CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3806|Reply: 3

Spider-Man 4

[Copy link]
Post time 12-12-2009 09:10 AM | Show all posts |Read mode
Lagi spekulasi Spider-Man 4


MAMPUKAH Anne Hathaway membawakan watak The Vulturess dalam filem Spider-Man 4 nanti?

MEMANG hangat industri perfileman di Hollywood ketika ini apabila spekulasi tentang filem Spider-Man 4 tidak henti diperkatakan.


Walaupun filem tersebut hanya akan menjalani penggambaran sekitar bulan Mac tahun depan, namun ramai yang mula berteka-teki siapakah barisan pelakon yang akan membintangi filem tersebut.
Pastinya umum sudah mengetahui dua pelakon utama francais filem Spider-Man iaitu Tobey Maguire dan Kirsten Dunst akan kembali membawakan watak Peter Parker/Spider-Man dan Mary Jane Watson.

Apa yang mengujakan ramai pihak kini adalah tentang watak antagonis dan pelakon yang akan membawakan watak-watak dalam filem Spider-Man 4.

Sebelum ini nama-nama seperti Scarlett Johansson dan Rachel McAdams disebut-sebut untuk membawakan watak antagonis, Felecia Hardy dan alter egonya, The Black Cat.

Namun, kedua-duanya menafikan perkara itu dan mengesahkan tidak akan membawakan watak tersebut.

Sebaliknya, watak berkenaan dikatakan akan dibawakan oleh Anne Hathaway yang menarik minat penerbit dalam membawakan watak itu.

Sungguhpun begitu, watak berkenaan akan mengalami sedikit perubahan apabila bukan The Black Catyang akan diperkenalkan dalam filem ini nanti tetapi ia akan ditukar kepada watak baru yang diberi nama The Vulturess.

Rasional pertukaran itu adalah kerana untuk menggandingkan watak The Vulturess dengan satu lagi watak antagonis bernama Vulture yang bakal dipegang oleh John Malkovich.

Bukan itu sahaja, watak antagonis,The Lizard yang dikatakan akan diperkenalkan dalam filem ini nampaknya tidak akan menjadi kenyataan.

Sejauh manakah kebenaran dan kesahihan berita ini? Sama-sama kita nantikan dari semasa ke semasa.
Filem Spider-Man 4 masih lagi diarahkan oleh Sam Raimi dan ia bakal ditayangkan pada bulan Mei 2011.





aku bajet pecah box office gak spidey ni nanti!!! tak leh miss mmg best superhero nih!!!  john malkovich mmg superb pun kalu berlakon!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2009 10:42 AM | Show all posts
Lagi spekulasi Spider-Man 4


MAMPUKAH Anne Hathaway membawakan watak The Vulturess dalam filem Spider-Man 4 nanti?

MEM ...
amazed Post at 12-12-2009 09:10



lorrr nape ambil anne hathaway...aku lebih suka kalau scarlett johannson atau Eva green...
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2009 11:03 AM | Show all posts
bg kat Milla Jovovich lg beshhhh.......... :re:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-8-2010 06:45 AM | Show all posts
Aktres muda damba watak dalam Spider-Man terbaru

LOS ANGELES 20 Ogos - Aktres-aktres muda dilapor berlumba-lumba untuk mendapatkan watak kekasih dalam filem susulan terbaru Spider-Man.

Bermula semalam hingga hujung minggu ini, aktres-aktres terpilih bakal bertemu dengan pengarah Marc Webb dan aktor yang bakal membawakan watak Spidey Peter Parker, Andrew Garfield.

Berbeza dengan filem Spider-Man yang dilakonkan Tobey Maguire dan Kirsten Dunst sebelum ini, watak wanita utama filem susulan terbaru ini bukan lagi Mary Jane.

Apa yang masih belum jelas adalah, sama ada semua aktres itu menjalani uji bakat untuk karakter Gwen Stacy, gadis yang diminati Parker dalam komik (lakonan Bryce Dallas Howard dalam filem Spider-Man 3 pada 2007), atau watak baru lain.

Skrip filem yang diberikan kepada aktres-aktres muda itu tidak menyatakan sebarang watak, malah sekiranya perlu, satu lagi pusingan uji bakat mungkin dibuat minggu depan.

Buat masa ini, aktres Britain yang disebut-sebut bakal mendapat watak itu ialah Imogen Poots yang berlakon dalam pembikinan semula filem Fright Night dan Ophelia Lovibond, yang pernah mucul menerusi filem London Boulevard.

Tidak ketinggalan f, anak penyanyi terkenal Phil Collins, yang ditampilkan dalam filem The Blind Side pada tahun lalu.

Tiga lagi aktres yang turut dikaitkan untuk watak tersebut ialah Teresa Palmer yang dilapor menjalani uji bakat bersama-sama Garfield hujung minggu lalu, Emma Roberts yang terbang dua kali dari set penggambaran 'Scream 4' untuk uji bakat dan Mary Elizabeth Winstead yang memegang watak kekasih dalam Scott Pilgrim vs the World, namun ada laporan menyatakan dia telah digugurkan daripada senarai uji bakat.

Masih terlalu awal untuk menentukan siapakah yang akan mendapat watak itu kerana ia hanya sekadar satu pertemuan dan bukannya uji bakat lakonan.

Sama seperti Garfield, kebanyakan aktres baru yang mendambakan watak dalam filem besar seperti Spider-Man masih setahun jagung dalam industri perfileman, dan itu akan menyukarkan Webb untuk membuat pilihan. - Reuters
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 09:44 PM GMT+8 , Processed in 0.411005 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list