CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: genot

Tarikh 'Arab

[Copy link]
 Author| Post time 23-11-2009 09:47 PM | Show all posts
Raja2 Tubba' n Himyar

kata Ibnu Khaldun berdasarkan kajian ahli sejarah kuno di Tanah 'Arab, raja2 Tubba' n Himyar neh adalah keturunan 'Abd Shams. Ibu kota metropolis dorang ada di Sana'a. Manakala kota Ma'areb plak sekurang2nya 3 marhalah jauh dari Sana'a. 1 marhalah sama ngan 97 km ya.

haaa, korang mesti penah dengar gak tentang Puteri Balqis kan? Dalam Torah yang diterjemah ke BI, dia ni disebut sebagai Queen Sheba. Sheba tu Sabaa' la. Masa zaman puteri Balqis ni, dibuat tadahan air di antara dua bukit. Bendungan ni dibuat dengan batu2 n ada tembok2 yang kuat bagi menahan air ujan, n ada mata air yang ada lubang boleh bukak n tutop bila perlu. Tadahan air ni diberi nama al-'Arim.

raja Tubba' yang memola skali menurut majoriti ahli2 sejarah adalah al-Harith ar-Raish. Ar-Raish maksudnya yang menyiram. Sebab baginda ni slalu menyiram rakyat dengan anugerah. ahli2 sejarah smua berselisih asal usul dia ni. Tetapi smua spakat mengatakan dia ni keturunan orang yang bernama Wasil al-Ghauth.

at-thabari plak kata yang salah seorang raja Tubba' datang dari Yemen. Dia ialah As'ad Abu Karb, dia ikot jalan yang sama yang ditempuhi oleh Harith ar-Raish gak. Sebaik saja dia sampai di bukit Thai' dia pon menuju masuk ke al-Anbar. Bila dia sampai kat Hirah jah dia pong berasa bengong. Kat tempat dia bengong tu dia bangun n kendian namakannya sebagai al-Hirah yang bermaksod bengong. kendian dia jalan lagi sampai jumpa kaum al-Azd, Lakham, Juzam, 'Amilah, n Qudha'ah. Kat situ la dia bukak negeri kecik jap. Pastu, beberapa keturunan dari Thai' n Kalb pon pindah ke tempat baru. As'ad Abu Karb  jalan lagi melalui Mosul n kendian keluar kat Azerbaijan.

Kat Azerbaijan, dia n orang2 dia bertembung dengan puak Turki n dorang pon perang. Puak Turki tu kalah n orang2 Turki tu kena tawan dan dibawa balik ke Yemen. Panjang gak umor As'ad ni n raja2 lain smua respet dia n bagi persembahan kat dia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-11-2009 10:06 PM | Show all posts
Ibnu Hazm juba menyebut yang silisilah raja2 Tubba' ni banyak yang mengelirukan n kurang jelas.  Banyak yang kurang banyak plak yang terlebih. Ada skit jah kitab2 yang bleh dipercayai sebagai benar berkenaan raja2 Tubba' sebab rowayat2nya banyak selisih n zmn terlampau kuno n ada masalah dalam nak jejak tahonnya bila.

Ok ni kita masuk dalam satu rowayat yang memang ada disebut dalam Quran surah al-Buruj secara terang gak walupon bahasa bentuk metafora. Ibnu Khaldun ada ceritakan tentang raja yang dipanggil Zunnuas yang menguasai balik kerajaan nenek moyang dia. Dia ni memilih agama orang Yahudi sebagai agama dia n memakai nama Yusuf. Kabilah2 kat Yemen tu pon bengang ler bila raja Zunnuas tukar agama. Waktu tu jugak penduduk di Najran sana kebanyakannya pemeluk ajaran Nabi Isa (as). Pemimpin orang Nasrani waktu tu adalah 'Abdullah Ben Thamer.

Adapong, ajaran Nabi Isa (as) ni dibawa masuk oleh salah seorang anak murid nabi Isa (as) snirik, namanya Simeon. Beliau ni alim n makbul doa dia serta boleh ngubat orang sakit. Tapi dia selalu pakai nama samaran n xmo orang kenal dia. Dia ada sorang lagik pengikut setia bernama Saleh. Dorang nih lari dari kawasan Israel hari ni sampai ke Tanah 'Arab, tapi dah kena tangkap plak ngan pedagang hamba. Sampai kat Najran sana, dorang berdua ni dijual jadi hamba kat sana.

Bila dorang berada di Najran, dorang mendapati yang penduduk situ menyembah kat pokok kurma. Orang2 situ menyangkutkan barangan hiasan, kain2 baju dan macam2 lah kat pokok kurma. Simeon n Saleh terpaksa berpisah sebab kena ikot tuan dorang. Bila sampai kat rumah, Simeon ni tetap istiqamah ibadat n tuan rumah dia pong berasa tertarik tengok ketekunan ibadat Simeon. Dia pong tanya agama apa yang kau anuti ni? Waktu tu lah jugak Simeon terangkan yang dia pengikut ajaran Nabi Isa (as) n dia mencela perbuatan menyembah pokok kurma. Dia cakap hanya Allah SWT saja layak disembah. Dia cakap, kalu dia mintak doa kat Allah supaya hancurkan pokok kurma semua, tentulah hancur smuanya.

Tuan dia yang dengar tu pong jawab, kalu memang ko mampu berdoa sampai ada bekas macam tu skali kat Tuhan, maka kami pon akan masuklah agama kamu.

Maka Simeon pong berdoa kat Tuhan n tetiba marilah angin kuat membongkar habis urat2 pokok korma, tumbang ler smuanya. Lepas tengok hal tu, smua penduduk di kawasan Najran bersaksi menjadi pengikut Nabi Isa (as) n percaya kepada Allah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2009 10:18 PM | Show all posts
Kendian, sambungan cerita ni dalam rowayat Hisham Ben Muhammad al-Kalbi, Zunnuas pong merupakan pengikut agama Yahudi yang setia. Satu hari datang datang cerita tentang penganut Yahudi dianiaya di negeri Najran ke telinga Zunnuas. Dua orang anak orang Yahudi ni dibunuh oleh orang Najran. Orang Yahudi tu pong mintak tolong kat raja Zunnuas.

Benda ni macam orang ngantuk disorong bantal lar. Zunnuas memang dok cari sebab nak kacau negeri Najran. Dia menyerang negeri Najran n kendian buat satu parit besar. Dalam parit besar tu ada unggun api. Semua orang2 dalam negeri Najran tu diarahkan berbaris panjang kat tepi parit tu n disuruh lompat dalam parit berapi tu. Kisah ni memang ada dirakam dalam Quran, Surah al-Buruuj. Try ler bukak tafsir Quran nanti kalu rajin2, aku malas lak nak taip panjang2 tentang kejadian di parit tu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2009 10:29 PM | Show all posts
Dalam kejadian terjun dalam parit tu. Ada seorang pemimpin masyarakat Najran berjaya lari n terlepas. Nama pemimpin tu adalah Daus Zu Tha'laban. Dia trus lari ke Baizantium n mintak tolong kaisar Romawi. Kat tangan dia jugak ada senaskah kitab Injil bekas terbakar hasil perbuatan askar Zunnuas.

Kaisar Romawi  trus antar utusan ke Ethiopia n mintak Negus yang memerintah Ethiopia hantar askar bagi membalas perbuatan raja Zunnuas. Negus kendian hantar panglima Irbath ke sana dengan 70, 000 orang tentera.

Zunnuas, plak masa tu memang tengah sediakan angkatan perang nak menyerang negeri 'Arab lain plak kat utara sket, tapi dia xjangka yang Ethiopian nak masuk menyerang. Dia pong kalah perang selain orang2 besar Himyar ada berselisih paham skit yang menyebabkan lagi cepat negara dia tumbang.

Jadi, pastu Yemen jatuh le bawah taklukan Ethiopia atau Habsyah. Panglima Irbath hantar 1/3 harta ghanimah atau rampasan perang kepada Negus di seberang laut sana macam janji dia. Dengan sumbung gak, Irbath menghina pembesar2 Himyar n menjadikan dorang hamba dia, benteng2 pertahanan negara Himyar macam Saljik, Sun, n Ghamdan di Yemen pon habes suma diruntuhkan.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2009 12:31 PM | Show all posts
bagaimana plak dgn kaum parsi....sedara mara arab juga ker?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2009 12:46 PM | Show all posts
x pasti plak orang Parsi nih srumpon ngan bangsa 'Arab ka x. bagi aku la, sebab aku keturunan 'Arab, aku cuma anggap orang Israel, orang Kaldani, n orang 'Asyur zaman ni sebagai srumpon.

setahu aku gak empayar Parsi mula nampak naik pada tahun 546 SM. agama Empayar Parsi iaitu agama Zarathushtra yang sembah kat api tu pong aku xtahu diasaskan bila tapi yang aku tau Zarathustra tu nama nabi dorang. dalam pelajaran agama yang aku belajar dolu, ada diberitau agama Zarathustra ni masuk bawah kategori shibhul-ahlil-kitaab maksudnya menyerupai ajaran ahli kitab. aku x suka sangat orang Parsi yang sembah api atau mana2 pong. dorang berlagaKKK. tapi aku ngaku gak kat dorang aku datang dari negeri Kedah diperintah raja2 asal Parsi (suku Cimmeria), n dorang pon xska sebab ada masalah perang lama zman dolu.

owh, lagik satu, ada anak nabi Adam (as) yang bunoh adik lelaki dia nama Qabil. Ada disebut gak dalam rowayat yang dia nih kendian mengembara lepas kejadian dia bunuh Habil selepas nyesal, n anak cucu dia lama2 terjebak jadik penyembah api atau majusi. ni lama lagik sblom kejadian banjir masa zaman nabi Nuh (as).
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 24-11-2009 01:48 PM | Show all posts
Ha... Ni kejadian x lama sblom kelahiran nabi kita, nabi Muhammad (saw) n ada disebut dalam surah al-Fiil. Surah simple je kan, tapi cite die xle simple mcm tu, panjang sedara2 ooooiii. aku rasa banyak sedara n kengkawan dh penah dengar dh kot citer ni dalam pelajaran sirah nabi kita masa skola2 rendah dolu.

AKu sebut balik utk kengkawan non-Muslim yg xtau dan ingat agama kita ni hanya mula dengan nabi Muhammad (saw). Kita ada banyak nabi ya. Bukan nabi Muhammad (saw) ja sebab baginda tu nabi yang terakhir skalik untuk penutop zaman. Skang neh kita dalam penutop zaman ler, kan dah kuar felem 2012 walopon aku xcaya kiamat jadik taon 2012 sebab Tuhan xde lak cakap taon tu jadik kiamat

Ibnu Khaldun merowayatkan bahawa Abrahah membuat sebuah gereja di San'a. Owh, sblom tuh, Abrahah ni salah seorang timbalan panglima angkatan perang Irbath. Dia bunoh Irbath n kendian dapatkan pengesahan jadik gobenor di Yemen daripada Negus.

Gereja yang Abrahah buat tu kunonnya lawa ya amat n dia antar surat ke Negus di Ethiopia n satu lagi surat dia hantar ke Kaisar Romawi di Baizantium. Katanya dia nak tarik smua orang di Tanah 'Arab beralih dari Ka'abah di Mekah sana n buat haji kat gereja yang dia buat di Yemen tu plak.

Orang 'Arab xsuka lar ngan keadaan neh sebab Ka'abah ni sejarah dia cukop lama. Sejak zaman nabi Adam (as) n kendian dibangunkan lagik pada zaman nabi Ibrahim (as) n nabi Ismail (as). Dorang jadik kafir jahiliah menyembah sekutu Allah SWt pong, dorang tetap sayang kat Ka'abah.

Maka datang ler sorang ketua kabilah 'Arab dari bani Fuqaim n sorang lagik dari bani Maalik ke gereja yang diberi nama Qalais tu. Dorang wat kotor dalam gereja tu n sampai le citer tu kat Abrahah. Abrahah pong bengang n die pon bersumpah yg die snirik akan hancurkan Ka'abah pastu paksa sume org buat haji di gereja tu.

Memula die antar utusan ke negeri Kinanah untuk hantar perintah sembahyang menghadap al-Qalais. Tapi utusan bawka perintah tu mati kena panah. Jadi memang hangin sakan le Abrahah. Jadi, dia siapkan askar2 n gajah untuk hancurkan Ka'bah.

Kat tengah jalan, angkatan perang dorang terserempak dengan sorang orang bangsawan Himyar bernama Zinnafar. Dia sengaja halang jalan askar Abrahah n kendian dia kalah gak. Abrahah xnak bunoh die tapi amik die jadik penunjuk jalan plak.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2009 01:56 PM | Show all posts
Baru Aku Tahu genot nih keturunan Melayu Yaman...


kat Yaman pun ada perkampungan Melayu macam kat Cape Town....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-11-2009 02:03 PM | Show all posts
43# genot

Kat Yemen skang neh masih ada penganut agama Yahudi wujud..... Aku anggap dorang sebagai orang 'Arab gak tapi menganut syariat atau ajaran Nabi Musa (as)... kita org Islam plak, pengikut ajaran suma nabi, dari Ibrahim sampai ler ke Muhammad (saw) jadi aku x anggap orang2 Yahudi ni sebagai orang yang berbeza, dorang sedara srumpon aku jugak.











Budak2 Yahudi Yemen belajar ngaji kitab dengan tuk guru.....



Keluarga Yahudi di Yemen







Budak Yahudi Yemen depan bas skolah dia


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2009 11:19 PM | Show all posts
48# genot

Ikot Ibnu Ishaq plak, masa Abrahah n angkatan tentera lalu di Tha'if, dia ditahan di tengah jalan oleh Mas'oud Ben Ma'tab n pemuda2 Thaaqef lain. Dorang menyatakan takluk pada Abrahah n dorang antar Abu Raqal jadik penunjuka jalan. Masa sampai di satu tempat antara Tha'if n Mekah, Abu Raqal ni jatuh n mati.... x taw ler jatuh gimana... orang kuburkan dia kat situ n sampai berpuloh2 taon bila orang 'Arab lalu kat situ, dorang akan lempar batu tanda penghinaan kat kubur tu.

Sampai jah kat luar pintu kota Mekah, Abrahah soh cavalry dia masok dolu. rampas smua harta penduduk kat situ. unta2 abdul mutallib iaitu atok kepada nabi (saw) kita pong dirampas 200 ekor jumlahnya. Abdul Mutallib masa ni adalah seorang pemuka puak Quraisy. Memula dorang nak lawan Abrahah tapi pastu dorang tersedar plak kekuatan x seimbang. Jadi dorang x jadi ler lawan n lari smunyik kat gunung2 dekat sekitar Mekah.

Abrahah soh hantar utusan untuk tinjau2 keadaan di Mekah mana la taw kalu2 ada orang nak melawan n jugak untuk maklumkan penduduk Mekah yang dia nak runtuhkan Ka'abah. Utusan tu sebenarnya sorang bangsawan kaum Himyar (Yemen) gak, nama dia Hanathah.

Hanathah pong maklumkan kat Abdul Mutallib tentang hal nak runtuhkan Ka'abah tu macam yang Abrahah nak. Abdul Mutallib jawab, dia xingin nak lawan dengan Abrahah. Dia cakap, Ka'abah tu dalam kawasan rumah Allah (masjid). N rumah Allah maksudnya rumah milik Allah snirik. Kalu Allah biarkan ja umah tu maka tak terlawan dorang si Abrahah tu.

Hanathah pong bawak Abdul Mutallib jumpa Abrahah n kat tengah jalan dorang tersempak dengan Zinnafar yang tadi kena tawan dengan Abrahah. Zinnafar plak bawak Abdul Mutallib jumpa pawang gajah Abrahah n kat sana Abrahah pon jumpa Abdul Mutallib. Abrahah pon bagi respek kat Abdul Mutallib n turon dari gajah dia untuk sama2 dok dengan Abrahah atas tikar yang pawang gajah hampar. Abdul Mutallib pong tanya tentang 200 ekor unta dia yang kena rampas tu. Abrahah pong pelik n tanya balik, napa ko x tanya tentang tujuan aku ni nak meruntuhkan Ka'abah sebab benda tu kan lambang kebesaran agama ko n agama nenek moyang ko. Buat apa nak uruskan unta lagik? Abdul Mutallib jawab, unta tu reta aku.... rumah tu (Ka'abah) tu plak ada Tuan dia. Dia lah yang akan uruskan nanti. Jadi Abrahah pon x pike papa lagik bagi tros je unta ABdul Mutallib tuh.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-11-2009 12:02 AM | Show all posts
Sebaik saja Abrahah masuk kota Mekah, nampak kat langit burung2 terbang beramai2.... burung tu memang jenis yang selalu mencari makanan kat sisa2 angkatan perang yang besar, macam jenis burong pemakan bangkai ler. ropanya kat burung2 nih ada kuman cacar, macam jenis kuman yang ada kat tikus n kat nyamuk malaria. kuman ni merebak kat burong2 melalui batu2 kecik kat sekitar khemah2 askar.

Dalam beberapa hari jer, penyakit cacar berjangkit kat askar2 Abrahah tu, tambah plak time tu musim panas di tengah2 guron.... benda ni sket2 macam kejadian yang jadi kat askar2 Napoleon masa sblom dorang nak serang Russia.

Terjemahan Surah al-Fiil.....

1. Apakah kamu (Muhammad) xperhatikan gimana Tuhan mu bertindak atas askar bergajah?

2. Bukankah Dia menjadikan muslihat mereka (menghancurkan Ka'abah) sia2 ja.

3. Dan Dia telah mengirim mereka burung berkawan2.

4. yang melempar mereka dengan batu2 (dari) tanah terbakar.

5. lalu Dia menjadikan mereka seumpama daun dimakan ulat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-11-2009 12:14 AM | Show all posts
Jadiknya askar Abrahah dah kalah lah dengan sebab penyakit bawaan burong tu. Abrahah snirik lari bawak malu di muka. Tak lama lepas dia sampai di Sana'a kat Yemen sana, dia pong ninggal. ada stengah ahli sejarah cakap yang dia pong terkena penyakit cacar gak, n lain2 ahli sejarah cakap dia ninggal sebab sakit dada akibat malu, kalah sblom sempat jatuhkan Ka'abah.

Banyak ler harta askar Abrahah ditinggalkan kat Mekah. Jadik Abdul Mutallib amik harta2 tersebut n agihkan2 dengan adil kat jiran2 smua. Harta2 tu dianggap anugerah pemberian Tuhan n diberi kepada jiran2 rumah-Nya.

Lepas ninggal Abrahah, anak dia plak nama Yaksum gantikannya. Dia pong kejam n nindas orang2 besar Himyar. Kabilah2 'Arab di Yemen pon kena tindas, laki2 kena bunoh, pompuan plak kena rogol dengan Habsyi (Ethiopian), anak2 dorang jadik khadam.

Lepas tu ninggal ler Yaksum, adik dia plak nama Masrouq gantikan. Yang ni pon sama kejam, rakyat Yemen xtahan lagik kena zalim dengan orang Habsyi. Maka dorang bangun memberontak, dengan ketua nama Yusuff Zi-Yazann. Yusuf diam2 gi ke Tanah Parsi n mintak bantuan Kisra Anushirvan pada taon 570 Masehi.

Pastu, Kisra Parsi antar bantuan tentera Parsi dengan Yusuf Zi-Yazann n dalam perang, Masruq kalah plak. Jadi habeh ler kekuasaan orang Habshi kat Yemen lepas empat orang raja anak beranak tu selama 72 taon. Memula Panglima Irbath, pastu diganti Timbalan Panglima Abrahah, n anak2 dia Yaksum n Masruq.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2009 12:56 AM | Show all posts
Ahli Kitab masih wujud lagi ker ?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-11-2009 01:17 AM | Show all posts
54# HangPC2

xtaw ler, kot2 ada yang buleh trace keturunan sampai nabi Ya'akob lagik.... susah la nak trace...
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2009 09:40 AM | Show all posts
50# genot


Apsal pompuan ni pakai purdah? Dia jew kan? Pompuan jew rasanya x perlu bertudung unlike org islam or xtian. Cuma xtian zaman ni jah x pakai tudung.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2009 11:43 AM | Show all posts
Tapi Diorang Macam tak kena diskriminasi  

tapi cuba orang islam rakyat israel gerenti kena diskriminasi....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-11-2009 03:12 PM | Show all posts
56# HOTlips

Ni adat tempatan..... walupon Musawwi (pengikot Musa), tapi dorang tetap bangsa 'Arab.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2009 04:25 PM | Show all posts
masa kecik2 dulu..ingat2 lupa pernah terbaca buku cerita hikayat amir hamzah....beliau ni sapa? mmg betul2 wujud ker? adakah beliau ni bapa saudara Rasullulah?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-11-2009 09:18 PM | Show all posts
Amir Hamzah mungkin Hamzah Ben Abdul Mutallib..... aku xnah baca pong kitab Hikayat tu, tapi penah dengar tentangnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-11-2009 10:56 PM | Show all posts
Yemen pong pernah dikuasai oleh empayar Parsi. Hal ni terjadi lepas Saif Ben Zi-Yazan mintak tolong Kisra Parsi. Ada citer pasal Saif ni menaburkan wang dirham perak n emas serta persalinan yang dianugerahkan oleh Kisra n menyebabkan Kisra murka pada awalnya. Tapi lepas tu, Kisra sejuk balik lepas dengar yang Saif Zi-Yazan bukan nak harta ato papa, dia nak mintak tolong Kisra bebaskan tanah air dia saja.

Saif pong ada wat mesyuarat dengan pembesar2 bangsa Himyar lain, n dorang sepakat nak gunakan banduan dalam penjara sebagai askar. kalu mati banduan2 tu masa perang, maka tu hukuman utk dorang, kalu menang, maka kekuasaan bangsa Himyar akan naik.

Ada 800 orang askar dikirim lawan dengan askar Habshi. Ketua dorang adalah Wahriz ad-Dailami. Dia ni orang Dailam (Kurdish) n keturunan Jamasab, bapak sedara Kisra Anusyirvan gak.

Kata Ibnu Hazm, Wahriz masuk ke Yemen dengan 8 perahu. Dua perahu karam n enam selamat sampai ke pantai  Aden. Bila sampai jah, Wahriz tanya Saif, mana senjata? saif cakap, ada tombak buatan 'Arab jer. Mana ja kaki ko jalan, maka kat situ la ko, sampai kita menang, kalo x kita kalah... Pastu Saif pong kumpolkan orang2 dia gak.

Tapi sblom dorang sempat melawan, askar Masruq, 10, 000 orang dh sampai. Ada jugak askar kacukan Yemen n Habshi. Masruq mati kena panah dengan anak Wahriz. Anak panah kena tepat2 kat mahkota yang ada permata kat tengah. Tembos otak dia.

Wahriz pong masuk dalam Sana'a dengan bendera perang yang tegak lepas menang.  Pintu kota Sana'a yang dibina zaman Abrahah dolu dihancurkan. Smua barang habshi habes kena buang dalam laut, n Wahriz antar surat kat Kisra sambil kirimkan harta rampasan. Pastu Kisra balas balik surat n bagi cop mohor yang Saif Zi-Yazann jadik pemerintah Yemen yang bayar ufti tiap2 taon kat Parsi. Wahriz n sikit askar Parsi tinggal kat Yemen untuk jadik macam tentera pengaman kat situ, manakala Saif jadi ler raja Yemen bersemayam di Ra'sul Ghamdan.

Bangsa 'Arab sluroh Tanah 'Arab yang dengar cerita tu suma sonok n excited. dorang suma antar wakil n persembahan kat Saif tanda respet dorang. Antara orang kenamaan yang melawat Saif tau tak sapa? Atuk kepada nabi Muhammad (saw) iaitu Abdul Mutallib. Saif Zi-Yazan snirik cakap yang dia xkan lama memerintah. Nanti akan datang "orang besar" yang akan satukan sluroh Tanah 'Arab. Saif ni ropanya bleh wat ramalan gak. Aku xtahu plak dia agama apa, tapi dari nama dia, aku agak2 yang dia ni macam penganut syariat nabi Musa (as).

cakap Saif memang betol, dia ninggal x lama lepas tu kena bunoh masa masuk menyerang Ethiopia.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:32 AM GMT+8 , Processed in 0.079651 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list