CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: genot

Empayar Maurya

[Copy link]
Post time 23-11-2009 11:27 AM | Show all posts
Journey To The West

Versi Jepun


Saiyuki
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2009 11:29 AM | Show all posts
Bhodi Dharma seorang pendeta Buddha terkenal pula dikatakan berasal dari Nusantara dan berdarah Melayu.
sayapghaib Post at 17-11-2009 16:49



Nama Melayu  : Dharuma
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2009 07:48 PM | Show all posts
aku berpendapat orang Melayu sini sebenarnya bangsa asli yang sama kat India. ada banyak jenis bangsa di India macam Arya (Iran Purba), Dravida (Tamil), n Naga (aku anggap ni nenek moyang Melayu sini)....... Orang Arya pernah bergaul dengan Naga sblom dorang jajah sluroh tanah India smpai ke selatan.

Nagaland skang neh adalah negara orang Tibeto-Burman, tapi orang Tibeto-Burman dalam kasta Hindu dipanggil sebagai Kirata. Bukan Naga. Pelik gak aku.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2009 11:08 PM | Show all posts
Aku Harap satu hari nanti akan berlaku penemuan kota lama kat kawasan hutan belantara .....
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2009 03:25 AM | Show all posts
22# HangPC2


Budi Dharuma. Emm? Dikatakan pengasas Shaolin martial art.Bagi orang Jepun beliau dikatakan asas bagi Shorinji Kempo martial art. shaolin,shorinji,Silat Serendeng(sendeng).Ada kaitan kot.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2009 12:01 PM | Show all posts
Bodhidharma


Known in English as:         Bodhidharma

Tamil:         போதிதர்மன்

Sanskrit:         बोधिधर्म

Simplified Chinese:         菩提达摩

Traditional Chinese:         菩提達摩

Chinese abbreviation:         達摩

Hanyu Pinyin:         Pútídámó

Wade–Giles:         P'u-t'i-ta-mo

Tibetan:         धर्मोत्तर Dharmottāra

Korean:         달마 Dalma

Japanese:         達磨 Daruma

Malay:         Dharuma

Thai:         ตั๊กม๊อ Takmor

Vietnamese:         Bồ-đề-đạt-ma


Bodhidharma, woodblock print by Yoshitoshi (1887)




Daruma Doll




Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 30-11-2009 10:27 PM | Show all posts
Owh yah, aku ada cakap dengan sorang skolar kitab2 Hindu.... Dia cakap yang orang Austroasia (Proto-Melayu) termasuk dalam golongan orang Monggoloid, ni aku cakap pasal orang Proto-Melayu, maksudnya berkaitan dengan orang Kedah, Kelantan, Kemboja, n Myanmar, bukan Deutro-Melayu yang berkaitan dengan Jowo, Buges, serta sebagainya....

Ini, apa yang aku dapat, dan x salah lah nenek moyang orang Proto-Melayu, asalnya turon dari India, hahaahhaa

Naga merupakan satu kumpulan puak yang tinggal kat satu wilayah di India iaitu Nagaland, di sebahagian Manipur, Assam, n Arunachal Pradesh yang semuanya terletak di Timur negara Nepal. Kaum Naga juga tinggal di kawasan barat daya lereng2 bukit di Myanmar seperti di pembahagi Sagaing.

Aku tanya dia, adakah orang Proto-Melayu (Austroasia) berkaitan dengan kaum Naga? Dia jawab, ya... Dalam rekod2 Hindu lama, orang Tibeto-Burma direkodkan sebagai puak atau kasta Kirata. Kulit dorang kekuning-kuningan, manakala orang Proto-Melayu (Austroasia) pulak direkodkan sebagai Naga. Kulit orang Proto-Melayu, agak keperang-perangan sikit ala2 tanned gitu. Dua2 suku kaum ni termasuk dalam golongan Monggol Purba.

Aku tanya lak, orang Naga ni masa zaman Mahabharata ada tak negara sendiri atau kerajaan sendiri? Dia jawab, tak banyak yang kita tahu tentang kawasan kekuasaan orang Naga di India Purba kecuali ada satu wilayah tu yang dipanggil sebagai Airavata disebut sebagai tempat asal dorang dan terletak jauh ke Utara (India Purba).

Airavata disebut sebagai satu wilayah yang terletak di luar kawasan India Purba atau Bharata Varsha (6,6). Nampak jugak macam tempat ni adalah penempatan awal bagi kaum Naga di India Purba dan Airvata tu letaknya di wilayah Kashmir. Sebabnya, sungai Vitasta (Jhelum) tu ada disebut dalam Mahabharata sebagai tempat kediaman raja Thakshaka dari suku kaum Naga. Tempat2 macam Ananthanaga juga ditemui di Kashmir. Ananta Naga ni merupakan antara seorang tokoh suku kaum Naga yang terkenal pada zaman2 awal.

Benda2 ni berguna tau untuk hangpa kalu hangpa nak kaji balik perkembangan agama Hindu.... Orang Kirata n Naga ni ada terlibat dalam perkembangan agama Hindu yang kita tengok zaman ni....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-11-2009 10:41 PM | Show all posts
Ada la sekor pak Indu ni cakap......

Rig veda juga ada sebut terang2 tiga jenis golongan manusia dalam bumi ni...
1) Aryan (kulit cerah la kowt)
2) Kulit gelap
3) Kulit kuning

Yang lain2 tu semua adalah campuran daripada semua tiga jenis manusia ni yang menghasilkan puak2 lain. Kununnya, kitab2 Veda merupakan kitab yang awal menggunakan bahasa yang dah bertamadun dan bertatabahasa iaitu bahasa Senskrit. Veda kata orang2 Indu ni, dipindahkan kepada 100 generasi dari mulot ke mulot sebelum dikumpolkan dan ditulis balik dalam daun2 lontar oleh Ved Vyasa. Jadi perkara mengenai orang Kirata ni x bagi bukti yang jelas pom pasal orang India tau atau kenal pasal orang China.

Jawab pak Indu yang pakai kitab Mahabharata tu, macam yang hang sebut, orang Kirata masuk bawah kategori manusia berkulit kuning... Kulit depa digambarkan dalam Veda sebagai berwarna keemasan.

Kairatam vesam asthaya kancana-druma-sannibham
Mengambil kira rupa puak Kirata, umpama pokok emas (warna kulit depa) (IV,35,2);

dadarsatha tato jisnuh purusham kancana-prabham
Kemudian si Pemenang (Arjuna) melihat seorang lelaki (Kirata), bersinar gemilang bak emas (IV, 35,17);

Hal ini memberikan bukti bertulis bahawa orang2 Monggol memang dah ada tinggal dalam benua kecil India semasa orang Aryan bertembung dengan mereka.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-11-2009 10:59 PM | Show all posts
Post Last Edit by genot at 30-11-2009 23:18

Dewa Siva yang Indu2 sini dok sembah tu dewa orang Kirata atau Indo-Monggol. Peliknya aku, Indu sini bukan orang Monggol, depa Dravida (Tamil). Depa siap ada Sivachariar (Brahmin Siva) yang bagi panduan soh antaq sami2 bukan kasta Brahmin untuk jaga koil2 dewa Siva kat sini pasai sami Brahmin depa xleh kuaq lintas laut.

Pastu ada lambang matahari n bulan sabit kat kepala Siva ada orang kata lambang orang Monggol. Orang Kirata dikatakan bercampur dengan orang China sejak sblom era Masehi, benda ni ada disebutkan dalam Mahabharata. Dalam Sabhaparvan, raja Bhagadatta dari Pragjyotisa dalam wilayah Assam lani digambarkan sebagai dikelilingi oleh orang Kirata n China.

Dalam Bhismaparvan, "mayat Bhagadatta, dilihat berwarna kuning kulitnya mengikut kulit Kirata n China, seperti warna utan di Karnikaras." Hakikatnya, orang India kuno bertembung dengan orang China melalui orang Kirata.

Pastu, pak Indu2 tu kata, kat Nepal, sami2 Brahmin dari puak Aryan cuba nak masukkan sistem kasta/jati dalam masyarakat Kirata atau masyarakat asli Nepal. Tahun 1975 dalam pertabalan raja Birendra, seorang suku Limbu dari puak Kirata dijatuhkan kasta ke Sudra, dan seorang suku Srestha dimasukkan dalam kasta Vaisya. Sesetengah sami Brahmin puak Aryan jugak mendaftarkan kasta empat orang budak2 laki suku Rais dalam upacara kuil dalam kasta Chetri (Kesatria), berbeza dengan cara layanan depa terhadap suku Limbu. Ini merupakan contoh golongan pemerintah yang cuba nak memecahbelahkan suku kaum Kirata dan memasukkan mereka dalam pelbagai kasta."These are sometypical examples of expedient behavior by the ruling class to dividethe Kirat group and bringing them into caste system." (Fatalism andDevelopment).

Ha, pak Indu tu asal dari Nepal dengarnya....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-11-2009 11:15 PM | Show all posts
Arh, aku malas nak bukak thrid baru, aku anggap ni thrid untuk agama2, adat2, kerajaan n jugak untuk puak2 di India Purba gak la.

Adat2 orang Kirata, masa kematian, depa x bakar mayat, tapi tanam mayat. Agama Mundhum, iaitu agama tradisi orang Kirata menyebut bahawa Tuhan telah menjadikan tubuh manusia daripada bumi n abu, dan hari ini tubuh badan anda akan bercampur dengan bumi semula.

Hari2 mulia depa macam perkahwinan n upacara agama, depa akan sediakan makanan berasas daging babi n arak, sebenarnya bertentangan dengan ajaran Hindu n Islam. Ada persamaan sikit dengan orang Monggolia sebab orang Monggolia sembahkan haiwan macam kuda untuk perang, kambing biri2 n lembu untuk kawan lama x jumpa, dan menganggapnya sebagai penyembahan abadi kepada Langit (Tuhan).

Pastu, puak2 Kirata macam suku Rai, Limbu, Sunuwar, n Yakkha di Nepal x bakar mayat macam kawan2 Hindu yang lain. Depa banyak guna alkohol n daging x macam masarakat Hindu. Etnik2 lain yang anggap diri depa pon keturunan Kirata macam Dhimal, Hayu, Koch, Thami, Tharu, Chepang, n Surel pon buat benda2 yang sama macam Kirata mainstream.

Bandingan dengan orang Monggol plak, depa diharamkan bakar mayat sesama bangsa snirik tapi boleh bakar mayat musoh. Orang Monggol pengamal Shamanism memang amik alkohol, yang Buddha x amik. Orang2 mulia Monggol pon ada tanah snirik untuk kebumikan mayat2 kaum keluarga.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-11-2009 11:39 PM | Show all posts
Nasib kita agak baik gak, pak cik2 Nepal ni sanggop bagi maklumat, jadi hangpa buleh la link dengan sejarah dunia kaum Israel segala bagai mak nenek pon sebab nampak jelas sikit. Ni pak cik Nepal tu bagi tentang benda yang dia penah belajar pasai orang Kirata atau Monggol kulit kuning.

Menurut Suresh Singh, "Pada sekitar abad ke 6 M, orang Monggol dari Asia Tengah, kemungkinan dari timur Monggolia berpindah turun ke Nepal. Dahulunya depa adalah pengembala lembu n menatang2 ternakan yang meragut rumpot. Puak Monggol ini mengalahkan puak2 Kirata n golongan Austris (Dravidian), hah, dapat dah... hahaha.... Puak ni mengasimilasikan orang Kirata n Australoid ni ke dalam puak depa. Stengah puak Kirata pindah ke timor Nepal n dok sama2 dengan puak Kirata lain."(Some Notes On Nepali Castes and Sub-Castes-Jat and Thar)

G.P Singh sebut,  " Puak Kirata yang paling berkuasa sekali menetap di lembah Nepal pada zaman kuno, kemungkinan pada era SM adalah suku2 yang lani dikenali sebagai Kulung, Thulung, n Yellung. Orang Newari pulak didapati merupakan puak Kirata yang paling awal menetap kat Kathmandu.Nama Newari seperti Patan Yellai sebenarnya datang dari nama Yellung." (TheKiratas in Ancient India, 1990)

Didapati jugak, nama Nepal mula2 ditemui dalam 'Atharva Parishista' (abad ke-4 M) dipercayai datang dari istilah 'Nepa.' Istilah Kiratadesh atau Negara Kirata pula ditemui dalam dokumen2 awal seperti Veda dan teks2 Hindu lain. Menariknya jugak, pak Indu Nepal ni mengatakan yang terdapat jugak golongan Austroasia (Proto-Melayu) n golongan Kirata yang dudok di barat laut India skang neh iaitu di Himachal Pradesh.

Ahli sosiologi terkemuka Nepal, Profesor Dor Bahadur Bista, juga menyebut,"daripada semua 36 kasta n kumpulan etnik yang ada di Nepal, sistem kasta langsung x beri kesan kepada suku Limbu. Hal ini, disebabkan oleh jarak tempat tinggal mereka yang jauh dari kuasa pusat di Kathmandu dan juga kebebasan budaya mereka." (Fatalism and Development, 1991)                                                                                                                

Prof. Bista jugak menulis bahawa keturunan Kirata termasuklah semua orang Indo-Monggol yang bercakap dialek bahasa2 Tibeto-Burma sebagai bahasa ibunda seperti bahasa Rai, Limbu, Yakkha, Sunuwar, Jirel,Hayu, Gurung, Magar, Thakali, Thami n Chepang di pergunungan, n Tharu, Danuwar, Bote Majhi, Dhimal, Meche, n Koche di tanah datar. Dia juga sebut bahawa puak Newar yang mula2 skali dok di Kathmandu pon termasuk dalam golongan ini.
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2009 01:06 AM | Show all posts
adakah Proto-Melayu  dikenali sebagai Southern Mongoloid ?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-12-2009 01:12 AM | Show all posts
X pasti aku, rasanya betol lar Southern Mongol sebab Austro maksudnya selatan n Asia ni link dengan orang Mongoloid.
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2009 03:04 AM | Show all posts
aku dan sejarah sgt lemah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2009 11:02 PM | Show all posts
melawat ler ke muzium2 n tempat2 bersejarah.... macam rancangan 360 degree kat Astro TV4 tu ke.... sejarah bukan mestinya belajar kat skolah sebab kita bukan belajar smua benda kat skolah pon
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2009 11:45 PM | Show all posts
Kalu hangpa perasan.... Kita selalu dengar pasal perkataan Naga... Naga ni dari bahasa Senskrit maksudnya Ular Tedung Senduk...

Dalam bahasa lama kita di Utara Malaysia ni, Naga ni sama dengan perkataan Merong yang bawak maksud Ulaq Besarq... Perkataan Merong ni cuma wujud dalam kalender tradisional saja, tapi x wujud dah dalam percakapan biasa, selain tu wujud dalam buku hikayat Merong Mahawangsa la.

Suku kaum Austroasia yang kat India sana tu direkod sebagai Naga dalam kitab2 lama Hindu sebab depa ni asalnya ada haiwan totemik Ular... Totem ni macam Guardian Protector la yang hangpa dok tengok orang Red Indian dok puja tiang kayu rupa macam jaguar, macam beruang, burung helang, n sebagainya...

Depa ni bagi sembah kat Ular... Aku ada cek dalam Wikipedia n dapat banyak gak maklumat.... Lain daripada tu, hangpa perasan tak pasal Naga Tasik Chini? Kat Pahang sana? Aku rasa smua ni ada kaitan dengan kepercayaan purba sblom perkembangan agama Hindu n Buddha tu sniri yang serap kepercayaan2 suku kaum ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-12-2009 12:39 AM | Show all posts
Dalam wikipedia kata, walupon wikipedia bukan sumber yang baik, tapi aku rasa depa ada kumpolkan jugak fakta2 dari sumber2 akademik sebab ada rujukan2 kat bawah dia... Wikipedia kata bahawa pujaan kepada haiwan Ular ni ada dalam banyak budaya di dunia ni.

Kat Asia Tenggara ni, kepercayaan terhadap Ular ada di dalam mitos atau legenda Kemboja. Ceritanya ialah apabila Brahmin bernama keluarga Kaundinya atau dalam basa Siam, dipanggil sebagai Phra Thong ni dapat mimpi n kemudian belayar menuju ke sungai Mekong. Di sana dia bertemu dengan satu puak iaitu puak dari suku kaum Naga. Kaundinya n orang2 dia perang dengan puak Naga ni n kemudiannya Kaundinya ni menang. Puak Naga ni kalah sebab kurang tamadun daripada orang Brahmin tu. Lepas tu, Brahmin Kaundinya ni menikah la dengan puteri Naga atau Nang Naaq. Nama hindu Nang Naaq ni adalah Soma atau dalam basa Cina dipanggil sebagai Liu Yeh (daun Banyan). Brahmin Kaundinya ni adalah suku kaum Kemboja (Cambysis). Nama negara Kemboja hari ni adalah nama suku kaum Brahmin ni.

Kebetulan plak di India pun ada gak mitos Hindu pasal Naga. Menurut konteks pemahaman Hindu, Naga merujuk kepada dewa2 atau makhluk yang boleh amik rupa ular yang besar. Benda ni ada sebut jugak dalam tradisi Buddha. Perkataan Naga ni plak kurang jelas juga makna sebenar dia sebab ia boleh rujuk kepada beberapa jenis suku kaum manusia, gajah, rujuk ular2 biasa, ular tedung, n wujud dalam bahasa2 India macam bahasa Hindi, iaitu Naag selain dalam bahasa Melayu sebagai Naga atau dalam bahasa Thai moden sebagai Naaq. Ular betina dipanggil sebagai Nagi. Kalu hangpa ada tonton TV8 Astro atau ZeeTV, ada drama Hindi yang bertajuk Naginn. Satu suku kaum yang bleh berubah jadik ular, n ada mutiara naga. Haha, macam crita Goku pon ada. Dalam Hinduism, naga atau ular ni melambangkan kelahiran smula, kematian n ketidakabadian sebab ular selalu bersalin2 kulit. Secara perlambangan, salin kulit maksud dia lahir semula. Kat India pong banyak ukiran2 patung ular tedung, kat Kemboja pong ada, kat Thailand pong ada. Dorang akan letakkan bunga, susu, n makanan lain kat patung ular tu selain nyalakan lilin.

Orang Tamil plak akan bakar ular yang dibunuh secara tak sengaja dengan bakar dia macam bakar mayat manusia biasa. Ada jugak perarakan tahunan dengan patung dewa ular dibawa oleh seorang paderi pompuan yang bujang. Dorang x kan bunuh ular dengan sengaja.

Kata Bhattacharya, 1965, muka 1, ada macam2 jenis lambangan untuk ular dalam kultus sembahan ular kat India. Misalnya, kat India Utara, orang2 sana puja ular jantan yang dipanggil sebagai Nagaraja atau Raja Ular. Kat India Selatan, orang sembah ular tedung yang betul2 idop. Kat Benggal depa smbah dewi Manasa yang boleh berubah jadik ular.

Dalam mitos Hindu, Naga ada macam2 peranan... Shesha Naga yang dalam mitos Hindu tradisi Vishnava, dikatakan menanggung dunia atas kepala 1000 bijik kepala dia jugak jadik tempat landing dewa Vishnu. Shesha Naga gak payungkan Krishna masa dia lahir dalam hujan yang ada kilat. Naga Vasugi pulak membelit diri dia di Gunung Mandara untuk campurkan lautan susu bagi menghasilkan minuman keabadian untuk dewa n asura (anti-dewa). Kaliya Naga pulak meracun sungai Yamuna n menyebabkan Bala Krishna (Krishna Kecik) menari atas dia bagi paksa dia keluar dari sungai. Manasa Devi di Benggal plak dianggap sebagai ratu ular, n jadik ibu alam semesta oleh orang tempatan situ. Anantha Naga plak adalah ular yang membelit dunia. Padmanabha plak merupakan pelindung ular di Selatan India. Astika plak adalah Brahmin mixed dengan Naga (Ular Jadian). Ular atau Naga gak membelit leher dewa Siva.

Lain daripada tu, di India ada perayaan Naga Panchami pada tiap2 hari kelima bulan Shravan. Orang2 penyembah ular akan puja n sembah patung2 ular dengan sembahan susu n bakar setanggi untuk doa dapatkan ilmu, kemahsyuran, n kekayaan.

Di tamadun Mesopotamia purba, orang2 Saam, percaya bahawa ular adalah makhluk abadi sebab dia sentiasa tukar kulit n sentiasa nampak sama, x berubah macam asalnya. Sblom ketibaan orang Ibrani dari Mesir, kultus ular memang dah ada di Kanaan mula pada zaman gangsa. Ahli arkeologi ada menggali kuar objek sembahan kultus ular zaman gangsa di bekas kawasan bandar Kanaan pada zaman sebelum Israel. Dua dijumpai di Megiddo, dan satu di Gezer. Satu ditemui di kawasan suci di kawasan kuil H di Hazor, dan dua di Shekhem. Dalam kawasan sekeliling pon ada ditemui kultus ular ni dalam budaya2 lain. Ada kuil Hittite yang dibina pada kurun akhir zaman gangsa di utara Syria pong mempunyai patung dewa yang memegang ular pada satu tangan n satu lagi memegang tongkat dan patung dewa tu dibuat daripd gangsa.

Pada kurun ke-6 SM di Babylon, sepasang ular gangsa melingkari tiap2 empat laluan kuil di Easgila. Pada Tahun Baru Babilon plak, seorang paderi akan mintak tukang kayu, tukang besi, n tukang emas buat dua imej yang ada pegang bentuk ular yang dibuat dari keju kat tangan kiri, n angkat tangan kanan kat dewa Nabu.Di Tepe Gawra pon sekurang2nya 11 bentuk patung ular daripada gangsa dianggarkan dari zaman awal Assyria ditemui.

Pemujaan ular ni pong ada dalam legenda2 Greek, Eropah Kuno, Afrika, Australia purba, Amerindian, n Skendinavian purba. Dalam agama Kristian pong ada gak pasal ular, n dalam agama Buddha pong sama. Sikit2 arh dolu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-12-2009 12:55 AM | Show all posts
pujaan kat ular di India masa Naga Panchami









Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-12-2009 12:57 AM | Show all posts
Bala Krishna paksa Kaliya Naaga kuar dari Sungai Yamuna...


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-12-2009 12:59 AM | Show all posts
Gambaran dewa Vishnu Narayana dok landing atas Shesha Naga yang melingkar...


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 01:22 PM GMT+8 , Processed in 0.091444 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list