View: 10215|Reply: 40
|
doa iftitah & QUNUT serta PENERANGAN SUNAT SUNAT DALAM SOLAT
[Copy link]
|
|
Edited by mbhcsf at 1-3-2020 03:44 PM
nak tanyer yer....apa hukumnya kalau tak baca iftitah dan qunut...?? |
|
|
|
|
|
|
|
kalau tak baca - harus. sebab tak dapat apa-apa dosa atau pahala.
sembahyang tetap sah. |
|
|
|
|
|
|
|
solat tetap sah....kalau terlupa boleh buat sujud sahwi.... |
|
|
|
|
|
|
|
sujud sahwi camner...kalau tak buat sujud sahwi....?? |
|
|
|
|
|
|
|
sujud sahwi ialah sujud dua kali selepas tahiyat akhir.
sujud sahwi hanya kalau lupa atau silap dalam solat. Meninggalkan perkara sunat dengan sengaja dalam solat, tak boleh sujud sahwi. Sebab itu perbuatan "sengaja" adalah bukan silap atau lupa. |
|
|
|
|
|
|
|
nak tahu mana yg boleh sujud sahwi or not ...first kena tahu rukun solat yg 13 tu then tahu sunat solat i mean oerkara sunat dalam solat ni kena tahu sunat ab ad and sunat hai iah ..tak silap ni ada kot buku teks pendidikan islam darjah 5 ni edisi 1989 punya... |
|
|
|
|
|
|
|
saya pun tak faham kenapa di perlis tiada lagi bacaan qunut sewaktu solat subuh... |
|
|
|
|
|
|
|
saya pun tak faham kenapa di perlis tiada lagi bacaan qunut sewaktu solat subuh...
sunsuria3 Post at 21-1-2010 23:17
sebab qunut dikira sebagai tak wajib. tapi imam yang cerdik akal akan beri peluang untuk mereka yang nak baca qunut waktu solat subuh dgn memanjangkan sedikit masa tomakninah lepas rukuk rakaat ke2. di masjid tempat saya inilah yg dibuat. imam kami madhab hanafi tapi makmum pulak campur2 dr bebagai ethnicities dan madhab jadi waktu subuh dia berdiri lama sikit untuk bagi masa to those yang nak baca qunut. |
|
|
|
|
|
|
|
saya pun tak faham kenapa di perlis tiada lagi bacaan qunut sewaktu solat subuh...
sunsuria3 Post at 21-1-2010 23:17
mungkin ikut masjidil haram dan masjid nabawi kot........ |
|
|
|
|
|
|
|
memang sunat jekk tapi sunat yg amat digalakkan!!! Ustaz kata Nabi SAW pun tak pernah meninggalkan bacaan doa iftitah dlm solat... |
|
|
|
|
|
|
|
sebab qunut dikira sebagai tak wajib. tapi imam yang cerdik akal akan beri peluang untuk mereka yang nak baca qunut waktu solat subuh dgn memanjangkan sedikit masa tomakninah lepas rukuk rakaat ke2 ...
bbakar Post at 22-1-2010 01:43
Boleh ke kalau imam tak baca doa qunut, makmum pula angkat tangan doa sendiri? |
|
|
|
|
|
|
|
mungkin ikut masjidil haram dan masjid nabawi kot........
monorail Post at 22-1-2010 07:30
mereka ikut pendapat yang menyatakan doa qunut yang nabi s.a.w. baca tu adalah qunut nazilah, bukan qunut tiap-tiap hari. |
|
|
|
|
|
|
|
sujud sahwi ialah sujud dua kali selepas tahiyat akhir.
sujud sahwi hanya kalau lupa atau silap dalam solat. Meninggalkan perkara sunat dengan sengaja dalam solat, tak boleh sujud sahwi. Sebab ...
ibnur Post at 21-1-2010 21:15
ok...2 kali selepas tahiyat akhir sebelum salam ker.... ?? caranyer sujud lepas tuh bangun duduk antara dua sujud lepas tuh sujud balik...lepas tuh salam ker...?? bacaan ketika sujud sahwi apa yer... ?? berapa kali baca....??
dibuat hanya kerana silap dan lupa...?? kalau rutin tak baca doa iftitah...tak yah buat sujud sahwi ker...?? itupun kalau ianya tak masuk dalam rukun solat yang 13 tuh...?? |
|
|
|
|
|
|
|
ok...2 kali selepas tahiyat akhir sebelum salam ker.... ?? caranyer sujud lepas tuh bangun duduk antara dua sujud lepas tuh sujud balik...lepas tuh salam ker...?? bacaan ketika sujud sahwi apa yer ...
iena_kindaichi Post at 22-1-2010 12:54
Saudari,
sujud sahwi dibuat kerana terlupa ( kalau silap tu i tak tau i am not expert) setahu saya apa yg ustzah saya ajaq masa darjah 5 ialah
a) sebelum salam , selepas baca tahiyat akhir you sujud , like i) sujud ada bacaannya yg bermaksud sesungguhnya ALLAH ..yg tidak Tidur dan Lupa something like that ( Subhanamalla yana mu wala yashu ...) ii) then duduk antara dua sujud iii)then you sujud sekali lagi baca doa tu jugak then iv) bagi salam
b) okay awak kena tahu yg SUJUD SAHWI ni dibuat apabila kita terlupa buat sunat ( perkara sunat) dalam solat like iftitah, qunut tu DAN
c) perkara yg terlupa tu BUKAN RUKUN like baca fatihah tuu ni kalau lupa kena solat balik
so what you need to do
a) tengok basic fardhu ain - syarat sah solat, rukun solat
b) sunat hai ah , sunat ab ad |
|
|
|
|
|
|
|
doa kena angkat tgn ke?
mejik Post at 22-1-2010 10:54
tu pasal saya sebut kalau imam tak baca qunut, boleh tak makmum angkat tangan baca doa? sekadar bertanya, bukan nak persoal. mana tau kot ada yang saya tak tahu. |
|
|
|
|
|
|
|
Dalam solat fardhu (mengikut amalan mazhab Shafi'e), ada 2 jenis sunat, iaitu sunat Ab'ad dan Sunat Hai'ah.
Sunat Ab'ad:
1. Membaca tasyahud Awal berserta duduk.
2. Membaca Solawat ke atas Nabi pada tasyahud awal.
3. Membaca Solawat ke atas keluarga Nabi masa tasyahud akhir.
4. Membaca qunut ketika berdiri pada solat subuh.
Sunat Hai'ah
1. Mengangkat kedua tangan berhampiran telinga ketika takbiratul ihram,
nak rukuk, bangun iktidal, dan berdiri dari tasyahud awal.
2. Meletak tangan kanan atas tangan kiri ketika qiam (berdiri).
3. Membaca doa pembukaan (iftitah)
4. Membaca Taawwuz sebelum fatehah (auzubillahi minassyaitoonirrajiim).
5. Bacaan "AAMIIN" selepas fatehah
6. Membaca mana2 surah al-Quran selepas fatehah pada rakaat pertama dan kedua.
7. Mengeras suara (baca kuat) bacaan fatehah pada rakaat pertama dan kedua solat2
'malam' spt Suboh, Maghrib dan Isya'. Rendahkan suara pada setiap rakaat
untuk solat Zohor dan Asar. Bagi wanita, bacaan rendah suara utk setiap solat.
8. Bacaan Takbir ketika berpindah rukun.
9. Baca "Sami'Allahu Liman Hamidah" ketika bangun dari rukuk
dan "Rabbana Walakal hamdh" ketika iktidal
10. Bacaan Tasbeh ketika rukuk dan sujud
11. Meletak kedua tangan atas peha ketika tasyahud awal dan akhir serta jari telunjuk
diangkat.
Nota: Menggerak-gerak jari telunjuk ketika bacaan tasyahud, tidak membatalkan solat.
Yang boleh membatalkan solat ialah jika memngangkat jari telunjuk serta
menggayakannya seolah-olah ular nak mematuk...confirm kena solat semula...
ni apa yg guru aku syarahkan ler hari tue...
12. Iftiras pada semua duduk dalam solat.
13. Tawarruk (duduk tahiyyat akhir).
14. Membaca doa tasyahhud akhir.
15. Salam yang kedua dan berpaling kanan-kiri.
16. Khusyuk serta tawadhu; dalam solat.
Nota: Kalau mengikut Imam Ghazali, orang yang tidak khusyuk
dalam solat harus mengulkangi semula solatnya. Nampak sedikit keras
pendapat Imam Ghazali ini. Orang awan (biasa) takkan mampu utk membuatnya,
sebab solat orang awam ni, aman ada pernah khusyukkkkk.
Cuma bersandarkan hadis nabi SAW, baginda melarang pula kita utnuk melakukan
satu-sat solatu itu lebih dari 2 kali utk tujuan membanding-bandingkan antara satu
sama lain.
Contoh: Solat zohor dilakukan sebanyak 2 atau 3 kali pada masa yang sama.
Kunun2nya, biarlah Allah SWT memilih mana2 satu solat yg betul2 khusyuk untuk
dinilai. Haaa..yang ini dilarang..
PSS: Doa Iftitah (bacaan selepas takbir di awal solat) yang paling pendek nabi baca,
ialah sampai pada perkataan " Wa Asiilaa"...Sebab doa iftitah baginda tak pernah tinggal, meskipun bersolat sunnat.
WA-Salah silap harap diperbetulkan ~ |
|
|
|
|
|
|
|
Maka dengan itu, kesimpulannya:
Dalam melaksanakan solat, mungkin ada hal-hal yang terlupa, misalnya:
1. Terlupa fardhu (atau wajib)
2. Sunat ab'ad
3. Sunat Hai'ah.
Apabila terlupa yang fardhu, maka cepat-cepat melaksanakan yang terlupa itu
sebaik-baik aje bila ingat masa solat atau selepas beri salam. Styaratnya, waktu betul2 masih sebentar (beberapa lahzah/second), kemudian buatlah sujud sahwi.
Jika terlupa sunat ab'ad - tidak perlu ulangi (perbuatan terlupa) serta buat sujud sahwi.
Jika terlupa sunat Hai'ah -Tidak perlu diulangi perbuatan terlupa dan tidak perlu sujud sahwi.
Pernah diriwayatkan dari hadis, Rasulullah ketika mengimami solat zohor ke Asar (lupa - nanti sy cuba rujuk kitab), pernah ter solat sebanyak 2 rakaat yang pertama sahaja. Lalu selesai habis solat. sahabat yang menjadi makmum dibelakang telah menegur baginda. Lalu baginda
menyambung kembali baki lagi 2 rakaat sebagaimana biasa. Sebab Rasulullah SAW juga seorang manusia, ada lupanya juga macam kita. Tapi lupa kita lain. Lain sesangat. Lupa kita dalam solat, kita boleh mengembara ke negara lain dan dunia lain. Malah ada yang mengembara sampai ke alam alin, dan biasanya akan balik semula ke sejadah sejurus sebelum memberi salam yang pertama!
WA - Sila tegur jika ada salah silap. Mohon dimaafkan. |
|
|
|
|
|
|
| |
|