CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: genot

Tarikh 'Arab

[Copy link]
Post time 11-2-2010 09:06 PM | Show all posts
pesal tak kuar video tu plak...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-2-2010 01:22 PM | Show all posts
Yup, Yemen pernah jadi jajahan British gak mcm M'sia la n pernah ditadbir komunis dolu tahon 1970-an..... Ada Yemen Utara n Yemen Selatan n orang belah negri2 selatan masa ni pom slalu dok komplen sebab dema x dapat layanan adil. orang Yahudi Aden pon sama, kena layan macam menatang, aku x suka tengok gak.

bab budaya wanita kena sembunyi dalam hijab tu, benda tu sbenarnya lebey kpd kebudayaan setempat. kat Saudi Arabia pon hal yg sama jadik bukan kat Yemen jah. dema pakai cakap org tua2 cara literal, x pakai cara tafsiran n wanita bagi dema sebabkan banyak hal2 yg x patut jadik walopon aku x pikir wanita jah slalu salah kalo jadik hal2 mcm terinzal dalam fookies luaq nikah n sbgnya, ni smua salah jantan la jugak sebab bodu ikot nafsu. nafsu bkn kira jantan ka betina.

dema nih bleh kata Arab Ulu n kuno gak sb x banyak percamporan mcm orang2 Arab diaspora kat overseas... lagipon kemasukan imigran2 luar banyak jadik jadi benda ni nak mengelakkan masalah2 sosial walopon welani aku nampak ada jah kejadian2 macam buang bayi oleh imigran2 asing kat belah Saudi  sana. hahahaa, mmg orang Yemen paki serban n kain sarong... kami panggil sarong dlm basa Arab pon sbg saron' gak.
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2010 03:51 PM | Show all posts
tapikan genot...walau yaman ni dijajah oleh kolonial2 british....depa ni memang tak terpengaruh langsung dgn cara hidup org2 british yg menjajah mereka..malah senibina rumah pon jarang suter ang nak jumpa yg mirip kepada senibina omputeh....jauh sekali nak terpengaruh dari sudut sosial dan budaya....kita tgk belah2 indonesia dan malaysia sendiri...dijajah...habes segala budaya A-Z menjadi ikutan...baik hat buruk mahupon hat baik....beza sgt kan prinsip dan pegangan mereka dgn org2 belah malaysia dan indonesia ni kan?aku nampak hat gitu depa baguih...jenis bangsa yg ada jati diri...tak macam org melayu caprut...jenis bangsa yg mudah terpengaruh dan terikut2 dgn budaya org len...tgklaa...masih ada lagi org melayu caprut campo adukkan budaya hindu dlm kehidupan depa tapi takmo ngaku...dia claim tu agama islam hat ajaq habahh dia ajar
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-2-2010 04:32 PM | Show all posts
x tahu nak kata la, tiap2 orang tu ada jah kelebihan ada jugak keburukan sniri... mungkin dr segi ikot2an tu orang2 belah Tanah Arab sana ketegarq (degil) sikit. payah nak jumpa orang2 Tanah Arab nganut agama yg x dak ciri2 nenek moyang (Samiah) mcm agama Buddho atau Hindu.

kalu kat AT ni lain creta la pasi pengaruh tempatan dia kuat sangat, nak ngelak tercaprut pon ssh pasi kita ni minoriti ajah. satgi dikatakan kita sombongk mcm yahudi kalu x campor orang dh datuk nenek kita mari sini nak dakwah kat orang, tgk2 anak cucu sniri habeh jadi x teratur murtad segala sb x jaga keturunan n keagamaan, mcm hal Quraisy tu la.

hahaaha, belah Indon tu bukan ada tarian pandet kaaa? tu budaya asli dia la x pakai baju menari ala2 orang utan cuma ada sikit bulu jah jd baju, mcm quote migdal punya post, "atah machader orang utan," arap2 x salah ejaan, LOL
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2010 12:11 AM | Show all posts
Penjajah asing sbenarnya banyak nak serbu masuk dalam Tanah Arab ms zman kuno dolu. Mereka ni mcm orang Mesir, orang Ashuree, orang Babilon, orang Farsi, n dengarnya Alexander The Macedonian cuba gak nak masuk.

Jom tengok mengenai percubaan penjajah2 ni nak masuk jajah Tanah Arab....

Mesir

Orang yang memola sekalik tringin nak masukkan tanah Arab dalam wilayah jajahan dia adalah raja Ahmas iaitu raja Mesir yang mebangunkan kerajaan ke-13 serta memulihkan semula Mesir selepas dipengaruhi bangsa Hyksos.

Dorang halau orang Hyksos keluar dr Mesir sampai ke tengah2 kawasan Sinai lebih kurang 1700 SM n raja Ahmas cuba nak serang bangsa Hyksos lagi walopon dorg dh kena halau keluar. Lepas2 tu orang Nubia n Ethiopia serang Mesir, n maharaja Mesir tu kena balik smula ke Mesir jaga negara.

Lebih kurang 1,600 SM, Tahotamas III pulak cb nak serang tanah Arab n dh seberang pon teluk Zuis untuk masok dalam Tanah Arab. Ramses III dalam 1,200 SM pon cb nak serang tanah Arab dgn tentera berkuda. Dia bawak angkatan besar jugak dengan kapal besar bawak turon di pantai laut merah dengan niat nak serang Ethiopia, Somalia, n Tanah Arab sekaligos bg kemudahan hubungan perniagaan Mesir dengan negri2 Timor Jauh.

Ramses III jugak katanya ada buat hubungan diplomatik dengan Yemen n negri2 tepi pantai serta bangunkan sistem jalan raya untuk kabilah berniaga antra lautan Hindi hubung dgn Sg Nil melalui Tanah Arab.

Dia antar orang2 cerdik profesional buat selidik pasal tambang emas n len2 macam dlm wasiat tuk nyang dia dolu2. smua ni diikuti jugak oleh Ramses IV tahon 1167 SM n dia pon bukak lagi jalan baru ke TA mcm short cut la bg jimat masa melintas TA g ke laut di sebelah selatan Arab.

Ashuree

Orang Ashur ada juga cb nak serang TA masa zaman pemerintahan raja dia, Blasar II. Dia serang TA sekitar kurun ke-9 SM lepas dia perang dengan Syria. Kat sempadan Mesir, tentera Ashur ni bertembung dgn satu kabilah Arab plak.

Kurun ke-8 SM, orang Arab cuba nak serang negri Samora n kebetolan negri tu wilayah jajahan kerajaan Ashoor. Oleh tu, raja Ashur masa tu, Sargon II berasa dendam sama orang2 Arab tu n dia serang orang2 Arab balik pada tahon 715 SM sampai masuk ke ujung negri2 yg sblom tu x nah disentoh musoh2 len.

Lepas Sargon II, mari pulak Sanherib perintah sekitar 706-618 SM n dia pon serang TA lepas dia habes serang Cyrus Arwaad, Asqalan, n Sidaa serta len2 negri di barat TA n sebelah selatan dia dekat2 dengan kawasan SInai.

Kendian, perintah la raja Huddun pulok, dia perintah dr 681-668 SM. Dia perang dgn Mesir, Phoenecia, Ogal, n negeri2 Arab.

Dr tahon 668-605 SM, naik takhta raja Banibal. Dia perang lagi dengan Arab sb Arab masuk pihak dgn musoh dia. Dia jaya rampas negri Barta' n Mo'ab. Perang yg dahsyat ni jadik antara sg Euphrates (Furat) n Telok Farsi.

Babilon

Tahon 605-562 SM, raja Buhktunasar mengalahkan bangsa Arab. Dia bunoh ramai la org Arab n stengahnya kena takluk dgnnya. Dengar creta, raja ni serang smpai masok dalam negri Hijaz n tuk nyang kita, Haidar (Kedar) pon sama terkena padahnya.

Farsi, Yunani, Romawi

Raja Farsi iaitu Sabor pon cb nak masuk jarum dalam TA n kebetulan TA pulak sokong Farsi. Yunani (Greece) pon masa yg sama nak masuk dalam TA jugak n sebab hal Arab masuk sebelah dengan kerajaan Dara iaitu kerajaan Farsi waktu tu, maka pemerintah dia Alexander berasa bengang n dia kalahkan la kerajaan Dara n Arab pon jatuh sama sb sokong Farsi.

Masa zaman maharaja Aughustus pon orang Roman plak cuba nak kacu TA n hantar Galus dengan bala tantra masuk sana tapi sia2 ajah, x leh takluk TA.

------------ Kejadian2 ini berlaku pada tahon SM lagi. Kitab Taurat yg orang Melayu slalu dok kata bukan Taurat asli sb dibentur2 ikot suka ati kahin2 n orang2 alim pasal diberitau ustad2 tu sbenarnya dibakar besar2an oleh orang Babilon pd SM lagi n waktu tu orang Israel ada stengahnya dh terpaksa tinggal dalam buangan di negara2 orang. Pembakaran kitab secara besar2an tu sebabkan hanya tinggal cebisan2 Taurat yg diselamatkan orang2 Israel n ada jugak nabi2 kecil mcm nabi Danial (as) serta nabi lain yg dapat wahyu Tuhan tp mereka x ada di negara Yahuda (Israel) waktu itu sebab ada dlm penjara di Babilon.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2010 01:31 AM | Show all posts
Makam Nabi Danial (as)

Terlanjur sebut pasal nabi Danial (as), kita sebut sikit la mengenai beliau. Nama nabi ni sbenarnya bermaksud undang2 Tuhan! Dan + El = Daniel atau apa2 ajah sebutan yg bunyik macam tu. Dalam bahasa Arab kita, perkataan Dan tu sama dengan perkataan Deen. Maksud 'Deen' ni sbenarnya 'Undang Tuhan.'

Jadi agama kita ni adalah 'Undang2 Hidup' sb tu ada panduan iaitu kitab suci. Tu sb kalo x berbasa Arab, maka akan menjauh dr ajaran Islam n itu jugak hikmahnya al'Quran x diterjemah ke pelbagai bahasa melainkan dgn ada gloss trenslation sebelah nyebelah dgn teks asal dr bahasa asal, loghat Arab yg asal. Bahasa ni berkaitan rapat dgn agama Islam, semacam bahasa Senskrit atau basa Tamil Brahmi berkaitan rapat dgn agama Indu n kehidupan orang Indu.

Dengarnya ada mesjid di Iraq dipanggil Jame' Danial n dibina atas makam nabi Danial (as). Ada orang percaya kat situ ada simpan jasad baginda sebab jasad nabi2 ni x makan tanah, Tuhan kasi pelihara walopon sudah lepas wafat.

Mesjid ni terletak kat dalam sebuah kubu di Kirkuk. Asalnya mesjid tu sebuah sinagog sebelom diubah suai jadi gereja n kendian diubahsuai lagi jadik mesjid. Mesjid ni ada dua kubah, tiga menara, dengan tambahan letak batu n tembok dibina sekitar era Mongol dolu.

Keluasan mesjid itu 400 meter persegi, n ada empat makam katanya dalam tu. Dua drpdnya dipercayai milik nabi Danial (as), n nabi Uzair (as), serta lagi dua milik Mikhail n Hannania, aku x pasti jika dua orang lagi adalah nabi gak atau bukan. Kena tanya kpd orang Yahudi sniri, aku xmo spekulasi soal jawab sniri. mosti kena tanya orang.

Sebab bg penghormatan terlalu lah besar penduduk Kirkuk serta tinggi cinta kasih penduduk2 Kirkuk kpd orang Masehi (Krist) n Yahudi dan bagi diri nabi Danial (as) didirikanlah penduduk Kirkuk yang lama dahulu dengan mengebumikan mayat2 mereka itu sebelah masjid Nabi Danial (as) di mana ada kuburan yg mmg dh wujud sebelah masjid tu n tempat perkuburan itu merupakan antara perkuburan n permakaman tertua dalam kota Kirkuk.

Sbenarnya ada lain2 tempat lagik didakwa merupakan makam nabi Danial (as). Satunya ada di Sousah, dalam Iran sekarang ini dn satu lagi di Qibrus (Cyprus). Satu lagik ada dakwaan makam beliau itu ada di bandar kecil el'lod dalam Palestin. Lagi ada jugak masjid lain dengan nama nabi Danial (as) dlm bandar Mousoul kat Iraq selonggok dalam kawasan tu tinggal golongan2 bangsawan dalam satu kawasan kawasan yang dipanggil sbg 'mahallah yahudi' n tempat tu sbenarnya dh lama usianya ratusan2 tahun n katanya tempat itu ada igereja yg menerima ramai pelawat dr negara2 berjiran serta dirasmikan secara sah masuk dalam harta jabatan perbandaran Mousoul dengan nama masjid Nabi Danial (as).

Aku penah dengar rowayat jugak pasal org2 Saidina Omar Al'khattab terjumpa jasad nabi Danial (as) di Iraq masa gali2 tanah nak buat bangunan ka apa, tp lepas tu beliau soh org segera kebumikan semula jasad nabi tersebut malam hari jgn kasi tau sapa2 pon mn tempat dia bg jaga kemuliaan n hormati nabi itu... x ingat sangat... kena rujuk balik sumber2 dia, tp mmg penah dengar hal ni. kata mereka jasad nabi tu mmg x reput dimakan tanah. Kalau ikot iman kita, pastilah sebab penjagaan kitab suci dalam diri para nabi tu. Orang2 awam pon akan jadi gitu jika jaga kitab suci, wallahua'alam.

makam yang didakwa makam nabi Danial (as) di Sousah, Iran

      


Masjid Nabi Daniel kat Kirkuk


Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 15-4-2010 03:05 AM | Show all posts
Tamadun Arab sebelom kelahiran Mohammad (saw)

Pendudok Tanah Arab bahagian utara beza lah dengan penduduk Tanah Arab bahagian selatan. Orang utara dudok banyaknya di kota2, bergaul dengan bangsa luar n dorang memang ada buat kota2 macam kota Petra orang Nabathi di Urdun (Jordan). Nabathi adalah orang Arab bekas badwi, tulisan Arab moden ada asasnya dr tulisan orang2 ini.



Penduduk selatan Tanah Arab pula banyak hidop secara badwi. Ikot kata al'Alusi, penduduk Yemen (selatan), iaitu bani Qahthan, nama Ibraninya adalah Yuqthan dolunya negeri mereka makmur aman, subur. ada istana2 indah, n kubu2 yang kukuh kuat sebelom runtohnya empangan Ma'areb.

firman-Nya: sesunggohnya bagi kaum Sabaa' (dinasti di selatan Arab), tempat2 kediaman yang berkebesaran, dua taman indah di kiri kanan. Makanlah dr rezeki Tuhan, bersyukurlah kpd-Nya kerana negeri subur n kerana nikmat Tuhan Maha Pengampun. (terjemahan sabaa' 34:15)

raja2 negeri yemen (selatan Arab) menakluki kawasan2 lain juga n berkuasa di mana2. mereka suka akan ilmu pengetahuan juga tahu peraturan. ada cukop punca2 untuk hidop seperti makanan, reti mengatur tentera, reti buat kota, reti membuat saliran air sebelom orang Roma buat aquaduct, benda2 ni smua tidak akan tercapai lah jika penduduk2 itu bangang dan tongong.

Agama penduduk yemen (selatan) juga macam2. mereka juga ada diutuskan nabi2 n rasulullah (utusan Tuhan) bg mengajarkan suruhan-Nya, tegahan-Nya, amaran supaya beriman dengan-Nya, serta menolak dusta semacam umat2 lain juga.

Dalam bidang astrologi, kaji2 bintang, raja2 yemen (selatan) berjasa la jugak selain ada bukti2 turun temurun. di India ada lah ilmu kaji bintang secara kebetulannya, golongan Brahmin yang mengkaji bintang tu dikenali sebagai jiyotesh atau giyotesh. di Babilon (dalam Iraq) pon ada jugak ilmu kaji bintang ini, kebetulannya. n orang yemen iaitu bani Qahthan dr Ya'arob sebenarnya datang dr Iraq juga masok ke selatan Tanah Arab.

dinasti Sabaa' bermula abad ke-8 SM sampai ke 257 M, kota Ma'areb ditemui oleh Saam anak nabi Nuh, ni rowayat Arab. seorang raja dinasti Sabaa' dipanggil Abu Shams (father of the sun) pon menyembah ke matahari. diwarisi juga oleh Balqis. dalam Quran nama raja perempuan itu adalah Balqis, tp dalam Torah hanya dipanggil queen Sheba yang menikah dengan nabi Sulaiman (as) dr kerajaan Yahuda di kawasan Israel/Palestin hari ini. bleh cek smula lah kajian2 arkeologi. ada banyak laporan di luar.

kata al'Alusi bahawa keturunan Adnan b. Isma'el serta lain2 Arab dudok di dekat2 dengan Arab Yemen. Arab Yemen pon terpaksalah keluar dr Yemen lepas bencana akibat runtohnya empangan Ma'areb. keluar mereka sekelompok demi sekelompok n ada stengah mereka pon berpegang dengan aturan2 idop berdasarkan wahyu dr langit dr nabi Hud (as).

bagi bani Adnan b Isma'el di Makkah, mereka pon berpegang dengan aturan idop dr langit dr nenek moyang iaitu Ibrahim (as), n Isma'el (as). lama lah jarak waktu antara anak cucu dengan nenek moyang, maka ajaran2 dr syariat pusaka sudah berubah2 dr yang asal atas macam2 sebab. Ketauhidan mula dikotori dengan keberhalaan, mereka masih bertauhid tapi dengan bantuan dewa2 pembantu yang menghubungkan mereka dengan Allah sebab Allah begitu Tinggi, tidak dapat dicapai mereka melainkan dengan bantuan dewa2 n malaikat2. mereka mengakui juga masih beriman dengan nabi Ibrahim (as) n mengikot syariat nenek moyang itu.

penyembahan berhala n bermohon bantuan dewa2 di Makkah diajarkan kepada Arab Adnani oleh pendatang baru iaitu Arab bani Khuza'ah keturunan 'Azd yang masok dr yemen. perangai Khuza'ah inilah diikot masyarakat Makkah kemudiannya, n kejahilan mula menyelubungi Makkah walaupon kota itu adalah kota suci dimuliakan-Nya. Pintu ilmu pon tertutop n selalu berselisih paham antara kabilah.         

syariat nenek moyang pon sudah tercemar, tiada nabi lain lagi dihantar untuk memperingati membawa kepada cahaya semula, orang2 Makkah pon tiada peduli dengan ilmu2 seperti ilmu sains perubatan juga matematik logik lagik. Ilmu dalam masa kegelapan menyelubungi itu adalah sebab kepantasan otak berpikir mcm ilmu bersyair n bersyarah. juga ilmu2 hafal nama nenek moyang n keturunan, sejarah perang yg dh ditempuhi, ilmu bintang nak mula perang, n ilmu senjata sebab asyik perang saja.

   

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-4-2010 03:13 AM | Show all posts
Gustav Le Bon ringkasnya pernah menyatakan bahawa perawi2 sezaman dengan turonnya kitab Torah merowayatkan bahawasanya perniagaan bangsa Arab utamanya yang tinggal di kawasan yemen satu ketika dolu sangat maju.

Herodotus menyatakan bahawa kurun ke-4 SM, Tanah Arab pernah jadi tanah subur yang makmur.

Strabo pulak menegaskan bahawa empangan Ma'areb merupakan bekas tangan manusia yang menakjubkan. penyelidikan arkeologi di yemen menunjukkan bahawa kawasan selatan Tanah Arab memang pernah jadi pusat kemajuan juga pernah mencapai ketamadunan setaraf dengan tamadun Mesir, tercatat dalam kitab2 suci juga seperti Quran n Torah.

Dengan penemuan2 arkeologi di Arab Selatan, pendapat para ORIENTALIS BARAT bahawa orang Arab Purba adalah kaum gasar biadab adalah tidak dapat diterima sama sekali. sebelom bangsa Romawi muncul di pentas dunia, Arab Purba sudah lah muncul dalam macam2 aktiviti. perhubungan bangsa Arab Purba dengan bangsa2 lain menyebabkan mengalirnya pelbagai faedah2 kepada alam n tamadun bangsa lain. (kitab La Civilization des Arabes)

inilah sedikit sebanyak mengenai kemajuan bangsa Arab di Utara (Nabathi), n juga Arab di Selatan (Sabaa' n Yemen).
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-4-2010 03:49 AM | Show all posts
Arab Selatan (Yemen)

sistem pemerintahan

satu pemerintahan itu ada beberapa kota n rumah2 kediaman dipunyai seorang sheikh. dalam kota akan ada haikal, berhala2 sembahan n pujaan, serta diberikan nama ikot nama2 suku kaum yang pujanya. kemudian pengaruh ketua2 suku akan berkembang dengan keluarga2. golongan2 kecik lain2 akan dudok pulak dekat2 suku kaum besar ni walaupon x sama keturunan n kemudian akan timbul satu kerajaan n bertambah2 besar.

ini secara sederhana saja perkembangan bagi dinasti2 mo3iniya (minean), sabaiyya (sabean), n himyariyya (himyarite) serta len2 dinasti dalam Yemen. dinasti2 ni banyak suka berniaga dengan orang luar negara. pengaruh di luar negara mereka adalah pengaruh perniagaan bukan pengaruh perang takluk.

ketua pemerintahan arab selatan adalah sistem beraja mutlak. raja hanya bersemayam dalam istana di kota Ma'areb x keluar2. raja2 pon x perlu wat barisan tentera sebab x selalu perang, kalo perang cuma sebab nak menangkis serangan musoh juga melindungi perjalanan kafilah perniagaan ke luar.

askar2 yg jarang perang slalu bertugas membuat rumah2 pendudok, membina jalan raya, n penting sekali memeriksa empangan takot2 ada bocor.

pewarisan raja di yemen adalah turon temuron kecuali jika x ada anak saja baru berpindah warisan raja kepada sedara2 raja. di Hadramaut sebelum kemasukan agama Nasrani, keadaan adalah beza sikit.

strabo menyatakan bahawa pewarisan raja Hadramaut pulak bukan turon temuron. biasa warisan raja akan berpindah kepada anak laki2 montri yang sulong, anak laki2 montri ni akan memerintah ikot kuasa raja masa itu.

jurji zaidan dalam kitab bangsa Arab sblom Islam menceritakan cara raja nak pilih waris adalah dengan mintak senarai nama isteri montri2 yang hamil, smuanya akan dijaga baik2 sampai lahir anak. anak yang lahir dolu n berjantina laki2 akan dipilih serta diasuh jadik raja kemudian hari. kalo anak perempuan, maka dah x jadi urusan istana lagik.      

raja2 smua ada gelaran kebesaran misalnya Basta' n Rayyan bg dinasti Mo'iyinah. Yablin, Yauf, n Wataar bg dinasti Sabaiah serta Arab Selatan ada matawang sendiri dengan ukiran nama raja, gambar raja serta nama negri dicap pada matawang. dlam cap gambar matawang ada gambar burong antu, helang, batas tanaman simbol pertanian, juga bulan sabit melambangkan keagamaan masyarakat Arab Selatan yang tertinggi.

matawang ni ada ditemui ahli arkeologi disimpan di galeri2 arca EU. dr gambaran matawang, nampak bahawa raja2 Yemen suka ikat menjalin rambot, rambut yg dijalin akan terjuntai sebelah kanan n kiri pipi stengah lak terurai ke belakang. dorang x pernah bela janggut n misai panjang2 sb x da bukti ditemui dr mata wang lagik.

orang Arab Selatan suka tunggang kuda, tp lepas bergaul dengan orang Habsyi, maka suka lah menunggang kenderaan kebesaran atau pedati yg ditarik kuda n gajah.   

rowayat Theofatus ketika maharaja Justinianus mengirim utusan dr Konstantinopel mengadap raja Himyar pd kurun ke-6 M, ketua utusan namanya Julianus. Laporan Julianus menyatakan bhw raja Himyar dudok atas pedati emas ditarik empat ekor gajah. raja pakai cawat aja n selendang bertekat emas. cincin dipakai di jari berbatu permata n tangan pegang perisai bersalut emas, dua batang tombak, serta ada pengasuh2 yang menyanyi lagu2 pujian kpd raja di belakangnya smbil pegang senjata2.

bila sampai utusan ke balai mengadap, raja himyar sambut sniri surat dengan hormat n cium surat. lepas tu dia cium kening utusan n hadiah2 kiriman maharaja romawi timor. isi surat meminta raja himyar halau parsi dr sempadan negerinya n minta dia jaga keselematan orang2 berniaga dr empayar romawi yg datang dr Iskandariah. raja himyar memperkenankan permintaan sahabatnya.

masyarakat Yemen masa itu terbahagi empat jenis:

1) askar bersenjata, menjaga negri, kubu2, serta kafilah2 perdagangan dr utara ke selatan.
2) petani
3) kaum tukang
4) peniaga

zaman skarang pon adat kelas2 masyarakat ni masih wujud sikit2. adat cium kening tetamu tu memang ada lagi diamalkan, aku pon pernah cium hadiah roomates aku dr kelante dolu2 sb aku respek dorang walupon dorang kasik aku roti je tp aku x cium la kening kawan2 dorang yg masok bilik aku sb aku x kenal dorang n perbezaan budaya.

bg masyarakat Hadrami, pon ada 4 peringkat masyarakat, aku x ska nak sebutkannya nanti org salah faham pula serta aku benci kasta2. tp untuk pengetahuan am, golongan pertama adalah golongan syed, kedua askar, ketiga petani, keempat peniaga. bawah2 dr kaum peniaga dipanggil kaum dhu'afaa' atau kaum2 lemah, orang2 ni x bleh kawin dengan orang2 pompuan dr 4 golongan atasan tu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-4-2010 01:55 PM | Show all posts
Agama Arab Selatan

Agama Sembah Bintang

dr kajian2 arkeologi, didapati bahawa orang Arab Selatan menyembah ke bulan n matahari utamanya kerajaan Sabaa'. dua2 benda ni disifatkan dgn macam2 sifat tp mereka lagi pentingkan dewa matahari. kat India orang panggil dewa Surya, kat Mesir pon x silap ada aku x ingat apa nama, Amon Ra ka apa nama. sebabnya matahari ni jadik sumber utama cahaya dalam bumi. bintang2 smua jadik montri dia jugak panglima2 wakil kepada dewa matahari.

tapak2 arkeologi ada bekas2 menunjukkan mengenai nama Tuhan dikenali dengan mcm2 nama, misalnya Tuhan Yang Penyayang, Tuhan Yang Pengasih, Yang Berkuasa, Yang Memberi Kehidupan serta lain2. Stengah anggap plak Tuhan dok di tempat2 yang dianggap suci. dorang akan wat kuil2 untuk dewa2 mcm istana Ghamdan.

Agama Yahudi

orang Israel cuba juga mengajarkan agama dorang di Yemen. dolu2 pernah jadik peperangan antara orang kerajaan Himyar dr Yemen dengan orang Israel di Yathrib sekitar tahon 500 M.

raja Abu Kariba Assad hantar ekspedisi tentera ke utara bg menghalang empayar Byzantine dr berkembang n dia benci dengan orang Nasrani. Maharaja Byzantine pon dh lama memerhati peluang nak meluaskan pengaruh bg menguasai jalan rempah ke India.

maharaja Byzantine harap x perlu perang dgn orang2 Arab pagan x beragama tu. dia hanya ingin sebarkan ajaran Masehi saja kepada mereka menjadikan mereka saudara empayar. di Utara dh Byzantine dh berjaya menjadikan orang2 Arab tu sbg saudara, tp di Himyar kat selatan susah nak menginjil kpd mereka.

askar2 Abu Kariba tiba di Yathrib, orang2 tempatan situ pon x melawan n x menunjukkan tanda2 nak berkhianat kpdnya. maka dia meninggalkan seorang anaknya jadi Amir di situ. baru sikit keluar dr Yathrib, raja dapat tahu anak dia kena bunoh. jadi dia balik smula ke Yathrib n mengamok. dia tebang smua pokok kurma dalam kota tu bg menjadikan dorang bangkrut n bercadang nak hapuskan trus pendudok kota tu.

bani Israel di Yathrib sama2 dengan penduduk Arab pagan di Yathrib lawan orang Arab Himyar tu untuk mengelakkan kota dorang dihancurkan. masa tengah perang, raja Abu Kariba sakit.

dua orang kahin atau ulamak beragama orang Yahudi, nama mereka Ka'ab n Assad dr bani Quraizah g melawat raja lepas dengar raja Himyar tu sakit. dorang panggil raja di khemah tentera n gunakan kepakaran dalam perubatan untuk pulihkan sakit raja.

masa tu jugak dorang merayu raja Arab Himyar tu supaya jangan hancurkan Yathrib. sebab raja rasa terharu dengan dua2 kahin itu dh membantu dia. dia pon trus menganut juga agama orang Yahudi. smua askar2 dia pon ikot memelok agama orang Yahudi n bani Israel.

ini lah sejarahnya orang Arab Yemen menganuti agama orang Yahudi n beriman kepada Tuhan bani Israel tapi dorang bukan suku Yahuda (Judah) mau pon suku Lawi (Levite). tapi bangsa Arab Himyar dr bani Ya'arob B. Qahthan.

bila raja Abu Karb balik ke Hadramaut, dia suroh smua rakyat ikot pelok agama orang Yahudi n beriman dengan Tuhan bani Israel tp awal2nya rakyat banyak degil masih dengan kepercayaan n pemujaan bintang2 n matahari. lepas tu baru dorang terima sikit2 sampai kebanyakannya masuk agama orang Yahudi. ada la sikit2 masih lg dengan agama lama. slalu la dengar orang2 Hadramaut sebut Rakhman Tuhan bani Israel juga Tuhan Yahuda dlm batu2 besulat. Abu Karb x lama jadik raja sb dia memang suka perang, dia mati dalam khemah tentera.

sorang lagi raja Arab Himyar beragama Yahudi dalam Quran dikenali sbg Zunnuas, nama dia sebenar adalah Yousouf as'Athar. dia ni musoh sangat2 dengan orang Nasrani.

slalu perang dengan orang empayar Aksum di Najran. dia benci dorang sebab katanya dorang ikot propaganda Romawi Byzantine. masa dia seorang saudagar yahudi yg terkenal nama dia Sam'ul buat kubu di Ablaq tempat Amrul Qis menyimpan alatan perang. Sam'ul x mo serahkan senjata milik kerajaan Himyar kpd orang2 Najran walaupon anak dia diugut untuk disembelih.

dia terpaksa la sanggup terima n lihat anak dia kena sembelih dengan orang Nasrani Najran sb dia pegang janji jaga baik2 peralatan perang kerajaan Himyar. dalam kalangan Arab adalah pepatah "pegang janji teguh mcm Sam'ul."

agama Nasrani

agama ni masok ke Yemen dr Iraq dr empayar Romawi juga. Dolu2, hubungan dagang antara Iraq, dengan Yemen sangat2 rapat. maka agama ni pon mudah la tersebar ke serata2 tempat di mana ada hubungan dagang. kubu orang Nasrani kuat adalah di Najran.



Najran sekarang dalam wilayah Arab Saudi


Najran ni subur tempatnya, ada 3 ketua di situ iaitu Sa'id, 'Aqeb, n Usquf. Sa'id fungsinya jadik ketua kabilah n perang, jaga urusan luar negeri n hubungan antara kabilah. 'Aqeb jaga hal ehwal dalam negeri bab2 keduniaan. Usquf jaga gereja2 n hal2 peribadatan.

keterangan Yaqut al'Hamawi sebut yang antara utusan2 Yemen yg berjumpa dgn nabi (saw) adalah seorang Sa'id Najran bernama Wahb, seorang 'Aqeb nama Abdul Maseh, n sorang Usquf nama Abu Harithah.

Asalnya nabi (saw) mau buat mobahalah dengan dorang, angkat sumpah kena laknat bagi hancur sapa2 yg membengkok dr kebenaran tp puak2 itu tidak mau lah takot termakan sumpah. mereka hanya ikat janji damai dengan nabi (saw), xmo perang2.

keterangan O'leary menyatakan orang Najran penganut ajaran Masehi aliran Ya'qubiah (Jacobites) n popular smpai abad ke-6 sampai ke-7 M di Selatan Tanah Arab. dorang rapat dengan orang Habsyi sebab sama aliran. tersebarnya agama Nasrani di Arab Selatan menyebabkan banyaklah orang2 Arab menjadi pendeta, bukak biara2 sniri, menyisih diri dr masyarakat mengelakkan dosa, menjadi guru2 mengajar ajaran tentang dosa n menebus dosa, mengajar mengenai falsafah ketuhanan Tiga dalam Satu yang dasar dalam ikitikad agama Nasrani n ajaran Masehi.

Abrahah nak menyerang Makkah sblom kelahiran nabi (saw) satu sebabnya adalah hendak menginjilkan kaum Quraisy juga pendudok Makkah lain, memaksa dorang memelok agama Nasrani n menghancurkan 'rumah berhala' Ka'abah. Abrahah x tahu mengenai tanda syariat nabi Ibrahim (as) di Ka'abah, dia cuma nampak orang2 musyrik saja n berhala2 yg dorang letakkan di situ.  

sebelom memelok agama Masehi, orang Najran ni beragama musyrik juga atau mengamalkan kepercayaan polytheist. Orang musyrik ni, dia puja banyak dewa dewi di samping Satu Tuhan. Dia tau ada Tuhan Esa, tp dia masih pakai benda2 len untok wasilah dgn Tuhan, tidak terus2an kepada Tuhan.

dorang di Najran sana sblom memeluk agama Masehi memuja pokok kurma yang tinggi2 n kalau ada perayaan2 tahunan dorang akan gantung kain2 kualiti baik jugak alat2 hiasan pompuan kat pokok2 tu tanda bersyukur hasil baik. dorang menari2 keliling batang pokok kurma.

Orang Najran pertama menganut agama Masehi adalah seorang pemuka kaum Najran nama dia Abdollah B. ath'Thamer n pendakwah pertama di situ nama dia Faimiyyoun (Phemion). dia ni jadik hamba kepada ketua kaum Najran tu n dia yang berdoa kpd Allah SWT supaya tunjukkan bahawa pokok2 kurma tiada kuasa pon sekitar abad ke-3 M.

Orang2 Masehi dr Najran pernah ke Ukaz di Makkah mengajarkan mengenai agama juga dorang ni pandai syair Arab jugak selain meramal masa depan sb dorang ada kitab. n orang2 Makkah stengahnya memang dengar pon cakap pendeta2 ni misalnya pendeta Qiss B. Sa'ida n Rabe'a B. Yasser.

dorang pernah meramalkan perutusan nabi Muhammad (saw) melalui kitab suci dorang n minta orang2 Makkah hormati 'orang' tu. Juga Khosro Parsi pon pernah hantar sorang orang dia beragama Masehi ke Suriah (Syria) tanya hal yang sama kpd sorang pendita Masehi kat sana sb nampak bintang di langit melintasi negeri dorang ms kelahiran nabi (saw). tiap2 nabi yang lahir mesti akan ada cetusan bintang di langit.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-4-2010 02:08 PM | Show all posts
Post Last Edit by genot at 15-4-2010 14:12

Bahasa Arab Selatan

Beza sangat besar drpd bahasa Arab Utara. tulisan pon len2 tidak sama. bahasa Arab Selatan lagi dekat dengan bahasa Suryani. Ada stengah pihak menegaskan bahasa n huruf tulisan orang Himyar (Hadrami) nak dekat sama dengan bahasa huruf orang Phonecian (Arab Liar di Lebanon atau Levant).

jadi sebelum kelahiran nabi Muhammad (saw), Arab Selatan ada bahasa n tulisan sniri. Undang2 pon ada undang2 snirik. huruf Himyar masih wujud, jadi tulisan bahasa Amharic orang Habsyi. lepas memeluk ajaran Islam syariat fitrah penghabisan, makanya tulisan sekarang n bahasa Arab skarang dipakai merata2.



tulisan himyar dlm batu besurat






carta tulisan2 lama di Timur Tengah





perbandingan bahasa Arab Himyar, Ibrani-Suryani, Latin, Jerman
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-4-2010 02:40 PM | Show all posts
Arab Utara

bahasa Arab Utara

orang Arab Utara umumnya idop cara badwi dolu. Arab Selatan awal sikit naik tamadun. tapi orang Arab Utara ni banyak bergaul dengan orang2 luar jadik dia dapat banyak istilah2 bagus dalam bahasa dia hasil percampuran. dalam masa yang lama, banyak kalimah2 bahasa len2 masuk menyerap dalam bahasa Arab Utara. ada tiga peringkat perkembangan bahasa Arab Utara.

pertamanya, loghat Utara masih suci murni n daerah pertuturannya sempit aja. zamannya bermula dr zaman Arab Amaliq atau Arab Liar n zaman Arab Purbakala.

keduanya, bahasa Arab yang dituturkan oleh puak Jurhum II. puak Jurhum ni anak cucu Qahthan jugak mcm lah orang Himyar tp dia keluar lebih awal dr Yemen n masok ke kota suci Makkah. dorang ni smua bekas kaum nabi Hud (as) yg terselamat dr bencana sb beriman n ikot nabi keluar dr tempat mereka sblom tu dorang tinggal di Hadramaut n keluar balik ke Makkah pd zaman nabi Isma'el (as). bilanya orang Jurhum II ni masok ke Makkah, mereka jumpa dh ada orang dok di lembah kering kontang Makkah tp ada pulak telaga punca air di situ.

orang2 tu adalah Hajar n Isma'el (as). Hajar bg kebenaran kpd dorang duduk sama2, tp x mo kawal telaga tu sorang2, mesti bg smua org minom sama2 tiada dengki2. maka lepas tu nabi Ibrahim (as) slalu melawat jugak Hajar n Isma'el (as) di Makkah n bergaul dgn orang2 Jurhum II ni, maka bahasa mereka pon bercampur gaul. Bahasa kemudian berubah sikit bentuk jadi bahasa suku misalnya bahasa Arab Mudhar, bahasa Arab Rabi'ah, bahasa Arab Kinanah, bahasa Arab Nizar, n bahasa Arab Qais.

ketiganya, lepas suku kaum Quraisy (anak cucu Adnan b. Isma'el) jaga Ka'abah n kota Makkah. banyak kabilah2 Arab len pon masok ke kota Makkah bg menziarahi Ka'abah (syiar agama2 lama sb dolu2 dorang smua pon ada nabi2). dorang masok tiap2 tahon kurang2nya 50 hari, dorang ni smua dianggap tetamu Tuhan juga tetamu Quraisy. kabilah2 yang berziarah ke Makkah ni akan berada 3 hari di pasar Zul Mazaaj, 7 hari di Majinna, 30 hari di Okaz, n 10 hari buat manasik haji, ikot syariat2 lampau dorang.  

lepas tu orang2 haji ni akan berniaga, maka mereka akan tukar2 dengan orang Quraisy. maka orang Quraisy pon ada jugak keluar dr Makkah ke selatan Arab meniaga, ke Iraq, ke Habsyah, ke India, ke Farsi n Hauraan. kat sana dorang dengar bahasa orang ada yang lembut ada yang pelik n ada jugak barang2 yg dorang x penah tgk kat Makkah, jadi benda2 ni dibawa balik ke Makkah. banyak pengaruh bahasa Parsi sebenarnya masok ke Makkah.

sebab bahasa Arab di Makkah bertembung dengan bahasa tamadon len, maka bahasa Arab QUraisy menjadi satu bahasa yang kaya perbendaharaaan kata. lain2 drpd tu, kemajuan satu2 bahasa berkait jugak dgn kemajuan pemikiran n ilmu penutur bahasa itu.

penyair2 Arab badwi pon menyampaikan syair dalam bahasa Arab Quraisy. kadang2 satu benda tu ada 10, 20 sampai 100 nama merujuk satu benda sahaja.

Noldke yg merupakan ahli bahsa2 Timor n bahasa Saam memberi pendapat bahawa bahasa Arab mempunyai sebutan beberapa perkataan bg Jamak Taksir serta ada Nahu n Saraf yang tersusun.

Pendapat Noldke dibantah pula oleh Ahmad Amin dr Universiti Fuad I, Qaherah. dia mengatakan bahsa Arab memang kaya dengan perbendaharaan kata tp masih lagi dalam ruang lingkup suasana gunung2 batu n padang pasir serta unta dan kuda. bab2 macam nak menyatakan mengenai salji di puncak gunong, lautan n ikan, kapal2 n menerangkan hidop mewah2 di istana raja, dorang miskin mengenai hal itu sb x pernah rasa benda2 tu smua. kemudian2 ajah baru dorang kenal benda2 ni bila wujud kerajaan2 Arab n tamadun yang kemudian bercampur dengan tamadun len2.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-4-2010 04:42 PM | Show all posts
Ilmu Pepatah

dalam bahasa Arab, benda ni dipanggil sbg amsal. dalam Quran pon ada. jenis2 amsal ni ringkas2 aja pendek senang nak dihafal orang2 ramai. kalo nak banding dengan syair, amsal lagi senang. syair x ramai org leh hafal sb panjang. orang2 yg hafal syair ni darjat tinggi la dalam masyarakat sb benda tu ssh.

benda2 dalam amsal ni banyak menyentuh pasal haiwan2 mcm unta n kuda, panah, n peperangan. kalo puak Quraisy, dorang slalu berniaga, maka dorang ada amsal pasal perniagaan.

Syair

Orang Arab Utara sangat hormat dengan syair. dorang melepaskan tekanan perasaan dengan lagu2 syair utamanya masa tengah perang. penyair akan diberi tempat mulia dalam sesuatu kabilah Arab. dorang jugak menghormati tetamu dgn syair juga sebut perkara2 keberanian melalui syair.

penyair2 Arab juga mungkin boleh menyampaikan rasa kerinduan dia kepada kampong halaman, keadaan dalam khemahnya, ada haiwan ternak n bila la dia boleh balik kampong smula. dia boleh gambarkan perasaan cinta dia mcm anak kijang yg pantas berlari dengan mata yang peka terhadap sekeliling. lepas tu dia bleh lak masuk ke maksud sebenar syair dia mcm nak suroh kabilah dia balas dendam. lain2 tu ada jugak syair meratap kematian saudara mara, sahabat karib, dan sbgnya dalam perang.

ada jugak ahli syair yang bersaing2an antara satu sama lain. misalnya Zuhair yang menceritakan perihal kaum dia dalam syair, jugak Amrul'Qis n Antarah. Tujuh syair2 yang terbaik dibacakan di pasar Okaz akan digantung di dinding Ka'abah n dianggap paling berharga. contoh syair2 yg digantung di Ka'abah adalah yg disampaikan oleh Amrul'Qis yg wafat pd 540 M, al'Harith yg wafat tahon 564 M, Antarah yg wafat tahon 615 M, Amr yg wafat tahon 622 M, n Labid yg wafat sekitar tahon 662 M.

syair2 orang2 ni dihafal orang ramai, n dorang akan wat perkumpulan pd malam bulan terang malam2 dengar bacaan syair2 ni smbil menghayati apa yg disampaikan syair. bagi satu2 kabilah Arab, kalo dalam kabilah dia ada penyair maka dorang akan bangga walaupon yg dibanggakan tu cuma kawan dia, bkn diri sniri sb diri sniri x pandai. kabilah2 len plak akan bg ucapan tahniah.

smua ni berlaku sblom kelahiran Mohammad (saw) lagi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-4-2010 04:51 PM | Show all posts
Ilmu Syarahan

awal2nya penyair dimuliakan masyarakat, sampai ms zaman nabi Mohamamd (saw) pon ada lagik benda2 ni. orang2 Arab Makkah pon pernah berpendapat pada ayat wahyu (Quran), mengatakan: "bunyi nak mcm syair, tp bukan syair, apa benda kah itu?"

kemudian2 skit, orang ramai dh bosan dengan penyair, sb banyak penyair ambik upah nak wat syair. benda ni menyebabkan ilang nilai2 estetikanya. maka naiklah pulak para pensyarah2, dengan syarahan berapi2 menaikkan semangat.

orang bersyarah ms zaman itu x payah pilih kata2 bombastik, x payah susah2 nak pantun ke syair ke, tapi cukop guna bahasa biasa aja janji bleh keluar segala maksud dalam ati. orang bersyarah ni dalam bahasa Arab kita panggil lah khatib. slalu pon kita dengar ms khutbah juma'at org rujuk tukang bc khutbah tu sbg khatib.

bg khatib2 di zaman nabi Mohammad (saw) ni, dorang selalu bersyarah pasal kehebatan kaum dia dalam medan perang, sifat berani n ketangkasan dorang lawan musoh. masyarakat Arab Utara dr dolu sblom isu Palestin n Israel tu memang dh terlibat dalam perang2, itu sebabnya ada doa untuk keamanan, assalamu'alaikum (peace be upon you) bila jumpa orang ramai.

khatib ms zaman tu akan berdiri tegak kat tempat yg tinggi orang ramai leh nampak dia, kadang2 dia pakai isyarat tangan mcm karam singh walia n kadang pakai tongkat nak tarik perhatian. zaman skarang nih dh ada podium n minbar bg sampaikan khutbah n syarahan. orang ramai akan menilai syarahan melalui kelantangan suara, tengok sama ada dia buat2 lantang ja atau betol2.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-4-2010 06:19 PM | Show all posts
Agama Arab Utara

banyak jenis kepercayaan n agama bagi orang Arab Utara termasuk di Makkah. antaranya ada mereka yang berpegang dengan syariat Hanif iaitu ajaran agama nabi Ibrahim (as). lain2 tu menyembah berhala dewa2, menyembah bintang2 mcm matahari n bulan. ada yang menyembah malaikat, menyembah ke jin, menyembah ke api sama la mcm penduduk2 di benua India, benua Europa n benua Cina sana. ada jugak orang2 Arab Utara dipanggil zindiiq, maksudnya lebih kurang atheist atau free thinker x suka kena ikat dengan kepercayaan mana2. ada jugak penganut kitab lain seperti Yahudi n Nasrani dalam kalangan orang Arab Utara.

Agama Hanif atau agama nabi Ibrahim (as) di Makkah terbahagi dua jenis penganutnya:

Golongan pertama orang Hanif ni memegang syariat nabi Ibrahim (as) dgn x ubah2. tapi kemudian, ada stengah yang tambah dengan adat2 baru mcm tambahan wasilah dengan berhala2 dewa nak menghubungi Allah, tp dia pon mengakui iman dengan nabi Ibrahim (as) juga kepada Allah. Itu sebab yg mintak wasilah dengan berhala dewa2 n iktikad dewa2 jadi penghubung Allah jadi musyrik.

Golongan penganut Hanif yang kedua pulak adalah yang mengikut syariat nabi Ibrahim (as), tp dia pon ada beriman dengan nabi2 berikutnya iaitu Musa (as) dan Isa (as). Golongan ni nak dibandingkan dengan golongan yang pertama sikit sangat.

bagi orang yang pakai berhala2 dewa untuk wasilah dengan Tuhan, dorang bukan bangang x tahu bahawa Tuhan yang menjalankan pentadbiran alam semesta, dia tahu juga bukan berhala2 atau dewa2 yang dudok dalam berhala itu yang menjalankan pentadbiran alam. dorang cuma rasa x layak nak berhubung terus dengan Tuhan, jadi dorang guna dewa2 untuk perantaraan sebab pandangan dorang, dewa2 n malaikat2 tu lagi suci drpd dorang.

stengah2 len plak menungging kepada berhala sebab berhala2 tersebut diletakkan beberapa generasi kat Ka'abah. dorang anggap berhala2 tu sbg sebahagian drpd haram ash'sharif atau masjidil haram, tempat sujud2 yang dihormati. Ka'abah memang Qiblat penganut agama Hanif sejak zaman2 dolu lagik sblom Baitulmaqdis di Palestin/Israel sana, jadi berhala2 tu pon dikira sebagai sebahagian drpd Qiblat. stengah2 orang Makkah plak masa zaman itu percaya tiap2 berhala tu ada penunggu dia. lebih kurang macam Melayu la, percaya pokok2, batu, gunong, smua ada penunggu jin orang bunian jaga.

penunggu2 ni bg dorang boleh menjatuhkan sial n mengawal nasib manusia. makanya bila dorang menungging ke berhala tu, dorang bukan menungging kat batu2 berukir rupa tu, tp menungging kat penunggu yang dok dalam batu2 ukiran tu. berhala tu jadik lambang n perumah penunggu aja. kalo x memuja kat situ takot kena timpa bala. ini kepercayaan dorang. orang sembah berhala ni dalam bahasa Arab, kami panggil sbg watsani. maksod dia 'ibadatul'asnaam, perhambaan kepada berhala.

antara berhala2 masyhur bg kaum Quraisy celaka laknat penyembah berhala sejak azali, aku pinjam balik ayat ustad2 Melayu yang mulia yang mengeneralisasikan kaum Quraisy sbg orang wathani walaupon ada yang mengamalkan ajaran kitab masa itu tiada terlibat dengan penyembahan berhala semuanya, adalah seperti al'Laat, al'Uzza, n Manata.

menurut ahli rowayat bernama Yaqut, Manat tu adalah berhala orang2 suku kaum Thaqif di Tha'if. al'Uzza plak berhala bagi orang2 Ghatafan. bagi dorang berhala2 ni ada syafa'at dia snirik sb berhala ni adalah anak pompuan Allah n tentu ajah ada kuasa. bagi puak yang menyembah memuja ke bintang, dorang menganggap matahari sebagai malaikat. bulan n bintang mintak cahaya dr matahari gak. katanya bulan mintak cahaya kpd matahari, memang dlm sains tingkatan tiga aku pernah baca yang bulan memantulkan cahaya matahari. darjah enam dolu pong memang ada eksperiment... haha

pandangan orang2 masa itu, smua benda bergantung kat matahari maka dia patut lah dimuliakan disembah puja hormat. jadi dorang pon buatkan berhala untuk matahari bg jadi lambang dia di bumi. kat tangan berhala dewa matahari ada bijik permata mahal n ada kuil pulak untuk matahari, dipanggil baitu'sh'shams (umah matahari). ada harta wakaf plak untuk kuil tu, jurukunci dia, n jugak penjaga kuil mcm tok siak mesjid. ada jugak orang2 g berziarah naik haji di koil matahari tu. dorang akan puja matahari 3 kali seharik, waktu fajar atau suboh, tengah hari rembang, n senja. jadi ni sebab dalam Islam, umat Islam x dibenarkan semayang waktu2 jam itu, sebab waktu itu ibadat bg sembahan dewa matahari x mo konpius matahari dgn Allah.

lain2 puak plak memuja ke bulan. sebab fahaman dia, bulan melambangkan dunia sebelah bawah. matahari jaga dunia atas, bulan jaga dunia bawah. dorang buat berhala wakili bulan n ada sujud kepada berhala bulan. ada puasa memperingati bulan ms awal bulan, tengah bulan, n akhir bulan. ada sembahan makanan n minuman kpd berhala n ada nyanyian lagu2 pujian smbil petik bunyian2 bertali kpd berhala bulan.

golongan lain plak x mo percaya hari kiamat, xmo percaya kuasa yang menjadikan alam (Tuhan), n dorang percaya benda2 dalam dunia ni jadik ikot peredaran masa ajah secara semulajadi. so, orang sebelah Barat dh terlambat utk pemikiran ala2 moden ini, Asia Barat dh ada dolu pelopor Materialism n Naturalists. bahasa Arab kami panggil ad'Dahriyyin.

bagi golongan ahli2 falak, atau ahli2 astrologi sebab kat India atau dalam agama Indu pon ada benda ni. dorang percaya perjalanan harian dorang bergantung kepada pertembungan bintang2. kalo bintang tu stay aja kat situ, apa akan jadi. kalo bintang tu bergerak kiri kanan sikit apa jadi, kalo bintang tu ada cahaya2 sikit adakah akan mempengaruhi hidop manusia. dalam bahasa Arab, kami panggil dorang ni Sabi'ah.

dorang ada bg nama2 kat bintang2 juga ada kuil2 untuk bintang2 di samping berhala dalam bentuk personifikasi. matahari ada koil nya, bulan ada koil nya, planet zuhal, musytari, zuhrah, marikh, utarid smua pon ada koil n berhala2. macam jugak di Rome sana, ada berhala dewi Venus mewakili planet Zuhrah, digambarkan berhalanya sebagai wanita chun.

setengah golongan Sabi'ah berbangsa Arab ni ada jugak memuliakan Makkah n Ka'abah, dorang ada naik haji jugak di sana. dorang pon x berburu haiwan dalam Tanah Haram, jugak x makan babi. x mo menikah dengan sedara2 sedari sendiri lebih kurang amalan umat Islam aja.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-4-2010 06:56 PM | Show all posts
Agama bani Israel di Hejaz

Agama orang suku Yahudi masok ke Hejaz lepas orang2 Yahudi diusir oleh orang Suriah (Suryani atau Syria) serta orang Yunani (Greek) dr negeri mereka di kerajaan Yahuda (Judah).

Agama orang Yahudi tidak ditentang pon n diterima dengan senang hati oleh anak cucu nabi Isma'el (as). Ada banyak jugak yang memeluk agama ni utamanya yang keluar dok di sempadan2 di Hejaz. Sebabnya agama kaum Yahuda ni memuliakan Allah juga merupakan kesinambungan syariat nabi Ibrahim (as), juga nenek moyang bani Isma'el n Arab 'Adnani.
   
agama ni berkembang di Hejaz utamanya di Khaibar. Suku Lawi atau Levites yang mengajarkan agama ni adalah bani Quraizah. lain2 suku kaum, bukan keturunan Lawi mau pon keturunan Yahuda. Dorang adalah orang Arab asli yang menganuti agama Yahudi, antaranya bani Qainuqa' n bani Nadhir dalam negeri Yathrib atau Madinah al'Munawwara.

aliran agama orang Yahudi yg masok ke Hejaz dah bercampur sikit lah dengan falsafah serta ketamadunan Yunani. Waktu itu pusat tamadun Yunani adalah di Iskandariah di Mesir. Tamadun Timor n Barat bertembnung di situ n penganut agama orang Yahudi pon x terkecuali terpengaruh jugak dengan falsafah.

Agama Masehi

agama atau ajaran al'Maseh ini masok ke utara Tanah Arab melalui kawasan empayar Byzantium. Orang2 yang bertanggungjawab menyebarkan ajaran al'Masih kepada suku2 Arab lain adalah orang Arab suku kaum Ghassan. Dorang adalah bangsa Arab turun temurun penganut ajaran al'Masih, bukan orang Suryani bukan orang Yahudi, zaman Isa b. Maryam pon dorang dh wujud ada yg tinggal di Baitulmaqdis n Jerusalem, ada yg memang jd pengikot2 Isa al'Masih masa itu, bukan orang2 Yahudi n orang2 Romawi-Yunani aja.

agama Masehi waktu itu terpecah beberapa gereja atau firqah. di Tanah Arab, firqah atau aliran yang berpengaruh adalah firqah Ya'qubiah (Jacobites) n Nastouriah (Nestorius).

Nastourah banyak berkembang di Iraq dalam kerajaan orang Arab suku Hirah. Ya'qubiah pulak berkembang di Sabilosh'Sham atau jalan2 antara Suriah.

macam penganut agama orang Yahudi, penganut agama Masehi pon terpengaruh dengan falsafah Yunani. Ajaran Masehi merupakan ajaran yang muncol di Timor tp tersebar di Barat, perkembangannya pon banyak diwarnai corak Barat lah. Sblom ajaran Masehi sampai di Barat iaitu di Tanah Greek pon orang2 situ ada agama n tamadun snirik. Iskandariah menjadi tempat pertembungan tamadun2 Barat n Timor ni juga tempat dua2 tamadun bergabung. Sbelum ajaran Masehi masok ke negeri orang Yunani, dia belom dapat capai pembangunan syariat lagik di tempat asalnya, tp lepas masok ke Tanah Yunani n Romawi dilindungi kerajaan2 di situ, baru dia berkembang di Asia Barat.

falsafah2 macam falsafah Plato n Sokrates pon turut menyusup masok dalam ajaran Masehi. cara fikir jugak dasar2 ketuhanan orang Masehi, dorang menggunakan istilah2 dr falsafah Yunani, ia semacam satu pertindihan. ketua2 gereja n bapak2 gereja fikir bahawa susah nak ajarkan agama kepada umat2 yang dh lama berfikir guna cara falsafah kalau x pakai falsafah.

makanya di iskandariah memang ada dibina madrasah2 pengajian agama Masehi yang mengajarkan murid2 ajaran agama dengan istilah2 juga pemahaman falsafah2 Yunani sekitar kuron ke-3 M. kemudian dibangunkan gak madrasah di Antakiah (Antioche) tahon 270 M, n madrasah Nasibin dalam tahon 297 M. kat madrasah2 itu diajarkan bahasa Suryani, juga bahasa Yunani.

orang2 dari firqah Nastourah amatlah menekankan pengajaran ilmu orang Yunani. dorang banyak buat penterjemahan kitab2 falsafah orang2 Yunani juga kitab2 ketuhanan agama orang Yunani (non-Christian punya) ke dalam bahasa tempatan selain kitab ilmu2 alam n ilmu2 perubatan.

ketua2 agama firqah gereja Nastourah banyak jugak yang berkemahiran dalam perubatan banyaknya dok di Hirah, dalam awal2 post aku dh sebut pasal kerajaan Hirah, kerajaan ni adalah kerajaan orang Arab di Iraq sblom zaman nabi Mohammad (saw) n dorang penganut ajaran Masehi aliran gereja Nestorian.

lepas pengaruh Masehi menurun, maka ramai orang menganut ajaran Islam balik di Hirah. kawasan dalam Iraq macam di Kufah n Basrah jadi pusat ilmu kalam, n dr sana muncul ahli2 Feqah yang hebat2 macam imam Hanafi, Hassan Basri serta lain2. dorang pon cekap ilmu logik n fikiran ni n tempat2 Kufah n Basrah sebenarnya dekat dengan lokasi kerajaan Hirah. zaman menganut ajaran al'Maseh dolu memang orang2 di Hirah cekap dengan ilmu2 orang Yunani.   

Douzy menyebut bahawa lepas2 ajah kebangkitan Muhammad (saw), ada 3 agama berpengaruh di Hejaz atau Arab Utara. pertamanya agama orang Yahudi, keduanya agama Masehi, n ketiga agama Watsani, ni sekali harung kat smua orang2 yang pakai dewa2 n sembah berhala nak berhubung dengan Tuhan.

Antara smua pemeluk agama tu, penganut agama Yahudi paling patuh ajaran agama, n mereka x suka dengan penganut agama lain utamanya penganut Masehi walaupon yang menganut agama Yahudi tu bukan orang Israel sebaliknya adalah orang Arab n yang dibenci tu pon adalah orang Arab, lain2 agama saja. Jarang bergaduh la tapi zaman2 dolu, cuma sekali sekala akan terdengar jugak kisah penentangan antara penganut agama orang Yahudi dengan penganut agama Masehi sb salah faham jugak masalah2 penentangan terhadap empayar2.

Agama Masehi x berapa popular di Tanah Arab. Orang2 yang memeluk ajaran Masehi sniri pon susah nak faham falsafah banyak sangat tp bukan maksud x ada orang2 dia yang berilmu pengetahuan tinggi. dia jugak banyak berkisar tentang mukjizat2 n keajaiban, orang2 Arab tengok penyembuhan n doa2 halau jin dibaca oleh penyebar2 agama orang2 Masehi, baru mereka beriman. juga mcm kisah Faimiyyoun di selatan Tanah Arab tu, bru dorang menganut ajaran Masehi lagipon orang2 Arab x ska benda2 x praktikal n dorang suka benda2 yang mudah nak faham aja. benda2 mistik2 ni kurang suka walaupon percaya ada.

Henri du Castrie menyatakan pulak umumnya agama di Tanah Arab adalah agama Watsani, menyembah ke berhala, jin2 yang dok dalam berhala, dewa2, malaikat, unsur2 alam dibentuk dengan berhala bg mewakilkannya, n ada fahaman Tauhid percaya Tuhan Esa tu. Cumanya x nampak jelas sebab amalan2 pujaan kepada benda2 len banyak sangat.

Ada sorang dua tu berpegang teguh dengan ketauhidan n pesaka nabi Ibrahim (as), mcm nabi Muhammad (saw) sniri yang x mo terlibat dalam penyembahan berhala n dewa2 sblom menerima perutusan Tuhan dr Jibril (as). orang2 mcm ini dipanggil sebagai kaum Ahnaaf atau penganut ajaran Hanif dr pesaka Ibrahim (as). wallahua'alam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-4-2010 09:46 PM | Show all posts
Ilmu Keturunan

dalam banyak2 bangsa, selain bangsa cina n indu, bangsa arab antara bangsa yang hafal n mementingkan penghafalan keturunan, nenek moyang mari mana, asal dr mana, belahan dr mana, keturunan sapa, n kalo sebut nama kabilah boleh tahu lah perkaitan nasab keturunan n persaudaraan dengan kabilah2 len.

tujuan hafal keturunan ni adalah disebabkan orang2 arab slalu perang, jadi pentingnya ilmu nasab ni supaya mengelakkan perang melampau2 n merapatkan balik sebarang kekeruhan yang terjadik. kalo jadik jugak perang atau perkelahian mungkin jugak sebab nasab keturunan sudah bau2 bacang n jauh. ni antara sebabnya, bukan assobiyyah semata2 nak berpuak2 atau nak berlagak sombong dengan bangsa lain melalui hafalan nasab keturunan. dalam Injil pon ada disebut mngenai nasab keturunan nabi Isa (as), dalam Torah pon ada pasal nabi2 lampau, jugak dalam rowayat2 arab pon ada mengenai nasab nabi mohammad (saw).

ada enam jenis peringkat keturunan bagi sesuatu bangsa ikot pengelasan keturunan orang arab:

1. sha'ab
2. kabilah
3. 'imarah
4. bathan
5. fakhiz
6. fusaila

kita beri contoh nak guna sistem ini dengan nasab nabi Mohammad (saw) sniri. baginda keturunan Adnan b. 'Add n Adnan ni generasi ke-39 dr nabi Isma'el (as). Adnan dikira moyang besar nabi Mohammad (saw). Adnan ada dua anak nama dorang Mudhar n Rabi'ah. Mudhar ada dua keturunan besar yang famous, iaitu Quraisy n Kinaanah. dari Quraisy turon bani abdu manaf n bani abdu daar. dr bani abdu manaf turon beberapa keturonan n salah satu yg famous dikenali sbg bani Hashim. Mohammad b. Abdollah lahir dalam kalangan bani Hashim, sebab bapak kepada bapak dia bernama Abdol Motalib b. Hashim, n Abdol Motalib ni anak Hashim snirik.

jadi jika nak guna sistem enam pengelasan tu, Adnan ni dipanggil sbg sha'ab (bangsa, nation). rabi'ah n mudhar jadik kabilah (puak). Kinaanah n Quraisy jadik 'imarah (batang pokok, tiang). bathan (perot) adalah bani abdu manaf n bani abdu daar. bani hashim dikira sbg fahez (cabang pokok). bani abdul motaleb n bani abu taleb dikira sbg fusailah (dahan ranting).

bagi sistem penamaan anak2, orang arab suka menamakan anak2 dgn nama2 untong mcm nama kemenangan, harapan supaya dapat kemenangan dengan anak2. contoh mcm ghaleb, maalek, moqatel, thariq, n etc. kalo tringin nak laba untong akan letak nama anak2 mcm sa'ad, sa'id, mas'oud, etc. ada jugak namakan anak2 dgn unsur2 alam melambangkan kekuatan mcm fihr (anak rimau), sakhar (batu bukit), n hajar (batu). nama2 menatang pon dipakai kpd anak2 mcm tsa'lab (musang), n kalb (anjing).
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-4-2010 10:29 PM | Show all posts
Ilmu Cetera2 Lagenda Arab Utara

arab utara pon suka lah mengafal cetera2 pesaka tuk nyang utamanya kisah perjuangan kaum dorang dengan kaum lain, satu kabilah dgn kabilah len. kisah2 dr hal ketajaman mata pedang, kegagahan pahlawan dlm pertempuran, kematian sedara si polan smua2 pon diceritakan balik, diulang tayang dengan detail dlm bentok lisan. dorang pon ada kisah2 romatik dorang, n dongeng2 kuno plak banyaknya datang dr Tanah Farsi bukan milik orang arab utara.

Ilmu Tenung Ramalan

tenung n ramal makna sinonim. tapi tenung ni dalam bentuk umom, ramalan plak bentuk cabang bg tenungan. sebab ada tenungan tu boleh gak jadi ramalan yang dilihat di padang pasir, apa benda orang panggil fatamorgana? yang nampak mcm ada oasis kat satu tempat rupa2nya x ada pon, dia cuma pantulan dr tempat lain. ramal dlm bahasa arab maksodnya pasir.

orang bertenung ni jaman2 dolu ada pengaruh besar gak, boleh cakap sama ada satu2 perang ditempoh tu akan menang atau kalah, sapa yang menang sapa kalah. jodoh macam mana, hari ni sesuai ke nak jalankan aktiviti harian atau berniaga, ada untong ada rugi, n orang ramai pon percaya sebab yakin tukang tenong ada hubungan dgn alam ghaib. walaupon ada kalangan arab utara berkeyakinan Tauhid, percaya Tuhan Allah Esa sblom kelahiran nabi (saw), tetapi dorang pon percaya cakap tukang tenung. kata dorang tukang tenung dapat maklumat ghaib dr malaikat, nabi tu maksudnya orang yang dapat berita ghaib dr malaikat, amnya, tukang tenung ramal lar jugak.

orang2 sembah berhala plak percaya bahawa berita ghaib dibawa roh2 kepada dewa2 berhala tempat dorang mintak syafa'at n dewa2 berhala ni slalu berhubung dgn tukang tenong. kalo ada orang sakit2, dia akan g jumpa tuk bomoh di kuil. kalo sakit kepala, tok bomoh di kuil akan baca montra n letak ta'awuz jenis macam tangkal kat orang sakit tu. kalo yang mengalami masalah plak, tuk bomoh akan wat ramalan, tengok kocok kayu mcm korang tgk cina dok buat tu, pastu lempar bagi melambung n tgk lepas dia jatoh mcm mana jawapan dia. kayu2 dikocok tu ada dicat merah n puteh yang merah maksod danger, yang puteh maksod safe lah. kalo ada org tanya takwil mimpi kat tuk bomoh, maka tuk bomoh akan menung kejap mintak ilham. lepastu baru dia bagi tafsir mimpi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-4-2010 11:53 PM | Show all posts
Ilmu Falak Kaji Bintang

orang arab utara pon tau pasal bintang2. dorang boleh lah tau bila pokok korma nak berbuah dgn tgk ke langit atau waktu2 baik nak pergi ke suriah (syria) atau nak ke thaif. dalam astrologi arab ada 12 bintang, tiap2 satu dipanggil buruj.

enam bintang selatan, enam bintang utara. bintang selatan iaitu, hamal, siir, jauzak, sarathan, asad, n sunbulah. bintang utara plak mizan, aqrab, qus, juddiy, dalwu, n hut.

hamal bentuknya dr 13 bintang, siir dr 32, jauzak 18, sarathan 9, asad 27, sunbulah 23. mizan lak dr 8, aqrab dr 21, qous dr 31, juddi 28, dalwu 42, n hut dr 34 bintang. bintang2 ni lebih kurang bintang2 orang Farsi, Romawi, n Indu mungkin pengaruh dr tempat2 itu jugak.




masalah susah nak cr air menyebab idong puak2 arab ni sensitif kat bau air walaupon jauh berbatu2. awan pon boleh dikesan mana yang nak runtuh hujan mana yang pecah aja. arab2 badwi pandai gak cari jejak orang ilang di padang pasir, dorang leh kesan benda nak jadi dengan angin n pernah sorang ilmuan nama hussein haikal basha melawat ke Tanah Arab menyatakan heran dgn kecekapan mata arab2 badwi tu cr jejak kat padang pasir luas.

lain2 drpd itu ada la sikit2 ilmu bab kuda n memanah serta ilmu main pedang x larat nak jelaskan panjang2. rajin leh la cuba selidiki sniri. aku sedang nak masok ke post2 mengenai kebangkitan nabi Muhammad (saw). ada felem jugak pasal sebelom kelahiran nabi Muhammad (saw), tajok rahmatan lil'aalamiiin, am'mauludun'nibiyyi sharif (rahmat ke atas semesta alam, kelahiran nabi yang mulia).
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-4-2010 01:15 AM | Show all posts
Adat2 Arab Sblom Kebangkitan Mohammad (saw)

adat2 zaman kegelapan menyelubungi adalah, meratap2 menangis mcm org gila smbil sebut2 kebaikan orang2 yg meninggal dunia. Ini aku tidak menafikan di negara2 Arab masih diamalkan adat bangang ni, ada jugak yang hantok kepala kat dinding mcm Indu jugak.

orang2 beragama tidak akan wat mcm ini. biasa yg ska wat mcm ni adalah kaum perempuan. dorang akan g ke rumah si mati makan2 dolu sb ada bekwoh (kenduri). pastu akan ganti2 meratap mcm orang gila bg pihak si mati. ini aku pernah melihat dengan mata kepala aku sniri sb aku pernah dok saudi sebentar.

tp bkn smua org stuju dgn adat bangang ini, pergi cakap dgn orang2 terpelajar n dorang akan bantah adat2 bodoh ni, biasa yg buat mcm ini adalah org2 Ulu n kampong serta yg x ada pendidikan baik agama mau pon duniawi. orang pompuan di saudi lima tahon lepas x leh belajart. ada stengah tu yg terpaksa seludop anak2 pompuan ke UAE untuk belajart x boleh belajart dalam negra snirik atas sebab pemikiran kolot susah nak dilawan.

bagi adat perang, kalo dorang dapat tangkap penyair kabilah musoh, dorang akan ikat lidah penyair itu. ada pemimpin2 atau amir sakit maka dorang akan pikol atas kuda.

dorang x minom arak, tapi kalau ada dendam n lepas balas dendam dorang baru minom arak.

ada stengah2 suku kaum Arab yg suka bunoh anak2 dorang, bukan smua suku bunoh anak2 dorang. punca bunoh bkn sebab takot boleh malu, tp sebab rupa anak dia x ikot mcm kehendak dia. yang bunoh anak pompuan mungkin sebab dorang penah cakap besar depan orang, tgk2 dapat anak pompuan maka takot boleh malu lah dia bunoh anak tu. di malaysia pon jadik gak pembunohan anak2 bayi, bunoh sebab bermukah laki perempuan tidak bernikah sah, lepas itu buang janin dalam tong sampah, sungai, n kasi anjing makan. punca? sebab takot malu atas sebab perlakuan zina yg dibuat sniri.

stengah puak2 Arab lagik membunoh anak sebab takot jatuh miskin jadik kena kurangkan populasi anak2. kalau dapat anak 10 orang katanya, kemudian lahir lagik yang ke-11, dia bela dolu sampai besar remaja, pastu akan dikorbankan yang ke-11 untok tebusan. khabar jugak ayahanda nabi Muhammad (saw) jugak salah seorang anak yang nak dikorbankan kpd dewa berhala tp kemudian ditebus bapak dia Abdul Motalleb dengan 30 ekor unta.

kalo nak musafir jauh atau wat benda2 penting mcm nak kawen, dorang akan ke rumah berhala Hubal. berhala ni paling besar kat keliling kawasan Ka'abah masa itu. dorang akan bg 100 dirham kat penjaga Ka'abah n mintak mangkuk dr dalam Ka'abah 7 bijik. dalam 7 mangkok itu ada undian yg tertulis sama ada izin wat benda2 penting itu, tidak. dorang akan ikot undi mana yang dicabut dolu dr 7 mangkok. kalau dia tulis ia, maka dia buatlah, kalu tidak maka x buat.

kalo ada orang2 bangsawan kabilah2 lain ditawan dalam perang biasanya dorang akan lepaskan ajah bila nampak tp sblom lepaskan dorang akan cukor kepala orang2 tu dolu buat bukti nak bangga.

kalo ada orang nak musafer n orang x suka maka orang akan nyalakan api kat muka pintu umah. banyak gak adat2 merapu berkaitan ngan api tp itu yg salah satu.

lain2 tu orang arab zaman itu slalu mintak berlindong dgn jin. mcm melayu kan, dok mintak tabik kat dlm utan walaupon utan tu bukan jin yg punya tp Allah punya. kalo orang arab takot bala penyakit, dia pon akan hantar sembelihan haiwan besar kat bawah pokok besar yang dia percaya ada jin n qeramat, dia akan wat bulatan kat sekeliling sembahan jin tu n baca ta'awuz dgn jin, aku mintak lindung kat jin penunggu sini. lebih kurang aja la kan ngan melayu yang mulia, atau len sikit kah?

cuma arab ni bangsa bodoh katanya ustad2 melayu sebab ustad melayu trus2 lahir dh Islam, syukur sama Allah x jadi bodoh mcm arab, dolu2 hanya hantar ancak jah bawah pokok utk antu raya atau hanyutkan ancak dalam sungai atau laut pada tahon2 70-an pon kelihatan lagi adat2 ni di Tanah Melayu

kalo pompuan andartu susah nak kawen, biasa adat arab merapu adalah dengan sikat ambut belah dua, pastu sebelah dilapik, yang satu lagik biar terurai aja. pakai celak sebelah mata bertentangan ngan rambut yg kena lapik tu n bukak sebelah betis dudok sorang2 malam hari sambil niat dalam hati, aku nak menikah sblom subuh ni.

pastu suka tgk kat pertanda2 ikot menatang yg dia nampak mcm gagak n burong antu. urmmmm, bangsa len pon ada jah benda merapu ini, aku pernah tengok cina pon percaya benda mcm ni. pastu x leh sebot benda2 sial takot bawak balak atau choiiiiii. kalo perkataan 'balaa' akan disebut jadik 'bayyin' maksudnya 'jelas' sb balaa bawak maksod penyakit musibah, jugak sejenis sopak kat muka n ujung tangan.

len2 tu adalah adat nak kuar rumah, dia akan ikat benang kat dahan kayu dekat2 umah tanpa bgtau sapa2 pon, mesti buat benda ni rahsia untok tgk isteri dia bermukah dgn org ke tidak. masa dia balik, 'kalo' ikatan benang terurai, maka betol lah bini dia bermukah ms dia g musafer x payah pakai saksi lagik.

ini smua bukan adat dr suhuf Ibrahim (as) mau pon ajaran nabi2 orang Arab Makkah. tp ajaran adat2 merapu yg diterima hasil pergaulan dengan bangsa luar dr Tanah Hejaz atau dari puak2 Arab yang lain tapi ditiru oleh orang2 Quraisy jugak orang2 keturunan Adnani yang dok di Makkah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:37 PM GMT+8 , Processed in 0.400307 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list