CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Akuler

Tukar nama pada geran tanah pusaka

[Copy link]
Post time 4-5-2011 02:59 PM | Show all posts
pening kepala tul dgn cara pentadbiran pej tanah
nak dptkan salinan geran yg disahkan pegawai cukup siksa
dtg ke pejabat, dah siap nombor geran utk memudah kan carian dlm system filing diaorg
diaorg akan print out salinan then pegawai sign...
esok kali ketiga pi turun naik tangga pej tanah
kali pertama pegi hampir 2 bln lepas..  3 salinan geran diperlukan pasal arwah ayah ada 3 bidang tanah
gigih ambil cuti & bertolak dr KL balik kg selepas subuh.. pagi tu dlm pukul 10 pagi saya diberitahu pegawai x ada pegi meeting, itu pun saya diminta dtg semula pukul 3 ptg utk collect pasal pegawai cuma ada pada masa tersebut.
x kan saya nak melangguk kat situ dr pagi hingga petang semata2 nak dptkan sign pegawai... saya terpaksa balik ke rumah di kg yg terletak ><35km dr pej tanah then dtg semula pada sebelah petang..
ingatkan boleh lah settle & terus submit ke bahagian pusaka... rupa2nya, pukul 3 tu kena beratur.. ya lah org yg dtg pagi2 tadi semua dtg semula.. saya cuma dpt 1 salinan saja... bayangkan kalau pukul 3 baru terhegeh2 nak buat keja, pukul 4 opis dah tutup...
2 lagi salinan x jumpa dlm system, alasannya kena ambil masa utk cari katanya, diaorg suh call & dtg balik dlm 1 minggu

kali kedua mak saya pegi collect, tapi hampa juga cuma dpt 1 salinan...
ada ke diaorg kata salinan 1 lg tu kena buat pertukaran penama.. mak kena pay rm20
saya dah pesan kat mak, 1 salinan geran harga rm30, tapi entah apa diaorg ckp begitu begini.. suh pay rm50, mak pun pay tanpa byk soal...
esok saya nak balik kg uruskan 1 lg salinan yg masih belum settle tu..
persoalan nya sekarang... boleh ke org dah meninggal tukar penama... kenapa pulak salinan ke 3 kena tukar ke nama mak... pelik tul lah...
suka sgt suh org buat byk keja, ulang alik berkali2...
asal saya call pejabat utk buat temujanji(supaya saya laki bini x buang masa ambil cuti,tapi kes x settle2) mesti diaorg ckp "pegawai yg nak sign borang tu cuma masuk pukul 3 ptg, sebab kadang2 dia ada meeting, bla..bla..bla.."
ayat mesti sama je... bila tanya pegawai ada atau tidak tiap kali call...
esok jgn lak kata pegawai x ada... penat drive jauh2 angkut anak2 kecil lg...
stage pertama nak dpt kan salinan x lepas2 lg... haru tul lah...
doakan esok urusan saya berjalan lancar...
nanti saya update bila balik dr kg...

sorry lah panjang sgt saya membebel... ;)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2011 02:17 PM | Show all posts
Salam semua, saya ada perkara yang ingin bertanya berkenaan dengan urusan tukar nama hak milik tanah pusaka. Saya merupakan anak angkat kepada mak saya (pangkat mak saudara juga) dan proses tukar nama ini separuh jalan tidak sempat nak diselesaikan sepenuhnya kerana pada masa itu mak saya sedang nazak sakit. Setelah mak saya meninggal, urusan tukar nama ini diteruskan dengan melantik konsultan untuk selesaikan perkara ini. Antara perkara yang perlu adalah mendapatkan semula adik beradik mak saya semula untuk pengesahan yang saya ini adalah anak angkat serta berhak untuk mendapatkan tanah atas nama saya. Tetapi isunya sekarang ni, ada salah seorang adik beradik mak saya ini, berkeinginan nakkan sebahagian daripada tanah tersebut untuk diletakkan nama dia dan akhirkan perkara ini tidak nak diselesaikan kerana saya rasa kecewa kerana mereka ada niat lain dan telah mengetahui yang urusan tukar nama kepada saya ini belum selesai dan diorang cuba mengambil kesempatan.

Minta pendapat kawan-kawan, ada tak cara lain agar dapat urusan tukar nama kepada saya ini dapat diselesaikan.

TQ
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2011 02:18 AM | Show all posts
Reply 42# jejakamugen
adoii..kes berat nih..klu ikut hukum faraidh anak angkat tkder syer lm pembahagian pesaka..unless klu ader wasiat..kes jejaka nih memang rumit nk setel klu waris mak angkat jejaka tk setuju atau sepakat tk mo bg syer tanah tuh pd jejaka..
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2011 02:21 AM | Show all posts
Reply 41# niki_iyda
kesiannyerr..nk tnyer lehh..pej tanah kt negeri maner tuh???
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2011 02:27 AM | Show all posts
Reply 36# Akuler
ohhh.. se negeri ler kiter..nk tnyer skett..tanah tuh beraper penamer asal?? ader tak namer org tua akuler?..1 lagi bley tk akuler agak-agak tk nilaian arga tanah tuh?? kalo kurang 2j teruih pi pej pesaka daerah mohon utk syer arwah org tua akuler..
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2011 11:10 AM | Show all posts
Reply 42# jejakamugen


  Memang ikut hukum faraid TT tak berhak.Tapi jika ada apa apa Surat berkenaan TT sebagai anak angkat ,bolehlah diketengahkan.Sekurang kurangnya sebagai pembiayaan hidup.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-10-2011 02:56 PM | Show all posts
salam.... sy bekerja di pejabat tanah.... sebenarnya, perkara tu terlalu ringkas sekiranya betul puan membawa semua dokumen, dan membuat penyerahan di pejabat pusaka negeri... buat pengetahuan semua, sekiranya pindah milik antara hidup ke hidup, boleh buat dengan pindahmilik sahaja, sekiranya melibatkan orang yang telah meninggal dunia, ianya automatik prosedure pesaka kecil.... apa apa boleh tanya sy di yashira_alia@yahoo.com
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2011 03:05 AM | Show all posts
Reply 47# yashira_alia
yashira kt pej tan maner??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2011 10:09 AM | Show all posts
Reply 47# yashira_alia


    Salam 1 malaysia,

tumpang tanya...

saya dapt tahu boleh meminta salinan geran tanah dari pejabat tanah?
1.Berapa kos kena bayar?
2.Berapa lama kena tunggu?
3.Urusan ni kena buat kat bahagian maner?Pembahagian harta pusak kecil?
4.saya cuma ada nama Aruah sahaja, tidak tahu sebarang maklumat pun tentang tanah pusaka, no geran ataupun kedudukan tanah kerana maklumat telah di rahsiakan oleh makcik sendiri?

5.bagaimana urusan untuk menukar nama?
tiada wasiat yang dittinggalkan oleh aruah ibu, saya ada 3 orang adik beradiK.
6.adakah semua adik beradik perlu hadir untuk memberi persetujuan tukar nama kepada saya?

harap dapt membantu semua...berbanyak terima kasih kerana sudi beri bantuan
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2011 05:48 PM | Show all posts
Reply 49# mei_chehe
sebelum mei nk dptkan salinan geran tuh...mei mesti dptkan perihal tanah spt no lot (amat penting)...mukim/pekan/bandar lokasi tanah...kendian pi paj tanah rujuk pd pelukis pelan di unit teknikal utk tentusahkan lot tnh...trick utk tentukan no lot tanah...cube wat sketch plan tanah berpandukan kpd no lot tnah berdampingan jika ada..tanah jiran seblah cthnya...pas dpt sahkan lot tanah tuh mohon dptkan no geran atau dlm bhs peja tanahnye no hakmilik tanah pd pelukis pelan td...dh dpt pi trus ke bhg pendaftaran tanah utk mohon salinan sah hakmilik (CTC bhs omputihnyer)...baru leh pi step lain... nk tnyer mei...tanah tuh kt ner???
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2011 09:02 AM | Show all posts
Reply 50# soptg

tanah tu jauh dekat area Papar, Sabah, susah lah sket....lagipun mei lansung tak tahu detail tanah ni...cuma tau cakap jer tak pernah pegi pun tempat tu...susah la kan klu macam ni
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2011 12:43 AM | Show all posts
Reply 51# mei_chehe
aiseh...sori ler mei...igt kt smnjung...
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2011 02:59 PM | Show all posts
Reply 52# soptg


    anyway thanx...saya cuba ikhtiarkan sdr...
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2011 02:54 PM | Show all posts
Reply  soptg

tanah tu jauh dekat area Papar, Sabah, susah lah sket....lagipun mei lansung tak ta ...
mei_chehe Post at 4-11-2011 09:02



    Pakai Amanah Raya Bhd, proses agak lama selesai, abg cross pernah buat..Amanah RAya uruskan semua...cuma kita byr saja, berbaloi sgt bayarannya, insyallah selesai. kalau kit nak buat semua boleh, tapi masa dan sedare mare waris jauh.
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2011 12:24 PM | Show all posts
Salam,
Nak kongsi cerita tentang selesainya urusan tukarnama geran rumah dengan mudah dan cepat. Kelmarin pada jam 3:40pm dengan rasminya aku dah selesai menguruskan pertukaran nama dari nama arwah ayah aku kepada nama aku di Pejabat Tanah Alor Setar.
Kronologi.
- Ayah aku meninggal pada 2-10-2011 jam 11am akibat sakit jantung.
- Aku sebagai anak lelaki sulung dari 3 beradik ( semua perempuan ), terpaksa menjalankan tanggungjawab menguruskan semua kerja terbengkalai arwah.
- Mengutip hutang dari orang yang berhutang dari arwah.
- Menguruskan pengeluaran wang dari ATM arwah sehinggah selesai dan dikumpulkan untuk tujuan seperti dibawah:
1) Menguruskan tunggakan hutang piutang arwah.
2) Menguruskan fidyah, sedekahkan sebahagian wang arwah kepada pembinaan masjid dan surah sekolah agama.
3)Membayar tungakkan bil-bil dan kad kredit arwah.
4) Lebihan dari duit, dibahagikan sama rata sesama keluarga.
- Alhamdulillah, arwah tiada sebarang hutang dengan mana-mana bank atau apa-apa pinjaman.

Tentang tukar nama rumah.
- Apply permohonan sijil faraid dari mahkamah syariah.
- Dalam 1 minggu, dapat sijil, uruskan penutupan bank arwah, menutup akaun semasa.
- Apply permohonan pembahagian harta pusaka di Pejabat Tanah Daerah pada bulan Jan 2011. ( harta arwah bernilai RM400K++ )
- Bulan August 2011( pertengahan bulan puasa) , dapat perintah untuk hadir bicara.
- Semua kaum keluarga setuju dengan cara pembahagian harta pusaka sebagaimana yang dibincangkan sebelum ini dan juga mengikut hibah dari arwah semasa arwah masih hidup.
- Perbicaraan selesai dengan pembahagian secara muafakat.
- Hujung bulan Sept 2011, dapat surat kuasa dari Pejabat Tanah ( Borang E )
- Hantar salinan ke Bahagian Perbendaharaan, Pinjaman Perumahan, Putrajaya untuk mendapatkan geran asal dan surat pelepasan. ( arwah buat pinjaman perumahan kerajaan ).
- Hujung bulan Nov 2011, dapat geran dari Putrajaya. Rujuk ke Pejabat Tanah Kulim untuk proses selanjutnya. Dimaklumkan rekod ada di PTG Alor Setar dan aku diarahkan kesana untuk urusan selanjutnya.
- Kelmarin 4-12-2011 jam 2:15PM, aku kesana, buat pendaftaran, periksa semua dokumen lengkap. Kerani beritahu, dalam 1 jam datang balik ambil geran baru... uih cepatnye...alhamdulillah.
- Pergi ronda Pekan Rabu, Alor Setar..makan minum dulu. Jam 3:20PM pergi ke Pejabat berkenaan, serah resit untuk rujukan. Tunggu 10 minit dan walla... geran dan siap !!
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2016 03:10 PM | Show all posts
Abg_Naz replied at 5-12-2011 12:24 PM
Salam,
Nak kongsi cerita tentang selesainya urusan tukarnama geran rumah dengan mudah dan cepat. Ke ...

seronoknye bila di permudahkan urusan macam ni,mybe sikap awak pun suka permudahkan urusan org jadi Allah balas baik atas kebaikan itu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2016 03:12 PM | Show all posts
saya pun ade kemuyskilan

harni tel pejabat tanah untk bhgian tanah satu pun tak jawab.google punye google sampi la ke posting yang da lama ni.

saya nak tanya kalau satu lot geran bersama ade 5penama tapi satu lot tu abah saya punye nak tukar hak milik kepada saya.rumit tak prosedur ini?saya boleh dapt geran atas nama saya tak?
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2016 09:30 PM From the mobile phone | Show all posts
buluhbetung replied at 11-10-2016 03:12 PM
saya pun ade kemuyskilan

harni tel pejabat tanah untk bhgian tanah satu pun tak jawab.google puny ...

Boleh email akuakin@gmail.com untuk dapatkan nasihat.
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2016 09:15 PM | Show all posts
Hey bro! Hi kawan2!!


Nikmati bonus deposit anda dialu-alukan pada deposit pertama, kedua dan ketiga anda sehingga 254% sekarang !!!




Hari2 miskin, bila la nak kaya!!!
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2016 05:19 PM | Show all posts
kes aku plak..amik borang kat pjbt tanah untuk tukar nama...sediakan segala dokumen yg listed dalam form...submit...2 bulan slps tu kena pagil bicara..semua adik beradik kena pegi dan bersetuju...2 mggu lps tu dapat surat dat pjbt tanah ckp permohonan diluluskan dan kena bawak surat tu p sana untuk dapatkan geran baru....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:54 PM GMT+8 , Processed in 0.406673 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list