CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4863|Reply: 6

Faizal melawan penyakit kritikal!

[Copy link]
Post time 9-1-2010 10:29 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by snowey_dey at 9-1-2010 10:34

Faizal melawan penyakit kritikal!
Oleh FERIDE HIKMET ATAK
feride.hikmet@kosmo.com.my


    Siapa sangka, penyanyi yang begitu bertenaga setiap kali membuat persembahan, Faizal Tahir rupa-rupanya sedang bergelut dengan penyakit trombosis pembuluh darah (DVT). Lebih menggerunkan statistik mendapati DVT merupakan penyakit pembunuh kedua selepas penyakit jantung dinegara ini. Penyakit Faizal sudah berada di tahap kritikal sehingga membuatkan dirinya agak sukar berjalan sekali gus kini terpaksa menggunakan tongkat untuk bergerak. Malah, penyakit Faizal boleh membawa maut jika tiada rawatan secara serius. Kepada sesiapa yang mungkin kurang faham mengenai penyakit DVT, ia merupakan keadaan di mana berlakunya pembekuan darah dalam saluran darah.

     Antara faktor penyebab DVT adalah luka di dalam saluran darah akibat kemalangan jalan raya dan pembedahan ortopedik terutamanya pembedahan tulang, lutut dan pembedahan besar di bahagian perut. Menurut Faizal, penyakitnya masih lagi dalam pemulihan yang memerlukan jangka masa sehingga lima ke enam bulan untuk pulih sepenuhnya.

"Alhamdulillah, setakat ini penyakit saya baru 50 peratus pulih. Saya percaya pasti ramai yang keliru dengan keadaan saya. Memang pada hari pertandingan separuh akhir Muzik-Muzik, saya tidak dapat membuat persembahan sebab jangkitan paru-paru.

"Tapi dua minggu selepas itu, saya terpaksa masuk wad semula sebab menghidap DVT. Ingatkan penyakit saya ini sekadar di tahap awal, rupa-rupanya dah kritikal.

"Semua ini terjadi sebab komplikasi daripada pembedahan kaki saya yang dibuat tiga bulan lepas," katanya.

     Tambah Faizal, kerana penyakit itu juga membuatkan dirinya agak lama mencari kata putus sama ada akan beraksi pada malam Anugerah Juara Lagu 24 (AJL24) ataupun tidak. Baru minggu lalu, Faizal memberi jawapan kepada pihak pengurusannya, Monkeybone untuk nekad beraksi di pentas AJL 24 demi peminat-peminat yang menyokongnya selama ini.

Berkerusi roda di AJL

     Tahun lalu, Faizal telah melakukan beberapa gimik ketika membawakan lagu Sampai Syurga dan Coba pada AJL 23. Pastinya ramai yang menanti apakah persembahan Faizal kali ini tatkala membawakan lagu Bencinta. Dengan keadaan kesihatan Faizal yang kurang stabil, Faizal mengambil jalan selamat untuk beraksi sederhana. Malah pada awal perancangan, dia mahu menggunakan kerusi roda ketika AJL 24 nanti.

"Saya berjalan pun bertongkat, tak boleh nak jalan banyak. Jadi dari segi persembahan, saya buat ala kadar sahaja, tak mahu buat lebih-lebih sebab saya kena kira kesihatan saya juga.

"ada permulaan memang saya terfikir untuk menyanyi dengan berkerusi  roda. Setakat sebuah lagu yang tidak sampai tiga minit, rasanya saya masih boleh kawal diri saya.


"Cuma saya akan ambil pil tahan sakit sebelum persembahan. Waktu itu saya akan nyanyi apa yang termampu sahaja. Apa nak jadi selepas itu,jadilah.


"Saya pun tak mahu terlampau agresif sangat kerana darah beku yang ada dalam tubuh saya boleh pecah dan mungkin mendatangkan maut," katanya yang bakal mengeluarkan album baru tidak lama lagi.

     Ditanya tidakkah ubat penahan sakit itu mungkin akan membawa kesan sampingan kepadanya, Faizal memberitahu ubat itu hanya akan diambil ketika menjalani aktiviti nyanyian sahaja. Bagi penyanyi berusia 31 tahun itu, persembahannya di AJL 24 nanti sekadar menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang penyanyi profesional.

"Risiko ini berbaloi. Alhamdulillah, saya lakukan semua ini untuk komitmen kerja sahaja mengikut nasihat doktor yang telah ditetapkan.

"Lagipun saya mahu membuka tirai 2010 dengan persembahan saya di AJL 24. Pada persembahan sambutan tahun baru 2010 baru-baru ini saya turut mengambil ubat tahan sakit ketika menyanyi. Tetapi, selepas itu saya sakit teruk di rumah.

"Kali ini saya tidak meletakkan sebarang harapan yang tinggi untuk menang atau membawa trofi. Persembahan saya cuma sekadar tanggungjawab yang harus saya lakukan demi peminat yang menyokong saya selama ini," jelas Faizal yang akan berehat seketika selepas AJL 24 untuk menjalani rawatan.

Tidak letak harapan

    Beritahu Faizal lagi, persaingan peserta pada kali ini begitu sengit memandangkan ramai pendatang-pendatang baru yang hebat pada malam itu.


"Rasanya saya tidak boleh bersaing dengan sesiapa pun dalam AJL 24 kecuali dengan diri sendiri. Sebab itu saya tidak letak harapan yang tinggi.


"Apa pun saya percaya penyanyi seperti nama Yuna, Aizat dan Stacy pasti akan naik kerana merekalah yang banyak memberi perubahan dalam industri muzik kita," katanya.

   Tidak dapat untuk berehat lama, Faizal bakal sibuk untuk mempromosikan album baru. Menurut Faizal, biarpun kesihatannya tidak begitu memberangsangkan, dia begitu teruja untuk melihat peminat yang sudah dua tahun menanti kehadiran album barunya. Malah, Faizal mungkin akan mengadakan konsert jelajah sempena album barunya dan perancangan itu akan dibentangkan kepada Monkeybone.


http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0109&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_01.htm

*******

all the best faizal...may god bless you..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-1-2010 10:37 AM | Show all posts
haha.. ikon kt dlm artikel tu aku tersilap ye..harap maklum..malas nk edit dua kali..
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2010 11:14 AM | Show all posts
harap2 faizal tahir akan menjadi juara. semangatnya kental seh
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2010 11:26 AM | Show all posts
yeah.... aku bangga dengan dia.. tapi da sakit2 ni bawak2 la bertaubat
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2010 11:40 AM | Show all posts
Gigih betul nk menyanyi walaupon dlm keadaan sakit...
Jangan jadi perkara2 yg tidak diingini lepas persembahan sudahlah...
All the best..
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2010 01:36 AM | Show all posts
[quote]yeah.... aku bangga dengan dia.. tapi da sakit2 ni bawak2 la bertaubat
nanaz Post at 9-1-2010 11:26 [/quote



sama la ngan org y ckp tuh..
biarlh kt brdoa y baik2 jer..
itu semua Tuhan y tentukn...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-1-2010 09:40 PM | Show all posts
aku seriau FT makan ubat tahan sakit tu...kang addict mcm MJ....

go FT we love u!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 12:51 AM GMT+8 , Processed in 0.067649 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list