CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 18989|Reply: 44

Empayar Maurya

[Copy link]
Post time 17-11-2009 12:34 AM | Show all posts |Read mode
Ini berkenaan empayar Maurya.............. Empayar ni ada kaitan dengan Tanah Melayu, Sumatera, n Tanah Besar Asia Tenggara n empayar ni mula hantar misi2 ke Asia Tenggara terutamanya di kawasan menghadap Lautan Andaman sejak awal kuron masehi atau mungkin sebelom kuron masehi bertepatan dengan teks Sejarah Melayu, Petitih Patani, Hikayat Merong n Batu2 Bersurat di Selatan Thai.

Sapa2 ada maklumat silalah berkongsi sama2. Kita sama2 belajar perkaitan sejarah India Purba dengan sejarah Asia Tenggara sebelom perkembangan agama Islam pada abad ke-8 M yang juga bermula di kawasan menghadap Laut Andaman.

Agama Buddha datang dari India Purba, bukan China ya.... Aku tergelak sampai terbirit2 dengar sorang kawan aku budak Cina Hokkien sorang yang beragama Buddha cakap Gautama Buddha mungkin datang dari China . Sebab apa agama Buddha datang dari China, aku tanya? Dia kata sebab sutra2 semua ditulis (ditranslasi) dalam bahasa Cina. Sutra2 tu smuanya dalam bahasa Senskrit dari India Purba yang ditranslasi dan diterjemahkan ke basa Cina atas usaha sami2 Buddha Cina yang buat Yatra (Perjalanan) ke India Purba melalui juga negeri2 orang Melayu yang dah menganut ajaran Buddha pada awalnya. Kejadian aku sembang dengan kawan aku ni terjadi empat tahon lepas masa aku mengikuti khidmat negara mangkok ayun.

Skang, stengah daripada negeri2 Melayu tu dah termasuk dalam wilayah Thailand sama ada sebab perang zaman kuno atau sebab tipu helah binatang British atau Barat, dan negeri Melayu macam Patani dah jadi negeri penganut Islam yang taat.



misi empayar Maurya ke luar kawasan empayar

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2009 01:08 AM | Show all posts
Setahu aku empire maurya nih(raja terkenal dia raja asoka xsilap) ade direk kontek ngan empire seleucid.
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2009 01:10 AM | Show all posts
Tapi xpasti lak empayar maurya ni ade direk kontek ngn negeri-negeri melayu masa tuh..
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2009 01:20 AM | Show all posts
Raja Ashoka Jadi Sami ......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-11-2009 02:06 AM | Show all posts
ASoka memang jahat pong sblom dia jadi sami...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-11-2009 02:07 AM | Show all posts
Tak silapnya dalam batu bersurat di Ligor ada cerita pembukaan negeri tu dengan negeri Hindu lama antar dua orang wakil bukak negeri di situ (selatan Thai), sorang nama Phra Janaka n sorang lagi nama Phra Orasa. Tarikh bila dihantar wakil tu x tahu.

Janaka Bapak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-11-2009 10:35 AM | Show all posts
Dulu Nak Belajar Agama Buddha  Bukan Kat India Sahaja atau Tibet Sahaja.... tapi Kat Semenanjung......
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2009 02:34 PM | Show all posts
ruled by the Mauryan dynasty from 321 to 185 B.C.E. - wikipedia.
http://en.wikipedia.org/wiki/Maurya_Empire

xtaw pulak mase tuh dah ade kerajaan melayu.sape2 ade info boleh la bagitau.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2009 03:04 PM | Show all posts
sebelum Masehi....
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2009 03:08 PM | Show all posts
Post Last Edit by HangPC2 at 23-11-2009 00:02

Maurya Empire 250 BC





Lion Capital of Sarnath (Ashokan)





The Sanchi Stupa (3rd century BC)






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2009 04:04 PM | Show all posts
hangPC2..ang bagi gambaq apa?cek xnmpak pon..
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2009 04:49 PM | Show all posts
Dulu Nak Belajar Agama Buddha  Bukan Kat India Sahaja atau Tibet Sahaja.... tapi Kat Semenanjung......
HangPC2 Post at 17-11-2009 10:35


Bhodi Dharma seorang pendeta Buddha terkenal pula dikatakan berasal dari Nusantara dan berdarah Melayu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-11-2009 09:17 PM | Show all posts
Peta2 empayar Maurya






Dalam peta empayar maurya di bawah pemerintahan Asoka, ada ditunjukkan juga pengaruh empayar Macedonia. Dalam Sejarah Melayu korang ada tak sekurang2nya terbaca pasal keturunan raja2 Melayu? Brainstorming la plak
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2009 12:20 AM | Show all posts
kalau tak silap aku,kebanyakan raja-raja kt pulau melayu ni datang dari kerajaan india selatan.tapi macam aku tulis la,empayar maurya nih da lama sebelum kewujudan kerajaan-kerajaan melayu.xtaw la pulak ada direk kontek dari empayar nih.

Tapi memang empayar maurya ada direk kontek ngan kerajaan hellenistic seleucid.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-11-2009 06:25 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2009 10:46 PM | Show all posts
Maurya? Ni orang yang Chandragupta Maurya tu ke? Berjaya menggabungkan kerajaan2 kecil dari tamadun Indus, pada zaman Veda? ntah2 kroit silap orang kut..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-11-2009 11:01 PM | Show all posts
Maurya? Ni orang yang Chandragupta Maurya tu ke? Berjaya menggabungkan kerajaan2 kecil dari tamadun Indus, pada zaman Veda? ntah2 kroit silap orang kut..
kroit92 Post at 20-11-2009 22:46


pandai kroit, :pompom: betol Chandragupta yang gabungkan kerajaan2 kecik kat tamadun Indus. Dia pon pernah rampas kawasan2 kerajaan seleucid di Pakistan n Afghanistan dan masukkan dalam empayar maurya.


Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2009 11:11 PM | Show all posts
Post Last Edit by HangPC2 at 22-11-2009 23:20

Asoka sememangnya merupakan seorang pemimpin yang unggul dalam sejarah india awal. Pemimpin unggul bermaksud seorang ketua yang terbaik dan telah memberikan sumbangan-sumbangan yang kekal kepada negera yang diperintahnya. Asoka merukapan putera kepada bindusara iaitu pemerintah empayar maurya yang kedua. Asoka bermaksud ' tanpa pemerintahan '. Asoka dilantik menjadi maharaja pada tahun 269sm setelah membunuh saudaranya.Beliau berkuasa selama lebih kurang 40 tahun (232- 272)sm. Beliau sememangnya merupakan pemimpin yang unggul apabila telah berjaya memberikan sumbangan yang amat penting kepada india iaitu dari segipolitik, sosial , keagamaan, senibina, ekonomi serta ketenteraan.


Politik dan pentadbiran

Asoka telah mengambil langkah dengan menyusun sistem pentadbiran agar lebih sistematik. Sistem pemerintahan yang dijalankan oleh asoka ialah raja berkuasa mutlak. Ini dapat dilihat pada ucapan beliau dimana beliau telah mengadakan perbincangan dengan menteri-menterinya yang memegang tugas masing-masing. Ketua sami (purohita) berfungsi sebagai perdana menteri, bendahari sebagai penyimpan akaun pendapatan negara dan mengutip cukai bersama dengan keran-kerani yang menyimpan rekod-rekod cukai yang akan datang dari bahagian empayar. Sistem pentadbiran berpusat diperkenalkan iaitu dibahagiakan kepada beberapa bahagian utaa seperti raja, majlis penasihat dan terdapat 18 jabatan untuk emngendalikan tugas-tugas penting. Raja memainkan peranan sebagai ketua negara, ketua hakim, penggubal perjanjian politik, undang-undang awam dan kerajaan serta polisi-polisi kerajaan.

Asoka juga telah membahagikan wilayah empayar maurya kepada empat bahagian atau wilayah. Setiap wilayah diletakkan di bawah seorang ahli keluarga diraja dan diberi kedudukan sebagai wizurai. Gabenor-gabenor yang dipilih oleh raja diberi ugas mentadbir kawasan atau bahagian-bahagian kecil. Pegawai-pegawaikehakiman dilantik dikawasan-kawasan luar bandar sebagai hakim dan pentadsir cukai. Wilayah-wilayah ini dibahagikan pula kepada kumpulan (kampung) dan unit pentadbira asas ialah kampung. Kumpulan kampung akan dikendalikan oleh seorang akauntan dan pengutip cukai. Dalam hal pentadbiraan bandar juga terdapat heirarki pagawai-pegawai yang diketui oleh superintendent (penguasa) bandar di dibantu oleh 30 superintendent dan pegawai.

Semasa pemerintahan, asoka juga telah melantik pegawai-pegawai baru yang dikenali sebagai ' dharma mahmatra ' untuk meniliti dan mengkaji hubungan yang harmonis wujud antara manusia denga manusia yang lain. Di samping itu untukmemastikan pegawai-pegawai menjalankan polisi-polisi yang dibenarkan. Pegawai-pegawai baru ini juga memainkan peranan penting sebagai pengatur tertinggi amal kebajikan dan urusan agama. Menurut majumdar, merak dipilih dari kalangan penganut-penganut agama buddha, brahmin, ajivka dan nirgranthas.

Bersesuaian dengan konsep dharma asoka telah menghapuskan perkhidmatan rahsia yang diperkenalkan semasa pemerintahan chandragupta. Asoka telah menggantikan perkhidmatan tersebut dengan satu badan undang-undang luar negeri yang memainkan peranan melapurkan perkembangan agama di dalam empayarnya. Selain itu asoka juga telah menghantar pegawai-pegawainya bagi menjalankan penyelidikan setiap 5 tahun di setiap wilayah.

asoka turut mengamalkan dasar luar negeri yang beasaskan hubungan diplomatik dengan negara jiran. Beliau menolak amalan charavatin dan peperangan menyelesaikan masalah. Beliau mengutuskan wakil ke cyrene, mesir dan mecadonia. Antara pertukaran duta yang pernah dibuat seperti antioshus dari syria, mogas dari cyrene dan lain-lain lagi. Tujuannya adalah untuk memperkenalkan dan empayar maurya kepada negara lain. Asoka berpendapat dengan mengamalkan kerajaan yang bebas tanpa sikap permusuhan kerajaannya akan dihormati dan dapat mempengaruhi kerajaan lain. Polisina berjaya menghasilkan pemimpin yang bermoral dan dapat menambahkan kecekapan pegawai dalam pentadbiran.

Sosial

asoka amat mementingkan kehidupan sosial masyarakatnya. Oleh itu beliau telah mengubah corak pemerintahan empayar maurya sebelumnya yang kurang sesuai. Beliau telah menyerapkan ajaran-ajaran buddha dalam pentadbiran. Asoka menyatakan rakyatnya perlu mengikut cara menganut ajaran buddha untuk kedamaian. Perintah-perintah in telah diukir di tiang-tuang batu yang dikenali sebagai  ' asoka adicts '.

asoka juga telah menyediakan banyak kemudahan bagi kepentingan rakyatnya. Beliau telah membina banyak kemudahan infrastruktur seperti mendirikan tempat berteduh, rmah-rumah tumpangan dan menanam pokok di sepanjang jalan. Selain itu, beliau turut menyediakan air minuman di setiap bangunan untuk manusia dan binatang, menggali perigi-perigi di sepanjang jalan dan sebagainya, tujuannya ialah untuk kemudahan pengembara dan pejalan kaki dan seterusnya ia akan menarik minat rakyat untuk terus hidup di bawah pemerintahannya.

Di samping itu, asoka turut meningkatkan taraf pendidikan rakyat. Beliau memberi kemudahan kepada rakyat mendapat pendidikan melalui pelajaran terbuka. Melalui sistem ini semua lapisan masyarakat boleh mendapat pendidikan. Sebelum itu pelajaran hanya disampaikan dalam bahasa sanskrit di mana golongan brahmin sahaja boleh mengikutinya. Pelajaran-pelajaran terbuka diajar kepada orang ramai dan tokong-tokong dan ini embolehkan pelajaran tidak lagi dikuasai oleh golongan brahmin. Beliau turut menggalakkkan penggunaan bahasa-bahasa tempatan seperti bahasa prakrit, bahasa pali dan lian-lain lagi. Bahasa-bahasa ini lebih rapat dengan bahasa daerah.


Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2009 11:31 PM | Show all posts
Agama

asoka pada mulanya merupakan seorang pemerinah yang kejam. Sehingga dikatakan telah membunuh 99 saudaranya dalam usaha perjuangannya meluaskan jajahan takluknya. Walau bagaimanapun, keadaan ini menjadi titik permulaan kehidupan asoka. Kesedihan yang disebabkan oleh penderitan dan keadaan melarat diseabkan peperangan menyebabkan beliau meninggalkan adat tradisi dan mula beralih kepada ajaran buddha. Asoka mengabiskan masa dengan berdasarkan falsafah pemerintahan dalam memperbaiki amalan moral dan mempropagandakan doktrin yang diikutinya.

unsur utama dalam pemerintahan asoka ialah konsep dharma. Menurut minor ediot iii, perkataan dharma terdapat dalam doktrin buddha. Walau bagaimanapun, dinayatakan bahawa unsur-unsur moral yang dikhutbahkan oleh asoka adalah mengikut apa yang dia percaya sebagai pengajar buddha. Kepercayaan buddhisme menganggap asoka telah membina asoaramu di pataliputra dan didapati tidak kurang daripada 84 ribu penganut buddha mengunjungi empayar ini.

asoka juga dirujuk sebagai ' tuhan '. Malah terdapat doktrin buddhismea' yang menyetakan sebagai kepercayaan yang benar. Asoka pernah menjadi upasaka untuk lebih daripada dua setengah tahun dan rapat dalam hubungan dengan sangha iaitu pendita buddhaisme lebih daripada satu tahun. Asoka turut percaya dan memuliakan trinity buddhis iaitu buddha, hdarma dan sangha. Namun begitu beliau turut menggunakan teks agama yang dipilihnya.

asoka pernah menziarahi tempat-tempat suci agama buddhaisme seperti sambodhi, bodhgaya di mana buddha mencapai bodi dan juga kawasan lumbinirama.

asoka merupakan penaung doktrin buddha dan bertanggungjawab dalam membangkitkan buddhisme dai status yang biasa di india kepadaa gama yang di beri taraf di seluruh dunia. Alau bagamanpun, dharma yang asoka gunakan dalam pemerintahan adalah tidak semuanya dari agama buddha yang terawal sekali.

asoka percaya bahawa syurga atau svarga dan kegembiraan di dunia yang akan datang sebagai kemuncak kehidupan. Menurut beliau untuk mendapatkan syurga dan kegembiraan adalah mustahil dengan mempraktik dan memperkenalkan kepada orang ramai tentang dharma. Antara sifat baik yang ditekankan oleh asoka kepada ialah menghormati ibubapa, berhemah tinggi, liberal terhadap kawan, menghormati orang yang lebih tua dan banyak lagi. Di samping itu beliau juga turut melarang menganiayai atau membunuh binatang, kesemua perintah ini tedapat dalam pahatan di batu atau ' rock edicts '

Walaupun asoka seorang penganut buddha namun beliau tidak pernah melarang penganut-penganut agama lain meninggalkan agama mereka. Ini menunjukkan beliau adalah bersikap liberal terhadap agama lain. Malah dinyatakan pada rock edicts xii' bahawa beliau menyeru agar semua masyarakat dari pelbagai agama dan komuniti agar saling menghormati antara satu sama lain.


Seni bina

Pada masa pemerintahn asoka , seni bina india telah berkembang pesat dan ia banyak dipengaruhi oleh agama buddha. Tukang-tukang yang mahir banyak membuat patung dan ukiran pada pintu gerbang gua. Kuil-kuil di bina dikawasan gua dan didalam gua ini banyak terdapat ukiran yang menggambarakan kehidupan guatama buddha. Pada zaman ini juga terdapat beberapa ribu stupa telah didirikan. Stupa ini dibina daripada batu dan berentuk kubah. Ia bukan merupakan tempat suci atau kuil buddha tetapi ia adalah untuk menyimpan bahan-bahan peninggalan buddha.

Pada zaman asoka juga, bangunan-bangunan di bina menggunakan batu yang bermutu tinggi dan tidak lagi menggunakan papan atau kayu seperti zaman sebelumnya kemahiran kerja dan struktur banguanan sangat berkualiti. Ini kerana ia menerima pengaruh parsi dan hellenic. Keadaan ini menyebabkan tenaga buruh di ambil dari barat-utara khususnya bactria. Justeru itu, ekonomi empayar maurya di bawah asoka telah mencepai tahap yang boleh dikatakan agak maju.


Ekonomi

Dari segi ekonomi, kerajaan tidak mempunyai hak mutlak. Perubahan ini amat berlawanan sekali dengan pemerintahan sebelumnya iaitu menetapkan hak ekonomi adalah hak kerajaan semua tanah adalah milik raja. Tetapi pada zaman pemerintahan asoka petani dibenarkan memiliki tanah sendiri. Saiz tanah adalah mengikut kemampuan petani. Kerajaan juga menyediakan kemuahan pengairan untuk memajukan lagi bidang pertanian. Ini kerana sumber ekonomi utama ialah berasaskan pertanian. Disampng itu cuka-cukai yang sesuai iaitu 1/8 hingga 1/6 dikenakan kepada petani berbanding dengan pendapatan negara yang tinggi. Antara cukai yang diperkenalkan ialah bhaga iaitu cukai pendapatan hasil pertanian, bali iaitu cukai yang dikenakan untuk membayar gaji pegawai, cuka-cukai lain termasuklah cukai kelahiran, kematian dan perdagangan. Pendapatan dari cukai digunakan untuk urusan pembangunan negara, pentadbiran dan untuk membina infrastuktur.

Pada tahun 243 sm asoka mengumumkan tidak membenarkan penjualan dan penangkapan hasil ikan selama 56 hari dalam satu tahun. Lembu dan binatang yang mengeluarkan susu tidak boleh di bunuh dan akan lembu yang tidak cukup umur tidak boleh disembelih.
Dari segi perdagangan pula, asoka menggalakkan perdagangan antara wilayah-wilayah bagi memperkembangkan ekonomi negara. Ini menyebabkan ramai perdagang dari luar india datang berdagang di india. Antaranya dari ceylon, kepulauan asia dan sebagainya. Kegiatan perdagangan ini secara tidak langsung turut membantu penebaran agama buddha.


Ketenteraan

Selepas menganut agama buddha, asoka tidak lagi agresif dalam bidang ketenteraan. Asoka lebih suka bersikap toleransi dan berperikemanusiaan. Tetapi ini tidak bermakna beliau mengabaikan terus bidang ketenteraan.Asoka telah menempatkakan askarnya di beberapa kawasan penting dan tempat-tempat strategik. Penempatan tentera adalah bertjuan mengawal wilayah dari serangan luar. Contohnya, pasukan tentera yang kuat di tempatkan di punjab kerana kawasan itu berhampiran dengan pusat pentadbiran dan sentiasa terdedah kepada ancaman luar. Penempatan tentera di kawasan penting menjelaskan sikap asoka yang ingin mengelak ancaman terhadap wilayahnya.


Kesimpulan

Kejayaan ini membuktikan bahawa asoka memang merupakan pemimpin unggul kerana berjaya mengubah atau telah berjaya memperkenalkan beberapa pembaharuan di dalam empayar maurya. Beliau telah meninggal dunia pada 232 sm. Empayar maurya telah berpecah selepas kematiannya dan akhirnya jatuh pada tahun 185 sm. Kelemahan dan ketidakcekapan pemerintah-pemerintah selepasnya merupakan salah satu sebab kejatuhan empayar maurya.



BIBLIOGRAFI

Radhagovinda Basak, Asoka Incription, Calcutta Progressive Publisher , Clcuta, 1959

R. C Maumdar, The History Dan Culture Iof India People, The Age Of Emperial Unity, Bombay , Bharatiya, Vidya Bhana, 1951

R C Majumdar, H C Raaychaudhun, K Intta, An Advanced History Of India, New York, 1967

W H Moreland And Atul Chandra Chatterjee, A Short History Of India, Longmas, Green And Co. London, 1957



Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2009 12:41 AM | Show all posts
12# sayapghaib


journey to the west...bersama hanuman the white monkey..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 03:16 PM GMT+8 , Processed in 0.081094 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list