CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6358|Reply: 7

warisan empeng (mengemping)

[Copy link]
Post time 9-1-2010 07:28 AM | Show all posts |Read mode
Semarak warisan mengemping

Oleh HARIS FADILAH AHMAD



Dua wanita melakukan aktiviti `mencuas' supaya emping tidak melekat pada dasar lesung selepas ditumbuk di Kampung Gintong, Jerantut baru-baru ini.

JERANTUT 8 Jan. – Kegiatan menumbuk emping suatu ketika dahulu sangat sebati dengan masyarakat petani di luar bandar apabila tiba musim menuai padi.

Emping juga dianggap makanan istimewa kerana ia cuma diperoleh ketika musim menuai dan padi segar.

Suasana yang meriah dengan bunyi tumbukan lesung dan celoteh penduduk termasuk ada yang melatah ketika mengemping, cukup istimewa.

Hubungan akrab sesama jiran sekampung menyuntik kemeriahan ketika menyediakan makanan tradisional itu.

Makanan itu lazimnya digemari setiap lapisan masyarakat terutama ketika minum petang mahupun untuk tetamu yang bertandang.

Namun begitu, disebabkan perubahan kehidupan dan tempias kemodenan, kegiatan menumbuk emping semakin dilupakan.

Malah, tidak keterlaluan dikatakan ada di kalangan generasi hari ini yang tidak mengetahui kewujudan emping, bagaimana membuatnya dan keenakan makanan yang menjadi warisan masyarakat Melayu lampau itu.

Menyedari ia semakin di ambang kepupusan, seramai 120 penduduk dari 30 keluarga di Kampung Gintong, dekat sini melaksanakan pesta mengemping baru-baru ini.

Pesta mengemping itu disambut meriah apabila Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung (JKKK) Gintong/Sokti dan penduduk di situ berhasrat untuk memperkenalkan cara membuat emping kepada generasi hari ini, selain bersyukur selepas memperoleh hasil tuaian dari kira-kira 200 hektar sawah.

Kehadiran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Damak, Datuk Lau Lee yang turut menumbuk emping dengan penduduk kampung itu telah memeriahkan lagi suasana sambutan.

Pengerusi JKKK Gintong/Sokti, Azhar Daud, berkata, pihaknya terpanggil untuk menyemarakkan kembali warisan mengemping itu di kalangan penduduk di situ selepas musim menuai.

“Kegiatan ini mendedahkan kemahiran membuat emping di kalangan generasi hari ini dan pelawat juga dapat mengenali keunikan warisan petani Melayu Pahang khususnya yang tinggal di pedalaman,” katanya kepada pemberita.

Menurut Azhar, tanpa mengeluarkan modal dan hanya bergabung tenaga serta kemahiran, emping yang enak dihasilkan dalam masa tiga jam.

Seorang penduduk Gintong, A. Bakar Chik, 58, berkata, amalan mengemping selepas musim menuai tetap segar di kalangan petani kampung berkenaan.

“Walaupun dihambat kepesatan teknologi, amalan mengemping padi membolehkan anak-anak muda menghayati teknik membuat makanan ini termasuk penggunaan peralatan tertentu,” katanya.

Seorang penduduk, Ainon Rafidah Saidin, 60, berkata, orang-orang tua di kampung itu masih meneruskan aktiviti mengemping.

“Hampir setiap musim kami menanam padi termasuk pulut untuk membuat emping bagi makanan keluarga dan selebihnya dijual di pasar tani,” katanya.

Menurut Ainon, untuk menghasilkan emping yang enak dan wangi mereka masih mengekalkan cara dan teknik tradisional.
Rakannya, Hairani Zakaria, 46, berkata, peralatan tradisional masih digunakan, iaitu bermula dengan mengetam padi, menjemur, menggoreng menggunakan dapur kayu dan menumbuk dengan lesung.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-1-2010 07:29 AM | Show all posts
Perlu diambil alih generasi hari ini

LAU LEE (tiga dari kiri) bersama Azhar Daud (kiri) menghindik lesung pada pesta mengemping di Kampung Gintong, Jerantut, baru-baru ini.

JERANTUT 8 Jan. - Aktiviti menghasilkan makanan berasaskan padi, iaitu emping wajar dipertahankan dan perlu diambil alih oleh generasi hari ini bagi memastikan kesinambungan kepada tradisi berkenaan.


Sehubungan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Damak, Datuk Lau Lee berkata, pesta mengemping perlu dijadikan agenda tahunan di kalangan petani pedalaman daerah Jerantut bagi meningkatkan minat generasi muda.

Beliau berkata, sekarang ini hanya dua buah kampung di daerah Jerantut, iaitu Kampung Gintong dan Kampung Sokti yang mengusahakan tanaman padi dan membuat emping.

''Saya amat gembira kerana penduduk di sini masih mengamalkan budaya lama iaitu bersawah padi dan membuat emping untuk makanan keluarga dan komersial.

''Lebih pentingnya budaya ini terus subur dan diharap pihak tertentu dapat mengetengahkan kegiatan ini kepada pelancong yang singgah di Taman Negara Kuala Tahan," katanya semasa merasmikan pesta mengemping di Kampung Gintong, dekat sini baru-baru ini.

Menurut beliau, kegiatan berkenaan juga dapat mengangkat imej kedua buah kampung berkenaan sebagai pusat pengeluaran padi dan produk makanan emping di daerah Jerantut.

Lee berkata, usaha itu wajar dipelajari oleh generasi hari ini sekali gus menjadi sumber pendapatan apabila emping dikomersialkan menerusi teknik pembungkusan dan penjenamaan yang sesuai.

Pesta mengemping yang menarik perhatian pegawai kerajaan dan media, jelas Lee perlu disemarakkan setiap tahun selepas petani selesai menuai padi sekali gus sebagai pakej bagi menarik pelawat luar ke kampung berkenaan.

'' Pesta mengemping mempamerkan nilai kerjasama dan perpaduan penduduk selari dengan konsep 1Malaysia apabila ada pembabitan pelawat luar dan kakitangan kerajaan," katanya.

Beliau menambah, warisan itu perlu dipulihara kerana ia sinonim dengan kehidupan masyarakat petani Melayu di luar bandar selain agar tidak lenyap ditelan zaman.



dak jaman sekarang.. .emping pun tarak tahu aper dia.. .let alone process mengemping sumer nih.. bagus gak kalu diperkenalkan... supaya tak lapuk dek hujan... ekkk
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2010 08:42 AM | Show all posts
kalau kat perlis dulu mak ada buat. penat wo tumbuk. sakit tangan. dia guna padi khas bukan macam yg kita makan. isi warna hijau. kalau muda dipanggil ringgi. yang tua emping. ringgi ni makan gitu je. Emping makan ngan kelapa parut campur gula. sedap. nyum nyum
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2010 11:05 PM | Show all posts
salam,

suka gak makan emping ngan kelapa
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2010 04:16 PM | Show all posts
hangpa tau tak ringgi?
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2010 04:48 PM | Show all posts
5# paler kembang

ringgit tau la..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-2-2010 10:04 PM | Show all posts
Ringgi tu 1000 x ganda sedap dari emping!...
Ringgi (emping muda).. padi muda yang masih bersusu (belum berberas) diketam, kemudian direndang agar susu menjadi beku, kemudian ditumbuk... hasilnya susu beku yang kehijauan macam emping.  Itulah 'ringgi'.  Harga ringgi sekarang secupak RM40
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2010 07:28 PM | Show all posts
7# paler kembang

Duduk kat Malaysia dah puluhan tahun... first time lak baru tau pasal ringgi ni

tq
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 03:47 PM GMT+8 , Processed in 0.319400 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list