CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 80683|Reply: 247

Konfrontasi Indonesia-Malaysia

[Copy link]
Post time 5-2-2010 01:30 PM | Show all posts |Read mode
Konfrontasi Indonesia-Malaysia

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas. 



Konfrontasi Indonesia-Malaysia merupakan satu penentangan Indonesia terhadap pembentukan Malaysia yang bermula dari tahun 1962 hingga 1966. Penentangan ini telah dilakukan oleh Presiden Sukarno kerana cita-cita tingginya untuk menubuhkan Indonesia Raya yang mencantumkan Tanah Melayu dengan Indonesia terhalang akibat daripada pengisytiharan penubuhan Malaysia pada 16 September 1963.


Latar belakang

Pada 1961, Kalimantan dibahagikan kepada empat pentadbiran. Kalimantan, sebuah negeri milik Indonesia yang terletak di selatan Kalimantan. Di utara merupakan Kerajaan Brunei dan dua negeri dibawah pentadbiran British; Sarawak dan Borneo Utara British, yang kemudiannya diberi nama sebagai Sabah. Sebagai bahagian dari pengunduran dari pentadbirannya di Asia Tenggara, British cuba menggabungkan pentadbirannya di Kalimantan dengan Semenanjung Tanah Melayu untuk membentuk Malaysia.

Rancangan ini dibantah keras oleh Presiden Indonesia; Presiden Soekarno. Beliau berpendapat bahawa Malaysia adalah sebuah rekaan British, dan penubuhan Malaysia hanya akan memberikan pihak British menguatkan lagi kuasa jajahannya di kepulauan Borneo ini, sehingga memberi ancaman besar terhadap kemerdekaan Indonesia. Filipina juga membuat dakwaan atas Sabah, dengan alasan negeri itu mempunyai hubungan sejarah dengan Filipina melalui Kesultanan Sulu.

Di Brunei, Pemberontak Kalimantan Utara (TNKU) memberontak pada 8 Disember 1962. Mereka melakukan cubaan menculik Sultan Brunei, dan merampas ladang minyak dan menjadikan orang Eropah sebagai tebusan. Sultan Brunei berjaya melepaskan diri dan baginda meminta pertolongan dari British. Baginda mendapat bantuan ketenteraan British, Persekutuan Malaysia dan Gurkha dari Singapura. Pada 16 Disember, Komander Timur Jauh Inggeris (British Far Eastern Command) menyeru bahawa seluruh pemberontakan utama telah berjaya dipatahkan, dan pada 17 April 1963, pemimpin pemberontak ditangkap dan pemberontakan tersebut berakhir.

Filipina dan Indonesia secara rasminya bersetuju untuk menerima pembentukan Malaysia apabila majoriti di daerah yang menghadapai konflik membuat pilihan dalam dalam satu pungutan suara yang dikelolakan oleh PBB. Soekarno pada mulanya mengambil pendirian menyokong penubuhan Malaysia, Menteri luar Indonesia iaitu Dr. Subandrio pernah mengucapkan selamat kepada usaha Persekutuan Tanah Melayu menubuhkan Malaysia. Namun sikap kerajaan Indonesia telah bertukar dan berusaha menentang keras penubuhan Negera Malaysia daripada menjadi sebuah negara yang bebas. Sukarno ternyata mempunyai ego yang kuat sehingga sanggup menghina dan mengutuk Malaysia secara terus menerus dalam Sidang Kemuncak yang diadakan di Manila. Selain daripada kritikan yang keras, beliau juga bertindak memutuskan hubungan politik, ekonomi dan sosial dengan Persekutuan Tanah Melayu.“        Semenjak demonstrasi anti-Indonesia di Kuala Lumpur berlaku, para penunjuk perasaan mengepung bangunan Duta Indonesia, dan bertindak mengoyakkan gambar Soekarno dan membawa lambang negara Garuda Pancasila di hadapan Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman dan menyuruh beliau untuk memijak lambang Garuda. Tindakan penunjuk perasaan anti-Indonesia yang melakukan perbuatan sedemikian telah menimbulkan kemarahan Soekarno ke atas Malaysia.        ”


Soekarno yang berang akibat tindakan itu mengutuk perbuatan Tunku yang memijak-mijak lambang negara Indonesia dan beliau ingin membalas dendam dengan melancarkan gerakan yang terkenal dengan nama Ganyang Malaysia.

Perang

Dalam usaha Sukarno yang menentang penubuhan Negara Malaysia, beliau juga telah memulaukan Laporan Suruhanjaya Cobbold yang ditugaskan pada tahun 1962 yang bertujuan untuk meninjau pandangan rakyat Sabah dan Sarawak terhadap penubuhan Malaysia. Sukarno telah melancarkan kempen ‘Ganyang Malaysia’pada akhir 1963. Konfrantasi Sukarno telah berubah dari sekadar perang kata-kata menjadi konfrantasi ketenteraan, hal ini berlaku selepas Suruhanjaya khusus PBB yang dibentuk untuk mengumpul pendapat rakyat setempat tentang pembentukan Malaysia. Sukarno menjadi semakin tersinggung apabila Tunku mengumumkan terbentuknya Malaysia sebelum Komisi PBB itu mengumumkan hasil siasatannya.

Pada 1964, gerila Indonesia mulai menyerang wilayah di Semenanjung Malaysia. Pada bulan Ogos, enam belas ejen bersenjata Indonesia ditangkap di Johor. Aktiviti tentera Indonesia di sempadan meningkat. Sehubungan itu, kerajaan Malaysia mengerahkan Angkatan Tentera Malaysia termasuk Rejimen Askar Melayu Diraja dan Rejimen Askar Wataniah bersiap sedia untuk menangani ancaman ganas Indonesia, Tentera Laut Diraja Malaysia dikerah untuk mempertahankan perairan Malaysia. Keanggotaan pasukan tentera Malaysia hanya sedikit yang dikerah dan diletakkan dibahagian pos kawalan sempadan dan kawalan unit komando. Misi utama mereka adalah untuk mencegah pencerobohan gerila Indonesia ke Malaysia. Selain pasukan tentera, kerajaan Persekutuan Malaysia turut menghantar sepasukan polis dari pelbagai cawangan untuk membantu pasukan tentera mempertahankan tanahair. Cawangan Tugas Am, Sukarelawan Polis dan Polis Bantuan ditugaskan untuk mengawal dan membuat rondaan dikampung-kampung dan dikawasan bandar. Sekatan jalanraya dengan pihak tentera dijalankan dengan ketat dan pemeriksaan ke atas orang awam turut dijalankan bagi memastikan tiadanya ejen Indonesia yang menyusup masuk ke dalam bandar dan kampung-kampung dengan menyamar sebagai orang awam. Cawangan Khas ditugaskan untuk membantu Kor Risik Diraja melakukan tugas risikan terhadap kegiatan dan aktiviti subversif yang dilakukan oleh tentera Indonesia, manakala Pasukan Polis Marin membantu Tentera Laut Diraja Malaysia melakukan tugas rondaan diperairan negara serta Pasukan Polis Hutan diaturgerakkan bersama tentera darat memburu gerila Indonesia yang menyusup masuk ke dalam hutan. Pada 16 Ogos, sepasukan Rejimen Askar Melayu Diraja berhadapan dengan lima puluh orang gerila Indonesia.

Meskipun Filipina tidak turut serta dalam kempen tersebut, namun mereka memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia. Persekutuan Malaysia ditubuhkan secara rasmi pada 16 September 1963. Brunei menolak gabungan dengan Malaysia dan Singapura keluar di kemudian hari.

Ketegangan berlaku di kedua belah pihak di Selat Melaka. Dua hari kemudian para perusuh membakar kedutaan Britain di Jakarta. Beratus-ratus perusuh menyerbu kedutaan Singapura di Jakarta dan juga rumah diplomat Singapura. Di Malaysia, ejen Indonesia ditangkap dan wartawan media massa menyerang kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur.

Di sempadan Kalimantan, telah berlakunya pertempuran dikawasan sempadan; gerila Indonesia dan pasukan separa tenteranya cuba menceroboh Sarawak dan Sabah, tetapi gagal. Sebahagian besar pihak yang terlibat konflik bersenjata dengan Indonesia adalah askar Britain dan Australia, terutama sekali pasukan khas mereka iaitu Special Air Service(SAS). Dianggarkan, seramai 2000 komando Indonesia (Kopassus) dan 200 anggota SAS British, Australia dan New Zealand terbunuh setelah bertempur di hutan Kalimantan dengan Truper James Condon dari anggota 22 SAS British menjadi korban pertama dalam pertempuran tersebut.

Pada 17 Ogos, pasukan payung terjun mendarat di pantai barat daya Johor dan cuba membentuk pasukan gerila. Pada 2 September 1964, pasukan payung terjun mendarat di Labis, Johor. Pada 29 Oktober, 52 anggota tentera mendarat Indonesia di Pontian di sempadan Johor-Melaka, tetapi ditangkap oleh pasukan Rejimen Askar Melayu Diraja dan New Zealand, manakala yang selebihnya berjaya ditahan oleh Pasukan Polis Hutan di Batu 20, Muar, Johor.

Konfrantasi Indonesia terhadap Malaysia menjadi semakin tegang apabila Malaysia terpilih sebagai anggota tidak tetap PBB pada bulan Disember 1964. Sebagai protes kepada penyertaan Malaysia menjadi anggota PBB, Indonesia telah menarik diri daripada keanggotaan PBB pada Januari 1965.

Sebagai tandingan Olimpik, Soekarno turut menyelenggarakan GANEFO (Games of the New Emerging Forces) yang diselenggarakan di Senayan, Jakarta pada 10-22 November 1963. Pesta olahraga ini disertai oleh 2,250 atlet dari 48 negara di Asia, Afrika, Eropah dan Amerika Selatan, serta didatangi oleh 500 orang wartawan asing.

Pada Januari 1965, Australia bersetuju untuk menghantar pasukan tenteranya ke Kalimantan setelah mendapat permintaan dari Malaysia. Tentera Australia menghantar 3 Rejimen Diraja Australia dan Rejimen Australian Special Air Service. Dianggarkan seramai empat belas ribu pasukan tentera British dan Komanwel di Australia pada ketika itu. Secara rasminya, tentera British dan Australia tidak dapat melakukan serangan melalui sempadan Indonesia. Tetapi, unit seperti Special Air Service, baik British mahupun Australia, menyusup masuk secara rahsia (lihat Operasi Claret). Australia melakukan penyusupan ini pada 1966.

(bersambung....)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-2-2010 01:30 PM | Show all posts
(sambungan)...

Pada pertengahan 1965, Indonesia mula menggunakan pasukan rasminya setelah kesemua pasukan komando dan sukarelawan yang melakukan penyusupan di Malaysia gagal. Pada 28 Jun, mereka menyeberangi sempadan ke timur Pulau Sebatik berhampiran Tawau, Sabah dan cuba melakukan serangan dan sabotaj ke atas kem Rejimen Askar Melayu Diraja di Tawau, namun cubaan itu gagal kerana kem itu berhampiran dengan balai polis dan disedari oleh anggota-anggota polis di situ dan berjaya mematahkan cubaan itu.

Akhir konfrontasi

Menjelang akhir 1965, Jeneral Soeharto memegang tampuk pemerintahan Indonesia setelah berlakunya rampasan kuasa. Oleh kerana konflik dalaman negara, keinginan Indonesia untuk meneruskan konfrontasi dengan Malaysia berkurangan dan peperangan telah reda.

Pada 28 Mei 1966, sebuah rundingan dilakukan di Bangkok, Kerajaan Malaysia dan Indonesia mengumumkan perdamaian setelah Soeharto menghantar Adam Malik sebagai wakil untuk berunding dengan Tunku Abdul Rahman. Kekerasan berakhir pada bulan Jun, dan perjanjian perdamaian ditandatangani pada 11 Ogos dan dirasmikan dua hari kemudian. Penghancuran PKI dan elemen-elemen politik kiri, termasuk Soekarno telah menyebabkan perubahan mendadak dalam kestabilan politik Indonesia pada tahun 1965. Indonesia secara rasminya mengakhiri konfrantasi terhadap Malaysia pada tahun 1967.
[sunting]
Akibat

Konfrontasi ini merupakan salah satu penyebab pendekatan Presiden Soekarno dengan Parti Komunis Indonesia, menjelaskan aktiviti ketenteraan yang menggabungkan diri dalam gerakan G30S/Gestok (Gerakan Satu Oktober), dan juga pada akhirnya menyebabkan PKI melakukan penculikan pemerintah tertinggi Tentera Darat.[1]











ini yg aku jumpa kat Wiki tentang peristiwa tersebut. Wiki ni pun kadang2 tak berapa betul juga, jadi kalau sesiapa kat sini ada info2 lain / tambahan / pembetulan tentang peristiwa ini sila lah tambah.
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2010 02:26 PM | Show all posts
wahhh info yg sgt2 menarik....
aku suka sejarah2 nie
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2010 02:31 PM | Show all posts
nice info....
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2010 02:57 PM | Show all posts
sbb tu la indon masih berdendam dgn malaya kot? klau ada isu skit, mesti derang ni x abis2 sentuh psl malaya agen british! tu kisah dah berapa kurun daa!!
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2010 03:13 PM | Show all posts
Dah datang lah yang kutuk2 indonesia pula....

Moral of the story...
British adalah hero, habis puas jadi penjajah lalu berubah jadi hero pula
Indonesia adalah zero, habis puas kena jajah lalu berubah jadi pengganas pula.

Budak yang percaya cerita ini, tentu percaya pula US adalah hero di Irak......

Close the thread please......
hanya mendatangkan mudarat saja
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-2-2010 03:26 PM | Show all posts
" Konfrontasi Indonesia-Malaysia "

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Judul thread ini mestinya " Konfrontasi Indonesia-British "
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2010 03:54 PM | Show all posts
Post Last Edit by genot at 5-2-2010 15:56

Kenapa x ganyang jah Semenanjung skali ngan Jepong2 n British kat sini masa tu? Takot region sniri kena rampas dengan orang putih lain plak? tu Ibrahim Yaacob pemimpin KMM, kubur mmg ada di Jakarta pom siap pakai nama lain lagi. masalah zaman tu harus dilihat dalam konteks zaman itu, bukan dalam konteks zaman ini. zaman ni adalah ms memandang ke depan ajah, masa belakang jadi tauladan.

urmm, mmg malaysialan ni termasuk dalam helah British gak. merdeka ka x merdeka ka sama ajah sb negri2 yang hanya jadi naungan British mcm Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, n Joho di selatan sana yang bukan jajahan British secara terangan2 tapi secara falsely kena masuk jugak dalam Persekutuan "Tanah Melayu" n ditipu hak2nya manakala Pattani pula dimasukkan ke dalam Thailand sekaligus membantutkan usaha membentuk Langkasuka Purba Raya.

jadi, apa yang pelik? keadaan sekarang ni adalah hasil percaturan masa dahulu, sapa suruh orang Asia Tenggara tak terpikir nak pergi menjajah orang Barat dolu sblom mereka jajah sini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2010 05:59 PM | Show all posts
Soekarno mulanya setuju namun kemudiannya membantah.Perangainya memang begitu.Beliau juga terkenal dgn sikap memungkiri janji(maaf kpd yg pro soekarno).Seorang Kiyai yg memimpin perang Indonesia-British yg akhirnya dimenangi oleh Indonesia pun pernah dikelentongnya.Sampai kecewa membawa ke mati Kiyai tu.Subandrio pula di ingati dan dijadikan peribahasa oleh orang tua tua di sebelah utara."hang ni perangai mcm Subandrio.
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2010 07:18 PM | Show all posts
'Soekarno yang berang akibat tindakan itu mengutuk perbuatan Tunku yang memijak-mijak lambang negara Indonesia dan beliau ingin membalas dendam dengan melancarkan gerakan yang terkenal dengan nama Ganyang Malaysia.'

Setahu aku, Zainudin Maidin dan Samy Vellu yg bawak Pancasila ni kepada Tunku Abdul Rahman utk dipijak.
Tapi, Tunku Abdul Rahman x mahu. So, fakta kat atas ni maybe salah dan diada-adakan utk tambahkan lagi kebencian org Indon kat Malaysia.


   Satu lagi, British pernah tawarkan Tunku Abdul Rahman satu KONSPIRASI utk menyerang Indonesia. Caranya, ialah dengan British  meletupkan  sebuah kapal perang British di perairan Indonesia, dan British akan tuduh Indonesia telah mulakan serangan ke atas Malaysia dgn menyerang kepentingan British  terlebih dahulu. Oleh itu, British boleh mulakan serangan balas ke atas Indonesia, dan Malaysia boleh menguasai beberapa pulau dalam jajahan Indonesia.
Tetapi, Tunku Abdul Rahman menjawab tawaran tersebut dengan linangan air mata, sebab kata Almarhum, beliau tak sanggup menzalimi saudara2 semuslim beliau di Indonesia.
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2010 07:43 PM | Show all posts
mana dpt info bro.. da sampa thp info SB ni....
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2010 07:56 PM | Show all posts
Tunku cakap kat British masa tu.Yang dok bagi masalah ialah Soekarno,bukannya rakyat Indonesia yg tak bersalah.
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2010 09:10 PM | Show all posts
mana dpt info bro.. da sampa thp info SB ni....
jebat_malang Post at 5-2-2010 19:43



aku pun lupa aku baca kat mana..anyway, SB tu amende bro?
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2010 10:07 PM | Show all posts
knpe suekarno digulingkn??
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2010 03:23 PM | Show all posts
Soekarno digulingkan kerana pentadbirannya semakin hari semakin di pengaruhi PKI(Partai Komunis Indonesia).Soekarno juga terlibat dgn skandal ratu cantik Russia di Moscow sehingga diugut supaya menerima kewujudan PKI di Indonesia tetapi berjaya membuat helah yg licik dgn berpidato bahawa perkara yg beliau lakukan dgn ratu cantik itu adalah perkara biasa dlm masyarakat Indonesia.Namun tak lama selepas kunjungan beliau,rampasan kuasa berlaku dan beliau di gulingkan.
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2010 10:46 PM | Show all posts
sambung la topik nih...dh tgh sedap citer nih..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2010 12:14 AM | Show all posts
Huh, sukarno tuh mmg banyak isterikan?
kalu sara tak silap, pompuan jepun pun dia ada kahwini betul tak?
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2010 12:33 AM | Show all posts
bukan dia pon gila kat anak residen Belanda ka? mak dia Hindu-Bali, yang aku dengar la, bukan dakwaan aku....
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2010 03:43 AM | Show all posts
17# mysara


yang Jepun namanya Dewi.Tahun 1990an Dewi ni berpossing bogel untuk satu majalah.Walaupun dah tua tapi mantap sundal Jepun ni.
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2010 03:49 AM | Show all posts
18# genot


Soekarno memang Kasanova.Beliau ada aura yg tersendiri sehingga kalau dia berpidato,tentera V0C pun tumpang dengar.Beliau pernah cuba dibunuh tetapi gagal walaupun pemandu dan bodyguard nya terbunuh.Ada cerita beliau memakai batu badar besi.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:23 PM GMT+8 , Processed in 0.817335 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list