CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: genot

Tarikh 'Arab

[Copy link]
 Author| Post time 26-11-2009 09:37 PM | Show all posts
my bad...aku dah silap, menaip masa pening2 lalat..... Qaroon yang tenggelam tuh, betol Samiri yang buat bagi pengikut ajaran nabi Musa (as) sesat sembah anak lembu emas. s

shalom migdal, nice to see you here .
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-11-2009 09:39 PM | Show all posts
migdal, Nimrod tu dipanggil dengan nama tu gak ka dalam Torah? aku xreti baca Torah versi Ibrani, tau baca yang versi Arab jah.
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2009 07:51 PM | Show all posts
Raja Namrud


Raja Namrud (hidup sekitar tahun 2275 SM- 1943 SM) juga disebut eja Namrudz bin Kan'aan (Nimrod) adalah salah satu seorang Raja yang memerintah Mesopotamiapurba (Kini dikenali negara Iraq). Ia memiliki gelaran "a mighty hunter" yang bermaksud Pemburu yang Hebat atau "Pemburu Yang Perkasa", kerana kebijakannya dalam berburu. Nama lengkapnya adalah Namrudz bin Kan'aan bin Kush bin Ham bin Nuh (Nabi Nuh a.s.)atau juga sesetengah pendapat (Raja Namrud bin Kush bin Ham bin Nuh). Selain itu beliau diberi gelaran Dewa Bacchus atau Dewa Wain serta Dewa Matahari.

Namrud sendiri merupakan kata jamak yang mempunyai pengertian “Mari memberontak". Namanya tercatat dalam Taurat, Injil dan kisah-kisah Islam.

Pada zamannya, Namrud merupakan seorang raja yang cerdas, namun kecerdasannya itu membuatnya bersikap sombong dan takkabur serta sehinggakan ia mengaku menjadi seorang ateis atau sebagai Tuhan dan usahanya selalu mendapatkan tentangan hebat dari Nabi Ibrahim a.s. Namanya terkenal kerana usahanya sebagai pendiri Menara Babel.Menurut Kitab Injil kerajaannya termasuklah Babel, Erech, Accad, dan Calneh, di tanah Shinar, yang juga dikenali sebagai tanah Namrud.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2009 11:20 PM | Show all posts
84# HangPC2

menarik2.... tq hangpc....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2009 09:37 PM | Show all posts
Kerajaan Ghassan

Ibnu Khaldun cakap, setahu dia, kerajaan 'Arab yang memola sekalik di kawasan Syria sekarang neh adalah dalam tangan kaum Amaliqah (Amelekites)... Amaliqah ni kaum yang ganas.

Kemudian, kuasa kerajaan berpindah ke tangan Iram Ben Saam atau Irami. Bani Iram dudok di pinggir2 Syria n Iraq lanim. Nama suku dorang disebot dalam kitab Taurat (Old Testament) n dorang pernah perang dengan raja2 kecik. Raja terakhir dari suku dorang, bernama Zuba' yang merupakan seorang raja pompuan. Dia ni anak kepada 'Amr Ben Sumida'.

Dorang berjiran dengan Qudha'ah di Semenanjung Tanah 'Arab n dorang dapat kalahkan Amaliqah. Lepas Zuba' ninggal, Tunawakh dari keturunan Qudha'ah lak jadik raja. Macam dalam post kerajaan Hirah tu, kita dah tau yang bani Qudha'ah ni turun di Hirah n al-Anbar selain berjiran dengan orang Armenia. Dorang berkuasa bawah perlindungan kerajaan Romawi Baizantium. Pastu Tunawakh perang dengan Sulaih yang jugak dari bani Qudha'ah, maka Tunawakh jatuh kalah. Lepas tu, Daja'im naik jadi raja di kawasan Syria. Waktu ni lah masuk agama Nasrani ke negeri dorang n dorang pon jadi pemeluk agama Nasrani. Tetap jugak kerajaan Arab ni berada bawah perlindungan kerajaan Romawi Baizantium. Dorang ni dudok gak di negeri Mo'ab di tanah Bulaqa'.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2009 09:43 PM | Show all posts
Menurut rowayat Abul Fida, raja2 Ghassan ni jugak merupakan wakil2 kerajaan Romawi bagi 'Arab Syria. Ghassan ni asalnya dari Yemen. Dorang ni adalah keturunan bani Azad yang kuar dari kerajaan Sabaa' selepas pecahnya empangan Ma'areb yang menyebabkan banjir yang dikenali sebagai Sailil-'Arim. Bani Azad yang kuar dari Yemen ni kendiannya dudok kat sekeliling telaga di Syria n telaga tu dikenali sbagai Ghassan. Jadi dorang pon panggil diri dorang Ghassan sempena nama telaga tu. Sblom bani Azad ni masuk ke Syria, memang dah ada penduduk lain kat situ iaitu kabilah Dhaja'im dr bani Sulaih. Bani Azad kendiannya halau bani Sulaih kuar n bunoh raja dorang. Tempat raja tu diambil alih oleh orang Ghassan ni.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 28-11-2009 09:54 PM | Show all posts
Raja Ghassan yang pertama adalah Jufnah. Mula pemerintahan Ghassan ni 400 tahon sblom kelahiran nabi Muhammad (saw). Ada stengah perowayat cakap lebih daripada tu lagik. Lepas Juhnah jadi raja n raja2 bani Sulaih terbunoh, maka suku Qudha'ah n orang Romawi kat Syria pon ikot patuh kat kerajaan Ghassan. Juhnah juga pernah bukak rumah perusahaan di Syria untuk pengeluaran segala macam barang.

Lepas Juhnah ninggal, naiklah anak dia Tha'labah plak jadi raja. Tha'labah ni ada bukak empangan Sarhel Ghader kat tepi Hauran sebelah Bulaqa'. Lepas tu naik al-Harith Ben Tha'labah. Pastu al-Harith ninggal naik plak Jabalah Ben al-Harith. Jabalah ada bina jembatan di Syria. Kendian naik anak dia al-Harith Ben Jabalah n dia ni dok di Bulaqa'. Kat Bulaqa' dia bukak kilang n al-Haafer.

Pastu naik plak al-Munzer Ben al-Harith. Kemudian Nu'man Ben al-Harith. Pastu Jabalah Ben al-Harith, n kemudian digantikan ad-Diham Ben al-Harith. Ad-Diham ni ada bukak Dirudduhakam n Dirunnubuwwah. Dua2 premis ni sebenarnya adalah monastery untuk para paderi beribadat dalamnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2009 10:20 PM | Show all posts
Pastu Amr Ben al-Harith jadik raja. Lepas dia, anak dia plak nama Jufnah ganti. Jufnah ni jadik raja masa dia kecik lagi. Tapi masa dia besar sikit, dia bakar kota Hirah. Maka pastu keturunannya pon dikenali sebagai al-Muharreq maksudnya Pembakar.

Kemudian an-No'man Ben Amr Ben al-Munzer jadik raja Ghassan. Dia pon jadik raja masa dia kecik lagik. Dia membina istana Suwaida'. Pastu naik Jabalah Ben an-No'man Ben ad-Diham Ben al-Harith. Pastu naik plak adik dia al-Harith Ben an-No'man, n kendian nek anak dia an-No'man Ben al-Harith....

sori ler kalo korang terpening, pak 'Arab suka pakai nama yang sama untuk cucu cicit dia melainkan kalu ada occasion2 istimewa, baru nama anak tu tetiba jadik lain sikit drpd nenek moyang dia. kalo dak, dok ulang2 macam kaset rosak lar. Femli bapak n mak aku pong x terkecuali, tapi nama aku sorang jah x sama ngan sapa2 moyang aku, sebab atok sedara aku yang namakan aku masa upacara belah bibir n memang pecah tradisi nama2. Nasib gak bapak aku x kasik nama HindOn, waktu tu dia terpengaruh ngan Jowo, kalu dak mampoih aku bunoh diri skang neh, hinanya nama Jowo.

Ok, an-No'man Ben al-Harith ni pernah arahkan supaya repair bandar galian di Rasafah. Bandar tu dirosakkan oleh raja2 Hirah dari bani Lakham. Pastu naik anak dia, al-Munzer Ben an-No'man. Pastu diganti adik dia, 'Amr Ben an-No'man, n pastu diganti lagi oleh adik dorang Hajar Ben an-No'man.

Pastu, anak Hajar plak nek iaitu al-Harith Ben al-Hajar. Pastu Jabalah Ben al-Harith, kemudian al-Harith Ben Jabalah. Pastu anak dia an-No'man Ben al-Harith, n kendian naik al-Aiham Ben Jabalah Ben al-Harith.

Al-Aiham ada istana di Tadmur. Dia pong ada wakil lagik namanya al-Qein Ben Khisru yang buat istana dia di barat, pastu bukak kilang2. Kemungkinan istana yang dibuka itu adalah istana Burqu'.

Pastu al-Aiham diganti adik dia, al-Munzir Ben Jabalah. Pastu adik dorang nama Sharahil Ben Jabalah lak ganti. N lagik adik dorang nama 'Amr Ben Jabalah ganti. Kendian, Jabalah Ben al-Harith, pastu naik pulak Jabalah Ben al-Aiham Ben Jabalah. Fuhhhhhhhhhhh

Jabalah Ben al-Aiham ni raja Ghassan yang terakhir skalin n dia masok Islam masa pemerintahan khalifah Omar al-Khattab. Tapi dia murtad sebab ada jadi salah faham masa dia buat haji di Mekah sana. Ada orang terpijak kain ihram Jabalah masa dorang tengah tawaf keliling Ka'abah n dia marah ya amat sebab kelas dia terjatoh bila kain dia kena pijak dengan orang biasa yang hina. Dia tros tempeleng muka orang tu. Maka orang tu mintak khalifah Omar al-Khattab bagi balik keadilan. Khalifah Omar cakap, raja Jabalah Ben al-Aiham kena mintak mahap balik. Tapi dia xmo n sumbung. Dia kendiannya lari gi ke Baizantium di Turki sana cium lutut Kaisar Romawi n kendian balik smula ke agama Nasrani. Jadi berakhirlah pemerintahan Ghassan selama 400 tahon, n ada orang cakap 600 tahon.

Al-Mas'udi rowayatkan bahawa raja2 Ghassan ada di Yarmouk, Jaulan, n lain2 ada di Ghauthah, di Damascus, n sekelilingnya. Ada jugak raja Ghassan gi ke Ardhun (Jordan) dalam Syria.

Ibnu Sa'ad lak cakap raja2 Ghassan di Syria ada 32 orang, mula dengan Jufnah, n kerajaan Ghassan tahan selama 600 tahon.

tamat dah bahagian kerajaan Ghassan di Syria.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2009 09:58 AM | Show all posts
Nebukhadnesar dia ni kan raja yg buat binaan Taman Tergantung Babylon khas buat isteri beliau tak silap wa...
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2009 11:17 AM | Show all posts
Ashabul Kahfi


Kisah Ashabul Kahfi merupakan suatu kisah benar mengenai beberapa orang pemuda yang tertidur di dalam sebuah gua, dan cuma bangun 309 tahun kemudian.

Bilangan pemuda yang sebenar adalah tidak diketahui, dan tidak menjadi kepentingan untuk berbahas mengenainya. Ada yang mengatakan 3, 5, 7, 8 termasuk seekor anjing.


Firman Allah dalam Surah Al-Kahfi ayat 22, maksudnya;

* Mereka akan berkata; Jumlah Ashaabul-Kahfi itu tiga orang, yang keempatnya ialah anjing mereka; dan setengahnya berkata: Bilangan mereka lima orang, yang keenamnya ialah anjing mereka, sebagai tekaan akan sesuatu yang tidak diketahui; dan setengahnya yang lain berkata: Bilangan mereka tujuh orang, dan yang kelapannya anjing mereka. Katakanlah: Tuhanku lebih mengetahui akan bilangan mereka, tiada yang mengetahui bilangannya melainkan sedikit. Maka janganlah kamu berbahas mengenai mereka kecuali secara zahir, dan jangan kamu bertanyakan tentang mereka kepada seseorang pun dari mereka.



Lokasi gua


Kahfi bermaksud gua. Ashababul bermaksud Pemuda tidur. Mereka tidur selama 3 abad atau 309 tahun. Ada 3 gua yang dimaksudkan itu:

1. Gua di Efesus, Anatolia, Turki sekarang. Paulus, Orang Yahudi dan Kristian mempercayainya di sini.
2. Gua di Damsyik, Syria.
3. Gua di Amman, Jordan. Gua ini lebih menepati ciri-ciri yang diberi dalam al Quran.


Gua di Ephesus

Kisah Ashabul Kahfi dikatakan berlaku di sekitar suatu tempat yang kini digelar Gunung Pion (Mt. of Pion). Di sana terletak sebuah gua yang diberi nama Gua Tujuh Orang Peradu (The Cave Of The Seven Sleepers) yang terletak di Efesus (Ephesus), Turki. Kisah tersebut telah berlaku sekitar lebih daripada 1400 tahun yang lalu. Berkenaan dengan sejarah itu, Allah telah menerangkan kisah yang terjadi terhadap peradu-peradu itu dalam al-Quran. Kisah itu dikatakan berlaku di tempat berkenaan pada zaman pemerintahan Maharaja Dikyanus (Decius) sekitar tahun 249 sehingga 251 Masihi. Manakala peristiwa itu berakhir 309 tahun kemudian dan mula menjadi buah mulut masyarakat dunia khususnya kepada penganut agama Kristian dan Islam setelah terjaganya peradu-peradu beriman itu dari tidurnya pada zaman pemerintahan Maharaja Theodosius II yang beragama Nasrani (Kristian) sehinggalah sekarang. Pada zaman Theodosius itu, setelah berakhirnya peristiwa ajaib itu, sebuah tempat ibadah (Gereja Nasrani) dahulu telah pun dibina.



Gua di Ar Raqim, Amman, Jordan

Profesor Muhammad Taisir Dhabyan dalam bukunya 'Penemuan Besar Abad 20 : 7 Petidur Tiga Abad' menyatakan gua tersebut terletak di 7 km tenggara bandar baru Amman, Jordan. Peristiwa Ashabul Kahfi begitu istimewa sehingga surah dinamakan al Kahfi.



Versi dari Al Quran


Firman Allah dalam Al-Quran:

    * "(Ingatlah) tatkala pemuda-pemuda itu mencari tempat berlindung ke dalam gua lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini)".

    * "Lalu Kami tidurkan mereka dengan nyenyaknya dalam gua itu, bertahun-tahun, yang banyak bilangannya".

    * "Kemudian Kami bangkitkan mereka (dari tidurnya), untuk Kami menguji; siapakah dari dua golongan di antara mereka yang lebih tepat kiraannya, tentang lamanya mereka hidup (dalam gua itu)".

    * "Kami ceritakan kepadamu (Wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada tuhan mereka, dan Kami tambahi mereka dengan hidayah dan petunjuk".

    * "Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami adalah Tuhan langit dan bumi; kami sekali-kali tidak menyeru tuhan selain Dia, sesungguhnya kami kalau demikian telah mengucapkan perkataan yang amat jauh dari kebenaran".

    * "(Mereka berkata pula sesama sendiri): "Kaum kita itu, menyembah beberapa tuhan yang lain dari Allah; sepatutnya mereka mengemukakan keterangan yang nyata yang membuktikan ketuhanan makhluk-makhluk yang mereka sembah itu?(Tetapi mereka tidak dapat berbuat demikian); Maka tidak ada yang lebih zalim dari orang-orang yang berdusta terhadap Allah.

    * "Dan oleh kerana kamu telah mengasingkan diri dari mereka dan dari apa yang mereka sembah yang lain dari Allah, maka pergilah kamu berlindung di gua itu, supaya Tuhan kamu melimpahkan dari RahmatNya kepada kamu, dan menyediakan kemudahan-kemudahan untuk (menjayakan) urusan kamu dengan memberikan bantuan yang berguna".

    * "Dan engkau akan melihat matahari ketika terbit, cenderung ke kanan dari gua mereka; dan apabila ia terbenam, meninggalkan mereka ke arah kiri, sedang mereka berada dalam satu lapangan gua itu. Yang demikian ialah dari tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan) Allah. Sesiapa yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah, maka dialah yang berjaya mencapai kebahagiaan; dan sesiapa yang disesatkanNya maka engkau tidak sekali-kali akan beroleh sebarang penolong yang dapat menunjukkan (jalan yang benar) kepadanya".

    * "Dan engkau sangka mereka sedar, padahal mereka tidur; dan Kami balik-balikkan mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri (supaya badan mereka tidak dimakan tanah); sedang anjing mereka menghulurkan dua kaki depannya dekat pintu gua; jika engkau melihat mereka, tentulah engkau akan berpaling melarikan diri dari mereka, dan tentulah engkau akan merasa sepenuh-penuh gerun takut kepada mereka".

    * "Dan demikian pula Kami bangkitkan mereka (dari tidurnya) supaya mereka bertanya-tanyaan sesama sendiri. Salah seorang di antaranya bertanya: "Berapa lama kamu tidur?" (Sebahagian dari) mereka menjawab: "Kita telah tidur selama sehari atau sebahagian dari sehari". (Sebahagian lagi dari) mereka berkata: "Tuhan kamu lebih mengetahui tentang lamanya kamu tidur; sekarang utuslah salah seorang dari kamu, membawa wang perak kamu ini ke bandar; kemudian biarlah dia memilih mana-mana jenis makanan yang lebih baik lagi halal (yang dijual di situ); kemudian hendaklah ia membawa untuk kamu sedikit habuan daripadanya; dan hendaklah ia berlemah-lembut dengan bersungguh-sungguh (semasa di bandar); dan janganlah dia melakukan sesuatu yang menyebabkan sesiapapun menyedari akan hal kamu.

    * "Sesungguhnya, kalaulah mereka mengetahui hal kamu, tentulah mereka akan merejam dan membunuh kamu, atau mereka akan mengembalikan kamu kepada agama mereka (secara paksa); dan jika berlaku demikian, kamu tidak sesekali akan berjaya selama-lamanya".

    * “Dan demikian Kami dedahkan hal mereka kepada orang ramai supaya oang-orang itu mengetahui bahawa janji Allah menghidupkan semula orang mati adalah benar, dan bahawa hari kiamat itu tidak ada sebarang syak padanya;pendedahan itu berlaku semasa orang-orang itu berbantah sesama sendiri mengenai perkara hidupnya semula orang mati. Setelah itu maka (sebahagian dari) mereka berkata: “Dirikanlah sebuah bangunan di sisi gua mereka, Allah jualah yang mengetahui akan hal ehwal mereka”. Orang-orang yang berkuasa atas urusan mereka (pihak raja) pula berkata: “Sebenarnya kami hendak membina sebuah masjid (tempat ibadah) di sisi gua mereka”.

    * “(Sebahagian dari) mereka akan berkata: “Bilangan Ashabul Kahfi itu tiga orang, yang keempatnya ialah anjing mereka”; dan setengahnya pula berkata bilangan mereka lima orang, yang keenamnya ialah anjing mereka”, secara meraba-raba dalam gelap akan sesuatu yang tidak diketahui; dan setengahnya yang lain berkata: “Bilangan mereka tujuh orang dan kelapannya ialah anjing mereka”. “Katakanlah (wahai Muhammad): “Tuhanku lebih mengetahui akan bilangan mereka, tiada yang mengetahui bilangannya melainkan sedikit”. Oleh itu janganlah engkau berbahas dengan sesiapapun mengenai mereka melainkan dengan bahasan (secara sederhana) yang nyata (keterangannya di dalam al-Quran), dan janganlah engkau meminta penjelasan mengenai hal mereka kepada seseorang pun dari golongan (yang membincangkannya)”.

    * “Dan janganlah engkau berkata mengenai sesuatu (yang hendak dikerjakan): “Bahawa aku akan lakukan yang demikian itu, kemudian nanti”.

    * “Melainkan (hendaklah disertakan dengan berkata): “InsyaAllah”. Dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika engkau lupa; dan katakanlah: “Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk yang lebih dekat dan lebih terang dari ini”.

    * “Dan mereka telah tinggal tidur dalam gua mereka :tiga ratus tahun(dengan kiraan ahli kitab) dan sembilan lagi (dengan kiraan kamu)”.

    * “Katakanlah (wahai Muhammad): “Allah jua yang mengetahui tentang masa mereka tidur; bagiNya-lah tertentu ilmu pengetahuan segala rahsia langit dan bumi; terang sungguh penglihatanNya dan jelas sungguh pendengaranNya (terhadap segala-galanya)! Tidak ada bagi penduduk langit dan bumi pengurus selain daripadaNya) dan ia tidak menjadikan sesiapapun masuk campur dalam hukumNya”.

Al-Quran (Surah Al-Kahfi ayat 10 hingga ayat 26)



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2009 07:57 PM | Show all posts
Ashabul-Kahfi maksudnya Penghuni Gua atau Tuan2 Gua..... hurmmmmm....... depa ni lari daripada negeri depa sebab depa xmo sembah berhala macam orang lain.... aku rasa depa ni kturunan Greek atau mungkin orang Romawi-Byzantine....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2009 08:19 PM | Show all posts
Kerajaan Kindah

At-Thabari kata pengasuh2 n pengiring2 raja2 Himyar adalah anak2 bangsawan kaum Himyar sniri. Sorang drpd pengiring raja Himyar tu adalah Hassan Ben Tubba' yang jugak penghulu suku Kindah. Masa Hassan mula takluki Tanah Arab n masuk ikut Hijaz, sblom dia kuar, dia lantik sedara dia nama Hajar Ben Amr jadi wakil untuk perintah kaum2 dari keturunan Ma'ad Ben 'Adnan yang dok kat Hijjaz. Hajar jalankan tugas dia dengan amanah, n lepas dia ninggal, anak dia nama Amr al-Maqsour plak ganti...

Abul Fidaa' plak rowayatkan yang raja Kindah pertama tu nama dia Hajar Ben Amr keturunan Kindah Ben Sabaa'. Sblom dia jadik raja, Kindah ni takda raja. Dorang hidup macam survival, sapa kuat dia la idop, yang lemah leh g mampos. Tapi lepas Hajar jadik raja, maka dia wat siasah betul2, tadbir pon betol2. Dia pon sempat rampas beberapa daerah dalam penguasaan bani Lakham dalam tanah Bakr Ben Waa-el.

Lpas Hajar ninggal naiklah anak dia Amr al-Maqsour. Al-Maqsour maksudnya pendek2, secara konteksnya, dia xnak panjang2kan bendar lama ke benda baru sebab dia cukop dengan apa yang jadi milik bapak dia. Pastu anak dia plak gantikan dia, nama dia al-Harith Ben Amr.

Al-Harith ni dikira sbagai raja yang kuat. Dia sezaman dengan Kisra Qubaz Ben Tiruz, n sama2 pengikut Zindiq bermazhab Mazdak. Qubaz tolong al-Harith halau al-Munzer Ben Maa-Yis-Samaa' al-Lakhami dari kerajaan Hirah. Maka al-Harith pong jadik berkuasa di Hirah. Maka pengaruh al-Harith makin lama makin besar.

Masa zaman Anushirvan, al-Munzer dapat takhta dia balik. N Anushirvan halau al-Harith plak. Al-Harith pon larik dengan diikuti oleh bani Taghalib n beberapa kabilah lain. Harta rampasan, banyak lah yang al-Munzer dapat. 40 orang tawanan dari bani Hajar yang x sempat larik smua kena bunoh di kampung Maryan atas perintah al-Munzer snirik.

Al-Harith digantikan oleh anaknya, Hajar Ben al-Harith memerintah bani Asad Ben Khuzaimah Ben Mudrikah. Anak2 dia pong jadik raja plak untuk kabilah Arab lain. Hajar ninggal diganti plak ngan anak al-Harith yang lain iaitu Sharahil Ben al-Harith memerintah suku sakat Bakr Ben Waa-el. Pastu giliran Ma'dikariba Ben al-Harith n kemudian anak dia plak Salamah perintah bani Taghaleb n Namir.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-12-2009 06:02 PM | Show all posts
Raja2 atau Amir2 'Arab lain

Raja2 Arab yang lain..... yang x ada partikular kerajaan... tapi dia fungsi macam raja adalah macam 'Abdollah B Luhai.... dia ni adalah bapak kepada penyembahan berhala n pembukak kepada kejahiliahan di Mekah brapa lamanya lepas peninggalan nabi Ismail (as) n sblom kelahiran nabi Muhammad (saw). Amat lah popolar Abdollah ni n dia ni dibangsakan dekat Khuza'ah n Zuhaeir Ben Habbaab.

Dia ni gak selalu terlibat dalam perang n digelar jugak sebagai al-Kahin (Cohen) sebab dia bleh buat tilikan. Dia baik dengan Abrahah n pernah bergabung dengan Abrahah di al-Ashram untuk serang Mekah n runtuhkan Ka'abah. Abrahah pong sayang la ke dia n layan dia lebih baik drpd dia layan pemimpin 'Arab lain. Dia berkuasa atas suku Bakr n suku Taghalib keturunan Waa-el. Nanti kita cerita lanjut macam mana 'ibadat-ul-asnaam (perhambaan diri kepada berhala2) masuk dalam Tanah Arab n Kota Mekah jugak....... Ni ada dalam sirah Nabawiyah.

Lain tu ada plak Kubi'ah. Kubi'ah ni berkuasa atas bani Ma'ad n menguasai jugak kabilah2 dai Yemen. Pengaruh juga x kurang besar.

Lagi seorang yang fungsi macam raja adalah al-Moghallal B Rabi'ah B al-Harith, dia ni mengumpulkan kabilah2 Taghalib n perang dengan bani Bakr.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2009 07:24 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-12-2009 09:48 PM | Show all posts
Umat Arab sebelum kelahiran nabi kita, Muhammad (saw)

Amaliqah di Iraq

Dalam kitab2 rowayat orang Arab sejak al-Mas'udi sampai ke Ibnu Khaldun serta lain2, kita nampak yang beratos2 taon sblom diutuskan nabi kita Muhammad (saw) ke dunia, kuasa orang Arab cuma terbatas dalam semenanjung Tanah Arab saja. Hanya satu etnik Arab saja yang kuasanya keluar sampai ke Iraq iaitu etnik Amaliqah. Bukti2 kuasa dorang ni ada dalam batu2 bersurat kat runtuhan kerajaan Babilon.

Dalam kenyataan Brusus yang meropakan ahli sejarah Kaldani, dalam kawasan Iraq zaman dahulu kala sudah ada kerajaan orang Arab. Lama kerajaan tu tak kurang drpd 245 taon yang ditubuhkan lepas hancurnya kerajaan Kaldan. Lepas kerajaan Arab purba tu hancur, maka kerjaan Ashur (Assyria) plak berdiri. Raja kerajaan Arab purba itu ada 9 orang smuanya. Perkara ini juga turut ada dalam kitab rowayat Jurji Zaidan bertajuk Tarikh Arab sebelum Islam.

Ahli sejarah zaman moden ni selalu je tak tetap pendapat. Stengahnya kata yang kerajaan Hammurabbi atau kerajaan Babilon yang wujud dolu. Ahli sejarah stengahnya berpendapat yang Brusus cakap bahawa kerajaan Babilon tu satu daripada kerajaan Arab gak. Alasan dorang sebab ada satu dinasti yang memrintah kerajaan Babilon tu snirik dipanggil Arab oleh Brusus selain ada keterangan nama2 raja yang memerintah. Tapi kalo nak diikutkan, kerajaan Hammurabbi tu lar yang paling berdekatan dengan masa pemerintahan kerajaan yang disebutkan oleh Brusus.

Ada jugak orang Arab badwi dalam kawasan Iraq tu dipanggil oleh orang Babilon sebagai Amuru yang membawa maksud orang Barat. Nama Amuru ni adalah panggilan untuk orang2 yang datang dari Barat sungai Furat (Euphrates), termasuklah bangsa Saam semuanya n jugak etnik Arami di Syria n di daerah Badwi.

Dalam rowayat kuno gak, kaum Kan'an pon penah la menakluki kawasan Palestin pada kurun ke-25 SM. Orang asli kat situ pon kena halau kuar. Masa yang sama ngan peristiwa tu gak la, orang Badwi Arami masuk dalam negara Babilon n mendirikan kerajaan yang dipanggil sebagai kerajaan Amuru. Lepas tu namanya diubah menjadik 'Aribi, yang maksudnya sama, orang dari Barat. Ath-Thabari jugak menyebut nenek moyang orang Amaliqah itu sebagai 'Arib.

Lepas banyak penyelidikan dibuat, didapati banyak persamaan pulak bahasa orang2 yang hidup antara kerajaan Hammurabbi itu, iaitu orang2 di antara sungai Furat (Euphrates) n Dijlah (Tigris) dengan bahasa 'Arab tapi x sama plak ngan bahasa rumpun2 Saam yang lain.

Contohnya macam pertukaran baris dengan rafa', nasab, n jarr (preposition). Masa tu bahasa 'Arab n bahasa Babilon memang dekat2 jah berbanding dengan rumpun bahasa Saam yang lain kecuali bahasa kaum Batra' n Tadmur sebab dorang pon keturunan Amaliqah.

Contoh lain macam tanwin atau nun kat pengabis kalimah (perkataan) bagi perkataan nakkirah (yang x ada alif laam pengenalan, al-). Dalam bahasa Arab misalnya perkataan baabun maksudnya pintu, n bahasa Babilon aku agak bunyinya baabum. Dorang punya tanwin bunyi dengan huruf mim.Dua2 hurof mim n nun tempat kuar huruf dia masih lagi di idong (nasal).

Tanda jama' (plural) dalam bahasa 'Arab misalnya ialah hurof yaa n nun, tapi dalam bahasa Babilon, tanda jamaknya dengan wau n mim. Bahasa Suryani plak tanda jamaknya yaa n mim. Bahasa Arab moden skang ni aku rasa tanda jamak ada yaa n nun, n wau n nun, dua2 ada.

Nama2 raja yang memerintah kerajaan Hammurabbi plak tersusun ikut tatabhasa yang sama macam tatabhasa Arab. Contoh, Saamu Abiy maksudnya Saam bapak ku dalam bahasa Babilon. Tapi dalam bahasa Arab pon sama Saamu Abiy atau Abiy Saam. Lagik, Shamsu Elona bermaksud matahari dewa/tuhan kami dalam bahasa Babilon, dalam bahasa Arab, Shams Ilhona. Bleh cek lagi banyak perkataan2 dalam batu bersurat dorang untuk bandingan.

Ada jugak berhala2 yang disembah orang Babilon yang sama nama dengan berhala2 Arab purba. Contohnya Eil, Shams Astaruth, Sain, Samdaan, Nasr, lain2. Urmm, kalo korang penah dengar Queen Sheba (Sabaa) atau puteri Balqes dalam Old Testament pon, kerajaan dia adalah kerajaan Sabean, yang menyembah planet2 n dia pon menyembah kat matahari. Kerajaan Sabaa' letaknya kat selatan Tanah Arab atau di Yemen.

Ni cuma skit brenstorming ahli sejarah je, bukan pendapat mutlak orang awam cam aku sebab benda ni dalam perbincangan n kajian ahli2 sejarah, tuan2 kitab rowayat n ahli2 antropologi-sosiologi selain daripada rowayat2 lama tentang kerajaan Babilon atau kerajaan Hammurabbi sebagai kerajaan Arab purba. Tapi kalo btol persamaan2 ni wujud maka memang terbukti lar yang bangsa Arab 25 kurun sblom kelahiran nabi Isa (as) dah maju sekurang2nya setara dengan bangsa Mesir
sebab kerajaan Hammurabbi pon ada peraturan pemerintahan, undang2, nikah kawen, perniagaan, hak warisan n macam2 lagik. Korang leh bukak balik buku teks korang tingkatan tiga dolu. Ingat aku ler.

Camna pon kajian2 n penyelidikan dibuat, ramai jer orang xleh terima hakikat ni. Sebab cakap2 saja tanpa "bukti" x cukup, kata dorang. Lagipon sarjana2 Barat lagi pandai. Smua kena tertakluk kat dorang, orang kita xbuat pon kajian2 sendiri n meredah padang pasir smua carik balik kitab2 purba n batu bersurat. Salah sapa? Salah kita la tuan2...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2009 01:44 AM | Show all posts
Amaliqah di Mesir

Ahli2 sejarah bangsa Arab smuanya sepakat mengatakan bahawa Arab Amaliqah pernah menakluki n berkuasa di Mesir sehingga menjadi Fir'aun. Crita ni cuma dicritakan scara pendek je oleh ahli sejarah. Tak diterangkan plak bila n gimana cara dorang menakluk Mesir maka ramai la penyelidik jadi ragu2 n mula la wat pnyelidikan sama ada betul atau tak rowayat tu.

Jesifus, seorang ahli sejarah Yahudi memetik dalam kitab Manthon yang ditulis oleh ahli rowayat Isqandariah (Alexandria) bahawa "telah terjadi zaman Timaus, raja kami, yang mana Tuhan murka atas kami, maka dibukakan oleh-Nya satu kaum yang x tau asal-usul datang dari Timur (kami) n diperanginya kami dengan gagah, dikalahkan kampung2 kami, raja2 dihina n kampung halaman dibakar, rumah berhala diruntuhkan, manusia juga dihina n dibunuh orang lelaki, pompuan n anak2 dirampas. Kendian, mereka mengangkat raja yang dinamai sebagai Salathis bersemayam di Memphis. Jatuhlah perintah ke sluruh Mesir supaya bayar cukai, Mesir atas n Mesir bawah. Dibuat benteng2 bagi menghalang serangan orang Ashur (Assyria) dan mendirikan negeri Auraas bagi mempertahan Mesir serta menguatkan dinding2 kota"

Nama bangsa itu ialah Hyksos. Maksudnya, raja pengembala. Ikot hasil penyelidikan Brugch, kata Hyksos ini asalnya dari bahasa Hieroglyphic iaitu dr perkataan Hyk n Sos I, iaitu seorang raja. Yang kedua, erti Hyksos mebawa mksud badwi2 yang pindah dari sahara Timur iaitu dari Tanah Arab. Tapi dalam sejarah Mesir n tinggalan purba Mesir, xda plak nama kerajaan yang memerintah Mesir purba dipanggil Hyksos tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-12-2009 01:54 AM | Show all posts
sambungan.......

Dalam peninggalan2 barang purba, ada plak rekod, satu kaum yang datang dr negeri lain menguasai tanah Mesir dari bahagian selatan. Kendian kaum ni dihalau oleh raja Thebes. Dalam bahasa awam, nama bangsa ini ialah Myn atau Meinte yang datang dari negeri Ashar, kemungkinannya Ashuri (Assyria).

G. Conteneau cakap yang Hyksos ni adalah campuran bangsa2 Asia-Tengah yang suka skali idop nomad. Dorang pernah menakluk Syria n Palestin sampai masuk ke Mesir n menguasai delta yang merupakan tempat tersubur di situ. Orang Mesir dikatakan memanggil dorang Hyksos atau raja pengembala. Negeri Mesir di sebelah selatan masih dalam kekuasaan Fira'aun Qubti (Copti) sampai ler taun 1580 SM. Masa tu jadik perang besar n tanah Mesir dikuasai oleh bangsa Saam. Keterangan ni ada dalam Manthon.

Ikot para penyelidik plak, Hyksos ni rupanya adlaah bangsa Saam. Dorang masuk ke Mesir melalui Asia Tengah. Penyelidik zaman2 dok kaji ni cakap yang x tentu lagi yang bangsa Saam ni adalah etnik Arab sebab masih x cukop bukti untuk kajian zaman moden.

Jadi keterangan ahli sejarah Jesifus kita n pengarang rowayat2 Arab masih terbengkalai lagik kesahihannya tentang Arab Amaliqah memerintah Mesir kalu ikot pada masa teks2 rujukan yang aku dok baca ni ditulih, kalu ikot ilmu zaman "moden" la.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2009 02:28 PM | Show all posts


gambaran Fira'aun Ahmose menghalau orang Hyksos daripada Mesir.



www.ancient-egypt-online.com/hyksos.html



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-12-2009 08:57 PM | Show all posts
Skang kita masok detail sket bab kerajaan2 kat Arab Selatan

Kerajaan Mo'iniyyah

ramai pakar kaji selidik sejarah cakap yang kat sbelah selatan Tanah Arab ni, rowayatnya sampai sekurang2nya melebihi lapan kurun tahun sebelum masehi. batu2 bersurat pon terbahagi dua plak, iaitu zaman mu'iniyyah n sabaa'iyyah. lepas dibuat bandingan, barulah org tau, kerajaan mo'iniyyah ni lagi awal drpd kerajaan sabaa'iyyah.

dorang yang cakap mu'iniyyah ni lagi tua drpd sabaaiyyah adalah muller, winckler, n glazar serta len2. jarak masa dua2 kerajaan ni adalah 500 tahon. lagi ini disokong oleh ahli sejarah lain macam martin hartman n edward meyer. hartman cakap bahawa mo'iniyyah memang lagi awal drpd sabaaiyyah, tapi lepas cek balik smua rekod2 bahan purba, nampak plak macam dua2 ni sama2 wujud, kemudian baru wujud kerajaan Himyar.

kerajaan2 ni smua dah mencapai kemajuan sebab ada banyak sumber n hasil kat dalam kerajaan dorang misalnya tanah subur, n terletak kat tengah2 kawasan lalu lalang pedagang.

strabo masa cakap tentang Yemen berkata: "di Tanah Arab sebelah selatan ada empat keturunan iaitu Mo'iniyyah, yang beribu kota di Qarna', Sabaaiyyah beribu kota di Ma'areb, Qatabiyah beribukota di Tamna, n Hadhramaut, beribukota di Shabwah. bahagian lain, strabo menerangkan plak yang orang Mo'iniyyah ni berniaga ke negeri Barattaa yang beribukota di Anbath.

Baltius plak menyatakan bahawa Mo'iniyyah ni negeri dia subur, ada banyak hutan belukar. ahli2 rowayat lain macam Theonosius n Ptolemeus pon ada cakap pasal krajaan ni.

Halefiy jugak pernah berkunjung ke Tanah Arab pd abad ke-19 M iaitu di negeri Juff di utara telah menjumpai 303 kepingan batu bersurat. diselidiki, ropanya tempat batu2 bersurat tu ler bekas tapak ibu kota kerajaan Mo'iniyyah. Nama2 raja dorang pon dapat dikesan dalam batu2 bersurat tersebut, dan sebanyak 26 smuanya dikenalpasti. tiap2 raja tu ada gelaran macam "yang gagah," "yang perkasa," "pahlawan hebat" dan sebagainya.

muller pon menyatakan dari penyelidikannya bahawa raja2 sana selalunya adalah bapak n anak, kengkadang bapak n anak sama2 memerintah. raja digelar sebagai mizeaad macam jugak di Sabaa', gelaran raja dorang adlaah Mekrab. Henry plak berpendapat yang seluruh selatan Tanah Arab tu tertakluk kat Mo'iniyyah.

kerajaan mo'iniyyah ni katanya dikalahkan oleh kerajaan sabaa', kerajaan mo'iniyyah masih lagik disebut dalam rekod2 kurun kedua seblom masehi.

bahasa kerajaan ni hampir sama ngan basa sabaa' n dorang pakai sistem tulisan yang sama gak. cuma kat kata ganti diri misalnya dia adalah "suu" sedangkan dalam bahasa sabaa', babilon, ethiopia, pakai "huu" macam dlm basa arab moden n bahasa2 semitik lain.

lain drpd tu, kerajaan mo'iniyyah ni didapati bukan kerajaan yang suka perang atau menakluki negeri lain, tapi ska berniaga n banyak berniaga dengan negeri2 maju masa zaman dia.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2009 12:28 AM | Show all posts
Kerajaan Sabaa'

Arab Sabaa' mendirikan kerajaan besar dorang ni masa kurun ke-18 SM di Yemen. Rowayat pasal dorang ada kat bekas2 batu bersurat orang Asyur. Daripada kesan2 sejarah tu smua, mula ler orang ramai tertarik perhatian nak bandingkannya dengan cerita puteri Balqis dalam Quran dengan ilmu pengetahuan moden yang baru didapati. Tapi susah gak nak dapat fakta sejarah sebab pengkajian pasal Timur Tengah masih dok berjalan.

Seorang ahli penyelidik sejarah membuktikan bahawa kerajaan Sabaa' ni berakhir pada kurun ke-15 SM dengang tengok pada "dongeng2 kuno" kat batu2 bersurat. Dalam penyelidikan Glazar, dia mendapati bahawa raja Sabaa' bernama Itti-Amara pernah bayar ufti kepada raja Rom bernama Sargon II yang berkuasa sekitar 705-721 SM. kat batu bersurat, ada disebut raja2 pemerintah Sabaa' ada 27 orang semuanya, 15 digelar Mukrib, dan 12 lagi digelar Maalik. Semua dorang ada gelaran kebesaran sniri n berbeza plak dengan raja2 kerajaan Moin'iyyah.

Hasil penyelidikan jugak mendapati yang asalnya kerajaan ni kecik ja, macam mula dengan seorang amir atau seorang ketua agama, tapi kemudiannya meluaskan kuasa menjadi kerajaan besar. Banyak rowayat cerita yang Sabaa' ni lebih banyak mengamalkan perniagaan daripada berperang. Kalo dalam batu bersurat orang Asyur (Syria) n orang Mesir, biasanya ditulis perkataan2 macam "ditakluki, dikalahkan, diperangi, diperintahkan menghantar ufti, dan rampas harta mereka," tapi dalam batu bersurat orang Sabaa' tertulis kata2, "didirikan, dibangunkan, dan dibuatkan serta lain2."

Batu2 bersurat lama jugak cakap Sabaa' telah melalui empat zaman:
1) raja2 bergelar Mukrib Sabaa'
2) raja2 bergelar Maalik Sabaa'
3) zaman raidan
4) zaman Hadhramaut
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 10:53 PM GMT+8 , Processed in 0.079248 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list