CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 57851|Reply: 279

Tarikh 'Arab

[Copy link]
Post time 20-11-2009 08:22 PM | Show all posts |Read mode
Slama neh kita smua asik cakap pasal hikayat2 dalam negeri Melayu jah kan. X ramai plak tau keadaan kat Tanah 'Arab sana. Sampai ada stengah orang gi cakap Yahudi sebagai satu bangsa n conclude suma nabi asal dari Yahudi, sedangkan dorang adalah salah satu suku kaum di Timur Tengah Banyak lagik nabi lain yang bukan suku Yahudi, tapi dari suku Arab Purba.

Ni lah bahananya tak membaca kisah nabi2 masa kecik2 dolo. Oleh itu mari kita kenali sejarah bahagian Timur Tengah. Aku mulakan nanti dalam thrid baru.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-11-2009 08:43 PM | Show all posts
Muqaddimah

Asal-usul bangsa

Zaman2 ilmu pengetahuan maju neh, muncul ler satu ilmu yang kalu kat universiti dipanggil sebagai ilmu antroplogi. Maksudnya ilmu mengkaji asal-usul sesuatu bangsa n kendian kita tengok pertaliannya dengan bangsa lain.

Lepas dikaji2 oleh cendekiawan bahasa Arab neh, didapati bahawa bahasa neh bersangkot paut dengan bahasa Finniqi (Phonecian), Ibrani (Hebrew), Babil (Chaldean), n 'Asyur (Assyrian). Kita dapati jugak bangsa2 smua neh asal dari satu bangsa jugak.

Bukti2 lain plak menunjukkan perkaitan dorang neh adalah dengan bentuk muka n perawakan yang sama macam rambut itam, janggot tebal cam Taleban, warna kulit, n lain2 ikot kajian DNA (biologi) n kajian asal usul keturunan melalui bentuk tuboh manusia (antropologi).

Dalam smua hasil kajian ni, disimpulkan, bahawa bangsa 'Arab adalah termasuk golongan bangsa Samiah (Semites).  

Kata Gustav Le Bon, beberapa kurun lamanya, bangsa 'Arab memang dah wujud di muka bumi neh. Ahli2 yang mengkaji dan menyelidiki telah menggali khazanah bumi n mendapati bahawa bentuk badan manusia yang hidop masa zaman hampir nak masok ke zaman besi dolu adalah hampir sama saja smua.

Orang yang belajar perkaitan sesuatu bahasa plak menyangka bahawa dataran luas yang terletak antara dua sungai besar iaitu sungai Furat (Euphrates) n sungai Daglah (Tigris) serta kawasan Kaukasus (Caucasoid) di samping kawasan utara Tanah 'Arab hanya didiami oleh satu bangsa saja dan menggunakan satu bahasa saja iaitu bahasa Saam. Pasai tu la bangsa 'Arab juga dikira sebagai bangsa Saam serumpon dengan bangsa Ibrani, Suryani, 'Asyor, n Kaldani.

Yang jadi pertikaian ahli2 penyelidik tu adalah tentang tempat tinggal bangsa Saam yang asal. Dalam Torah, disebut manusia yang mula2 skali tinggal antara dua sungai besar iaitu Tigris n Euphrates sebelum berpecah2 n terpencar ke seluruh alam. Dari bangsa Saam keluarlah bangsa 'Asyour n bangsa Babilon kat Iraq, dan jadi bangsa Aram di Syria, jadi bangsa Phonecian di sepanjang pantai Syria, dan bangsa Ibrani di negeri Palestin dan Israel, jadi bangsa 'Arab di Semenanjung Tanah 'Arab, serta jadi bangsa Habsyi di Ethiopia (Habsyah).

Ada tiga pandangan pulak dari para penyelidik yang terkenal misalnya:

1. Rebter n Salet mengatakan bahawa asal-usul bangsa Saam adalah di Ethiopia kat Afrika sana.

2. Sprenger, Serider, Robertson, n Wenkler kata bahawa bangsa Saam asal dari Semenanjung Tanah 'Arab snirik. Kemudian baru dorang terpecah2 ke seluruh Bumi (Ardh, Eretz).

3. Egnazie Guidi plak cakap yang bangsa Saam asal dari utara Sungai Euphrates.

Walupon dorang smua berlainan pendapat tentang asal-usul tempat tinggal bangsa Saam, tapi dorang smua sepakat cakap yang dari bangsa Saam lah muncol pelbagai bangsa di dunia neh. Dulu2, bahasa manusia cuma satu, tapi lama2 bila iklim dunia berubah n perbezaan kemajuan hidop, bunyi bahasa pong jadi berlainan n tulisan pong makin lama makin berubah, tatabahasa pong sama berubah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-11-2009 09:09 PM | Show all posts
Keturunan

Dalam buku2 tarikh berbahasa 'Arab, bangsa 'Arab neh dibahagikan kepada 3 bahagian:

1. 'Arab Ba'idah
2. 'Arab 'Aribah
3. 'Arab Musta'ribah

Menurut riwayat Abul Fidaa, bangsa 'Arab neh dibahagikan tiga iaitu ba'idah, 'aribah, n musta'ribah. 'Arab ba'idah nih, adalah 'Arab purbakala. Riwayat dorang susah nak diselidiki sebab lama sangat. Cuma kita boleh tengok bekas2 dorang sikit saja tu pon melalui kajian sejarah sejarawan dan pakar arkeologi. Contoh 'Arab ba'idah adalah kaum 'Aad, Thamud, n Jurhum-ul- Awwal. Bangsa2 neh ada diceritakan dalam kitab suci kita iaitu Quran dan ada jugak disebut dalam kitab2 lain macam Torah, tapi bekas tamadun bangsa2 neh dimusnahkan Tuhan, cuma tinggal sikit je yang boleh dilihat hari nih.

Lepas Jurhum-ul-Awwali atau kaum Jurhum Pertama, muncul pulak Jurhum-ut-thaani atau kaum Jurhum Kedua dari keturunan anak2 Qahthan.

Lepas tu nabi Ibrahim datang ke Tanah 'Arab dan membangunkan Ka'abah yang skarang neh mungkin mak bapak korang atau sedara-mara tengah bertawaf kat sekelilingnya. Anak nabi Ibrahim (as) iaitu nabi Ismail (as) berkahwin dengan wanita dari suku kaum Jurhum Kedua ni. Keturunan Isma'il dengan wanita Jurhum ni, lahirlah bangsa 'Arab Musta'ribah, maksudnya, orang2 yang menjadi 'Arab.

Suku Qahthan ni juga ada melahirkan dua lagi keturunan besar iaitu Himyar dan Kahlaan.  

sambung nanti.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-11-2009 11:26 PM | Show all posts
Himyar

Keturunan raja2 yang memerintah negeri Yemen ni semuanya suku kaum Himyar. Panggilan raja dorang ni adalah Tubba' kira macam Emperor la makna dia. Kalo lebih drpd dua Tubba' maka akan jadi Tababiah (jamak). Satu serpihan lagik dipanggil kaum Qudha'ah yang menguasai wilayah Syihr dan satu lagik serpihan bani Kilab menguasai wilayah Daumat-ul-Jandal di Tabuk, dekat2 negeri Syria.

Yang lain2 serpihan kaum Himyar dari suku Tanukh dok kat selatan Syria. Suku Sulaih pulak dok di lembah2 subur di Syria, tapi camna pon dorang kena takluk pulak dengan raja2 Ghassan. Suku lain bawah kaum Himyar ni adalah seperti bani Nahd, bani 'Uzrah n bani Sya'aban.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2009 01:02 PM | Show all posts
Kahlan

Kahlan pon terpecah jadi banyak cabang. Yang terkenal skalik macam Azad, Thai', Hamdan, Muzhaj, Kindah, Murad, n Inmar.  Dari kabilah Azad neh, muncul larh raja2 Ghassan. Dorang neh dolu2 memerintah negeri Syria.

Ha, neh mesti hangpa ramai yang tak tau. Dari anak2 Ghassan ni larh muncul keturunan Aus dan Khazraj kat Yathrib. Yathrib ni nama lama bagi Madinah al-Munawwarah, makam nabi kita kat sini larh.

Satu lagi cabang orang Kahlan keturunan raja2 Ghassan ni adalah suku Khuza'ah. Dorang nih menguasai Mekah sblom Quraisy lagi.

Kabilah Thai' pulak dok kat Nejd-ul-Hijjaz kat lereng bukit Aja n bukit Salma. Lani dua2 bukit tu org panggil ja sebagai bukit Syamr.

Dari kabilah Thai', muncul keturunan Nabhan, Salman, Hani, n Sadus. Kabilah Muzhaj n Hamdan banyaknya dok di Yemen. Keturunan Muzhaj adalah Khaulan, Janub, n 'Aud.

Kabilah Kindah plak dok kat Hadhramaut, kemudian depa melebar kuasa ke kawasan bani Asad di Yamamah. Setengah cabang keturunannya ialah bani Sukun.

Kabilah Murad dok di negeri Zubad, celah2 bukit di Yemen. Kabilah Inmar plak ada dua cabang keturunan, iaitu Bajilah n Khash'am. Suku Bajilah ni lah banyak yang buat jasa menakluk negeri2 'Arab masa zaman Saidina Omar al-Khattab.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2009 01:11 PM | Show all posts
Lakham

Depa ni keturunan Amar Ben Sabaa. Dari sini muncul keturunan bani Daar dan raja2 Munazarah kat Hirah. Hirah ni satu kerajaan lama di pinggir sungai Euphrates.

'Adnan

Ikut keterangan ahli persukuan 'Arab, 'Adnan iaitu moyang kepada 'Arab Musta'ribah ni sampai nasabnya kepada nabi Ibrahim (as) melalui nabi Isma'il (as). Isma'il duduk di Mekah dan juga dok dalam kalangan orang Jurhum Kedua. Baginda menikah dengan anak perempuan suku Jurhum Kedua tu. Kendian turun-temurun keturunan Isma'il (as) sampai kepada 'Adnan.

'Adnan dapat anak laki2 sorang nama Nizaar. Nizaar ada empat orang anak nama Ayyad, Anmar, Rabi'ah, n Mudhar. Keturunan Mudhar n Rabi'ah ni la yang paling ramai skali lani kat Tanah 'Arab sampai ke lani.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 21-11-2009 01:21 PM | Show all posts
Mudhar

Cucu cicit dia ni ada banyak serpihan dia. Yang terbesar sekali nama dia bani Qais. Qais bernasab ke bani Hawazin n bani Salim yang dok kat negeri Nejd.

Dari Qais turun bani Ghathafaan kendian turun bani Zibyaan kendian turon bani 'Abisin. Bani 'Abisin anak Baghiidh n Ashja' Ben Rayist n Ghaniy Ben 'Asur.

Bani 'Absin n bani Zibyaan ni diperangi oleh Khalifah Abu Bakr as-Siddiq lepas wafat nabi (saw) sebab murtad menolak zakat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2009 01:31 PM | Show all posts
Mudhar ada anak2 lain lagi macam Ilyas. Kabilah yang masyhur skalik dari keturunan Ilyas ni adalah Tamin Ben Murr, Huzail Ben Mudrikah, n Asad n Kinanah Ben Khuzaimah.

Dari Kinanah muncul pulak Quraisy. Ha, takkan tak nah dengar kot? Ni la suku kaum nabi (saw) kita. Quraisy ni nama manja Fihr Ben Malek Ben Nadhar Ben Kinanah.

Quraisy

Quraisy terpecah lagi jadik beberapa kabilah. Yang terkenal skalik adalah Jumah n Sahm. Depa ni anak2 kepada Husais Ben Ka'ab. Lepas tu kabilah Adi Ben Ka'ab, Makhzum Ben Yaqzath Ben Murra Ben Taim Ben Murra. Pastu Zuhrah Ben Kilab n Abdud Daar Ben Qusai, Asad Ben Abdul 'Uzza Ben Qusai n Abdu Manaf Ben Qusai.

Abdu Manaf plak ada empat cabang keturunan. Abdu Syams, Naufal, Abdul Muthalib n Hasyim. Dari keturunan bani Hasyim lahirlah Muhammad Ben Abdullah Ben Abdul Muthalib Ben Hasyim.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-11-2009 01:37 PM | Show all posts
Rabi'ah

Ni kita ada sebut tadi. Rabi'ah ni adik kepada Mudhar. Yang terkenal skalik dari anak2 Rabi'ah ni adalah Asad n anak2 dia dok kat selatan Wadi ar-Rimmah. Kendian pecah lagi keturunan dia muncul anak2 Wail yang melahirkan bani Bakr n bani Taghalib. Dua2 kabilah Bakr n Taghalib ni asyik bergaduh n berperang utamanya lepas Kulaib terbunoh. Dorang perang sampai hampir pupus sesama snirik. Kepada Bakr Ben Wail ni gak la bernasab bani Hanifah di Yamamah yang diperangi oleh Abu Bakr as-Siddiq sebab murtad.

Anak cucu Rabi'ah n anak cucu Mudhar ni pon bermusuh jugak sampai beratus2 tahon. Biasanya bani Rabi'ah akan mintak tolong Arab Yemen untuk perang dengan bani Mudhar.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2009 01:47 PM | Show all posts
Yang kita dapat lihat dalam post2 sblom neh adalah ringkasan nasab2 bangsa 'Arab n keturunannya. Tapi banyak jugak ahli riwayat x tetap bertanggungjawab tentang kesahihan nasab2 tersebut. Walau camna pon nabi Muhammad (saw) mmg sah keturunan nabi Ibrahim (as) dan x campur aduk dengan kabilah2 lain dari zaman 'Adnan sampai ke Isma'il.

Ustaz Ahmad Amin dr Universiti Fuad I dalam bukunya Fajrul Islam sebut yang mmg ramai orang tua2 yang sangat amik berat dalam susun nasab silsilah keluarga ni siap dengan cabang2 belahan smua masa tulis kitab riwayat tapi x smua nasab2 tersebut ditanggung kebenarannya.

Imam Malik (ra) sniri pon semasa dengar sorang laki2 cakap yang nasabnya boleh dikesan sampai ke nabi Adam (as) menyatakan rasa menyampahnya dan spontan je keluar dari mulut beliau: "dia tau benda tu dari sapa?" Masa orang cakap dia leh trace keturunannya sampai ke saidina Isma'il, dia pon tanya: "sapa yang kabar ke dia?"

Gimanapon, penduduk Arab Selatan n Arab Utara memang ada perbezaan dari segi bahasa juga bentuk badan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2009 03:22 PM | Show all posts
Arab bercampur dengan bangsa lain x?

Ada... Tak ada pon Arab yang pure blood sebab yang pure blood tu kita panggil Badwi. Pemuhong kalu dia cakap dia pure blood, sebab Arab dah bercampur se. Lain la Tiong. Dorang memang pure, sebab tu muka pon pan-face jah n "bertamadun tinggi." Bukan cam 'Arab bebal.

Bangsa 'Arab bercampur gaul dengan bangsa Finniqi (Phonecian), Kaldani (Chaldean), Yunani (Ionian), Romawi (Roman), Ibrani (Hebrew), Habsyi (Ethiopian), Zanji (Afrika), n lain2.

Kabilah2 Arab ni pindah2 tempat masa dorang jadi Badwi.  Ada yang tinggal berdekatan dengan kawasan yang lain akan serang menyerang atau diserang orang lain. Ni salah satu sebab pertukaran nama pengenalan sesuatu suku kaum dalan sejarah manusia.

Lepas zaman nabi Muhammad (saw), orang dah bercampur aduk pula dengan bangsa2 lain di luar kawasan Tanah 'Arab dan masuk ke negeri2 lain pula untuk menggabungkan negeri2 tersebut dalam satu empayar pemerintahan. kat negeri2 yang dimasuki n ditakluki tu, depa kawin lagi dengan orang tempatan yang melahirkan keturunan2 baru.

Lagi satu, naik haji jugak penyebab percampuran pelbagai bangsa dengan orang Arab. Orang Islam pelbagai bangsa akan bercampur di kota Mekah, berkenalan antara satu sama lain dengan kawan2 lain yang berlainan bangsa tapi kongsi satu agama. Bangsa Syiria, Mesir, India, Bangla Tiong, Parsi, Zanji, Moroko, Algeria, Melayu, Jowo, Siam, smua bercampur2 di sini. Banyak bersemenda, maka skang nih aku agak dalam 79% penduduk kota Mekah tu adalah campuran umat Islam seluruh dunia.

Sebahagian kota, percampuran dia gitu, di kota lain, lain pulak percampuran dia. Zaman ni, dah berbeza la plak perangai n peradaban orang2 Arab di negeri2 'Arab snirik.

Orang 'Arab Mekah, kulit kuning2 gitu. 'Arab Najd terbakar hangus sket. 'Arab di Oman, badan besar2 debab. 'Arab Yemen, ketot2... 'Arab di Syria n Maroc pulak macam omputeh, 'Arab di Mesir hitam2 manis n body banyak besar manakala yang dok kat pekan2 tu kulit kuning2 macam Turki sebab pernah diperintah oleh orang Turki. 'Arab di Iraq badan tegap2. 'Arab di Andalus macam rupa orang Eropah la sebab dah dok di Eropah n 'Arab Nusantara macam kat Sulawesi, Siak, Pontianak, smua rupa dah jadi rupa tempatan cuma zaman dlo orang kenal dorang dengan ketayap puteh. Keturunan aku masih rupa 'Arab lagik ya, n kami x tunjuk pon kami keturunan 'Arab, tengok rupa jah dah tau.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2009 04:29 PM | Show all posts
Post Last Edit by genot at 21-11-2009 17:14

Badwi

Badwi bukan bapak Abdolah Badwi ya, nama bapak dia Ahmad, bukan Badawi, dia ngada2 kununnya tambah clan name ... Badwi ni orang 'Arab yang jauh dari pekan jadi dorang susah bercampur dengan bangsa luar. Hidop dorang x banyak berubah pon dr dolu sampai ke lani. Dalam Torah yang mulia sniri ada diceritakan tentang yang 'Arab badwi ni dok jauh dari kota n memandang rendah orang kota.

Jadi, macam yang hangpa baca dalam buku teks sejarah Islam darjah 3 dolu, ada la disebut masyarakat 'Arab terbahagi kepada dua golongan iaitu 'Arab msyarakat kota n 'Arab masyarakat badwi. Lani aku xtahu sama ada anak2 ada belajar ka dak sejarah Islam dalam Pendidikan Islam. Dolu aku skolah rendah kebangsaa kat Cheras memang ada belajar sikit sebanyak. Kat SJKC atau SJKT, aku tak tahu la, mungkin ajar sejarah Liga India atau sejarah dinasti Ming, dinasti Zhou, smua. Yang tu masa STPM dolu pon aku baca untuk kertas sejarah.

Orang badwi ni smua orang pon tau lah x gi skolah, n x ada tamadun kemajuan yang sampai kat dorang. X ada rowayat pon yang boleh dikaji oleh cendekiawan sejarah macam orang Kedah atau orang Patani atau orang Melayu (Melaka). Ramai gak orang berpendapat badwi masih mengekalkan cara idop dorang sama macam 4000 tahon lepas. Tiap2 kabilah dorang ni ada Syeikh atau Amir.

Tebiat badwi ni, depa ni suka perang, ganas, n suka bela onta, bebiri, n kambing. Tak suka terikat kat mana2 kuasa atau kat sesapa. Tu sebab depa x suka orang bandar. Depa kata akibat terlalu bertamadun sangat akan mengekang kemerdekaan. Bukti dorang nih xpernah ditakluki mana2 kuasa? Roman, Greek, n Persian smua xleh jajah depa n x leh jajah minda depa.

Gustav Le Bon kata, badwi Tanah Arab pantang tanam gandum n pantang tanam pokok2 ada buah. Depa jugak pantang buat rumah sebab benda2 tu mengongkong kemerdekaan n menyebabkan terikat.

Sebab selalu merempat, depa ni ada tebiat menyerang n merompak orang2 pekan. Orang pekan takot kat badwi. Masa zaman Sharif Hussein mentadbir Mekah pong, jalan antara Mekah n Madinah xnah aman sebab badwi selalu menyerang. Orang pekan cakap badwi merompak, tapi badwi kata depa mencari nafkah.

Gustav Le Bon jugak cakap dalam bukunya, "Sejarah Tamadun 'Arab,": tebiat badwi merompak kabilah yang lalu lalang ni x banyak beza dengan serangan bangsa Eropah atas negeri2 yang ditakluki deangan tujuan membawak balik hasil mahsul negeri2 yang ditakluki. Bezanya badwi serang bangsa maju n bangsa Eropah serang bangsa badwi.

Aku kurang setuju gak ngan Gustav Le Bon kat bezanya bangsa Eropah serang bangsa badwi. Orang Tanah Melayu ni badwi n tak ada peradaban ka sebetol2nya? Macam mana boleh ada Tarikh Patani n Hikayat Merong Mahawangsa kalu x tamadun? Tu kan tanda orang sni dah ada kontek dengan org macam2 bangsa?

sambung lagi..... mayang asarq pada waktunya satttt kena tutup kompter n brenti buat smua urusan, satgi aku bukak sambung balik, tata......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2009 06:07 PM | Show all posts
Mai kita tengok kata2 orang2 kunun cendekiawan, walupon sbenarnya itu adalah pandangan peribadi seseorang yang x semestinya sah....

Palgrave

Dia menolak dakwaan stengah ahli rowayat yang tuduh bangsa 'Arab ni bebal x leh terima kemajuan. Dia kata, yang boleh nampak kat tebiat bangsa ni yang depa bleh menerima kemajuan, boleh pakai alat2 baru, kereta api, mesin2 dan lain2 kalau ada orang yang ajar dan tunjukkan dolu jalannya. Kemajuan smua mari dari Barat ka? Menyampah gak aku bila orang Barat bercakap macam la smuanya depa yang mulakan. Sama gak macam orang Tiong cakap macam smua dimulakan di Tamadun dia. Kita orang 'Arab pong bleh cakap benda yang serupa berkenaan tamadun Mesopotamia dan pembinaan Ziggurat2 yang hebat. Palgrave cakap yang dia tengok n mengalami sendiri pengalaman tinggal di Semenanjung Tanah 'Arab.

Zabarouski

Ahli2 rowayat smua sepakat mengatakan yang jenis2 'Arab ni adalah antara manusia2 yang noble (aku x termakan pon pujian2 x bermakna ni, kita umat yang bertuhan, maka smuanya ikot aturan Tuhan). Kita berasa takjub dengan mereka seperti juga penyelidik lain takjub selepas melihat persediaan mereka dalam menerima kesopanan, menghargai maruah diri, serta turut mempunyai perangai2 mulia lain.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2009 07:03 PM | Show all posts
Al-Alusi

Bangsa 'Arab sebab termasuk dalam golongan manusia yang cerdas, sempurna akal fikiran, serta fasih maka timbullah pada mereka segala dasar budi pekerti dan mereka mewarisi segala peri laku yang baik (hahahaha...... macam x tepat ja masa aku ke Saudi dolu, x tahu la mungkin dimaksudkan segi yang lain).

Akal yang sempurna menghasilkan ilmu makrifat, darjah, dan hikmah, kebijaksanaan dan kecerdasan. Kuat ingatan (aku memang kuat ngafal, femli aku xsmua yang kuat ngafal, ada dua tiga org ja n ni sebab usaha bukan sebab warisan, ok Tuhan kurniakan), suka buat firasat n meramal kejadian dan tepat pertimbangan (aku rasa ni smua applies kat 'Arab zaman purba yang mengikut syariat nabi2, 'Arab skarang kebanyakannya macam mangkok).

OK ni smua puji2 melambongggg ja n aku komen pandangan aku dalam kurungan, takkan nak biar kat "skolar" ja kan, depa pon sama ja mcm kita smua, bukan malaikat....... masok ke benda yang berlawanan...... bangsa lain amik la teladan.... jangan dok ingat kita suci jaaaa.....

Ibnu Khaldun

'Arab sudah biasa idop sederhana n biasa juga hidop liar. Tebiat suka merampas harta orang, n senang2 suka merosakkan harta benda orang. Kalau pukul negeri lain, habis hancur binasa sebab depa liar. Depa x suka dengan peraturan n undang2 (skarang ni ada Islam yang atur idop 'Arab, n ada juga agama2 lain mcm Kristian n Yahudi). Tebiat dorang suka perang, membangsat, n x reti dok stempat berlawanan dengan pembangunan kemajuan n tamadun.

Lagi, dorang xleh hidop dalam bentuk kerajaan teratur. Tak tau kekurangan dan x perlu hidop yang mewah2 sebab dah biasa merempat, mengembara, n susah. Dorang rasa x yah diatur2 oleh orang lain melainkan ikot ketua kabilah saja. Susah nak atur kehidupan dorang n dorang cuma ikot Amir dorang. Hal ni menimbulkan 'Assobiyah dan x bersatu sesama bangsa. Amir cuma bleh jadi ketua jah, tapi xleh bertegas dengan pengikot. Berbeza dengan kerajaan, Raja mesti tegas n kuat.

O'leary

Bangsa 'Arab yang jadi contoh tu adalah bangsa yang hanya pandang kebendaan (materialis) saja. Tak ada ruangan nak berimaginasi lebih jauh n x ada belas kasihan. X da la kuat agama macam mana pon. Hanya pandang benda yang bawa untung pada zahir saja yang kononnya boleh meningkatkan harga diri.

Jadi, dorang memberontak terhadap apa saja bentuk pemerintahan atas dorang. Dalam diri dorang ada benci, dengki, khianat, n sakit hati kat panglima perang atau syeikh dorang snirik sejak dari awal dia dilantik jadi ketua kabilah. Dorang boleh berkhianat kat kawan baik sniri. Kalo orang buat baik, dorang bukan berterima kasih, tapi sangka orang tu lemah n takot kat dorang. (macam penah dengar ja kat bangsa2 lain pon.... nak sebot ke? xyah la, hehehe)...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2009 07:24 PM | Show all posts
La Mains

Bangsa 'Arab bangsa yang terlalu demokrasi. Memberontak kat segala kuasa yang cuba membatasi depa atau mengongkong depa walaupun kongkongan tersebut adalah untuk kebaikan dirinya. Ni jugak sebab kita selalu nampak timbul huru-hara n kekacauan n pengkhianatan dalam sejarah 'Arab.

Sebab x tahu benda2 ni jugak orang Eropa selalu melakukan kesalahan dalam memerintah bangsa ni sehingga menyebabkan banyak korban, sedangkan tak perlu pon nak mengorbankan orang. Sebab tebiat susah nak ikot arahan atau perintah jugak menyebab bangsa 'Arab xleh tiru kemajuan Barat. Dorang diumpamakan macam singa ganas yang kena kurung kalo diperintah oleh orang lain.

Lain segi, bangsa 'Arab jujur, teguh janji, setia adat nenek moyang, pegang persahabatan. Benda2 ni adalah sifat khusus. Le Mains berpendapat kalu bangsa 'Arab dah mula bercucuk tanam n menetap, maka lama2 sikap tebiat dia jugak akan berubah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2009 07:54 PM | Show all posts
Komen tokoh agamawan kita macam ustaz Hamka tentang statement2 skolar dalam posting2 sblom ni. Ha, ni Hindon jangan dok ngada2 klaim, dalam Islam x ada nasionalisme Hind-On smua. Hangpa tu Hindu-n... P klaim dewa Siva n Murugan.

Komen tokoh pertama n kedua nampaknya terlampau puji melambung. Sebab puji2 ni, dorang lupa plak bangsa 'Arab ni manusia, bukan malaikat.

Yang lain plak cakap bangsa 'Arab sebagai perompak. Liar, x ada adab, merosakkan negeri orang macam Ya'juj Ma'juj. Materialistik, kejam, x leh terikat dengan politaik kerajaan, x ada imaginasi, n x suka diatur2. Pandangan Ibnu Khaldun n O'leary ni pon sudah over-acting.  

Dua2 pihak yang puji n mencela pon sudah over melebih2. Benda ni berlawan plak dengan ilmu kaji bangsa2 terbaru yang mengatakan tiap2 bangsa ada cacat cela, ada juga kelebihan. Jadi jangan dok ingat kita smua mulia jah. Dengar dak pak Hindu-n? Dengar dak orang Tiong?

Pandangan terakhir iaitu pandangan la Mains plak nampak x adil sebab dia nampak cam benci kat bangsa 'Arab dan memandang bangsa lain rendah daripada bangsanya. Lain daripada tu, nampak macam tak cukup selidikan. Dorang patut sebut juga tentang beza 'Arab Kota n 'Arab Badwi. Macam mana akhlak dorang? Ibnu Khaldun pon sama, tak bezakan 'Arab Kota n 'Arab Badwi. Pastu dia x bezakan 'Arab yang ikot syariat agama n 'Arab Jahiliah (Dark Ages). Ada beza smua tu.

Pastu statement Ibnu Khaldun nampak bias lagik. Dia cakap bangsa 'Arab memusnahkan tamadun tanah yang dimasuki atau yang dipukul. Bekas sejarah banyak jah. Macam mana dorang menjadi transmitter kepada tamadun dan juga bekas2 peradaban kuno yang ada di Yemen dan sebagainya.

Pendapat yang mengatakan bangsa 'Arab x leh diatur tu lebih merujuk 'Arab badwi. Bangsa 'Arab ada mendirikan kerajaan2 yang kuat. Satu masa dolu, bangsa 'Arab pernah mendirikan tamadun, menggilap ilmu pengetahuan bernilai, dan sebarkannya ke seluruh dunia. Dia bukan sebut pasal 'Arab kurun ke-13 M jah, ni maksudnya juga 'Arab sejak sebelum Masehi.

O'leary cakap bangsa 'Arab materialistik tamak loba n tak peduli kat agama. Aku nampak ciri ni macam kebanyakannya kat kaum Tiong, buat masa ni la, x leh plak pukul rata semua Tiong, nanti jadi pahaman sempit. Ambil semua positif saja n jadi tauladan, benda buruk kita tinggalkan manusia smua sama ja.

Dalam hikayat2 lama 'Arab, banyak cerita2 tentang sikap orang 'Arab yang dermawan n budiman n smua ni adalah kisah benar. Sebab kita jarang jumpa ja kita terus konklude sebagai dongeng.

Orang 'Arab yakin dengan ajaran agama mereka dan setia agama dan nenek moyang. O'leary ada jugak cakap bangsa 'Arab bebal n kurang ingatan, x ada imaginasi, x ada perasaan estetik. Pendapat ni x benar, bangsa 'Arab ada menghasilkan puisi2  n syair setanding bangsa2 lain. Ada syair tasawwuf, cinta, rindu, keberanian, perang, adab, falsafah, dan lain2. Aleghiori Dante di Itali n Goethe n Schiller di Jerman pon terpengaruh dengan gaya syair 'Arab.

Ikut pandangan ustaz Hamka, bangsa 'Arab dilihat pada bentuk badan dia. Pukul rata tinggi n kurus2 kecuali beberapa suku kat Yemen tu ketot2. Muka panjang n kulit putih kuning, tapi setengah kawasan yang panas kulit dia sawo matang merah2. Warna mata hitam, rambut kasar, kening tinggi, hidung mancung, mulot kecik, telinga kecik. Cerdik n mudah belajar. Perengus gak. Kalau maruah jatuh n dimalukan orang, dia akan jadi perengus. Kalu marah jugak, dia akan spontan pegang pedang nak gaduh n x peduli lagi kalo2 lawan dia tu lagi kuat. Perang memang hal biasa di Timur Tengah. Orang 'Arab memang ada datang sampai ke Nusantara n beli pedang dan bahan2 bedil. Orang 'Arab memang suka kebebasan n suka persamaan hak tapi masa yang sama dalam hati dia tetap juga anggap yang keturunan dia lebih mulia daripada yang lain.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-11-2009 08:24 PM | Show all posts
Letih menaip....... Tengok video skit......

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2009 08:35 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2009 08:36 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2009 11:11 PM | Show all posts
bapa Pak Lah bukan saja saja or ngada ngada tambah badawi kat nama beliau. Badawi tu gelaran yg diberikan oleh guru guru beliau di Masjidil Haram melihat kepada kenakalan beliau dizaman kanak kanaknya.Hobi yg paling disukai oleh Ahmad Badawi ialah bolasepak.Selalu ponteng kelas di Masjidil Haram untuk pergi bermain bola.Malah turut menjadi pengasas persatuan bolasepak di Negara itu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:14 PM GMT+8 , Processed in 0.078911 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list