CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: genot

Tarikh 'Arab

[Copy link]
 Author| Post time 28-4-2011 02:25 PM | Show all posts
thanks weh, buat susah hangpa jah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2011 02:32 PM | Show all posts
Reply 241# genot

hahaha... aku dah tengok, banyak gak yang dibetulkan dan disusun balik jadi menarik. bagus bagus.... boleh print dan jual tu genot. buat duit. hik hik hik     
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2011 09:09 PM | Show all posts
oke dah setel semuanya.

Kawan kawan, ni link seperti yang dijanjikan yek. sila klik unt ...
lucid_lynx Post at 28-4-2011 11:17


molia nya hang buat dlm bentok pdf siap kumpoikan semua..respect no aku
hat aku geli hati nya tang prakata genot tuh, pasai mula2 genot bukak thread ni aku igt lg ada kat thread mana tah, newbie mana dok ckp semua nabi2 asai yahudi kecuali nabi kita. takajut genot melihatkan berhinguihnya budak itew
itulah sbb wurudnya prakata genot kt page 1 tu....


sekian
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-5-2011 03:23 PM | Show all posts
Reply 243# 7anan

lama tak kelih kawan kita, busy sokmo deh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-5-2011 04:12 PM | Show all posts
Post Last Edit by genot at 2-5-2011 16:16

Ok HangPC, nasib hang baik jugak pasal aku bertemu balik iniriwayat dengan bantuan rakan seorang. Khas untuk kenalan kita lah HangpC aku memang selalu nampak HangPC aktif gak kat forom-forom len, hehe. Mai nak translate semula ke bahasa Melayumoden, aku kurang lah sedikit. Nak pakai bahasa Inggeris satgi payah pulak orang nak faham. Aku cuba lah perkurang bahasa belit Melayu kitab klasik Jawi orang belah Utara. Harapnya mudah difahami, aku pon sedari jugak budak-budak belah Utara pun bukan faham sangat bahasa kitab Jawi pasai depa pon dah dipengaruhi bahasa moden dalam media massa populerr


Riwayat bermula lah dengan setengah dari bani Israel pergibertemu dengan nabi mereka pada suatu hari. Maka sebaik sahaja bertemu dengannabi tersebut maka mereka bertanya… Ini dari ulasan surah al-Baqarah yang ayat kita kasi itu tetapi olahan semula bentuk perbualan sikit...

Jema'ah orang ramai: Bukankah kami ini termasuk orang-orangyang zalim?

Berkatalah nabi tersebut: Bahkan, kamu memang zalim pun.

Tanya orang ramai: Adakah kami ini orang-orang yang tiadapimpinan?

Katalah nabi tersebut: Memang pun!

Kata mereka: Jikalau begitu, bangkitkanlah bagi kami seorangraja yang akan mengumpulkan kami di bawah pantauannya moga-moga kami dapatberjuang di jalan Allah dan membebaskan bumi kami ini serta dimuliakanlah Allah oleh kami.

Kata nabi tersebut dan diisytiharkan lah nabi kepada mereka:Apakah kamu yakin untuk berjuang (menegakkan jalan Allah) jika tertulis akankamu perjuangan ini?

Berkatalah jema’ah bani Israel: Mengapakah pula kami tidakberjuang di jalan Allah? Sedangkan kami dihalau-halau keluar dari kediamankami, terlantarnya anak-anak kami, serta buruknya ehwal kehidupan kami kerananya.

Berkata nabi itu: Sesungguhnya Allah sudah memilih bagi kamu Taalut menjadi pemimpin kamu.

Kata jema’ah itu: Bagaimana dia akan menjadi pemimpin kami,sedangkan dia bukan dari keluarga raja-raja yakni keluarga Yahuda dan bukanlah pula orang berharta.

Kata nabi: Sesungguhnya Allah memilihnya, Allah berkenankepadanya untuk menjadi pemimpin kamu kerana ilmu dimilikinya serta kekuatan jasmaninya.

Kata jema’ah: Apakah petanda dari itu?

Kata nabi: Dia akan mengangkat kepada kamu tabut yang ditanggung oleh malaikat.

Maka berlakulah mukjizat tersebut. Maka sampailah kepada mereka Taurat pada hari itu. Kemudian dikumpulkanlah Taalut akan askar-askarpanjang barisan berkawatlah mereka sampai ada askar rasa dahaga.

Maka berkatalah Taalut kepada askarnya…

Taalut: Nanti kita akan bertemulah sebatang sungai dalam perjalanan ini, maka barangsiapa yangminum darinya tersingkirlah dia dari barisan askar ini, maka barangsiapa yanghanya meneguk air liurnya sahaja tidak merasai air sungai tersebut kekal lah dia bersama ku dalam barisan.

Maka tibalah di sungai maka kebanyakan ahli barisan askarminumlah air itu kerana tidak tahan dahaga, maka tersingkirlah sebahagian besar mereka. Sebenarnya sengajalah Taalut sediakan ini ujian untuk melihat siapa yang patuh taat, siapa yang ingkar. Siapa yang kuat kemahuannya maka mereka itu adalah yang tahan membawa dahaga. Maka barangsiapa yang minum air itu maka mereka itu cepat mengalah lah. Tinggal bersama Taalut hanya 313 orang askar yang berani untuk menentang orang Palestin (orang-orang ini masih kafir pada zaman itu kerana Islam belum sampai qadha' dengan Muhammad s.a.w).

Bersambung lah ini riwayat ada lagi sejemput aku sudah semput nak taip masuk... aku teringat balik, ini bukan Tarikh Arab lah tapi Tarikh Bani Israel cuma ada tersebut dalam al-Quran surah al-Baqarah ayat 246-251. Tidak apa lah duduk di rantau sama sahaja, di Asia Barat kira sekali harung la noooo

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2011 10:29 AM | Show all posts
Post Last Edit by HangPC2 at 3-5-2011 10:32

oh macam itu kisahnya .


Tak Silap Saya Orang Palestin dulu digelar (saya tak ingat nama suku kaum Arab ini tapi huruf M) sebangsa dengan Qarun....


Terima Kasih genot.....


ok saya tunggu sambunganya.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-5-2011 06:52 PM | Show all posts
upkan thread ni, sambil tambah kredit
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2011 07:01 PM | Show all posts
kan best kalau semua thread kat bod ni camni, berkongsi2 ilmu antara satu sama lain
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2011 08:07 PM | Show all posts
Reply 248# al-asil


dah donlod hasil kerja si lucid tu ? rajin dia. keh keh keh......
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2011 08:55 PM | Show all posts
Reply 249# winamp05

dah donlod dan tu la yang aku maksudkan. tuan thread yang pemurah kongsi ilmu dan tak sombong macam tongong, pastu ada yang baik hati pulak tolong compile jadikan e-book, so benda yang kita bincang ni tak mati kat porem je
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2011 09:14 PM | Show all posts
haku belum baca... belum khatam tred nih...
kesimpulan = aku lom donlod lagi...

kpd yg tlibat dlm mjayakan e-book nih..
sekalung phargaan dr aku..
aku x mampu nak bg pape..
semoga Allah mbalas jasa korang sebaiknya..
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2011 09:17 AM | Show all posts
Reply 251# halimi78

kalau ko belum katam thread ni lagi pun tak pe. sebab lucid dah compilekan semua hasil genot tanpa tinggal satu pun dan di PDF kan. kira ko boleh baca masa ofline la.

aku berpendapat, hasil kerja derang dua tu boeh dijual pun. kekekekke. print elok elok dan letak kat perpustakaan pun bagus. bahan rujukan sejarah arab dalam bahasa melayu.     
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2011 09:20 AM | Show all posts
Reply 250# al-asil


Aku setuju tu, bukan setakat stop berbincang kat forum je bila ada versi pdf ni. boleh print pun jadikan bahan rujukan. itu lah dianya, bila kita tak sombong dengan ilmu yg kita ada, ramai je manusia lain yg mahu belajar tolong kembangkan ilmu yg kita ada.     
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2011 08:11 PM | Show all posts
Sensetip sikit soalan neh...

Kawan i neh ngaji kat Mesir dia citer orang Arab neh pemalas...kira macam ala2 Melayu jugak la...sikit2 Bukroh...cikit2 Bukroh...ckit2 Bukroh...lepastu riot....ye ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2011 08:30 PM | Show all posts
Sensetip sikit soalan neh...

Kawan i neh ngaji kat Mesir dia citer orang Arab neh pemalas...kira  ...
nobito Post at 5-5-2011 20:11


memang ponh... kat saudi sana pon hari jumaat, mutawa buat anak dengan mesin buat anak dia...
jadi hari jumaat orang riot boleh baling2 batu kat orang asing tak kira la errebs yg bukan saudi ka yang bukan errebs ponh
depa sangat racist seperti partaik politaik di sini
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2011 08:30 PM | Show all posts
Reply 252# winamp05

toseh jual lar, memang bg kat hgpa pon
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2011 09:05 PM | Show all posts
memang ponh... kat saudi sana pon hari jumaat, mutawa buat anak dengan mesin buat anak dia...
genot Post at 5-5-2011 20:30



    x takut Tuhan depa neh..mutawa pon dh camtu..lagikan orang awam.. Patut la kawan sye asyik dok mengutuk ja
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2011 09:07 AM | Show all posts
Reply 257# nobito

bangsa bangsa dalam dunia ni ada macam macam perangai. yg arab cara arab, yg matsaleh cara mat saleh, yg melayu cara melayu, macam macam hal.

Kaum kaum terdahulu yg Allah binasakan suma tu kita tak amik iktibar langsung. tunggu nak kena pulak nanti baru nak beringat.
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2011 09:09 AM | Show all posts
Tidakkah mereka memerhati dan memikirkan berapa banyak umat-umat yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (umat-umat itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi (dengan kekuasaan dan kemewahan) yang tidak Kami berikan kepada kamu dan Kami turunkan hujan atas mereka dengan lebatnya dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka dengan sebab dosa mereka dan Kami ciptakan sesudah mereka, umat yang lain? (6:6)

Dan berapa banyak umat-umat yang kami telah binasakan sesudah zaman Nabi Nuh; dan cukuplah Tuhanmu (wahai Muhammad) mengetahui lagi melihat akan dosa-dosa hambaNya. (17:17)
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2011 01:32 PM | Show all posts
Post Last Edit by HangPC2 at 1-6-2011 13:34



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:07 AM GMT+8 , Processed in 0.071664 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list