CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7670|Reply: 11

Faizal bukan kena santau

[Copy link]
Post time 3-2-2010 10:14 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by washere2 at 3-2-2010 22:16

Faizal bukan kena santau
Oleh Norhadiani Baharom
yanie@hmetro.com.my
2010/02/03



MESKIPUN sudah menerangkan masalah kesihatan yang dihidapinya, masih ada yang sangsi dan percaya penyanyi berbakat besar, Faizal Tahir terkena buatan orang.

Mulanya, dibiarkan saja spekulasi menerawang, namun semakin hebat ia diperkatakan sehingga membimbangkan ramai pihak akhirnya Faizal bersuara.

"Ada gosip mengatakan saya terkena buatan orang. Terus-terang kondisi kesihatan saya tidak begitu baik kebelakangan ini khususnya penghujung tahun lalu bukan disebabkan masalah buatan orang sebaliknya disebabkan salah saya sendiri yang tidak menjaga kesihatan.

"Makan dan tidur saya tidak menentu kerana terlalu taksub bekerja sampai mengabaikan kesihatan sendiri. Justeru, apa yang berlaku pada diri saya berpunca dari salah saya sendiri.

"Misalnya, sebelum ini selepas menjalani pembedahan ligamen koyak akibat bermain futsal saya sepatutnya menjalani satu lagi rawatan iaitu fisioterapi, tetapi saya sendiri buat tidak endah kerana berasakan keadaan sudah pulih.

"Tidak sangka pula dek kerana tidak menjalani rawatan fisioterapi itu, menyebabkan darah beku merebak ke perut, sekali gus mengakibatkan jangkitan di paru-paru. Itu yang menyebabkan saya terpaksa dimasukkan sekali lagi ke hospital.

"Dengan pengakuan ini saya berharap peminat dan orang di luar sana berhenti membuat spekulasi. Sebagaimana sudah saya dedahkan, penyakit yang saya alami bukan kerana buatan orang, tetapi silap saya sendiri mengabaikan kesihatan," katanya. Mengakui beransur pulih, Faizal nampaknya bersedia menggegarkan semula persada seni suara bagi 2010 menerusi pembabitannya dalam Konsert Satu Suara bersama Simfoni Orkestra Kebangsaan (OSK) yang julung kali dianjurkan itu bakal mengisi slot program Istana Budaya (IB) pada 12 hingga 14 Februari 2010.

Konsert yang diterbitkan Siti Nurhaliza Productions (SNP) menyaksikan Faizal bakal bergandingan tangan dengan idolanya, Datuk Siti Nurhaliza serta rakan seperjuangan Aizat.

"Menurut doktor, saya perlu berehat sekurang-kurangnya tiga hingga empat bulan dan jika pulih sepenuhnya barulah saya boleh kembali menyanyi. Walau bagaimanapun, saya sendiri tidak sampai hati mahu menghampakan Siti dan peminat yang menantikan konsert ini. Tambahan pula bukan mudah memperoleh peluang seperti ini. Justeru, mahu tidak mahu saya tekad dan gagahkan jua untuk menjayakan persembahan ini.

"Tidak sekadar menyanyi saya harap dapat menampilkan persembahan yang menarik pada acara itu nanti. Mungkin tidak banyak pergerakan sebelum ini, namun saya mahu memberi fokus pada mainan vokal," katanya.

Konsert Satu Suara bakal diarahkan Jennifer Thompson berserta tujuh pemuzik profesional di bawah pimpinan Sze Wan bersama OSK.



good luck FT
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2010 10:57 PM | Show all posts
all the best....
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2010 10:58 PM | Show all posts
zaman serba canggih ni pun percaye lagi ke? karu t betul la...
lor metro.. patut pun...
hahahhahaha....
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2010 11:03 PM | Show all posts
biase la...sume nak dikatakan sihir..kononnya sume tu org yang dengki dengan dia...euw!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2010 11:04 PM | Show all posts

RE: Faizal bukan kena santau

Salam sejahtera para pembaca sklian.....

T.ksih n syabas d atas penerangan sdara tu... Panjang lebar lagi.
Sya disini pun mngharap sngat-sngat la pda smua peminat The SuperFT agar dapat mnrima pnjelasan
tersebut. Jngan lah nak buat ceta-ceta yg x btul lgi. X sabar gak nk tngok The SuperFT beraksi mcam dulu lgi. Meletoooop.
Apa2 d ucapkan semoga sukses slalu SuperFT.

TQ

Zuran.
Selangor
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-2-2010 11:10 PM | Show all posts
memang seawal kisah FT sakit ada yang komen dia kena buatan orang
Tapi peminat yang ikut kisah sakit dia tahu la, dari pembedahan, komplikasi paru-paru dan kemudian DVT sebab tak pergi physio
memang orang yang bangkitkan, jadi dijelaskan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-2-2010 10:26 AM | Show all posts
6# washere2

tu la pasal...
dah moden mcm ni pun masih ada yg percaya benda2 mcm tu
saje bg kontroversi lah tu, hish!
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2010 09:30 AM | Show all posts
- minta tolong klik link dibawah
http://jutawanklik.com?a_aid=9420077a
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2010 12:59 PM | Show all posts
7# catz_women

bkn kira zaman moden ke tak moden ke. sihir santau pukau dan sewaktu dgnnya mmg wujud. jin setan iblis pun mmg wujud. benda2 ni klu takde bantuan jin setan iblis dan juga angkara manusia2 yg berhati jin setan iblis takkan jadi. benda2 ni semua mmg wujud smpi la kiamat dan berdoa la harapnya jgn terkena kpd kita. bila terkena sakitnya tuhan je yg tau. ini pengalaman aku sendiri. alhamdullillah harapnya mmg betul la FT tak terkena benda2 mcm tu. tp aku harap jugak FT berhati2 la, kena slalu amalkan ayat2 al quran tertentu utk elak benda2 ni.....
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2010 03:28 PM | Show all posts
9# sicomel

tu lah pasal. maksud catz mereka tu buat kontroversi dgn kaitan BB dgn benda2 gini.
haish... menakutkan benda2 ni kalau difikirkan. Syukur Alhamdulillah, minta dijauhkan.

Comel ada pengalaman ya?
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2010 07:52 PM | Show all posts
ye ada pengalaman. tp skang dh ok byk la. sbb tu la risau tgk FT ni. dia kena jugak pegi juga jumpa ustaz yg betul2 ustaz suruh 'tengok2' kan dia ni. tp jgn la jumpa ustaz tipu atau pun bomoh. ngarut je dorg smua ni, nk kan duit je. lg teruk dorg ni berubat guna jin.
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2013 06:18 PM | Show all posts
tidak pasti, kena tanya dengan yang berpengalaman dalam bab ini... Dahulunya saya tidak percayakan bomoh,dukun,pawang ilmu hitam, guna-guna dan sebagainya sehinggalah pengalaman mengubati kakak yang sakit hampir setahun. Sakit kakak tidak diketahui puncanya. Pakar perubatan memberi pelbagai teori tetapi segala ubat dan rawatan tidak berkesan.Wajahnya makin pucat dari hari ke hari, cengkung dan  kurus melidi dari asalnya berisi. Puas hantar kakak keluar masuk hospital dan klinik kerajaan, swasta tidak ada perubahan akhirnya kami berikhtiar dengan perubatan alternatif iaitu perubatan traditional. Pelbagai ragam kerenah bomoh dan dukun kami temui sehinggalah akhirnya kami sampai  ke  kampung Belahan Tampok, Rengit, Batu  Pahat, Johor bertemu Ustaz Adi Wijaya. Beliau bertugas di sekolah agama Daerah Pontian.  Alhamdulilah kakak telah sihat, pulih seperti sediakala. Saya paparkan kisah ini sebagai tanda kesyukuran kakak saya selamat dan membantu sesama kita agar  tidak tertipu dengan bomoh palsu yang berlegar dalam masyarakat. Sempat saya rakam beberapa foto perubatan beliau untuk tatapan kita dalam :
http://my.opera.com/saharaaban/albums/  atau
http://my.opera.com/saharaaban/albums/show.dml?id=14706102
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:07 PM GMT+8 , Processed in 0.126757 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list