CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 23231|Reply: 46

JIZZZ... KLONG! KLONG! Kisah Dongeng Atau Lagenda Di Sabah...

[Copy link]
Post time 18-12-2009 03:06 AM | Show all posts |Read mode


Kalau kat Pahang ada Naga Tasik Chini dan Melaka ada Pahlawan Hang Tuah sebagai contohnya... Kat Sabah ni ada cerita dongeng atau lagenda pepe tak...? Takkan takde kot...?


Jizzz... Klong! Klong!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2009 07:33 AM | Show all posts
Kisah puteri santubong...~
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2009 07:36 AM | Show all posts
Lagenda simpang mengayau...~
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2009 10:03 AM | Show all posts

Errr...

Kisah puteri santubong...~
cruz_phymalion Post at 18/12/2009 07:33




Puteri Santubong tu bukan ke kesah lagenda kat negeri Sarawak...?


Jizzz... Klong! Klong!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2009 10:03 AM | Show all posts

Hmmm...

Lagenda simpang mengayau...~
cruz_phymalion Post at 18/12/2009 07:36




Hapa citer pasal dia...?


Jizzz... Klong! Klong!
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2009 06:43 PM | Show all posts
Kisah puteri santubong...~
cruz_phymalion Post at 18-12-2009 07:33


ini hikayat dari sarawak geng...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-12-2009 06:44 PM | Show all posts
Lagenda simpang mengayau...~
cruz_phymalion Post at 18-12-2009 07:36


ah??? apa lagenda simpang mengayau ni???

aku sendiri tak pernah dengar
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2009 06:45 PM | Show all posts
Kalau Lagenda sabah tentang individu, macam melaka dengan hang tuah, sabah ada Mat Salleh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-12-2009 02:41 AM | Show all posts

Hah!

Kalau Lagenda sabah tentang individu, macam melaka dengan hang tuah, sabah ada Mat Salleh
sixfullbar Post at 18/12/2009 18:45




Salah satu kesah yang aku kurang puas hati... Siket jer yang diceritakan dalam Sejarah Malaysia Tingkatan 5... Aku berminat nak tahu dengan lebih lanjut lagi...


Jizzz... Klong! Klong!
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2010 12:31 AM | Show all posts
Kalau dekat sabah, ada lagenda kononnya ada Naga di atas gunung kinabalu dan mutiara naganya. Tapi mutiara ni diambil oleh 2 orang putera dari negara China. kalau nak tahu apa selanjutnya, rajin2 lah p muzium sabah k
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2010 02:49 PM | Show all posts
Cerita Dongeng Kuala Penyu


MisteriLada dan Perigi Ajaib
Pulau tiga bukan sahaja terkenal sebagai sebuah destinasiperlancongan yang terkenal, bahkan juga menyimpan banyak misteri masa lampau. Menurut cerita orang tua-tua, pada zaman dahulu terdapatsepohon lada padi yang ajaib di pulau tersebut. Batang sehaja sebesar pokok kelapa yangsudah berbuah. Jika ingin memetik buahnya anda terpaksalah memanjat. Walaubagaimanapuntidak pula diketahui lokasi sebenar, tumbuhnya pokok tersebut.


Dalam pada itu terdapat juga cerita tentang kewujudansebuah Perigi Ajaib ditepi pantai pulau tersebut. Walaubagaimanapun tidak semua orangdapat melihat lada dan perigi ajaib tersebut. Kepada sesiapa sahaja yang membaca ruanganini dan secara kebetulan berpeluang berkunjung ke Pulau Tiga, jangan lepaskan peluang andauntuk bersiar-siar diseluruh kawasan pulau tersebut. Siapa tahu mungkin anda berpeluangmelihat lada ataupun perigi ajaib tersebut. Tetapi awas, jika anda gagal menemuinya janganmenangis, dan seandainya pula anda berjaya melihatnya jangan lupa bertanya nombor EmpatEkot kerana andalah orang yang "bertuah".


Batu Nousung
Mengikut cerita nenek moyang kita, kononnya dahulukala adaseorang perempuan tua dan seorang anak lelakinya. Mereka dua anak beranak ini bolehlahdikatakan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Apabila anak lelaki itu sudahdewasa maka mengembaralah ia seorang diri untuk mencari rezeki serta kemewahan. Selangbeberapa tahun menjadilah ia kaya daripada isternya yang didatangkan daripada orangberada. Si pemuda tadi bersama isterinya serta pengikut-pengikutnya belayar dengan sebuahkapal.


Apabila si ibu tadi sedar akan kepulangan anaknya dengangembira dan terharu ia menyambut kedatangan yang dinanti-nantikan. Alangkah terkejut siibu apabila si anak tadi tidak mengakui bahawa ia adalah ibunya. Dengan hati yang hancurlebur maka si ibu pun menyumpah anaknya. lalu dengan serta merta kapal yang dinaiki olehanknya tadi bersama pengikut-pengikutnya pun telah menjadi batu. Bentuk kapal ataupun batutersebut masih kelihatan berdiri megah juga di persisiran tanjung pantai sawangan KualaPenyu.


BatuPayau, Batu Kuyuk (Anjing)
Kononnya pada zaman dahulu, ada seorangpemburu. Pemburuini sedang memburu rusa dengan menggunakan dua ekor anjing. Oleh kerana binatang rusa initerlalu laju maka ketinggalanlah pemburu berkenaan di belakang. Lalu rusa tadipun menujuke laut dengan disusuli oleh anjing-anjing tadi. Tidak berapa lama maka sampailah pemburutadi ketempat dimana rusa itu berada. Alangkah terkejutnya pemburu tadi apabila mendapatirusa dan anjing-anjing telah bertukar menjadi batu. Sehingga sekarang batu-batu berkenaanmasih kelihatan dipersisiran tanjung Pantai Sawangan, Kuala Penyu.


Peristiwa Sedih di Sebuah Gua di Batu Luang
Peristiwa sedih ini berlaku dizamandahulu. Ketika itu adasepasang pengantin yang baru saja melansungkan perkahwinan mereka di rumah pangantinperempuan. Setelah beberapa hari mereka menaiki pelamin, maka tibalah pula masanya merekapulang ke rumah pengantin lelaki (maya wagu kata orang tatana). Dengan diringi olehkeluarga masing-masing maka berangkatlah kedua pengantin siduatu pagi yang indah. Ketikamereka hampir di batu Luang, tiba-tiba angin bertiup kencang, awan manjadi gelap dandiikuti oleh hujan dengan lebatnya.


Menyedari situasi tersebut mereka pun bergegas untukberlindung didalam sebuah gua yang kini dikenali Gua Batu Luang. Setelah hujan berhentimaka mereka mulalah keluar dari gua tersebut. Pengantin lelaki merupakan orang yang keduaterakhir keluar. Orang yang terakhir masih didalam gua tersebut ialah pengantin perempuan.Sebaik sahaja pengantin perempuan tersebut menghulurkan kedua tangannya untuk ditarik olehsuaminya, tiba-tiba tanah didalam gua itu mendak/turun. Sisuami cuba menyelamatkanisterinya sedaya upaya namun isterinya hanya sempat menghulurkan cincin perkahwinan merekalalu lesap ditelan bumi. Sejauh mana kebenaran cerita ini sukar untuk dibuktikan. yangnyata gua tersebut masih wujud hingga kehari ini.


Kredit untuk http://www.sabah.org.my
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2010 03:06 PM | Show all posts
Yang penah aq dngr tentang kisah buaya putih ngan kelambu.http://www.catcheye.com.my/join/?r=42215
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2010 10:39 AM | Show all posts
Gua Gumantong...
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2010 11:15 AM | Show all posts
Dalam otak aku tetiba terlintas mitos TAMBUAKAR, sejenis raksasa laut yang serupa Ness.. ceritanya banyak dari mulut ke mulut oleh orang yang duduk di persisir pantai yang ramainya di huni oleh orang Bajau dan Brunei, siapa ada cerita, leh la share.. di harap momod rajin bagi tacang, baru ramai nak share info kat sini..
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2010 04:05 PM | Show all posts
mat saleh - pahlawan sabah
antenom - pahlawan murut
korom - pahlawan murut gak
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2010 04:08 PM | Show all posts
kisah bukit adik beradik kat tenom (kemabong/tomani) pun menarik tp kurang ditonjolkan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2010 04:14 PM | Show all posts
9# AceHand
legenda mat saleh kat sabah bermacam2 variasi. ada sesetengah orang mengatakan dia ni ketua lanun aka perompak gitu. dia lawan british pun pasal kuasa/pangkat dia tu ditarik balik oleh pihak british gitu. for me sbg sabahan tak de lah bangga sangat ngan mat saleh ni, lawan british pasal kuasa/pangkat.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2010 04:26 PM | Show all posts
10# kuppit
klu pasal gunung kinabalu ni, masing2 suku kaum di sabah ada crita sendiri. contoh kaum murut(timugon): Kononnya nama gunung kinabalu tu diambil dari seorang yg perempuan bernama :"balu". perempuan ni pula berkahwin ngan orang cina. lepas orang murut panggil orang cina ialah "kina". kononnya nama gunung tu di ambi sempena gabungan kedua-dua ni la. ok la ini cuma mitos gunung kinabalu bagi suku kaum murut timugon yg penah saya dengar dr org2 tua kat kg.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2010 08:30 AM | Show all posts
pahlawan bagi suku kaum kadazandusun dikenali sbg monsopiad klu tak silap la. kononnya pahlawan ini terpaksa di bunuh oleh suku kaumnya sendiri kerana terlalu hauskan darah. maksudnya, pahlawan2 dari suku kaumnya dipaksa oleh monsopiad ni utk bertarung dgnnya hanya semata-mata melepaskan giannya. krn tu la dia terpaksa di bunuh oleh suku kaumnya. klu info salah tlg maafkan la saya.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2010 08:31 AM | Show all posts
BALAN-BALAN korg tak nak share ka?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 01:25 PM GMT+8 , Processed in 0.123194 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list