CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 9373|Reply: 47

ROMPAKAN KABINET DI [ASTRO RIA] [JUMAAT 1 JAN 2009]

[Copy link]
Post time 29-12-2009 02:55 AM | Show all posts |Read mode
skarang ni slalu sgt tgk promo drama ni kt astro ria. my 1st impression, drama ni agak berbeza dr drama2 melayu yg lain. mungkin dpt keluar dr kepompong typical drama melayu. 7 org pelakon yg merompak bank tu suma pelik2 dan dr background yg berbeza. ada hattan, sabri yunus, zahiril adzim dan rmai lagi. dan aku prasan sgt markyong sehati berdansa pon ade jgk.

try google cari info tntang drama ni, rupa2nya ini adalah 1st drama arahan melissa saila. and i also found this article.

Oleh Hartati Hassan Basri
hartati@hmetro.com.my

Kini pada usia 37 tahun, Melissa Saila mahu membina tapak kukuh sebagai pengarah dan penerbit.

Anak seni mewarisi bakat bapa saudara, Tan Sri P Ramlee dan ibunya, Mariani Ismail, baru saja selesai mengarahkan drama untuk Astro, Rompakan Kabinet yang diterbitkan produksinya sendiri, Kus Semangat Aktor Sdn Bhd yang ditubuhkan pada Februari lalu.

Produk sulung Melissa ini bukan saja menarik kerana judulnya, Rompakan Kabinet bukannya rombakan kabinet, malah skripnya ditulis suaminya, Megat Fauzi Shukarnain.

Ia dijayakan tujuh pelakon lelaki yang memegang watak utama, antaranya Hattan, Sabri Yunus, Zahiril Adzim dan Bronz Palare manakala pelakon wanita ialah Sofia Jane, Tengku Azura dan Mariani.

Melissa sendiri muncul sebagai cameo.

Agak mengejutkan juga apabila produk sulungnya ini beres dalam tempoh lima hari saja apabila memulakan penggambaran pada 28 September dan selesai pada 2 Oktober lalu.

Ibu tiga anak, Noor, Zain dan Zahrah ini mengakui bukan mudah menjadi pengarah dan penerbit kerana waktu sama memikul tanggungjawab sebagai isteri dan ibu.

Bagaimanapun, katanya, kerana semangat dan minat, segala rintangan itu dihadapinya dengan tabah.

Apatah lagi Melissa memulakan penggambaran tiga bulan selepas melahirkan akan ketiga, Zahrah pada 16 Jun lalu.

Katanya, impian bergelar pengarah dan penerbit sebenarnya sudah lama timbul dan ia dimulakan dengan menghasilkan drama pendek untuk menyertai pertandingan.

Bermula dengan Putau Vs Bakpau pada 1998 diikuti Kongsi Dalam Gelap (2005) untuk menyertai BMW Short Movie Competition dan kini melangkah setapak lagi menghasilkan produk untuk televisyen.

“Sejak dulu lagi apabila melihat Erma Fatima dan Fauziah Datuk Ahmad Daud (Ogy) menjadi pengarah, saya juga mahu mengarahkan drama dan filem.

“Ketika itu saya belum cukup yakin, tetapi bermula dengan menghasilkan filem pendek.

“Saya rasa sekarang masa paling sesuai untuk menghasilkan drama untuk televisyen kerana melihat banyak peluang untuk penerbit tempatan dengan kehadiran stesen swasta, stesen berbayar dan juga stesen kerajaan.

“Sokongan daripada suami menguatkan lagi semangat saya. Apabila dapat skrip yang ditulis suami, saya rasa drama ini sesuai untuk Astro. Dari situ, saya mula mencari peluang dengan meyakinkan mereka dan akhirnya diterima. Lebih setahun jugalah saya berusaha meyakinkan mereka.

“Saya terharu kerana Astro bersikap terbuka dan memberi peluang kepada pengarah baru seperti saya. Konsep komedi yang saya paparkan dalam Rompakan Kabinet agak berbeza dengan drama komedi yang selalu kita tonton di televisyen kerana ia bukan lawak slapstik.

“Ceritanya ada mesej dan penonton boleh ketawa melalui dialognya yang lucu. Drama ini juga dijayakan pelakon bukan komedi seperti Bronz, Zahiril dan Hattan,” katanya.

Kata Melissa, dia selesa mengarahkan drama yang ditulis suaminya kerana lebih tahu apa yang diinginkan penulis skrip.

Katanya, dia juga tampilkan pelakon lelaki yang bukan pelakon komedi untuk watak utama (kecuali Sabri Yunus) untuk kelainan manakala pelakon wanita sebagai penampilan khas.

Mengenai pengalaman bekerja dengan pelakon lelaki berpengalaman, Melissa mengakui pada mulanya agak gementar juga maklumlah ini karya pertamanya, namun apabila melihat mereka menghormati dirinya sebagai pengarah membuatkan dia selesa bekerja dengan mereka.

“Ini drama pertama saya, sudah tentu banyak yang perlu saya belajar tambahan pula berhadapan dengan pelakon lelaki berpengalaman terutama Sabri Yunus.

“Saya cuba susun jadual dengan mulakan babak ringan dan agak relaks dulu. Mereka juga menghormati saya sebagai pengarah dan memberikan kerjasama yang cukup baik.

“Tapi bukan mudah jadi pengarah kerana ia menuntut komitmen yang sangat tinggi. Selepas ini saya harap dapat peluang buat drama lain untuk stesen lain pula,” katanya mengakui seorang yang lasak dan suka berpakaian ranggi sejak kecil dan tidak selesa bergaya dengan pakaian feminin berskirt.

Mengenai tempoh penggambaran begitu pendek hanya lima hari sedangkan biasanya untuk menghasilkan telefilem 90 minit sekitar 10 hari, Melissa mengakui cara itu dilakukan untuk mengurangkan kos.

Bagaimanapun, katanya, persiapan rapi dilakukan sebelum memulakan penggambaran.

“Mungkin agak mengejutkan apabila saya berjaya menyiapkan drama ini dalam masa lima hari, tetapi itu bukan bermakna saya buat kerja cincai.

“Saya buat persiapan rapi selama sebulan sebelum memulakan penggambaran untuk sesi membaca skrip dan juga latihan supaya segalanya berjalan lancar dan tidak membuang masa ketika penggambaran.

“Dari awal lagi saya juga maklumkan kepada pelakon yang saya terpaksa melakukan penggambaran lima hari saja kerana tidak mampu membayar harga untuk penggambaran yang lama.

“Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar dan tiada masalah di lokasi kerana bekerja dengan pelakon berpengalaman.

“Saya juga menjaga kualiti dengan melakukan penggambaran menggunakan kamera yang bagus (digital beta) serta penyunting berpengalaman walaupun terpaksa membayar harga tinggi. Kini saya sibuk dengan proses suntingan dan drama ini dijangka disiarkan di Astro Ria Disember nanti,” katanya.

Walaupun penggambaran dramanya singkat, Melissa atau nama sebenar, Melissa Mohd Alias berkata, dia tidak bersetuju dengan sikap sesetengah pengarah yang melakukan jadual penggambaran melampau.

“Saya sedih apabila mendengar cerita ada pengarah meneruskan penggambaran dari pagi sampai awal pagi keesokan hari untuk memastikan drama siap segera. Ia jelas melanggar peraturan ditetapkan supaya kru diberi rehat selepas lapan jam bekerja.

“Saya sendiri kalau berlakon, akan menetapkan penggambaran hanya pada waktu siang, tetapi kalau terpaksa melakukan penggambaran pada waktu malam, perlu selesai sebelum 12 tengah malam.

“Mungkin dulu saya tidak kisah dengan jadual melampau kerana ketika itu masih bujang, tetapi kini apabila bergelar isteri dan ibu, semua itu harus dipertimbangkan,” katanya yang baru saja selesai menjayakan drama arahan Ogy, Tersungkur Di Pintu Syurga.
credit to harian metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2009 04:12 PM | Show all posts
pernah tgk x drama "gaduh" lakonan zahiril?x kuar kt tv..kisah bdk sekolah dgn mslh perkauman..tgk aar..for me kualiti gak drama tu..
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2009 04:12 PM | Show all posts
lupa nk komen ttg drama ni...mcm menarik..sama2 kita nantikan...
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2009 06:50 PM | Show all posts
iols tetengok iklan cte ni tuari..markyong koreograper isma pon blakon gak ek
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2009 09:54 PM | Show all posts
tk sabar nk tgk drama nie ..!
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2009 10:09 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-12-2009 11:03 AM | Show all posts
Tgk promo cite ni cam unik sket lah kisah nya....
Selagi x tgk x leh lah nk judge kan???
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2010 10:13 PM | Show all posts
starting je citer dier ..dh kelakar giler ...zahiril adzim looks different ..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-1-2010 11:53 PM | Show all posts
Best la jugak crite ni, very funny. Aku paling suka watak Bonsai, lakonan Hazarul Hasnain. Rupa2nya dia yg ambik barang kemas tu

Yg jadi anak Sabri Yunus tu pun lawak, suka menari
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2010 03:32 AM | Show all posts
tgk memuler jer pas tuh tertdo.. tgk sampai yg diorang gi balai polis tuh kot..
best la gak.. nyesal tertdo
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2010 07:08 AM | Show all posts
Mengalahkan game GTA San Andreas
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-1-2010 08:50 AM | Show all posts
siyes, aku mmg suka drama ni sbg pembukaan tahun 2010. cerita dan lawak yang nampak bijak. paling suka si bonsai tu la. muka nmpk nerd gile, cm anak mak, skali rupenya dia yg kebas barang kemas tu suma. 1st yg aku tegelak tak igt masa dia tanya yg kita nak rompak ni bukan bank islam kan? aku pon dok terpk apa kene mengena bank islam ngan plan diorg. rupenya mak dia smpan duit kat bank islam.
watak lg 1 yg aku suka, mamat peragut yg beli buku doa murah rezeki tu..hahah..gigih tu dah meragut beg org, sggup patah bali sbb buku doa yg dia beli terjatuh kt jalan.
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2010 10:27 PM | Show all posts
mmg lawak ar cite ni... mmg xterpk langsung si BO punye keje...
ank sabri yunus 2 pn lawak... bendul gile... siap gi report polis lagik...
setiap watak mmg best arr...

jarang tgk drama melayu komedi ala2 bijak ni...
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2010 11:06 PM | Show all posts
ada ulangan tak citer nie... dr respons korang cambest jer......

yg tak faham aper citer si hattan wat kat hotel tue (tukang citer ker aper)... tengok sekratnya jer pasal cbuk tgk cenel laing..!
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2010 11:08 PM | Show all posts
kira aku bertuah gak a sebab tertengok citer nih.. memang menarik.. lawak yg tak poyo..
yg belakon jd anak sabri yunus tu memang pelik gitu ato dlm citer nih aja
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2010 12:54 AM | Show all posts
ada ulangan tak citer nie... dr respons korang cambest jer......

yg tak faham aper citer si hattan wat kat hotel tue (tukang citer ker aper)... tengok sekratnya jer pasal cbuk tgk cenel laing..!:sw ...
logy Post at 2-1-2010 23:06

Owh. Masa part yg mula2 tu (kat lobi hotel, yes), Hattan bersama Zahiril Adzim dan Hazarul Hasnain (Bonsai) tgh rancang plan diorang nak merompak bank.

Then, babak kat situ yg kali kedua (masa dah nak habis), Hattan dan ZA dah sedar yg sebenarnya Bonsai member diorang tu yg ambik barang kemas tersebut.

Ko kena tgk full baru bleh faham kaedahnya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2010 01:00 AM | Show all posts
pernah tgk x drama "gaduh" lakonan zahiril?x kuar kt tv..kisah bdk sekolah dgn mslh perkauman..tgk aar..for me kualiti gak drama tu..
true^eye Post at 30-12-2009 16:12

Thanks la ek for the info. Aku baru jerr selesai menonton crite Gadoh tu, ada orang upload kat YouTube.

It's very good, banyak mesej berguna yg disampaikan dengan berkesan: isu perkauman, rasuah, bahaya berhutang, politik cikgu sekolah, pelajar lemah disisihkan cikgu

Tapi kalo nak tgk mmg kena open-minded sket la sebab banyak dialog carutan dan makian.
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2010 01:04 AM | Show all posts
Aku sangat respect ngan Zahiril Adzim. Dia bukan calang2 pelakon hokay. Aku ni susah nak minat artis Malaysia, so that REALLY says something about him.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-1-2010 11:18 PM | Show all posts
markyong dlm cite ni mmg banyak tanya. tanya detail plak tu, lepas satu, satu. aku lawak gile masa diorg tgk tv tu. aku tertanya2 jgk, letrik dah kene potong, cmna plak diorg leh tgk tv. rupanya memang tgk tv saje, tgk muka masing kt dalam tv..hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2010 01:23 AM | Show all posts
markyong dlm cite ni mmg banyak tanya. tanya detail plak tu, lepas satu, satu. aku lawak gile masa diorg tgk tv tu. aku tertanya2 jgk, letrik dah kene potong, cmna plak diorg leh tgk tv. rupanya meman ...
senahsirap Post at 3-1-2010 23:18

Kak Senah! Lama tak nampak. Masih setia ngan forum ni ya dari awal dekad lepas
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 12:36 PM GMT+8 , Processed in 0.237061 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list