CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7526|Reply: 18

butul ke roh@arwah balik setiap malam jemaat?

[Copy link]
Post time 31-1-2010 11:34 AM | Show all posts |Read mode
aku nak tahu adakah butul para arwah2 semua balik ke rumah masing2 ketika malam jemaat seperti kata org2 tua?..mod,kalu dah ada thread @ pertanyaan ni,boleh mergekan je..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2010 11:50 AM | Show all posts
setau cen, kalau raya owang kater adew yg balik
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2010 12:26 PM | Show all posts
ada bukti ka diorang balik??
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2010 12:37 PM | Show all posts
baru dengar lecture explanation from my sis mlm tadi about this... so coincidently,
jasad yang sudah mati/meninggal akan hapus hubungan nya dengan dunia,
kalau kita ternampak kata lah sebagai contoh nenek kita, so called dtg/balik, itu bukan lah nenek kita.. tetapi jin/syaitan yang menyerupai nenek kita tu... apa2 pun wallahua'alam... hanya Allah yang maha mengetahui....

mmm... pengasuh aku selalu suruh cucu dia kemas rumah every petang khamis mlm jumaat kata nyer atuk nak balik... :re:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2010 12:51 PM | Show all posts
mak aku selalu kata..arwah bapak akan balik setiap malam jemaat..mak aku ni selalu pi dgr ceramah2 agama..tu aku payah nak argue...
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2010 02:14 PM | Show all posts
baru dengar lecture explanation from my sis mlm tadi about this... so coincidently,
jasad yang sudah mati/meninggal akan hapus hubungan nya dengan dunia,
kalau kita ternampak kata lah sebagai cont ...
nuryta Post at 31-1-2010 12:37

Jin Qarin..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-1-2010 02:15 PM | Show all posts
Setiap malam Jumaat ke atau dlm tempoh 40 hari lepas Arwahnya meninggal...
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2010 02:15 PM | Show all posts
penah org kater roh ni mmg akan pulang semla kerumahnyer
tp kitew ajer x nmpk dia, dia plk boleh nmpk kitew
wallahualam....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2010 06:19 PM | Show all posts
mak aku selalu kata..arwah bapak akan balik setiap malam jemaat..mak aku ni selalu pi dgr ceramah2 agama..tu aku payah nak argue...
razhar Post at 31-1-2010 12:51

jangan hantu raya sudah la...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2010 06:43 PM | Show all posts
penah org kater roh ni mmg akan pulang semla kerumahnyer
tp kitew ajer x nmpk dia, dia plk boleh nmpk kitew
wallahualam....
kucingkarate Post at 31/1/2010 14:15


tu le maksud aku...depa balik,cuma kita je tak nampak...mcm kita tgk tv...adakah org dalam tv tu tahu org tgk dia? kan?
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2010 07:53 PM | Show all posts
family aku x caya sgt dengan roh balik setiap malam jumaat.. kalau ada pun, mungkin jin Qarin die.. dan kita perlu beringat,jin Qarin ni kafir kecuali jin Qarin Rasulullah s.a.w..
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2010 09:16 PM | Show all posts
Kalau tuan rumah dah tak duk kat rumah tu.... cam ne .. lak... Rumah dibiar kosong macam rumah aku kat kampung .. Setelah adik aku meninggal , Mak aku duduk ngan kakak aku kat tempat lain... Lebih seratus hari dah , Adik aku meninggal...
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2010 10:53 AM | Show all posts
Entah le noks.
aku masa arwah mak aku ninggal, malam lepas kebumi tu memang sunyi sepi je kawasan rumah.
budak2 kecik yang selalunya merengek2, malam tu aman damai jah tido.
aku masa tu tinggal sorang jah yang lom tido.
angin memang sepoi2 bahasa.sejuk sampai ke tulang.
tapi entah nape,memang aku harap sangat terserempak dengan arwah malam tu.
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2010 12:20 PM | Show all posts
org dah meninggal, meninggal jela... xleh balik2 lagi dah...

xleh nya nak mnjelma nak balik jadi hantu dsbgnya...

yg tnggal hanyalah jin notti yg mnyerupai arwah, apa lagi klu bukan utk tujuan mndatangkan fitnah dan memberi peluang bagi manusia2 mnghimpnkan dosa...
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2010 12:23 PM | Show all posts
hurm....
cat plak terima mimpi yg arwah balik umah mlm tu..
arwah hanya ,memandang sepi diam seribu bahasa malam arwah dikebumikan...
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2010 12:30 PM | Show all posts
hurm....
cat plak terima mimpi yg arwah balik umah mlm tu..
arwah hanya ,memandang sepi diam seribu bahasa malam arwah dikebumikan...
catstitch Post at 1-2-2010 12:23


setengah pndapat mngatakan klu roh tu genuine, dia takkan bersuara lngsung bila hadir dlm mimpi...

klu yg bersuara tu x genuine, hanyalah setan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2010 01:37 PM | Show all posts
Hantu / roh bolehkah kembali?                           

SOALAN  

Saya ada menonton siaran televisyen mengenai rumah berhantu. Selain adanya kehadiran lembaga yang hodoh, dikatakan orang ramai sering mendengar suara-suara seperti orang menangis. Dikatakan bahawa penghuni rumah tersebut meninggal akibat kemalangan jalan raya.

Persoalan saya, saya percaya kepada kehadiran makhluk jin yang suka menghuni rumah yang ditinggalkan. Tetapi, suara menangis ataupun bayangan pemilik rumah yang telah meninggal dunia itu, adakah kerana roh si mati tidak diterima bumi? Kalau tidak silap, saya pernah terbaca hadis yang mengatakan ada roh yang tidak diterima oleh bumi. Jika benar demikian, ke manakah roh ini pergi?
  

  

  

Jawapan  

Apabila roh sudah berpisah dari tubuh, ia berada di alam yang dinamakan Barzakh, dan ia tidak akan mampu sama sekali untuk kembali ke alam dunia semula sama ada dalam keadaan baik atau buruk. Dakwaan Roh pulang kembali ke rumahnya setelah hari-hari tertentu adalah TIDAK BENAR. Tidak kiralah sama ada roh itu dalam keadaan baik atau buruk. Manakala jika benar kelihatan mahkluk seperti si mati dan kendengaran suara-suara menangis, maka pandangan Ulama adalah ia hanyalah angkara Jin dan Syaitan yang menyerupai si mati dan gangguan mereka, tidak lebih dari itu.

Bukti bahawa Roh tidak boleh kembali berdasarkan dalil berikut :-

Firman Allah ertinya : " Hingga apabila datang kematian kepada seseorang dari mereka ( orang kafir) dia berkata : " Ya Tuhanku kembalikanlah aku ke dunia, agar aku berbuat amal yang soleh terhadap apa yang telah aku tinggalkan. Sekali-kali tidak (jawapan Allah), sesungguhnya itu adalah perkataan yang diucapkannya sahaja (janji kosong) . Dan di hadapan mereka ada DINDING (barzakh) sampai hari mereka dibangkitkan" ( Al-Mu'minuun : 99-100).
Imam Mujahid (Tabien dan anak murid Ibn Abbas r.a) dan Ibn Zaid berkata tentang ayat ini : "Barzakh adalah seperti satu tembok yang menghalang orang yang mati kembali ke dunia."

Firman Allah ertinya : "Allah SWT memegang jiwa (ruh) ketika matinya (seseorang) dan memegang jiwa(ruh) orang yang belum mati di waktu tidurnya, maka Dia tahanlah jiwa yang lain sampai waktu yang ditentukan.." ( Az-Zumar : 42 ).

Melalui ayat ini, jelas bahawa roh berada di dalam pegangan Allah SWT dan Allah tidak membenarkan sama sekali Roh untuk kembali ke dunia, sebagaimana yang dijelaskan dalam ayat sebelum ini,


Terdapat juga ulama berpandangan bahawa roh orang yang telah mati boleh bertemu dengan roh orang hidup ketika mereka sedang tidur (melalui mimpi). (Ar-Ruh, Ibn Qayyim, ms 20). Bagaimanapun, tiada yang berpandangan roh tersebut boleh bertemu dengan orang hidup semasa sedar mereka. Semua roh yang telah di ambil Allah SWT akan sibuk dengan urusan mereka sama ada baik atau buruk.

Prof Ahmed Azzedine Al-Bayanuny dan Prof. Mohamed Hussin pernah menegaskan bahwa dakwaan orang-orang kristian yang boleh bertemu dengan ruh si mati dengan teknik jampian kahs adalah penipuan yang menggunakan Jin dan syaitan. Ia bukannya ruh yang sebenar. ( Rujuk Al-Iman Bil Malaika dan Al-Ruhiya al-Haditha)

Destinasi Roh Selepas Mati.

Ulama berbeza pandangan dalam menentukan tempat tinggal  Roh selepas mati seperti berikut (Rujuk Syarh Al-‘Aqidah At-Tohawiyah, Tahqiq Syuaib Arnout, 2/613-614, cet Muasassah ar-Risalah) :-

a) Roh Mukmin di dalam Syurga dan Roh Kafir di dalam Neraka.

b) Kedua-duanya di dalam kubur mereka, dan Roh Mukmin di bukakan taman Syurga serta memperolehi nikmatnya dan Kafir di bukakan lubang azab neraka.

c) Roh Mukmin di alam tinggi (‘illiyyin) di langit ketujuh dan Kafir di ‘Sijjin' di dunia yang ketujuh terbawah.

d) Roh para Shuhada' (mati syahid) berada di Syurga dan Roh seluruh Mukmin lain berada di kuburan mereka. (pandangan Imam Ibn Abd Al-Barr)

Antara dalil dalam hal destinasi roh selepas kematian ini ada diterangkan di dalam hadith:
" Roh yang Mukmin dalam keadaan burung-burung yang bergantungan di pokok-pokok di dalam Syurga, sehinggalah Allah mengembalikannya kepada jasadnya pada hari dibangkitkannya."  (Ibn Majah, no 1449 ; Ahmad, no 15716 12/315 cet Dar al-Hadis; Sohih menurut Ibn Hibban no. 743, Syuaib Arnaout dan Ahmad Syakir)

Berdasarkan sebuah hadith lain, apabila seorang Mukmin itu mati rohnya akan dibawa naik ke langit sehingga sampai ke langit ke tujuh, maka berkata Allah SWT : Tuliskan buku hambaku ini di ‘illiyyin' (tempat yang tinggi) dan kemudian dikembalikannya ke jasadnya kembali dan di datangi pula oleh dua Malaikat ... (Ringkasan Hadith riwayat Ahmad, Abu Daud no 4753, Sohih menurut al-Hakim, Syuaib Arnaout dan Ahmad Syakir)

Manakala Roh si jahat dan Kafir pula juga di bawa naik ke langit dengan bau yang amat busuk dan digelar dengan nama yang terburuk dan apabila sampai di langit, maka tidak dibukakan pintu langit kemudian Nabi SAW membacakan ayat 40 dari Surah al-A'raf . Kemudian Allah SWT mengarahkan agar dtuliskan namanya di dalam ‘Sijjin' (neraka) kemudian di campakkan Rohnya dan Nabi SAW membacakan firman Allah : " Sesiapa yang syirik kepada Allah, maka adalah seolah-olah jatuh dari langit lalu disambar oleh burung, atau diterbangkan ke tempat yang jauh" (Al-A'raf : 31) . Kemudian dikembalikan kepada jasadnya, ...kemudian di datangi Malaikat..lalu dibukakan pintu dari neraka, lalu datanglah kepanasannya dan racunnya, dan kuburnya pula menyempit sehingga bersilang rusuknya. (Ringkasan dari Hadith riwayat Ahmad, Abu Daud no 4753, Sohih menurut al-Hakim, Syuaib Arnaout dan Ahmad Syakir)

Berdasarkan ayat Quran juga, roh si jahat juga akan di azab di dalam alam barzakhnya. Iaitu :
" Api neraka dikenakan kepada mereka (kafir) pada pagi dan petang, manakala di apabila tiba qiyamat mereka di masukkan bersama keluarga Firaun yang dikenakan azab" (Ghafir : 40)
Kesimpulannya, Roh tidak mampu kembali ke alam dunia kerana Barzakh adalah tembok yang menghalangnya, dan Roh mukmin di berikan nikmat di alam barzakh manakala Roh di kafir diazab sehingga kiamat.
Wallahu'alam.

http://soaljawab.jais.gov.my/ind ... ew&id=395&Itemid=82
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2010 06:09 PM | Show all posts
yup2. aku penah dengar pasal orang dah mati balik rumah. tu qarin sebenarnya. semua orang ada qarin. bukan hantu n dia x kacau orang. dulu ayah aku cerita, (masa tu aku belum lahir lagi), malam atuk aku meninggal, tiba-tiba ada orang ketuk pintu. bila diorg bukak, nampak arwah atuk aku kat pintu. tapi dia senyap je n tenung je org dalam rumah. makcik2 aku ada yang pngsan sebab terkejut. lepas tu xlama dia hilang. dalam seminggula dia balik rumah. dia duduk kat kerusi feberet dia n kadang-kadang ada dalam bilik. xpun dia duduk kat tangga rumah. semua orang buat x tahu je kata ayah aku. buat-buat x nampak walaupun dalam hati tuhan je yang tau.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2010 06:25 PM | Show all posts
abah penah cerita yg katenye roh arwah akn blk dlm mase 40 hari..kire dlm mase tu dia akn  jenguk sedare,pegi kt tmpt2 yg dia pnh pegi,tgk org2 yg dia syg tp wallahualam la...

xlame lepas arwah nenek meninggal,mak tiba2 mcm kne sampuk.actually before dia tido ni mak mcm bengang sikit dgn abang sbb abg sakat dia..mase time ni mak baru baik dari stroke dan dia pernah koma so basically perangai dia mcm bdk2 sikit la..mak bengang dgn abang then dia terus tido pastu dlm pukul 2 3 pagi mcm tu,tibe2 mak bgn dan meluru nk ke dapur( mak phiyya dah xnmpk dan kaki dia pun xbrape kuat sbb time stroke tu,her left side lumpuh)korg bayangkanlah,btul arah dia ke dapur tu,mcm dia boleh nmpk pulak dan waktu phiyya tarik dia tu, dia ckp arwah nenek panggil2 dia, dia nk pegi kt arwah nenek, arwah suh mak ikut sbb kitorg xsyg kt dia,kalau dia mati dia bleh ikut arwah etc..pastu siap tunjuk taw "arwah"  tu kt blkg phiyya rsenye mase tu masih xsmpai 40 hari tp i'm sure mmg bkn roh arwah nenek phiyya la sbb xkn dia nk suruh mak bunuh diri segale kn?????? mcm jodocast tulis,katenye kalau btul "dia" dtg melawat,dia xakan bersuare sbb supposedly dah ade tabir kn?kalau yg bersuare tu setan yg nk menyesatkn..
rindunye kt arwah nenek..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 11:08 PM GMT+8 , Processed in 1.205659 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list