CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: amazed

Kemelut Diraja Kelantan: PRK Tengku Faris vs TTK Tengku Fakhry

[Copy link]
Post time 7-1-2010 09:46 AM | Show all posts
wat apa tgk bangsa lain bro....
tgk bangsa sendri sudah la.....
nama jer org timur nih tinggi adat dan budi pekerti....
tapi lain2 hancur...
tu blom bab2 rebut tanah pusaka lagi tu...........
ctaz Post at 7-1-2010 09:41

tengok bangsa sendiri terus buat penghakiman? hehhehhehe. seolah olah ko makan nsi kuat terus buat penghakimn semua melayu makan nasi kuat . hahahaahahah. ok aku rest y case hahahahahah
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 7-1-2010 10:07 AM | Show all posts
tengok bangsa sendiri terus buat penghakiman? hehhehhehe. seolah olah ko makan nsi kuat terus buat penghakimn semua melayu makan nasi kuat . hahahaahahah. ok aku rest y case hahahahahah
awangbok Post at 7-1-2010 09:46

tengok arab sangka semua arab kuat napsu.
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2010 10:19 AM | Show all posts
are they fighting for power? if so, what power?
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2010 09:11 PM | Show all posts
Tengku Fakhry tiada hak

Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN
rodelio.taucan@utusan.com.my

KOTA BHARU 6 Jan. - Pejabat Sultan Kelantan hari ini menafikan peranan Tengku Temenggong, Tengku Muhammad Fakhry yang mendakwa mendapat perkenan Tuanku Ismail Petra untuk bertindak bagi pihak baginda dari Singapura.

Pengelola Istana, Datuk Abdul Halim Hamad berkata, hanya Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra berhak sepenuhnya menyampaikan titah sepanjang ketiadaan baginda di negeri ini.

Sehubungan itu, katanya, surat bertajuk 'Penyampaian Titah KDYMM Al-Sultan Kelantan' yang ditandatangani oleh Tengku Muhammad Fakhry adalah tidak sah mengikut peruntukan di dalam Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan.

"Mengikut Fasal 1 (b) dan Fasal (3) Artikel 22A Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan, Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra sedang menjalankan segala peranan Sultan sehingga baginda sembuh.

"Tengku Muhammad Fakhry tidak mempunyai kuasa di bawah perlembagaan ini atau menjalankan apa-apa titah mewakili baginda sepanjang ketiadaan Sultan di negeri ini," katanya di Istana Balai Besar di sini hari ini.

Ini adalah reaksi pertama Pejabat Istana Kelantan berhubung konflik Istana Kelantan yang semakin memuncak apabila Tengku Muhammad Fakhry mendakwa menerima perkenan Sultan untuk menjalankan titah baginda dalam surat yang ditandatangani beliau.

Dalam surat bertarikh 29 Disember itu, beliau mendakwa titah baginda itu disampaikan kepadanya selepas Setiausaha Sulit Sultan, Engku Rajhan Engku Ismail tidak menjunjung titah untuk menghadap baginda.

Surat mengandungi empat perkara itu antaranya meminta keahlian dalam Majlis Perajaan Negeri (MPN) dikembalikan semula mengikut keahlian asal dan menyentuh penarikan darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk kepada tujuh individu.

Tengku Muhammad Fakhry yang merupakan antara ahli MPN yang dipecat kekandanya telah mengemukakan permohonan semakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas menerima surat daripada Setiausaha MPN pada 16 September lalu.

Keputusan semakan yang sepatutnya diketahui 31 Disember lalu bagaimanapun tidak dapat dilakukan mahkamah apabila permohonan itu difailkan lewat 42 hari daripada tempoh 40 hari dari tarikh alasan untuk permohonan itu dibangkitkan seperti yang diperuntukkan mengikut Perintah 53 Peraturan-Peraturan Mahkamah Tinggi 1980.

Tuanku Ismail Petra dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian pada 14 Mei lalu akibat masalah jantung dan menerima rawatan lanjut di Hospital Mount Elizabeth, Singapura sejak 24 Mei lalu.

Berikutan kegeringan baginda, Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra dilantik sebagai Pemangku Raja pada 24 Mei tahun lalu sehingga baginda sembuh.

Abdul Halim berkata, semua pihak perlu memahami Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan sebelum membuat sebarang kenyataan.

"Fahamilah perlembagaan ini dan peraturan lain dengan betul agar tidak tersilap langkah. Dapatkan pandangan pihak berkuasa sebelum bertindak," tegasnya.

Beliau mengajak semua pihak mempertahankan tradisi dan adat Melayu serta tidak membincangkan hal ehwal istana secara terbuka dan menyerahkan kepada pihak berkuasa menyelesaikannya.
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2010 09:12 PM | Show all posts
Sultan boleh hilang kelayakan memerintah

KOTA BHARU 6 Jan. - Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra boleh hilang kelayakan sebagai pemerintah negeri ini jika baginda berterusan tidak berupaya dari segi fizikal dan mental untuk kembali bertugas.

Majlis Perajaan Negeri (MPN) akan membuat siasatan dan pertimbangan tentang keupayaan Tuanku Ismail Petra sebelum memutuskan sama ada baginda dapat memegang semula tampuk pemerintahan.

Menurut sumber, berdasarkan laporan panel doktor pakar dan semua pihak yang berkesempatan menziarah baginda, Sultan Kelantan itu semakin sembuh tetapi mereka secara umumnya masih ragu-ragu tentang tahap fizikal dan mental baginda untuk kembali bertugas.

''Di bawah Fasal 22A(1) Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan, apabila Duli Yang Maha Mulia Tuanku Al-Sultan Kelantan meninggalkan negeri lebih 30 hari atau jika baginda gering dan tidak boleh menjalankan hal ehwal negeri, maka Pemangku Raja boleh dilantik.

''Pemangku Raja hendaklah berhenti menjalankan tugasnya apabila Sultan pulang ke negeri atau apabila baginda sembuh.

''Namun, jika baginda pulang dalam keadaan yang masih gering dengan beberapa kecacatan besar dan berat, MPN boleh memutuskan jawatan itu terus dipangku," ujar sumber itu di sini hari ini.

Tuanku Ismail Petra menjalani rawatan susulan di Singapura sejak 24 Mei tahun lalu akibat serangan jantung dan pada hari yang sama, putera sulung baginda, Tengku Muhammad Faris Petra dilantik sebagai Pemangku Raja bagi menjalankan tugas Sultan Kelantan.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan pertelingkahan Istana Kelantan yang makin sukar dibendung berkaitan masalah hak dan bidang kuasa.

Follow Us
Post time 8-1-2010 02:43 AM | Show all posts
apelah maslah serambi mokah ni (kononnya).. dari rakyat (hiv), sampai mb (satu family), gomen (saman balak), politik (gaduh same sndiri), sampai raja (bini lari) skang begadoh nak jd soltan, tak sodar bapak azab tuh...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2010 07:38 AM | Show all posts
Nik Aziz bimbang kemelut istana

KOTA BHARU 7 Jan. - Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bimbang 'kecelakaan besar' akan melanda institusi diraja di negeri ini sekiranya kemelut Istana Kelantan berpanjangan sehingga menghakis kepercayaan rakyat.

Beliau berkata, sistem raja berperlembagaan yang memayungi rakyat dan menjadi tonggak kedaulatan negeri ini sewajarnya dipertahankan.

Bagaimanapun beliau yakin kemelut dalaman tersebut telah selesai apabila Pejabat Istana Kelantan mengeluarkan kenyataan bagi menjelaskan keadaan sebenar semalam.

"Saya harap kemelut istana sudah selesai tidak ada sebab (untuk terus berpanjangan)... nak tambah sikit lagi sistem beraja di rantau ini hanya tinggal di Malaysia. Indonesia, Singapura dan Filipina semuanya dah habis, tinggal kita seorang saja.

"Kalau kita (institusi diraja) tidak pandai jaga, orang peduli apa, rakyat peduli apa dan kalau kita sendiri buat kacau, rakyat akan kata tidak payah pakai sistem beraja, pakai sistem lain pula, ini 'celaka besar'," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kemelut Istana Kelantan yang dilihat tidak berkesudahan apabila pergolakan tersebut mendapat liputan meluas media.

Semalam, Pejabat Sulatan Kelantan menafikan peranan Tengku Temenggong, Tengku Muhammad Fakhry Petra yang mendakwa mendapat perkenan ayahandanya, Tuanku Ismail Petra untuk bertindak bagi pihak baginda di Singapura.

Menurut kenyataan itu, Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra sahaja yang berhak sepenuhnya untuk menyampaikan titah sepanjang ketiadaan baginda di negeri ini.

Ia reaksi pertama Pejabat Istana Kelantan berhubung konflik Istana Kelantan yang semakin memuncak apabila Tengku Muhammad Fakhry mendakwa menerima perkenan Sultan untuk menjalankan titah baginda dalam surat yang ditandatangani beliau.

Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am Pas berkata, kenyataan yang dibuat oleh Pengelola Istana, Datuk Abdul Halim Hamad itu diharap menyelesaikan kemelut yang melanda istana.
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 8-1-2010 10:14 AM | Show all posts
Apa sebenarnya peranan Institusi Raja ? Tak kan tak ada kajian terbaru ?

Negara ada PM ,setiap negeri ada MB .
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2010 10:14 AM | Show all posts
Apa sebenarnya peranan Institusi Raja ? Tak kan tak ada kajian terbaru ?

Negara ada PM ,setiap negeri ada MB .
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2010 03:23 PM | Show all posts
Kita tgk je la kesabaran PRK sampai bila......
nampaknya hati PRK blom terubat....tu sbb tk sudi hadir birthday bondanya rabu baru ni....
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2010 07:06 PM | Show all posts
Ni kes banyak sangat nak ke kuasa..kawe sokong Faris..dia ni rajin jumpo ore kampung...
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2010 07:08 PM | Show all posts
Daulat Tuanku .

Istana titah pergi , kubur titah mari .

Bila Tuanku nak mencemar duli ?
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2010 10:45 AM | Show all posts
nak tambah lagik...bukan ke masa PRK nak g ke Singapore baru-baru  ni naik keretapi pun lambat sampai sejam?
wau5555 Post at 6/1/2010 17:23

tu le..aku harap bila dah naik takta..jgn le benda2 ni terjadi lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2010 11:11 AM | Show all posts
sendiri ade akal pk ler...dah ler berkerabat2 lak tu...
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2010 02:21 PM | Show all posts
Daulat Tuanku .

Istana titah pergi , kubur titah mari .

Bila Tuanku nak mencemar duli ?
MataPena Post at 8-1-2010 19:08

takde adab rupanya!!!    :@
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 10-1-2010 02:24 PM | Show all posts
Kita tgk je la kesabaran PRK sampai bila......
nampaknya hati PRK blom terubat....tu sbb tk sudi hadir birthday bondanya rabu baru ni....
karis_kareena Post at 8-1-2010 15:23

saya baru nk sebut........keras ati  PRK ni.....nampak cam berpatah arang dah tu.......birthday bonda pun tk nak hadir.....tp takpe lah...kami faham.....mmg Prk dah abis sabar menahan kerenah.....
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2010 02:26 PM | Show all posts
hidup TMK....................
ambo sokong TMK

udah2 ler TT jadi boneka
tak baik aniaya kekanda TMK
songeh_jer Post at 6-1-2010 12:40

apa nk buekkkk.....TT sndiri tk rasa jd puppet.....mngkin die rasa apa yg die buat tu sekadar turut perintah je.....
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2010 02:50 PM | Show all posts
ye...betuilah tu....yg si ex-laki manohara nmpk sgt gila kuasanya....siap koling2 MB suh dtg ngadap...MB tak ikut perintah, marah....sangap sgt.....walaupun Faris ada  hak sbg pemangku tp kt lua ...
melia_star Post at 6-1-2010 11:47

TT tk gile kuase.....tk lahap.......die tk calling MB soh ngadap,...jauh skali nk marah MB......TT cuma jln kan arahan....tk sukar utk nk faham..........kan....

engko kalu bercakap bia realistik skit....realitinya smua anak2 Sultan ismail ni mesra dgn MB n exco...termasok TT......
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2010 03:05 PM | Show all posts
ye lah tapi kalau sultan buat surat perlantikan lain still boleh, kan?
kukulangau Post at 6-1-2010 11:53

sultan takkan buat perlantikan lain......lo ni SI masih tk pulih sepenuhnya.....kalau sudah 'sedar' nnt baginda jg akan mahukan putera sulungya jd penggantinya......

knape msti ada calon lain sedangkan bakal pengganti yg ada tersangat layak???
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:24 AM GMT+8 , Processed in 0.087970 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list