CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: genot

Tarikh 'Arab

[Copy link]
Post time 22-11-2009 11:34 AM | Show all posts
wooowww hg tulis sesorang dari kul 1 huhuh.. rajinnye nak berkongsi pengetahuan..

makasih banyak2..
ada aku baca buku soal jawab dgn jin tu, jin tu cakap Bahasa palinbg tua di dunia adalah Bahasa Arab. Tentang bangsa tak de lak jin tu citer.

tapi best gilerrrrr buku tu okay, dari aku taktau apa2 pasal dunia jin aku jadi tau InsyaAllah ilmu tu imu yg betul lah harapnya. Sebab apa yg dia cakap di sulam dgn ayat2 Quran.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2009 11:35 AM | Show all posts
hehe aku silap tengok jam, sorry.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2009 12:37 PM | Show all posts
bapa Pak Lah bukan saja saja or ngada ngada tambah badawi kat nama beliau. Badawi tu gelaran yg diberikan oleh guru guru beliau di Masjidil Haram melihat kepada kenakalan beliau dizaman kanak kanaknya ...
sayapghaib Post at 21-11-2009 23:11


yang dimaksudkan bukan bapanya.... tapi dia.... nama kunniah tu bukan nama dia .
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2009 01:58 PM | Show all posts
Post Last Edit by genot at 22-11-2009 14:16

Penyelidikan Moden

Kita smua dah tau kan bangsa 'Arab ni sblom kebangkitan nabi Muhammad (saw) tak da tempat tinggal tetap, kononnya x berhubung dengan bangsa luar yang lebih maju macam Roman, Greek, n Mesir. Benda2 ni smuanya kurang tepat.

Penyelidikan zaman moden ni mendapati bahawa bangsa 'Arab dah lama berhubungan dengan dunia luar, jika nak dibandingkan dengan tamadun Sungai Kuning. Orang 'Arab dah berhubung dengan bangsa Roman, Greek, dan Mesir dari segi peradaban dan dari segi hubungan perniagaan. Penyelidik2 sejarah nih banyak menghabiskan masa, umur, duit ringgit dah masuk ke Tanah 'Arab semata2 untuk ilmu pengetahuan.

Bagi bukti la kan.... Satgi orang kata kita mereka cerita nak besarkan nenek moyang kita pulak. Tahun 1825, ada 3 orang penyelidik masuk ke Tihamah n 'Asir. Mereka adalah W. F. Hemprich, M. O. Tamisier, n C. G Ehrenberg. Banyak lagi penyelidik dari pelbagai negara Eropa macam JR Wellsted, C. Cruttendu, A. Von Wred, S. B Miles, Burckhard, Sir Richard, G. F Sadlier, GA Wallin, C. Doughty n C. Hubber. Hangpa wiki ja lah, malas aku nak panjang2....

Bahan rowayat 'Arab ni terbahagi 2:
1) ditulis dalam kitab2

- sama ada yang kat tangan orang 'Arab snirik atau kat luar 'Arab.

- kitab tertua skalik ada cetera bangsa 'Arab adalah Quran yang mengisahkan tentang kaum 'Aad, Thamud, Rowayat Raja2 Yemen, Banjir Ma'areb yang dipanggil sebagai Sairul 'Arem. Quran ceritakan sikit n x detail, bagi key point jah, kita la yg kena selidik. Ni tidak bukan umat Islam selidik, orang x percaya kitab kita yang selidik.

- kitab rowayat karangan Ibnul Athir, Sirah Ibno Hesham, Tarikh Ath-Thabari, Murjuz Zahab, 'Eqdol Farid, Ibno Khaldon n etc.

- rowayat jahiliah sebelum kebangkitan Muhammad (saw) seperti syair Abu Tammam, Abu Zaid al-Helali, Thabaqat Ben Qutaibah, etc.

- kitab Torah (Old Testament) yang ada dalam Bible KJV atau yang diguna orang Yahudi, sedara srumpun kami.

- karangan Herodotus, Strabo, Baltius, Ptolemus, n lain2.

2) bekas2 arkeologi lama

- ada dalam bekas2 lama macam tumpayan, kat Tanah 'Arab macam Hejaz, Yemen, n lain2. Yang kat luar2 macam bekas bangsa Saam srumpon yang len macam Babilon, 'Asyur, Mesir, n Phonecian.

- lukisan2 kat runtuhan umah lama di Hadhramaut, Yemen, n Selatan 'Arab. Banyak lagi yg tersembunyi n payah nak korek.
   
- bekas umah2 kuno orang Babilon, misalnya ukiran tulisan berbunyi "Melokh" dan satu lagi rekod kerajaan 'Arab Purba bernama "Mu'in" n "Manium" direkodkan dalam ukiran tulisan. Semua rekod2 batu bersurat ni berusia 3000 BCE.

Skang nih banyak penyelidik masih dok selidiki di USA, di Eropa. Di nagara kita, aku x tahu sejauh mana penyelidikan ni smua n macam mana smua ni diaplikasikan dengan pelajaran2 lain macam agama Islam, n ilmu2 fardhu kifayah len. Lain2, banyak artifak purba di Iraq kena curi masa US Invasion n ada juga orang2 'Arab di Jordan n Syria yang jualkan naskah2 kitab purba kepada penyelidik luar. Orang di Nusantara, apa peranan anda kalu pak 'Arab bebal?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2009 11:18 PM | Show all posts
Rowayat 'Arab Sebelom Kebangkitan Muhammad (saw)

'Arab Ba'idah (Purba)

Ibnu Khaldun cakap yang keturunan 'Arab 'Aad ni asalnya dari 'Aad Ben 'Aus Ben Iram Ben Saam. Depa memola tinggal di Ahqaaful Raml. Tempat ni terletak antara Yemen n Oman jalan nak ke Hadhramaut n Syihr.

Al-Mas'uudi plak sebot: "yang berkuasa sesudah 'Aad tu adalah Shaddad. Keturunan dia kemudiannya meluas sampai ke 'Iraq, Syria, n India.

Ibnu Sa'ad plak menceritakan dalam rowayatnya bahawa kaum Shaddad ni pernah mengalahkan tanah Qubti (orang asli Mesir). Depa masuk sampai ke Iskandariah (Alexandria) dan mendirikan kota Un. Kendiannya depa dihalau keluar balik oleh orang Qubti yang mintak tolong orang Sudan n Berber. Orang Shaddad masih lagi berkuasa lepas tu di Yemen sana sampai la depa dikalahkan oleh Ya'arob Ben Qahthan. Orang2 Shaddad lari ke bukit2 di Hadhramaut n kendian musnah terhapus smua di sana.

Sat lagik cabang 'Arab kaum 'Aad nih adalah 'Obail. Dia sedara dengan 'Aad Ben 'Aus jadi anak cucu dia jadi bangsa sepupu lar. Dorang dok kat Juhfah, sempadan Mekah n Madinah skang neh. Kaum 'Abd Juhkam Ben Iram plak dok kat Tha'if tapi lama2 dorg pon pupus gak.

sambong....... kang letih nak baca.... leh aku dapat kredit banyak gok, hehehe...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2009 11:59 PM | Show all posts
Post Last Edit by genot at 23-11-2009 00:01

Dalam Quran besa dengar tak Iramazaatil 'Imaad? Ingat aku dalam Surah al-Fajr? Jap, aku letakkan kat sini terjemahan surah tu dalam BM....

Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu berbuat terhadap kaum ‘Ad, (iaitu) penduduk Iram yang mempunyai ba-ngunan-bangunan yang tinggi yang belum pernah dibangun (suatu kota) seperti itu, di negeri-negeri lain. (QS. Al Fajr, 89: 6-8)

Kaum 'Aad ni suku kaum 'Arab Purba n Nabi Hud adalah orang 'Arab Purba.... Bukan Yahudi atau Israel. Israel mula dengan Ya'akob. Yahudi mula dengan keturunan anak2 Ya'akob.

Kaum ni dimusnahkan oleh Tuhan, tengok dalam surah al-Haaqqah ayat 68 kalo xsilap la. Tahon 1900 dolu ada pengkaji omputeh masuk situ n wat kajian padahal sblom neh org ingat benda2 tu dongeng purba jah. Hasilnya dorang jumpa bekas kota tu di Rabb el-Khaali skang neh dalam Yemen n dekat2 dengan Saudi Arabia di selatan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 23-11-2009 01:14 AM | Show all posts
Penemuan arkeologi 'Ubar, bandar yang ada tiang2 Iram... Dah tenggelam bawah tanah2, pasir, n batu.... Macam yang dicerita dalam kitab suci.







Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2009 11:31 AM | Show all posts
2# genot
Secara dasarnya kalau kita percaya kita dr Adam dan Hawa, maka kita semua dr satu bangsa. Kepelbagaian bangsa ni bila mulanya?

Nabi Adam diturunkan di tanah Arab. Dr sinilah bermulanya pembiakan manusia. Kemudiannya manusia berpindah/hijrah lalu membentuk kabilah/suku kaum. Kemudiannya membesar lagi lalu membentuk bangsa?

Dan ada juga yg kata selepas peristiwa banjir besar Nabi Nuh terbentuk 3 ras utama:
1. arya
2. afrika
3. asia

Mungkin yg masih menetap kat tanah arab tu kemudian berkembang membentuk ras2 spt bangsa2 eropah?
Kalau kita tengok org2 Arab pun mcm org putih jugak kan? Begitu juga org2 yahudi. Mcm org putih je kalau x biasa tengok. Mcm org melayu. Org2 belah eropah yg x biasa tengok org melayu, depa rasa mcm cina jah!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2009 01:14 PM | Show all posts
thanx genot...info yg menarik....teruskan....seronok wa baca
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2009 04:26 PM | Show all posts
ok... aku dah dapat kekuatan sikit nak menaip, fuhhhhh........... sambung balik bab 'Arab Purba.... Kita masuk pulak kaum Thamud.

Kaum Thamud ni jurai keturunan dia mula kat Thamud Ben Kathir Ben Iram. Kampong dorang di Hajar Wadil-Qura.  Terletak antara Hijaz n Syria. Rumah2 dorang nih dipahat dalam batu2. Ha, boleh cam kan. Ni kaum nabi Salleh (as). Ingat baik2 sedara Islam smua.

Kata al-Mas'udi, Thamud ni berkuasa dulunya di Hijaz sampai ke Syria n lautan Ethiopia skang ni. Rumah2 dorang dipahat dalam batu2, terletak di jalan jemaah haji lalu di Wadil Wura.

Menurut rowayat Ibnu Kalbi mengatakan kaum Jadis dan Thasmin, antara cabang kaum Thamud ni juga berasal dari keturunan Iram Ben Saam. Kaum Thasmin tinggal di Bahrein. Tapi kot at-Thabari plak, dia cakap dua2 suku ni dok di Yamamah, bukan kat Bahrein. Korang cek dalam google map lar. Sebab Yamamah ni subur, senang nak bukak negeri, buat umah, n buat taman2. Salah seorang raja dari dinasti Thasmin atau suku Thasmin ni nama dia Amluq. Ganas n zalim!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2009 04:32 PM | Show all posts
Ni lah bentuknya rumah orang 'Arab Thamud....



Interior design umah dorang.....



Macam mana gunung batu yang keras macam besi leh jadi rumah2 lepas dipahat manusia.... Kalo korang penah ke negara2 'Arab, batu2 kat tempat dorang neh macam besi, kalo ujan lebat, lekok2 kat batu dia boleh takung air n menyebabkan banjir di kawasan2 lembah.



Boleh gak amik tafsir Quran masing2, baca surah al-Hijir. Baru la syoq baca kalu kita tau benda2 tu rujuk kat sapa kan... Khabarnya, nabi Muhammad (saw) tak suka dok kat tempat ni lama2, baginda ada cakap xsedap ati dok kat tempat bekas ditimpa bencana.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2009 04:47 PM | Show all posts
Kalu anda biasa bukak kitab Injil terjemahan KJV dalam basa Inggeris bahagian Torah (Old Testament), mesti anda akan terbaca perkataan Amalechites. Amalechites ni merujuk kepada Amaliqah dalam bahasa 'Arab kita. Dorang ni berasal dari keturunan Amaliq Ben Lauz. Amaliqah ni suku 'Arab Purba.

Ada kisahnya pengikut Nabi Musa (as) dihantar ke Madinah untuk hapuskan anak cucu dia sebab sangat ganas, kejam n jahat sewenang2nya. Ni juga permulaan kewujudan orang Yahudi atau anak cucu Israel di Madinah. Nanti la aku cerita bila sampai part dia. Panjang neh!!!! tak tahu aku larat ke tak nak cerita satu2.

Balik semula ke Amaliqah, rujuk at-Thabari, keturunan Amaliqah ni berkembang pesat dan akhirnya tersebar2 ke merata tempat. Ada jah pecahan keturunan dia di Oman sebelah timur Tanah 'Arab. Kat Hejaz pong ada keturunan dorang. Fir'aun yang memerintah tamadun Mesir pong ada yang keturunan Amaliqah. Raja2 Kana'an di Syria pong keturunan Amaliqah jugak.

Al-Jarjani pong menyokong bahawa keturunan Amaliq ni ada yang jadi Fir'aon di Mesir.

Satu lagik cabang sedara Amaliq Ben Lauz ni (sama ada abang atau adik dia) mengikut setengah rowayat tersebar di Tanah Parsi. Satu lagi cabang dipanggil Hadhura berkampong di Rass. Dorang ni penyembah api atau majusi (Zoroastrian).

Hadhramaut plak xtermasuk dalam golongan 'Arab Purba. Dorang nih masuk bawah kategori 'Arab 'Aribah sebab keturunan dorang masih wujud dalam kurun2 kemudiannya iaitu selepas era Masehi.

Lagi satu kaum Jurhum. Ikut Ibnu Sa'ad, Jurhum ni ada dua. Jurhum Awal n Jurhum Kedua. Jurhum Awal ni masuk kategori 'Arab yang dah musnah. Jurhum kedua plak dari keturunan Jurhum Ben Qahthan. Mula dengan Ya'arob Ben Qahthan yang pernah memerintah Yemen. Dia dilantik juga sedara dia menjadi raja di Hejaz.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2009 04:51 PM | Show all posts
31# genot


pergh..hebat betul diorg ek..leh selamba pahat batu-batuan tu jd rumah.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2009 06:27 PM | Show all posts
33# pisang69

betol, kagum gak arr tgk orang zaman purba buat benda2 macam piramid, ziggurat, n sebagainya. tapi standard ketamadunan tu herannya, tetap diletakkan oleh omputeh... pelik aku. tu sebab pentingnya kita tau asal-usul sesuatu bangsa supaya kita tak mudah rasa rendah diri bila kena psiko.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2009 06:38 PM | Show all posts
Arab Musta'ribah

Dah serba sedikit paham lah kita tentang 'Arab Purba maka kita pon cuba lah pula meninjau sapa dia 'Arab Musta'ribah. 'Arab Musta'ribah adalah 'Arab yang ada kat Utara Tanah 'Arab masa ini.

Ibnu Khaldun menyebut, 'Arab Musta'ribah ni dikenalpasti sebagai 'Arab Yemen n 'Arab Sabaa'. Tukang rowayat keturunan bani Isma'il cakap yang nenek moyang dorang, Sabaa' tu asal dari keturunan Kush Ben Kan'an. Ahli rwayat keturunan 'Arab berselisih x mo terima. Dorang majoritinya terima yang Sabaa' ni keturunan Qahthan. Sabaa' Ben Yashjab Ben Ya'arob Ben Qahthan.

Ibnu Hazmi plak merowayatkan bahawa Qahthan ni ada 10 orang anak laki2, dari smua anak2 tu dia langsong x dapat keturunan. Dua orang daripada anaknya tu masuk dalam suku kaum Himyar. Maka diceritalah sorang daripadanya iaitu al-Haarith Ben Qahthan, bahawa orangnya beroleh keturunan bernama al-'Asur, maka dari situ turunlah Hanzalah Ben Safwan. Hanzalah Ben Safwan ni adalah nabi bagi kaum Ras. Kaum Ras ni duduk di antara Najran n Yemen, dan tinggal sepanjang Yamamah ke Hadhramaut. Anak yang kedua Qahthan iaitu, Ya'arob Ben Qahthan pula menurunkan kaum Himyar.

sambung ah lagi... penat gak menaip neh, tapi sebab ilmu pengetahuan utk smua, aku taip gak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2009 07:00 PM | Show all posts
Ibnu Sa'ad juga mengatakan selepas Ya'arob Ben Qahthan tu, anak dia plak jadik raja. Anaknya bernama Yashjab Ben Ya'arob. Ada orang cakap, nama betul dia adalah Yemen. Dia sbenarnya buat rampasan kuasa daripada bapak2 saudara dia.

Lepas Yashjab, anak dia iaitu, 'Abd Shams pulak jadi raja. Nama betol 'Abd Shams kata orang adalah 'Aber. Orang pon panggil dia sebagai Sabaa' sebab dia pandai wat strategi pukul orang n dia la orang pertama yang bukak empangan kota Sabaa' dengan dinding bendungan air yang terkenal tu iaitu Saddu Ma'areb. Ingat aku dalam kitab Torah pong ada cerita.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-11-2009 07:03 PM | Show all posts
Empangan Ma'areb





dinding empangan



pintu empangan



pandangan bekas2 empangan pecah tu kat sudut lain.......

Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2009 08:37 PM | Show all posts
Banyak Suku Kaum Kat Asia Barat Yang Dah Pupus....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2009 09:10 PM | Show all posts
35# genot

ok, aku sambung balik sikit....

kata al-Mas'udi plak, raja Yemen yang memola skalik adalah Sabaa' Ben Yashjab Ben Ya'arob Ben Qahthan. Nama dia juga adalah 'Abd Shams (Hamba Matahari). Beliau ni berkuasa selama 480 tahon. Lepas tu, anak dia plak, Himyar Ben Sabaa' Ben Yashjab Ben Ya'arob. Beliau ni pon gagah perkasa, cekap berkuda, segak smart dan berkuasa selama 50 tahon. Stengah org cakap lebih drpd 50 tahon, stengah cakap kurang. Gelaran lain bagi Himyar ni adalah al-Mutawwaj maksud dia yang bermahkota.

tersebotlah plak rowayat Ibnu Sa'ad bahawa lepas Himyar, naiklah plak sedaranya Kahlan. Lepas tu naik Wasil Ben Himyar. Pas tu Saksak Ben Wasil. Di Oman plak, lepas Malek Ben Himyar ninggal, dia diganti oleh anaknya Qudha'ah. Qudha'ah ni berperang ngan spupu dia Saksak n kalah lar Qudha'ah. Dia pong dihalau kuar.

sudah habis umur Saksak, diganti plak dia oleh Ja'far Ben Saksak. Ramai musuh dia nih, antaranya Malik Ben al-Haf Ben Qudha'ah. Lama gak terjadi kacau bilau, sampai la Ja'afar ninggal n diganti oleh anaknya Nu'man. Nu'man ni raja boneka jah, sebab yang kawal takhta sebenarnya adalah Maran Ben 'Auf Ben Himyar. Gelaran lain bagi si Maran ni adalah Zi-Riash maksudnya berbulu pelepah. X tau la, mungkin bulu dia macam bulu burung kot, ahahaha Daerah yang dikuasai oleh dorang ni adalah di Bahrein. Maran masuk ke Najran gak n dia berperang dengan Malik Ben al-Haf Ben Qudha'ah.

Nasib malang gak Nu'man ni, bila dia dh tua, Maran pong kurung dia dalam penjara. Pastu dalam negeri Himyar, bertakhta plak la keturunan Ashjam Ben Mu'aref. Sejak2 tu, kucar-kacir ler kerajaan bani Himyar sampai berpecah2 kerajaan. Pastu kerajaan Himyar teguh balik di tangan Maran Ben 'Auf sampai la ke zaman raja2 Tubba'.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2009 09:15 PM | Show all posts
arhhh lambatnya nak leh masokkk kat sebelom kelahiran Nabi Muhammad (saw)....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:58 PM GMT+8 , Processed in 0.071977 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list