CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Medusa

Public Gold..ok ke tak?

[Copy link]
Post time 19-1-2011 09:24 AM | Show all posts
faiz..kalau aku ada beli emas dari kompeni lain dulu2, kemdian nak nak jual pada ejen publik gold,sbb kompeni tu yg aku beli amik murah dr harga semasa, so ejen PB nak beli ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2011 09:45 AM | Show all posts
salam..sy bru nk join PG..agak2 harga emas akan turun lg x n smpi bile?
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2011 12:25 AM | Show all posts
Reply 120# faizbhr


    Salaam faiz,

nak tanya la pendapat hang...aku ni mmg berminat nak melabur emas fizikal nih. Ni plan aku:

refinance rumah aku nanti akan dapat cash dalam RM30k. Pastu kesemua RM30k tu aku nak beli emas2 baik jongkong mahupun dinar (tgk time yg seswai..mcm skang ni USD1 = MYR2.9X so begitu jugak ngan gold price semasa). Then emas2 yg bernilai RM30k tu aku letak kat ar-rahnu dan dapatkan pinjaman 70% (RM21k) darinya...pastu beli lagi emas bar/dinar dgn duit RM21k tu dan simpan kat umah or safebox.

Then bila tiba masa yg seswai dan harga yg tinggi aku pun jual emas dalam simpanan then tebus balik emas kat ar-rahnu (bayar sekali la upah simpan)then emas yg dah ditebus tu aku jual gak pada waktu harga tgh melambung tuh. Then segala cash yg dah bertambah tu aku beli pulak lagi emas bila harga emas mula jatuh semula ekoran profit taking seluruh dunia.

Menguntungkan tak?

p/s: to forummer Tempur aku rasa keraguan ko ttg untung rugi pelaburan emas ni dah terlerai sket2 kot dgn cara manipulasi di atas...mcm org main OD la jugak. bab yang hanya ejen yg dapat komisen tu aku rasa ianya sket yang amat berbanding ngan komisen dealer tupperware. It's only an incentive untuk ejen yg handle customer emas ni.
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2011 10:05 AM | Show all posts
Post Last Edit by AwangAli at 22-2-2011 10:35

bagus simpan mas ni..
hampir 5 tahun lepas sy ade beli seutas gelas solid..
dalam 2 minggu lepas sy check harga gelang tersebut..dah pun mencecah harga RM14K kalau dulu saya beli hanya RM6800..
Jadi sy rase simpanan emas ni pun satu peluang simpanan jangkamasa panjang yg menguntungkan.
18/2/2011 baru-baru ni..kira-kira 4 hari lepas je baru..
saya tambah simpanan stok emas saya..
Harga saya ambik pd tarikh tersebut..
1 dinar (4.25g) - RM640 (ambik stok utk 6 keping je dulu)...harga hari dah RM653
Bar 20gram-RM3096 (stok 3 keping jer)..harga hari ni dah RM3165
Bar 50gram-RM7704 (try 1keping)..harga hari ni dah jadi RM7877.
Alhamdulillah..simpanan untuk anak2 nak belajar nanti..
tapi kalau sapa2 nak stok boleh PM me..
sambil2 simpan..sambil2 jual..
"wang anda..anda tentukan"
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2011 10:06 AM | Show all posts
Post Last Edit by AwangAli at 22-2-2011 10:33

- double posting-
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2011 10:55 AM | Show all posts
Post Last Edit by AwangAli at 22-2-2011 11:42

file:///C:/DOCUME%7E1/PC12%7E1/LOCALS%7E1/Temp/moz-screenshot-3.jpg

kenaikan harga emas untuk tempoh 1 tahun based on USD performance..
24.78% kenaikan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-2-2011 09:55 AM | Show all posts
sy mmg nk mulakan langkah utk bli emas fizikal..tlg kwn2...emas dari syarikat mn yg murah ,ada certificate & diterima dgn mudah bila nk pajak & jual...
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2011 11:47 AM | Show all posts
Post Last Edit by AwangAli at 23-2-2011 11:49
sy mmg nk mulakan langkah utk bli emas fizikal..tlg kwn2...emas dari syarikat mn yg murah ,ada certi ...
dealova04 Post at 23-2-2011 09:55

Sekarang ni senang..
segala maklumat ade dihujung jari..
tanya abe google.. buat perbandingan antara harga yang ditawarkan oleh syarikat penjual emas..
memang ade perbezaan harga walaupun ketulinannya sama..
tengok pulak susut nilai harga emas tersebut jika dijual balik..
jumlah cawangan syarikat tersebut..bagi memudahkan urusniaga..
ade yang jual emas dangan harga yg lebih rendah..tapi spread die tinggi..
dan ade yang jual emas dengan harga yang lebih tinggi..tapi spread die randah..
jadi buat pilihan dengan matlamat anda sendiri..
kalau nak untung cepat..pada aku pilihlah yang susut nilai die rendah..
semua pengeluar gold bar ade mengeluarkan certificate keatas productnya
sy pilih company Public gold..sebab saya ade matlamat tersendiri..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2011 11:49 AM | Show all posts
Reply 128# AwangAli


    ye betul..mmg sy ada google sana sini..tp still blurr mn yg ok..public gold@ yg dikeluarkan oleh kedai emas @ bank @ ll..tlg advise me..tq
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2011 12:14 PM | Show all posts
Reply  AwangAli


    ye betul..mmg sy ada google sana sini..tp still blurr mn yg ok..public gol ...
dealova04 Post at 23-2-2011 11:49

matlamat sy bali emas:
biarlah emas yang sy beli cepat memberi keuntungan..jadi sy pilih spread yg rendah..bila terdesak nak pakai duit boleh jual dalam tempoh jangkamasa yang pendek selepas pembelian..mungkin dalam tempoh simpanan tu dah boleh cover susut nilai emas tersebut..almaklum la..duit dalam poket tak menentu..
yang keduanya..cari pengeluar yang emasnya diketahui umum..jadi senang nak jual balik, sebab org dah ade keyakinan terhadap syarikat tersebut..
yang ketiga..dah alang-alang bali emas..ambik peluang untuk jadi dealer sekali..sambil2 dapat untung atas kenaikan harga emas.. boleh la jual sekali..dapat la sikit2 untung runcit..
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2011 12:22 PM | Show all posts
matlamat sy bali emas:
biarlah emas yang sy beli cepat memberi keuntungan..jadi sy pilih spread y ...
AwangAli Post at 23-2-2011 12:14



ye betul..mmg ini jugalah matlamat sy...so..leh bg tau syarikat mana? kalau x nk citer sini..PM sy...tq
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2011 02:53 PM | Show all posts
Post Last Edit by AwangAli at 23-2-2011 14:58

Sedikit berita hari ni untuk peminat/pengumpul mas Public Gold

Pelaburan emas

PETALING JAYA: Public Fine Gold international Sdn Bhd (Public Gold), memberi pilihan kepada orang ramai untuk membuat pelaburan dengan menggunakan emas sebagai aset pelaburan masa kini, sekali gus menjamin pulangan lebih tinggi pada masa depan.

Pengarahnya Dr Umar Ibrahim Vadillo, berkata, emas lebih baik daripada mata wang dan disebabkan itulah nilainya sentiasa bertambah.

Menurutnya, pelaburan dinar emas yang diketengahkan pihaknya adalah sebagai pengganti kepada pelaburan dalam bentuk mata wang masa kini yang tidak bersifat stabil dan bergantung kepada kedudukan ekonomi dunia.

Katanya, Public Gold menawarkan emas fizikal dalam bentuk jongkong dan syiling emas dengan kadar ketulenan 999.9 peratus selain dinar emas 916 yang boleh dijual mengikut harga emas antarabangsa.

“Kami bukan berhasrat untuk menggantikan penggunaan wang tunai sebagai pelaburan dengan dinar emas, sebaliknya adalah dengan memberi pilihan kepada orang ramai untuk melabur.

“Pelaburan dalam bentuk aliran wang mempunyai kelemahan kerana ia bergantung kepada nilainya yang kadangkala menyusut dan kadangkala meningkat,” katanya dalam sidang akhbar pada Seminar Keadilan Kewangan: Anda, Emas dan Dinar, di Petaling Jaya, kelmarin.
Hadir sama Pengerusi Eksekutif Public Gold, Louis Ng.
Umar yang juga Pengerusi Persatuan Dagangan Dunia Islam berkata, emas sudah lama digunakan masyarakat terdahulu dan dalam menghadapi krisis ekonomi, pelaburan dalam bentuk emas mampu menjamin masa depan seseorang itu.

“Di masa depan, kita tidak tahu apa yang berlaku terhadap nilai mata wang yang kita miliki kerana jika kita melabur dalam jumlah yang banyak sekalipun, jika nilainya jatuh, maka itu bermakna kita akan rugi,” katanya.

“Ini tidak berlaku kepada emas kerana kesan perang sekalipun tidak akan menyusutkan nilainya yang mempunyai permintaan di seluruh dunia,” katanya.

Sementara itu, dalam Seminar Keadilan Kewangan: Anda, Emas dan Dinar yang diadakan kelmarin, sebanyak tiga panel penceramah diundang membabitkan Dekan Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Madya Dr Hassanuddeen Abdul Aziz, Pengurus public Dina Sdn Bhd, Syukor Hashim dan Prof Madya Dr Mohamad Hakimi Ibrahim.

Seminar yang dihadiri kira-kira 300 peserta itu membentangkan kepentingan pelaburan dalam bentuk emas selain peranannya menghadapi krisis ekonomi dunia Orang ramai yang berminat untuk mendapatkan maklumat mengenai pelaburan dinar emas boleh melayari laman web www.publicjewellery.com.my atau dengan mengunjungi Public Fine Gold International Sdn Bhd, di 12E Ground Floor, Jalan Rumbia 11900 Bukit Jambul, Pulau Pinang atau menghubungi 04-6449999 mana-mana cawangan yang berdekatan.

Sumber : Harian Metro- setempat
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2011 11:54 PM | Show all posts
Harga emas malam ni..USD1411.07/oz..
untuk tempoh 1 bulan..emas telah naik 4.7%..
mungkin dah ade org tersenyum..
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2011 10:51 AM | Show all posts
Post Last Edit by AwangAli at 25-2-2011 10:55

berkongsi ilmu dari forum sebelah tentang analisis teknikal harga emas



Apa jadi kalau pattern rama2 ni terbentuk?
Ni jawapannya,"These numbers create a specific Potential Reversal Zone (PRZ) that can yield powerful reversals, especially when the pattern is in all-time (new highs/new lows) price levels."Maknanya reversal bullish akan berlaku... pattern ni terbentuk diall-time high, jadi kemungkinan bullish akan pergi jauh. Fuhhh...adakah price mencari 1620???

Otai2 emas kat sini mungkin boleh komen..
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2011 10:12 AM | Show all posts
Post Last Edit by AwangAli at 2-3-2011 10:14

Salam khas kepada pengumpul-pengumpul Mas..
seperti jangkaan..harga emas medaki ke tahap..USD1430/oz..walaupun dah mencecah USD1435/oz 5 jam yg lalu..
Alhamdulillah..

Kenaikan harga emas utk tempoh 1 bulan.. 6.8% dah..
untung la sapa2 yg kumpul stok bayak2 sebulan yang lepas..
sapa2 yg berminat boleh pm me..
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2011 10:29 AM | Show all posts
Post Last Edit by AwangAli at 2-3-2011 10:39

persepsi org nak beli emas..
1."aku nak tengok dulu tred Mas ni macamana pastu baru aku beli"
2. "aku nak beli dulu, pastu baru aku nak lihat trend Mas ni macamana'
3. org tua jaman dulu "ade duit beli..takdak duit duk diam"..makcik jual sayur kat tepi pasar..emas separuh lengan dah..rege mas di lengan dah boleh beli latio sport cash..hehehe

dari pengalaman aku sendiri..
"aku dah beli emas 4 tahun lepas..hehehe"
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2011 11:56 AM | Show all posts
emas bukan pelaburan terbaik....... ada org nak sewa emas kaa?
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2011 12:15 PM | Show all posts
Post Last Edit by AwangAli at 2-3-2011 12:21
emas bukan pelaburan terbaik....... ada org nak sewa emas kaa?
Acong Post at 2-3-2011 11:56

modal kecik cong...aku beli je la mas dulu..
hajat hati nak beli tanah ka..rumah ka...tapi tak mampu..
sebab dengan tanah ni..boleh create 100% keuntungan setahun..tapi kene ade modah la..dan kene dgn tempat..
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2011 12:38 PM | Show all posts
aku mmg minat emas tp emas perhiasan la...mmg aku tertarik ttg emas fizikal & pulangan slps itu...tp ke arah itu...aku kena keje keras sket seperti kena pantau semasa ke semasa..pastu kena kuar msk ar rahnu...pastu kena rajin menjual ... bru dpt untung cepat...

tp aku rs aku x dpt nk buat mcm ni....so..tu yg terdorong hanya membeli emas perhiasan...coz aku dpt melaram sekali...heheheh...

ms tgh emas nk naik hr tu...aku dpt bli rantai leher pd 132/g dgn upah sebanyak rm7 sahaja..pastu terus aku booking rantai tgn yg rega rm3000...aku ltk buking rm300 dulu...kedai bg upah rm70 je...so smlm aku amik la rt tu...so mmg best la coz rega smlm dh 136/g...hehehehhe

cara aku bli emas ni ..aku pastikan dpt rega upah tukang yg plg rendah...& rega emas yg murah...
kalau kt area k.l..kedai2 kt area masjid india mmg ikut rega kilang...& rega upah kalau pandai nego mmg leh dpt murah....tp ikut design gak la...
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2011 12:52 PM | Show all posts
aku mmg minat emas tp emas perhiasan la...mmg aku tertarik ttg emas fizikal & pulangan slps itu...tp ...
dealova04 Post at 2-3-2011 12:38

wooww..dah beli mas yer.. tahniah..
tu harga mas 916 ker?
ari tu sy ade ternampak kat carefour bdr hussain onn..ape ke nama kedai tu.. kalau tak silap wah chang..
upah percuma..tapi tak tau la macamana design die..rege pergram pun tak tau..sebab malas nak ambik tau hari tu..hahaha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 11:05 PM GMT+8 , Processed in 0.078013 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list