CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 33134|Reply: 51

Gunung tercantik di dunia

[Copy link]
Post time 15-1-2010 06:24 AM | Show all posts |Read mode
Gunung tercantik di duniaOleh AMREE AHMAD dan FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA
rencana@kosmo.com.my



DUA tahun lalu, gunung berapi itu pernah dimasukkan untuk pencalonansepuluh kawasan semula jadi dalam senarai terbaru Tujuh Keajaiban Duniasebelum 'disingkirkan' oleh jirannya sendiri, Puerto PrincesaSubterranean.
Bagaimanapun, ramai melihat kegagalan Mayon di wilayah Albay diBicol, selatan pulau Luzon di tengah Filipina itu akibat kebimbanganpihak berkuasa berikutan kemunculan tanda-tanda amaran ia akan aktifdan mengganas semula.
Hakikatnya, Mayon tidak pernah meragut mangsa sejak 16 tahun laluselepas ia membunuh 77 orang pada 1993, itu pun disebabkan kedegilanpenduduk terbabit mengikut arahan pihak berkuasa supaya merekaberpindah. Sebaliknya mereka masih leka bercucuk tanam di kebun.
Di sebalik persepsi negatif, Mayon tidak memiliki sejarah kejam,bahkan penduduk menggelarnya Magayon sempena kisah legenda seorangsrikandi Filipina, dikenali sebagai Daragong Magayon yang berertiwanita cantik dalam dialek tempatan.
Tidak hairanlah, sesuai dengan namanya, Mayon dianggap gunung berapitercantik di dunia. Termasuk dalam kategori stratovolcano iaitumemiliki banyak lapisan bertingkat, ia turut dirujuk kerana bentuk konsimetrik paling sempurna.
Dari segi geografi, Mayon yang mencatat ketinggian 2,462 meter dariparas laut itu ialah sebahagian daripada lingkaran api Lautan Pasifikdan disifatkan gunung berapi paling aktif di Filipina berbandingPinatubo, Taal, Canlaon dan Ragang.
Ironinya, Mayon yang terletak hanya sepuluh kilometer dari TelukAlbay itu dikelilingi pula oleh banyak zon perbandaran yang padatpenduduk iaitu Legazpi, Daraga, Camalig, Guinobatan, Ligao, Tabaco,Malilipot dan Santo Domingo.
Bayangkan rekod 49 kali letusan, ia mencipta rekod sebagai gunungpaling kerap memuntahkan lahar berbanding saingan terdekat, Taal yangsetinggi 400 meter. Taal sudah meletus sebanyak 33 kali sejak 1572hingga 1977.

GUNUNG Berapi Mayon dianggap gunung berapi tercantik di dunia kerana memiliki banyak lapisan bertingkat.

Mereka yang hidup di sekitar Mayon boleh dianggap lali malah bosandengan arahan kerajaan untuk bersiap siaga dipindahkan tetapikesudahannya, ia menjadi 'pembaziran' apabila gunung itu tidak pulameletup.
Dilema
Kali terakhir pemindahan besar-besaran melibatkan lebih 73,000penduduk apabila Mayon meletus pada 1984 dan sejak itu, jumlah merekayang diarahkan berpindah semakin berkurangan dan ramai lebih rela matidi rumah sendiri.
Ada yang mempertikaikan ramalan Institut Kajian Volkanologi danSeismologi Filipina (Phivolcs) yang disifatkan sebagai kurangberpengalaman dan mudah gelabah apabila baru ternampak asap kecilberkepul di puncak gunung berapi itu.
Ini dapat dilihat pada pertengahan 2006 apabila agensi itu mengerah20,000 penduduk berpindah kononnya Mayon akan meletup pada bila-bilamasa dan selepas lima bulan, ternyata gunung itu sebenarnya belum lagitiba waktu untuk meletus.
Sebaliknya, jika dilihat sejarah ramai penduduk yang maut bukankerana letusan Mayon tetapi faktor lain seperti bencana Taufan Durianpada akhir 2006. Ia mengakibatkan banjir lumpur dan lebih 1,300 orangyang mati ditimbus hidup-hidup.
Malapetaka dahsyat itu juga meragut nyawa ramai pelajar UniversitiAquinas di Legazpi City yang sedang tidur di asrama selain menyebabkanbanjir besar dan bekalan elektrik terputus di beberapa bandar rayaberdekatan untuk tempoh yang lama.
Angka itu kurang separuh daripada jumlah yang maut ketika Mayonmengganas pada 1 Februari 1814 tetapi ia tidak dapat menandingi letusanpada 1766 apabila lahar gunung tersebut mampu mencecah puncak menaraloceng sebuah gereja.
Ketika itu, lahar Mayon bukan sekadar memadam pekan Cagsawa daripadapeta Filipina, malah mencapai paras semua pokok yang setinggi sembilanmeter dan langsung menghilangkan rangkaian sungai di sekitar kawasantersebut.

JOSEFA CALLOSl, 35, dan anakperempuannya Giselle, 8, menganyam serat abaca untuk dijadikan tali dipusat pemindahan sementara di bandar Tabaco, Albay, di selatan Luzon.

Lebih seabad kemudian iaitu pada 23 Jun 1897, Mayon kembalimenggegarkan bumi dengan hujan lahar selama tujuh hari tanpa hentidalam lingkungan 160 kilometer persegi. Ia menimbus ratusan pendudukdan pekan sehingga ketinggian 15 meter.
Kini, penduduk Teluk Albay hidup dalam dilema apabila PengarahPhivolcs, Renato Solidum pada 28 Disember 2009 lalu menyifatkan Mayonbelum 'berehat' walaupun status amaran diturunkan kepada parassederhana rendah.
Bagaimanapun, mereka boleh menarik nafas lega apabila kajian agensiitu awal tahun ini menunjukkan jika berlaku letusan, dianggarkan antara20 juta hingga 23 juta meter padu lahar sahaja yang akan dimuntahkanuntuk letusan ke-50.
Ia kecil berbanding letusan terakhir pada 2006 menyaksikan 60 jutameter padu lahar penuh gas berbahaya sulfur dioksida. Saintis menjangkakekurangan itu mungkin akibat Mayon terlalu kerap meletus dalam jangkawaktu yang hampir.
Data diperoleh hasil pemantauan berkala Phivolcs menerusi tiga unittelemetrik yang dipasang di lereng gunung itu dan dianalisis ibupejabat agensi tersebut di Ligñon Hill, 10 kilometer dari situ dengankerjasama Universiti Kebangsaan Filipina.
Tenaga geotermal
Adakah ramalan Phivolcs itu sekadar menutup kelemahan selepasdikritik ramai pihak kerana kurang efektif atau mungkin juga inimenandakan zaman Mayon sebagai gunung berapi aktif bakal berakhir tidaklama lagi?
Sementara itu, Profesor Dr. Azman Abdul Ghani dari Jabatan Geologi,Fakulti Sains, Universiti Malaya (UM) berkata, gunung berapi memberikesan yang buruk bukan sahaja kepada manusia tetapi juga pada hidupanlain. Namun, tanpa kita sedari gunung berapi juga memberi impak yangbaik.
"Paling besar ia boleh mengakibatkan bencana alam. Kita tidak dapatmenganggarkan bila gunung berapi akan meletup walaupun pelbagai alatcanggih digunakan. Apabila berlakunya letupan besar serta-mertakematian akan berlaku.

PELANCONG tidak melepaskan peluang merakamkan gambar mereka  berlatarbelakang  Mayon.

"Walau bagaimanapun, bukan semua gunung berapi memberi impaknegatif. Sebaliknya ia dapat mengeluarkan tenaga geotermal. Tenagapanas yang tersimpan dalam perut bumi yang memberi manusia alternatifbagi menggantikan tenaga elektrik.
"Tetapi tidak semua gunung berapi mengeluarkan tenaga geotermal.Hanya gunung berapi di Jepun dan New Zealand didapati mempunyai tenagageotermal," katanya.
Bagaimana kejadian gunung berapi boleh berlaku?
"Gunung berapi terjadi apabila plat tektonik berlanggar antara satusama lain. Plat tektonik ini merupakan kerak bumi yang disokong olehcairan lahar yang dikenali sebagai magma di bawahnya.
"Apabila berlakunya pergerakan antara plat tektonik, ia akan memberitekanan kepada magma untuk keluar daripada gunung berapi," katanya yangmemberitahu di Asia terdapat tiga negara yang mempunyai gunung berapiiaitu Jepun, Indonesia dan Filipina.
Tambahnya, gunung berapi juga memberi kesan yang buruk kepadahidupan. Ini kerana, pengoksidaan SO2 yang berterusan daripada gunungberapi akhirnya menyebabkan hujan asid.
Hujan asid yang turun ke bumi akan terkumpul menjadi pemendapanberasid. Asid yang terlalu pekat boleh menyebabkan tumbuh-tumbuhan danhidupan di dalam tasik mati, bangunan dan batu menjadi lemah dan rapuh,warna bangunan dan kereta menjadi pudar, mudah rosak dan cepatberkarat.
Selain itu, hujan asid juga merosakkan kesihatan manusia terutamamereka yang masih muda, golongan tua, dan mereka yang berpenyakitseperti mengidap asma.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2010 06:53 AM | Show all posts
Cantik kerr...........
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2010 09:25 AM | Show all posts
Gunung tercantik di duniaOleh AMREE AHMAD dan FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA
rencana@kosmo.com.my



DUA tahun lalu, gunung  ...
saatcham Post at 15-1-2010 06:24


berbanding fuji.. aku suka fuji..
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2010 09:26 AM | Show all posts
apa yg cantik......
ngeri ada la...........
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2010 09:46 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2010 09:49 AM | Show all posts
sblm meletup cantik..dah meletup nnti hodoh la kot..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-1-2010 10:11 AM | Show all posts
biase je aku tgk..
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2010 10:15 AM | Show all posts
semua gunung memang cantik per...
ciptaan Illahi..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2010 10:24 AM | Show all posts
8# carold

btoi semua gunung cantik..tp dia nk habaq kat situ tercantik dr yg cantik...
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2010 10:33 AM | Show all posts
byk gunung berapi cantik.. pasal shape dia... tapi sekali dia meletus ... xde sape berani nak gi tgk...
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2010 10:49 AM | Show all posts
cantik gak.....
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2010 10:52 AM | Show all posts
En. saatcham bukak la tred plak pasal :

Bukit tercantik di dunia
Pulau tercantik di dunia
Pantai tercantik di dunia
Sungai tercantik di dunia
Jalan tercantik di dunia
bla bla bla....

sementara tengah gila bukak tred....keh keh keh....
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2010 11:02 AM | Show all posts
"gunung berkembar" lagi cantek..
tak berkerdip mate memandang..
ohwsss..



Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2010 11:11 AM | Show all posts
Gunung tercantik di duniaOleh AMREE AHMAD dan FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA
rencana@kosmo.com.my



DUA tahun lalu, gunung  ...
saatcham Post at 15-1-2010 06:24


gunung tercantik didunia adalah gunung atah dada....

p/s: jgn marah....hammer bergurau ajer.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2010 11:19 AM | Show all posts
banyak lagi gunung yang cantik.apadaaa
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2010 11:30 AM | Show all posts
cantik gunung ni......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2010 11:35 AM | Show all posts
rasa nya mount fuji japan lagi cantik ...
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2010 11:38 AM | Show all posts
FUJI lawa dr jauh je kot
aku tgk dkt mcm choy jer
berbatu batan sana sini
mayon ni mcm lawa kt kaki dia
ade sawah tingkat2 tu ek?
siap ade pokok hijau2 lg kalau tgk dgn mata sndr mesti lawa
(kdg2 foto doesnt do justice)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2010 11:48 AM | Show all posts
cantik tengok shape nyer...
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2010 12:02 PM | Show all posts
ni kategori gunung berapi tercantik daa..gunung fuji tu gunung brapi ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 03:00 AM GMT+8 , Processed in 0.092698 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list