CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: batu_bergolek

(MERGED) KERJAYA DALAM POLIS, TENTERA & APMM

[Copy link]
Post time 28-6-2009 01:40 PM | Show all posts
10# areguard

Apa bidang pun diorang terima. Kawan aku C/Insp Saiful Anuar Razali yg berlakon musim terbaru Akademi Polis tu pun asalnya dari Diploma Sains Sukan UiTM. Ex-PALAPES lagi tu!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2009 08:41 AM | Show all posts
owh dip skang tok jawatan sarjan ye...
x kesah la...saya memang niat nak apply..sape tau ble lg ye intake thn ni?
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2009 11:06 PM | Show all posts
Tahniah kepada semua yang telah berjaya menjawat jawatan sebagai Inspektor Polis Di Raja Malaysia.. jalankan lah tugas dan tanggungjawab dengan penuh ikhlas dan komitmen yang tinggi.. harapan keluarga, rakyat dan negara terletak di bahu anda... jadikan PDRM jabatan yang berintegriti di mata dunia.. Tahniah sekali lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2009 10:14 AM | Show all posts
dulu memang minat nak jadi inspektor polis ni...
malangnya mataku rabun...
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2009 10:05 AM | Show all posts

(MERGED) KERJAYA DALAM POLIS, TENTERA & APMM

Post Last Edit by jazim at 25-10-2009 13:27

saya ni orang baru dlm forum ni, tak reti pun psl benda ni, harap maaf la kalau tersalah. Saya nak tanya la pada sesiapa yang ada info psl benda ni. Boleh ke ex kadet dari 4 pusat latihan kadet atm memasuki skim graduan, psl  saya tersungkur masa semester 1.  Lepas keluar baris, saya terus lapor dkt unit sukarela dan dpt pakai nombor tentera masa kadet. Sekarang saya sedang menyambung pelajaran dlm ijazah kejuruteraan komputer dan bercadang nak masuk baris semula as pegawai graduan. sesiapa yang ada info boleh ke tolong saya. Maaf sangat-sangat kalau ada kesalahan.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2009 12:06 PM | Show all posts
pegawai graduan tu yang melalui KTD kan ..
ader gak dengar tapi tak tau sgt pasal tu coz member ader
grad dari KTD ...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-7-2009 01:01 PM | Show all posts
1# sauffie

Xde masalah utk saudara masuk sebagai pegawai graduan asalkan saudara menepati segala kelayakan fizikal dan akademik yg diperlukan apatah lagi saudara bakal bergraduan dlm bidang yg sangat diperlukan oleh ATM.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2009 05:39 PM | Show all posts
Tapi saya ni bekas pegawai kadet. Lepas keluar baris, saya dinasihatkan oleh pegawai saya supaya lapor diri di mana-mana unit sukarela ATM. Lepas tu saya kena mengikuti latihan asas sebulan sebelum saya dibolehkan pakai Nombor Tentera saya yang asal. Ada lagi ke peluang kedua untuk saya selepas tamat ijazah ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2009 07:51 PM | Show all posts
1# sauffie

Aku dulu ade kawan, x habis Skim Perantis (name sebenar Skim ni dah lupa).

Pehtu masuk Universiti, join PALAPES sampai ditauliahkan Lt. M.

Pehtu aku jumpa dia kat JB, nak gi PULADA katanya (kire masuk regular lah).

Skang kat 1 Melayu.


MORAL OF THE STORY : Asalkan ade minat & kelayakan, silakan LAPOR-POR.





Aiwah.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2009 07:57 PM | Show all posts
Tambahan : cite ni dah 9 tahun lepas, bukan Tugas Ikhtisas.

Kirenye kalo member aku amik Skim Tauliah Jangka Pendek, dah x lame dah.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2009 09:19 PM | Show all posts
4# sauffie

Kalau pakai no tentera yg asal, maknanya saudara pegawai juga la. kalau dah grad nanti, minta diserapkan dari angkatan simpanan ke angkatan tetap. Saudara sekarang di unit AW atau PSSTLDM?
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2009 08:24 AM | Show all posts
Saya sekarang berada di unit AW. Mula-mula tu macam payah sikit pasal semua orang tanya psl nombor saya, jenuh nak menerangkan dari awal sampai habis. Bukan saya seorang je yang masuk unit sukarela, ramai lagi orang macam saya yang saya jumpa dlm unit sukarela.
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2009 03:24 PM | Show all posts
Sila ke http://maf.mod.gov.my/ dan lihat bahagian kerjaya

Antara tawaran yang telah dibuat

PENGAMBILAN GRADUAN UNTUK BERKHIDMAT SEBAGAI PEGAWAI DALAM PERKHIDMATAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA
Tarikh Tutup
:
15/10/2008
Syarat-Syarat
:
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mempelawa warganegara Malaysia LELAKI yang berkelayakan untuk berkhidmat sebagai Pegawai dalam Perkhidmatan Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

SYARAT KELAYAKAN


1.         Umur.(Pada 28 Feb 2009):

            a.         Calon Graduan Senarai Tugas Am : Tidak melebihi 27 tahun.
            b.         Calon Graduan Senarai Tugas Ikhtisas :  Tidak melebihi 30 tahun.

2.         Fizikal.

            a.         Tinggi minimum: 1.57m.
            b.         Berat minimum: 47.5 kg.
            c.         Ukuran dada minimum : 76sm.
            d.         Body Mass Index (BMI) 17.9 hingga 26.9.

3.         Taraf Kesihatan. Bagi mereka yang berkaca mata, keupayaan maksimum penglihatan tanpa kaca mata ialah 6/12. Calon-calon mesti lulus pemeriksaan kesihatan yang dijalankan oleh Pegawai Perubatan ATM iaitu memenuhi taraf Darjah Kerja TATADEMOT (DKT) : ’Foward Everywhere’ (FE).

4.         Kelayakan Akademik.  

Syarat Am. Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) atau Diploma yang diiktiraf oleh Kerajaan dalam jurusan yang berkaitan.  Calon-calon juga perlu lulus SPM /SPMV atau kelayakan setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan), Matematik, Bahasa Inggeris dan Sains (atau lulus mata pelajaran Fizik atau Kimia)
b.         Jurusan yang diperlukan.
            
            (1)        TDM
                        
                        (a)        Senarai Tugas Am. Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Sains Perpustakaan
                        
                        (b)        Senarai Tugas Ikhtisas.
                        
                                    i.          Ijazah Sarjana Muda dengan Pendidikan (Kepujian) dalam jurusan Matematik/Fizik/Kimia/ Biologi/Bahasa Inggeris/TESL
                                    ii.          Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dan Diploma Pendidikan dalam jurusan Matematik/Fizik/Kimia/ Biologi/Bahasa Inggeris/TESL

            (2)        TLDM (Senarai Tugas Ikhtisas). Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Kejuruteraan Seni Bina Kapal/Naval Architecture
            
            (3)        TUDM (Senarai Tugas Am).

                        (a)        Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Undang-Undang.
                        (b)        Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Seni Bina.
                        (c)        Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Multimedia.
                        (d)        Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Sains Komputer.                          
                        (e)        Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Sains Sukan.                          
                        (f)         Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Perhubungan Awam.
                        (g)        Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pengurusan Perkhidmatan Makanan/Hotel.
                        (h)        Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Kejuruteraan Awam/Elektrik/Elektronik.
                        (i)         Diploma Sains Sukan.   
                        (j)         Diploma Sains Komputer.
                                                                        
5.         Pengesahan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) : Calon-calon yang memiliki Ijazah atau Diploma dari Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan dan luar negara perlu mendapatkan  salinan pengesahan pengiktirafan dari JPA melalui Laman Web JPA -  www.jpa.gov.my

GAJI DAN ELAUN


6.         Gaji.    Gaji akan mengikut skim gaji SSM yang masih berkuatkuasa bagi perkhidmatan ATM.

7.         Faedah – faedah Perkhidmatan.  Faedah – faedah perkhidmatan yang disediakan oleh ATM ialah
seperti berikut:

Imbuhan Tetap Perumahan – RM 420.00 hingga RM 450.00 sebulan (sekiranya tidak diperuntukkan rumah keluarga).
Tuntutan Pakaian Istiadat – RM 1,500.00 (3 tahun sekali).
Elaun Senggaraan Pakaian Seragam – RM 500.00 (setahun sekali).
Imbuhan Tetap Khidmat Tentera – RM 170.00 hingga RM 300.00 sebulan.
Tuntutan Perjalanan Ke Tempat Kerja – RM 200.00 maksimun sebulan (sekiranya tidak diperuntukkan kenderaan ke tempat kerja).
Bayaran Insentif Semenanjung (bagi yang lahir di Sabah dan Sarawak sahaja).
Bayaran Insentif Sabah dan Sarawak (berkhidmat di Sabah dan Sarawak).
Rawatan / Perubatan Percuma (termasuk ibubapa).
Elaun Bantuan Sara Hidup (COLA).
SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN



8.         Calon-calon yang terpilih akan ditauliahkan sebagai Pegawai mengikut perkhidmatan masing-masing. Perlantikan dan pentauliahan adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan – pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

CARA PERMOHONAN



9.         Permohonan boleh dibuat dengan menghantar salinan dokumen-dokumen seperti berikut:

a.         Ijazah/Diploma.
b.        Sijil SPM atau setaraf.
c.        Transkrip Akademik.
d.        Kad Pengenalan.
e.         Sijil Kokurikulum. (tertinggi sahaja).
f.          Pengesahan Pengiktirafan JPA (sekiranya berkaitan).
g.         Profil Peribadi/Resume Termasuk Nombor Talipon Terkini.
h.         Sekeping Sampul Surat Berukuran 20sm x 28sm, Bersetem  RM 1 dan Beralamat Sendiri. (Sila catatkan di sebelah kiri sampul surat pilihan anda sama ada Tentera Darat Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia atau Tentera Udara Diraja Malaysia).
i.          Sila bawa dokumen-dokumen asal semasa melapur di pusat pemilihan yang akan dimaklumkan kemudian.
10.        Permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada:

Markas Angkatan Tentera Malaysia,
Bahagian Perkhidmatan Anggota,
Cawangan Tenaga Kerja,
Kementerian Pertahanan,
(Untuk Perhatian: Sel C),
Karung Berkunci No: 11006.
50634 KUALA LUMPUR


atau

Datang sendiri ke Cawangan Tenaga Kerja, Bahagian Perkhidmatan Anggota, Kementerian Pertahanan, Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur dengan membawa dokumen –dokumen seperti  di atas.

11.        Untuk sebarang pertanyaan, talian berikut boleh dihubungi:
            
            a.         03-20714524, 03-20714526, 03-20712387, 03-20712391
            b.         Talian Bebas Tol : 1-800-88-7588
            c.         No Faks:  03-26985340 ,0326986235
            d.         Email:  ctk.mtk@mod.gov.my

12.       Maklumat Penting.
Para pemohon yang tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan dan jurusan-jurusan seperti yang dinyatakan di atas TIDAK PERLU MEMOHON. Pemohon juga tidak perlu mengisi sebarang borang permohonan untuk jawatan di atas. Hanya calon-calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk ujian dan temuduga di pusat pemilihan yang ditetapkan.  Mereka yang tidak menerima sebarang surat tawaran temuduga dan ujian pemilihan DUA (2) MINGGU dari tarikh tutup permohonan adalah dianggap tidak berjaya.


13.        Tarikh Tutup Permohonan adalah pada 15 OKTOBER 2008.
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2009 02:04 PM | Show all posts
hmm.. sauffie ni pnah masuk ktd ke dulu? rasa2 mcm knal jek...
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2009 04:09 PM | Show all posts
Sarjan tuk Diploma??? Degree holders for Insp??..Are U sure??..Bukankah cadangan tu dah ditolak oleh semua warga PDRM??...
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2009 07:23 PM | Show all posts
Aku dengar xde lagi peperiksaan khas undang2 utk APR2 muda bagi kelayakan masuk latihan inspektor. Kalau betul ia amat mendukacitakan kerana ramai sebenarnya APR muda yg jika diberi peluang mampu berjaya sebagai pegawai ni. KTD, KTL dan KTU pun masih ambik LLP muda yg berjaya baiki kelulusan SPM mereka. Satu lagi perkara yg PDRM kena lakukan ialah beri hak cuti belajar bergaji penuh kpd APR supaya lebih ramai yg bersemangat nak belajar lagi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2009 08:04 PM | Show all posts
Peperiksaan khas undang2 tu masih lagi dlm cadangan..xde kata putus pun kot??..Xtually ramai di kalangan APR skang ni yg rasanya rata2 mempunyai diploma dan ijazah....masuk guna SPM bila dah lepas training baru declare mereka ni ada diploma or ijazah .... sebab Deila ada kawan yg overqualified  masuk polis jadi APR...army  rasanya senang kit kot
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2009 07:46 AM | Show all posts
10# e.d5900

Saya pun dah lama tinggalkan dunia angkatan tetap, kalau masuk baris jadi pegawai graduan pun akan pakai nombor 300 yang baru. Cuma apa yang saya tahu, nombor lama tu akan letak dalam rekod saya. Tapi yang tak seronoknya jumpa senior sukarela yang bernombor 300 juga, banyak karenah juga dia orang tu.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2009 04:29 PM | Show all posts
salam,nak tanya. ...
dari segi pangkat, gaji dan kelayakan masuk, mana lebih besar? inspektot polis ker atau leftenan muda ATM?
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2009 09:57 AM | Show all posts
Sarjan tuk Diploma??? Degree holders for Insp??..Are U sure??..Bukankah cadangan tu dah ditolak oleh semua warga PDRM??...
Adeila Post at 30-7-2009 16:09


betul!!.. pekeliling dah kuar kat jpa awal julai kalau tak silap..

tapi PDRM menolak dengan sebulat suara option tersebut.. nan ado yang nak sign.. sebab yang dijanjikan adalah penambahbaikkan.. tapi yang kuar, penambah sukaran..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:22 PM GMT+8 , Processed in 0.073575 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list