CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: genot

Tarikh 'Arab

[Copy link]
Post time 16-4-2010 05:10 PM | Show all posts
wei..letih baca..tp mcm best...japnk sambungg lgg..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-4-2010 12:12 AM | Show all posts
baca sikit2, jangan baca sekaligusss..... nanti kalo baca sekerat2 jadi sekerat tiang lar
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-4-2010 12:23 AM | Show all posts
Dunia Sblom Mohammad (saw)

zaman2 sblom nabi Mohammad (saw), negara2 EU pon xberapa la nak berapa terkenal. Portogal, Ispanyol, England, Jerman bagai masih la x ada lagi. Kalo zaman tu, orang sebut "Donia" akan merujuk kpd Mesir, Greece, Rome, Farsi, India Purba, n China Purba.
Kalo dalam Quran pon disebut jugak "bumi" atau "dunia" tapi merujuk wilayah dalam Mesir ajah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-4-2010 12:49 AM | Show all posts
Byzantine-Rome

Ni Rome mesti ramai orang ingat kat Italia sana. Rome atau Roma ni nama empayar bukan nama sebuah kawasan pentadbiran saja di Italia.

dalam kuron ke-5 M, Rome ni terbelah dua jadik dua kawasan empayar dengan lain2 maharaja. maksodnya ada dua maharaja bg dua kerajaan yang dikenali dengan nama yang sama tapi lain2. kerajaan yang terbesar di bahagia timor ni dipanggil jugak sebagai Eastern Rome atau cakap melayu korang, Romawi Timor. kawasannya meliputi lautan adriatik sebelah barat, sampai ke pinggir sungai Dijlah (Tigris) di Iraq untuk kawasan timor empayar itu. bagi sebelah selatan dia, sempadan dia mencapai negeri tatarstan, n ethiopia atau habsyah lah.

puncak kerajaan ni pada lepas zaman Constantine the Great, bawah pemerintahan maharaja Iustinianous yang ditabalkan pd 527 M memerintah sampai ke 565 M. Ini sblom kelahiran nabi (saw), maksudnya dekat2 dengan abad2 penghabisan lah. skarang ni kita dalam abad2 penghabisan. Iustinianous ni pon teringin lar nak mengembalikan kegemilangan empayar Rome macam jaman dolu2. Jadi dia antar lah panglima2 tentera dia ke negeri2 sebelah kawasan Afrika Utara n Spanyol. Lebih kurang 20 taon dia mengambil masa nak menakluki negara2 di Afrika Utara n Spanyol. Jadi, aku cuba nak highlight di sini bg yg terlepas pandang, orang2 di Spanyol tu pon kena jajah dengan Roma, bukan kena 'jajah' dengan orang Islam ajah bila dibuka kekhalifahan Andalusi.

Lebih 64 negeri baginda raja Iustinianous takluki n lebih kurang 930 daerah2 subur hijau masok bawah pentadbiran baginda. lepas itu, baginda menitahkan dimajukan pertanian, perusahaan pembuatan ikot cara zaman tu, n pertukangan. undang2 bagi negeri2 jugak dikeluarkan bg menjalankan pemerintahan dengan telus, dibina gereja2 n katedral untuk tempat ibadat, serta istana2 hinggap n istana2 gubenor. zaman ini, orang Romawi sudah menganut ajaran Masehi mula dgn ia diterima oleh maharaja Constantine.

Habis negeri2 sebelah kawasan barat masuk dalam kekuasaan Romawi, maka empayar Rome mula menumpukan perhatian ke timor lak. Yang mula2 sekali maharaja Iustinianous hendak kuasai adalah Tanah Farsi (Iran). Orang Farsi pon antara bangsa2 purba yang maju tamadun dia, n selalu la perang dengan Romawi terjadi. Dalam Quran pon ada cerita dalam surah al'Fath, itu ms zaman nabi (saw), sebelom2 itu x cerita lah memang banyak terjadi pertembungan n perang. Farsi pon x pernah boleh dikuasai oleh Rome Timor.

Akibat selalu sangat dok cari perang, maka Rome Timor atau kerajaan Byzantine mula jadik lemah. lepas mangkat maharaja Iustinianous, maka dia diganti anak sedara dia dikenali dengan gelaran Iustinianous II, kemudian Tiberious, Murious, n kemudian Foucas. Foucas ni x berkebolehan memerintah, rakyat smua pon nyampah kat dia stakat jadik maharaja ajah la. jadik rakyat2 pon slalu la berharap ada org yg lagi kebolehan menggantikan maharaja x guna tu.

Kebetulan masa itu, seorang gubenor Romawi nama dia Heraclious, cakap arab kita panggil Hiraqla. Aku rasa ni nama mesti orang2 melayu pernah dengar, kalu rajin dok baca sirah2 nabi (saw). Heraclious ni menjaga kawasan Afrika n dia dok di Mesir sana. dia pon otak cerdik, rakyat2 di Constantinople pon mintak dia balik ke sana mintak bantu lepaskan rakyat dr pemerintahan maharaja Focas yg x guna seduit itu.

Heraclious pon dengar cakap rakyat masok ke Constantinople dengan askar2 dia, n kemudian Focas kena tebas mati la. tahon 610 M, Heraclious ganti jadik maharaja Byzantine atau Rome Timor. Zaman ni lah ajaran Islam kembali naik sinar dengan nabi (saw), nabi yang pengabisan abad2. waktu ini, baru mula abad2 menuju ke alam abadi tu yg mana Dia sniri adalah Raja.

Heraclious merintah sampai tahon 641 M, n kekuasaan kerajaan Byzantine selalu digugat oleh empayar Farsi. Orang Farsi berjaya merampas negeri Syria, Palestine, n Asia Minor.

Pertengahan kuron ke-6 M, kekuasaan kerajaan Byzantine sebagai sebuah empayar jatuh terok dr segi pemerintahan, masyarakat, jugak urusan keagamaan. Muncol la macam2 pandangan n aliran2 agama Masehi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-4-2010 01:35 AM | Show all posts
Aliran2 agama Masehi
(amaran awal, kalu x paham n pening sila hentikan membaca bagian ni sb aku tau benda ni x leh masok pemikiran banyak orang Islam yg x nah baca falsafah2 orang Yunani!!!)

sebelom perutusan wahyu Allah SWT ke atas nabi (saw), aliran2 agama Masehi terbahagi lah kepada 3. yang korang dok nampak sekarang ni adalah RC di Roma, kat Italia sana. Ini gereja yang serpihan saja bagi perkembangan yang terjadi dalam sejarah. Di kawasan Tanah Arab, Afrika, India jugak di negeri Romawi Timor atau Byzantine, ada 3 aliran yang terkenal.

1) Ya'qubia (Jacobites)
2) Nastouria (Nestorians)
3) Malkania (Melchites)

Bagi aliran Ya'qubiah, aliran ni popular di Mesir, Sudan, Selatan Tanah Arab, Sudan, n Habsyah. aku dengar dolu masa isu nama Allah ni dok sakan diperkatakan sebab tuntutan sidang injil borneo, ustad2 melayu ada la sebot pasal gereja2 di timor tengah pakai nama Allah sebab dia punya iktikad Tauhid Allah, bukan iktikad Trinity.

Dia punya tauhid itu macam mana, dr segi apa? itu yg kita cb dok soal ustad2 melayu dihormati, sebab berasa sangsi la kita ustad2 melayu ada masok ka tidak dalam mana2 gereja ikot aliran dia atau berguru dengan mana2 tuk paderi?

aliran Ya'qubiah ni punya keyakinan bahawasanya Isa al'Masih n Allah adalah entiti yg sama. Allah n Insaniah itu terkumpol dalam satu jasad iaitu jasad al'Masih.

Aliran Nastouriah n Malkaniah plak yakin bahawa Isa al'Masih ada dua tebiat yang beza2 x bersatu. satu sifat lahut (divinity), satu sifat (humanity). aku terus trenslet ke BI, pakai term arab pom bukan orang paham. Masanya Isa tu buat mukjizat, dia Allah lah. Masa dia tidak buat mukjizat, dia baru manusia. Ada masa2 dia Allah, ada masa2 dia manusia.

sifat lahut tu macam mana? sifat tu masa Isa dapat wahyu. dia baca ayat2 maka lidah dia sudah dikuasai oleh ilahiat (ketuhanan). masa dia menderita sakit di palang salib berdarah2 kena paku, itu sifat nasut atau kemanusiaan. ni adalah iman orang Masehi punya. bukan aku yang kata ikot suka mulot aku. harap x ada orang dok permain benda2 ni kalu x ada pemahaman mendalam atau x pernah dok berguru. nasihat aku elok umat Islam perdalam ilmu pengetahuan Quran n Sunnah bagai drpd dok permainkan iktikad orang n membuat dosa menghalang orang2 len mendapat rahmat Islam bila melihat sikap x bertanggungjawab mencaci maki iktikad orang len.

PJ Anre menyatakan di Central Asia, mula kuron ke-7 M, ada 3 jenis aliran yang tersebar iaitu gereja kerajaan katolik, gereja manophysite, n gereja nestorius.

tiga2 gereja ni sbenarnya bergaduh berat merebut pengaruh juga perang bagai mengenai sifat al'Masih. dalam al'Quran pon ada cerita, selak saja lah surah Maryam. Ini surah aku slalu dok baca selain surah Tha'Ha n bahagian Muqaddimah setiap hari.

gereja manophysite berpendapat bahawa al'Masih ni pada satu jasad dia ada sifat ketuhanan n kemanusiaan. gereja orthodox n nastouriah berpandangan bahawa Isa al'Masih tu ada sifat2 berbeza, x becampur aduk, iaitu sifat ketuhanan n sifat kemanusiaan.

perselisihan ni melampau2 hanya sebab satu soalan iaitu "sama ada sifat ketuhanan n kemanusiaan berselisih atau bersatu pd kehendak n perbuatan al'Masih?

puak Ya'qubia berpendirian perbuatan n kehendak al'Masih itu dua2 pon dr sifat ketuhanan dia. puak Nastouria berpendirian sifat kemanusiaan al'Masih menimbulkan perbuatan n kehendak yang lain2 plak dr sifat ketuhanan dia.

pastu ada lagi perselisihan pendapat mengenai penyatuan sifat ketuhanan n kemanusiaan yang mana pendapat orang Ya'qubia menyatakan bahawa sifat kemanusiaan n ketuhanan al'Masih umpama air dimasukkan dalam arak, dia terus jadi satu. orang Nastouria menyatakan sifat ketuhanan n kemanusiaan al'Masih x bersatu mcm minyak n air, masih dalam jenis dia jugak. orang Malkania plak berpendirian sifat kemanusiaan n ketuhanan al'Masih mcm penyatuan besi dengan api kat besi yg disalai.  

pastu satu lagi perselisihan yang terjadi ialah mengenai sama ada al'Masih akan turun ke dunia sblom kiamat atau x turon langsong? adakah masa hari kebangkitan nanti dibangkitkan roh saja, atau dibangkitkan roh dengan jasad skalik? Adakah sifat Allah tu tambahan atau bahagian lain dr Zat Allah atau Zat itu sifat-Nya jugak?

satu lagik.... orang Nastouriah percaya bahawa taqdir smua datang dr Allah, ikhtiar pd hamba2 x ada.

hal politaik pon dicampur dgn agama n selalunya hal2 permasalahan keagamaan ni membawa kesan yg burok gak kat negri dorang. banyak gak jadik kejadian stengah pengikot aliran yg x stuju dgn pengikot aliran len sanggop masok bawah pemerintahan bangsa lain. banyak jugak penganut aliran2 masehi dr keturunan romawi n arab mcm penganut aliran nestorious menyerah diri kepada empayar Farsi sebab aliran dorang tidak sama dengan aliran pemerintah dorang.

orang armenia sebab berpandangan bahawa al'Masih hanya ada satu sifat aja iaitu sifat ketuhanan n iktikad dorang ni dikafirkan oleh kerajaan selalu aja kena kacau dengan kerajaan jadi dorang pon mengakui masok dalam wilayah taklukan kerajaan Farsi. mcm tu jugak dengan orang Qubti di Mesir, dorang rela masok bawak pentadbiran Amru al'As sebab dorang benci aliran agama pemerintah dorang yg x sama dengan aliran agama rakyat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-4-2010 01:51 AM | Show all posts
Peperangan Romawi n org Yahudi

Peperangan yang jadik ni dahsyat sekalik sebab masa pemerintahan Heraclious, orang2 Yahudi dalam wilayah taklukan empayar Byzantine bangun memberontak nak halau penjajah. di Antioche, orang Yahudi yg memberontak bunoh seorang biarawan Masehi bangsa Romawi di situ n cincang mayat biarawan tu.

laporan sampai ke Constantinople, maka Heraclious hantar askar ke Antioche n baals dendam kat pembunohan itu dengan kejam jugak. tapi kekejaman balas mebalas tu langsong  x membawa sebarang kurang bg aktiviti memberontak. orang Yahudi lagi memberontak di Phonecia n bunoh plak gubenor situ.

kemudian orang Yahudi berkumpol dr Phonecia, Sur, n Palestine buat satu perhimponan besar. dorang nak merempuh dengan cara kasar ke Sur, iaitu dalam kawasan Iraq sekarang, tapak kerajaan Babilon. rancangan dorang ialah nak hapuskan anasir2 masehi n romawi (penjajah) dr dalam negeri tersebut.

berita ni sampai jugak ke ketua gereja di situ n dorang laporkan kepada gubenor situ. jadi gubenor perintahkan penjaga2 di pintu kota supaya berhati2 n berjaga2 pd malam tu. lepas tengah malam orang2 Yahudi tu cuba nak merempuh masok ke kota tp serangan dorang dapat ditepis.

orang2 yang nek minyak tu x puas ati lagik sebab serangan berjaya ditepis oleh kota tu. jadi dorang mula menumpukan perhatian menjahanamkan gereja2 n biara2 di luar kota. dinding2 gereja pon diruntohkan, alat2 semayang smua dihempas2, n dusun2 kat sekeliling kota n biara pon habis diranapkan.

maka lepas tu orang2 Yahudi yang naik minyak tu ditangkap n dibunoh. seluroh orang Yahudi dalam kota tu x mengira laki2 perempuan, anak2 kecil habis kena tebas mati smua.

pemberontakan nak halau orang romawi pon berlaku di Oisariyya n Palestine sana. maharaja byzantine hantar adik beradik dia nama Theodoras bg memadamkan pemberontakan orang2 tempatan di situ. jadi lepas tu orang2 Yahudi pon kena bunoh n kena seksa lagi. hal ni menyebabkan dorang lagi marah kat kerajaan Byzantine, pada pandangan dorang kerajaan Byzantine adalah penjajah, ganas, kejam, n menyebabkan dorang pon terpaksa bertindak ganas jugak.

akibat kebencian n kemarahan orang Yahudi kat Romawi, dorang pernah tebus tawanan perang kerajaan empayar Farsi beragama Masehi n bangsa Romawi seramai 80, 000 orang, lepas tu smua orang2 tu dorang sembelih. normal la, dorang pon manusia jugak, sapa2 kena jajah pon akan rasa macam itu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 17-4-2010 07:34 PM | Show all posts
Farsi

sezaman dengan iustinianous, khosro atau maharaja farsi nama dia Anou Shirvan dr dinasti Sasan. beliau x suka nak berdamai dengan Romawi (Byzantine). beliau pon atur askar2 farsi lawan dengan romawi. maharaja ni bg orang2 Yemen n Hadrami smua sangat dihormati. dia membebaskan negeri Arab Selatan dr jajahan Ethiopia yg jadik babu Romawi-Byzantine.

maharaja Anou Shirvan pon menyerang suriah (syria) n antioche, negeri2 asia minor banyak jatuh jadi sebahagian drpd empayar farsi. maharaja romawi-byzantine pon hantar panglima perang dia nama balzarious. perang berlangsong lah antara farsi n romawi-byzantine selama 20 tahon. perang ni menyebabkan maharaja2 ni pon bosan n hanya tua dengan perang aja selain menyebabkan kewangan empayar dorang merosot.

maka maharaja anou shirvan sedia menerima perdamaian dengan rom-byzantine dengan syarat dorang membayar ufti 30, 000 dinar kpd farsi untok tiap2 tahon. tanah2 jajahan rome-byzantine dipulangkan balik.

lepas maharaja anou shirvan, beliau diganti oleh maharaja abruiz. abruiz pernah serang suriah dengan tujuan nak balas dendam terhadap kematian kawan dia. kejadian terjadi dlm tahon 614 M. masa serangan ini orang Yahudi memihak kepada orang farsi n negeri Suriah berjaya ditakluk farsi. lepas suriah, mesir plak ditakluki farsi drpd orang romawi-byzantine. lepas tu antioche, damascus, n beitul moqaddes.

kemudian jerusalem the Zion dirampas plak oleh tentera farsi. kubur2 qeramat orang nasrani dibakar, kanisatul'qiama (gereja kiamat) pon diruntohkan binaannya n harta2 emas dalam wakaf gereja dirampas jadik rampasan perang. ketua gereja atau usquf gereja tu ditangkap n dibawak ke farsi. kejadian2 kejam sebab perang ni terjadi sampai dua tahon lamanya berakhir tahon 616 M.

jumlah orang nasrani x mengira bangsa sama ada bangsa suriah, mesir, arab, israel, romawi, bagai tidak kurang 90, 000 orang. kemudian maharaja abruiz hantar askar lagik ke asia minor di anatoli menakluk n pancang bendera farsi sampai ke laut Bosporus.

maharaja heraclious masa itu dudok senang lenang dalam istana. makan arak sampai mabuk todi n dudok dengan dayang2 pengasoh sb katanya nak ilangkan susah hati. bila empayar farsi dah nak dekat dengan constantinople baru dia tersedar. tp waktu tu kewangan negara dh kosong x leh nak sediakan alat2 perang smpai terpaksa pinjam wakaf gereja dengan janji nak bayar balik dengan faedah kalau menang perang. kemudian askar romawi-byzantine dihantar ke selesia dalam asia minor n dapat rampas daerah izus. kemudian bertembong dgn tentera farsi n romawi kalah pd 622 M.

waktu kemudiannya, orang romawi-byzantine perang balik dengan farsi tahon 627 M. ni ada dalam ramalan (wahyu) nabi Mohammad (saw) yg mana ada para sahabat baginda yg wat 'bet' kerajaan romawi-byzantine akan menang atas farsi. memang betol 'ramalan' nabi Mohammad (saw), orang romawi-byzantine menang n farsi kalah. orang romawi boleh jejak sampai ke negeri nainave iaitu negri nabi Yunos (as). Nainaveh ni dalam negara Iraq sekarang, zaman dolu adalah ibu kota kerajaan Babilon.

lepas tu kejadian maslaah dalaman istana farsi n jadik kacau bilau dalam negara empayar orang farsi sampai berubah2 maharaja sampai 9 orang maharaja. sebabnya masalah romawi-byzantine snirik n maslaah perubahan aliran keagamaan orang farsi.

akhlak msyarakat farsi pon runtoh. sebelom perutusan wahyu nabi (saw) yang pertama lagik negara empayar farsi dh mengalami masalah akhlak masyarakat. aliran2 agama dalam bangsa farsi pon banyak lah wujod, n ajaran nabi zarathushtra pon banyak mengalami revolusi.

Zarathusthra (Zoroaster)

sblom tu Zarathushtr, ni adalah nama nabi orang Farsi. depa ada nabi depa sniri, ada kitab suci sniri, n dalam bahasa omputeh dikenali sbg Zoroaster. ajaran nabi zarathushtra ada dua bahagian kepercayaan. yang pertamanya ialah alam semesta ni ada aturan dia snirik, ada tanda2 n tebiat yg tetap n tiap2 perubahan tu mesti berjalan dilalui jugak lambat laun. yang keduanya, ada dua kekuatan yang saling berlawanan iaitu kekuatan kegelapan n kekuatan cahaya. panas n sejuk, subur n kemarau, siang n malam, macam ajaran Taoism la jugak lebih kurangnya yg Yin Yang tu. punca bagi roh segala2 yg baik mari dr Satu jugak iaitu Ahora Mazdak. punca roh2 jahat plak dr yg Satu gak iaitu Darush Ahreman. Ada dua Tuhan dalam ini, Tuhan jahat n Tuhan bek, smua2 benda dr dua2 Tuhan ini.

satu lagik agama di Farsi adalah aliran agama Manu. kepercayaan dia pon lebih kurang kepercayaan dalam ajaran Zarathushtra, ada gelap ada terang. tp ada sikit2 perbezaan dalam beberapa bahagian kepercayaan mcm alam sekarang dikuasai oleh Tuhan kejahatan. beza dgn ajaran Zarathushtra, bahawa alam fizikal ni adalah alam bawah kekuasaan Tuhan kebaikan, sebab ada lah tanah2 yang menunjukkan bahawa semua pertempuran n peperangan itu, bahagian kejahatan akan kalah.

bagi pengikot aliran Zarathustr, untok menegakkan ajaran Tuhan Kebaikan n menjaga pihak kebenaran, orang2 smua mesti berkeluarga n bertabiat mcm manusia biasa, berusaha cari makan dengan bercucok tanam n bela lembu kambing smua. pengikot aliran manu berpegang bahawa mesti jaga nafsu syahwat kalau nak menjaga kebaikan, idop sbg pendeta n sami2 memutuskan hubungan dgn donia, sebab alam ni hebat sekalik bergelot dgn kejahatan, sapa2 yg mati dolu dia la yg terselamat sebelom sampai saat kehancuran tu.

orang aliran manu akan puasa 7 hari dlm sebulan, sembahyang banyak, cara dia dorang akan berdiri sorang2 mengadap matahari. diri tegak n sujud 12 kali banyaknya ikot bilangan putaran bumi mengelilingi matahari dalam setahon. tiap2 sujod akan ada bacaan sembahyang dia n dorang x leh sembelih menatang walaupon untok makanan sebab takot menyakiti roh yang lain.

stengah org EU mcm M Gavaignao cakap bahawa ajaran manu ni adalah ajaran turon temuron orang beragama dengan agama mazdak (panggilan Tuhan dorang) tp dh ada sikit2 percampuran dgn ajaran Masehi n ajaran dr agama orang Israel.

stengah orang cakap ajaran Manu nak mcm ajaran Komunism. dorng percaya kelahiran (jati jelma) manusia smua sama, idop smua pon sama, dlaam idop mesti smua rasa persamaan sb punca perebutan n pergadohan dlm dunia ni asas dia dua aja iaitu sebab harta n perniagaan. jadi dalam dua aliran agama orang farsi ni ada jugak orang pakai fahaman bagi hak pemilikan n perhubongan, "harta hg harta aku jua, bini hang bini aku juga."

dalam kitab karangan ash'Shahrastani, tajuk buku dia al'Melal wan'Nehal menyatakan orang farsi aliran mazdak ni x suka manusia benci2 n bunoh2. punca benda2 ni smua adalah sebab pompuan n harta jugak. oleh itu depa halalkan harta n pompuan milik dorang utk kegunaan orang lain sama2 mcm kongsi kayu n api untok idop.

aliran mazdak masa zaman dolu dihaposkan terus n penganut aliran manu ni dibunoh secara besar2an atau holokaust oleh maharaja Qubaz tahon 523 M, dorang x boleh amalkan amalan agama n aliran dorang besar2an lagik melainkan cara underground saja. sisa2 kaum mazdak selepas tu yg jadi penganut aliran Manu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-4-2010 09:09 PM | Show all posts


ilustrasi gambar nabi Zaratush



di kuil pengikut zaratusht



api suci dalam koil zaratusht, x leh padam, kalo padam alamat x bek



Ni kat Yazd, tempat suci n kubu kuat orang Zaratusht di Iran,
dorang panggil sebagai behram (bahasa senskrit: viharam)
basa melayu korang adalah biara asal dr perkataan senskrit gak

  


upacara mula menganut ajaran zaratusht bg orang2 muda
lebih kurang macam bar mitzvah orang Israel atau baptism orang nasrani



upacara agama dorang, jangan silap dgn upacara orang Islam plak




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2010 10:32 PM | Show all posts
tak larat nak bace
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-4-2010 11:25 PM | Show all posts
Post Last Edit by genot at 18-4-2010 00:04

ermmm, itu sb orang sini x reti apa2 pon..... jgn malas bace, mata berpinau normal lar, komputer memang sakit mata nak bc.

bace lar sikit2 adik, yg ko g baca sekaligus watpe? ko nak exam spm kan? ke dh lepas? kalo belom amik spm lagik leh pakai sini punya info wat nota tambahan bg sejarah tamadun Islam. tp aku rs benda2 neh di luar jangkauan silibus spm sejarah kowt. aku hafal kitab2 sirah n pakai rujukan universiti2 jugak.

aku masukkan bahan yg aku ingat jer takot lupe, byk benda simpan dalam kepale n simpan sensorang x elok kan. bc ilek2 je wat pengetahuan am. punca orang2 zaman skarang ni terlampau paranoid sgt sebab xde ilmu bangsa2, ilmu sosiologi, ilmu anthropologi, ilmu perkembangan linguistikk, n ilmu2 bantuan len amnya mcm kat skolah lah ilmu sains, fizik, kimia, logik maths bagai.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2010 12:24 AM | Show all posts
Post Last Edit by genot at 18-4-2010 00:04

ermmm, itu sb orang sini x reti apa2 pon..... jgn mala ...
genot Post at 17-4-2010 23:25


saya skang ting. 4 la bang ooi...janganla cakap sal spm lagi,rasa macam baru2 je lepas pmr.masih dalam honeymon lagi nih
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-4-2010 12:28 AM | Show all posts
saya skang ting. 4 la bang ooi...janganla cakap sal spm lagi,rasa macam baru2 je lepas pmr.masih ...
namawek Post at 18-4-2010 00:24


honeymoon la sangat tu...
jgn leka sgt, x lame dh pon...
pejam celik2, ko dh masok f 5... ;)
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2010 12:49 AM | Show all posts
alah,jaganlah doakan cepat2 masuk fom5.takut dowh...banyaknya abg ingat semua nih ke?jadi macam wikipedia dah ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-4-2010 02:08 AM | Show all posts
Post Last Edit by genot at 18-4-2010 02:12

yup, dh slalu bc berulang2 memang ler hafal
pakai kata kunci ko leh wat novel pon,
aku kena paksa hafal banyak benda dolo,
benda paling aku nyampah skalik mengafal ler,
aku x skolah gomen mcm korang.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2010 02:14 AM | Show all posts
akhirnya ada info tentang Majusi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-4-2010 04:21 PM | Show all posts
akhirnya ada info tentang Majusi
HangPC2 Post at 18-4-2010 02:14


ermmm, itu majusi di Farsi sana jah. dorang ada lagik di Bombay.

sbenarnya agama derang ni satu komponen jugak dalam Hinduism.

Hinduism sejenis kepercayaan yang dalamnya bergabung mcm2 jenis kepercayaan puak di India purba.

nanti bleh cuba lihat bahagian agama2 orang Yunan n Romawi (Pagan), bukan Kristian, pastu wat bandingan dgn agama Hindu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-4-2010 06:00 PM | Show all posts
hal2 sebelom kelahiran nabi (saw)

sblom kelahiran nabi Mohammad (saw), kota Iskandariah di Mesir sana sebenarnya jadik pusat perkumpulan golongan2 cerdik pandai n tempat bertembung smua jenis mazhab2 aliran agama2.

orang2 falsafah berjumpa dengan orang2 tasawuf untok berbincang n tengok pendapat masing2 yg macam2. pemikiran dorang bertukar2 n dorang mula belajar faham sesama sniri maka lahir plak mazhab2 agama n aliran agama lain walaupon asalnya dorang ada berlawanan pendapat. dorang capai kesepakatan selepas dorang rasa syak n menyelidiki, lepas itu baru dorang ikot.

pemikiran timor n barat (greek) pon bertembong di Iskandariah. aku ada sorang kawan di Iskandariah, nama dia Ibrahim. jiran aku pon sorang orang Mesir dr Qaherah. kesannya wujud kepercayaan agama yang berdasarkan pemikiran org timor tp penyelidikan oleh orang barat (greek).

orang greek ada ilmu, n orang2 sebelah timor plak ada falsafah2, 'dongeng2' n hikayat2. benda2 tu yg terhasil dr pikiran orang sebelah timor ni diulas plak oleh orang greek dgn ilmu mantik n logik dorang sampai jadi jelas. orang2 timor yg banyak suka dok menurut ajah falsafah2 membuta tuli taqlid selepas itu mula dipengaruhi oleh sifat2 orang greek yang suka nak menyelidik, berfikir tentang sesuatu yg dilihat mata, n cuba ambil tahu perkara2 di luar kemampuan dorang selepas pergaulan dengan orang greek.

orang2 timor sbenarnya banyak pemikiran2 moral sebab agama dorang berbanding orang Greek atau orang barat sb orang2 barat ni banyak pakai falsafah n logik. lepas pertembungan pemikiran2 barat n timor maka wujud aliran2 pikiran bru mcm neo-platonism serta aliran2 agama mcm aliran Filoun dalam agama orang Yahudi, aliran Sabi'in yg diasaskan oleh Yulban. benda2 ni dh terjadi sejak kuron pertama masehi. waktu ni tuk nenek melayu di sebelah utara tanah melayu dok bercampur gaul dgn orang2 India Porba nak bangunkan kerajaan2 dorang baru saja.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-4-2010 06:20 PM | Show all posts
Mesir sebelom Nabi (saw)

kuron pertama masehi, wujud aliran Neo-Platonism di iskandariah. nanti2 ajah sembang bab Plato bagai. aliran pikiran ni muncol hanya semata2 nak kaji n kupas soal2 yg berkaitan dengan akal ajah. tp lama2 aliran ni mula condong nak debat2 membela agama pagan orang Greek n melawan agama Kristian. jadi aliran ni kemudian ni berubah balik la ke bentok ilmu untuk kaji alam metafizik plak, mistik2, nak tau benda2 yg melawan adat alam, n belajar sihir2.

waktu tu jugak kota iskandariah terkenal maju dgn ilmu perubatan. ilmu2 bedah mayat, sb orang qubti atau mesir dolu2 suka la belah mayat nak buboh ubat pengawet n buat mumia. lepas tu ilmu kimia (pisahan unsor2). sblom orang greek pandai ilmu ni, sbenarnya ilmu ni diperkenalkan orang2 mesir. ada satu madrasah di mesir ms zaman tu yg ajar bab2 ini.

kemudian datang bangsa2 barbarian dr utara iaitu bangsa gothic masuk berbondong2 dalam kawasan orang2 EU. antaranya orang suku jerman burgundi, vandal, saxon, n lain2 mcm mongol n hun. kerajaan romawi byzantine pon x dapat nak mengelak terkena jugak tempias2. sebabnya jugak akhlak pemerintah n masyarakat pon dh jatoh, undang2 x berjalan elok2 lagik.

gereja2 seluruh EU plak waktu abad2 awal masehi tengah melawan agama orang2 Yunani n Romawi yg dok sembah ke berhala2 n dewa2 lama. orang2 yg belajar ilmu2 lama berkaitan dengan tamadun2 lama tu akan dilawan n dianggap kafir oleh gereja. x leh fikir lagik falsafah2 xmo, belajar ilmu falsafah pon x leh lagik. waktu itu agama xleh dilawan dengan falsafah2 ilmu x berkaitan dgn agama Kristian, x yah susah2 nak tambah2 dengan pikiran2 falsafah lagik cukop apa yg ada. nanti ms zaman pertengahan baru terbukak balik pemikiran jumud itu, lepas2 bergaul dengan orang timor semula.

jadi ms abad pertama masehi, orang2 Kristian tengah dok berdebat n bertelingkah isu tebiat sifat al'Masih Isa. debat2 n pertikaman mulot hujjah ni menyebabkan dorang terpaksa belajar ilmu2 falsafah balik. jadi paderi2 father2 gereja smua pon terpaksa bc balik kitab2 orang Greek lama yg pagan untok menguatkan hujjah. kitab2 tu pon kena diterjemahkan ke bahasa dorang sb penting sangat. mcm kitab2 Inggeris skarang la diterjemah ke bahasa2 len.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-4-2010 07:23 PM | Show all posts
Iraq n Syria sblom nabi (saw)

orang2 Suryani, hangpa tau kan Suryani ni apa? Suryani means Assyrians atau orang Syria atau kami sebot orang Suriah. depa ni srumpon dengan kami, tp puak yang lain mcm orang Israel jugak. Orang2 Suryani ni ms dekat2 kuron kelahiran nabi (saw) rajin lah belajar ilmu2 falsafah neo-platonism ni. kemudian merka ajar balik benda ni di Iraq n ada wat kerja2 terjemahan kitab2 dr bahasa Greek ke bahasa Suryani. sebab usaha terjemahan ni, bahasa Suryani jadik bahasa perantaraan, bahasa tamadun n bahasa sastera bg orang2 Timor Tengah.

orang2 arab Kristian yg dudok dalam empayar Farsi pon banyak guna bahasa Suryani nak salin kitab2 agama Kristian dr bahasa Greek. ada sejarah mengenai kitab Injil yg mana aku slalu dok nampak ostad2 Melayu dok keliru atau momkin x dapat penerangan yg lengkap sb tidak update ilmo2 dengan orang2 kami di sebelah sana bek yg Islam mau pon yg x Islam.   

sebab itu ada madrasah2 didirikan untok salin kitab2 agama Kristian ke bahasa Suryani oleh orang2 arab sblom lg drpd kelahiran nabi (saw) juga pusat2 belajar agama Kristian yang berlapikkan falsafah orang2 Greek di Raha', Jandisabour, n Nasibin.

orang2 Suryani pon ada terjemahkan kitab2 bahasa Pallavi (bahasa Farsi Tengah). owh sblom aku lupa orang Pallavi ni pernah jajah Nosantara. depa masok sini ikot India Selatan (Kerala) mola abad ke-6 M, ada batu2 bersurat pon aku malas nak campor dalam sirah nabi (saw) ni takot orang2 xreti nak co-relate kejadian sejarah di tempat2 dalam donia.

kuron ke-5 M, orang2 Suryani mola terjemahkan kitab2 falsafah Aristo. jadi dorang jadik mahir la dalam ilmu mantik versi Aristo. ada jugak skolah2 perubatan orang Suryani di sebelah Jandisabour. pengetahuan hgpa, orang2 Suryani ni penganut Kristian atau pengikot Isa (as), ikot la aliran2 dorang masing2.

sorang tuk guru perubatan dorang yg terkenal nama Sergious ninggal tahon 536 M. ada jugak orang2 Suryani yg karang kitab2 ilmu alam, astrologi, n stengah2 ilmu ni dorang dapat dr nenek moyang iaitu bangsa Kaldan. bangsa Kaldan ni nenek moyang kami gak, orang2 arab keturunan Isma'el (as) n Adnan. dua pengarang kitab astrologi terkenal bangsa Suryani adalah Sergious snirik n Assabakhti.

len dr itu, orang2 Suryani pon reti ilmu kimia, maths, dongeng2, sejarah, n falsafah. smua benda2 ni ada cap dr gereja sebab banyak orang2 yg karang kitab2 ni smua adalah paderi2 n fathers. ramai org cakap ilmu2 orang barat atau orang2 greek ni x maju di pusat kerajaan dorang di Byzantine walopon banyak khazanah ilmu ada simpan di situ tambah2 lepas maharaja Iustinianous ninggal lg la x maju.

hal ni disebabkan terjadi pertelingkahan mazhab2 Kristian di Byzantine n smua pakat degil na bertahan pendapat masing2 smpai melarat jadi perang. kitab2 lawan2 dorang dibakar hangus x kira ilmu apa pon. ilmu pon xmo dituntut lagik, kalo ada raja2 yg nak beramal pon dia akan soh rakyat belajar ilmu berdasar agama aja.

jadi banyak timbul lah ilmu2 falsafah ilahiat (ketuhanan). ilmu2 yg belajar pon orang2 Kristian gunakan untok menguatkan keimanan n pegangan keimanan mereka, tambah2 dalam khutbah2 sembahyang jemaah dorang.

ilmu2 orang Farsi banyak dr segi sya'ir n cetera2 kuno ajah. ada jugak buku2 berkaitan hal2 metafizik Farsi dikarang sampai zaman maharaja Farsi nama Sabor Ardasyer dr dinasti Sasan pertengahan kuron ke-3 M. masa jadi perang Romawi n Farsi, maharaja Farsi jemput ramai orang2 pandai Byzantine masok dalam kerajaan dia. orang2 pandai istana diupah ke negeri2 orang Romawi untok terjemahkan kitab2 berharga bg kerajaan n rakyat dia.

masa zaman Anou Shirvan lagi la dia bawak ahli2 ilmu Byzantine yg kena halau dgn maharaja Iustinianous ke dalam negeri dia. satu perjanjian damai tu ada bab menyatakan bahawa maharaja Romawi Byzantine xleh kaco orang2 pandai n paderi2 Romawi yg mintak suaka di Farsi walopon lepas dorang balik ke Byzantine kalo tidak akan pecah perang lagik!

maharaja Anou Shirvan pon ada antar orang ke benua India untok dapatkan khazanah ilmu. baginda mintak orang mohon kitab2 berguna dr istana orang2 India n wat terjemahan segera mcm kitab Panchatantra diterjemahkan ke bahasa Farsi. AKu x thu nama dia apa dlm bahasa Farsi tp dr bahasa Farsi, kitab Panchatantra ni diterjemahkan ke bahasa Arab, nama dia Kalilah we Dimina. kitab2 Senskrit len pon ada baginda mintak cepat2 terjemahkan bg kegunaan kerajaan. Ilmu2 perubatan India n Farsi pon digabungkan. len2 ilmu orang farsi dalah ilmu falak n astrologi sb orang2 arab pon ada pakai stengah kalendar2 farsi n horoskop2 dia utamanya sebelah Iraq sana.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-4-2010 08:11 PM | Show all posts
satu bahagian dr Kalilah we Diimina... aku ada simpan salinan bahasa Senskrit dia, bentok Panchatantra... x silap dolu Tuk Abdollah Monsyi mamak arab paderi pon ada wat terjemahan dr bahasa Tamel tajuk Panchatandiram.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 11:03 PM GMT+8 , Processed in 0.065731 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list