzie     Phonica Aprilia     + 1m08.846s23.  Giulian Pedone       Phonica Aprilia     + 1m17.719s24.  Jack Miller          Caretta KTM         + 1m18.752s25.  Joan Perello         Matteoni Aprilia    + 1m36.950s26.  Adrian Martin        Aspar Aprilia          + 2 laps27.  Zulfahmi Khairuddin  Ajo Derbi              + 3 lapsUtk keseluruhan Zulfahmi masih lagi di kedudukan ke 16...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-9-2011 07:28 PM | Show all posts
Baru aku tau Derbi yg Zulfahmi gunakan tu lebih kurang satu spesis ngan Aprillia gak laa...yg beza RSA/RSW...errr..kalau salah tlg perbetoikan la yerrr.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2012 05:12 PM | Show all posts


Zulfahmi bakal berentap di Moto3 tahun ni, Jentera KTM, M32 2012....Semoga Berjaya!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2012 01:58 PM | Show all posts
moga berjaya.aminnn
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2012 01:51 PM | Show all posts
Zulfahmi nie pelumba muda berbakat.. Dh banyak kali dh mendahului saingan tapi nasib tak menyebelahi dia.. Semoga dia berjaya menaiki podium tak lama lagi.. Terbaik..

http://blogbualsukan.blogspot.com/
bualsukan...
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2012 11:35 AM | Show all posts
dia mmg boleh lead masa pusingan2 awal
cuma kena makan bila pertengahan
mungkin kena jaga tayar kot
( tayar dah haus sbb kena belasah masa lap2 awal)
dan kena ada sifat berani mati mcm mat saleh
sbb mat saleh gila2 bila hujung race
semoga berjaya aku mmg sapot ko
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2012 06:47 PM | Show all posts
Tahniah Zilfahmi
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2012 07:05 PM From the mobile phone | Show all posts
tahniah zulfahmi! amat membanggakan 1st time msia dpt nek podium di gelanggang sndri! last lap tu memg kena brani mati p0t0ng tp risau tglincir, sb ujan..ape2pun dpt tmpt ke-2 pun da cntek! msia biasanya sederhana. xterlalu hebat, xterlalu teruk. g0od j0b,br0! truskan usaha smp bjaya dpt jd star2 a'bgsa!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 02:20 AM GMT+8 , Processed in 0.075499 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list