CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: genot

Tarikh 'Arab

[Copy link]
 Author| Post time 24-12-2009 01:53 AM | Show all posts
Kerajaan Himyaar

Lemah kerajaan Sabaa' naik plak kerajaan Himyaar. Himyaar ni keturunan Sabaa' atau kaum Sabaa' kedua. Pemerintahan berubah masa kurun ke-2 SM. Kerajaan baru ni membantu memudahkan perjalanan Barat ke Timur. Rombongan perniagaan pon maju lagi sampai kapal orang Romawi boleh lalu lalang kat tepi2 pantai Laut Merah dengan lalu ikot Tanjung Harapan ja. Jalan ke India pon jadi mudah. Laut Merah jadi jadi tempat kapal2 besar punggah barang. Kiranya Himyar ni satu kerajaan yang masyur la zaman dia tu. Waktu tu ada 3 pelabuhan terkenal iaitu pelabuhan kat Laut Hindi, Pelabuhan Laut Merah, n Pelabuhan Pinggiran laut Hadhramaut.

Agama Nasrani masuk ke kerajaan Himyar masa zaman maharaja Konstantin II yang memerintah Rom sekitar tahun 337-361 M. Yang bawak masuk agama Nasrani ke Himyar tu adalah seorang guru agama nama Theophiles, n kemudian didirikan gereja di Yemen.

Zaman Anstace iaitu pada 491-518 M, masuk plak agama Kristian ke Yemen. Seluruh kawasan kerajaan Himyar masuk dalam lingkungan pengaruh agama Kristian. Masa zaman kebangkitan nabi Muhammad (saw) pon, masih ada kesan pengaruh agama Kristian di Yemen iaitu kat negeri Najran.

Pastu kerajaan Himyar berhubungan diplomatik gak dengan Romawi sebab senang orang Romawi nak berniaga ke India. Zaman British pon sama, dorang guna Yemen untuk masuk ke India. Lagi satu Romawi pon takot kalo2 kuasa kerajaan Arab Ghassan melebar ke selatan sampai ke kawasan Himyar, susah la orang Romawi.

Pemberontakan orang Yahudi Yemen

Tahun 521 M, terjadi pemberontakan raja Himyar. Raja Himyar ni bernama Zunnuas (517-525M). Zunnuas ni nama betol dia adalah Yusouf Asar Yathar atau dipanggil gak sebagai Zun-Naan. Dia memeluk agama Yahudi dan menjadikannya sebagai agama kerajaan dia. Dia memang orang Arab Yemen, bukan orang Ibrani atau keturunan Israel, agama ja Yahudi. Dalam al-Quran surah al-Buruuj, dia ni lah yang membuat parit berapi untuk lempar pengikut al-Masih sebab menolak daripada menerima agama Yahudi. Banyak ahli sejarah bertentangan pandangan berkenaan dengan bilangan orang yang kena lempar dalam parit ada unggun api tu, tapi anggarannya dalam 200, 000 orang yang mati kena lempar dalam parit berapi.

Dia bakar orang2 Najran tu sebab dorang bunoh orang segama dia yang tinggal dalam negeri Najran. Negeri Najran ni masa tu berada bawah pentadbiran kerajaan Aksum. Tempat tu skarang ni dalam Arab Saudi, di al-Ukhdud. Kejadian tu ada ditulis dalam surat Simon, Uskup di Beth Arsham pada tahun 524 M, yang sebut nama Zunnuas sebagai Dimnoon.

Zunnuas serang kawasan sempadan di Zafar dan tangkap semua orang yang dia jumpa. Dia bakar semua gereja2 yang dia nampak, masuk ke Najran. Lepas Najran kalah dan diserahkan kepada orang Himyar, dia buat parit dan arahkan lempar orang2 kerajaan Aksum di negeri Najran yang degil x mo keluar dari agama al-masih.

Pastu Zunnuas tulis surat kepada raja bani Lakhmid yang memerintah Hirah iaitu al-Munzer serta raja Kavadh I di Persia memberitahu tentang perbuatannya serta menggalakkan mereka untuk melakukan perkara yang sama kepada pengikut agama al-masih dalam jajahan mereka. Kebetulan, surat Zunnuas tu diterima oleh al-Munzer pada bulan Januari 519 M, masa yang sama surat tu sampai, al-Munzer tengah menerima wakil dari Konstantinopel. Wakil dari Konstantinopel dihantar untuk mengadakan hubungan diplomatik dengan kerajaan Hirah.

Al-Munzer kemudiannya memberitahu wakil2 kerajaan Romawi Baizantium tu dan dorang semua terkejut beruk mendengar isi surat. Isi surat ni tersebar dengan cepatnya dalam empayar Romawi dan Parsi. Seorang pelarian dari negeri Najran pon dah mengadap maharaja Justin I mintak tuntut bela terhadap kejadian yang menimpa mereka. Surat Simon tu ada dalam bahagian ke-III kitab The Chronicle of Zuqniin yang diterjemahkan oleh Amir Harrack, terbitan Pontificial Institute of Medieval Studies, 1999, ms. 78-84.

Kejadian pembakaran orang Najran ni pon menyebabkan raja dinasti Aksum di Ethiopia mengamuk. Menurut rowayat Prokopius dari Palestin: "Raja dinasti Aksum,iaitu Kaleb atau nama Greek dia Hallesthaeus dengan bantuan maharaja Justin I mendapatkan satu kapal perang melintasi benua Afrika ke Yemen."

Zunnuas berjaya ditewaskan sekitar tahun 520 M atau 525 M. Kaleb kemudian lantik seorang pengikutnya yang beragama al-Masih dari Selatan Tanah Arab bernama Sumu'afa Ashawa' sebagai wizurai dia kat Yemen. Ni rasanya Irbath, kalo ikot nama dalam rowayat Arab, sblom dia kena bunoh dengan Abrahah.

Tradisi rowayat Arab cakap, Zunnuas sempat lari masa dia kalah tapi kemudiannya dia bunuh diri dengan tunggang kuda dia masuk dalam Laut Merah. De Maigret melaporkan dalam buku dia, "Arabia Felix" bahawa terdapat jugak kemungkinan yang Zunnuas mungkin terbunuh dalam peperangan melawan askar raja Kaleb mengikut batu bersurat Husn-ul-Ghuraib.

Lagi, De Maigret juga melaporkan pada tahun 1951, ada tiga batu bersurat yang ditemui di utara al-Ukhdud merujuk kepada satu kempen peperangan yang diketuai oleh Zunnuas, dalam batu bersurat tu, Zunnuas dipanggil dengan nama Yusouf Asar Yathar. Batu2 bersurat tu bertarikh 633 tahun era kerajaan Himyar bersamaan dengan tahon 518 M atau 523 M.  

Pastu kejadian Abrahah n pemberontakan Saif Ben Ziyazan aku rasa semua orang tau dengan agak detail. Lebih kurang 571 M, nabi kita, nabi Muhammad (saw) lahir. Kemudian lepas baginda rasulullah (saw) hijrah dan tinggal kat Madinah, baginda ada hantar seruan ke Yemen. Masa tu kekuasaan kerajaan Himyar pon memang sedia merosot. Yang sebenar2 berkuasa sebagai gabenor di sana adalah orang Parsi. Mu'az Ben Jabal n Abu Musa al-Ash'ari pon dihantar ke Yemen untuk ajar agama kat orang Yemen, maka ramailah orang Yemen yang menerima Islam. Sampai wakil2 raja Parsi tu pon sama menerima Islam.

wallahua'lam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2009 09:04 AM | Show all posts
81# migdal_bavel
Tq for the info. Baru tahu wanita jew pun wajib tutup kepala. Kesimpulannya perintah Allah itu sama dr dulu lagi. Ada hikmah kenapa Allah suruh wanita tutup kepala. Tapi biasalah... zaman berubah. Kemajuan teknologi dan kenikmatan dunia semakin banyak. Manusia tewas dgn nafsu. Bukan muslim sahaja, jew xtian pun sama lupa pd perintah Allah.

Mengenai purdah, ia bukan budaya tp perintah Allah. Genot, cuba cari sejarah bila purdah menjadi "budaya". Apa yg me tahu ia bermula di zaman Nabi Muhammad saw. Lihat surah Al Ahzab 59. Baca tafsir sebab turunnya surah ini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2009 01:30 PM | Show all posts
Ya, btol..... bagus gak kalo kita letak terjemahan surah al-Ahzaab terjemahan ayat 59 kat sini:

wahai nabi, katakanlah kepada para isterimu, dan anak2 perempuanmu, serta wanita2 orang yang beriman: "hendaklah mereka (menurunkan) jilbab2 (meliputi sluruh tubuh mereka)." Sekurang-kurangnya mereka mudah dikenali serta tidak diganggu. sememangnya Allah Maha Pengampun Maha Penyayang.

Jilbab maksudnya baju yang besar x nampak bentuk badan sekali dengan tudung tutup kepala, muka, dan bahagian dada. Tapi masa bersembahyang, x boleh tutup muka dan dua tapak tangan sebab termasuk dalam anggota sujud. Jadi kat sini ada jadik khilaf ulamak, yang stengahnya cakap boleh nampak dua tapak tangan dan muka walopon pada waktu biasa, tapi x bermaksud boleh menunjukkan bahagian2 lain. Perubahan ke arah sesuatu yang diperintahkan tu memang la agak susah terjadi, maka terpaksa lah mula dengan perlahan2. Tapi macam para sahabat nabi (saw), dorang sangat patuh dan pernah jadi kejadian Tuhan haramkan minuman keras (alkohol) sebab ada sahabat sembahyang dalam keadaan mabuk, maka dorang segera pecahkan barrel arak dorang dan tak minum lagi walaupun ada yang ketagih.

bagi orang di Arab sana, mereka anggap benda ni sebagai budaya tradisi sebab benda ni dah lama diamalkan dan biasa saja dalam masyarakat. bagi orang "Melayu" terutamanya yang feeling2 berpandangan "Liberal" atau "Sekular," dorang anggap benda ni sebagai budaya Arab jahiliah yang ketinggalan zaman sebab fahaman dorang yg half-baked mengatakan, orang Arab Mekah tu masyarakat jahiliah yang x ada kitab.

x tahu la Quran mana yang dorang bukak sb dorang cakap baca dalam BM n BI pown dah cukop. Tapi sesuatu bahasa tu x sama dengan bahasa lain, mesti refer teks asal balik. Arab Quraisy sebenarnya bekas ahli-kitab, kami ada rowayat tentang dorang pegang "Suhuf Ibrahim" sblom "disesatkan" oleh ketua kaum Arab liar suku Khuza'ah. Adat2 macam bunuh anak pompuan, hina dan rendahkan orang pompuan, serta yang buruk2 tu smua bukan tradisi asal jugak.

Ermm, purdah sbenarnya bukan pakaian wanita Islam. Purdah pakaian wanita Hindu Ortodoks. Kalo di India Utara, dengarnya dorang akan paksa wanita yang jadi janda pakai sejenis selendang warna hitam atau warna gelap yang menutup muka bila keluar dan dorang xboleh keluar sesuka hati, kecuali pergi ke Mandel (kuil).
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2009 03:55 PM | Show all posts
Peta wilayah Himyar n kerajaan Aksum




Batu Bersurat Himyar di Maareb




contoh pitis kerajaan orang Arab Himyar, zaman raja Mdn Byn abad pertama SM


Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2009 04:05 PM | Show all posts
104# genot
Ermm, purdah sbenarnya bukan pakaian wanita Islam. Purdah pakaian wanita Hindu Ortodoks.

mmm.... agak mengelirukan. Bleh explain? purdah,jilbab,veil sama je kan?

Memang betul ada khilaf. Itulah hikmahnya khilaf. Kalau terang2 WAJIB, nescaya ramailah menanggung dosa.
Since ia adalah khilaf, maknanya ada kata wajib, ada kata sunat, ada kata harus. So ia bukan budaya tp perintah agama yg mana akhirnya menjadi budaya. Namun hukum asal tetap kekal.... perintah agama.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2009 05:12 PM | Show all posts
Kalau dalam generic term, memang sejenis veil, tapi purdah sebenarnya x tutup muka macam jilbab pon. Dia cuma selubung muka dengan sejenis selendang. Sama gak dengan Chador yang dipakai wanita Iran, sejenis kain yang panjang besar yang kena sentiasa pegang kat bawah dagu.




contoh purdah (pardah) dipakai dalam watak wanita Hindu (Ayesha Takia) dalam movie video ni



Yang ni plak adalah Chador.... tak silap nenek aku penah pakai dolo, tp sb xsesuai dengan cuaca n budaya sni, dia xpakai lagik....




Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 25-12-2009 12:59 PM | Show all posts
Skang masuk detail pasal kerajaan2 Arab di Utara

Imaarat'ul Hirah

Negeri Hirah ni letaknya berdekatan dengan negeri Kufah. Skang ni Hirah ada dalam satu tempat nama Najaf kat pinggir sungai Furat (Euphrates) sebelah nak ke Barat n kat Tenggara makam Saidina Ali Karamallahu Wajhahu. Hirah ni udaranya nyaman, ada bukit bukau. Sb nak ke Barat Hirah ni dah x ada negeri lagi, maka badwi2 onta dah x ada tempat lagi nak merayau2, dorang pon dok beramai2 kat situ. Dorang memula sekali jual kambing2 n onta2 dorang kat Hirah n kemudian lama2 rasa selesa trus dok situ. Orang Hirah ni majoritinya, campuran dengan orang Arab asli.

Kerajaan Hirah ni dibangunkan tahun 240 M oleh Amr Ben Ady. Krajaan ni pon mendapat pengesahan daripada Parsi sebab Parsi rasa selamat sket kerajaan dorang drpd diserang oleh puak2 Arab lain n jadik sempadan untuk kerajaan Parsi. Lebih kurang macam negeri penampan ler.

Ikot undang2 zaman tu, Hirah ni macam berada bawah perlindungan kerajaan Parsi. Tiap2 Amir (putera) dorang yang naik jadi raja mesti wat sumpah setia kat Kisra Parsi n jaga negeri Parsi kalo ada musuh yang ngada2 nak kacau Parsi. Balasan kepada Hirah oleh kerajaan Parsi sebab bantuan tu adalah dengan kebebasan x yah bayar cukai atau ufti kat Parsi. Semua negeri2 dalam empayar Parsi ada kuasa autonomi, ada gabenor atau raja2 dorang sniri yang perintah negeri n maharaja Parsi atau Kisra dorang cuma jadi pelindung kepada negeri2 tu jar, beza dengan Romawi yang berdasarkan pemerintahan pusat. Kalau nak wat sesuatu hukum, mesti mintak kebenaran maharaja di pusat kerajaan Romawi iaitu di Konstantinopel atau skang ni Istanbul.

Kerajaan2 lain yang lagi lama di Tanah Arab macam Lakham, Ghassan n Kindah pon cuba nak carik pengaruh di selatan Tanah Arab. Orang2 kat selatan sikit daripada dorang ni banyak keturunan Adnan (nabi Ismail). Sheikh2 n amir2 dorang ni x ada pon kerajaan yang terator, x da askar ramai2, x da kubu n tembok2 sempadan. Tembok sempadan yang ada cuma ada dlm diri dorang sniri je.

Bila empayar Romawi Timor lemah, empayar Parsi plak bagi kebebasan kat kerajaan Hirah bangunkan negeri dorang sesuka hati. Makanya Hirah ni naik jadi yang menggalakkan perdagangan atau pintu masuk ke Tanah Arab bagi Parsi. Barang2 Parsi dibawak ke Tanah Arab n dijual, n meningkatkan ekonomi dua2 kawasan iaitu Parsi n Arab.

Kata Sedeliout, raja2 Hirah ni asalnya keturunan Qudha'ah, keturunan Adnan (nabi Ismail), dari kabilah Tanukh. Dorang masuk ke Iraq dari Bahrain n Tihamah. Dorang dapat kuasa di Hirah sekitar tahon 192 M bila dorang menyerang sampai ke Iraq. Lepas tu dorang pon dapat takluk negeri al-Anbar. Ketua dorang masa tu adalah Juzaimah al-Abrash. Dia ni mengakui masuk dalam empayar Parsi n dapat gelaran kebesaran drpd maharaja Parsi masa tu iaitu Ardashir dari dinasti Sasan. Lepas tu digantikan plak oleh Amr Ben Ady yang memula membentuk kerajaan Hirah secara rasmi n dia dr keturunan bani Lakham. Kerajaan ni bertahan sampai tahon 605 M.

Bangsa Parsi n Yunani (Greek) selalu berebut nak dapat pengaruh sekitar Sungai Furat (Euphrates). Masa tu, kerajaan Hirah yang masih kecil lagi cuba dapatkan perlindungan kerajaan yang lagi kuat n cuba nak dapatkan tanah jajahan sekitar Sungai Furat. Dorang dekat dengan Parsi, maka dorang pon mintak untung kalo dorang jaga Parsi. Tahon 272 M, dorang dapat kalahkan tempat2 sekitar Furat (Euphrates) n Dijlah (Tigris). Kuasa dorang sampai jugak ke Anthakiyah (Aintioch). Bila kerajaan dah besar susah plak dorang nak kawal negeri2 jajahan.

Lama gak Parsi n Yunani (Greek) gaduh n perang. Kalo Yunani (Greek) menang, maka susah la kerajaan Hirah, takot dorang balas dendam. Brapa kali orang Yunani (Greek) cuba menyerang, tahon 289, 353, sampai tahon 363 M, masok dalam negeri Arab di selatan. Waktu tu dapat gak empayar Romawi rampas negeri al-Anbar n kalah al-Munzer I tahon 421 M. Tahon 498 M, Parsi perang lagik ngan Romawi. Maharaja Anstace kalah, maka sluruh kawasan Mesopotamia bebas dari Romawi pd tahon 502 M. Tahon 503 M, Nu'man III yang jadik raja Hirah bersekutu dengan Parsi halau Romawi. Suku Taghalib n Bakr pon perang gak ikot ketua Amir dorang iaitu al-Harith Ben Amir. Amir ni memeluk agama Mazdak iaitu agama sembah api. Sebab sama agama dengan Parsi maka hubungan dorang pon rapat, dia halau Munzer III tahon 515 M. Tapi maharaja Parsi kemudiannya tak suka kat agama Mazdak. Makanya dia halau al-Harith n ganti balik al-Munzer III jadi raja.

Al-Munzer III menjaga kedudukan negeri Hirah n kawasan2 kat Tanah Arab bawah perlindungan Parsi, perang dengan orang Greek Byzantine, sampai la orang Greek tu xleh masuk dalam kawasan Arab. Zaman al-Munzer III, Hirah ni maju n makmur sampai ke pemrintahan Nu'man V yang memrintah tahon 583-605 M. Nu'man ni raja Hirah dr bani Lakham n yang last skalik. Lpas mangkat dia, Hirah rasmi trus masuk dalam kuasa empayar Parsi, bukan negeri perlindungan lagi sampai ke zaman kebangkitan nabi Muhammad (saw).

Henri Masset dalam tesis2 dia cakap, asal orang Arab Selatan ni bila kabilah2 Arab dr Utara pindah masuk ke sebelah Selatan. Dorang kemudian membangunkan beberapa Imaarat (negeri) yang macam2 bentuk. Kat sempadan Syria, naik kerajaan bani Ghassan, yang diberi pengakuan oleh Byzantium di Konstantinople sana, gunanya melindungi sempadan orang Romawi-Greek. Kemudian bangun kerajaan bani Lakham di Hirah, diperakui oleh maharaja Parsi gunanya jadi buffer state gak. Maka, Lakham n Ghassan ni selalu terbawak2 perangai bermusuh sb pengaruh empayar yang melindungi dorang. Hirah ni sebenarnya pusat perkembangan agama Kristos n menjadi pusat ilmu pengetahuan. Raja Lakham yang memula perintah Hirah mangkat tahon 328 M. Walopon dorang rapat dengan Parsi tapi dorang menganut agama Kristos aliran Nestorius.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-12-2009 06:33 PM | Show all posts
Amir2 Ghassan

Kabilah Ghassan sbenarnya mendatang dalam daerah Syria. Dulu2 daerah tersebut dikuasai oleh oleh bani Dhaja'im dari kabilah Qudha'ah. Ghassan lawan dengan bani Dhaja'im dari kabilah Qudha'ah n Ghassan menang. Ghassan kemudian buat negeri di situ n mintak perlindungan empayar Romawi. Lama2 kemudian, dorang mula naik maju sampai ada negeri2 n kota. Ada kubu untuk pertahanan negara bagai. Pusat kerajaan dorang di Busra, negeri Hauraan. Zaman ni orang panggilnya sebagai Busra Eski Sham atau Busra Shaam saja.

Kurun pertama kelahiran nabi Isa lagik, wilayah Syria dah masuk bawah kekuasaan Romawi-Baizantine. Masa nabi Isa (as) menyampaikan dakwah kenabiannya pon, Syria ditadbir oleh wakil Romawi-Baizantine bernama Pilatus, n maharaja dorang adalah Herodotus. Wilayah Syria di bahagian ulu Badwi lak dikuasai oleh orang Nabthi (Nabatea). Nabatea ni adalah bangsa Arab badwi gak. Orang badwi ni x reti dok aman2, asyik nak perang ja. Dorang suka kacau orang Romawi sampai Romawi terpaksa mintak damai dengan dorang. Majoriti puak2 badwi di kawasan Ulu Syria ni sbenarnya dari bani Dhaja'im gak yang zaman2 kuno menguasai Syria.

Lepas peristiwa Alexander the Great menang lepas lawan Tanah Parsi, negeri2 dalam empayar Parsi pon banyak lah dikuasai oleh Alexander dari kawasan Parsi skarang ni sampai le kawasan tebing Sungai Gangga dalam India sekarang. Wilayah Iraq n Parsi diperintah oleh raja2 kecil n gubnor n x bersatu. Sebab empayar Parsi dah terpecah, maka mudah la orang Romawi-Byzantine nak lawan satu2. Tetiba mula kurun ke-3 M, naik dinasti Sasan di Tanah Parsi, kuasa dia bertambah kuat n dapat menyatukan balik semua negeri2 protektorat n jajahan dia. Semua raja2 wilayah tu kena masuk bawah perlindungan maharaja Parsi balik.

Masa tu gak, Arab Ghassan tengah cuba nak pecah masuk ke utara. Dorang dah berjaya merampas Bulaqaa' dari bani Dhajaa'im. Bulaqaa' ni x silap dalam wilayah Jordan skang ni. Orang Romawi-Byzantine nampak peluang yang Ghassan ni agak berpengaruh dalam kalangan bangsa Arab selain negeri2 dorang ni subur n hijau. Jadi dia pom berusaha menyebarkan agama Kristos di situ secara pelan2 sampai agama Kristos jadi agama rasmi orang Arab Ghassan.

Masa pemerintahan al-Harith Ben Jabalah n keturunan dia, seluruh kawasan Syria sampai bukit Hauraan ada dalam jajahan dia. Lagi dia menjajah sampai ke Tadmur, Palestin, Levant (Lebanon), menjajah jugak kaum badwi n yang dok kat pekan2 dalam semua kawasan jajahan tu. Ada banyak tinggalan sejarah dari kerajaan ni kata orang bleh tengok sampai hari ni.

Dosseaur merupakan anatara ahli arkeologi yang menyelidik sampai ke Bukit Hauraan n mendapati ada kubu2 tebal n kukuh dibina di situ oleh orang Arab Ghassan bagi mengelakkan serangan badwi dari negeri luar.

Dalam tesis Henri Masse, menurut rowayat raja al-Harith Ben Jabalah ni diperakui cop mohor kerajaannya oleh maharaja Justinian tahun 529 M. Dia jugak alim n tinggi pengetahuan dalam pengajian agama Kristos smpai digelar oleh maharaja Justinian sebagai Phylarqui-Patricio membawa maksud raja pendita. Gelaran ni adalah gelaran paling tinggi sekali dalam empayar Romawi-Byzantine.

Pengabis kerajaan ni dengan raja Jabalah Ben Aihaam yang menerima Islam pastu balik jadi Kristos balik sebab dia x puas ati pangkat raja dia jatuh rendah dengan orang biasa bila menerima Islam. Dia mangkat di Konstantinopel sana n kerajaan dia masuk serta-merta dalam daulah Islamiah bila rakyat2 dia pon ada yang terima Islam. Tamat kerjaan ni kurun ke-7 M.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-12-2009 11:43 PM | Show all posts
Post Last Edit by genot at 27-12-2009 15:52

Rasafa (Sergiopolis)

Ni salah satu bandar orang Syria letaknya 26 km barat dari Sungai Furat (Euphrates). Dalam Old Testament (Taurat), ia disebut sebagai Rasaph. Dalam II Kings 19:12 n Isaiah 37:12, disebut bahawa kota ni dimusnahkan oleh maharaja Assyria bernama Senakhkherib. Dalam dokumen kurun ke-9 SM, bandar ni direkodkan sebagai Rasappa, maksudnya Arang Hidup.

Sergiopolis ni makmur sebagai pusat perdagangan untuk sampai ke laluan Sutera, hal ni menjadikannya sasaran serangan. Pastu ia dijajah oleh raja Babylon iaitu Senakhkherib (705-618SM) n kemudian dalam kerajaan Tudmur (Palmyra) yang dianggap sebagai bandar penting jatuh ke tangan Orlianus orang Romawi selepas Tudmur dihancurkan pada 274 SM.

Sergipolis jugak menjadi pusat perdagangan penting masa era Krist n bangun kembali daripada runtuhannya. Ahli sejarah Arab macam at-Thabari merowayatkan bahawa Khalifah Hisham Ben Abdul Malik suka sangat kat bandar ni n dimakamkan di sini. Hal sama turut disebut oleh al-Mas'oudi, al-Ya'koubi, n al-Fakhri yang menerangkan mengenai pertelingkahan dinasti Umayyah dan Abbasiah.

Ptolemeus sebut Sergiopolis sebagai sebahagian daripada pusat keagamaan bagi Palmyra (Tudmur). Dalam dokumen2 gereja Greek, nama bandar ni disebut sebagai Rasafos (Rasaffa). Ada jugak nama lain merujuk kota ni iaitu, Tetrapyrguim. Abad ke-4 M, nama Tetrapyrguim ni diubah menjadi Sergiopolis lepas kematian Saint Sergius n rakannya Saint Bacchus. Kota ni makmur jugak dalam era Byzantium n kemudian ditukar nama lagi ke Anastasiopolis sempena nama maharaja Anastasius I (491-518) yang telah membina gereja gelendong (basilika). Kemudian, ia dimahsyurkan sebagai metropolis, tapi x kekal lama.  



Tahon 303 M, Saint Sergius n Bacchus yang merupakan bangsawan Romawi-Syria serta merupakan jeneral dalam askar Romawi mati syahid sebab degil x nak bagi sembahan kat dewa Romawi iaitu Jupiter. Maharaja Maximus marah dengan perbuatan degil dorang dan hantar dorang ke pangkalan tentera Romawi di Sungai Furat (Euphrates). Tempat tu jugak didiami oleh Antiochus yang menjadi pemimpin Romawi Timur, n dia benci sangat kat orang Kristos. Antiochus masa dolo pernah jadi pegawai bawahan Sergius, jadi dia pon dapat peluang nak hina2 n persoalkan Saints tersebut. Dia jugak paksa dua2 bangsawan tu supaya berkawat pakai baju pompuan bagi menghina n memalukan dorang di tengah jalan. Dua2 saints tu kena sebat sampai saint Bacchus mati lpas tu. Beberapa hari kemudian, Sergius plak dibawa ke kaki bukit kota Rasafa dengan papan dipaku kat kaki dia, lepas tu dia kena penggal. Saint Julian yang menjadik teman dua orang saints tu pon mati syahid. Kemudian sebuah gereja dibina sempena kesyahidan dorang bagi simpan barang2 peribadi tiga2 orang saints yang ninggal kena bunuh dengan orang pagan tu.

Saint Sergius n Bacchus kemudian diangkat jadik wali bagi askar2 Romawi Timur kemudiannya. Banyak la gereja2 dibina di kawasan Timur untuk hormati dorang. Dorang ni turut dihormati dalam upacara sembahyang Kristos dan dirujuk oleh Paus Gelasius (492-496). Pak Arab Kristos plak amik dorang jadik wali penjaga di padang pasir. Maharaja Romawi iaitu Anastasius (491-518) mengubukan semula kota ni dengan dinding yang luas untuk pertahanan n 52 menara bermacam2 bentuk n saiz. Pastu ada tangki air besar gak. Kemudian ada satu gereja besar dalam tu sebagai penghormatan kepada saint Sergius n jadik salah satu tempat "melawat" utama di Timur bagi orang Kristos ms tu.



Arab Ghassan plak masuk ke wilayah Syria sekitar abad ke-3 M. Dorang menganut agama Kristos aliran Monophysite. Dorang buat kota di Jalluq dekat dengan tanah tinggi Golan selain jadikannya sebagai kubu dorang. Kurun ke-5 M, dorang jadik sekutu Romawi n tolong Romawi lawan bani Lakhmid yang menyokong empayar Parsi di bahagian timor sungai Tigris. Dikatakan yang maharaja Justinian ada wat konspirasi membunuh al-Munzer, raja Ghassan sb takot kuasa dia makin lama makin di luar kawalan selain al-Muzer xmo terima perjanjian damai yang x diwat di makam st. sergius. St. Sergius ni jugak wali penjaga kerajaan Ghassan n merupakan salah seorang wali2 yang dihormati dorang. Ikot cerita puak Kristos, raja Jabalah Ben Aiham lawan orang Islam Madinah dalam perang Yarmouk sama2 dengan sekutu Romawi dorang, n Ghassan kalah, maka raja Ghassan kena paksa masuk Islam. Tapi kemudian, dia kembali smula ke agama Kristos sama2 dengan kawan dia n dia lari g ke Konstantinopel. Tahon 616 M, Sergiopolis kena serang dengan Cyrus II masa askar2 dia dalam perjalanan nak jajah Jerusalem. Kemudian Sergiopolis ditawan balik oleh Hercules.



Abad ke-8 M, Sergiopolis dinamakan semula sebagai Rassafet Hisham sempena nama Kalifah bani Umayyah nama Hisham Ben Abdul Malek (722-743M), n khalifah pilih kota tu jadi ibu kota. Pernah gak jadi gempa bumi yang dahsyat kat situ n khalifah Umayyah betulkannya smula. Smua khalifah Umayyah menghormati orang Kristos n tapak2 suci dorang kecuali Umar Ben Abdul Aziz. Hisham Ben ABdul Malek membina masjid sebelah gereja st. sergius, n kendiannya memulihkan smula perjalanan bekalan air dalam kota. Dia pon turap batu atas jalan2 dalam kota, maka kota tu dinamakan semula dengan nama dia. Hisham Abdul Malek jugak membuat dinding2 tebal n kubu sekeliling gereja saint sergius bagi mengelakkannya rosak akibat gempa bumi yang akan terjadi. Tapi dia buat istana dia di luar kubu.



Bila kekhalifahan bani Abbas naik, dorang sembelih bani Umayyah n melampau2 jugak carik orang2 bani Umayyah n bunuh, hancurkan makam2, salib orang ramai, n sepahkan2 mayat dorang. kat kota Rassafa, dorang gali balik mayat Hisham Abdul Malek, kata orang mayat Hisham Abdul Malek dimumiakan, dorang calar2kan mayat dia 80 kali, pastu dorang, bakar mayat tu smpai jadik abu. Dorang jugak bakar masjid2 yang dibina bani Umayyah n tampal plaster kat imej2 suci Kristos dalam gereja.      

  

Dalam era kemaraan Mongol, Rassafa mempunyai kubu yang kuat n sukar ditembusi menyebabkan sukar askar2 Hulagu Khan nak masuk tapi akhirnya Mongol berjaya gak serang. Masa zaman pemerintahan orang Berber pon, Rassafa dimusnahkan n orang2 dalam kota tu kena lari ke Hama dengan bawak bersama barang2 tinggalan st. Sergius. Rassafa akhir sekali disebut dalam dokumen sejarah tahun 1283.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-12-2009 12:58 AM | Show all posts
Wilayah Nejd n Hejaz

Kurun ke-7 M, Parsi dinasti Sasan n Romawi-Byzantine ada dalam kemuncak perang sesama dorang. Dorang berebut nak kuasai Tanah Arab. Hal ni nampak sejibik macam England berebut pengaruh dengan Prancis masa zaman kolonial di Tanah Arab dolo. Hanya ada dua jah wilayah Arab yang merdeka n x nah kena jajah dengan Romawi n Parsi iaitu Nejd n Hijaz. X ada pengaruh asing yang masuk dalam wilayah dorang.

Tapi di dua wilayah ni pon, x ada pulak kerajaan bentuk monarki macam Ghassan n Lakham di utara dorang sikit tu. Tiap2 kabilah dorang hanya ada sheikh yang uruskan ahli kabilah. Kalo jadik masalah hubungan luaran, maka semua ketua kabilah akan berkumpol n pilih sapa yang akan jd wakil dorang untuk selesaikan masalah tu. Cara ni ja la dorang nak selesaikan masalah hubungan luar. Sesama dorang, dorang selalu begadoh sampai berbunoh2 gak n kengkadang x sama plak kepentingan. Tapi kalo berhadapan musoh luar, dorang akan bersatu.

Ada kabilah yang berjaya dapat kuasa sendiri macam kaum Kindah. Dorang berkuasa di Nejd akhir kurun ke-5M. Dorang memula perang dengan bani Lakham n dorang menang. Bani Kindah ni dikira sebagai kaum Arab Utara yang pindah ke selatan. Tahon 529M, bani Kindah kalah terus sebab bani Lakham bersatu dengan bani Ghassan dalam perang. Bani Kindah cuba nak mintak tolong Romawi-Byzantine dengan antar utusan nama Imru'l Qais yang jugak merupakan penyair terkenal ke sana tapi x jalan.

Makkah plak berada di Hejaz n diketuai oleh suku kaum Jurhum keturunan Ya'arob Ben Qahthan. Kabilah Qahthan ni dikenali jugak sebagai Jurhum ke-2. Ada kejadian nabi Ibrahim (as) antar anak n isteri ke-2 dia iaitu Hajar ke padang pasir di lembah Mekah n kemudian masuk lah kaum Jurhum ke-2 ni ke situ lepas keluar telaga zamzam sb Hajar benarkan dorang gunakan telaga tu selagi dorang x kawal telaga tu sb benda tu untuk kemudahan smua. Jadi, nabi Ismail (as) nikah dengan wanita Jurhum maka anak2 nabi Ismail (as) ni dihormati orang2 Mekah. Nabi Ibrahim (as) n nabi Ismail (as) gak yang buat jasa bangunkan bangunan Kaabah yang jadi pusat kesatuan ibadat seluruh Tanah Arab, tapi dorang x plak pegang pemerintahan.

Kemudian masuk plak kaum Azd dari Yaman, selepas pecah empangan Ma'areb dalam kerajaan Sabaa'. Antara yang pindah ke Mekah tu jugak Harithah Ben Amr dari suku Khuza'ah. Dorang perang dengan kaum Jurhum ke-2 n rampas penguasaan kota Mekah dari orang Jurhum. Sebab kuasa suku Azd n Khuza'ah ni, orang2 Arab keturunan nabi Ibrahim (as) x leh pegang apa2 kedudukan dalam kota Mekah.

Walopon xleh pegang kuasa selia Mekah mcm dolo2, tapi keturunan nabi Ibrahim dari nabi Ismail (as) trus berkembang. Dari keturunannya nama Adnan ni, keturunan nabi Ibrahim (as) n Ismail (as) berkembang sampai ke seluruh Hijaz n Nejd, sampai gak kat sempadan Iraq n Bahrein. Yang dok di Mekah tu, keturunan Adnan dari Fihr Ben Maalek. Nama lain Fihr Ben Maalek ni adalah Quraisy. Dari dia lah datang orang2 Quraisy yang korang kata asal2 trus Jahiliaah! Camna tuk nenek menyembah Allah SWT tanpa sekutu, tapi anak cucu sesat sembah berhala jadi penghubung dengan Allah SWT?!!!!!!

Zaman Fihr (Quraish) hidop, dia langsong x da papa kedudokan dalam masyarakat Mekah. Ahli keluarga dia sorang pon xbrani nak ambil balik hak dorang yang kena rampas dengan Arab Yaman suku kaum Azd tu. Kawasan masjidil Haram pon masuk bawah seliaan kaum Azd.

Sampai zaman Qusai Ben Qilab, iaitu moyang ke-5 nabi Muhammad (saw), orang Quraisy bersatu balik lawan. Suku kaum Quraish dikumpulkan semula n dok dekat2 supaya kuat pengaruh lawan dengan pengaruh kaum Khuza'ah n Azd. Lepas tu baru kaum Quraish berjaya ambil balik hak seliaan dorang n dorang mintak balik kunci Kaabah n orang yang mitak tu nama Abu Ghabsham. Jadi, pastu Abu Ghabsham jadik salah seorang pemuka kota Mekah, jugak penyelia kegiatan keagamaan di Mekah. Masa ni lah hak orang Quraish, keturunan Ismail (as) n cucu cicit nabi Ibrahim (as) diakui seluruh kawasan Tanah Arab turun temurun.

Qusai pernah membangunkan Darun-Nadwah di Mekah. Tempat ni jadik tempat perbincangan masalah bangsawan2 Quraish n selalunya dorang dapat selesaikan masalah dengan damai, kecuali sikit2 ja jadik gaduh.

Qusai dah mendapatkan hak2 macam al-Liwaa' (panji perang cuma dia sorang ja bleh pegang), al-Hijaabah (hanya dia leh bukak n tutup pintu Kaabah sb dia yang jaga situ), n siqaayatul-Hajj wa rifadatuho (bg minum n makan kat orang haji).

Siqaayah maksudnya sediakan air dalam bekas air drpd kulit n dorang campor dengan tamar n zabib. Rifadah maknanya jamu orang makan. Tiap2 taun, smua orang Quraish kutip derma n bantu ringankan kerja Qusai.

Masa Qusai idop lagik, anak dia Abdu Manaf ni cerdik gak n jadik ketua kaum. Sb dia kena ganti bapak dia nanti. Tapi Qusai wasiat kat dia, dia mesti bg peluang kat abang dia dolo nama Abdud'daar sb dia lagik tua. Jadik Abdu Manaf patuh wasiat.

Lepas Abdu Manaf ninggal, dia ada 4 anak laki2. Hashim, Abdu'sh-Shams, Abdul Mutallib n Naufal. 4 orang ni kena berlumba2 ngan keturunan Abdud'daar gak nak dapat pengaruh. Semua 4 orang anak Abdu Manaf ni rasa dorang layak n ada hak sb bapak dorang lagik cerdik n terkenal dalam kaum Quraish.

Maka jadik bertelingkahlah orang Quraish n kaum Quraish jadik pecah dua. Satu bela anak2 Abdu Manaf, satu bela anak2 Abdud' Daar sampai nyaris2 nak jadik perang. Tapi sblom pecah perang, dorang dapat selesaikan masalah. Hak2 atok dorang iaitu Qusai tu dibahagi dua. Anak2 Abdud'Daar jaga kunci Kaabah, Darun Nadwah n Panji Perang. Anak2 Abdi Manaf dapat hak bagi minum orang n jamu jemaah haji. Dlam keturnan Abdu Manaf tu kena buat undian lak nak tentukan sapa yang dapat buat antara 4 orang anak tu. Maka undi tu jatuh kat Hashim. Keturunan Hashim la yang pegang hak bagi minum n jamu makan jemaah haji n bila bangkit nabi Muhammad (saw) pon tetap sama camtu.

Makanya orang Quraisy xmo la jadik perang sama snirik sb dorang ada dalam kota suci Mekah n kena jaga keamanan dalam kota suci selain bangsa Arab smua pandang hormat kat dorang, dorang selesaikan masalah seboleh2nya dengan aman. Bulan haji merupakan bulan suci bagi dorang n dorang xleh perang dalam 3 bulan lamanya mula dengan zulhijjah sampai muharram. Perniagaan pon kena cepat2 selesaikan. Setahon sekalik dorang akan adakan pasar perhimpunan iaitu Ukaz.

Sekalik penah jadik perselisihan antara Hisham n anak sedara dia dari adik dia Abdush Shams bernama Umaiyah. Umaiyah ni anak sulong Abdush Shams. Hisham rasa dia lagik mulia sb dia lagik cerdik n dia dapat undi nak jaga jamuan orang haji n anggap Umaiyah tu taraf anak kena hormat orang tua. Tapi sb Umaiyah ni banyak anak dia, kaya n berkembang keturunannya maka dia rasa dia layak ja nak pintas pak sedara dia tu. Tapi kalo dorang x ingat kedudukan dorang dalam bangsa Arab mestilah dorang dah perang n gaduh sampai mati2.

Satu jah kesilapan akan menyebabkan jatuh air muka orang Arab Quraish dalam kalangan suku2 n kabilah Arab lain. Pernah gak jadik perang antara bani Qais n bani Kinanah. Perang ni jadik ms bulan haram perang n bunuh2, tapi Quraish pon terlibat sama n terpaksa masuk campur tlong sekutu dia. Sebab orang Quraish terlibat sama, maka perang tu dinamakan perang Fijaar makna dia perang langgar pantang atau kesucian bulan suci.

Beza Arab Quraish dengan Arab Jahiliah lain dalam zaman Jahiliah, ada peraturan dorang yang dipanggil Hilful Fudhul maksudnya ambil barang yang kena rampas bagi sesapa yang teraniaya dalam kota Mekah snirik sama ada orang Quraish atau orang lain2.

Di Madinah sana, ada kabilah2 Israel yang buat kampung beratus2 tahun dah n dorang ni kuat berniaga. Sekitar tahon 300 M, dua kabilah suku Azd keturunan Qahthan masuk ke Madinah n dorang ni ada dua kabilah iaitu kabilah Aus n Khazraj. Cam biasa, kalo sebot Qahthan, maknanya dorang dari Yaman. Masa raja2 Tubba' dari Yaman cuba nak jajah negeri Madinah, orang2 Aus n Khazraj ni berjaya tepis n lindungi Madinah. Masa tu, nama Madinah adalah Yathrib, bukan Madinah lagik. Kemudian yang slacknya orang Aus n Khazraj ni perang lak sesama snirik sejak 497-615M. Madinah dekat hubungan dengan Baitul Maqdis di Jerusalem.  

Wallahua'lam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-12-2009 02:04 AM | Show all posts
Kedudukan Hejaz n Nejd

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-12-2009 02:48 PM | Show all posts
Post Last Edit by genot at 27-12-2009 14:50

Baik.... mari kita analisis smula pasal kegiatan keagamaan di kota Mekah sblom kebangkitan nabi Muhammad (saw).

Kota Mekah mula2 skali dihuni oleh Hajar n anaknya nabi Ismail (as). Peristiwa haji n manasik2 haji yang dilakukan masa musim haji dalam bulan Zulhijjah ada asal-usulnya dari peristiwa2 yang berlaku semasa zaman nabi Ibrahim (a) n nabi Ismail (as).

Kemudian lepas peristiwa malaikat hentam sayap dia ke atas tanah n terbitnya telaga Zam Zam, masuk pulak orang Jurhum ke-2 dari arah selatan. Nabi Ismail (as) bernikah dengan dua wanita jurhum. Wanita pertama yang jadi isterinya baginda ceraikan sb menurut perintah bapanya, nabi Ibrahim (as) yang x berkenan dengan perangai isterinya. Nabi Ismail (as) nikah kali kedua n nabi Ibrahim (as) stuju dengan menantu tu serta suruh kekal jangan putus2 lagi. Keturunan nabi Ismail (as) berkembang di kota Mekah smpai merebak ke Nejd n Bahrein.

Kalo rajin baca kitab suci Quran, kita akan terjumpa dengan ayat 54-55 surah Maryam terjemahannya berbunyi:

Sebutlah (oleh kamu Muhammad) dalam kitab (akan, tentang) Isma'il. Sesungguhnya dia seorang yang membenarkan (menepati) janji, dan dia adalah merupakan seorang rasul dan nabi 54 Dan dia memerintahkan ahlinya dengan bersolat n menunaikan zakat, dan adalah (dia) di sisi Tuhan seorang yang diredhai 55

Tafsiran perkataan ahlinya itu merujuk kepada umatnya, juga keturunan2nya. Takkan dia menyembah Allah SWT sedangkan anak cucu cicit dia iaitu dari Quraish (Fihr B Malek) yang asal dari 'Adnan, asalnya menyembah berhala? Sebutan rasul dahulu bagi Ismail (as), kemudian baru sebutan nabi? Ada apa2 makna?

Jadi anda taulah kenapa, nabi Muhammad (saw) x masuk campur dalam upacara maksiat (keberhalaan) dalam masyarakat Mekah sblom dia diturunkan wahyu? Selain drpd Allah SWT yang melindunginya drpd maksiat n kesesatan? Nabi Muhammad (saw) keturunan Adnan kturunan Ismail (as), kturunan Ibrahim (as). Bapak2 sedara dia pon sama, bani Hashim pon sama walopon dorang kafir atau separa-kafir masa tu, tapi sb Allah SWT pilih nabi Muhammad (saw), maka berlakulah kehendak-Nya.

Baik kembali smula kepada anak2 cucu Ismail (as). Lepas beberapa lama anak cucu Ismail (as) serta orang2 Arab Jurhum tinggal di lembah Mekah n menyembah hanya Allah SWT. Tiba2 masuk plak puak2 lain yang merayau2 dari selatan iaitu puak Azd n puak Khuza'ah. Dorang ni berperang dengan penduduk asal di Mekah n akhirnya penduduk asal di Mekah kalah. Anak cucu nabi Ismail (as) yang jadi penjaga bangunan Kaabah terpaksa serahkan kunci n penjagaan kota suci kepada puak2 Azd n Khuza'ah. Maksudnya ritual2 keagamaan warisan dari nabi Ismail (as) n agama nabi Ibrahim (as) pon xleh jalan lancar. Umat Nabi Ismail (as) n nabi Ibrahim (as) lama2 pon terlupa ajaran2 dari wahyu Allah SWT kepada nabi2. Ciri2 asas Tauhid masih wujud dalam diri dorang masa berhala2 digunakan sebagai penghubung kepada Allah. Dorang tetap percaya pada Allah SWT n Allah SWT adalah Tuhan yang tertinggi tetapi dorang pakai wasiilah atau penghubung. Berhala2 tu jadik penghubung dorang dengan Allah SWT.

Menurut Mukhtasar Siraat-ur-Rasul, kemudian seorang Amir puak Khuza'ah ni namanya Amar Ben Luhaiy ni menjadik pelopor kepada penyembahan berhala atau dalam sirah kami, disebut sebagai 'Ibaadatul As-naam, berhamba diri kepada berhala2.

Macam mana caranya? Dia pergi ke Tanah Kanaan di Syria-Lebanon untuk berniaga dengan kafilahnya. Masa di sana dia bertemu dengan puak Finniqi (Phonecian) yang turut berniaga di sana. Dia tertarik melihat ritual penyembahan berhala2 oleh puak Finniqi n mintak satu untuk bawak balik ke Mekah.

Amar Ben Luhaiy percaya benda tu adalah betul memandangkan Syria merupakan tempat diturunkan wahyu n tempat bangkitnya para rasul. Puak Finniqi (Phonecian) sronoklah tak terhingga dan bagi berhala Baal (Hubaal) kat Amar untuk dibawak balik ke Mekah. Sampai di Mekah, Amar letakkan berhala tu dalam bangunan Kaabah kat tengah2nya serta panggil n paksa smua orang sembah kat situ.     

Jadi, 'Ibaadat-ul-Asnaam (agama sembah berhala) pon merebak ke seluruh kota Mekah, n seluruh wilayah Hijaz. Orang Mekah bukan ja jadik penjaga kota suci n sluruh kawasan haram (suci n terhormat), tapi jugak jadik penjaga berhala2 yang ada macam2 nama kemudiannya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-12-2009 03:30 PM | Show all posts
Antara adat2 n ritual2 'Ibaadat-ul-Asnaam yang kebanyakannya direka oleh Amar Ben Luhaiy serta bukan ritual2 agama Ibrahim (Hanif) adalah:

1. berhamba kat berhala, mintak syafaat kat berhala, seru2 nama berhala, mintak tulong kat berhala masa dalam kesusahan, n baca doa2 kat berhala untuk dapat hajat, selain berharap kat berhala atau dewa2 jadik penghubung sampaikan hasrat kepada Allah bagi memenuhi hajat.

2. berhaji kat berhala, tawaf keliling kawasan berhala, n menungging buyung depan berhala dewa.

3. menyenangkan dewa2 berhala dengan sembelih haiwan n korban kat berhala. Benda ni ada sebut dalam Quran banyaklah.

4. bagi persembahan kat berhala macam sebahagian tanaman, minuman, lembu, n lain2 kat verhala. Stengah bahagian jugak dikhaskan untuk Allah sniri, tapi biasanya disembah kat berhala yang jadik penghubung sb Allah x ada berhala untuk Dia.

5. Pastu simpan setengah2 haiwan untuk berhala dewa2 macam Bahira, Wasila, n Hami. Maksudnya haiwan2 tu xleh wat kerja2 demi dewa2 yang diwakili berhala tu. Rowayat Ibn Ishaq, Bahira ni adalah anak unta betina kepada unta betina nama Sa'iba. Sa'iba bunting n lahirkan 10 ekor unta betina, x ada sekor pon anak unta jantan. Unta2 ni smua dibiarkan bebas, xleh dicukur bulu dia, n xleh diambil susu dia wat minum. Smua unta2 betina yang lahir dr unta2 ni akan diberi gelaran Bahira lepas telinga dia kena calar skit.         

Wasila ni plak adalah kambing bebiri betina yang lahirkan 5 ekor anak kambing bebiri betina dengan lima kali bunting berturut. Mana2 anak Wasila ni hanya bleh dimiliki orang laki2.

Hami plak adalah unta jantan yang menyebab bunting unta betina lalu lahirkan anak2 unta betina secara berturut2. Hami x leh disembelih wat makan.

Smua benda ni ada dalam Quran, kalo rajin baca n cek btol2 apa dia cakap. Ikot hadis rowayat Bukhari (1/499), smua benda2 mengarut ni adalah ciptaan Amar Ben Luhai.

Mula dengan masuknya pengaruh berhala ke Mekah, maka orang Arab di Mekah baru jatuh dalam kejahiliahan. Bukan trus2 jahiliah sb sblom tu dah ada nabi n rasul. Dorang yang nyembah berhala ni percaya la terhadap dewa2 yang diwakili berhala ni mampu mendekatkan dorang kepda Allah n memandu dorang kepada Allah. Hal yang sama gak jadik masa zaman bapak nabi Ibrahim (as) dolo. Sembah berhala n dewa2 bukan Fitrah atau sesuatu yang natural. Fitrah tu nama lain bagi Islam. Islam asal dr nama Tuhan jugak. Bukan nama kaum, nama nabi, nama sapa2.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-12-2009 04:26 PM | Show all posts
Lain2 adat2 buruk sebab masuknya pengaruh buruk berhala ke kota Mekah adalah Azlam. Azlam ni sejenis anak panah x da bulu kat belakang dia. Ada tiga jenis Azlam iaitu yang tunjuk tanda "ya," tanda "tidak" n yang ketiga kosong.  Kalo dorang nak musafir mengembara, nak kawen, atau benda2 besar lain, dorang akan kocok Azlam lbih kurang macam Cina dok wat depan meja sembahyang nenek moyang dorang tu. Kalau anak panah cakap "ya," baru dorang wat. Kalo anak panah tunjuk "tidak" dorang akan lewat2kan sampai tahon depan.

Ada jugak jenis Azlam tu yang buang dalam air, atau duit darah, atau yang tunjukkan "dari kau," atau "Mulsaq" makna dia "berkaitan."

Menurut muhadarat tarikh al-umam-ul-islamiyyah rowayat Ibn Hashim, kalo ragu2 bab keturunan n kesukuan, dorang akan cari berhala Hubaal (Baal). Bawak unta 100 ekor, n pengocok anak panah. Dorang akan tengok anak2 panah tu untuk tentukan kesukuan dorang atau tidak. Kalo, anak panah cakap, "dari kau" maka betul la anak dia tu dari suku kaum dia. Kalo tunjuk sebaliknya, maka yang kena Azlam akan jadi sekutu dia. Kalo tunjuk "berkaitan" maka orang yang kena Azlam tu akan tetap dengan dia punya jawatan dalam kaum tapi x da kaitan keturunan papa atau persekutuan. Maksudnya anak panah ni digunakan untuk tentukan kesukuan sesorang.

Azlam ni lebih kurang macam judi gak. Dorang gunakan gak untuk pembahagian daging unta yang disembelih ikot adat Azlam. Lain2 tu dorang suka percaya kat tukang tilik, tukang ramal, n lain2 yang cakap leh dapat berita ghaib dengan bantuan jin2.

Walopon banyak gak adat2 jahiliah yang bidaah masa tu. Ada gak adat baik dari nabi Ibrahim (as) yang masih kekal, macam menghormati tempat suci Kaabah, tawaf n haji, bermalam di Arafah n berkorban. Cuma dalam ritual2 suci ni smua, ada sikit dicampuri dengan bidaah berkaitan dewa2 berhala lepas masuk pengaruh berhala ke Mekah macam yang diceritakan.

Orang Quraish lak, sb rasa dorang lagik terhormat drpd suku2 Arab lain sb dorang merupakan penjaga rumah suci, x akan masuk ke Arafah ramai2. Dorang akan berenti kejap kat Muzdalifah. Baru masuk dalam Arafah.

Owh, bidaah2 lain lagik yang jadi adat adalah macam dorang x makan laban kering. Laban ni maksudnya susu masam, macam tairu atau yoghurt tu n dorang x kan makan lemak yang dimasak. Masa dorang berhaji n berumrah, dorang x kasi orang luar dari Mekah sebarang makanan n minuman.

Orang2 luar Mekah yang nak tawaf kena pakai baju tradisi kaum Quraish. Kalo x mampu beli, maka bagi yang laki2, kena bertawaf telanjang. Yang pompuan kena bertawaf dengan kain yang cukup tutup sampai paha ja.

Lepas selesai berhaji, orang Mekah balik rumah n masuk kat lubang belakang rumah dorang yang dorang gali siap2. Kata dorang masuk kat pintu belakang maknanya orang bertakwa n perbuatan meninggalkan perbuatan x elok. Jadi Tuhan cakap dalam al-Quran surah al-Baqarah ayat 189, kalo nak wat kebaikan kenapa x masok elok2 ikot pintu depan? Yang ni untuk menjawab pertanyaan seorang sahabat nabi gak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-12-2009 05:03 PM | Show all posts
Post Last Edit by genot at 28-12-2009 19:17

Agama Yahudi di Tanah Arab

Orang Yahudi atau Ibrani yang masuk ke Tanah Arab ada dua gelombang. Gelombang pertama kemasukan adalah disebabkan oleh kemusnahan haikal dorang n ramai antara dorang ni dibawak jadi tawanan perang di Babilon. Kejadian ni masa zaman raja Bukhtunasar atau Nebukhadnezar. Tahun 587 SM, ramai lar gak orang Ibrani keluar dari wilayah Palestin dalam bekas kerajaan Israel n masuk ke wilayah Hijaz. Dorang menetap di utara kawasan wilayah Hijaz.   

Gelombang kedua penghijrahan orang Yahudi pulak terjadi masa penaklukan orang Romawi ke atas wilayah Palestin. Wilayah ni diletakkan dalam penguasaan seorang gabenor Romawi sekitar tahun 70 M. Jadi, penghijrahan orang Yahudi makin lama makin bertambah keluar dari kawasan kena jajah tu n dorang masuk ke Hijaz, Yathrib (Madinah), Taima' n Khaibar dan di sana dorang menetap.  

Di kawasan2 yang dorang tinggal ni, dorang sebarkan agama dorang kepada beberapa puak Arab. Lepas tu dorang buat lar kubu2, kota n kampong2. Jadi x smua orang Yahudi di Tanah Arab tu bangsa Israel, ada jugak bangsa Arab. Masa nabi Muhammad (saw) menyebarkan dakwah ke Yathrib (Madinah), kat situ dah ada beberapa puak Yahudi dari bani Khabir, el-Mostaliq, an-Nadhir, Quraizhah, n bani Qainuqa'. Stengah rowayat plak macam dalam kitab 'Alb Gajeerat-ul-'Arab cakap bahawa ada lebih kurang 20 puak orang Yahudi di situ.


Agama orang Yahudi diperkenalkan di Yemen, oleh seorang yang bernama As'ad Abi Karb. Dia ni gi berperang di Yathrib n kemudian menganut agama orang Yahudi. Dia bawak balik sama2 dengan dia ke Yemen, dua orang daripada Kahin orang Yahudi dari bani Quraizhah untuk ajar shariat dorang kepada orang2 asli Yemen.

Maka, agama Yahudi ni menerima banyak penganut di Yemen di selatan Tanah Arab sana. Lepas kemangkatan As'ad Abi Karb, anak dia Yusouf Zun-Nuas plak jadi raja dalam kerajaan dorang iaitu kerajaan Himyar. Aku dah ceritakan beberapa kali tentang raja ni menyerang Najran sebab membalas perbuatan pengikut Kristos Najran yang bunuh anak2 seorang peniaga Yahudi di sana. N dia bakar dorang yang degil x mo bersyariat dengan syariat orang Yahudi masa tu lepas dia pujuk.

Agama Kristos  

Agama pengikut Kristos pulak muncul di Tanah Arab dengan kemasukan orang Habshah (Ethiopia) yang membangunkan kerajaan Aksum meliputi gak kawasan Najran. Selain daripada tu, peperangan orang Aksum dengan bantuan Romawi disebabkan oleh kesilapan Yusouf Zunnuas ni menyebabkan Habshah menjajah Yemen. Masa tu la jugak mubaligh2 Kristos masuk ke wilayah Yemen n menyebarkan ajaran Kristos. Masa zaman Abrahah jadik gubnor Yemen tu yang dia buat al-Ka'bat-ul-Yemen bagi menarik kafilah2 haji Arab masuk ke Yemen. Kemudiannya dia nak musnahkan Ka'bah di Mekah n dapat pengajaran bagi semua orang termasuk kita hari ni.

Ada jugak seorang mubaligh Kristos nama Phemion (Faimiyyon) menyusup masuk ke Najran. Dia ni orang alim n kemungkinan jugak ada keramat. Kat sana, dia ajak orang Najran memeluk ajaran Kristos. Dia mengajak orang2 tu secara baik n diterima pon secara baik.

Antara puak2 Arab yang menerima Kristos adalah bani Ghassan, Taghalib, Ta'i n beberapa orang raja Himyar selain daripada beberpaa puak yang tinggal dekat dengan sempadan empayar Romawi.

Agama Majusi

Agama ni x dak penganut langsung di Hijaz. Penganut Majusi banyak di kawasan2 bersempadan dengan empayar Parsi macam di Iraq, Bahrein, n al-Ahsa. Lain2 tu di kawasan Teluk sana. Ada jugak rowayat cakap di Yemen, ada orang yang menganut agama Majusi masa penaklukan empayar Parsi.

Agama Sabean

Agama ni  merupakan agama menyembah bintang2 n planet. Percaya bahawa bintang2 n planet ni boleh memberi kesan kepada takdir manusia. Kat dalam agama Hindu pon korang leh nampak kesan2 agama ni macam ada golongan Jiyotesh (astrologers), dewa2 macam Rahu, Surya, Chandra n kitab2 nujum macam Suryasiddhanta.


Jumpaan arkeologi di Iraq menunjukkan bahawa agama Sabean ni popular dalam kalangan orang Kaldani, orang Syria, n orang Yemen. Ratu Sabaa' atau Puteri Balqis tu merupakan seorang Sabean la sblom dia menikah dengan raja Sulaiman (as). Bila mana, agama orang Yahudi, n ajaran Kristos muncul, maka ramai lah yang memeluk agama n ajaran berkenaan. Skarang x wujud la penganut agama Sabean lagi tapi penganut agama Majusi masih lah ada di Iraq n negara2 Teluk utamanya bagi yang bangsa Parsi masa zaman kebangkitan nabi Muhammad (saw).




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-12-2009 07:12 PM | Show all posts
Sunnah2 Nabi Ibrahim (as)

Sunnah2 nabi Ibrahim (as) yang masih diamalkan dalam masyarakat Arab Mekah semasa zaman "kegelapan" n diteruskan lagi lepas kebangkitan nabi Muhammad (saw) n banyak lagi sbenarnya. Aku x ingat. Nanti aku ingat aku update lagik.

1) Talak sampai 3 kali
2) Kafan mayat
3) Haji
4) Mahar (mas kawin kat pmpuan ms nikah)

Talak n Mahar masuk bawah komponen Munakahat dalam Shariah Islamiah. Haji n kafan mayat masuk bawah komponen Ibadah dalam Shariah Islamiah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2009 05:46 PM | Show all posts
Tambah satu lagi

-Bersunat(berkhatan)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2009 05:49 PM | Show all posts
Tambah satu lagi

-Bersunat(berkhatan)
sayapghaib Post at 29-12-2009 17:46


owh yah, makasih sayap.... betul, salah satu sunnah nabi Ibrahim (as). sapa2 tau lagi sila tambah dalam list.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-2-2010 02:00 AM | Show all posts
perkataan 'Arab sbenarnya membawa maksud Barat, lebih mendalam lagik, orang2 yang berada di Barat Sungai Furat (Euphrates) n ni adalah perkataan lama.

sblom nabi Isma'il (as) lagik mmg dah wujud bangsa 'Arab. ada yg jadik badwi, ada yg bukak kerajaan. contoh suku kaum 'Arab yg ada nabi adalah mcm yang diterangkan sebelom2 nih, iaitu kaum Thamud n 'Aad. Kaum Thamud berada di selatan Syria. Kaum 'Aad berada di sempadan Yemen n Oman. Orang 'Arab suku 'Aad ni nabi mereka adalah nabi Hud (as). Orang Thamud, nabi mereka adalah nabi Saleh (as) atau Selah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-2-2010 02:02 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 05:22 PM GMT+8 , Processed in 0.884139 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list