CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4782|Reply: 14

Kompetensi Dalam Seni

[Copy link]
Post time 19-1-2010 02:27 PM | Show all posts |Read mode
Salam,

Seni terbahagi kepada 3 cabang iaitu seni visual, seni pergerakan dan seni audio.

Hari ini I nak cerita sikit tentang kemahiran2 yg ada dalam ketiga2 bidang ini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-1-2010 02:28 PM | Show all posts
Perkataan Seni Visual ialah dimaksudkan dengan Senilukis dan Senireka.  Ini termasuklah membuat, menghasilkan dan memberi penilaian terhadap hasil seni yang direka.  Aktiviti-aktivitinya termasuklah melukis, menggambar, mencorak, mencetak, mewarna, mereka bentuk, membuat arca, mengukir, menjilid buku, membatik, membuat tembikar atau seramik iaitu kerja-kerja dua demensi dan tiga dimensi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2010 02:29 PM | Show all posts
Antara kegiatan dalam menggambar ialah lukisan, catan, kolaj, montaj, cetakan, resis, gosokan, stensilan, percikan, gurisan, capan, mozek dan poster. Bidang ini menekankan perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri. Kegiatan ini dapat memperkembangkan persepsi visual pelajar dan kesedaran terhadap asas seni reka seperti warna, garisan, susunan dan kesannya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2010 02:29 PM | Show all posts
Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2010 02:29 PM | Show all posts
Antara kegiatan dalam membuat corak dan rekaan ialah pualaman, tiupan, titisan, ikatan dan celupan, renjisan dan percikan, lukisan, catan, cetakan, capan, lipatan dan guntingan, resis, kolaj dan kaligrafi. Bidang ini membolehkan pelajar mengenali dan mengkaji pelbagai corak dalam alam dan kehidupan seharian. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pergerakan, peragaan dan lakonan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2010 02:30 PM | Show all posts
Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan tiga dimensi merangkumi aktiviti seperti arca timbul, asemblaj, mobail, stabail, model, diorama, boneka, topeng dan origami. Kegiatan membentuk dan membuat binaan memberi peluang kepada pelajar membuat rujukan kepada objek sebenar. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 19-1-2010 02:30 PM | Show all posts
Kraf tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan (kerja seni) yang melibatkan kemahiran kerja tangan seperti alat domestik, alat permainan, alat pertahanan diri, perhiasan diri (ornamen), batik, tekat, ukiran, tenunan, anyaman dan tembikar. Bidang ini memberi kesedaran tentang adanya beberapa jenis kraf tradisional dalam budaya tanah air. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2010 02:30 PM | Show all posts
Kompetensi Dalam Seni Audio

Seni Audio berfokus kepada elemen pengetahuan dan kemahiran muzik dan nyanyian. Di samping itu, elemen nilai turut diterapkan sama ada secara eksplisit atau secara implisit.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-1-2010 02:31 PM | Show all posts
Elemen pengetahuan ini memberi tumpuan kepada kebolehan seseorang itu untuk  mengetahui dan memahami konsep muzik yang berasaskan komponen irama, melodi, dan ekspresi.  Manakala elemen kemahiran muzik  memberi tumpuan kepada pembinaan kemahiran seseorang dalam perkara mendengar muzik, mengapresiasi muzik, kreativiti, membaca dan menulis muzik, menyanyi dan menghasilkan muzik instrumental.  Antara nilai yang diterap adalah seperti nilai murni, nilai budaya dan patriotisme.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2010 02:31 PM | Show all posts
Oleh kerana seni audio merupakan medium bagi meluahkan perasaan, fikiran dan imaginasi, bidang ini sangat berperanan dalam usaha membina kreativiti seseorang itu. Mereka yang melibatkan diri dengan cara mendengar, memerhati, melakukan, mencipta dan membuat refleksi sama ada secara individu atau berkumpulan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2010 02:31 PM | Show all posts
Kompetensi Dalam Seni Pergerakan

Kemahiran yang berasaskan Seni Pergerakan terdiri daripada bidang pergerakan kreatif, tarian, drama, main peranan, lakonan, teater, pentomin, simulasi, gimrama  dan  puisi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2010 02:32 PM | Show all posts
Dalam Seni Pergerakan individu melahirkan perasaan melalui gerakan.  Seseorang yang mengambil bahagian dalam main peranan mengikut imaginasi mereka. Mereka melahirkan perasaan melalui lakonan drama dan bacaan puisi.  Menunjukkan semangat kerjasama dalam persediaan dan persembahan. Membuat gerak badan berdasarkan muzik yang ada kaitan dengan cerita yang didengar.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2010 02:32 PM | Show all posts
Dalam Seni Pergerakan juga seseorang melibatkan diri dalam pergerakan kreatif berunsur budaya masyarakat Malaysia. Mereka mengenali dan bermain permainan tradisional masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2010 02:35 PM | Show all posts
Post Last Edit by fleurzsa at 19-1-2010 14:38

Pendidikan Seni di Malaysia hanya menumpukan kepada Seni Visual sahaja.  Manakala  Seni Muzik pula diajar secara berasingan iaitu terpisah daripada Seni Visual di peringkat sekolah rendah dan menengah. Di sekolah menengah pula tidak semua sekolah menawarkan mata pelajaran muzik kerana ia sebagai mata pelajaran elektif sahaja.  

Seni teater dan seni tariaan pula cuma bertempat atau bermula di pusat pengajian tinggi seperti di Universiti Sains Malaysia, ASWARA dll.

Kedua-dua cabang Seni Audio dan Seni Pergerakan ini terbatas kepada pelajar-pelajar yang berpeluang dan bernasib baik sahaja. Oleh itu pelajar-pelajar yang berminat dalam cabang seni ini hanya menyimpan keinginan mereka sahaja tanpa diberi peluang mencuba dan menyampaikan ekspresi diri.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2010 02:38 PM | Show all posts
The dramatic instinct, the desire to act
The artistic instinct, the desire to draw, paint and model
The musical instinct, the desire to dance and sing
The constructive instinct, the desire to make things

                                                       Dewey dan Holmes (1970)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 02:56 AM GMT+8 , Processed in 0.074714 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list