CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: azredclaw66

CERITA MISTIK CATATAN MERAPU AZRED

[Copy link]
Post time 18-12-2009 03:48 PM | Show all posts
Hadi menajamkan renungan makrifat dalam tafakurnya dan seketika kemudian dia ternampak susuk tubuh yang tegap dan tinggi berada tidak jauh di hadapannya. Wajah lelaki itu agak bengis seperti marah dengan kehadiran Hadi di situ.
“Assalamualaikum. Maafkan saya tuan, kalau menggangu.” Hadi menggunakan teknik getaran semadi telepathy untuk berbicara dengan makhluk yang sudah pasti berada dalam dimensi yang lain itu.


** caye citer ni...

next plisss...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2009 04:01 PM | Show all posts
best la penggunaan prosa  ayat dia.... baguih pakcik... nak sambungan plz.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2009 04:04 PM | Show all posts
best la penggunaan prosa  ayat dia.... baguih pakcik... nak sambungan plz.....
selimutpurple Post at 18-12-2009 16:01


Prosa ayat tu amende? Perosak ayat tu pakcik taulerr
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2009 04:06 PM | Show all posts
“Apa sebenarnya terjadi di sini?” getus hatinya. Hadi duduk mencangkung dan melakukan semadi tafakurnya sekali lagi. Kali ini apa yang kelihatan di kalbunya adalah percikan darah merata-rata di kawasan itu. Di telinganya semakin jelas hiruk pikuk jeritan dan rintihan sayu yang menyebak dada.
“Ah! Sudah pasti telah berlaku sesuatu yang tragis di sini suatu masa dahulu. Ikut firasat akulah, rasanya telah berlaku pembunuhan di sini!”
Hadi bangun dan mengangkat tangan kanannya ke hadapan seolah-olah menahan sesuatu sambil matanya masih terpejam. Sebenarnya dia sedang menggunakan ‘scanner’ getaran aura untuk mengesan kewujudan makhluk-makhluk lain.
“Memang ada tetapi getarannya sangat lemah seperti dibendung sesuatu.” Kata hati kecilnya.
Hadi mengambil keputusan untuk bersedia bermalam di situ. Dia sudah terlampau kepenatan untuk meneruskan pencariannya. Tidak langsung terlintas di hatinya walaupn sekelumit rasa takut kerana telah banyak pengalaman pelik dan menyeramkan pernah dilaluinya bersama Dr. Salam, bapanya. Dr. Salam bukan sahaja merupakan pensyarah kanan di Fakulti Metafizik, Universiti Utama Perlis tetapi juga telah lama dikenali sebagai seorang ‘Ghostbuster’ dan ahli psikologi.
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2009 04:13 PM | Show all posts
Tidak langsung terlintas di hatinya walaupn sekelumit rasa takut keranatelah banyak pengalaman pelik dan menyeramkan pernah dilaluinya bersamaDr. Salam, bapanya. Dr. Salam bukan sahaja merupakan pensyarah kanan diFakulti Metafizik, Universiti Utama Perlis tetapi juga telah lamadikenali sebagai seorang ‘Ghostbuster’ dan ahli psikologi.
azredclaw66 Post at 18-12-2009 16:06


sorry for the interruption...




** org jenis ni gak------> gifted...

next plisss...
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2009 04:15 PM | Show all posts
best la penggunaan prosa  ayat dia.... baguih pakcik... nak sambungan plz.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 18-12-2009 04:59 PM | Show all posts
Seringkali terdapat undangan dari seluruh pelusuk  Asia Tenggara yang memerlukan khidmatnya menentang keonaran makhluk-makhluk halus dan perbuatan sihir. Seingat Hadilah, sejak dia mula mengenali erti kehidupan, bapanya tidak pernah berhenti daripada membantu sesama insan yang ditimpa musibah.
“Tak apalah Hadi, Tuhan beri kita ilmu bukan untuk dipendam, gunalah sedaya mungkin selagi ada hayat untuk berjasa sesama insan sebagai bekalan kita di akhirat nanti.” Begitulah yang diucapkan Dr. Salam bila Hadi mempersoalkan kebajikan yang sering meletihkan malah menguzurkan orang tuanya itu.
Hadi menyiapkan tempat perlindungannya bagi menghadapi malam yang hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi itu. Dia memilih sepohon Teja yang agak rendang sebagai tempat berteduh. Ketika membersihkan tempat tidurnya, dia terjumpa sebilah keris yang telah patah dan berkarat. Masih jelas kesan darah hitam pekat di hujung keris itu.
“Rasanya keris ini dah berada di sini lebih daripada lima puluh tahun. Rapuh sangat dah besinya ni.” Kata Hadi lantas ditanamnya keris itu .
Kayu-kayu kering terdapat dengan banyaknya di situ untuk dijadikan bahan bakar agar malam yang bakal dingin itu tidak akan mengganggu tidurnya.
Hadi merenung langit yang semakin kelam. Dia bersyukur kerana langit kelihatan bebas daripada awan yang memungkinkan turunnya hujan.
“Tak apalah, mungkin esok aku dapat berjumpa seseorang. Sekarang, cari makan dahulu. Pisang banyak di kawasan ni. Tebu pun ada. Syukurlah ada parang ni, kalau tidak susah juga aku.”
Setelah bersolat maghrib, dia berbaring seketika menunggukan waktu Isya’. Di dalam kepalanya hanya memikirkan bagaimana untuk mencari arah kembali ke pantai Desa Peramu esok harinya.
“Bagaimana jika pulau ini tak berpenghuni lagi? Kepada siapa aku nak bertanya? Ah! Pasti ada caranya. Tengok sajalah apa yang perlu dibuat esok.”
Entah mengapa dia tiba-tiba berasa sayu ketika melemparkan pandangan ke persekitarannya.
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2009 05:52 PM | Show all posts
ok..

next...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-12-2009 06:59 PM | Show all posts
“Tempat ini suatu masa dahulu sudah tentu ramai penghuninya. Di bawah pokok ini pasti pernah menjadi tempat kanak-kanak bermain. Apalah agaknya telah terjadi...?” fikir Hadi.
Heeeee.............Heeeeeeee..............Heeeeeeeee.....Hadi tersentak seketika dikejutkan hilaian ketawa yang agak panjang. Bunyinya seperti seorang perempuan sedang ketawa mengilai-ngilai. Cuma hilaian tawa itu amat pelik dan menggerunkan sekali.
“Huh! Di pulau inipun kamu ada ye! Pergilah jauh-jauh. Aku tak ganggu kamu, jangan kamu pula cuba ganggu aku. Buruk padahnya!” laung Hadi sambil bangun berdiri. Matanya melingas ke sana sini memerhatikan sebarang pergerakan.
TAP !
“Aduh! Main kasar kamu ye! Hoi Langsuir! Kalau nak bermain sangat dengan aku, mari sini!” laung Hadi lagi setelah sebatang ranting kayu dilontar mengenai bahu kanannya. Dicubanya mengawal kemarahan yang semakin meluap kerana dia tahu kemarahan akan membuatnya lemah.
Heeeee.......Heeeeeeee........Heeeeeeeeeee.............
Hilaian itu semakin hampir bunyinya. Rimbunan pokok pisang tidak jauh di hadapan Hadi tiba-tiba bergoyang hebat seperti dilanda ribut.
"Siap kamu!"
Hadi menumpukan seluruh pancainderanya ke arah rimbunan pisang itu. Kaki kanannya dihentak ke tanah dengan agak kuat sambil dia berpeluk tubuh.
Rimbunan pisang seperti terbelah dan satu lembaga berpakaian putih kotor bagai terpelanting keluar. Lembaga itu jatuh hanya lebihkurang limabelas kaki sahaja dari tempat Hadi berdiri.Hadi dengan segera mengisar tumit kanannya.  Daripada biasan nyalaan unggun api, Hadi dapat melihat dengan jelas rupa makhluk yang terpaku di tanah kerana dikunci dengan jurus makrifat ‘Pasak Bumi’ olehnya .
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2009 07:04 PM | Show all posts
jurus makrifat ‘Pasak Bumi’ olehnya .
azredclaw66 Post at 18-12-2009 18:59


fuyoooo....
tendangan tanpa bayang tade ke??
cam citer pedang setiawan jer...

** ai em soriii....
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2009 07:08 PM | Show all posts
Baca dan buat kesimpulan sendiri.......
azredclaw66 Post at 18-12-2009 03:33 PM


Errrrrrr.....camtu la plak................isyyyyyyyy
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2009 07:50 PM | Show all posts
fuyoooo....
tendangan tanpa bayang tade ke??
cam citer pedang setiawan jer...

** ai em soriii....
ana_una Post at 18-12-2009 19:04


Sebenarnya apa yang ada dalam komik memang ada dalam seni bela diri kita sejak berabad lagi, cuma gelar dan caranya sedikit berbeza........Nak menuntut meh jumpo den
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2009 10:08 PM | Show all posts
Krrrrhhhh......Krrrrhhhh.......Krrrhhhhh..............
Makhluk yang tingginya hanya lebihkurang empat kaki dan berwajah seperti seekor kera tua dengan taring yang panjang itu mendengus kemarahan. Matanya yang kemerah-merahan terbeliak memandang ke arah Hadi.
“Aku dah kata jangan ganggu aku tapi kamu degil. Aku hanya menumpang bermalam di sini. Ini bumi Tuhan jadi sesiapapun boleh berada di sini. Aku terpaksa hapuskan kamu syaitan!” kata Hadi dengan tegas. Dalam hatinya dia bersyukur kerana dia tahu bahawa Langsuir Rimba lebih ganas daripada langsuir biasa yang hanya suka menyakat. Dia tahu bahawa Langsuir Rimba telah banyak kali merupakan punca kematian pemburu-pemburu dan pembalak-pembalak di hutan. Langsuir Rimba juga pernah dijumpai di waktu siang. Rakan bapanya, Pakcik Leman, seorang pesara TNB pernah menceritakan bagaimana dia dan kumpulannya pernah terserempak dengan Langsuir Rimba.
“Waktu itu Pakcik dan rakan-rakan ditugaskan membaiki talian letrik yang terputus di sebuah lebuhraya. Tempatnya Pakcik tak pasti tetapi di pinggir hutan Pahang. Terpencil sangat tempat tu. Ketika sampai di lokasi, kami ternampak seorang wanita duduk di pangkal sebatang tiang letrik yang hanya lebihkurang tiga puluh kaki sahaja daripada kedudukan kami. Ketika itu hari panas sangat, lebihkurang jam dua belas tengahari. Pakcik dan seorang rakan terus menuju ke arahnya. Kami tak terfikir pula mana ada manusia di kawasan itu. Ketika agak hampir, dia terus melompat tinggi ke atas tiang letrik tu. Terkejutnya Pakcik tidak terkata. Rakan Pakcik , Siva terus ambil kayu dan dibalingnya benda tu. Rambut langsuir tu tersangkut pada talian letrik tapi sekejap saja. Bila terlepas saja rambut dia, dia berpaling kejap pada kami. MasyaAllah, hodohnya muka dia. Kemudian cepat saja dia melayang masuk ke hutan. Siva ni gila sikit orangnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2009 10:30 PM | Show all posts
Tak ada sape nak komen ke? Kutuk pun ok gak, no prob...
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2009 01:03 AM | Show all posts
, Siva terus ambil kayu dan dibalingnya benda tu. Rambut langsuir tu tersangkut pada talian letrik tapi sekejap saja

peh.. leh tersangkot gak ker?,.. suwuh dia pakai sunslilk... guna jari pown bolez.. heheheheh
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2009 01:12 AM | Show all posts
dah lama tak dengar orang sebut pasal ilmu Pasak Bumi ni..
kroit pernah dengar 3 ilmu je,
- Pasak Bumi (kunci pergerakan dengan tanah)
- Sekayu Angin (bleh lompat tinggi and terapung jap di udara)
- Tahan Besi (kebal peluru, parang, keris, pisau etc..)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2009 01:37 AM | Show all posts
citer tiptop..
tak membosankn walaupun seram..
tak menyeramkn sgt..
hehehe..

ape2..
kedua2 ibu jari ku d angkat,
khas utk citer  TT
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2009 01:41 AM | Show all posts
citer tiptop..
tak membosankn walaupun seram..
tak menyeramkn sgt..
hehehe..

ape2..
kedua2 ibu jari ku d angkat,
khas utk citer  TT
z3t_ex Post at 19-12-2009 01:37

selimut setujuk... mang best ceriter pok cik,.... congrot.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2009 10:53 AM | Show all posts
Dipanjatnya tiang letrik tu dan diambilnya rambut si Langsuir yang terputus. Buat kenangan dan bukti katanya, kalau tidak nanti orang tak percaya ceritanya. Rambut benda tu keras macam dawai dan berbau busuk tengik pula . Siva tak lama dapat simpan rambut langsuir tu. Macam-macam jadi di rumahnya. Mereka sekeluarga pun asyik bergaduh saja siang malam. Kadang-kadang ternampak hantu tu bertenggek atas almari le, bergayut di kipas le dan di merata rata tempat lagi. Seram betul. Terpaksalah kami pergi hantarkan balik rambut tu ke tempatnya.”
Kreeeeehhhh........kreeeeehhhh........kreeehhhhhh
Makhluk itu bersungguh-sungguh cuba untuk terbang melarikan dirinya. Bagaimanapun Hadi tahu, dengan makhluk jin kafir yang dirasuk syaitan itu, tiada simpati untuknya. "Dah perangai syaitan, kalau dibiar lagi melampau!" detik hatinya.
Hadi menggunakan ilmu ‘Pedang Wali Ghaib’ iaitu pedang tenaga makrifat yang keluar dari tangan kanannya. Hadi mengerahkan tenaga dalamannya dan memusatkan perhatiannya kepada si Langsuir.
“Bismillah............Hancurlah kamu musuh Allah!” pekik Hadi sambil dicantasnya pedang ghaib itu ke arah Langsuir Rimba yang sedang terkial-kial. Cahaya merah keemasan pedang ghaib terus menyambar Langsuir Rimba. Satu letupan kecil kedengaran dan tubuh makhluk itu hancur menjadi debu. Serentak dengan itu juga, baharulah terdengar berkumandangnya bunyi cengkerik dan orkestra katak mewarnai malam.
Hadi memanjatkan kesyukuran kepada Tuhannya dan terus menunaikan solat Isya’.  Selepas itu, dia memagar ghaib di sekelilingnya dan terus melelapkan mata di perbaringannya.
Hadi terjaga pada waktu Subuh. Setelah menunaikan solat, dia duduk berzikir seketika sehinggalah hari semakin cerah. Ketika itulah matanya terlihat tapak-tapak kaki kecil di luar pagaran makrifatnya. Tapak-tapak kaki itu begitu banyak sekali dan kelihatannya dimiliki oleh kanak-kanak berusia tiga ke lima tahun. Hadi cuba mencari dari mana datangnya mereka dan ke mana pula perginya tetapi tapak kaki mereka seperti tiada permulaan dan akhirannya. Tanah berpasir itu jelas menunjukkan seolah-olah mereka muncul secara tiba-tiba dan berlegar di bawah pokok itu mengelilingi Hadi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2009 10:56 AM | Show all posts
Terimakasih semuo yang bui komen, baruler ado semangat pokcik nak nyambung cito ni hah!
Harap kamu semuo enjoyler sikit sebanyak yo.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Wanita Asing Puji Malaysia Negara Selamat, Tak Takut Jalan Sendirian Jam 5 Pagi di jalan lengang berhampiran pasar Pudu.Netizen berbelah bagi
YgBenarWanita Asing Puji Malaysia Negara Selama
Views : 9256 Replies : 43
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 23536 Replies : 145
Kedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbaloi’ – Pekerja Belia.Anda nak pindah Kedah?
YgBenarKedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbal
Views : 3051 Replies : 1
[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO SECRET ~ Go Kyoung Pyo, Kang Han Na, Joo Jong Hyuk  ~ Release Date 1 May
Rahah[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO
Views : 7436 Replies : 14
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 16425 Replies : 102
[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECIES - Ju Ji Hoon, Han Hyo Joo, Lee Hee Joon, Lee Mu Saeng
Rahah[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECI
Views : 5430 Replies : 65
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 105370 Replies : 1544
NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
malaysiaku123NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
Views : 69148 Replies : 388
[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim Soo Hyun, Kim Ji Won, Park Sung Hoon
Rahah[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim
Views : 21247 Replies : 425

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 02:54 AM GMT+8 , Processed in 0.334601 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list